Baju Muslimah Kanak-kanak

Note: Buat suami², sila hargai pengorbana isteri anda yang sama² mencari rezeki untuk membantu ekonomi keluarga. 



Note: Buat suami², sila hargai pengorbana isteri anda yang sama² mencari rezeki untuk membantu ekonomi keluarga. 



Wow...nampak tak...nampak tak...Puteri raja Kate Middleton pon menyusukan anak dia tau. Aku sebagai salah seorang Breastfeeding Mom ras...



Wow...nampak tak...nampak tak...Puteri raja Kate Middleton pon menyusukan anak dia tau. Aku sebagai salah seorang Breastfeeding Mom rasa bangga plak (^_^). Tiada susu yang terbaik selain dari SUSU IBU. Pada yang tak boleh nak Breastfeed atas masalah kesihatan, tak per. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Tapi pada yang banyak susu tapi tak nak breastfeed anak atas alasan nanti brest layutlah, breast tak cantik lah, lecehlah nak kena selak² baju, leceh lah nak kena pump² susu...owh...itu sangat lah rugi. 

Ok...jom baca ni:

New mum Kate Middleton is breastfeeding her son – and she is determined to avoid giving him a dummy, the Sunday People can reveal.
In what will be seen as a huge coup for the Breast is Best lobby, royal sources have revealed that Kate, 31, has decided to feed baby George naturally rather than use formula milk in a bottle.
After a shaky start, the little Prince has fully taken to breastfeeding.
One senior royal source said: “It would be fair to say that Prince George has a healthy appetite. He is a very hungry little boy.
“I gather there were some difficulties at first – there often can be, as new mums can get a little tense.
“But after some help from the midwife, they both caught on very quickly. As far as I can tell, Kate finds it very relaxing and George is just like any other little baby.
“He can’t get enough. And they all certainly know when he’s hungry – his screams are very difficult to ignore. But don’t expect Kate to be photographed breast-feeding. She does not want to become a pin-up for the breast-feeding lobby.
“She feels that it is a matter of personal choice, and that new mums should do whatever feels right for them and their baby.”
Kate follows a long line of royal women who breast-fed.
Diana breast-fed both Princes William and Harry.
And the Queen breast-fed Prince Charles for two months until a case of measles forced her to stop when he was two months old.
During her pregnancy, St James’ Palace refused to comment on the Kate’s plans to breastfeed.
The Duchess’s decision to breastfeed her son is expected to trigger a trend among new mums keen to emulate the her.
The Department of Health recommends mothers exclusively breast-feed their children for the first six months of their lives. But last year figures showed less than half new mums were still breastfeeding by the time they took their newborns for six or eight week check ups.
Meanwhile staff at Kensington Palace have been told – by order of the Cambridges – not to give little George a dummy
Palace sources said the couple wanted to raise their son to be a “calm and quiet” boy and not reliant on a dummy to soothe him.
Since leaving Kensington Palace on Wednesday, Kate, William and George have been staying at the Middleton family mansion in Bucklebury, Berks.
William has been doing little more than holding baby George in his arms and gazing at his son and heir.
Source: [SINI]


Note: Tengah struggle ni. Hasil stok tenusu dah zero...uuwwaaaaa...Semoga cukuplah hasil tenusuku hingga 2 tahun nanti. 9 months to go. Permudah kan urusan ku Ya! Allah. 






Nampak tak? Mak kaya noks. Kayalah sangat kan. Duit tak kan datang dengan percuma kalau kita tak usaha. Lain lah kalau menang contest k...


Nampak tak? Mak kaya noks. Kayalah sangat kan. Duit tak kan datang dengan percuma kalau kita tak usaha. Lain lah kalau menang contest kan. Itu memang rezeki :-)

Kalau aku kaya
Aku belanja selamba
Aku beli segalanya
Hadiahkan pada semua

Kalau aku kaya lah kan. Tapi buat masa ni aku kaya dengan anak. Anak dah 3 orang kan...hahaha...Boleh gitu. Biarlah tak kaya pon, asal kaya dgn budi bahasa :-)

Note: Minggu ni dah last kerja. Minggu depan dah start cuti.
posted from Bloggeroid




Alhamdulullah...pejam celik pejam celik, kita dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Ini bermakna akan bermulalah malam LAILATUL QADAR. Ma...



Alhamdulullah...pejam celik pejam celik, kita dah masuk 10 Ramadhan yang terakhir. Ini bermakna akan bermulalah malam LAILATUL QADAR. Malam yang ke berapa? Hanya DIA yang maha mengetahui. Sama² kita tingkatkan amal ibadah supaya kita dapat merasai malam LAILATUL QADAR ini. Ya! allah...Sedih plak rasanya nak meninggalkan bulan ramadhan.

LAILATUL QADAR

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29, ini adalah pandanagn jumhur ulama' dan umat Islam. Malah ada sebahagian kecil ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam ke 22, 24, 26, 28 atau 30 Ramadhan. Ada juga sebahagian ulama berpendapat ia adalah tetap, iaitu pada malam ke 27. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Majoriti Muslim biasanya berusaha agar tidak mensia-sia malam ini. Mereka akan tekun dan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam. Yang pasti, Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun, berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar, dan Rasullah s.a.w. mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi.

1. Sejarah ringkas Malam al-Qadar: Apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. mengkagumi ibadah seorang umat Bani Israil yang beribadah selama 1,000 bulan, dengan beribadah pada malam hari dan berjihad pada siangnya, lalu Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan surah al-Qadar yang menyatakan malam al-Qadar baik daripada 1,000 bulan. Ia adalah rahmat dan kurniaan Allah Ta’ala kepada Umat Nabi Muhammad s.a.w.

