Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru. Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe... Tingg...

Sticky post until 4th August 2014. Scroll down untuk entry baru.
Kretif jugak #makbanyakanak ni kan. Ada bakat tak...hehehe...

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Hari ni mungkin dah ramai yang last day bekerja. Tapi iols esok masih ada lagi. Jadinya kita nak buat ucapan dulu lah. Di kesempatan ini...saya dan keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin' kepada semua Kawan² IG, FB, BLOG, Followers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih juga pengunjung IG dan FB . Kedatangan anda semua amat² saya hargai. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni. Ter upload gambar yang menjengkelkan di IG dan juga status yang menjemukan atau menyakitkan hati secara tak sengaja di FB. Hati manusia ni bermacam² jenis kan. KOSONG-KOSONG yerp ☺

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Bersederhana jer tahun ni. 


26 Ramadhan 1433H - 26 Ramadhan 1435H...2 tahun berlalu. Masih segar dan takkan pernah luput dalam ingatan. [ACCIDENT] kat tol Sg R...

26 Ramadhan 1433H - 26 Ramadhan 1435H...2 tahun berlalu. Masih segar dan takkan pernah luput dalam ingatan.


[ACCIDENT] kat tol Sg Ramal. Lagi beberapa hari nak raya masa tu. Memang dugaan sangat. Alhamdulillah kereta masih boleh bergerak even dah kemek sebelah dan nampak buruk. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata. Memang kecuaian aku sendiri. Syukur sebab tak der yang tercedera. Menggelabah jangan cakap lah. Menggigil² satu badan. Beraya dalam keadaan yang sedih tahun tu. Dengan nak pakai duit yang banyak untuk repair keta lagi. 

Peringatan untuk kawan². Berhati² di jalan raya. Lebih² lagi dimusim perayaan ni. Kalau rasa mengantuk tu berhentilah dulu. Rehatkan mata. Jangan dipaksa dan jangan fikir nak cepat sampai. Ingatlan orang yang tersayang. Ingat tu. Ni pengalaman dari orang yang pernah accident...hehehe...

Note: Mood ke laut jer ni.



Zaman dah barubah. Dunia dah maju. Tak main hantar² kad lagi dah. Kalau ada pon hanya segelintir jer. Skang ni orang bagi e-card, wish thro...

Zaman dah barubah. Dunia dah maju. Tak main hantar² kad lagi dah. Kalau ada pon hanya segelintir jer. Skang ni orang bagi e-card, wish through Whatsapp/FB/SMS. Rindu zaman Kad Raya. Kalau gi pasar malam mesti nak cari kad raya. Nak cari kad yang comel². Jangan tak percaya. Aku masih simpan kad² raya dari sekolah rendah lagi. Tapi tak ingat masa darjah berapa. Kiranya dah 20 tahun lebih kad raya ni masih elok lagi. Tak percaya? Meh tengok nih:


Masih elok lagi even dah berpuluh tahun. Macam tak percaya jer. Kad raya dari sekolah rendah dan menengah masih ada dalam simpanan. Buat aku tersengih² bila baca balik kad² raya dari kawan² sekolah rendah ni. Biasalah...ayat budak sekolah kan. Dengan pantun bagai. Antara pantun paling popular:

'PECAH KACA PECAH GELAS
SUDAH BACA HARAP BALAS'

'PECAH KACA PECAH TONG
SUDAH BACA HARAP GANTUNG'

PECAH KACA PECAH PAPAN
SUDAH BACA HARAP SIMPAM'
*Dan memang aku simpan sampai skang

'KAIN BURUK KAIN MERAH
TULISAN BURUK JANGAN MARAH'

Hurmmmm...rindu nya nak kembali ke zaman kanak². Rindunya nak bertukar kad raya dengan kawan². Rindunya nak gantung kad raya kat ranting² pokok dalam pasu. Pastu pasu tu letak dalam rumah. Skang memang tak dapat dah suasana macam ni.

Sungguh comel...aauuwwww...

Salah satu kad dari my secret admirer...hahaha...Secret admirer lah sangat kan. Suka tapi malu nak luahkan. Perbezaan agama kot..ekekeke...Ni masa keja kat tempat lama. Keja masa habis SPM dulu. Secret admirer ni berbangsa Cina. Nama dia Tan Joon Howe. Kerja ngan Mofaz. Orang Johor Bahru. Terputus hubungan lepas aku dapat kerja kat tempat lain. Business card dia pon dah hilang. 'Tan...FYI I masih simpan kad raya you ni'. Mana tau kot dia tersesat masuk kat blog ker kan...hehehe...Erk, terimbau kenangan silam plaks. Bak kata pepatah, Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.... 

Itu jer lah kisah aku dan kad raya. Tapi sedih lah tahun ni. Tak dapat langsung kad raya. Tak orang yang sudi nak bagi...sob...sob...

Note: Jalan dah start lengang. Esok lagi lengang kot :-)




Google Alangkah bertuahnya kita andai dapat bertemu dan dapat merasai sendiri bagaimanakah malam Lailatul Qadar. Ya! allah...seronokn...


Alangkah bertuahnya kita andai dapat bertemu dan dapat merasai sendiri bagaimanakah malam Lailatul Qadar. Ya! allah...seronoknya. Semoga kita menjadi insan yang terpilih olehNYA untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar. 

Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

BILAKAH LAILATUL QADAR?

1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.

2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?

1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?


1. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk. 

2. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad) 

3. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:

 سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

Sumber: [Wikipedia]

Note: Sama² kita perbanyakkan amal ibadah pada 10 malam² terakhir ramadhan ni.


Banjir dengan kuah lah uols...hehehe...Ni last week punya citer. Gara² terpengaruh dengan MamaTripleSI @ IZWA lah ni. Kecur ailio #makb...


Banjir dengan kuah lah uols...hehehe...Ni last week punya citer. Gara² terpengaruh dengan MamaTripleSI @ IZWA lah ni. Kecur ailio #makbanyakanak ni masa dia upload kat IG gambar ayam buttermilk dia tu. Menggoda betul tau. Terbayang² jer. Rsipi pon simple jer rupanya. Sebelum ni aku selalu makan Garlic Butter Chicken kat QThai Cyberjaya ni. Memang sedap lah. Memandangkan dah lama tak pekena GBC, tu yang meroyang jer bila tegok ayam buttermilk ni.

Kebetulan bahan² dah ada. Cuma nak kena beli susu cair jer. Balik tu memang berdesup lah sebab nak memasak untuk berbuka. Nasib baik ayam dah siap basuh. Cepat sket keja. Ayam tu aku ubah style sket instead of goreng dengan kunyit. Aku perap kejap ayam tu dengan SERBUK KUNYIT + REMPAH KARI + TEPUNG GANDUM + GARAM = GORENG. Alaaaaa...perap dalam 5 minit jer...hehehe...

CARA² - Sumber [IZWA]

1. Cairkan butter sampai menggelegak berbuih (Aku letak 4 sudu)
2. Masukkan daun kari dan cili padi (Daun kari aku letak banyak sebab wangi)
2. Masukkan kuib ayam (Aku letak separuh. Nak letak suma pon boleh)
4. Masukkan susu cair (Aku letak setin sebab suka berkuah) 
6. Masukkan ayam tu dan gaul bagi sebati.

Senang jer kan. Tapi memang sedap. Lepas ni nak buat pakai udang pulak. Cuma aku nak ingatkan disini. Cara masakan kita berbeza². Terpulang lah ko nak letak daun kari dulu ker atau nak letak kemudian. Nak tambah bahan² lain pon boleh. Ikut ISA (Ikut Suka Aku) nak masak macam mana yerp. 

Dan nak bagi petua sikit. Tak tau lah uols memang dah tau ke tak. Tapi nak bagitau gak...hehehe...Kalau tak nak cepat muak sebab makanan ni kan berasaskan susu. Makan dengan cili potong = Potong cili padi dan letak kicap. Memang tak muak kalau makan banyak pon. Sebab aku selalu buat macam ni kalau makan GBC kat QTai. Memaber office ni yang bagitau.

Note: Dugaan nak raya. Sakit mata. Macam ketumbit jer ni...huhuhu...



Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Y...

Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Yummies kat Bangi, beli barang² nak buat Florentine ni lah. Memula gi kedai bakery Makcik. Nak survey harga dulu. Pastu gi Yummies plak. Juat for your info, tepung Florentine kat yummies sangat murah. RM15.90 untuk 500 gm. Kalau kat kedai Makcik RM19.00. Kena pandai survey harga juga yerp.


Mempersembahkan...cewahhhh...my Florentine cookies @ Krunchy Karamel Almond homemade dengan penuh kasih sayang. Pepagi lepas sahur aku dah membakar. Kemain excited ko. Memang senang sangat nak buat. Tak perlu mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Meh amik resipi nih:

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Senang kan. Resipi ni aku amik dari blog [azlitamasammanis.com]. Orang yang keras tangan  tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². Aku buat dapat 3 bekas. Tapi sebekas dah habis buat kudapan sebab sedap betul mengunyah...dengan kerangupan nya lagi.

Total kos untuk Florentine Cookies ni:

TEPUNG FLORENTINE RM15.90. BADAM KEPING (250 GM) RM12.50. KUACI (250 GM) RM7.50 DAN BIJAN HITAM (100 GM) RM4.50 = RM40.40 DAPAT 3 BEKAS FLORENTINE COOKIES

Jimat kan. Penjimatan berganda. Kalau nak lagi jimat, ko potong kecik². Lagi berganda² jimatnya. Boleh dapat lebih dari 3 bekas kot...muahahahaha...Dah macam kedekut plak nak potong kecik² kan....hehehe....

Note: Next project kuih raya...cornflakes madu.




Terkejut aku baca whatsapp dari group nursery masa sahur tadi. Kak sha, owner taska/tadika minta cuti ehsan sebab nursery kena pecah masuk...



Terkejut aku baca whatsapp dari group nursery masa sahur tadi. Kak sha, owner taska/tadika minta cuti ehsan sebab nursery kena pecah masuk. Kalau ikut dari whatsapp pukul 11.48 pm malam semalam. Mungkin dalam waktu 11.00 ++ kot perompak tu buat keja.


Memang kongajar betul lah. Tak kira lah bangsa apa sekali pon yang merompak. Tapi kalau bangsa kita sendiri yang buat memang lagi sakit hati. Bulan2 puasa @ bulan mulia ko buat keja tak senonoh. Nursery kot. Apa yang ko nak amik??


