AFB Feeds

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, k...



Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda.

Berpantanglah...Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Source: FB

Note: Entry auto published. Pn punya blog cuti hari ni ☺☺


Biasalah tu kan. Dah namanya pon WANITA...punya hati dan naluri yang halus. Memang cepat tersen...



Biasalah tu kan. Dah namanya pon WANITA...punya hati dan naluri yang halus. Memang cepat tersentuh. Tengok citer sedih dah mengalir air mata. Baca kisah² sedih pon dah meleleh air mata. Tengok gambar² yang boleh mengundang kesedihan pon dah meleleh lagi air mata....hurmmmm...

Note: Hari ni dah last day cuti sekolah. Bermulalah kembali jalan yang sesak.


Klik banner tu yer. Telah di Tag oleh 3 orang rakan blogger, MRS LURVE , ZUE dan juga MIA KA...


Klik banner tu yer.

Telah di Tag oleh 3 orang rakan blogger, MRS LURVE, ZUE dan juga MIA KASSIM. Mekasih uols sebab sudi Tag. Ada 6 syarat untuk join GA ni, antaranya:

Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.

Untuk syarat selebihnya, silalah terjah blog Bicara Mak Dara yer ^_^. Tarikh tutup untuk GA ini adalah 31 March 2013.

Ok...aku kena Tag 3 orang rakan. Tapi memandangkan mejoriti semuanya dah join GA ni. Aku Tag kamu² semua yang masih belum buat. Aci tak Mak Dara ☺☺


Lunch tadi makan SUBWAY jer. Dah lama tak pekena subway nih. Kebetulan tadi gi Shaftsbury Squar...



Lunch tadi makan SUBWAY jer. Dah lama tak pekena subway nih. Kebetulan tadi gi Shaftsbury Square. Kononnya nak gi BORDERS BARGAIN BASH. Sekali hampa....tak menarik lah. Ingatkan ada kedai buku BORDERS kat situ. Rupanya dorang cuma jual buku² tu kat kaki lima jer...hurmmmmm...Buku untuk bebudak pon tak der. Tak taulah kalau dah habis kan sebab start dari 18 march last week. 


Balik tu pekena Frappuccino Caramel, tapi tak letak coffee pon....arghhhhhhh...sedapnya. Beli pon pakai kad. Dapat Starbucks card ni free jer  ^_^.

Note: Boringggggggggggggggggggg!!!!!!



Note: Hari ni ada dating dengan seseorang di alam maya ni. Rasa berdebar lah plak kan...ahaks....



Note: Hari ni ada dating dengan seseorang di alam maya ni. Rasa berdebar lah plak kan...ahaks...


Syarat² nya simple jer. Hadiah pon menarik. Klik jer banner tu kalau nak join. Tarikh Tutup...



Syarat² nya simple jer. Hadiah pon menarik. Klik jer banner tu kalau nak join.

Tarikh Tutup: 7 April 2013
Masa: 11.00 malam 


ISU HANGAT LAGI PANAS!!!!! Dalam erti kata lain. Hukuman untuk orang ketiga yang menyebabkan hu...


ISU HANGAT LAGI PANAS!!!!!

Dalam erti kata lain. Hukuman untuk orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan dan antara punca meningkatnya kes perceraian terutama dalam kalangan pasangan muda.

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).

“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.

IBRAHIM (kanan) berbincang dengan Kamalia selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam, semalam.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.

Sumber: myMetro



Note: Ni kes teringin nak minum A&W Float. Tetiba plak teringin kan. Mengandung apa? Meng...



Note: Ni kes teringin nak minum A&W Float. Tetiba plak teringin kan. Mengandung apa? Mengandungi isi perut jer pon...ahaks...Kat Bangi tu nan hado kedai A&W. Tak dapat A&W float, dapat Frost Float pon jadi lah kan. Anak² pon suka. 


Seorang (1)  akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi... 12 orang  lain akan menang sa...