BILAKAH LAILATUL QADAR?

1. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.

2. Satu kaedah mengetahuinya, kata Imam Ghazali, kebiasaannya, jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad dan Rabu maka Lailatul Qadar malam ke 29, jika hari Isnin maka Lailatul Qadar malam ke 21, dan jika hari Jumaat dan Selasa, maka Lailatul Qadar malam ke 27, jika hari Khamis maka Lailatul Qadar malam ke 25, jika hari Sabtu maka Lailatul Qadar malam ke 23. Tetapi kaedah ini bukanlah sesuatu yang muktamad, mungkin ia bertepatan dengannya dan mungkin juga tidak, mungkin juga ia berlaku pada malam yang genap, kerana bagi negara kita ia malam yang genap tetapi bagi negara yang puasa lewat atau awal satu hari, ia adalah malam yang ganjil, jadi carilah dengan tekun pada 10 malam yang terakhir tesebut.

SIAPAKAH YANG MENDAPAT LAILATUL QADAR?

1. Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadhan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa yang sholat ‘Isya` berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang sholat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)


2. Solat tarawih adalah termasuk solat malam kerana ia dilakukan selepas solat Isyak, orang yang solat tarawih dikira solat sunat pada malam Lailatul Qadar, oleh itu tambahkanlah lagi bilangan rakaatnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.


APAKAH DOA DAN AMALAN LAILATUL QADAR?

1. Bagi orang yang mendapat Lailatu Qadar ucapkanlah:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى وَعَنْ وَالِدَىَّ
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku dan kedua ibu bapaku.”
2. Banyakkan solat, membaca al-Quran, doa dan zikir. Berdoalah juga dengan lain-lain doa dalam bahasa kita untuk lain-lain kebaikan dunia dan akhirat, janganlah berdoa sesuatu yang buruk.
3. Bacalah walaupun 1 ayat al-Quran sebelum tidur, kerana jika berbetulan dengan malam Qadar pahalanya lebih baik daripada sekali khatam al-Quran pada malam-malam lain. (sebaik-baiknya bacalah 10 kali Surah Al-Ikhlas, iaitu Qul Huwallahu Ahad)
4. Bagi perempuan yang haidh atau nifas, ucapkan zikir-zikir di bawah:
سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلا إِلَهَ إلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

CUACA PADA MALAM LAILATUL QADAR

1. Cuaca malam Qadar sangat tenang dan tenteram, malaikat turun berduyun-duyun sehingga melebih jumlah batu-batu kerikil di muka bumi ini, mereka memberi salam dan aminkan doa mereka yang sedang beribadah, samada solat, berdoa atau berzikir (perempuan yang sedang uzur, haidh atau nifas, juga boleh berdoa dan berzikir walaupun tidak boleh solat).
2. Diriwayatkan dalam satu hadis Imam al-Bukhari, pernah berlaku malam Qadar pada malam yang hujan. Oleh itu jangan abaikan malam yang hujan kerana menyangka ia bukan malam Qadar. Hujan adalah rahmat dari Allah Ta’ala.

CERITA GANJIL YANG BERLAKU PADA MALAM LAILATUL QADAR

Terdapat berbagai cerita mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar iaitu dapat disaksikan kejadian yang ganjil-ganjil seperti air membeku, air berhenti mengalir, pohon kayu tunduk rukuk dan sujud ke bumi dan sebagainya. Sebenarnya, semuanya ini adalah cerita yang tidak dapat ditashihkan kebenarannya, ia tidak disebut dalam al-Quran dan Al-Hadis, jadi ia bukan menjadi pertanda ia malam Lailatul Qadar menurut ilmu agama, ia adalah pengalaman rohani orang-orang tertentu yang sahaja. Lailatul Qadar tetap berlaku tanpa tanda-tanda tersebut dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang ini tetap diperolehi oleh orang-orang yang beramal dengan amalan-amalan kebajikan pada malam tersebut.

Sumber: Wikipedia

Note: Mendung jer cuaca kat luar. 



Salam Nuzul Al-Quran 1434H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Qu...



Salam Nuzul Al-Quran 1434H buat semua umat islam semua. Marilah kita sama-sama menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al-Quran ini.

Note: 1st time pakai bloggeroide & 1st time update pakai TAB. Tak reti haku nak copy & paste.

posted from Bloggeroid

Thanks LIZ sebab berkongsi info yang sangat berguna ni yang dipetik dari artikel Horrifying Ad Shows What 15 Minutes in a Hot Car Does...



Thanks LIZ sebab berkongsi info yang sangat berguna ni yang dipetik dari artikel Horrifying Ad Shows What 15 Minutes in a Hot Car Does to Your Toddler. Semoga kejadian ini tak berulang lagi. Seingat aku, ini kes ketiga yang aku pernah baca dan jumpa. Sebelum ni kes seorang bapa yang menghadiri majlis pengkebumian. Terlupa yang dia bawa anak. Kes yang aku pernah jumpa berlaku pada rakan sekerja (lama dah). Ayah dia bawa cucu ni gi sekolah/berniaga *lupa*. Tak perasan yang cucu lagi sorang ni ikut skali. Pengajaran dan peringatan buat kita semua.

BE SAFE TIPS!!!

