As salam senin uols. Lewat bersiaran. Kebizian pepagi ni. Dapat tugas baru. Benda yang aku tak pernah buat. Strees jer rasa. Tak suka betul...

As salam senin uols. Lewat bersiaran. Kebizian pepagi ni. Dapat tugas baru. Benda yang aku tak pernah buat. Strees jer rasa. Tak suka betul main ngan nombor² ni. Ok...tak nak strese², meh jamu mata cheesecake iols ni.


Amacam. Ada rupa Blueberry Cheesecake Secret Recipe tak...hahaha...ferasan jer ko jemah. Macam biasa. Bila kerajinan dan semangat waja datang membuak², main bakar² lah kan. Maka inilah jadinya. Sebiji kek. Kali ni aku buat malam². Nak tunggu anak² beradu, memang tak lah kan. Silap² aku yang beradu dulu. Jadi nya kita buat dalam keadaan sedikit huru hara. 


Antara bahan² yang diperlukan. Dah lama betul aku peram resipi ni. Bertahun gak lah. Tapi skang baru nak buat. Resipi memang simple. Macam biasa, aku kan suka yang simple..haha..Kali ni tak der pakai tepung yang ready made yerp. Sendiri buat. Alaaaaa...cheesecake, setakat pakai tepung 2 sudu jer. Ni resipinya:

Base: 

1 paket biskut oreo (hancurkan) 
2 sudu butter (yang telah dicairkan) 1
  1. campurkan / gaulkan butter dan biskut (sampai boleh dikepal)
  2. masukkan dalam loyang 
  3. tekan² sampai padat (gunakan bontot gelas) 

Filling: 

500g cream cheese (philadelphia brand)
100g gula
100ml sour cream (pauls brand)
1 sudu tepung gandum
2 biji telur
sikit esen vanilla

  1. pukul satu persatu (mula dengan cheese cream diikiuti dgn bhn lain)
  2. Tuangkan filling ke atas base tadi
  3. Bakar pada suhu 150°C selama 25 - 40 minit
  4. Biar kek seketika dalam oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. Hamik ko, ko ingat orang jer bley terkejut. Kek pon bley terkejut gak tau,,,ahaks.... 
  5. kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 4 jam
Simple jer kan resipinya. Biskut oreo tu aku hancurkan dengan intinya skali. Tak kosa aku nak asingkan. Buang masa dan tenaga jer. Campur jer lah. Keju tu plak aku pakai brand lain. Philadelphia cheese dah habis. Memandangkan aku  buat kek memalam. Semalamam aku letak kek tu dalam freezer. Bangun pagi tu baru letak blueberry jam.

Alhamdulillah. Tercapai gak hasrat nak buat cheesecake. Lpas ni bley lah buat kek sendiri. Gigih tak gigih lah aku hari sabtu tu. Sanggup gi YUMMIE BAKERY ngan QahirahQhalif semata² nak beli loyang kek. Ramai plak tu orang. Memasing dah start membeli untuk buat kuih raya kot. Dapat jugak lah bekalkan blueberry cheesecake ni untuk mertua dan mak. Next time nak buat lagi. Ada balance bahan² tu. 

Note:  Bila skolah dah start, jalan pon start sesak.




Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA?? . Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan ...


Ok. Kita sambung cerita. Berkenaan entry aku smalam pasal FLIGHT TO DHAKA??. Gelak besar iols bila baca komen² uols baik di IG, FB dan juga BLOG. You made my day lah. Bukan gi bebetul pon ke Dhaka tu. Cuma trial to check and test the facilities at KLIA2 and to gauge view from public for the improvement of the facilities.


Pada yang masih belum tau apa itu  Operational Readiness And Transfer Trial (ORAT) atau dalam bahasa melayunya Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang. Ia nya adalah percubaan bagi menguji kemampuan sebenar fasiliti di KLIA2 boleh dilaksanakan dan juga menilai sama ada kualiti kemudahan itu sesuai dengan nilai wang yang dilaburkan kerana KLIA2 akan menjadi sebahagian daripada KLIA sedia ada iaitu pintu masuk utama negara. Fokusnya supaya kemudahan disediakan benar² berkualiti agar dapat menampung jumlah pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 serta tidak menjejaskan imej negara.

Sumber: [SINI]


Kiranya smalam kitorang ni pelancong kononnya. Gedik pilih penerbangan antarabangsa. Sekali dapat ke Dhaka ko. Redha jer lah. Siap dapat bagasi bagai. Buat procedure macam nak gi melancong betul². Gi check-in. Dapat tiket kapal terbang ko. Timbang bagasi bagai. Last minute kena tukar flight gi Singapore plak...hahaha...Kena check passport. Siap kena raba lagi...cisss...Masa nak masuk kat tempat scanning tu. Lupa nak bukak jam. Sekali dia berbunyi daaaa. Kena lah buat spot check satu badan. Tak pasal² kena raba. Tapi dengan orang pompuan yerp. 

Layan gak ah smalam. Announcement penerbangan. Siap flight delay lagi ko. Macam betul² nak naik flight jer. Memang besar lah KLIA2 nih. The art Hybrid Airport kan. Which is expected to open for commercial operation on 2 May 2014. 1st time join ORAT ni. 

Note: Tak sabar nak balik Gombak. Dah kerinduan teramat dengan Iman Hakimi ☺




Peringatan buat diri sendiri juga. Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang. Jagalah hati kita supaya tak tumbuh b...


Peringatan buat diri sendiri juga. Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita sakitkan hati orang. Jagalah hati kita supaya tak tumbuh bintik hitam tu. Kekadang tanpa kita sedar, ada orang yang cuba sakitkan hati kita secara psychology. Betul tak? Tak per lah...di persilakan. Aku tak nak tambah kan bintik hitam pada hati aku nih. Cuma pesanan aku untuk orang² yang macam ni:


'SILENCE IS THE BEST REPLY TO A FOOL'

Note: Kjap lagi aku update pasal KLIA2 tu yer ☺



Ok...iols tengah menunggu ketibaan flight. Pergi balik hari ke DHAKA uols. Curlasss ko kan...hahaha...Cerita selanjtnya akan menyusul se...



Ok...iols tengah menunggu ketibaan flight. Pergi balik hari ke DHAKA uols. Curlasss ko kan...hahaha...Cerita selanjtnya akan menyusul sebentar lagi yerp :-)


Note: Yg penting, iols dah sampai KLIA2 dulu :-)

posted from Bloggeroid

Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Thank you Nuffnag. Patah tumbuh hilang berganti kekdahnya. Duduk situ dediam erk. Duduk lelama sket....



Alhamdulillah. Rezeki datang lagi. Thank you Nuffnag. Patah tumbuh hilang berganti kekdahnya. Duduk situ dediam erk. Duduk lelama sket. Biar beranak pinak duit tu. Lagi bertambah best, kalau uols tolong klik iklan² tu. Makin bertambah rezeki uols lepas nih. Iols penuhkan tabung uols, uols penuhkan tabung iols plak..ngeeeee...

Note: Esok nak gi KLIA2. Ada The Eleventh Operational Readiness And Transfer (ORAT) Trials. Yeehaaaaa...

Sedikit perkongsian ilmu. Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz Khas berkenaan dengan tragedi MH370. Sempat gak te...


Sedikit perkongsian ilmu. Semalam aku berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz Khas berkenaan dengan tragedi MH370. Sempat gak tengok even dah separuh. Dalam rancangan smalam, di bincangkan mengenai Solat Jenazah Ghaib. Menurut Ustaz Abu Hasan Din Al-Hafiz, Solat Jenazah Ghaib tak boleh dilakukan selagi tidak pasti kematiannya. Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan melakukan Solat Hajat dan berdoa tanpa henti supaya diberikan petunjuk. Dan doa yang paling makbul adalah doa dari keluarga mangsa² yang terlibat dan doa pada sujud yang terakhir. Berdoalah sebanyak yang boleh. Pohon pada allah . Jika benar mereka masih hidup, permudahkanlah urusan. Jika tenggelam, timbulkan lah. Dan jika tiada, berikanlah petunjuk. Jangan berhenti untuk berdoa dan solat hajat.

Dan janganlah di tangisi, diratapi dan berasa terlalu sedih dengan pemergian mereka. Berdoa dan terus berdoa. Pergantungan kita hanya pada Allah S.W T. Tanggungjawab kita pula, beri sokongan dan semangat buat mereka. Hentikanlah spekulasi² yang kita tak tau sejauh mana kesahihannya. Boleh jatuh fitnah kalau ianya tak betul. Janganlah di tambah kesedihan mereka dengan cerita² yang tak betul.



Semalam juga kesedihan berganda buat umat islam di mana 529 penyokong bekas Presiden Islamis, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati oleh makhmah Mesir. Hukuman yang paling tragis dan tak masuk akal. Anggota Ikhwanul Muslimin di dapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis. Ini bermakna, seramai 529 orang dijatuhkan hukuman sekaligus dalam tempoh 3 hari bersamaan dengan:
  1. Terjatuhnya hukuman kepada 177 orang salam tempoh sehari
  2. Bersamaan 8 orang setiap satu jam
  3. 7 minit untuk setiap seorang dijatuhkan hukuman mati.


Wajah² sedih ahli keluarga. Ya! allah...luluh hati aku tengok. Sama² kita berdoa untuk keselamatan saudara² islam kita di sana. HASBUNALLAHU WANI'MAL WAKEEL...

Sumber: [SINI] dan Mesir kini



Dear Indian Ocean :-( Pengumuman yg di buat oleh PM Najib malam tadi pada sidang akhbar tergempar. MH370 ended at southern indian...

Dear Indian Ocean :-(





Pengumuman yg di buat oleh PM Najib malam tadi pada sidang akhbar tergempar. MH370 ended at southern indian ocean. Lautan yang paling terpencil didunia...lautan yang sunyi dan jauh dari daratan. Ya! Allah..sedihnya. Al-fatihah buat penumpang dan anak kapal yang beragama islam. Bertabahlah buat semua ahli keluarga yang terlibat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Seantero dunia sedang bersedih saat ini di atas tragedi yamg menimpa MH370. Tamat sudah spekulasi. Speechless jap masa PM buat pengumuman. Even tak der ahli keluarga yang terlibat, tapi sebagai rakyat Malaysia, perasaan sedih itu tetap ada. 


AL-FATIHAH & RIP
Note: Terjawab sudah teka teki MH370 :-(

posted from Bloggeroid

Apakah itu?...hehehe...Aku rindu ngan budak nih: Abang yang rajin melayan karenah adik². Time baik macam ni lah. Cer kalau bergaduh? F...

Apakah itu?...hehehe...Aku rindu ngan budak nih:

Abang yang rajin melayan karenah adik². Time baik macam ni lah. Cer kalau bergaduh? Fikir sendiri lah ☺

Iman Hakimi bin Husaini. Semalam dah selamat export dia kat kampung. Gombak jer pon. Saja umpan dia nak dok ngan atok tak? Sekali dia kata ok. Tu yang gi menghantar smalam. Boleh belajar dan buat kerja sekolah skali ngan Maksu and Makwong. Sebelum ni pernah hantar gak. Tapi tak sampai sminggu dah bad mood...nak balik. Kali ni tak tau macam mana lah plak.

Hasihhhhh...ibu dah bula rindu kat awak dah ni abam kimi. Baru satu malam tu. Kalau dekat asyik nak bertekak jer kan. Gaduh² manja gittew ngan anak. Ni bila dah tak der terasa rindu lah plak dengan mulut yang banyak bertanya sampai tak tau nak jawab apa dah. 

Macam mana erk orang boleh hantar anak kat kampung lama²? Tinggalkan anak kat kampung bagi parents jaga. Ko kat sini kerja macam biasa? Isshhhhhh...aku tak boleh lah berjauhan dengan anak. Satu malam ni pon dah merindu, ini kan plak berhari². Ada 4 hari lagi nih. Bertabahlah ibu.

Note: Lemah betul badan bila pekena air sejuk/air batu ni kan. Jarang sbenarnya minum air sejuk ni. Tapi sebab cuaca panas sangat. Tak menahan dibuatnya. Tak boleh diamalkan slalu.



Bila kerajinan tahap maksimum tetiba datang ko. Maka terhasil lah Kek yang di beri nama Moist Choc Leleh Lapis Cheese. Pepagi ahad aku ...


Bila kerajinan tahap maksimum tetiba datang ko. Maka terhasil lah Kek yang di beri nama Moist Choc Leleh Lapis Cheese. Pepagi ahad aku dah bangun. Ingatkan nak buat malam sabtu tu. Tapi mata ni dah kuyu sangat. Lupakan lah hasrat tu yerp. Kita buat pagi ahad jer lah.


Ini bahan²nya. Memandang kan aku ni jenis suka kerja yang simple, cepat dan tak memeningkan kepala. Jadinya bahan² untuk kek coklat tu aku beli yang ready made sajork. Cuma campur butter, telur 4 biji dan air...hehehe...aci lah kan. Kalau uols rajin, boleh jer buat sendiri. Aku kan terlebih rajin...ngeee...Ni resipinya:

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder* (*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:

250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA:
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan.. 
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan. 
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2. 
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak). 
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Resipi: Amik kat IZAN ISHAK

Ok...ini versi Masuk oven/Bakar

  1. Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Bakar pada suhu 160 C (terpulang pada jenis oven masing-masing)
  2. tuang adunan cream cheese diatasnya dan bakar selama 15 minit. 
  3. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.

Inilah hasil kek aku sebelum dan selepas di tabur coklat leleh. Meleleh ailio aku menengoknya...hahaha...Ikut kretiviti memasing lah nak menghias macam mana yerp. Takkan itu pon aku nak ajar kann. Aku bagi 2 versi. Kukus dan bakar. Sebab aku tak beli periuk kukus lagi. Bakar jer lah dalam oven. Pastu kan, acuan kek yang bulat tu pon tak der...sob..sob...Pakai loyang pon boleh jer. 


Dan ini rupanya selepas dipotong. Nak jugak tunjukkan hasilnya kan. Iyer lah....kang nnt ada yang tanya macam mana rupa kek coklat lapis cheese ni. Nampak sangat aku tak seni dalam nak amik gambar kan...hahaha...jadi lah. Sebenarnya ni second time aku buat. 1st time dulu memang buruk bebenor rupanya. Malu nak letak dalam blog. Yang 2nd ni ok lah. Menjadi. Practice make perfect katakan. Next time nak try buat kukus plak. 

Alhamdulillah...dapat lah bawah setengah potong untuk Mertua. Smalam balik umah PIL (Parent in law). Hantar Iman Hakimi. kat umah atok. Menghabiskan cuti skolah kat sana. Haiisshhhhh...dah start rindu ngan anak bujang ku itu :-(

Note: Best plak membaking ni. Next project nak buat Blueberry Cheese Cake plak. Resipi pon simple jer.

Ok...ni nak share satu aplikasi terbaik untuk tau waktu² solat mengikut kawasan. Tak tau lah uols memang dah tau pasal aplikasi ni atau aku...

Ok...ni nak share satu aplikasi terbaik untuk tau waktu² solat mengikut kawasan. Tak tau lah uols memang dah tau pasal aplikasi ni atau aku yang ketinggalan jaman baru nak tau pasal benda ni...ahaks...Tapi nak share jugak kalau ada yang belum tau. Aku kata ianya terbaik sebab apa tau:


Sudah semestinya lah disertakan waktu² solat pukul berapa kan. Yang bestnya, waktu solatnya automatik mengikut kawasan. Contohnya...aku skang kat Cyberjaya, bila balik umah, ianya akan bertukar kawasan Bangi/Kajang. Dan bestnya:


Akan ada notification bila nak masuk waktu solat. Dalam pada nak tunggu azan tu, akan berkumandang alunan ayat² al-quran. .Bila masuk jer waktu, berkumandanglah azan dengan doa selepas azan nya sekali. Bukan tu jer tau, siap dengan terjemahan hadis skali. Haaa...best kan. Lagi,,dan lagi...dan lagi best:


Ada notification juga untuk solat Dhuha. Macam biasa, dalam masa menunggu masuknya waktu sunat Dhuha, akan berkumandang alunan Doa Dhuha dari kumpulan nasyid UNIC tu. Terpulang lah kalau nak dengar sampai habis kan sebab akan di ulang² Doa Dhuha tu sampai masuk waktu solat Dhuha. Kalau yang tak hafal doa Dhuha ni lagi, eloklah dengar sampai habis. Aku hafal doa Dhuha dan terjemahannya sekali  ni pon bila hari² dengar kat IKIM fm. Ni pon salah satu cara nak menghafal surah² al-quran kan. Dah tua bangka ni baru nak hafal ko. Tak senunuh betul. Tak per, masih belum terlambat untuk perbaiki keadaan diri yang serba kekurangan nih. 

Ok...jangan lupa download tau. Sesuai untuk android application. Untuk pengguna itunes, tak tau boleh ker tak. Cer try.

Note: Banyak komen sedang menanti untuk diluluskan. Nantikan terjahan dari YB comel jap lagi yer...haha...





Kat tempat lain tak tau lah sedap ker tak sedap. Tapi kalau kat pasar malam Seksyen 7, Bangi ni memang sedap pada tekak aku yang kuat ma...


Kat tempat lain tak tau lah sedap ker tak sedap. Tapi kalau kat pasar malam Seksyen 7, Bangi ni memang sedap pada tekak aku yang kuat makan tak padan dengan badan kecik nih..haha..Dapat plak makan time panas². Memang nikmat tak terkata. Melecur lidah pon tak per ko.

Nak membeli pon beratur gak nih. Tak pernah beli tak beratur dan tak pernah beli dapat ayam yg dah sejuk. Memang dapat fresh baru goreng dari kuali. Si Iman Hakimi kalau gi pasar malam ini lah yg ditujunya. Setiap kali gi memang tak sah kalau tak beli. Seketul RM6.00, tapi beso lah ayamnya. 

Ok...petang ni ada pasar malam. Uncle bob lagi lah kita. Terbayang² dah ni ayam uncle bob tu memanggil². Jadinya...malam ni kita gantung kuali yerp. Pasar malammmmm...tunggu kami datang...hehe...

Note: YB masih busy bee. Ni pon melencong jap. Nak pilihanraya kajang kan...ekekeke...


Perkongsian yang sangat baik untuk dikongsi dengan parents² di luar sana. Tersentap jap bila membacanya. Betapa 'MENJERIT' itu sang...

Perkongsian yang sangat baik untuk dikongsi dengan parents² di luar sana. Tersentap jap bila membacanya. Betapa 'MENJERIT' itu sangat memberi kesan yang buruk pada anak². Bukan mudah dah kawal diri dari nak menjerit kan. Meh baca macam mana nak tenangkan diri. Peringatan buat diri sendiri juga. 


Apabila kita menjerit pada anak, isyarat 'takut' dihantar oleh telinga kecilnya ke otak dalam masa 1/12,000 saat. Dan itu hanya jeritan yang pertama. Apabila kita terus² terusan menjerit, kita telah membanjiri otak anak kita dengan bahan kimia yang menyebabkan tekanan/stress. Ketika ini, apa yang dilakukan oleh otak anak adalah memberitahu mindanya supaya mendiamkan diri, memberontak atau mematuhi untuk berasa lebih selamat.

Apabila trauma kecil ini ditangani dengan baik (seperti menjalinkan hubungan mesra dengannya), sistem dan otak anak kita boleh 'dibetulkan' untuk berfungsi semula. Tetapi apabila tiada langkah pembaikan malah berterus terusan berlaku, otak anak kita akan membuat perubahan yang perlu untuk melindungi dirinya daripada ketakutan dengan menjadi defensif atau memberontak.

Apa yang berlaku kepada kita? Apabila kita menjerit, kita juga membanjiri otak sendiri dengan bahan kimia yang menyebabkan stress/tekanan yang seterusnya mengganggu sistem imun, meningkatkan tekanan darah dan menghinddarkan otak kita untuk rasa empati  dan mengurangkan keupayaan kita untuk mengawal diri sendiri

Bagaimana kita boleh menenangkan diri? Berikut adalah beberapa cadangan:

  • Beristighfar
  • Tarik nafas panjang dan lepas
  • Senaman
  • Senyum/Ketawa
  • Pelukan/Belaian
  • Solat Sunat/Berdoa
  • Bertafakkur

Dan semua ini adalah PERCUMA! Mari kita praktiskan untuk mendapatkan ketenangan. In shaa allah, otak yang mengalami stress/tekanan akan menjadi tenang, serta meningkatkan kesihatan yang baik secara keseluruhan

Sumber: Ibubapa cemerlang

Note:  Hari ni YB tak sempat nak melawat kawasan jajahan. Sempat melawat sikit jer. YB busy sket. Banyak urusan surat menyurat yang perlu diselesaikan. Petang sket YB dtg melawat kawasan yer..sekian..akahs....


Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe.. Ok...sambungan kisah dari hasil Sep...

Entry tanpa gambar macam tak lengkap kan. Kita tepek ballik gambar ni. Amik aura kak RED...hehe..

Ok...sambungan kisah dari hasil Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014. Lama sangat aku perap kat dalam draft tu. Meh baca tips² nih. 

1) Setiap blogger perlu mempunya niche masing². Niche tu apa? Ok...niche ni macam satu pengkhususan dalam blog. Untuk sebuah entry, apa cerita yang anda selalu khususkan? Macam kata kunci lah. Anda suka memasak. Kongsikan resipi dan juga tips² pasal masakan. Atau pon anda suka menjahit, kongsikan tips² dan ilmu pasal jahitan. Itu lah kata kunci dan niche nya. Faham...hehehe...

2) Pandai bahagikan masa. Macam blogger part time, kena pandai bahagikan masa antara kerja, keluarga dan juga blog. Jangan asyik nak blogging jer sampai keluarga dan kerja pon terabai. Rumah bersepah macam tongkang pecah. Alasan...sibuk update entry kat blog...no..no..no...jgn buat macam ni.

3) Sokongan dari suami/isteri. Ini pon penting gak. Bak kata kak RED, kalau blogging jer tapi tak der sokongan dari orang yang tersayang, mau jatuh talak nanti. Jadinya...suami/isteri pon kena lah faham dan bagi sokongan pada blogger part time macam kami ni kann.

4) Blogwalking dan komen...ini salah satu cara jika nak diri sendiri dan juga blog dikenali . Ko nak blog ko fofular, tapi malas nak blogwalking dan tinggalkan jejak kat blog² lain. Asyik harap orang datang blog ko jer kan. Asyik nak minta orang komen jer kan. Ko ada datang kat blog blogger lain dan komen? Memang tak patut lah. Ada juga blogger yang macam ni. Kita rajin datang blog dia, tinggalkan ayat² cinta. Tapi haram jadah...tak pernah nak terjah kita balik apatah lagi bagi sepatah dua kata kat blog. Jadinya...kita jadi silent reader jer lah. Atau pon pandang sepi jer lah kat blog macam ni. Orang tak sudi, buat apa nak terhegeh² lagi...cewahhhh...marah sangat ni...haha...Terpulang pada pendapat masing² lah.

5) Idea...Ni pon kekadang jadi masalah gak kan. Bila idea datang, banyaklah ceritanya. Bila idea tak der, sunyi sepi lag blog jadinya *macam blog aku gak. Jangan jadikan tak der idea itu sebagai alasan. Banyak sebenarnya cerita yang boleh kita kongsikan. Macam perihal anak². Yang ni memang takkan habis lah kann. Tapi jangan hari² ko asyik citer pasal anak jer. Naik bosan orang nak membacanya. Lain orang lain pendapatnya kan. Tapi aku suka jer baca kisah pasal anak² ni. Isu² semasa..kisah retis ker. Atau pon tips² yang berguna yang boleh memberi ilmu dan manfaat buat pembaca. Kan banyak tu. Jangan biarkan blog sunyi sepi tanpa entry. Ingat tu ☺

6) Isi cerita blog panjang berjela. Dah macam tulis diari plak dah. Tak perlu lah nak citer meleret². Kalau entry tu bermanfaat dan bagus untuk dikongsi, tak per. Tapi kalau entry tu untuk syiok sendiri, orang pon malas nak baca. Just simple entry tapi penuh dengan isi.

Untuk event plak. Patut ker blogger terima event yang tak berbayar/free? Untuk permulaan dan juga untuk networking supaya blog kita di kenali dikalangan advertiser, boleh jer kita terima. Alaaaa...nak tolong kawan² kekdahnya. Bukan free semata², tapi dapat barang untuk di cuba kan. Dari situ lah advertiser akan menilai cara penulisan kita. Kalau menarik perhatian, tak mustahil advertiser akan panggil lagi untuk event yang berbayar pulak.

Itu lah perkongsiannya. Sepanjang aku berblog ni, baru sekali dapat buat [SPONSORED POST] dan juga dapat invitation untuk join event untuk [ZESPRI'S 14-DAY SCOOP OF AMAZING CHALLENGE]...alhamdulillah...Blog untuk suka² jer selain dari nak menambah pendapatan sampingan.

Note: Sumber tips dari AJUMOHIT.COM dan diubahsuai mengikut gaya puan punya blog...hehehe...Aku dengar macam tu jer. Serap gak masuk kat kpala ni.




Google pic. Siapa tak takut lipas? Kebanyakan orang pompuan takut dan geli ngan lipas kan. Orang lelaki pon ada yang takut lipas tau. ...


Siapa tak takut lipas? Kebanyakan orang pompuan takut dan geli ngan lipas kan. Orang lelaki pon ada yang takut lipas tau. Kawan my dear hubby salah seorang daripadanya...hahaha...Dalam banyak² lipas kan *macambanyaksangatspesislipas. Aku paling takut dengan lipas terbang. Memang menyampah betullah kalau jumpa kan. Yang tak boleh terbang tu pon aku dah geli inikan yang boleh terbang.

Ko bayangkan lah. Tengah syiok masak kat dapur, boleh plak muncul lipas terbang ni. Langkah seribu lah jawabnya. Lagi haru, tengah berkumpul anak beranak kat ruang tamu, datang lagi lipas terbang berlegar². Apa lagi....lari lintang pukang si ibu ngan anak mencari tempat perlindungan. Takut di hinggap dek lipas terbang. Lagi kesian....ibu dia lari dulu tinggalkan anak²...kahkahkah...Sian anak² aku. Bila line dah clear, baru kluar balik dari tembat persembunyian. Memang kongajor tau lipas terbang ni.

Nak tau tak. Kalau nak bunuh lipas, jangan ketuk sampai terbarai isi perut lipas tu tau. Sebab dalam perut lipas ada cacing halus/ lembut yang akan hidup walaupon berada diluar tubuh lipas. Bila cacing ni dah hidup luar dari badan lipas (perut), dia akan bergerak mencari tempat baru. Kalau nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas tu kat kertas hitam atau cermin. Nanti cacing dari perut lipas ni akan bergerak². Cacingnya pendek, halus dan lembut. Hanya dapat di lihat pada mata kasar bila jarak pandangan sekitar 10-20 cm.Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Meremang kegelian bila membaca pasal lipas ni. Kalau nak tgk macam mana rupa cacing lipas ni, silalah buat experiment...hehehe...Bahaya kan lipas ni. Sila lah berhati².

Note: Tak sempat nak snap #3 bento Kimi hari ni. Bateri HP habis....cissssss.....





Dan untuk seterusnya. Muntah hijo lah uols tengok aku hari² update pasal bento...hahaha...Kalau tak der update nya bermakna aku tak sempat...


Dan untuk seterusnya. Muntah hijo lah uols tengok aku hari² update pasal bento...hahaha...Kalau tak der update nya bermakna aku tak sempat nak buat Bento yerp. Bagitau awal² dulu...ngeeeeee...Ok..2nd beto for today adalah:


[MACARONI TUNA WITH CHEESE] dan juga Roti Calit Planta yang dibentuk menjadi kereta dan ikan. Tapi agak selekeh sket. Practice make perfect kann. Aku buat pakai Egg Mold tapi dah diderhakakan oleh aku menjadi Bread Mold. Ok saja. Asal boleh kan. Idea kretif dan inovatif kalau dah datang macam ni lah jadinya. Suma di ubahsuai...hehehe...



Macam ni lah rupa Egg Mold itu. Comel kan. Kalau anak tak suka makan telur, cer buat macam nih. Hari² minta telur kekdahnya...ekekeke...Macam mana aku buat roti jadi macam tu? Haaaaa...biarlah rahsia..haha...Senang jer. Nanti iols ajar yer uols.

Note: Nak masak apa lah plak esok untuk bento Iman Hakimi nih.







Orang letak kat almari. Tapi aku letak kat freezer. Pon boleh jugak. Orang yang suka sangat menderhakakan barang memang macam ni. Asal b...


Orang letak kat almari. Tapi aku letak kat freezer. Pon boleh jugak. Orang yang suka sangat menderhakakan barang memang macam ni. Asal boleh. Ni kes dah tak tahan sebab ImanQahirah suka buka..tutup..buka..tutup banyak kali. Especially si anak dara tu lah. Mendidih jer rasa hati. Ini boleh mengundang kerosakan pada freezer dan juga kenaikan bil letrik yang tinggi. Dah lah bil letrik mahal weiiii. Ko nak ibu letak dalam freezer tu yer anak². Tunggu ibu beli freezer beso dua pintu tu. Boleh kita dok berjemaah dalam tu...ekekeke...


Kalau ikut hati aku nak gak buat macam dalam gambar ni. Amacammm...hahahaha...Tapi kang buruk plak rupanya. Dan leceh plak nak membukanya. Tapi freezer lock yang aku pakai tu tak tahan lah. Tapi lepas aku letak tu, tak der plak dorang nak buka freezer tu. Tak tau lah sampai bila tahannya. Buat sementara ni pakai jer lah mana yang ada. Nak kena beli lagi ni sebab nak letak kar drawer plak. Ada budak paling rajin suka selongkar baju dalam lemari dan juga selongkar buku. Siapa lagi kalau bukan si Iman Qhalif...ppffttttt...

Note: Kalau ada yang tau kat mana jual lock yang bersesuaian untuk freezer, silalah kongsi yer. 


Bento Iman Hakimi untuk pagi ni. Cute tak..hehe..Sebelum ni bekal kimi biasa² jer. Tak der nak hias cute² macam nih. Tapi sejak dah...



Bento Iman Hakimi untuk pagi ni. Cute tak..hehe..Sebelum ni bekal kimi biasa² jer. Tak der nak hias cute² macam nih. Tapi sejak dah beli bento tools, terus semangat nak deco² makanan anak. Jadinya...pagi ni berbekal kan roti lambang mickey mouse kapit telur, cili sos and mayonnaise. Bersama hot dog yang dicucuk dengan food pick lambang bendera. Siap pesan tu kat anak bujang, bendera tu jangan di buang. Kalau buang...siap lah nanti...cewahhh siap ugut tu...hehehe...tipu jer. Tak der lah ugut sampai mcm tu skali.


Ni bento tools yang aku beli. Sampai jumaat aritu. Tu yang excited buat pagi nih. Disebabkan kesiangan, menu nya simple sajork. Kita tunggu esok apa plak menunya. Dah ada dalam kepala otak nih. Ni baru bento tools 1st round. 2nd round menyusul hujung bulan ni sebab poket dah nipis. Memang jebak lah weiiiiiii. Rambang mata tengok bento tools yang cute². Tahan nafsu jer nih. Aku beli barang² ni kat FB BENTO BENTO. Silalah terjah. Masa tu tengah promotion. Owner dia pon ok. 

Note: Pernah tak berbekal 2 hari dek kesiangan. Sekali kimi tanya kenapa ibu tak buat bekal. Makanya...pepagi skang ni memang berbekal lah ke sekolah. Jimat sket duit belanja. Kesiangan macam mana sekali pon, tetap gigih ibu dia ni buat bekal.


Bukan lempang yer...hahaha...Lempeng comel *macamtukangmasaknya cicah sambal tumis ikan bilis. Adalah gandingan yang sangat mantop. Maka...


Bukan lempang yer...hahaha...Lempeng comel *macamtukangmasaknya cicah sambal tumis ikan bilis. Adalah gandingan yang sangat mantop. Makan plak time hujan...perghhhh...nikmat tak terkata. Ni menu petang smalam. Erkkk...dah 3 hari berturut² aku up entry masak kann. Hari sabtu [IKAN KERISI MASAK TAUCU]. Ahad plak [HOMEMADE NASI LEMAK]. dah macam blog masakan plak...ngeeeee...

Buat nasi lemak smalam pon motifnya sebab boleh makan sampai malam. Kalau nasi lemak habis boleh ganti ngan nasi putih. Jimat sket tenaga masak sekali jer kan. Lagi pon dah lama tak buat nasi lemak. Pastu smalam hujan seharian...Alhamdulillah...tu yang kelaparang jer seisi rumah. Tu yang terfikir nak buat lempeng. Licin ko. Tak cukup plak tu. Next time bley buat lagi. Anak² plak suka lempeng cicah gula. Ibu ngan abah jer lah makan lempeng cicah sambal tumis ikan bilis yang mantop nih.

Erkkk...terliur ker? Maaf lah buat ailio uols menjejes yer. Balik kerja nanti buat tau ☺

Note: Teruk betul jerebu pagi ni. Kat bangi tak der. Masuk highway nak ke cyberjaya, dah macam kabus...kabus dek jerebu. Sesak nafasku ngan bau asap.


Gigih membuat nasi lemak pagi nih. Tapi nasi lemak tak cukup bahan lah sebab kacang tanah ngan ikan bilis goreng tak der. Nasi tu pon tak ...



Gigih membuat nasi lemak pagi nih. Tapi nasi lemak tak cukup bahan lah sebab kacang tanah ngan ikan bilis goreng tak der. Nasi tu pon tak letak daun pandan. Cuma letak halia ngan santan jer. Janji bau gak nasi lemak..hehe..


Sambal tumis ni biasalah kalau masak kan. Habis berkecah dapur dek percikan sambal. Pastu nak kena tumis lama. Baru sedap dan masak betul cilinya. Jadinya...tak yah masak lah tengah hari ni sebab sambal tumis banyak lagi. Aci lah kan...hehehe...


Bila dah pekena nasi lemak nih. Mata pon mula lah minta bantal..haishhhh...tak boleh dilayan sangat. Kerja rumah pon banyak yg tengah menanti tu. Kerja rumah yang tak pernah habis.


Note: Jerebu balik pagi nih. Tapi dah beransur pulih sebab hujan. Alhamdulillah :-)

posted from Bloggeroid

Lauk lunch untuk tengah hari ni. Dah lama sangat tak masak taucu ni. Tetiba plak anak tekak ni mengidam nak makan. Gigih cari bahan2 petan...



Lauk lunch untuk tengah hari ni. Dah lama sangat tak masak taucu ni. Tetiba plak anak tekak ni mengidam nak makan. Gigih cari bahan2 petang smalam. Ingatkan nak masak malam smalam. Tapi dah keletihan melampau. Sampai taucu tu pon aku gi letak kat tempat beku sama ngan ikan..haha...jadinya, ini lah ikan kerisi masak taucu didalam kuali. Menari2 ngan cili hijau tu. Bawang dan kuah kasi lebih sebab anak2 suka lauk2 yang berkuah ni. Lawannya plak dengan:




Sambal tempe, my feveret food. Nak kulit cantik silalah makan tempe bebanyak. Ok...itu jer nak citer. Esok pagi nak buat nasi lemak plak.


Note: Alhamdulillah...jerebu tak der pagi ni. Macam magic bila tgk langit biru. Padahal malam tadi jerebu teruk.

posted from Bloggeroid

Kejap ada kejap tak der. Dah macam chipsmore. Nak kena refresh banyak kali plak dah. Ada masa muncul, ada masa tak muncul² gak. Apa ma...


Kejap ada kejap tak der. Dah macam chipsmore. Nak kena refresh banyak kali plak dah. Ada masa muncul, ada masa tak muncul² gak. Apa masalah ko ni ha??? Lately ni asyik bermasalah jer kann. 

Note: Luahan dipetang hari...hahaha...

Sesak nafas ku dengan bauan asap. Bukan asap jer, dengan debu dan juga dengan bauan yang datang dari tikus yang busuk nak mamps kat work...


Sesak nafas ku dengan bauan asap. Bukan asap jer, dengan debu dan juga dengan bauan yang datang dari tikus yang busuk nak mamps kat workstation aku nih. Nyah lah ko bau. Aku rasa macam nak MC sampai bau hilang, boleh gitew sebab dah mengganggu konsentrasi aku nak nak buat kerja dan nak makan...ppffttttt....Macam mana nak hilangkan bau ni erk? Dah sembur dengan cuka dan juga lemon. Tapi masih berbau. Apalah yg ko makan tikus sampai bau busuk macam ni...haihhhh...

Erk....nak citer pasal tikus ker pasal jerebu?...hahaha...sambung balik. Pedih mataku dek kerana jerebu. Hidung pon dah start berair. Coming soon mukin batuk datang menyinggah plak. Kena beli mask cepat sebab nanti naik harga...hahaha...Smalam my dear hubby dah bawak balik. Boleh plak tercicir mask tu. 


Ni petang smalam nyer jerebu kat Cyberjaya. Kat bangi pon bley tahan teruk gak.Tak tau lah berapa bacaan IPUnya. Start dari rabu petang tu. Esoknya dah makin teruk sampailah pagi ni. Tapi nampak macam dah kurang sket. Kita tengok petang nanti. Jadinya keta ber aircond saja sebab udara tak sihat. Tak boleh nak bukak tingkap. Aku kan suka buka tingkap. Jadinya...minyak keta pon laju jer berjalan dengan jayanya.

IPU kat Klang pon dah capai tahap merbahaya. Sekolah pon dah diarahkan tutup. Kesian pada anak² yang ada asthma lah. Makanya...amalkan gaya hidup sihat. Minum air masak secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Jangan bakar sampah sesuka hati mak pak ko. Yang merokok tu, tolong jangan buang putung rokok merata² yer. Lagi bagus kalau berhenti terus merokok tu. Silalah jadi masyarakat yang prihatin. Sekian...harap maklum.

Note: Dugaan dan peringatan buat kita. Bermula dengan cuaca kering, peningkatan demam denggi, catuan air, jerebu dan juga misteri kehilangan MH370. Renung2 kan lah.



Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa l...

Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa lagi kalau bukan MEMEY SUHAIZA. Bergambar dengan retis uols.


Amacam...flawless tak muka kami...muahahaha...Baru try trial pack dah nak kecoh...kahkahkah...Tapi serious, memang cantik kulit si Memey Suhaiza ni. Macam kulit aku gak cantiknya *bluekkk...ngeeee. Tinggi plak tu. Dalam tv nampak macam kecik jer. Aku ngan dia paras bahu jer. Bak kata [BUNDA]:


Motif??? Iols memang comel lote. Mekasih atas pujianmu Bunda. Kembang setaman perumahan bila orang puji kita somel tau. Ok...dah bersedia nak tengok gambar yang seterusnya?


Woot..woot...Dengan Blogger mummy yang famous amos, REDMUMMY yang comel lote macam saya jugak...erkkk...wakakaka...Dapat gak bersua muka. Selalu baca blog dia jer. Ingatkan sama² petite. Rupanya aku lagi petite...haha..Itu jer lah nak citer. Next entry kita citer pasal tips² dari blogger² fofular hasil perkongsian masa [Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014] hari tu yerp. 

Note: Makin menjadi² jerebu nih...haishhhh...


Maka terhasillah bentuk² ini: Yang tak der caption tu, aku tak pasti apa yang anak dara tu buat. Dia masukkan lego tu kat jari² yg c...

Maka terhasillah bentuk² ini:


Yang tak der caption tu, aku tak pasti apa yang anak dara tu buat. Dia masukkan lego tu kat jari² yg comel...hahaha...apa motif tu kakak.


Ok...yg ni ibu tau apa kakak buat. HP katanya. Nak tipon abah. Bukan main beso lagi HP nya yer kakak. HP jenama Lego.

Ini lah aktiviti dorang. Nak kena beli lagi ni sebab tak cukup. Asyik bergaduh jer berebut lego. Abang berebut ngan kakak. Kakak berebut ngan adik. Ibu tukang tengok sambil tunggu masa nak menyinga. Lepas ni ibu beli untuk sorang satu.

Note: #prayformh370...enam hari berlalu. Apakah khabar mu.


Yang berlangsug di Saloma Bistro sabtu 8 March 2014. Buat pertama kalinya aku join event blogger macam ni. Alhamdulillah...even pada ak...



Yang berlangsug di Saloma Bistro sabtu 8 March 2014. Buat pertama kalinya aku join event blogger macam ni. Alhamdulillah...even pada aku ada sedikit kekurangan tapi majlis berjalan dengan lancar dan meriah.   Harap dapat di perbaiki untuk event yang akan datang. Berbelah bahagi juga nak pergi sebab tak der gang. Tapi bila AJU kata dia pergi, jadinya...aku pon gedik gak nak pergi. Sekali sekala bersosial kann. Berjanji ngan AJU untuk pergi secara berjemaah. Mak kan femalu lagi penyegan orangnya...ahaksss...


Kami sampai dalam pukul 10.30 am. Sampai² jer ramai blogger tengah bergambar, bergambar ngan mascot YEO'S dan juga berselfie. Berdebar² plak rasanya wei. 1st time katakan. Daftar dulu pastu terus masuk dewan. Semua bloggers dan diberikan nombor meja masing². Terpisah plak tu ngan AJU. Masuk dewan jer ternampak kelibat blogger KAKCIK SEROJA. Dapat juga bersua muka dan berlaga pipi yer mak. Cuma frust sebab tak sempat nak bergambar...huhuhu...

Source: Denaihati.com

Ahli panel *cewahhhh yang berkongsi ilmu dan tip² blogging pada hari tu terdiri dari BEN ASHAARI, SHAFIEE BUSTAN, RED MUMMY, ZARUL HUSIN dan juga HAZMAN FADZIL. Dapat juga bersua muka ngan blogger² hebat nih. Nanti aku kongsikan tips² untuk menjadi seorang blogger yang berjaya yer. Dan juga perkongsian cerita dari pengasas Ephyra, Pn. Amiza Amiruddin dan juga pengasas Sendayu Tinggi dan juga Jamu Ratu Malaya, Pn. Rozita Ibrahim. Salute dengan Pn. Rozita ni. Anak 8 dan cucu dah 5 tapi body maintain macam anak dara. Ok lah...Layan gambar² ni dulu ☺

Source: Ajumohit.com

Antara makanan yang disediakan

Goodies bag


Bersama kawan baru dan juga gang meja 16, DARLING PYA dan juga kak AZWA KAMAR Tapi terselit blogger meja 20, AJUMOHIT...hehehe...Nice meeting you girls ☺


Last but not least, dengan blogger yang selalu bersua di alam maya. Kini dah bersua di alam nyata...yeayyyyy...Dapat gak berlaga pipi ngan AJUMOHIT dan MRSFIZA

Dalam banyak² event, memang cabutan bertuah yang paling ditunggu² kan. Tapi tak der rezeki nak menang cabutan bertuah yang best² tu. Tahniah lah buat pemenang² yang bertuah. Thank you to my dear hubby sebab tolong jagakan anak² dan juga beri keizinan untuk isteri dia ni bersosial...ahaks...

Note: Masuk hari ke 5. Masih tiada khabar berita. Doa...doa...dan terus berdoa, especially doa dari orang² yang soleh. Smoga ada keajaiban dariNYA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...