Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!! Masih terngiang² lagi laungan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ...


Merdeka...Merdeka...Merdeka!!!!

Masih terngiang² lagi laungan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan MERDEKA. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 tahun buat Malaysia dan rakyat² Malaysia. Saya bangga jadi rakyat malaysia. Saya beruntung dapat hidup dibumi malaysia yang aman dan damai.

Tema hari kemerdekaan untuk tahun ini adalah 'MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU'

ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Boleh baca dengan lebih detail Sejarah Kemerdekaan [DISINI]

Note: Have a great weekend uols. Jom gi Putrajaya. Ada pertandingan Bunga Api Antarabangsa.




Note: Amin...In shaa allah.



Note: Amin...In shaa allah.


1st time dapat invitation. Mak jakun noks...hahaha...Smalam dapat PM (Private Message) kat FB. Minta email untuk event ni. Sepantas kil...



1st time dapat invitation. Mak jakun noks...hahaha...Smalam dapat PM (Private Message) kat FB. Minta email untuk event ni. Sepantas kilat aku reply. Nak juga merasa gi event kan. Macam mana kemeriahannya, Nak² event tu melibatkan makanan. Lagi lah aku suka...hehehe...

Memandangkan event ni weekday, faham² lah kan. Kena lah apply cuti. Tapi aku tak keseorangan. One of my blogger friend pon join...yeehaaaa...tak der lah terkulat sorang² ☺☺. Ada yang dapat invitation ni ker? Jumpa di sana nanti yer.

Note: Esok ada pot luck raya. Bestnya ☺




Izz dan Qhalif Berpandukan pada gambarajah di atas. Anak blogger siapakah ini? #Macamsoalanperiksaplak Cepat teka...cepat teka...Tapi...


Izz dan Qhalif

Berpandukan pada gambarajah di atas. Anak blogger siapakah ini? #Macamsoalanperiksaplak Cepat teka...cepat teka...Tapi tak der hadiah lah...hehehe...Ini IZZ anak SUE @ SYAWALSIMSONS.

Dapat jemputan dari my online buddy...BLOG, FB dan IG. Siapa lagi kalau bukan Sue @ Syawalsimpsons. Ibu Izz dan Syawal. Finally...dapat juga bersua muka. Selalu berhubung di alam maya jer. Seronok beborak dengan sue yang peramah. Si syawal agak pemalu sikit. Si izz ni peramah. Memang ada iras Aqilah, anak Ina @ Intan Berlian ☺☺

Me dan sue

Dasar blogger kan. Tak sah kalau tak bergambar. Thanks for inviting Sue. Sorry kalau buat tuan rumah kelam kabut. Jangan tak tau, aku orang terawal yang sampai. Sedap soto. 2 kali tambah tu. Nak tambah lebih² malu plak. Tak padan dengan kecik, tapi kuat makan...hahaha...Pandai husband sue masak. Puding Oreo tu pon sedap. Banyak juga aku bedal.

Disebabkan datang awal. Tak sempat nak bersua muka dengan Nad MamaZN ngan Mrs Fiza...huhuhu...Tak der rezeki nak berjumpa.

Note: Dapat invitation dari Edelman. Event kat MV. Rasa macam nak pergi ☺☺





Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah habis citer pasal raya. Aku baru nak ci...


Perghhhh...currrrlast tajuk ko kan jemah. Macam banyak sangat buat kuih raya...hahaha...Orang dah habis citer pasal raya. Aku baru nak citer pasa kuih raya. Tak kira, nak citer gak sebab berjaya buat kuih raya tahun ni. Antara kuih raya yang sempat dibuat:

Cork flake Madu

  
Biskut Arab

Popia Nestum

Rajin tak? Rajin kan. Ini lah dia. Memang dah niat nak buat kuih raya. Maklumlah, kuih raya pon dah naik harga. Jadinya kita buat lah sikit. Beli pon 2 jenis. Kerepek plak sejenis. Puas hati dapat buat kuih sendiri. Berhempas pulas aku bersengkak mata buat kuih, Ada anak kecik kan. Anak bangun nak nenen, stop lah kejap. Pastu sambung balik. Biskut corn flake madu tu dapat 4 bekas. Modal berapa hinggit jer. Biskut arab dapat 3 bekas. Popia Nestum plak dapat 2 bekas. Tinggal sparuh tu sebab dah kena bedal. Dapat lah bagi mak dan mak mertua kuih raya tu.  