Back seat: Put something in the back seat whenever you strap a child in, so you have to open the back door, or at least turn around to find that item, when you get out of the car. Your handbag or briefcase, cellphone, or employee badge. 

Every child should be correctly restrained in the back seat. 

Stuffed animal: Keep a brightly colored one in the car seat when your child isn’t there. Then move it from the car seat to the front seat after you strap your child in, to remind you when your baby is in the back seat.

Ask your baby sitter or child-care provider to call you within 10 minutes if your child hasn't arrived on time. 

Focus on driving: Avoid cellphone calls and text-messaging while driving. Every time you park your vehicle -- every single time -- open the back door to make sure no one has been left behind.

Dan ini pula kisah sebenar dari Ibu mangsa. Thanks BRO NASA for the info

Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta. 

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .

Kisah seterusnya aku tak sanggup nak sambung dan baca. Sila ke blog BRO NASA untuk sambungannya. Semoga kita lebih berhati². 

Note: Yeayyyy...esok cuti ☺☺






Betul tak? Memang takkan ada kesudahannya, Pagi basuh, petang lipat. Itu pon kalau rajin nak melipat baju bajan. Kalau rajin membasuh p...



Betul tak? Memang takkan ada kesudahannya, Pagi basuh, petang lipat. Itu pon kalau rajin nak melipat baju bajan. Kalau rajin membasuh pagi petang siang malam, tapi tak rajin nak melipat, macam ni lah jadinya. Nak melipat baju bajan pon kena ada mood kekdahnya. Lain lah klo ada orang gaji yang tolong lipatkan.

Macam aku yang dah beranak 3 ni, memang agak payah skit. Kena tunggu anak² tidor baru boleh lipat *alasan yang munasabah...ahaks*. Kalau tak tido, memang ada lah tangan² comel yang nak tolong sekali. Bukan tolong lipat, tapi tolong memunggah. Kalau dapat kat Qhalif, baju yang dah lipat dicampaknya. Kalau tolong susun dalam almari tak per juga kan...hehehe...

Tapi kan. Selalunya kalau anak tido......si ibu pon tumpang tido sekali, acaner tu? HORMON OXYTOCIN dah keluar katakan. Yang ni ibu menyusu mesti mengalaminya kan. Meh nak jelaskan pada yang tak tau. 

HORMON OXYTOCIN adalah hormon yg dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain Oxytocin is the hormone of love, which also causes us to relax. At the same time, oxytocin is released to trigger let-down. When the baby suckles on the nipples, it induces prolactin, the hormone that is responsible to induce milk production in the breasts

Sudah jelas kan. Sebab tu lah ibu² yang menyusu akan rasa cepat mengantuk. Makanya...kita tido dulu...ahaks...Kesudahannya...maka terhasillah GUNUNG KINABALU yang diperbuat dari baju bajan yang tak berlipat...hahaha...Jangan marah yer abang kalau mata mu semak melihatnya. Minggu ni sayangmu ini akan buat operasi besar² ran ^_^.

Note: Radio dah start putar lagu raya lah. 



Summary Discounts Up To 70%  Products Offered  Cosmetics  Fragrances Ladies’ Apparel  Men’s Apparel  Kids’ Apparel  H...



Summary
Discounts Up To 70% 

Products Offered 
Cosmetics 
Fragrances
Ladies’ Apparel 
Men’s Apparel 
Kids’ Apparel 
Home Essentials and many more’ 

Location
 Putrajaya International Convention Center 

Time 
11.00 am to 10.00 pm

Boleh layari website METROJAYA untuk lebih lanjut ☺☺

Note: Acara cukur poket. Sale sana sini. Sediakan duit jer lah


Alhamdulillah...lega rasanya bila dah dapat surat kelulusan penempatan untuk tahun 2013. Risau juga takut tak dapat sebab daftarnya las...



Alhamdulillah...lega rasanya bila dah dapat surat kelulusan penempatan untuk tahun 2013. Risau juga takut tak dapat sebab daftarnya last minute. Nombor giliran pon banyak [SINI]. Nasib tergerak hati nak check peti surat. Selalu check tak der plak surat dari skolah. Tu yang malas. Sekali check last week ada plak. Dah sminggu dapat rupanya. 

Tapi kan, kad IMUNISASI Iman Hakim tu haku dah lupa kat mana letaknya. Harus selongkar satu rumah jawabnya ni. Harap² jumpa lah kad tu. Hurmmmmm...macam tak percaya jer aku dah ada anak yang nak masuk darjah 1 tahun depan. How time flies (^_^)

Uols dah check ker? Untuk selangor boleh check kat website JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR. Klik dekat semakan status permohonan. Kalau yang masih belum dapat surat tu, bley check kat website juga. 

Note: Buat pertama kalinya aku tak bangun sahur. Sedar² dah pukul 6.00 pagi...huwaaaaaa...Bertahan lah wahai diri. 

Extra Note: Hari ni berbuka puasa kat Marriot, Putrajaya. Terbayang sudah Kambing Panggang...ahaks...




Sebab kita bukan tuhan. Semuanya sudah tertulis. Sangat sedih bila membacanya. Tak kan ada seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya ...



Sebab kita bukan tuhan. Semuanya sudah tertulis. Sangat sedih bila membacanya. Tak kan ada seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya dengan sengaja dalam kereta. Kecuali kalau ibu itu memang mental. 5 jam terperangkan dalam kereta dengan keadaan cuaca yang panas. Dah tertulis ajal si anak pergi dengan cara begitu. Kalau bukan dengan cara itu pon, barangkali dengan cara yang lain. 

