Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Kalau lewat bayar hutang, ko tunggu lah interest atau call dari pihak bank. Tapi kalau ko dapat duit dari penghutang yang dah habis bayar...


Kalau lewat bayar hutang, ko tunggu lah interest atau call dari pihak bank. Tapi kalau ko dapat duit dari penghutang yang dah habis bayar hutang atas kesilapan dari pihak ko sendiri...ko senyap jer kan #erk..faham tak apa yang aku nak sampaikan ni.

Kisahnya....aku buat overlap *betul ke eja nih. Bukan suka suki nak buat pinjaman. Tapi atas sebab² yang tak dapat di elakkan. Nak buat dengan bank yang trademark nya 'Bank pilihan anda', tak layak sebab nak gaji RM3k. Pada hal loan sebelum ni dengan dorang. Buat lah dengan bank lain yang lebih prihatin dengan nasib aku yang gaji tak tinggi nih kan. Dah settled suma. Aku bayar lah balik baki pinjaman dengan 'bank pilihan anda' ni. Habislah hutang aku. Cumka berhutang dengan bank yang prihatin ni jer lah.

Aku plak tak check payslip sebab payslip online...Dasar femalas nak bukak website. Baru² ni aku check lah payslip sebab nak tengok increment *kalau pasal naik gaji laju jer kan*. Alhamdulillah dengan kenaikan gaji baru ni. Terima jer lah walau berapa pon naik *redha walau tak puas hati*. Sekali kan...mata aku tertumpu pada deduction loan 'bank pilihan anda' ni. Erkkkk...apahal plak ni kan. Ada 2 loan bank yang ditolak gaji. Sekali aku check payslip dari bulan january sampai lah april...memang berdebah punya 'bank pilihan anda', dorang amik duit aku wei...ribu riban jumlah nya ko. 

Aku call HR. Kenapa loan aku dengan 'bank pilihan anda' masih ditolak even aku dah buat full settlement? HR kata dorang tak dapat apa² surat pon mengatakan yang aku dah buat full settlement. Aku plak yang kena  sebab tak inform HR pasal benda ni. Aku mana lah tau. Sebab aku ingat 'bank pilihan anda' ni nak settle kan dengan pihak HR. Memang hangin betul lah.

Aku call lah 'bank pilihan anda'. Aku citer kan masalah aku ni. Uols tau tak...'bank pilihan anda' ni dah hantar surat bulan February, tapi....ada tapi tu. Dorang hantar dekat alamat yang salah. Memang WTFFFFFFF betul lah. Weiiiiiii...ko tak update address client ker. Dah bertahun company tempat aku kerja ni bertukar alamat. 

Ko terima cheque dari HR macam tu jer kan. Takkan ko tak check address client? Ko tak check ker yang si penghutang ni dah lunaskan hutang. Ko tak update dalam system ker? Takkan dalam system ko masih boleh terima duit dari AFIZAH ABD RAHMAN? AFIZAH ABD RAHMAN dah habis bayar hutang ko lah. Sedap jer ko makan duit haram kan. Pulangkan duit aku balik. 

Aku tengah tunggu duit jer ni. Dorang kata akan transfer dalam akaun 'bank pilihan anda'. Memang lepas ni aku banned ko terus. Ko bukan bank pilihan aku lagi.

Note: Sesungguhya sabar itu tiada batas. Tapi sabar manusia itu ada batasnya. Sampai bila aku harus bersabar? Menjaga hati sendiri adalah lebih baik dari menjaga hati orang lain. Allah sentiasa bersama orang yang sabar...peringatan buat diri sendiri.



Sanah Helwa yang bermaksud Selamat Hari Lahir ^_^ Ada iras FBI ker Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Sanah Helwa...buat teman seb...

Sanah Helwa yang bermaksud Selamat Hari Lahir ^_^

Ada iras FBI ker

Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Sanah Helwa...buat teman sebilik, teman sekatil, teman sebantal, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman bergurau senda, teman bermandi...opsss.., teman bermanja, SUAMI dan juga teman sehidup semati *in shaa allah kalau dengan izinNYA.

Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan dunia dan akhirat. Semoga impian nak memiliki sebuah Superbike idaman satu hari nanti menjadi kenyataan. 