1st time buat popia nestum. Senang jer membuatnya. Tapi yang hazabnya bila nak menggulung dan nak lekat. Ada yang melekat. Ada yang tak berapa nak lekat. Tu yang bila goreng gulungan tu terbuka. Stress juga haku...jadi ker tak jadi ni...Tapi bila dah lama² menggentel, menjadi juga akhirnya. Next time bley buat lagi. Ada yang nak tempah ker...hahaha...

Note: Meh datang umah kalau nak rasa kuih raya saya. Ada lagi ☺☺



Nyanyi cepat...Waghih, duek den botingkek-tingkek dapat BE berderet²...hehehe... Alhamdulillah...dapat rezeki dibulan Syawal dan R...


Nyanyi cepat...Waghih, duek den botingkek-tingkek dapat BE berderet²...hehehe...


Alhamdulillah...dapat rezeki dibulan Syawal dan Ramadhan. Ada 6 BE yang tengah running. Memang betingkek². Kita tengok plak nanti duek nyo botingkek² tak...hehehe...Antaranya:




Kali ni tak nak cashout dulu. Nak kumpul duit bebanyak. Iyo lah tu kan...ahaks...Kawan², kalau nak tau lebih lanjut pasal iklan² tu, ringan² kan lah tangan tu yer. Mekasih ☺☺

Note: Bila nuffnang nak bagi Advertorial Post ni...huhuhu...




Open house lagi ko. Ni jumaat last week nyer citer. Memang menternak lemak sungguh wei. Sebelum tu, layan gambar puan tanah kedaung dulu.....


Open house lagi ko. Ni jumaat last week nyer citer. Memang menternak lemak sungguh wei. Sebelum tu, layan gambar puan tanah kedaung dulu...ahaks...


Bergambar itu harus...hehehe...Gi ngan member office. Dekat jer pon ngan office. Majlis start pukul 2.30 pm. Tapi nak mencari parking tu satu hal lah kan. Terpaksa lah jalan kaki sket. Dengan cuaca yang panas...perghhhhh...Antara makanan yang menggamit tetamu:


Percaya tak? Silalah percaya. Aku makan semua makanan di atas. Kecuali kambing panggang tu amik 2-3 ketul daging jer. Sebab tak berapa nak menepati piawaian tekak. Boleh gitu...hehehe...Tapi yang lain² memang sedap. 

Tapi kan. Sebelum tu aku dah makan. Ada date dengan my online buddy...Blog, FB and IG. Siapa lagi kalau bukan IZAN. Bertukar² barang katakan. Aku bagi Sampul Raya, dia bagi FM hasil kiriman aku. Meh terjah IG aku *motif?? promote jap...hehehe...

Bercakap pasal makan. Memang menernak lemak sungguh jumaat aritu. Masa dating tu dah makan Wantan Mee sup. Pastu makan kat Open House lagi. Kenyang sampai ke petang. Pastu malam membedal nasi pulok. 2 kali tambah ko. Makan bersuap ngan anak² dan suami. Aku lah tukang suapnya kan. Bila masing² dah kenyang, aku tak kenyang lagi. Tu yang tambah. Makan dah macam membela kekdahnya...muahahaha...Tapi aku memang kuat makan. Alhamdulillah...badan maintain comel gitew ☺☺

Note: Jumaat ni ada open house @ 3.00 pm dan pot luck raya @ 11.30 am. Makan...makan...dan makan...phewwww...fengsan...





Tema sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013 yang di sambut pada 25 August 2013 semalam. Ucapan PM Najib: “Bila kita sebut resp...