Kita yang membaca pon rasa sedih apatah lagi si ibu yang kehilangan anak buat selama² nya. Rasa trauma, kesal dan rasa bersalah mungkin akan menghantui si ibu seumur hidup. Tapi yang paling sedih bila ada yang menghentam si ibu ini. Iyer...memang betul dia cuai. Si ibu dalam situasi yang kelam kabut dan tergesa². Bila seseorang dalam keadaan yang macam ni, ianya boleh menjadikan kita seorang yang pelupa dan careless. Kita sendiri pon tak terkecuali dengan situasi yang macam ni. Tapi takkan anak pon boleh lupa kan? Itu semua percaturan allah...kun faya kun - 'jadilah', maka jadilah ia. Kita tak berada di tempat si ibu. Boleh lah kita mengutuk, mengeji dgn komen² yang kejam. Cuba kena kat batang hidung sendiri? Bersyukurlah kerana ianya tak terjadi pada kita.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Jangan lah ditambah lagi luka si ibu kerana dia dah cukup terluka kerana kehilangan anak. Yang pasti, si anak dah menunggu ibu bapanya di SANA nanti. Kita ada ker? Jadikanlah ianya sebagai satu pengajaran dan peringatan buat kita supaya lebih berhati². Semoga parents ini tabah.

Note: Ini hanya pendapat aku. Terpulang pada pandangan masing² nak menilainya.



Jangan marah. Nanti cepat tua. Sorry kalau ada yang terasa. Sebab aku salah seorang yang terliur kalau tengok gambar makanan di bulan p...



Jangan marah. Nanti cepat tua. Sorry kalau ada yang terasa. Sebab aku salah seorang yang terliur kalau tengok gambar makanan di bulan puasa  nih...ahaks...

Tak der ider pon iyer juga. Tu yang tepek pesan UIA lagi ni.

Note: Kejap jer dah pertengahan Ramadhan kan. Fasa pertengahan iaitu PENGAMPUNAN.




VENUE: DEWAN TUN RAZAK 3, PWTC DATE: 27TH - 28TH JULY 2013 (SATURDAY & SUNDAY) TIME: 10.00 AM - 10.00 PM  SELEBRITI:  ...



VENUE: DEWAN TUN RAZAK 3, PWTC
DATE: 27TH - 28TH JULY 2013 (SATURDAY & SUNDAY)
TIME: 10.00 AM - 10.00 PM 

SELEBRITI: 

IRMA HASMIE. DYNAS MOKHTAR. YATT HAMZAH. MAWI EKIN. SYURA MASTERCHEF. SITI NORDIANA. RAZLAN KRISTAL. HELIZA HELMI. DIANA AMIR. KUMPULAN SAUJANA. ASHRAF MUSLIM. RAY ERA.

Note: Pada yang belum shopping baju raya anak² tu, bolehlah terjah kat PWTC ni. 



Terima Kasih buat Cikgu Yanti dan juga Acik Riotaro diatas kiriman hadiah dan juga Kad Raya dari Cikgu Yanti. Alhamdulillah. Rezeki bila...


Terima Kasih buat Cikgu Yanti dan juga Acik Riotaro diatas kiriman hadiah dan juga Kad Raya dari Cikgu Yanti. Alhamdulillah. Rezeki bila ber blogging ni kan. Ada join beberapa giveaway dan nama sangkut plak. Bestnya. Meh tengok apa hadiahnya:


Parcel dari Acik. Dapat bantal yang cute tu, tali cute utk sangkut kat HP dan juga FM. 


Yang ni plak dari Cikgu Yanti...FM, key chain dan juga Kad Raya. Bertambah lah koleksi FM ku. 

Note: Jom terjah blog mereka ☺



Wahai muslimah, Mmg kerjanya syaitan apabila sudah ingin menutup aurat, dipalingkan pula supaya tidak mengikut syariat. Syaitan men...



Wahai muslimah,

Mmg kerjanya syaitan apabila sudah ingin menutup aurat, dipalingkan pula supaya tidak mengikut syariat. Syaitan menghiasi wanita itu dengan pandangan nafsu dari setiap sudut anggota badan apabila ia keluar dari rumahnya.

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki.” (At-Tirmizi).


Juga, Allah Azzawajalla telah memperingati kita Kaum Adam dan Hawa untuk menjaga pandangan mata :

Nur [30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.

Nur [31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)

let's cover our aurah..
let's be beautiful..
not beautiFOOL 

Source: FB

Note: Ingat mengingati di bulan Ramadhan ni. Sama² kita jaga penampilan kita daripada baik kepada yang lebih baik lagi.




Google pic. Ni gara² pelupa tak habis² lagi ni. Kekacang, kismis dah banyak makan. Tapi penyakit lupa masih tak surut². Kisah semalam...



Ni gara² pelupa tak habis² lagi ni. Kekacang, kismis dah banyak makan. Tapi penyakit lupa masih tak surut². Kisah semalam. Aku LUPA TUTUP SUIS IRON. Sampai ke malam iron tu panas ko. Nasib kedudukan dia menegak macam dalam gambar tu. Kalau tak...mau terbakar iron board tu.

Si dia yang perasan malam semalam sebab nak charge ipad. Mulalah perli 'Siapa tak tutup iron ni'. Kelam kabut masuk bilik. Buat² muka tak bersalah. Confident jer kata dah tutup iron tu. Pastu si dia soh pegang. Tapi tak der lah aku pegang. Cuma dekatkan tangan dekat iron tu. Memang terasa bahangnya. 