Seorang (1) akan memenangi ketiga2 FM dari ketiga2 destinasi...

12 orang lain akan menang salah satu FM tersebut...Menarik kan. FM seperti gambar yang tertera di bawah.


Buat pemgumpul FM macam aku yang koleksinya tak seberapa ni, bolehlah join. Mana tahu ada rezeki kan. Giveaway ni datangnya dari pemilik blog The Beauty In Ugly @ Daniel Zaidi. Klik jer link tu kalau nak menang FM yer ☺☺

Note: Tak sempat lagi nak update hadiah dari rakan blog. 


google pic Salam sayangs² semua. Update sepantas kilat. Mencuri masa lagi...cis....Seperti ta...



Salam sayangs² semua. Update sepantas kilat. Mencuri masa lagi...cis....Seperti tajuk di atas. Kat mana aku bley cari LOCK FREEZER ni? Dah search kat google, tapi banyak kat over the sea lah. Ker aku yang tak pandai cari? *_^. 


Tolong...anak dara ku Qahirah yang bijak pandai lagi petah tu dah ada hobi baru. Hobi baru dia adalah buka   Peti Ais. Anak² uols ada hobi macam ni tak? Boleh lah gang dengan qahirah ^_^. Serius...sebelum ni qahirah tak pandai buka sebab peti ais tu ketat. Tapi sejak dia berusaha gigih ni ..usaha tangga kejayaan katakan. Mission accomplished, dah pandai ko.

Tapi...bila dah pandai kan. Kerja nya asyik buka tutup...buka tutup...buka tutup...peti ais tu berkali². Sejuk gamaknya kan. Sampai bekas dan cawan kosong pon di letaknya dalam peti ais...bertuah punya anak ☺☺. Aku macam biasalah kan, mulalah nak bertukar jadi orang hijau. Dia punya tutup peti ais tu bukannya tau nak slow². Habis dihempasnya pintu tu. Mau jahanam peti ais aku tu nanti....alahaiiiiii...anak dara ibu nan sorang nih. 

Note: MOM...letter...filing...arghhhh...naik juling bijik mata.

Extra Note: As-Salam kawan² baru. Salam perkenalan. Nanti daku follow balik yer. 


Pasrah diperlakukan apa saja oleh kakak atau abang. Mentang² lah adik kecik lagi kan. Siap lah ko...


Pasrah diperlakukan apa saja oleh kakak atau abang. Mentang² lah adik kecik lagi kan. Siap lah ko kakak...tunggu adik beso sikit jer lagi.


Budak² ni memang suka main air. Budak dan air...memang tak dapat dipisahkan. Si Qhalif ni...asal bagi minum air jer, mesti nak celup tangan tu dalam cawan. Si kakak pon tumpang sekaki lah kan. Habis dibasahkan kepala si adik. Siannnnn adik. Mak dah tak kose noks. Biarkan sajalah. dorang main air. Habis lencun baju ngan lantai. Nak marah pon tak boleh. Dorang tengah nak explore benda² baru kan. Sabar jer lah ^_^.

Note: Curi masa jap. Busy tahap gaban....arghhhhh...semputtttt...Maaf sangat, tak sempat nak melawat kawasan jajahan.


Assalamualaikum semua, apabila bangun sahaja pagi Isnin, ramai yang merasa berat untuk ke pejab...



Assalamualaikum semua, apabila bangun sahaja pagi Isnin, ramai yang merasa berat untuk ke pejabat. Kata orang putih Monday Blues. Mengikut satu kajian di US, kejadian bunuh diri banyak berlaku pada hari Isnin dan sangat kurang pada hari minggu. Malah di UK pula, kajian mendapati banyak cuti sakit (MC) diambil pada hari Isnin. Wah, apa dah jadi? Kenapa takut menghadapi hari Isnin? Kenapa mesti malas dan berat hati apabila masuknya Isnin?