Silalah pilih salah satu yer Birthday Boy...hehehe...Hadiah istimewa dah pon awak terima...anak² sebagai pengikat kasih sayang. Selain dari kasih sayang yang saya curahkan dan kesetian. Semoga ianya tidak berpaling tadah *in shaa allah kalau dengan izinNYA juga. 

Note: Hari ni mak jemah cuti ^_^



Makin lama makin naik hokey. Rasa nak pitam dengar upahnya. Baju kurung biasa pon dah mahal, apatah lagi jenis yang berfesyen kan. Tu belu...


Makin lama makin naik hokey. Rasa nak pitam dengar upahnya. Baju kurung biasa pon dah mahal, apatah lagi jenis yang berfesyen kan. Tu belum kain yang nak kena tambah lace. Double harganya...haishhhh...Rasa macma nak belajar menjahit jer. Tapi minat tu belum muncul lagi...acaner tu. Nak kena seru dulu gamaknya. 

Kain BAJU RAYA aritu pon tak hantar lagi. Kononnya nak hantar kat tempat mak mertua selalu hantar. Sekali dah tutup lah pulak tempahannya. Tak menang tangan sebab tukang jahit yang laju menjahit tu cuti bersalin. Tanya plak ngan adik kedai yang selalu dia tempah tu amik tempahan lagi tak...hurmmmmm...dah tutup. Alahaiiiii...cepatnya tutup order.

Pastu dah jumpa satu kedai jahit kat Jalan Reko, Kajang. Mekasih adik sebab bagi contact number. Masih lagi menerima tempahan. Harga pon berpatutan. Kalau baju kurung biasa harga tempahan yang dia amik 
RM 45. Kalau Baju Kurung Moden RM55. Kalau baju budak plak RM35. Kira murah juga lah tu kan. Masih menerima tempahan selewat² nya end of May. Aku pon tak hantar lagi nih sebenarnya...ahaks...Harap² ok lah jahitannya dan sedap dipakai.

Uols dah hantar tempahan ker belum? Ker beli baju dah siap jer? Rasanya untung beli baju dah siap kan. Ni nak beli kain lagi, pastu nak hantar tempah lagi. Banyak melabur duit kat situ jer. Tapi tu lah, aku yang petite lagi comel ni susah juga nak cari baju yang dah siap. Kena pandai cari. Kalau ada pon kena beli yang saiz budak tu...hahahaha...

Note: Kejap jer dah nak masuk bulan MEI...hurmmmm...





Ada yang tengah pakai produk ni ker? Semalam terbaca berita mengenai produk TABITA ni yang dikongsikan oleh seorang rakan. Berita dari ...



Ada yang tengah pakai produk ni ker? Semalam terbaca berita mengenai produk TABITA ni yang dikongsikan oleh seorang rakan. Berita dari STRAITSTIMES Singapore. Untuk lebih lanjut, boleh baca kat SINI.

Note: Berhati² dalam membeli produk kecantikan. Pastikan ianya berdaftar dengan KKM. Better safe than never kan. 


Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG dihadapanmu, ketahuilah...kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian Seseor...


Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG dihadapanmu, ketahuilah...kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian

Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah...kadangkala saat itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU


" bersabar dan bertabahlah wahai diri, hebat manapun dugaan pasti terselit kemudahan. 
kita bukan hebat mengubat kedukaan, tapi Allah SWT tak pernah membiarkan. Dia yang maha hebat
merawat duka nestapa dan kelukaan kerana padaNYA ada penyembuh segala penyakit kedukaan " =')

Source: FB

Note: Senyum...tak perlu kata apa². Memang ada benarnya. 


Macam ni lah keadaan anak bujang tecik nih. Terteleng² kepala tu tengok abah, abang dan kakak naik motor. Teringin juga nak naik motor g...


Macam ni lah keadaan anak bujang tecik nih. Terteleng² kepala tu tengok abah, abang dan kakak naik motor. Teringin juga nak naik motor gi school yer qhalif. Lawak betul bila pagi² tengok muka kesian tagih simpati qhalif nih. Jadi pemerhati jer lah.


Alolololo...muka sedih tak dapat naik motor. Macam mana nak naik nak ooiiiii. Kakak kat depan. Abang kat belakang. Ibu nak duduk celah mana pulak dengan nak pegang kamu lagi. Nanti soh abah beli motor roda tiga yang macam dalam gambar tu erk. Boleh kita duduk ramai² dalam tu. 