Pada firasat aku, macam dah tutup iron tu. Rupa²nya tak tutup. Inilah masalah aku kekadang. Bila penyakit was² datang, kalau dah kunci pintu boleh masuk umah balik nak check suis dah tutup ker belum. Pada hal dah tutup. Kalau belum tutup tu kira bernasib baik lah sebab aku masuk umah balik kan ☺☺. Tapi semalam tak bernasib baik sebab aku confident yang suis iron tu dah tutup.

Haishhhhh...banyak lah bil api macam ni. Dari pagi sampai malam ko suis tu beroperasi. Ni dah 2nd time aku lupa tutup suis. Masa 1st time dulu si dia tak tau. Kalau dia tau ini kali kedua....menadah telinga lah jawabnya...ahaks...Lepas ni kena make sure betul² suis dah tutup.

Note: Dah 2 hari berturut² sahur air + ESP dengan roti jer. Asal aku terjaga, Qhalif mengempeng. Lama plak tu. Sabar jer lah. 





Giveaway 10K Followers Mialiana.com Giveaway 10K Followers  Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013 , iaitu tepat jam 5.45 p...


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00
 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Note: Jom join. Hadiah pon menarik.



Last week dapat surat cuti dari sekolah Iman Hakimi. Terbuntang jap biji mata bila tengok sekolah cuti 2 minggu termasuk cuti raya ska...



Last week dapat surat cuti dari sekolah Iman Hakimi. Terbuntang jap biji mata bila tengok sekolah cuti 2 minggu termasuk cuti raya skali lah kan. Tapi perkidmatan untuk daycare hari rabu (14 August) dah start. Kira ok lah kan. Tapi kan...lama juga tu cuti dan banyak juga cuti yang kena apply...huhuhuhu...

Tu baru surat dari sekolah, surat dari nursery tak dapat lagi ni. Kalau tutup dua minggu juga mau fengsan haku. Habislah cuti aku macam ni. Cuti banyak habis ker nursery jer lah gamaknya. Tapi yuran tetap bayar full. Ini tidak adil...tidak adil bagi ku. Harap² nursery tutup seminggu sudah lah.

Uols dah apply cuti ker? Berapa hari *sibuk plak tanya cuti org kan ☺*. Nampak nya aku kena amik 5 hari cuti. Kalau nursery tutup lama, kena amik 8 hari cuti...perghhhhh...banyak tu. Balance cuti aku setakat bulan July ni ada 10 hari lagi. Dan akan ditambah sebulan setengah sampai bulan December nanti....hurmmmm...

Note: Hari ni nak masak apa erk. Hari² dok memikir nak masak apa...hurmmmm...





Agak busy pagi ni sebab smalam EL. Tu yang kelam kabut sket. Smalam Emergency Leave sebab Iman Hakimi yang bijak tu kena jangkitan kulit....


Agak busy pagi ni sebab smalam EL. Tu yang kelam kabut sket. Smalam Emergency Leave sebab Iman Hakimi yang bijak tu kena jangkitan kulit. Doctor cakap kena Kudis Api. Kesian tengok tangan anak bujang tu. Daripada sebiji, naik berbiji². Kat celah² suma naik. Tangan kanan plak tu.


Asyik mengadu sakit. Puncanya doctor cakap environment. Mungkin sebab main pasir, habuk² dan benda² kotor. Anak² aku semua pernah kena jangkitan kulit. Qhalif pernah kena IMPETIGO. Qahirah pernah kena KUDIS BUTA. Skang Iman Hakimi plak kena KUDIS API. Alahaiiiii...dugaan sungguh. Sedikit info mengenai Kudis Api:

KUDIS API


Kudis ini pula sering menjangkiti kulit di bahagian bawah lutut ke kaki. Ia disebabkan oleh jangkitan kuman dan mudah berjangkit. Ia nya kelihatan seperti bisul kecil yang mengeluarkan nanah atau lendiran.

Rawatan ialah dengan penjagaan kebersihan yang sempurna. Ubat seperti antibiotik membantu membunuh kuman. Ubat antiseptik seperti pembasuh luka dan krim juga boleh di gunakan pada kudis tersebut. Selalunya penyembuhan adalah menyeluruh dan jarang berulang semula kecuali aspek kebersihan di abaikan

Aku rasa mungkin sebab persekitaran umah aku tu pon iyer juga. Rumah cepat berhabuk wei. Pagi kemas petang dah berhabuk balik. Habuk² tu jeles tengok umah bersih gamaknya. Buntu dah kepala hotak ni sebab tak tau mana datangnya habuk² ni. Tunggulah seminggu ker baru nak berhabuk balik. Ini tak sempat tunggu petang habuk dah berebut² masuk umah.

Kalau ada duit banyak, aku rasa macam nak cari rumah lain jer. Ker sebab rumah aku tu tepi highway dan tepi kawasan lapang. Tu yang cepat naik habuknya. Nak kena bersihkan umah dan mop rumah hari² sebenarnya....haishhhhh...Ada tak pertua nak kurang kan habuk dalam rumah?

Note: Kejap jer dah 7 Ramadhan kan.




Betul tu. Aku pon tak terkecuali juga. Bila bulan posa ni, mata terasa sangat lah berat. Rasa macam nak letak duit syiling 50 sen kat m...