Tema sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2013 yang di sambut pada 25 August 2013 semalam. Ucapan PM Najib:

“Bila kita sebut respek wanita, maknanya wanita perlu dihormati dilayani dengan baik, di mana sahaja mereka berada baik di rumah, di pejabat hatta di dalam lif sekalipun, bertepatan dengan isi khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W, yang bermaksud, “Layanilah wanita-wanita kamu dengan dan berlemah-lembutlah terhadap mereka, kerana sesungguhnya, mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia,”

Sumber: SINI

Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Saya bangga menjadi seorang wanita, seorang isteri dan juga seorang ibu >_<

Note: Setahun berapa kali Hari Wanita erk? Bukan bulan March aritu dah hari wanita ker? Mak confius jap noks ☺




Google Pic. Selamat berhujung minggu. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersaya yang tersayang. Ceewahhhh...ayat...hehehe...Minggu n...



Selamat berhujung minggu. Manfaatkan cuti hujung minggu anda bersaya yang tersayang. Ceewahhhh...ayat...hehehe...Minggu ni mesti ramai buat Open House Raya kan. Aku ada 2 jemputan open house. Kedua² dari kawan alam maya merangkap kawan blog dan FB. Siapa kah itu??? Tunggu. In shaa allah...kalau diizinkan, berjumpalah kita yer. You know who you are my friend ☺☺


Selamat menternak lemak uols. Mesti ramai yang buat open house dan nak pergi open house kan. Makan secara berhemah yer. Jangan gelojoh. Peringatan buat diri sendiri juga ni ☺☺

Note: Kawan²...klo buat open house jangan segan silu jemput saya yer...ahaks...klo nak datang beraya kat umah pon boleh. Pintu mah sentiasa terbuka untuk tetamu ☺☺



Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk m...


Ok...Dah habis citer pasal raya. kita citer pasal Open House Raya plak yer. Weekend ni ada 2 jemputan open house. Bersiap sedialah untuk menternak lemak.


Semalam ada jemputan Open House. Khas untuk staff² UEM Group. Buat kat Persada PLUS. 1st time jejak kaki kat sana. Sampai² jer dah nampak khemah bersusun². Kalau nak sejuk, bleylah duduk dalam dewan. Tapi ko faham² je lah kan. Bila dah ramai umat manusia kan. Sure dorang dah booking dewan air-cond awal² kan. Duduk luar jer lah.


Ada macam² jenis makanan dan makanan memang sedap². Tapi nak amik makanan punyalah hazab. Beratur panjang tak hingat. Nak amik kambing panggang...perghhhhh...gila panjang nak beratur. Tak sanggup mak noks. Dengan panas lagi kan. Jadinya...tak dapat makan kamping panggang, dapat makan sate kambing pon jadi lah.

 Dengan Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim

Dengan Dato' Izzaddin Idris

Dengan gang office. Sedih sebab Susan last day hari ni. Hampir 9 tahun kerja bersama dari kat Faber Tower lagi...huhuhu...

Part yang paling best skali. Bila dapat berposing dengan dua orang kuat syarikat dan group. Siapa lagi kalau bukan dengan Group MD/CEO UEM Group, Dato' Izzaddin Idris dengan MD/CEO UEMSunrise, Dato' Wan Abdullah Wan Ibrahim. Berdiri sebelah Dato' Izzaddin tu...auwwwwww...vangga jap. Bukan senang nak bergambar dengan orang² penting syarikat ni kan. Dan selebihnya macam baisa lah. Posing ngan gang office. Posing itu kan harus. Nak letak dalam blog katakan...hehehe...

Artis jemputan plak Nabil, Mila dan Angah Raja Lawak. Tak sempat nak bergambar dengan dorang pon. Overall semua ok. 

Note: Kejap jer nak jumaat kan.




Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada ha...



Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Note: Segmen suka². Asyik citer pasal raya jer kan.  




Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak sebab mesti nak bercerita gak kan. Meh t...


Tak habis² lagi kisah 1 Syawal ko kan jemah...hahaha...Nak buat Wordless Wednesday, tak best plak sebab mesti nak bercerita gak kan. Meh tengok ni.