Amacam...ada berani. Kahkahkah...Jap...nak bayangkan aku anak beranak naik motor macam nih. Perghhhh...meriah wei. Tak payah pasang aircond. Hirup udara segar gitew...hahahaha...

Note: Kejap jer dah khamis kan. Syiok betul tido malam tadi sebab hujan. 


[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj. PERANAN BAPA 1. Balik awal dari tempat kerja, mandik...



[TIPS MENDIDIK ANAK LELAKI] ~Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj.


PERANAN BAPA


1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun
2. Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya

3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding

dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak.
cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5. Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU



1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.


Source: FB Kiddie Funtime

Note: Seronok berbual dengan anak. Tapi tu lah, kekadang soalan diorang ni terlalu advanced. Naik pitam nak memikir jawapan...ahaks...tak tau nak bagi jawapan apa. Macam soalan 'Ibu...macam mana nak buat BABY'...fengsan... 


Mungkin ini yang akan mereka katakan. Maafkan kami anak² kerana terlalu pentingkan diri. Kamu masih kecil untuk memahami apa yang betul...



Mungkin ini yang akan mereka katakan. Maafkan kami anak² kerana terlalu pentingkan diri. Kamu masih kecil untuk memahami apa yang betul dan apa yang salah. Tapi kami sebagai ibu...kekadang tak faham dengan isi hati kamu. Terutama bila amarah mendatang.

Note: Speechless sebab semuanya benar belaka. Terbayang wajah anak². Cepat lah petang....Nak balik...huhuhu...


Pengenalan untuk Rumah Makan Cibiuk ^_^ Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak ...


Pengenalan untuk Rumah Makan Cibiuk ^_^


Bermula dengan keenakan mencicipi hidangan masakan Sunda di Rumah Makan Cibiuk yang banyak terdapat di Bandung, sebuah kota yang begitu sinonim sebagai syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia, sebuah impian akhirnya terlaksana untuk membawa keenakan masakan Sunda tersebut ke Malaysia. Bagi mereka yang selalu menunggu peluang ke Bandung untuk melepaskan kerinduan menikmati hidangan Sunda ini, kini anda hanya perlu menghidupkan kenderaan anda dan teruslah menuju ke Rumah Makan Cibiuk pertama Malaysia yang terletak di Tmn. Putra Kajang.

Last week aku berpeluang makan kat sini. Selalunya lalu jer. Teringin juga  nak makan tapi teragak² lagi. Sebabnya makanan indonesia kan. Takut tak kena dek tekak jer. Padahal restoran Ayam Penyet tu  pon makanan indon juga...cis...ngada kan. Bila dah asyik lalu jer, teringin pula nak mencuba sebab restoran asyik penuh jer. Ini dah good sign kan. Mungkin sebab makanan sedap.
Dan ternyata ramalanku benar belaka. Jenuh juga nak memilih sebab tak pernah makan masakan sunda lagi kan. Malam tu kami order set ini. Namanya Paket Kasterol Nasi Liwet....sebut betul² ☺☺. Ianya didatangkan bersama dua ekor ayan, tempe, tauhu, ulam-ulaman dan juga jering. Nasi dia memang lain dari yang lain sebab ada cili padi dalam tu. Pastu nasi dia wangi dan sedap. Ayamnya pon sedap bangat...arghhhhh...terbayang² sudah >_^.
Sumber: Gorgeous Melampau
Sambal plak memang variety. Macam² jenis sambal ada, nak pedas/tak pedas...pilih jer. Tapi untuk set yang kitorang amik ni, ianya didatangkan dengan Sambal Merah Cibiuk...sambal yang menggunakan tomato dan cabe merah. Memang sedap sebab tak pedas sangat. Sesuailah dengan tekak aku yang tak berapa nak tahan pedas ni kan. 
Sumber: Gorgeous Melampau
Ini antara menu² lain. Dekorasi pon cantik, simple dan bersih. Selesa lah nak makan. Service pon cepat juga.  Memang puas hati lah makan kat sini. Highly recommended especially buat orang² yang mengidam masakan sunda dan juga peminat sambal sebab macam² jenis sambal ada. 
 