Betul tu. Aku pon tak terkecuali juga. Bila bulan posa ni, mata terasa sangat lah berat. Rasa macam nak letak duit syiling 50 sen kat mata tu. Especially lepas berbuka dan lepas sahur. Sebab tu kalau lepas sahur aku tak suka tido balik. Time office hour jangan cakap lah...setiap minit asyik nak menguap jer kerjanya.

Note: Jangan lupa sertai Projek Iqra' tu yer. Kesian mereka. Tak mampu nak beli keperluan untuk raya. 




Tertarik dengan entry kak KUJIE  mengenai projek Iqra' ni. Apa yang menariknya, projek Iqra' ni adalah untuk menaja Anak Yatim ...



Tertarik dengan entry kak KUJIE mengenai projek Iqra' ni. Apa yang menariknya, projek Iqra' ni adalah untuk menaja Anak Yatim Shopping Raya 2013. Kalau tahun lepas mereka menaja dua buah rumah anak yatim. Tapi untuk tahun ini, mereka menaja empat buah rumah anak yatim di empat buah negeri. Ianya melibatkan anak yatim, anak yatim piatu, anak fakir miskin, ibu tunggal dan anak OKU

Antara rumah anak yatim yang terlibat untuk tahun ini adalah:
  1. Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi (Kuala Lumpur) – 27 Julai 2013
  2. Rumah Anak Yatim At-Taqwa Putra Perdana, Puchong (Selangor) – 27 Julai 2013
  3. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak, Nilai (Negeri Sembilan) – 27 Julai 2013
  4. Rumah Gemilang, Sik (Kedah) – 20 Julai 2013
Ada 3 cara untuk menjayakan projek ni.
  1. Menaja seorang anak dengan nilai tajaan RM188 seorang - Yang ni kita boleh berkongsi dengan kawan², adik beradik, kawan blog, kawan sepejabat atau nak persendirian pon boleh. Cari lah 4 atau 8 orang rakan untuk berkongsi.
  2. Menawarkan diri dan pasangan/kawan untuk menyertai konvoi Shopping Raya di 4 lokasi tersebut pada tarikh yang dinyatakan. - Kalau ada yang suka dengan aktiviti macam ni, bley juga jadi volunteer.  
  3. Menyebarkan informasi projek ini supaya lebih ramai orang mengetahuinya. - Kalau tak dapat nak buat yang nombor 1 dan 2 tu, kita sebarkan maklumat ini pon dah bagus. Sekurang² ada juga yang tahu mengenai projek Iqra' ni kan. 
Untuk pembayaran, boleh dermakan terus ke:

AKAUN: MAYBANK NAMA AKAUN: PERSATUAN KEBAJIKAN PROJEK IQRA’ SEMALAYSIA (jika isu cheque, jangan lupa tanda ‘ pada perkataan Iqra’)
NO AKAUN: 5648-1050-4003
EMAIL: info@projekiqra.com
NO TEL: 019-2175597 (SUHAIMI – Bendahari) / 017-274 8904 (Sharifah Sharina – Timbalan Pengerusi)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari blog kak KUJIE, blog Projek Iqra' dan juga Facebook Page Projek Iqra'

Apa lagi, jom bersedekah. Banyak ganjarannya bila kita bersedekah di bulan Ramadhan ni kan. Tak kira lah sedekah pada masjid, surau, anak yatim mahu pon fakir miskin kerana ini adalah amalan sunah Rasulullah S.A.W. Baginda akan menggandakan amalan bersedekah kerana baginda tahu akan ganjaran yang amat besar semasa bulan Ramadhan. Kalau kita nak murah rezeki, kita kena murahkan rezeki orang lain. Antara cara paling senang nak murah rezeki. *tu dia ustazah fiza dah berceramah...hehehe*

Note: Sedih bila tengok keadaam anak² yatim ni. Serba kekurangan. Especially kekurangan kasih sayang dari ayah dan ibu kan. Kita tolong sekadar yang mampu.



Speechless. Terkesan di hati dengan persoalan di atas. Kita di bumi Malaysia ni bersyukur sebab kaya dengan makanan sampai dah tak tau ...



Speechless. Terkesan di hati dengan persoalan di atas. Kita di bumi Malaysia ni bersyukur sebab kaya dengan makanan sampai dah tak tau nak makan kat mana. Dan juga selalu berlebihan dalam membeli makanan sampai tak habis makan. Kesudahannya...ke tong sampah juga. Sedangkan mereka? Bukan bulan puasa pon terpaksa menahan diri dari lapar sebab tak ber makanan. Ya! allah...sedihnya.

Note: Bersederhanalah dalam berbuka puasa. Peringatan buat diri sendiri juga ni.




Tak percaya? Silalah percaya. Tak tau lah kalau sebelum² ni Masjid Wilayah memang menyediakan khidmat baby sitter untuk ibu² yang nak ...



Tak percaya? Silalah percaya. Tak tau lah kalau sebelum² ni Masjid Wilayah memang menyediakan khidmat baby sitter untuk ibu² yang nak solat terawih. Atau pon baru tahun ni diperkenalkan...tak sure plak. Aku tau ni pon lepas baca status my BFF kat Facebook.


Bestnya. Kan bagus kalau masjid² yang lain buat macam ni juga. Setahun sekali kan. Pastu mula lah sesi soalan lazim. Jangan gelak dengan soalan² ni yer ☺☺


Ini lah jawapannya. Alahaiiii...bestnya ada orang tolong jagakan anak². Tapi kena make sure yang anak² mesra alam atau nak dengan orang. Untuk kawan² yang dekat dengan area Masjid Wilayah ni, boleh lah bawa anak² skali. To my BFF, thanks for the great info.