Berikut adalah beberapa tip untuk ceria di pagi Isnin:

1) Aturkan kerja yang anda paling suka lakukan pada hari Isnin.
2) Buat temujanji dengan seseorang yang anda tidak sabar untuk temui pada hari Isnin.
3) Rancang aktiviti yang anda seronok libatkan diri dan teruja pada hari Isnin.
4) Jadikan hari Isnin hari anda kemas dan susun atur keadaan di pejabat sebelum fokus kepada kerja-kerja yang mahu dilakukan.
5) Mulakan hari dengan doa .. ROBBI YASSIR WA LA TUASSIR hingga habis.
6) Mulakan hari dengan kata-kata yang positif. Ok, say it loud... I LIKE MONDAY (10 times)!

Selamat memikul amanah dan menjalankan tugas.

Souce: FB Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Note: Lewat bersiatan. Ada Power of One Meeting...hurmmmm...Tapi hari isnin ku ceria pagi ni sebab dapat makan free lagi sedap ^_^. 

Jangan lupa yer kawan². Akan bermula selama sejam pada hari   Sabtu , tepat jam   8:30   malam ...


Jangan lupa yer kawan². Akan bermula selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 23 Mac 2013 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.

Note:  HAVE A GREAT WEEKEND ☺☺

Tahniah buat my sister in law, NURUL FATIN SAFIKA BT MOHD TAIB @ Mak Wong . Dapat 7A's1B1C ...



Tahniah buat my sister in law, NURUL FATIN SAFIKA BT MOHD TAIB @ Mak Wong. Dapat 7A's1B1C dalam SPM. Agak cemerlang juga bagi aku. Unexpected katanya. Budget dalam 5A's jer. Sekali tambah lagi 2A's. Smalam masa nak call tanye resault pon susah nak dapat. Hot line katakan ☺☺



My sweet and lovely sister in law. Tahun ni giliran Mak Su @ NURUL NADIA plak score untuk PMR. Study Smart yer maksu. Untuk Ika...nanti kita calebrate yer. Sorry...kak fiza cilok gambar dari FB. Jangan marah ☺☺☺


Last but not least, tahniah dari kami...kak fiza, bayen, kimi, qahirah dan qhalif ^_^.

Note: Kak Cho Zila...lama ku tunggu panggilanmu kak. Baru pagi ni dapat ku dengar suara mu...ahaks...Nanti kita dating yer ☺☺


Bukan mood swing tapi ber swing dengan MEDAL SWING ni ha.  Dah lama tak ber SWING sebab brea...


Bukan mood swing tapi ber swing dengan MEDAL SWING ni ha. 


Dah lama tak ber SWING sebab breastshield dah tak berapa nak elok. Mungkin sebab aku lepas basuh tak lep kering² pastu dok steril dengan air yang agak panas gamaknya...bijak kan. Disebab kan masalah tu, mak pakai lah AVENT Manual tu ha. Ni yang untung kalau ada lebih dari satu breastpump kan #bukan nak berlagak yer#. Dah berketul² muscle kat tangan ni hah...kahkahkah...serong jap. Exercise tangan kan ☺☺

Pastu kan, AVENT yang banyak berjasa tu bermasalah plak minggu nih. Dia nyer Silicon Diaphragm tu dah terkoyak. Jadinya suction nya jadi tak power. Aku dah order dah breastshield swing nih. Sekali dorang call next week baru dapat. Tak der stok katanya...cissssss...dalam website tak der plak tuis 'out of stok'. Nak tak nak...pakailah MEDELA SWING yang brestshield nya dah kedut².


Hasil tenusu petang nih. Alhamdulillah...rezeki Qhalif. Balik nanti pam lagi. 