Bila makan dengan anak...faham² lah kan. Nak bergambar pon tak boleh. Gambar² suma ehsan dari Google ^_^. Sekian entry Jalan-jalan cari makan sampai kenyang dari saya. Kalau nak tau more detail mengenai Rumah Makan Cibiuk, silalalah layari website Rumah Makan Cibiuk Malaysia.
Note: Hangin betul lah. Dah dua kali terima call dari agent insurance suruh beli produk dorang...haishhhhh...


Bagi aku Indah khabar dari rupa. Malam smalam on the way balik, saja jer nak try produk Burger Bakar Abang Burn yang terletak kat Ramal F...


Bagi aku Indah khabar dari rupa. Malam smalam on the way balik, saja jer nak try produk Burger Bakar Abang Burn yang terletak kat Ramal Food Junction tu. Tak makan sana pon, bungkus jer. Kononnya nak try Meatball Abang Burn yang menggoda tekak ku ini lah. Macam dalam gambar ni:


Meatball Abang Burn

Meatball Abang Burn adalah resipi ciptaan Abang Burn yang diperbuat daripada 100% daging untuk menghasilkan meatball yang segar dan lazat. Limpahan Mushroom Brown Sauce menjadikan Meatball Abang Burn lebih menyelerakan. Selain itu ianya juga dihidangkan dengan Burn Wedges Abang Burn.

Tak dapat meatball IKEA yang super duper sedap tu, dapat merasa meatball abang burn pon jadi lah kan. Semangat dah berkobar² ni noks. Terbayang² Meatball Abang Burn yang kat dalam website tu. Tapi kan...aku frustrated sangat. Apa yang aku gambarkan jauh meleset. 


Sama tak macam dalam gambar? Tak sama kan. Mana sosnya? Aku cari juga dalam plastik. Memang tak der sosnya. Aku tanya hubby takkan ini jer kot. Tak letak sos ker? Itu jer lah...katanya. Potong stim nak makan. Indah khabar dari rupa. Takkan lain branch lain penyediannya kot. Last² aku buat sos sendiri.


Ini plak burger. Beli yang normal jer, Food presentation tak setanding dengan harganya yang mahal. Tapi aku tak rasa pon. Hubby ngan kimi yang makan. Putus selera bila tengok meatball macam tu. Bagi aku harga murah atau mahal tak penting. Yang penting apa yang ditunjukkan dalam website tu biarlah sama dengan apa yang pembeli dapat. Kualiti dan food presentation tu. Barulah pembeli rasa puas hati nak membeli lagi. Jangan sebab produk ko dah terkenal, ko main cincai jer buat. Tak boleh lah macam tu kan.

Ini hanya pendapat aku. Sebab ini pengalaman yang aku dah dapat. Mungkin pengalaman orang lain tak sama macam apa yang aku kena kan. Kalau uols nak try...silakan. Boleh layari website BBAB kalau nak tau more detail lagi. Apa² pon...alhamdulillah dengan rezeki smalam. Even tak puas hati, tapi tetap habis. Tak baik membazir kan ☺☺

Note: Hari ni mungkin entry pasal makan. Nantikan entry makan seterusnya yer...hehehe... 

Magnum?? Haippppp...jangan fikir lain yer. Bukan magnum nombor ekor tu tau. Tapi Magnum nih: - - - - - - - - - - - ...


Magnum?? Haippppp...jangan fikir lain yer. Bukan magnum nombor ekor tu tau. Tapi Magnum nih:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Amacam??? Terliur tak...ekekeke...Terapi tekak disaat cuaca yang tengah panas terik kan.. Arghhhhhh...nikmatnya bila dapat makan. Tak cukup satu rasanya. Tapi tu lah, harga tak menahan. Sekali sekala makan bolehlah. Kalau hari² makan mau kencing manis ☺☺

Note: Cuaca kat office ni dah mula mendung. Macam nak hujan lebat jer. Alhamdulillah...



Lately cuaca ada lah sangat panas. Panas berbahang dan terik sangat. Walaupon dah pukul 7.00 petang, cuaca masih lagi terik. Aircond ke...



Lately cuaca ada lah sangat panas. Panas berbahang dan terik sangat. Walaupon dah pukul 7.00 petang, cuaca masih lagi terik. Aircond kereta lagi lah. Kalau sebelum ni buka satu pon dah sejuk. Tapi skang ni kena up lagi baru rasa sejuk. Penangan cuaca panas kat luar tu kan. Jadinya...minyak pon cepat menyala dengan jayanya. 