Note: Rasa macam nak gi Masjid Wilayah ☺☺





Ok...kalau semalam kita bercerita tentang Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN . Hari ni pulak aku nak berkongsi Menu sahur terbaik un...


Ok...kalau semalam kita bercerita tentang Tips untuk IBU MENYUSU di bulan RAMADHAN. Hari ni pulak aku nak berkongsi Menu sahur terbaik untuk ibu yang menyusu pula.

KURMA



Seperti dalam Hadith "Sebaik² makanan untuk sahur adalah tamar/kurma "

BUAH-BUAHAN




Sediakan pada sebelah malam untuk menjimatkan masa

GREEN SMOOTHIE/JUS



Makanan yang berwarna hijau akan menambah kandungan lemak di dalam susu badan dan akan memberi kita lebih TENAGA. Blend bayam, straawberry, flax seed, vanila yogurt, fresh milk pada sebelah malam dan hidangkan di waktu sahur.

Boleh juga buat jus kurma. Cuma perlu buah kurma dan fresh milk...sedap.

TELUR REBUS



Kaya dengan protein dan Omega 3

OAT



Dapat memberi tenaga yang lebih lama

LENTIL SOUP (SUP KACANG DHAL)


Menambah susu badan

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)



Memberi rasa kenyang lebih lama dan betenaga lebih lama

AIR



Elakkan dari minum air dengan banyak sewaktu sahur tetapi kerapkan pengambilan air selepas Maghrib sepanjang malam.

Note: Terliur plak aku nengok telur rebus tu ☺☺


Terma & Syarat Penyertaan : Bina satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel" Terbuka k...




Terma & Syarat Penyertaan :
  • Bina satu entri bertajuk "Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"
  • Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.
  • Update blog setiap hari. 
  • Menggunakan bahasa yang mudah difahami (Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist)
  • Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.
  • Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.
  • Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen entri ini sebelum atau pada 9 Julai 2013, 11:59PM


**Sila fahami Terma & Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.** 


Anda hanya perlu 'COPY' & 'PASTE' kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.

*SILA COPY CODING INI*
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://pape-jer.blogspot.com/2013/07/pencarian-bloglist-ramadhan-by.html" target="_blank"><img border="0" src="http://3.bp.blogspot.com/-YTtTpA8PadY/UdaUQiFkFWI/AAAAAAAAHLE/VZrTNVRPzCA/s1600/Banner+Pencarian+Bloglit+Ramadhan.jpg" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<b><hurufbesar>P</hurufbesar>encarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel | </b>Salam Jumaat semua.. Hari ni Mieza nak lancarkan satu segmen pendek untuk mencari bloglist baru sempena Ramadhan yang bakal tiba lagi beberapa hari ni.</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<br /></div>
<blockquote class="tr_bq" style="text-align: center;">
<b><u>Terma &amp; Syarat Penyertaan :</u></b></blockquote>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
</div>
<ul>
<li style="text-align: justify;">Bina satu entri bertajuk <b><i>"Pencarian Bloglist Ramadhan By Permaisuri Chomel"</i></b></li>
<li style="text-align: justify;">Terbuka kepada semua blogger seluruh Malaysia.</li>
<li style="text-align: justify;">Update blog setiap hari.&nbsp;</li>
<li style="text-align: justify;">Menggunakan bahasa yang mudah difahami (<span style="font-family: Verdana, sans-serif; font-size: x-small;">Blog yang menggunakan perkataan yang pelik-pelik seperti awark, apew, sayunk, titew atau yang seangkatan dengannya tidak akan diterima masuk ke bloglist</span>)</li>
<li style="text-align: justify;">Penulisan yang matang dan tidak terlalu keanak-anakan.</li>
<li style="text-align: justify;">Setiap penyertaan akan ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bloglist.</li>
<li style="text-align: justify;">Hantarkan link penyertaan ke ruangan komen <a href="http://pape-jer.blogspot.com/2013/07/pencarian-bloglist-ramadhan-by.html" target="_blank">entri ini</a> sebelum atau pada <b><span style="font-size: large;">9 Julai 2013, 11:59PM</span></b></li>
</ul>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: justify;">
<b><br /></b></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<b>**Sila fahami Terma &amp; Syarat sebelum menghantar sebarang link penyertaan.**&nbsp;</b></div>
<br />
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<div style="text-align: center;">
Anda hanya perlu <b>'COPY' &amp; 'PASTE'</b> kan coding yang telah disediakan di bawah ini ke ruangan HTML entri anda untuk membuat entri.</div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://3.bp.blogspot.com/-qf_Qqp8YfUY/UdabsQRJECI/AAAAAAAAHLQ/LRezG0CqGBo/s600/coding.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" height="125" src="http://3.bp.blogspot.com/-qf_Qqp8YfUY/UdabsQRJECI/AAAAAAAAHLQ/LRezG0CqGBo/s400/coding.jpg" width="400" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<center>
</center>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>

*PASTE CODING DI ATAS KE RUANGAN HTML ENTRI ANDA SEPERTI DI BAWAH*

Note: Support rakan blogger ☺


Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri... menerangi kegelapan ...



Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat ku jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati ku
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan ku di sana nanti

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat umat muslimin dan muslimat semua. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni. 

Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Semoga ibadah kita bukan hanya dibulan ramadhan sahaja, tapi dibulan² yang setersunya.