Yang ni plak hasil tenusu paling meriah pernah aku dapat. Sekali pam dapat 3 botol....masyukkkkk...☺☺. Ok...ini bukan nak menunjuk yer. Ini motivasi dan pembakar semangat untuk ibu² menyusu diluar sana. Think positive. Ada yang pernah dapat 6 botol untuk sekali pumping session tau. Mak pon terkejut noks. Tak salah nak pamerkan hasil perahan Susu Ibu yer. Pada yang masih belum tahu, sila baca HUKUM MEMPAMERKAN HASIL SUSU IBU tu yer. 

Note: Stok susu untuk Qhalif meman dah lama habis. Hari2 Qhalif dapat susu fresh ☺☺


Buat hati ibu tak tenang kat office nih. Terbayang² muka sentap @ sedih dia tu. Siapa lagi kalau b...


Buat hati ibu tak tenang kat office nih. Terbayang² muka sentap @ sedih dia tu. Siapa lagi kalau bukan abang Iman Hakimi. Alahai anak ibu ni, kuat sangat rajuknya. Senang sangat air mata tu meleleh. Cuba kuatkan sikit hati tu. Ni...sikit² nak merajuk, buat muka sedih..muka serius dia tu...haishhhhh...macam mana kalau ada girlfriend nanti? Asyik girlfriend jer lah nak kena pujuk nanti.  Kisah rajuk si KIMI:

Mat sensitive 

Kimi nak bawa bekal pagi ni. Aku bekalkan dia roti dengan air Teh-O. Tapi dia tak nak pakai bekas lain, nak bekas feveret dia jugak. Bekas tu tak basuh lagi dan aku malas nak basuh sebab dah lambat. Pastu dia soh amik bekas yang sama yang masih tak pakai lagi. Bekas baru lah kan. Aku tak sampai nak amik dalam almari tu #mak kan tinggi sangat noks, petite lagi comel...ahaks...# Si Kimi yang baik hati ni tariklah kerusi soh aku panjat. Bila dah lambat kan, mulalah kelam kabut. Aku cakap 'tak payah, pakailah bekas yang dah basuh ni'...hurmmmmm...touching lah plak anak bujang tu.

Mula tarik muka. Bila abah nya pujuk...meleleh plak air mata dia tu. Aku plak pergi kerja macam tu jer. Tak cium dia dulu. Rasa geram plak pepagi dah buat perangai kan. Konon merajuk lah kan #buruk perangai mak budak ni kan. Dengan anak pon nak merajuk#. Skang ni hati aku sudah rasa tak senang sebab terbayang muka sedih anak dengan air mata dia yang meleleh tu....arghhhhhhh...Kesiannya kimi...kenapalah aku buat macam tu. Pada hal si anak tu dah tarikkan kerusi soh si ibu panjat. Bukannya susah pon kan...huhuhu...

Maafkan ibu yer sayang. Balik ni kita gi pasar malam yer ^_^

Note: Badan Qhalif dedar plak pagi ni. Harap² tak demam lah. 

Ok...last minute join segmen ni sebelum aku nak berangkat pulang. Masih sempat lagi ni. Jom ^_^ ...

Ok...last minute join segmen ni sebelum aku nak berangkat pulang. Masih sempat lagi ni. Jom ^_^


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Note: Gelak beso aku nengok gambar ni. Siapalah punya keja ni kan....adoiiiiiii...sambung g...



Note: Gelak beso aku nengok gambar ni. Siapalah punya keja ni kan....adoiiiiiii...sambung gelak lagi. Penangan iklan Kak Ton, sampai anak aku dah naik hafal dialog tu ^_^. 

Alhamdulillah...rezeki datang lagi. Rezeki untuk anak² tercinta. Bermula dengan rezeki dapat bu...