Nasib cikgu2 nursery taska/tadika tak apa2. Cuma masih lagi trauma dan terkejut kot. Smoga perompak durjana tu kena tangkap cepat. Dan smoga urusan kak sha and the team dipermudahkan olehNYA. Tak dapat aku bayangkan klo dorang pecah masuk waktu siang. Dengan budak2 lagi...Na'uzubillahi minzalik. Semoga anak2 kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA.


Note: No choice. Terpaksa EL harini.

posted from Bloggeroid

Berita yang sangat² mengejutkan dan mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku blur pagi ni masa buka FB. Newsfeed semua pasal MH...


Berita yang sangat² mengejutkan dan mendukacitakan buat seluruh rakyat Malaysia. Aku blur pagi ni masa buka FB. Newsfeed semua pasal MH17. Terus buka TV3. Rupanya pesawat Malaysia Airlines meletup. Di katakan ditembak jatuh  menggunakan peluru berpandu. Ya! allah...Kenapa di tembak? Sedangkan laluan penerbangan pesawat telah diisytiharkan selamat. Kalau benar, smoga mereka yang melakukannya dibawa ke muka pengadilan.

Nationality
Total
Netherlands
154
Malaysia
43 (including 15 crew & 2 infants)
Australia
27
Indonesia
12 (including 1 infant)
United Kingdom
9
Germany
4
Belgium
4
Philippines
3
Canada
1
Unverified
41
Total
298
Keseluruhan jumlah penumpang termasuk anak kapal yang terlibat dalam kejadian. Malaysian are being tested in a big way again. Bermula dengan MH370 yang masih lagi misteri kehilangannya. Dikejutkan pula dengan serangan di Sabah. Dan harini kita digemparkan dengan pesawat MH17 yang ditembak. Adakan ianya suratan atau kebetulan? Atau peringatan buat kita yang masih alpa? Sama² lah kita berdoa untuk keselematan negara kita Malaysia dari anasir² jahat. Bersatulah. Smoga Malaysia sentiasa dibawah lindunganNYA. Tak lupa juga buat saudara² kita di GAZA, Palestin. Doa...doa dan terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

#PrayforMH17 #PrayforMH370 #PrayforGaza #PrayforPalestin #Al-fatihah

Note: Nak kena balik. Qahirah kena sakit mata...huhuhu...Have a great weekend uols..



TERIMA KASIH BANYAK² diatas UCAPAN dan DOA sempena HARI TAMBAH USIA @ HARI LAHIR last week. Iols is sangat terharu membaca komen², uc...


TERIMA KASIH BANYAK² diatas UCAPAN dan DOA sempena HARI TAMBAH USIA @ HARI LAHIR last week. Iols is sangat terharu membaca komen², ucapan² dan doa² dari sahabat² semua.




Ucapan² dan doa² yang diterima dari FB, IG dan juga [BLOG]. Rasa macam nak polok sorang² *yg perempuan saja yerp. Hanya mampu Amin kan doa² tersebut, Rasa baruntung dapat berkenalan dan bersahabat dengan kamu semua. WALAU JAUH DIMATA. WALAU TAK PERNAH BERSUA MUKA. TETAPI TERASA DEKAT DIHATI INI. 

Note: How time flies. Sekejap jer dah 19 Ramadhan. Lagi 2 minggu dah nak raya. Kuih raya ntah bila lah nak start buat nih...haihhhhh...




Biasalah kan. iols ni kalau nak buat dessert *lahsangat kena tunggu hari cuti jer. Kalau weekday memang tak menyempat. Ni project hari ...


Biasalah kan. iols ni kalau nak buat dessert *lahsangat kena tunggu hari cuti jer. Kalau weekday memang tak menyempat. Ni project hari cuti isnin dan selasa. Tekak tetiba nak makan agar² santan. Sedapnya dapat makan sejuk. Memang feveret. Puas lah makan 

Pastu semalam teringin plak nak makan buah melaka @ onde². Kalau beli kat PARAM comel² jer dia buat. Saiz 'XS' kot. Pastu tak terasa gula melaka nya. Kalau sendiri yang bikin, memang saiz 'M' lah dengan penuh isi gula melaka kat dalam tu. Pakai air daun pandan lagi. Wangi jer onde² aku. 

Nah resipinya. Buat sendiri. Tak payah beli kat PARAM lagi dah.

AGAR² SANTAN [Sumber]

BAHAN²

1 paket agar -agar bertali
5 cawan air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
6 helai daun pandan
1 biji telur secubit garam
sedikit pewarna hijau

CARA²

1. panaskan air hingga mengelegak kemudian masukkan agar-agar
2. masukkan gula kemudian kacau sehingga agar-agar hancur
3.blenderkan daun pandan kemudian tapis 
4. masukkan air tapisan daun pandan
5. satukan telur + santan kemudian pukul dan masukkan dalam periuk
6. letak beberapa titik pewarna hijau dan secubit garam
7. kacau hingga gelegak dan siap.

BUAH MELAKA @ ONDE²

BAHAN²

1 cawan tepung pulut
5 helai daun pandan
Gula melaka di potong kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau

CARA²

- Air 3/4 penuh dalam periuk. 
- Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut.
- Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Gentel jadi bulat.
- Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan. 
- Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.

Note: Ting tong plak rasa kepala ni. 



Ayam dah siap perap. Serious sedap. Dan juga set sayur kangkung Tak tau lah kat kedai lain ada buat macam ni ker tak. Tapi kat bangi n...


Ayam dah siap perap. Serious sedap. Dan juga set sayur kangkung

Tak tau lah kat kedai lain ada buat macam ni ker tak. Tapi kat bangi ni aku baru jumpa kedai yang jual barang2 basah dan sayur yang dah siap sedia untuk dimasak. Bahan2 suma dah ada. Sayur pon dah siap dipotong. Cuma ko tinggal nak masak jer. Mudah kan.

Kedai ni dah lama wujud. Tapi baru tergerak nak singgah. Sebab aku ingatkan kedai ni jual daging jer. Rupanya salah telahan aku. Tu lah, sapa soh tak tengok dulu kan. Memang halalan toyiban sebab barang2 memang dari pengusaha melayu islam macam mee hoon, dim sum, meatball dan juga sos perapan, black pepper sos dan bbq. Agak truja gak lah sebab 1st time jumpa kedai runcit macam ni. Untuk #makbanyakanak macam aku ni memang semuanya kena serba cepat. Antara lain ready to cook sets:


Set Kerang


Set untuk sup tulang

Harga pada aku ok lah. Berpatutan dan masih mampu lagi lah untuk aku membeli kat kedai nih. Ada macam² lagi tapi tangan aku dan penuh dengan barang² PARAM. Dapat snap mana yang ada jer lah.



Kebetulan masa pergi tu ada plak set nenas ngan ikan masin. Tak yah susah2 ko nak cari ikan masin dan nak beli nenas sebiji semata2 nak buat gulai. Suma dah siap termasuk pes dia skali. Sangatlah mudah dan cepat. Pastu rasa pon tak berapa pedas sangat. Boleh lah bagi anak² makan.

Ok...untuk orang2 Bangi yang masih tak familiar atau tak tahu kewujudan kedai ni, meh iols nak war2 kan. Nama kedai ni: HS NADA SDN BHD kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Sederet dengan 99 Speedmart. Boleh layari FB HD Nada. kalau nak tau lebih lanjut.

Note: Nanti nak try Dim Sum plak. Haritu dah habis stok.

posted from Bloggeroid



Google pic. Peristiwa  Nuzul Al-Quran  merupakan peristiwa turunnya ayat  al-Qur'an  yang pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.  ...



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Salam Nuzul Al-Quran 1435H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Note: Harini iols cuti. Tapi terpaksa datang sebab nak key in approve KPI scorecard yang dateline nya harini tapi bos baru bagi harini jugak...ppfftttttt....Rabu ni iols buat lawatan ke rumah uols yerp.



Google pic. Dalam erti kata lain, otak² yang dikitar semula bila tak habis. Dan di bakar balik tanpa disedari atau disedari tapi buat...


Dalam erti kata lain, otak² yang dikitar semula bila tak habis. Dan di bakar balik tanpa disedari atau disedari tapi buat² tak tau yang otak² tu dah tak elok...dah berbau...ppffttt...Sebelum ni selalu jer baca kat FB pasal lauk PARAM yang tak masak, yang berulat pon ada dan yang tak elok. Tapi tak sangka plak diri sendiri pon kena...cissss...Memang tak der lagi lah aku nak beli kat dia.

Masa buka smalam ada yang elok. Pastu ada plak yang tak berapa nak masak. Tapi sikit jer lah dan masih blh makan lagi. Dan ada jugak macam dah melekit. Tapi bersangka baik jer lah kan. Sekali masa berbuka tu hanya beberapa keping jer yg boleh makan. Selebihnya dah berbau sebenarnya. Frust sangat tau. 

Janganlah nak kaut untung semata² tapi kualiti hancus. Jujurlah dalam berniaga. Lauk pauk pon mcm tu jugak. Beli tigahinggit tapi tak sampai satu senduk. Bukan kehendak diri sendiri nak beli kat PARAM. Tapi kekangan masa dengan keadaan jalan yang sesak pagi petang. Memang tak sempat nak masak. Setakat sempat goreng yang simple² jer. 

Serius....orang macam aku ni memang terkejar² nak balik rumah. Dengan nak amik anak² kat 3 tempat ok.. Di ulang...3 tempat. First kat Playschool Qahirah, Second kat Sekolah Agama Iman Hakimi dan last pit stop kat Nurseri Iman Qhalif...ppfftttt...

Note: Smoga allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan nih. 



Jom menderma. Semuanya dihujung jari skang kan. Cuma perlu SMS jer. Ikut langkah² diatas. Banyak atau sedikit bukan ukuran. Yang pentin...


Jom menderma. Semuanya dihujung jari skang kan. Cuma perlu SMS jer. Ikut langkah² diatas. Banyak atau sedikit bukan ukuran. Yang penting keikhlasan untuk menolong meringankan beban saudara² kita di sana. Besar ganjarannya bila menderma dibulan Ramadhan yang mulia ni kan. Sambil berdoa kita menderma. Jom kawan². 

#PrayForGaza #PrayForPalestin

Note: News feed FB penuh dengan gambar² yang meruntun hati dan jiwa ini. Tak sanggup nak tengok. Cepat² scroll :-(



Dan juga negara² islam lain yang sedang bergolak dan tertindas dengan kekejaman.  'YA HAYYU YA QAYYUM...Wahai yang maha hidup yan...

Dan juga negara² islam lain yang sedang bergolak dan tertindas dengan kekejaman. 


'YA HAYYU YA QAYYUM...Wahai yang maha hidup yang maha memelihara. Turunkan para MalaikatMU untuk membantu para Mujahidin di Gaza dan seluruh Palestin. Sebagaimana engkau turunkan ribuan malaikat di Badar, di Khandaq dan di Tabuk

YA HAYYU YA QAYYUM...Wahai yang maha hidup dan maha memelihara, ringankan penderitaan saudara² kami di Gaza. Kuatkanlah semangat jihad mereka.

Ya! Allah. Muliakan lah islam dan kaum muslimin 
Ya! Allah. Tolonglah kaum muslimin dan mujahidin di Palestin
Ya! Allah. Teguhkanlah iman mereka dan ketenteraman di dalam hati mereka dan satukanlah barisan mereka 
Ya! Allah. Hancurkanlah kaum kuffar dan kaum musyrikin
Ya! Allah. Binasakanlah kaum yahudi dan pasukan israel dan cerai beraikanlah kesatuan mereka
Ya! Allah. Tunjukkanlah keajaibanMU dan menangkanlah kaum Mujahidin dengan RahmatMU
Wahai yang maha pengasih, kabulkan doa kami Ya! Allah kerana hanya padaMU tempat kami mengadu dan memohon
Amin Ya! Allah..'

Doa yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Kita tak mampu mengangkat senjata. Tapi kita mampu menadah DOA buat saudara² kita di sana. DOA adalah kekuatan kita. Tak sanggup nak tengok gambar² yang banyak dimuat turun dalam akhbar mahupon di laman² sosial. Especially gambar kanak²/bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman israel laknatullah. Tak dapat nak tahan airmata :-(

Note: Smoga doa kita dimakbulkan dalam bula yang mulia ini. Doa...doa...dan terus berdoa tanpa putus #PrayForPalestin #PrayForGaza



Tapi kalau aku jumpa macam ni. Sila klik 'X' lah kan. Perlu ker letak menatang nih? Kalau nak suruh orang baca pon, bagi lah ba...


Tapi kalau aku jumpa macam ni. Sila klik 'X' lah kan. Perlu ker letak menatang nih? Kalau nak suruh orang baca pon, bagi lah baca dengan ikhlas. Tak payah lah nak 'like' dulu baru boleh baca. Gila 'LIKERS'  ke apa. Menyampah betul tau kalau jumpa boc macam ni. Sekian luahan dipetang hati.

Note: Sedih...sedih tengok gambar² saudara kita di Palestin, Myanmar dan negara² lain yang sedang bergolak. Especially gambar kanak²/baby. Sama² kita berdoa. Hanya doa dari kejauhan supa mereka sentiasa dibawah lindunganNYA.  

Phewwwww...ramai betul orang kat pejabat pos harini. Lama gak lah beratur. Dekat 30 minit. Penat #makbanyakanak ni tau. Kaunter ada 4. Tapi...

Phewwwww...ramai betul orang kat pejabat pos harini. Lama gak lah beratur. Dekat 30 minit. Penat #makbanyakanak ni tau. Kaunter ada 4. Tapi yang bukaknya 2 sajork. Tetiba ternampak banner pasal lesen memandu baharu boleh renew kat pejabat pos. Pastu aku pon mula lah belek balik document yang diperlukan. Erkkkk...apsal lesen expired tahun 2013 nih? Mana lesen yang dah expired 2014??? Ok...aku dah cuak.

Dok fikir² balik. Ada ker aku renew last year? Cari² lagi kat dalam wallet. Tahun² sebelum ni ada. Tapi tahun ni yg sepatutnya expired nan hado. Sah....memang SETAHUN aku tak renew lesen memandu...ppfftttttt...Kelupaan tahap maksima dah ni. 

Gambar tu crop yer. Sebab gambar IC tak berapa nak cantik ☺

Sampai kat kaunter dia minta lesen yang dah expired. Aku cakap apa tau "Entahlah...tak jumpa plak. Yang dah expired tahun 2013 ni ada lah". Sekali dia check dalam system. Memang tak der pon sebab tak renew...hehehehe...Pada hal dah tau tak renew lesen. Nak cover sebenarnya. 

Memang careless betul lah. Alhamdulillah sebab dalam tempoh setahun ni tak pernah kena tahan dengan abang polisi dan JPJ lagi. Saman pon dah check. Memang aku pemandu yang berhemah sebab tak der saman...alhamdulillah lagi dan minta dijauhkan lah dari kena saman. Uols....sila check lesen memandu memasing yerp. Bila tarikh luputnya. Jangan jadi macam iols yerp. Dah setahun baru nak renew lesen.

Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...

Note: 1st time renew lesen sendiri sebenarnya. Sebelum ni En. bos yang buat ☺



Kalau boleh nak tiap² bulan ramadan. Boleh gittew. Bulan kemuliaan kan. Banyak ganjaran plak tu....hehehe...Ni nak citer pasal drama RAMADA...