Dikesempatan ini, saya mohon kemaafan di atas segala kesalahan dan keterlanjuran kata sepanjang perkenalan kita dialam nyata mahu pon maya ini.

'MARHABAN YAA RAMADHAN'

Note: Hari ni dah start Solat Terawih. Ya! allah...saat yang aku rindu² kan. Tapi masih tak berkesempatan untuk turut serta memeriahkannya di surau/masjid.




Hari ini, 7 July 2013 bersamaan 28 Syaaban 1434. Bertambah lagi usia ku. Selamat tambah umur buat diri sendiri. Yang ke berapa? Ok l...



Hari ini, 7 July 2013 bersamaan 28 Syaaban 1434. Bertambah lagi usia ku. Selamat tambah umur buat diri sendiri. Yang ke berapa? Ok lah...tak nak rahsia² lagi lah.

7 JULY 1979 - 7 JULY 2013

Silalah kira sendiri...hehehe...Amacam...gambar dalam tu nampak macam usia sebenar tak? ☺☺☺. Kalau ada yang aku bahasakan kakak even usia lebih kurang jer, maaf lah yer. Tapi kalau adik² yang membahasakan kakak kat aku, mak suka noks. Nampak muda remaja gitu....ahaks..Tapi kalau setakat beza umur 2-3 tahun tu nak panggil daku kakak, tak payahlah. Aku kan ferasan muda.

Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat. in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya. 

Note: Alhamdulillah...dalam usia skarang ni, aku sudah punya 3 anak. Doaku sentiasa mengiringi sahabat² yang masih belum merasa nikmat itu. In shaa allah...masa itu akan tiba juga nanti. Yang pentiing jangan putus untuk berdoa dan jangan putus asa.




Alhamdulillah...Dapat rezeki lebih kali ni. Ada 2 cheque dan satu tu adalah hasil dari Advertorial Post yang aku dapat bulan March arit...



Alhamdulillah...Dapat rezeki lebih kali ni. Ada 2 cheque dan satu tu adalah hasil dari Advertorial Post yang aku dapat bulan March aritu. Jumlah paling banyak setakat ni, syukur atas rezeki dariNYA ini.


Dan alhamdulillah, ada 5 Buffered Earnings yang tengah running. Sudi² lah klik iklan² tu yer. Terima kasih tak terhingga buat tetamu² istimewa yang sudi bertandang ker blog supermom ni...hehehe...Tanpa kamu, tiadalah income buat ku...ahaks...

Nak tau tips Buffered Earnings? Meh baca [SINI]. Tapi itu pon bergantung pada rezeki juga. 

Note: NUFFNANG...bila nak bagi advertorial post lagi. Blogbuster post saya tak reti nak buat...huhuhu...ada 2 plak tu Blogbuster campaign.




Salam pagi jumaat yang penuh barakah. Hari ni juga adalah jumaat yang terakhir untuk bulan syaaban sebelum tibanya bulan ramadhan dalam ...


Salam pagi jumaat yang penuh barakah. Hari ni juga adalah jumaat yang terakhir untuk bulan syaaban sebelum tibanya bulan ramadhan dalam masa beberapa hari jer lagi. Tak sabar plak rasanya.

Jom kita khatam quran di bulan ramadhan. Kalau kita ikut panduan yang diberikannya ni, in shaa allah boleh khatam. Besar pahala dan ganjarannya kan. Peringatan buat diri sendiri juga ni. Mana tau bila kita dah niat, ALLAH permudahkan urusan kita tu ☺☺

Note: Cepatnya masa berlalu.




Dating dengan blogger lagi uols. Alhamdulillah...selepas beberapa tahun berhubung dan berkenalan hanya di alam maya @ blog. Kali ni berkes...


Dating dengan blogger lagi uols. Alhamdulillah...selepas beberapa tahun berhubung dan berkenalan hanya di alam maya @ blog. Kali ni berkesempatan untuk bersua muka dan berlaga pipi...ahaks...Beliau juga adalah seorang pengumpul Fridge Magnet tegar. Ni salah satu sebab yang menemukan kami. Aku dah terjabak ko dengan Fridge Magnet ni. Siapakah dia???

Supermom in action ☺

Siapa lagi kalau buka IZAN @ CIKMOT. Jumpanya nya 21 June 13 @ jumaat last month. Rehat lama kan. Baru berkesempatan nak buat entry. Dating kat Wong Solo, Bangi. 1st time aku makan kat WS tu. Sedap lah. Rasanya lagi sedap dari Ayam Penyet. Ok...dah lari citer. Weols jumpa pon sebab nak bagi Fridge Magnet. Bertukar² FM gamaknya.


Ini lah FM nya. Yang kebaya, Penang ngan Melaka tu aku beli. Yang Pangkor, Lake Toba ngan Button FM tu Izan bagi. FM button tu gambar raya Izan and family. Kiranya ganti kad raya lah. Jaman dah moden kan. Bagi FM sudah. Kreatif kan. Mekasih banyak² izan sebab sudi bagi 3 ketul FM tu. Awal² lagi aku dah dapat FM raya ☺☺. Banyak dah koleksi FM si izan ni. Meh tengok kat [SINI]. Nanti kita ngedate lagi yer.


Yang ni plak hasil borongan kat Universal Studio Singapore. Cute kan. Sebab aku suka cartoon Sesame Street. Rambang mata wei nengok lambakan FM kat sana. Rasa macam nak borong setiap character. 

Note: Bila dah terjebak tu kan...biasalah...asyik nak menambah koleksi jer kerjanya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...