Alhamdulillah...rezeki datang lagi. Rezeki untuk anak² tercinta. Bermula dengan rezeki dapat buat Sponsored Post untuk produk baru HUGGIES. Nuffnang bermurah hati nak bagi BE Huggies. Pastu smalam saja lah check lagi kan kot ada lagi BE baru yang masuk *pada hal hari² check...ahaks. Rezeki lagi, ada BE untuk DiGi Internet IFA


Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk DiGi ni, klik jer banner tu yer ^_^. Pastu kan, lepas jer aku submit sponsored post untuk Huggies, petang tu dapat call dari NUFFNANG. Ada job lagi. Macam biasalah, soalan yang sama diajukan sama ada aku berminat atau tak. Semestinya lah kan aku minat. Nanti dia akan confirm kan balik. Tunggu jer lah. Kalau ada rezekinya...alhamdulillah lah. 

Note: Bulan March adalah bulan rezeki buat aku. Selain dapat SP dan BE, menang RM20 dari IntanBerlian Mega Giveaway 2013....alhamdulillah...^_^


Palang @ Boom Gate. Ni last week nya citer. Kalau nak masuk office ni kena lalu boom gate ni du...



Palang @ Boom Gate. Ni last week nya citer. Kalau nak masuk office ni kena lalu boom gate ni dulu. Selalunya dorang letak kon jer. Skang ni plak dah automatik. Kisahnya:

Pagi tu masa nak lalu, boom gate ni memang automatic terangkat. Tapi angkatnya lain macam plak...menggigil² palang tu, macam tak larat gamaknya. Pastu tak angkat habis. Aku pon rasa macam tak confident nak lalu. Tapi bila pak guard tu buat bodo jer, macam suruh aku lalu jugak. Aku pon berdesup lah kan. Sekali ko....boom gate tu turun secara tiba². Apa ko rasa?

Aku dah menjerit lah dalam keta tu. Jantung aku dah beating faster..darah dah naik kepala. Badan dah rasa menggigil. Alhamdulillah...aku sempat break. Kalau tak, mau berderai cermin depan kot.  Pak guard tu pon dah cuak aku rasa. Iyerlah...ko yang suruh lalu jugak kan. Kalau jadi apa², ko lah yang kena tanggung kos. 

Di sebabkan kejadian tu, aku rasa trauma plak nak lalu kat boom gate tu. *Baru kena sikit dah nak tauma kan...ahaks...Terbayang² boom gate tu depan mata aku.

Note: Tak sabar nak tunggu end month *wink


As-Salam semua. Salam pagi selasa. Untuk pencinta buku dan ulat buku, ini ada berita baik untuk and...

As-Salam semua. Salam pagi selasa. Untuk pencinta buku dan ulat buku, ini ada berita baik untuk anda. Discount up to 90% tu. Jom terjah ^_^.


“There is no friend as loyal as a book.” - Ernest Hemingway. 

Calling all bookworms and bibliophiles! Shaftsbury Square in collaboration with the one of the biggest bookstore in Malaysia proudly presents the Borders Bargain Bash on 18 - 29 March 2013. 

Come along with your friends and family to this two-week long book fair and delight yourself on the variety of books on offer. Maybe it’s time to re-learn history or even indulge in a passionate romantic novel or perhaps take up a foreign language; the Borders Bargain Bash will definitely tickle your fancy.

Be there or be square!


Source: FB 

Note: Semalam seharian tak update. Disebabkan ke busy an dan lambakan kerja yang makin bertambah. Di tambah dengan kesakita hati nih....bengang tahap gaban.

Extra Note: Stresssssssssssssssss...dengan orang yang suka bagi arahan dan orang yang suka berlagak macam bos. Apsal lah aku jumpa dengan orang macam ni.
 


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry 2 orang budak yang tengah aktif ...