Tergerak nak buat entry lepas nengok gambar candid AJUMOHIT. Sama tak Aju...hehehe...Lebih kurang kan. Salah set timing kekdahnya. Ko tengoklah ni. Bersungguh² aku memujuk dak motak Qhalif ni. Kimi dan Qahirah macam biasalah...buat muka tak der perasaan. Dan bersungguh² juga suamiku berlari nak duduk. Menunjukkan betapa kelam kabutnya kami berphotoshoot #photoshootlahsangatkan di pagi Raya. Last²...hilang sudah kepala suamiku...ehehehe...Memang lawak ah ☺☺

Note: Lepas ni citer pasal open house lah plak.



Bersambung lagi cerita raya. Hamik ko. Berturut² kisah raya jer lah kan. Dah kata raya sebulan kan. Citer pasal raya pon harus lah sebulan...


Bersambung lagi cerita raya. Hamik ko. Berturut² kisah raya jer lah kan. Dah kata raya sebulan kan. Citer pasal raya pon harus lah sebulan juga kan ..hehehe...Kesinambungan dari kisah Kecomelan Kami. Bersambung plak kepada kisah KAMI Di pagi Raya dan hari ni nak citer pasal 3 beradik ni plak.


Macam yang aku tulis sebelum ni, bukan main susah nak bergambar dengan anak² kan. Apatah lagi nak amik gambar mereka bertiga. Ko nengok jer lah gambar ni. Dengan si Qahlif yang bad mood dipagi raya. Dengan abang kimi yang muka mengantuk. Dan ni pe'el anak dara kalau bergambar. Suka sangat buat memek muka dia tu. Duduk pon tak senonoh kan kakak. Nampak cepender hijo tu ☺☺



Nah...ni lagi. Dengan mata terpejam sambil buat peace.  Dah si abang macam kena paksa nak bergambar gamaknya. Ko dah kenapa kak terpejam mata tu? Nak kata flash...memang nan hado flashnya. Adoiiiiii...gelak² aku nengok gambar² ni. Si kakak dah boleh join Maharaja Lawak Mega ni. Sebab suka buat lawak dengan memek muka yang bersahaja tu.


Gelagat adik dengan kakak. Di usap² kepala kakak. Lembut yer rambut kakak. Awak plak dah motak. Tajam² jer kepala tu. Dak motak ni pon bley tahan juga. Suka tarik rambut kakak. Datang mood baik macam ni lah. Cer datang mood bergaduh. Bertukar hijo ibu ko ni dibuatnya.


My handsome boy ^_^. Excited pakai baju melayu lengkap bersampin. Sampai ke malam ko. Suruh mandi tak nak mandi. Dengan peluh sana sini. Main dan beraya sampai tak hingat nak mandi. Itu pon kena paksa mandi. Kalau tak tido dengan baju melayu bersampin lah gamaknya.

Yang kelakar masa gi beraya. Bebudak ni bukan main berebut lagi nak salam dengan tuan rumah. Dapat duit raya kan. Bukan main suka lagi. Ini lah gelagat anak² dipagi raya. Kenangan raya mereka dizaman kanak² ribena. Boleh tunjuk gambar ni bila dorang dah besar nanti ☺☺

Note: Operasi menternak lemak bermula hari ini. Ada open house kat Persada PLUS.




Ok...bersambung kisah semalam. Kalau semalam cerita tentang Kecomelan Kami ...ahaks...Hari ni cerita pasal kisah raya KAMI pulak yer. ...


Ok...bersambung kisah semalam. Kalau semalam cerita tentang Kecomelan Kami...ahaks...Hari ni cerita pasal kisah raya KAMI pulak yer.

Dimulakan dengan kisah sehari sebelum raya. Pepagi dah mencemar duli kat umah mak. Tolong apa yang patut kan. Semua barang untuk memasak dah siap. Sebab kakak aku yang rajin tu dah buat. Tinggal nak masak jer. Tugas aku plak mengemas rumah, tukar langsir, isi kuih dalam bekas dan buat apa yang patut lah.

Malam raya tu gak orang² masjid akan datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Jangan tak tahu, kat Kg Pandan ni masih ada lagi aktiviti macam nih. Bukan kat kampung² jer tau. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Seronok ah dorang sebab dapat banyak duit raya ^_^. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.

Tapi aku tak dapat nak tengok orang bertakbir raya kat rumah sebab selesai jer mengemas, aku balik bangi. Nak kemas umah yang macam tongkang pecah plak. Tak habis mengemas lagi. Tambahan pula dengan sinki yang tersumbat. Memang strees lah kan. Kalau malam raya memang aku orang yang paling lewat tidur.

1 Syawal 1434H - Satu hari di Hari Raya

Buat pertama kalinya beraya di rumah sendiri selepas hampir 4 tahun duduk kat Bangi ni. Memang dah decide dengan hubby. Nak mencari kelainan kononnya. Pepagi dah bangun, kejutkan anak². Si abah ngan anak bersiap² nak solat raya. Si ibu plak prepare apa yang patut. 

Balik dari solat raya, kita breakfast dulu yang simple². Sampai umah mak nanti kita bedal makanan raya plak. Dah isi perut, maka bermulalah sesi bergambar. Memandangkan memory card ntah mana letaknya, jadinya kita pakai Samseng TAB sudah. Siap adjust tempat dan set timing lagi ko. Dan ini lah hasilnya:



US...with blue theme >_<

Complete kami anak beranak. Gambar paling berharga sebab inilah satu² nya  gambar kami anak beranak yang complete. Sadis kan.  Bukan tu jer, mencabar betul nak amik gambar ni. Si Qhalif bad mood plak pagi tu. Tak memberi kerjasama tau si budak motak ni. Mak pak ko punyalah over posing. Dapat kat anak²...muka tak ready...haishhhh...jadilah. Tak der orang yang nak tolong amikkan. Set timing jerlah.

'Sayang Abah' 

'Abah...maafkan qhalif'

Sesi salam bersalaman pulak. Anak² salam cium tangan abah. Yang tak bestnya, gambar anak² cium tangan ibu dia ni nan hado....cis...hahaha...Selesai turn anak², turn ibu pulak lah kan. Minta maaf dengan En. Suami.

Sebenarnya...Dia Suami saya dan saya Isteri dia

Dari tangan si kimi yang gigil ☺

Gambar mahal juga ni. Jarang bergambar berdua ngan hubby. Biasalah...orang tu tak mesra camera. Ni pon bergambar syiok sendiri. Sendiri bergambar dan sendiri amik gambar. Minta tolong Iman Hakimi amikkan, tengoklah hasilnya kat atas tu. Beso sangat samseng Tab tu gamaknya. Tu yang gigil²

Selesai bergambar, balik umah mak lah pulak. Tahun ni turn kakak aku kat ganu beraya di KL. Abang plak balik N9 last minute. Sepatutnya memang giliran beraya di KL. Tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan. Abang long balik lepas solat raya. Kakak yang lagi sorang tu pon sama. Adik plak turn JB tahun ni. Seronok dpt berkumpul ramai² sampai lupa nak amik gambar se falimy...haishhhh...

Tahun ni tak berjalan sangat pon. Jalan² beraya kat umah jiran. Pastu raya kedua balik umah mak mertua kat Rawang. Raya ketiga beraya umah makcik hubby...hurmmmm...

Note: Jenuh nak mengarang entry raya ni. Minggu ni banyak open house. Menternak lemak kekdahnya ni.






Teaser Raya kekononnya. Comel tak...ahaks... Buat pertama kali nya baju ibu dan anak sedondon. Agak teruja sket sebab tahun lepas...


Teaser Raya kekononnya. Comel tak...ahaks...



Buat pertama kali nya baju ibu dan anak sedondon. Agak teruja sket sebab tahun lepas tak sedondon. Cuma kaler jer yang sedondon. Tapi tahun ni memang dah tempah siap² sedodon. Tu yang excited sket. 

Susah betul nak bergambar dengan anak dara ni. Sebab dia suka buat memek muka...mata juling lah, pejam matalah. mata ke ataslah...haishhhh...

Finally...dapat juga gambar yang senunuh sket...hehehe...Mekasihlah anak dara sebab memberikan kerjasama kat ibu ☺☺

Note: Kejap lagi citer pasal raya plak yer.




Sticky post until 13th August 2013. Scroll down untuk entry baru. Assalamu'alaikum semua.  Tinggal beberapa hari saja lagi Bu...


Sticky post until 13th August 2013. Scroll down untuk entry baru.


Assalamu'alaikum semua. 

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti seminggu. Memandangkan hari ni mungkin dah ramai yang mula bercuti, di kesempatan ini...saya dan keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Kawan², Followers, Bloggers, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Kedatangan anda semua amat² saya hargai. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni.

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga perjalanan anda dipermudahkan olehNYA dan Semoga anda selamat sampai ke destinasi. Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)

Note: Raya tahun ni takkan sama dengan raya tahun sebelumnya :-(




Gugur Air mata ku. Terbayang anak² yang terjamin keselamatannya di Bumi Malaysia. Sedangkan mereka??? Lebih kurang sebaya Qahirah/Qhali...



Gugur Air mata ku. Terbayang anak² yang terjamin keselamatannya di Bumi Malaysia. Sedangkan mereka??? Lebih kurang sebaya Qahirah/Qhalif ni. Ya! allah...sedihnya.

Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM dan KEMENANGAN ISLAM

Moga Allah LAKNAT dan HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam. Teruskan berdoa agar Allah teguhkan hati rakyat Mesir mendepani rampasan kuasa oleh tentera.

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka. 

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! 

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

Note: "Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia" - Recep Tayyib Erdogan




Hamik ko. Tak pasal² jadi femes kan. Kalau nak memukul pon, cari lah lawan yang seangkatan. Yang gi pukul bini tu apsal. Semoga si suami...


Hamik ko. Tak pasal² jadi femes kan. Kalau nak memukul pon, cari lah lawan yang seangkatan. Yang gi pukul bini tu apsal. Semoga si suami ni diberi Hidayah dan petunjuk olehNYA.

Note: Wanita/Isteri tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana untuk disayangi. Bukan untuk disepak terajang dengan kaki. Makanya...Sayangilah 'Tulang Rusukmu' wahai LELAKI/SUAMI. 




Hangin tak ko nengok? Sekali 2 parking dia amik. Aku pon tak tau lah ni Staff ker Contractor/Consultant atau pon Agent. Main redah jer...



Hangin tak ko nengok? Sekali 2 parking dia amik. Aku pon tak tau lah ni Staff ker Contractor/Consultant atau pon Agent. Main redah jer kan. Dah boleh masuk sebijik lagi keta, ko tamak sangat nak amik sekali 2 parking. Kan dah menyusahkan orang. !!!!!!!!

Orang lain pon nak perking jugak wei. Bukan ko sorang jer. Takkan tak tau lagi nak parking keta kot. Tak boleh agak ker kayu yang panjang melintang tu untuk sebijik keta? Aku pon kalau parking ke laut juga. Tapi masih masuk dalam boundary line even keta kekadang senget kekadang lurus. Ingat² lah kat orang lain juga kalau nak parking wei. 

Note: Orang lain sibuk citer pasal raya. Aku??? Next week lah yer. 






Back to work uolssss. Kerja...kerja...kerjaaaa!!!!!  As-salam semua. Agak lama blog sunyi sepi. Blog pon cuti raya juga. Hari ni bar...


Back to work uolssss. Kerja...kerja...kerjaaaa!!!!! 


As-salam semua. Agak lama blog sunyi sepi. Blog pon cuti raya juga. Hari ni baru start kerja. Sepatutnya smalam. Tapi kan...diri ini tak berapa nak sihat. Batuk dan selsema. Penangan air sejuk. Siapa soh minum banyak². Kan dah batuk ^_^. 

Bila dah lama cuti tu...alahaiiiii...rasa berat jer nak gi kerja. Malas yang amat...haishhhh...tu yang malas cuti lelama. Lemau jer rasa nak kerja. Kedai makan pon masih banyak lagi yang tutup. Jalan pon masih lengang lagi. 

Note: Tak sabar nak tunggu hujung bulan ☺☺☺






Note: Agak2 ada tak yang buat macam ni :-) posted from Bloggeroid



Note: Agak2 ada tak yang buat macam ni :-)

posted from Bloggeroid

Note: Agak2 ada tak yang buat macam ni :-) posted from Bloggeroid



Note: Agak2 ada tak yang buat macam ni :-)

posted from Bloggeroid

Marahnya seorang Isteri: "Ustaz...isteri saya bila marah suka jelign saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram...


Marahnya seorang Isteri:

"Ustaz...isteri saya bila marah suka jelign saya dengan ekor mata.Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pon ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam lah pulak "

Marah Seorang Suami:

Sifat amarah sifat Iblis. Pandang wajah isteri ketika marah. Renung matanya. Mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasa lah...isteri bila dimarah atau di herdik akan mudah menangis.

Apa kata, ketika marahkan suami, cepat² pandang pokok² yang hijau atau warna² lembut. Jangan sesekali tengok warna² yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulama' kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran, pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu', nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Suami yang sedang marah, cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika anda memarahinya. Sesungguhnya  air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk anda. Pandang pada tangannya...tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk anda. 

Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita, bukan emosi

Sekadar peringatan buat para suami dan isteri. Terimalah kelebihan dan kekurangan suami dan isteri kita seadanya.

Note: Biasalah ni...marah² sayang ☺☺



Buat ibu² hebat diluar sana, SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA yang berlangsung pada 1-7 August pada setiap tahun. ...



Buat ibu² hebat diluar sana, SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA yang berlangsung pada 1-7 August pada setiap tahun. Tema untuk tahun ini adalah:


I love breastfeeding. Breastfeeding is the best. Breastfeeding is breastaurant...anytime, anywhere, no waiting list and its totally FREE!!!

Note: Sama² lah kita menyokong penyusuan SUSU IBU. 





Ok...aku nak kongsikan apa yang aku dapat dari Wall Dr. Hamid Arshat kat FB. Siapa yagn tak kenal dengan Pakar Sakit Puan ni kan. Sekarang...


Ok...aku nak kongsikan apa yang aku dapat dari Wall Dr. Hamid Arshat kat FB. Siapa yagn tak kenal dengan Pakar Sakit Puan ni kan. Sekarang kan kita dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan *sedih*. Katanya:

PERINGATAN UNTUK SEMUA YANG SEDANG BERUSAHA UNTUK MENDAPAT ZURIAT. BEBERAPA MALAM TERAKHIR RAMADHAN INI, IN SHAA ALLAH DOA KITA AKAN DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T. BANYAK BACA AL-QURAN, BERZIKIR, BERSEDEKAH, BERBAKTI KEPADA IBU BAPA, ANAK YATIM, ORANG MISKIN, BERI MAKAN UNTUK ORANG BERBUKA PUASA, CAKAP YANG BAIK² DAN BERSOPAN SANTUN DALAM SEGALA URUSAN. IN SHAA ALLAH LEPAS RAYA NANTI KITA AKAN LIHAT RAMAI YANG HAMIL DEGAN KEBERKATAN ALLAH. AMIN YA RAOBBUL A'LAMIN.

Aku doakan semoga kawan² yang masih belum merasa nikmat menjadi seorang IBU akan dapat merasainya juga satu hari nanti...in shaa allah. Yang penting usaha yang berterusan dan jangan putus asa ok.

Note: Saat hati berkata 'INGIN', namun ALLAH berkata 'TUNGGU' . 
Saat AIRMATA harus menitis, namun ALLAH berkata 'TERSENYUMLAH'
Saat segalanya terasa 'MEMBOSANKAN', namun ALLAH berkata 'TERUSLAH MELANGKAH'
Kita meracang, ALLAH juga merancang. Tetapi perancangan Allah lebih baik.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...