Tidur malam pon tak terasa kipas dah. Panas hati jer rasa sebab tido tak lena...panas lah. Nak bukak sliding door...mengundang nyamuk lah pulak. Kalau dapat kipas yang besar gila tu...best kan. Skang kan trend kipas besar. Ni yang rasa macam nak pasang aircond kat umah. 

Tu baru rasa panas didunia, belum rasa panas api neraka lagi. Ya! allah...tak terbayang tahap kepanasannya tu kan. 

Note: Nak kluar lunch pon rasa malas sebab panas. Tapi aku tak boleh tak makan, nanti perut berdondang sayang. 

Syukur padaMU Ya! Allah atas limpahan rezeki ini. Terima Kasih pada bos yang recommend untuk kenaikan ni. Alhamdulillah...tersenarai ju...



Syukur padaMU Ya! Allah atas limpahan rezeki ini. Terima Kasih pada bos yang recommend untuk kenaikan ni. Alhamdulillah...tersenarai juga nama dalam kelompok untuk kenaikan pangkat dan level. ESOS pon makin bertambah. Gaji plak kita tunggu end of this month. Harap² masyuk lah >_^.

Tahniah buat rakan² sekerja yang lain dan tahniah buat diri sendiri.

Note:  Bukan nak menunjuk, sekadar nak berkongsi kegembiraan dengan kamu semua...kawan² dialam maya yang saya sayang ^_^.


Bukan untuk hari ini jer, tapi doa harian. Doaku untuk kamu juga. Salam pagi Khamis semua. Semoga hari ini adalah lebih baik dari ya...




Bukan untuk hari ini jer, tapi doa harian. Doaku untuk kamu juga. Salam pagi Khamis semua. Semoga hari ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya. Seharian tak bersiaran smalam. Macam biasa...masalah internet connection yang tak berkesudahan...hurmmmm...Kejap lagi daku terjah rumah kalians yer.

Note: Panas betul cuaca skang nih. Even dah pukul 7.00 pm pon masik terik lagi. Aircond keta lagi lah tak berapa nak rasa sejuknya. Tu baru rasa panas didunia, belum rasa panas api neraka lagi. Ya! allah...


 Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah un...



Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana, sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy & paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas, Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.


Note: Layanlah segmen ni dulu yer. Tetiba kekeringan idea. 


Weekend aritu dapat birthday invitation dari my good friend ELY . Perkenalan yang bermula dari forum Susuibu.com...melarat sampai ke bl...



Weekend aritu dapat birthday invitation dari my good friend ELY. Perkenalan yang bermula dari forum Susuibu.com...melarat sampai ke blog, seterusnya dialam reliti. Persahabatan yang masih kekal hingga hari nih. Dan semoga ianya kekal sampai bila² yer ELY ☺☺.

Birthday party untuk birthday boy SAMIUL MALEEK 5 Tahun dan juga untuk birthday girl SUCISONIA MARYAM 1 Tahun. Sedap dan unik kan nama anak dara ely nih. Acara bermula pukul 4.00 pm. Tahun ni pecah rekod sebab kami orang pertama yang sampai. Kalau tak tu selalu jadi tetamu terakhir. Tuan rumah plak keluar gi amik kek ngan birthday girl. Jadinya kami dilayan oleh bapa dan bapa mertua/mak mertua ely yang peramah tu. Sebelum acara bermula dan tetamu bakal membanjiri rumah, meh kita posing dulu 

Qhalif dan belon...tak dapat dipisahkan. Naik juling bijik mata tu nengok belon ye nak ^_^

Qahirah dan Maksu...sama² comel ^_^

Ibu dan budak botak. Comel tak kami...comel kan...ahaks...

Kali ni birthday party buat kat rumah baru ely di Bandar Kinrara, Puchong. Cantik dan beso rumah ko nok. Paling suka tengok dapur. Aku hanya boleh verangan jer lah nak dapat umah macam nih...huhuhu...Ok, sambung citer. Acara dimulakan dengan bacaan doa selamat. Pastu baru acara makan² bermula. Makanan pon suma sedap² #akukankuatmakan. Bila tetamu makin ramai, baru acara potong kek dimulakan. Tak sempat nak snap gambar. Dah kelam kabut dengan anak². 

Anak² yang tak ready. Mommy suci and ibu qhalif yg over kan...hehehe...


Last but not least, puan rumah dengan tetamunya plak posing. Thank you so much buat ely and family for the birthday invitation. Kenyang perut kitorang dijamu dengan makanan dan kek yang sedap. Lama sangat tak jumpa si ely nih. Nanti kita dating lagi erk. Bley bercerita panjang. 

Untuk SAMIUL MALEEK dan SUCISONIA MARYAM...Happy Birthday to both of you. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah, ditetapkan iman, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan smoga membesar sebagai anak yang bijak pandai. 

Note: Erkkkk...banyak pulak gambar puan punya blog ni. Sekali sekala over expose kan, apa salahnya ☺ 

Extra Note: Line tenet macam siput khinzir, loading panjang bebenor...arghhhh... 


Sangat comel. Makin geram dibuatnya. Tapi bukan saya yang berimej baru tau. Ini lah orang nya....Siapa lagi kalau bukan: SEBELUM S...


Sangat comel. Makin geram dibuatnya. Tapi bukan saya yang berimej baru tau. Ini lah orang nya....Siapa lagi kalau bukan:

SEBELUM

SELEPAS

Iman Qhalif dah botak ^_^. Comel tak saya...comel macam ibu kan...ekekeke...Tiada lagi rambut pacak. Rambut Qhalif pon dah panjang. Dan memandangkan Qhalif tak pernah cukur rambut, tu yang botakkan terus. 


Saat rambutku dipotong....huhuhu...Alhamdulillah, duduk diam jer. Tak nangis pon. Senyum lagi ada lah sebab menahan kegelian dia tu ☺☺. 


Cuba tengok ni...sebijik macam muka abang Iman Hakimi masa kecil kan ^_^.

Note: Salam pagi isnin semua.


♪♫♪ Happy 1st Birthday Iman Qhalif ♪♫♪ ♪♫ Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan Iman Qhalif Allah sela...


♪♫♪ Happy 1st Birthday Iman Qhalif ♪♫♪



♪♫ Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Iman Qhalif
Allah selamatkan kamu ♪♫


Setahun yang lepas, tepat pukul 9.00 pagi @ 12 april 2012...baby seberat 3.2 kg selamat di lahirkan. UNEXPECTED BABY. kenapa? Sebab aku tak tahu kewujudan baby kecik ni dalam perut sehinggalah usia kandungan nak masuk 5 bulan. Boleh baca DISINI. Ya! ALLAH...speechless kejap. Dengan tak makan ubat/vitamin, berlari, naik tangga turun tangga dukung anak. ALhamdulillah...semangat baby ni kuat. Membesar dengan sihat, sempurna dan cukup sifat.




Hari ni...Iman Qhalif Bin Husaini genap setahun. How time flies. Masih terbayang² saat kelahiran mu sayang. Cukup mudah dan senang. Tak sampai satu jam dan dengan hanya sekali teran....Lahirlah Iman Qhalif. 

Doa ibu dan abah...semoga iman qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman...yang soleh. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...

Alhamdulillah...genap setahun Qhalif mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya. Syukur sangat² sebab urusan penyusuan dipermudahkan olehNYA. Even tak der stok susu, hasil susu tetap meriah untuk bekalan harian. Hari² Qhalif dapat susu fresh dari ladang ^_^. Ini bermakna aku sudah berjaya melepasi tahap setahun...kiranya dah dapat Ijazah dalam breastfeeding. Skang ni tengah kejar PHD in breastfeeding plak...hehehe...Semoga impian menjadi kenyataan...In shaa allah.


Pagi ni buat surprise untuk Qhalif. Beli Cup cake kecik jer. Bangun tido jer pagi tadi terus nyanyikan lagu Happy birthday untuk birthday boy nih. Terpinga² jap ^_^. Sibuk nak pegang lilin tu. Nanti kita celebrate yer sayang. 

Note: Sedih bila baca entry ni. Terbayang saat² mengandungkan qhalif. Betapa aku stress. Bermacam² dugaan. Alhamdulillah...Allah beri kekuatan yang luar biasa buat aku. 



Terjebak dengan ini: INSTAGRAM KEEK TWITTER Orang lain dah lama ada, tapi aku baru nak register. Tak nak ketinggalan jam...


Terjebak dengan ini:

INSTAGRAM

KEEK

TWITTER

Orang lain dah lama ada, tapi aku baru nak register. Tak nak ketinggalan jaman katakan...ahaks...Twitter tu dah lama register. Tapi lupa passwordnya. Lately baru nak active balik. Tapi masih terkial² lagi...haishhhh...Instagram ngan Keek baru jer register. Gambar pon ada beberapa keping. Budak baru belajar katakan. Sikit² nak amik gambar kan...dasar jakun...hahaha...Keek plak baru ada satu jer video. Video Power Ranger kena ketuk dengan Powerpuff Girl. Sian ipad...tak pasal² jadi mangsa. Letak video anak² jer lah. Takkan nak letak video sendiri kot. Syok sendiri namanya tu.

Kalau uols ada ketiga² aplikasi ni, sudi² lah add yer. Boleh beramas mesra sambil mengeratkan silaturrahim ^_^.

Note: Rindu kat mak yang berada nun jauh di Terengganu. Cepatlah sembuh mak.


  Note: Salam pagi Khamis uols. Tak sempat nak breakfast lagi ni. Pagi² dah disajikan dengan surat menyurat, memo, fax, email, e...


 

Note: Salam pagi Khamis uols. Tak sempat nak breakfast lagi ni. Pagi² dah disajikan dengan surat menyurat, memo, fax, email, etc...banyaklah pulak kan...arghhhhhh...laparnya...

Extra Note: Seperti biasa...mencuri masa merehatkan minda yang serabut jap.


Setelah lama mencari, baru kini ku jumpa...ahakss...selain dari nasi kerabu dan nasi dagang, laksam ni adalah  salah satu dari makanan ...



Setelah lama mencari, baru kini ku jumpa...ahakss...selain dari nasi kerabu dan nasi dagang, laksam ni adalah  salah satu dari makanan pantai timur yang menjadi favorite aku. Kat bangi tu ada jer kedai yang jual laksam ni. Tapi malas nak menyinggah kan. Dah alang² ke pasar malam...kebetulan ada plak jual. Terus lah membeli.  Hilang rasa mengidam nak pekena laksam ^_^.


Pernah dengar Burger Kahwin? Aku 1st time dengar. Gerai burger ni terletak kat Seksyen 15, Bangi. Berdepan dengan kedai mamak. Tapi aku lupa lah nama kedai mamak tu. Burger kahwin ni saiznya adalah besar punya. Saiz jumbo kot. Satu burger untuk 2-3 orang makan pon dah cukup. Mungkin nama dia burger kahwin sebab ayam dan daging tu dicampur skali dan disalut dengan telur. Suka suki aku jer kan bagi conclusion. Kena tanya tokei burger ni kalau nak tau...hehehe...

Berkenaan dengan rasa laksam dan burger kahwin ni. Bagi aku yang memang kuat makan dan tolak batu ngan kayu ni...memang sedap lah rasanya. Ok...esok ada pasar malam. Dah terbayang apa nak beli ni. Nak beli nasi kerabu, laksam, pecal lele, putu mayam yang sedap tu...lagi...hahahahaha...heaven wei kalau gi pasar malam ni. Macam² makanan ada ☺☺

Note: Dah beberapa hari sakit kepala nih. Nak gi klinik....malas...hurmmmm...


Dia??? Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan anak bujang tecik nan sorang ni....Qhalif yang rajin ^_^. Rambut sudah serabai ditiup ang...


Dia??? Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan anak bujang tecik nan sorang ni....Qhalif yang rajin ^_^.


Rambut sudah serabai ditiup angin vacuum. Abaikanlah background tu yer 

Memang aku perasan. Setiap kali nak vacuum mesti qhalif dok kat situ. Even tengah main, kalau nampak jer vacuum...kat situ lah akan ditujunya. Kalau si kakak Qahirah jangan lah...dengar bunyi vacuum jer lari ☺☺


Rajin anak bujang ibu nih. Suka sangat dengan angin yang kluar kat corong tu yer. Pastu dok tinjau sampah/habuk yang berpusing² dalam vacuum tu ^_^. Nak tolong vacuum...kecik lagi. Vacuum lagi besar dari orang...ahaksss...Dah besar nanti tolong ibu yer...ibu tak payah susah² vacuum rumah lagi. 

Note: Ngantuk plak mata pepetang nih...haishhhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...