Kalau boleh nak tiap² bulan ramadan. Boleh gittew. Bulan kemuliaan kan. Banyak ganjaran plak tu....hehehe...Ni nak citer pasal drama RAMADAN YANG HILANG nih ha.


Ok...meh baca sinopsis citer ni dulu erk.

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.

Sumber: [SINI]

Siapa yang tengok citer ni? Aku dah terjebak dah. Jalan citer dia menarik kan. Kalau tengok lagi menarik ko. Boleh membuatkan emosi ko pon terlibat sama. Jadi panas el nino jer hati ni dengan si Johan nih. Dah lah tak keja. Harap duit bini jer. Yang si bini dia ni pon ikut jer lah cakap laki. Cuba lah melawan sikit. Haaaa...ko tengok. Emo dah aku. Ni last week punya citer. Tak sabar nak tunggu sambungan malam nih.

Note: Kejap jer dah 10 Ramadhan kan. Baju raya anak² pon tak beli lagi ni :-(



Hari ini 7 Julai 2014 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1435. Bertambah lagi usia diri ini ☺☺ Bagi lah peluang bday girl nak selfie...ekekek...

Hari ini 7 Julai 2014 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1435. Bertambah lagi usia diri ini ☺☺

Bagi lah peluang bday girl nak selfie...ekekeke...

Birthday yang ke berapa ni? Biarlah rahsia. Cari sendiri lah yerp...hehehe...Apa ada pada angka yang sememangnya tiap² tahun akan naik. Yang penting wajah iols tak menggambarkan sepertia usia sebenar...cewahhhh...iyer ker..hehe..Sekali sekala up diri sendiri. Bukan hari² pon. Bagi chance lah untuk bday girl ☺☺

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.

Note: Bagaimana kau merasa bangga akan dunia yg sementara. Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu. Dunia dipenuhi dengan hiasan semua dan segala yg ada akan kembali padaNya. Bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi...Maafkanlah bila hati. Tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta..



Haaaa...ni lagi satu hal. Uols kalau lepas sahur sambung tido ker sambung buat kerja sambil bersiap² nak ke pejabat? Start posa haritu, ...


Haaaa...ni lagi satu hal. Uols kalau lepas sahur sambung tido ker sambung buat kerja sambil bersiap² nak ke pejabat? Start posa haritu, bangun sahur pukul 4.45 am. Prepared untuk sahur sampai lah azan subuh. Memang aku tak sambung tido lepas sahur. Mengemas apa yang patut pastu trus siap² nak gi keja. Al maklumlah...nak kena keluar awal sebab jalan sesak.

Tapi pagi nih, bangun sahur pukul 4.15 am gara² mamai. Ku fikirkan dah pukul 5.15 am. Bukan main kelam kabut lagi. Sekali tengok jam bebetul...laaaaaa...Baru pukul 4.15 am rupanya. Disebabkan sahur awal. Aku pon sambung lah tidur pukul 5.00 am buat pertama kalinya sejak posa ni. Tapi kan, bila bangun rasa mengantuknya tak hilang². Nasib time drive tadi bley control lagi. Tengah buat keja tadi bley plak terlelap depat PC...ppfftttt....

Kesimpulannya...lepas sahur janganlah ko tido yer jot. Kalau ko tido memang kemengantukan tahap tak hingat lah jawabnya. Kalau tak sambung tido tak der lah mengantuk sampai macam ni sekali even bangun pukul 4.45 am. 

Note: Nak masak apa lah harini. Dapat buat sambal tempe ngan ikan bilis pon sedap nih...hehehe...Harap² sempatlah masak.


Google pic. Mencabar minda, emosi, rohani dan jasmani. Sebab kesesakan lalulintas dibulan puasa adalah sangat luarbiasa. Tapi hari tak...


Mencabar minda, emosi, rohani dan jasmani. Sebab kesesakan lalulintas dibulan puasa adalah sangat luarbiasa. Tapi hari tak posa pon luarbiasa gak. Tapi bulan posa ni jadi double trouble luar biasanya sebab ko kena menahan diri dari perasaan marah dan perasaan nak memaki hamun. Kalau tak nanti kurang pahala puasa nanti....hehehe...Owh...bulan posa jer lah ko nak kena menahan diri, bulan tak posa pon sepatutnya kena macam ni juga kan...hahaha....nampak sangat ko ni memang cepat panas hati bila memandu. Kalau dapat pemandu yang kongajar, tak reti² nak bagi signal pastu main masuk jer itu memang lah rasa panas hati.

Pagi petang jalan sesak uols. Stress *makbanyakanak ni. Especially bila pagi. Tau² lah bila nak masuk laluan kontra. Bukan main kedekut lagi. Memang sebahagian pemandu kat malaysia ni kedekut kan. Kedekut nak bagi jalan. Pada hal signal dah lama menyala. Bukannya tak bagi signal. Lagi aku nak masuk lagi dia cucuk kedepan...perghhhhh...Memang kedekut tak hingat lah wei. Atas jalan jer kot. Nak kedekut apanya. 

Aku mengaku yang aku pon kedekut gak nak bagi jalan. Mana tak kedekut sebab ko tak bagi signal. Apa guna lampu signal kalau tak pakai. Yang paling hangin, time tu ko nak masuk time tu gak ko nak bagi signal. Buat orang terkejut dan break mengejut. Memang kongajar. Kalau citer bab² memandu ni, memang panjang kisahnya. Bertabah jer lah dengan kesesakan yang tak berkesudahan dan juga dengan karenah pemandu² yang selfish.

Note: Untuk iftar ni pon berkejar² balik nak masak. Dengan nak amik anak² lagi. Slogan untuk tidak ke PARAM terpaksa dilupakan. Tapi beli satu lauk jer lah. Selebihnya masak simple dimple dengan kuasa pantas boboiboy. Dan dah jumpa lauk yang sedap dan tak mengecewakan. Lauk gulai kawah panas kat PARAM seksyen 7 ni. Memang thorrbaikkkk ☺




Google pic Aku tau bukan aku sorang jer yang ada penyakit nih. Uols pon ada jugak kan. Tak yah nak mengelat yerp. Kekadang rasa penat...


Aku tau bukan aku sorang jer yang ada penyakit nih. Uols pon ada jugak kan. Tak yah nak mengelat yerp. Kekadang rasa penat dengan penyakit nih. Penat dan risau memikir kan apa yang aku buat tadi aku dah sudahkan dengan cara yang betul atau tak. Contohnya:

Gosok baju. Ni memang penyakit biasa aku lupa nak tutup suis Boleh baca kat [SINI]. Bila dah kluar rumah tu dok memikir apa yang aku tak buat lagi? Suis iron dah tutup ker? Dah kunci umah gi masuk balik check padahal sebenar nya dah cabut wayar pon. Cisssss...Sama jugak dengan aktiviti² harian lain yang selalu mendatangkan was² pada aku. Paip air dah tutup ker belum. Freezer tu betul² rapat ker sebab si ustaz Qhalif tu kan suka main bukak katup freezer. Kipas bilik ngan lampu tadi dah tutup ker? Ni dah kluar rumah ni. Ko masih fikir benda² macam tu. Tak puas hati aku masuk balik check semuanya.

Kalau on the way dah gi kerja tetiba teringat....haaaaaa....memang nahas lah jawabnya. Dok puas memikir dalam keta dah tutup ker suma benda kat umah tu...dah tutup ker belum ni...Risau tahap langit ketujuh dibuatnya. End up...ahhhhh...lantaklah. Tawakal semoga allah lindungi semuanya. Ada lagi ni *banyak betul was² ko kan jot. Bila dah parking keta. Ko dah jalan jauh ni. Tetiba datang penyakit was²...erkkkk...dah tekan ker belum alarm keta nih? Kang hilang keta apa aku nak menjawab ngan tuan punya keta? Haaaaa...gittewlah kisah penyakit was² aku. Ni aku jumpa info pasal OCD @ penyakit was²:

Dalam perubatan, terdapat sejenis penyakit yang dapat menerangkan penyakit was was yang dialami oleh sebahagian masyarakat di seluruh dunia. Penyakit ini dipanggil Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Obsess = menghantui/obsesi (pemikiran yang selalu menghantui atau bermain di minda seseorang) Compulsion = kewajipan (rasa perlunya melakukan sesuatu, jika tak dilakukan akan merasa resah)

Antara tanda tanda seseorang itu mengalami masalah OCD ialah:

- Selalu risau tentang sesuatu (seperti risau tangan kotor atau dijangkiti bakteria)
- Rasa perlunya melakukan sesuatu untuk menghilangkan kerisauan itu seperti dengan mencuci tangan berulang kali walaupun tidak kotor.
- Merasa tidak senang sekiranya tidak melakukan ritual membasuh tangan tersebut
- Menutup pintu berulang ulang kali
- Selalu ragu ragu adakah oven atau laptop sudah ditutup dan adakah pintu rumah sudah dikunci dan selalu berulang kali meng-cek samada pintu sudah dikunci. * aku lah ni
- Membuka lampu dan menutupnya berulang kali
- Suka mengira sesuatu dan mengambil masa yang lama untuk mengiranya.
- Menyusun alatan atau mengemas rumah mengambil masa yang lama untuk memastikan susunan adalah tepat dan tidak bengkok.

Orang yang mengalami penyakit ini biasanya tahu bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak sihat dan kerisauan yang tidak logik. Namun walaupun menyedarinya, dia tidak mampu menolak kerisauan tersebut. Orang yang mempunyai masalah OCD biasanya cuba melawan perasaan was was yang dirasakan sehinggakan menyebabkan pesakit OCD merasakan tertekan.

Boleh baca kat [SINI] untuk lebih detail. Ada juga jawapan dari Prof. Dato' Dr. Maza di [SINI]. Selamat membaca. 

Note: Tapi penyakit was² aku ni masih terkawal. Belum tahap kronik lagi. Minta dijauhkan...Na'uzubillah..



Hari yang aku tunggu². Siapa yang mengikuti perjalanan hidup beliau pon pastinya akan menunggu tarikh ini. Alhamdulillah...Selamat hari...


Hari yang aku tunggu². Siapa yang mengikuti perjalanan hidup beliau pon pastinya akan menunggu tarikh ini. Alhamdulillah...Selamat hari lahir buat FELIXIA YEAP...Hari kelahiran semula buat anda. Dan selamat kembali kepada agama fitrah. Anda ibarat sehelai kain putih yang bersih. Yang mencorakkan dan mewarnakan agama yang baru ini ada lah diri anda sendiri. Semoga terus istiqamah dan diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh apa jua cabaran dan dugaan. Smoga dipermudahkan semua urusan. 


Note: Hidayah milik allah dan datangnya kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Bertuah pada yang terpilih untuk diberi hidayah. Islam itu indah ☺



Haaa...buat penggemar jajan twisties. Lpas ni tak yah beli2 lagi dah. Buat sendiri jer. Puas hati sebab dapat banyak. Kalau beli tu angin ...

Haaa...buat penggemar jajan twisties. Lpas ni tak yah beli2 lagi dah. Buat sendiri jer. Puas hati sebab dapat banyak. Kalau beli tu angin jer yg lebih. Isinya separuh. Ok...tak nak membebel panjang. Meh tengok resipi ni.




Terjumpa kat FB. Simple jer resipinya kan. Tapi rasanya tak tau lah sebijik rasa twisties atau tak. Tunggu aku buat dulu baru aku blh bagitau macam mana rasanya. Tapi tak tau lah bila nak membuatnya. Tak pon uols buat dulu nanti bagitau rasanya sedap ker atau sebijik rasa twisties...hehehe....


Tak payah nak risau pasal MSG lagi kan. Nak bagi anak makan pon boleh sebab kita buat sendiri tanpa was2. Resipi dijamin kebersihannya. Sekian laporan resipi untuk harini. Nak buat jajan untuk raya pon boleh nih :-)


Note: Bulan2 posa ni pon jalan sesak pagi petang. Stress #makbanyakanak nih.

posted from Bloggeroid

Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺ Ok...stress #makbanyakanak dan freezer ma...

Dah lama tak buat entry nih. Jom tengok apa plak aksi² mereka bila sel² sedang berhubung ☺


Ok...stress #makbanyakanak dan freezer masih belum ada kesudahannya...ppffttt...Freezer lock yang aku beli dulu memang sekejapan jer tahannya. Ntah mana pergi benda tu pon aku tak tau. Inilah aksi si ustaz Qhalif. Part time job dia adalah bukak tutup...bukak tutup...bukak tutup freezer. Aku rasa kalau freezer tu bley bercakap mau dia kata 'Matilah macam ni'...ekekeke...Aku takut tercabut jer pintu freezer tu. Nak kena cari freezer lock baru yang tahan lasak.

Aku pon tak tau apa yang bestnya bebudak ni suka bukak tutup freezer. Nak kata panas sebab penangan El-nino, tak El-nino pon mcam ni. Iyerlah umah tak der air-cond. Dapat air-cond dari freezer pon voley.  Kalau tolong mengemas barang² dalam tu tak per lah jugak. Ni kekadang dok memicit lampu dalam tu....haishhhh...


Ni lagi satu buat #makbanyakanak naik minyak. Kononya nak mengubah suai lah perabot dalam bilik dorang nih. Bagi nampak lagi luas *lahsangat. Tengah² tu letak drawer. Kiri kanan letak katil. Sekali dia buatnya tempat panjat memanjat secara berjemaah. Dari katil kiri, panjat atas drawer pastu lompat ke katil belah kanan plak...pppffttt...Korang memang suka dengar ibu ko ni terjerit² macam tarzan kan.


Note: Ada budak tu kan. Menangis pagi tadi. Sebab tak kejut dia bangun sahur. Pada hal dah kejut banyak kali. Terus merajuk. Memang budak sentap tau...haishhhh...Alhamdulillah, semalam dapat posa penuh ☺


1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun 7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda² darah dah mula keluar dan dah mula mer...

1 July 2007 - 1 July 2014 = 7 Tahun


7 tahun lepas. Tika dan saat ini aku dah admitted. Tanda² darah dah mula keluar dan dah mula merasa mild contraction. Sampailah malam, contraction dah makin kuat. Tapi jalan masih 3cm...ppfftttt...Pukul 9.00 pm doctor dah bagi ubat verak. Bagi keluar semua. Pukul 10.00 pm seluk baru bukak 5cm. No choice, terpaksa induce. Dipaksa bersalin uols. Sakit jangan cakaplah. Ibarat bertarung nyawa. Minta epidural dah tak boleh. Jadinya kita minta ubat tahan sakit. Tapi tak jalan gak. Sakit bersalin mengatasi segala² nya. Alhamdulillah...Tak sampai satu jam lahirlah seorang khalifah kecil.


SELAMAT HARI LAHIR buat anaknda tercinta IMAN HAKIMI BIN HUSAINI. Semoga membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai, sihat tubuh badan, dicekalkan hati dikuatkan iman dan juga berjaya didunia dan diakhirat. Jadi Abang yang terbaik buat Adik² serta hormatlah orang yang lebih tua. ibu sayang IMAN HAKIMI sangat². No words can describe how much I LOVE YOU my dear son. Even kekadang kena marah. You are MY SOUL, MY STRENGTH and MY EVERYTHING. Ingat tu.

Note: How time flies. Touching plak dengan ucapan sendiri :-(




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...