Sticky Post for 48 hours. Please Scroll Down For New Enntry

2 orang budak yang tengah aktif

‘Susahnya nak pakaikan pampers budak ni’. Itu antara rungutan para ibu² di luar sana kan? Mengaku jer lah ^_^. Saya antara salah seorang ibu yang sedang menghadapi masalah ini. Memiliki 2 orang anak yang sedang dalam proses tumbesaran adalah agak mencabar. Sebabnya: 


Anak dara saya yang berumur 2 tahun 6 bulan sedang dalam proses potty-training. Bila dalam proses potty-training ni, Huggies dry pant sangatlah membantu. Kenapa? Biasalah kan, budak2 yang baru di latih hendak ke tandas. Pampers masih juga nak pakai. Tapi bila nak kencing, pampers akan di bukanya. Acaner tu? Layan kan jer lah. Dengan adanya Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, ianya memudahkan kerja saya. Memanglah senang. Tak perlu nak tukar pampers setiap masa sebab ianya seperti seluar. Qahirah boleh pakai dan buka sendiri Huggies dry pant nih. 


Qhalif pula. Memang sangat susah nak pakaikan pampers. Budak tengah aktif kan, berguling sana sini. Rasa nak marah pon ada juga...dah macam nak berperang dengan anak. Selagi tak bagi umpan, selagi tu lah memang susah nak pakaikan pampers. Dan lagi...qhalif pandai buka pampers sendiri. Kalau saya lambat pakaikan seluar, memang akan tertanggal lah pampers dia tu...gggrrrrrr...


Tapi sejak diperkenalkan sengan Huggies Dry Pants, saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Dengan adanya Huggies Dry Pant: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ni, tugas saya bertambah mudah. Hanya perlu Koyak, Salin & Lepas. Kan senang tu. Tak sampai 30 saat pon masa di ambil. Berbanding dengan pampers yang sebelum nih.


Konsep Huggies Dry Pants: Tukarlah untuk lebih senang di pakai ini sangat lah mudah. Seperti yang anda boleh lihat dalam gambar di atas ^_^


Huggies Dry Pants ini di datangkan dengan 3 saiz iaitu saiz M, L dan juga XL. Pilihlah mengikut kesesuaian saiz anak² anda.


Apa yang saya suka mengenai huggies dry pant ni ialah kerana Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Antara ciri2 lain yang membuatkan saya tertaik dengan huggies dry pants adalah kerana:

100 breathable Blue

Lapisan Luar Beraliran udara 100%

Mengalirkan udara keluar 10x lebih cepat supaya kulit bayi akan kekal kering.
Quick lock system
Sistem cepat memerangkap cecair segera

Membantu menghalang kebocoran kerana lapisan cepat kering yang menarik cecair jauh dari kulit bayi dan mengunci cecair di lapisan dalaman supaya kulit bayi akan sentiasa kering sepanjang masa.
DBL leak lock
Menghalang Kebocoran Berganda

Selalunya kalau bangun pagi seluar qahirah/qhalif mesti basah. Tilam pon tak terkecuali juga. Tapi dengan huggies dry pants, semuanya berubah kerana ianya memberi perlindungan tambahan terhadap kebocoran di kaki/paha.

Waist Band
Bahagian Tepi yang Elastik dan Lembut

Dengan peregang lembut di bahagian sisi, ianya memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupon anak-anak sedang bergerak aktif.
Wear easily
Padanan Di Kedua Bahagian

Tak kira bahagian depan atau pon belakang kerana huggis dry pant ini adalah sama coraknya. Senang dan selesa di pakai. Macam pakai seluar jer.
Tear away side seams
Jahitan Tepi Mudah Koyak

Cuma perlu koyak pada jahitan tepi. Senang dan mudah nak koyak berbanding jenama lain.


Jika anda berminat dengan produk HUGGIES dan ingin mengetahu dengan lebih lanjut mengenai produk baru HUGGIES, boleh layari website http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx. Dapatkan sample percuma untuk si manja anda.


Untuk mengetahui info-info lain, boleh juga layari www.facebook.com/Huggies.Malaysia dan “LIKE” Huggies Facebook.

Ok...ini pandangan dari pengguna produk HUGGIES Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Di pakai


Mungkin lepas ni ibu kena beralih kepada produk ni ☺☺






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks