AFB Feeds

Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Especially untuk bakal ibu/bapa dan juga SUPERMOM/SUPERDAD...ehemmm...ehemmm...macam kita...


Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Especially untuk bakal ibu/bapa dan juga SUPERMOM/SUPERDAD...ehemmm...ehemmm...macam kita nih ^_^.

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.
Namun, komunikasi itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes itu berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; "There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

KREDIT : Prof. Dr. Rozieta Shaary

Note: Bila baca kena dengan batang hidung sendiri...cis...Qhalif kuat mengutip. Lepas ni nak praktikkan teknik nih.

Panduan untuk orang yang nak kurangkan tahap pelupa dan untuk orang yang daya ingatan nya makin kr...


Panduan untuk orang yang nak kurangkan tahap pelupa dan untuk orang yang daya ingatan nya makin kritikal macam aku nih. Kalau aritu tertinggal kunci kereta dalam kereta. Kelmarin aku lupa nak bawak balik hasil tenusu. Dah sampai kat keta baru teringat. Semalam masa bos minta no HP, bley plak aku lupa no tipon sendiri. Acaner tu? Blur kejap...sambil memikir 'apa no. tipon ni'. Berlegar² nombor dalam hotak nih. Haishhhhh...makin kronik nih. Jom baca.


Sesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan secara berpada-pada jenis makanan penyebab pelupa terutamanya sekiranya anda seorang pelajar.

Kenapa? Nanti jadi pelupa. Selain daripada itu ada beberapa lagi faktor makanan yang menjurus kepada penyakit pelupa ini. Mari kita tengok senarai di bawah ini apa makanan yang perlu dielakkan.

Orang tua-tua selalu mengingatkan supaya jangan selalu makan kepala ikan, kerana takut cepat jadi pelupa. Tetapi biasanya amaran ini tidak diendahkan oleh anak-anak. Tetapi kini apabila sering menjadi pelupa, saya mula terfikir akan kebenaran kata orang tua-tua itu. Dan hadis juga ada mengatakan jangan banyak makan kepala ikan, nanti jadi pelupa sebab dalam kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam)

Pada pandangan saya benda-benda ini seeloknya kita elakkan daripada mengambilnya dengan berlebihan ataupun kurangkan kekerapan mengambilnya.

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa

  1. Banyak makan epal yang sudah masam.
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan.
  3. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
  4. Banyak makan bawang besar.
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai  mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
  7. Makan sehingga terlalu kenyang.
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan   awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Setiap perkara perlu diusahakan, seperti yang selalu simpan dalam diri ini “bahawa kehidupan, tubuh badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t.

Jadi hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin.”

Sumber: FB

Note: Pagi yang kelam kabut.


Seperti tajuk di atas, harap² ada lah rezeki aku dan anak². Kisahnya...petang smalam masa tengah m...


Seperti tajuk di atas, harap² ada lah rezeki aku dan anak². Kisahnya...petang smalam masa tengah memerah hasil tenusu, tiba² ada call masuk. Katanya dari NUFFNANG. Ok...mak terkejut tahap gaban kejap...kelu lidah seketika...poyo kan. Baru orang NUFFNANG call. Kalau Pak Najib call, mau fengsan kan...hahaha...Sambung balik citer.

Staff NUFFNANG tu #akulupanama# inform yang aku terpilih untuk buat Diapers Product Review. Dia nak kan confirmation sama ada aku berminat atau tak. Siapa yang tak nak kan. Bayaran pon boleh tahan juga. Ada juga dia tanya umur anak kan. Aku pon cakap lah baru 10 bulan..."ok...great"...gitulah jawapannya. Aku macam berada di awang-awangan masa dia bercakap tu. Macam tak percaya kan. Nanti dorang akan hantar sample dan dia akan masukkan nama dalam listing menandakan yang aku setuju untuk buat product review tu.


Pagi ni baca blog aju pasal email dari NUFFNANG. AKu terkejut lah sebab kenapa aku tak dapat email. Pastu check lagi skali. Rupanya aku terlepas pandang...haishhhhh...Dorang dah hantar email on 19 February 2013 aritu dan nak kan confirmation by 20 February 2013. Tapi aku submit juga lah detail even dah terlepas due date sebab dorang dah call kan. Harap² ada lah rezekinya.

Note: Gelapnya cuaca. Hujan tengah lebat. Sesak teruk lah jalan nak balik nih.

Kemaruk lah sangat kan. Seumur hidup...1st time buat agar². Jangan kata agar² instant, agar² yang ...


Kemaruk lah sangat kan. Seumur hidup...1st time buat agar². Jangan kata agar² instant, agar² yang simple jer resipi tu pon aku tak pernah buat. Teruk kan. Ntah kenapa, tetiba teringin nak makan agar² santan. Google lah resipi. Senang bangat resipinya. Balik kerja terus cari bahan². Sampai jer umah...zasssss...terus proses. Dasar jakun tak pernah buat agar² kan...hahaha...


1st time buat kan, ini lah hasilnya AGAR² SANTAN aku nih. Excited noks bila agar² menjadi. AKu ingatkan bila dah pakai daun pandan, automatic kaler bawah tu pon akan hijo. Rupa²nya kena letak pewarna juga...haishhhhh...Buruk sikit rupanya. Tapi rasanya sedap lah. Tak manis dan tak tawar...just nice...cewahhhh...Bila dah kemaruk kan, repeat lagi buat. Gigih mak noks. Kebetulan air daun pandan ada lagi. Kali ni tambah pewarna hijau.Dan ini lah hasilnya.


Nampak tak, Cantik jer kaler hijaunya kan. Sekali 2 bekas aku buat. NI tamak ker apa nih ☺☺. Dah macam orang nak berniaga pulak. Jangan tak percaya, 1st time buat, aku yang tukang perabis. Anak² tak berapa gemar sangat...huhuhu...Tapi buat kali ni, hubby and anak² makan lah juga. Tapi aku juga lah yang banyak makan sebab sedap #masukbakulangkatsendiri# dan favourite aku. Yang paling heaven sebab dapat makan sejuk²...perghhhhh...sumpah sedap. Ni yang nak buat lagi ni...muahahaha...Sebab aku rasa agar² ni bila bulan posa jer ada nampak orang jual. Boleh lah berniaga kan bila bulan posa nanti. Jual AGAR² SANTAN...hehehe...


Kalau mak kemaruk agar² santan. Anak² plak kemaruk agar² NONA nih. Sedap wei, especially perisa mangga. Senang bangat sebab instant kan...ekekeke...Sekejapan jer habis. Sebab makan sejuk². Perisa kelapa memang lah tak sedap. Sila jangan beli. Lepas ni nak try perisa Rose dan Honey Dew plak. 

Note: Semalam dapat call dari NUFFNANG....owh...sangat unexpected. Dorang offer untuk buat review pasal satu produk and nak confirmation sama ada aku interested atau tak. Nanti mak citer ter noks. Ada sesapa lagi ker yang dapat call dari NUFFNANG?


Sumpah sedap. AKu bukanlah penggemar daging kambing. Memang tak pernah makan daging kambing.Tap...


Sumpah sedap. AKu bukanlah penggemar daging kambing. Memang tak pernah makan daging kambing.Tapi bila 1st time makan daging kambing Hj. Hamzah nih, trus jatuh cinta dengan daging kambing. Memang sedap. Nasi sedap...ayam sedap. Memang terbaik lah.

Kat office ni kalau ada event kekadang memang amik catering ngan Hj. Hamzah. Memula dulu memang tak berani nak makan. Sebab baunya yang hanyir kan. Tapi bila member suruh try. Hurmmmmm...sedap. Tak der bau kambing dan daging pon lembut. Kalau dulu memang 'tidak' kepada daging kambing. Tapi skang nih 'say yes to daging kambing'. Pantang ada daging kambing, mesti makan. Baru ku tahu betapa sedapnya daging kambing nih.


Hari ni adalah hari meeting. Pagi tadi meeting 'POWER OF ONE TEAM MEETINGS'. Semua kena bawa 'BATU'. Ni suma pasal REBRANDING...Arghhhhhhh...sangat tak best. Petang plak 'STAFF MEETING. Alahaiiii...sorry lah sayang² semua. Tak sempat nak terjah umah uols.

Note: NUFFNANG...tak sudi ke nak bagi BE...huhuhu...


Salam tengah hari isnin uols. Dah tengah hari baru nak update kan. Baru habis meeting. Perut po...



Salam tengah hari isnin uols. Dah tengah hari baru nak update kan. Baru habis meeting. Perut pon dah kenyang. Jimat duit lunch hari ni...ahaks...

Sejak upgrade system nih, internet connection kat office makin worst plak. Kejap OK kejap KO. Sharing folder tak bley bukak. Surat menyurat dan reference book suma dalam tu. Minta ehsan member nak bukak. Jumaat aritu pon blog tak bley nak sign in. Ada blog yang bley baca dan ada blog yang tak bley dibuka. Dapat baca tapi tak dapat nak komen, acaner tu? Menyampah betul tau. Ingatkan blog dah kena blocked. Risau juga kan. Tapi bila buka pagi nih...dah ok. Saya suka..saya suka...☺☺

Tak tau lah apa masalahnya. Internet problem ker, PC ni ker yang dah lanjut usia atau blogger sakit...hurmmmm...Harap² lepas nih tak der lagi lah masalah. Dah request kat ICT pon nak tukar PC. This week mak dapat lah PC baru tu...yeehaaaaa...

Note: Banyak benda nak citer. Antaranya...Potty-train QAHIRAH dan ianya berjaya.

Hari ni aku gila contest gamaknya. Ada giveaway simple lagi. Salah satu hadiahnya adalah FM. Kli...


Hari ni aku gila contest gamaknya. Ada giveaway simple lagi. Salah satu hadiahnya adalah FM. Klik BANNER klo nak join yer.

 Tarikh Penyertaan adalah dari 14 Februari 2013 - 28 Februari 2013

  Giveaway simple lagi. Klik BANNER kalau nak join. Terpikat aku dengan banner tuan punya blog ...


 

Giveaway simple lagi. Klik BANNER kalau nak join. Terpikat aku dengan banner tuan punya blog nih. Sangat cute. 

Tarikh akhir segmen nie akan ditutup pada pukul 2359 hrs pada 28 February 2013....(sebulan)



Cute tak? Cute kan. Buat penggemar/pengumpul FM tegar, boleh lah join giveaway ni. Syarat pon s...



Cute tak? Cute kan. Buat penggemar/pengumpul FM tegar, boleh lah join giveaway ni. Syarat pon simple jer.  Klik jer BANNER tu kalau nak join.

Tarikh tutup penyertaan 28/2/13 jam 11.59malam

Note: Good luck buat diri sendiri...ahaks...

Nampak tak? Selamba jer kan tinggalkan kunci dalam kereta. Ini dah boleh mengundang pencuri ber...



Nampak tak? Selamba jer kan tinggalkan kunci dalam kereta. Ini dah boleh mengundang pencuri bersorak kegembiraan sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri kereta. Kalau parking kat tempat yang mesra pencuri, mungkin keta ni dah selamat kot. Ni pon nasib parking kat office jer.

Kisah nya pagi ni. Kesiangan. Tak sedar langsung bunyi jam. Bila dah lewat tu biasalah kan. Sumanya jadi kelam kabut. Sampai jer parking office, trus ingatan hilang buat seketika...muahahaha...Masa on the way nak masuk office tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena...ada benda yang aku tak amik. Tapi rasanya suma dah amik. Bila letak jer barang, baru perasan yang kunci keta tak ada. Hurmmmmm...sahlah...aku lupa cabut kunci keta. Berlalu macam tu jer kan.

Ini bukan kali pertama hokey. Ini adalah kali kedua. Yang pertama dulu lagi teruk. Dah balik baru aku sedar kunci tertinggal dalam kereta. Elok jer tergantung dengan kunci kereta tak pulas habis. Alhamdulillah lah tak jadi apa² kan. Selamat kereta aku suami aku.

Note: Jangan lah careless lagi lepas nih. Bila anak dah bertambah ni, makin menjadi² penyakit lupanya...haishhhhh...


Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetib...


Sadis dan sedih petang semalam. Masa nak amik Qahirah dan Qhalif kat nursery petang semalam. Tetiba pengasuh tu minta maaf "kak..saya nak minta maaf ni". Masa tu dia tengah dukung Qhalif. Terkejut gak aku...kenapa kan? Katanya tadi qhalif jatuh terlentang. Speechless jap.

AKU: Kuat ker? 
PENGASUH: Kuat juga
AKU: Macam mana boleh jatuh?
PENGASUH: Qhalif berdiri, pastu jatuh terlentang. Tak sempat saya nak sambut.
AKU: Ada begkak tak?
PENGASUH: Tak der pulak nampak bengkak 
AKU: Ada muntah² tak lepas jatuh tu?
PENGASUH: Tak ada

 Budak tengah excited nak berjalan

Lega sikit bila aku dengar bila qhalif tak der muntah² lepas jatuh. Kalau ada tanda² muntah lepas jatuh tu, itu dah kira bahaya. Rasa terkilan tu ada juga lah. Sebab budak tengah lasak dan nak belajar berdiri dan berjalan, dia kena bagi perhatian lebih sket. Tapi tu lah, nak salahkan dorang pon tak bley juga kan. Banyak bebudak yang dorang nak kena pantau. Tapi hati sedikit sejuk sebab dia minta maaf dan mengaku salah.

Si Qhalif ni pon bley tahan lasak juga. Suka berdiri, bergantung kat mana² tempat. Kekadang aku nak masak pon tak aman dibuatnya. Tengok² dah berdiri jer...berpaut kat meja. Badan tak balance lagi. Terkejar² lah aku takut dia jatuh. Tengah masak pon dia nak berpaut kat kaki ni ha. Acaner nak masak. Letak kat ruang tamu...ke dapur juga yang ditujunya. Walker memang aku tak beli. Tapi bila dah active macam nih, rasa macam nak beli walker plak. Buat masa ni si Qhalif belajar berjalan dengan kerusi tu lah ^_^.

Note: Kat nursery jatuh terlentang. Kat umah plak tersembam dahi...alahaiiiiii...rasa macam nak letak tilam satu rumah.


Siapa yang tak kenal dengan Restoran SERAI ni kan. Yang terkenal dengan PAVLOVA nya yang sedap....



Siapa yang tak kenal dengan Restoran SERAI ni kan. Yang terkenal dengan PAVLOVA nya yang sedap. Memang teringin nak merasa Pavlova. Tapi tak berkesempatan sebab jauh sangat. Kat EMPIRE GALLERY Subang sinun. Acaner nak gi? Ni bila SERAI dah buka kat Cyberjaya, bagai di cita ulam mendatang lah kan. Aku pon tak tau yang Restoran Serai dah ada cawangan kat Shaftsbury Square, Cyberjaya. Tu pon bila member ajak makan kat sana last week.


Boleh tahan juga...ramai orang. Decoration pon cantik. Bila tiba menu...buntang jap bijik mata tengok harga yang boleh tahan lah kan. Harga paling murah pon RM15.00. Tak tau nak order apa. Last² order Nasi Goreng Kampung yang didatangkan bersama keropok dan dua cucuk satay. Dan juga air Sirap Selasih. Member plak order Nasi Ambeng dan juga Nasi Lemak Serai. Rasa...hurmmmmm...ok lah. Boleh diterima dek tekak. 


Tu dia...PAVLOVA yang dah lama menjadi igauan. Terliur tak? Tak perasan plak berapa harga Pavlova nih. Tapo berbelas² juga lah reganya. Tak padan dengan saiznya yang tak berapa nak beso tu kan. Rasanya...perghhhhhhhh...terbaik lah. Memang sedap. Orang 1st time makan kan, rasa jakun plak...muahahaha...Memang sedap lah. Tak manis sangat dan tak tawar sangat...just nice. Arghhhhhh...masih terasa lagi kesedapan PAVLOVA SERAI ni. Rasa macam nak makan Pavlova plak hari ni...ahaks...

Tapi tu lah, sekali sekala makan mahal bolehlah. Kalau makan kat sini mau tiga hari tak kluar lunch...hahaha...Sebab harga dia bley cover untuk 3 hari punya makan lah. Tapi hari tu kami murah rezeki sebab ada orang belanja makan...alhamdulillah...save duit...kahkahkah...


Ok...kalau sesapa yang teringin nak makan kat serai, tapi tak sanggup nak ke Subang, bley lah terjah kat cawanga Serai di Cyberjaya. Bukan restoran Serai jer, macam² kedai ada. Antaranya YATI AYAM PERCIK, RASA UTARA, KILLINEY, CHATIME, SUBWAY, SECRET RECIPE dan banyak lagi lah. Dah banyak kedai dan restoran kat Cyberjaya ni. Dulu masa memula pindah sini, nak cari kedai makan punyalah limited. Tapi skang bila dah banyak sampai tak tau nak makan kat mana. 

Note: Apsal air kat restoran yang terkenal mahal erk? Kat restoran biasa murah jer. Padahal rasa sama jer pon. 


Terbaca status FB Buletin TV3 . Ini pon selepas diberitahu oleh rakan sekerja. Marilah kita sama² ...


Terbaca status FB Buletin TV3. Ini pon selepas diberitahu oleh rakan sekerja. Marilah kita sama² berdoa. 

  • Bayi yg dilambung amah dimasukkan ke hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana sesak nafas.

Ya! Allah...KAU peliharalah kesihatan bayi ini. Berilah kekuatan dan semangat yang tinggi buat baby Mohamed Hareez. Sedihnya #tears#

Note: Semoga parents Mohamed Hareez tabah. Aku plak yang rasa berdebar². Semoga anak² kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA.

Mesti ramai yang dah tau dan dah tengok video tu kan. Ker ada yang tak tau lagi? Bagi...





Mesti ramai yang dah tau dan dah tengok video tu kan. Ker ada yang tak tau lagi? Bagi aku pembantu rumah tu memang mental. Gila lah senang cakap kan. Kalau orang yang berfikiran waras, dia takkan buat bayi yang baru berusia 4 bulan tu macam tu. Masa tengok video tu kat berita Sabtu aritu. Hati aku plak yang berdebar²...terjerit² dibuatnya. Memang scary dan sedih lah. Rasa macam nak nangis. Apalah salah baby tu sampai ko lambung dan campak macam tu skali. Macam anak patung ko kerjakan baby tu.

Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Aku yang tengok pon rasa trauma. Inikan pulak parents baby Mohamed Hareez. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.

Source: SINI

PILU… Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA

Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman 

KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.

"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.

Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di tangan dan cedera di kaki kiri.

Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada 7.45 pagi.

Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

Note: Semoga pembantu rumah tu mendapat pembalasan yang setimpal. Agen pembantu rumah pon patut diambil tindakan kerana cuai dan tak meneliti tahap kesihatan fizikal dan mental pembantu rumah. Tapi bukan sebelum diambil bekerja, mereka perlu buat pemeriksaan kesihatan ker?...hurmmmm...


H A P P Y 10 M ON TH S OLD IM A N Q H A L I F How time flies. Masa berlalu dengan begitu...


HAPPY 10 MONTHS OLD IMAN QHALIF


How time flies. Masa berlalu dengan begitu pantas. Genap usia Qhalif yang bijak 10 bulan pada 12 February 2013. Alhamdulillah...Membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya.


Akal pon makin panjang, makin bijak dan makin lasak. Suka menjerit dan membebel. Suma benda nak masuk dalam mulut. Dah tak bley nak letak dalam bouncer tu, dia akan keluar sendiri. Tak pon dia akan berdiri. Semput mak noks tengok aksi anak bujang nih yang kekadang unexpected. Masih tak merangkak hokey, tapi advance nak berdiri. Berpaut kat meja, kat kerusi, kat kabinet tv dan kat badan ibu dan abah dia nih. 

Balik petang semalan masa tengah breastfeed, terperasan kat kepala qhalif benjol. Bukan benjol sikit tapi benjol beso tu. Pagi ni lupa plak nak tanya bebudak nursery tu, Ni mesti terhantuk atau terjatuh nih...haishhhhh...aku klo bab² yang membabitkan kepala ni risau sikit. Iyer lah...budak tengah lasak kan. Perhatian kena bagi lebih sket. 
 
Note: Mood ke laut.

Last week berpeluang tengok rancangan Semanis Kurma. Asyik terlepas jer nak tengok tau. Kebetulan tajuknya sangat best iaitu ‘sihir cinta’...


Last week berpeluang tengok rancangan Semanis Kurma. Asyik terlepas jer nak tengok tau. Kebetulan tajuknya sangat best iaitu ‘sihir cinta’. Tapi dapat tengok sekejap jer lah. Pastu isnin dapat tgk full version, pon kebetulan plak ada siaran ulangan…ishhhh…asyik kebetulan jer kan☺☺

Ada jugalah point2 penting yang sempat disalin. Berkenaan denga sihir cinta ni. Ianya ada 2 jenis iaitu:

1) SIHIR PENGASIH

Sihir pengasih ni bila cinta tak berbalas. Kita cinta dan suka kat orang tu. Cinta tahap ‘kau adalah nyawaku, kau adalah jantungku, tanpamu matilah aku’ #yang ni aku tambah yer#. Tapi cinta tu hanya bertepuk sebelah tangan. Orang tu tak membalas cinta kita. Cinta ditolak. Tapi dia tak putus asa. Dia cari jalan lain. Jalan nya adalah melalui sihir pengasih ni lah. Dari orang tak suka, terus jadi suka secara tiba2. Lupa segala-galanya. Lupa isteri yang baik dan anak2 yang comel.

2) SIHIR PENUNDUK

Ini pula sihir untuk bagi orang tu dengar cakap kita. Kalau kita benci kat bos kita, kita sihirkan dia bagi bos kita tu ikut cakap kita. Kalau untuk suami pula…nak bagi suami setia hingga hujung nyawa atau takut suami cari pompuan lain #contohnya#, selalunya para2 isteri yang nak tundukkan suami ni mereka buat nasi kangkang/nasi tangas. Dengan cara ini lah sang suami akan ikut telunjuk isteri jer.

Inilah antara sihir cinta yang Ustaz Fauzi terangkan. Scary kan bila membabitkan sihir2 nih. Tak perlu nak sihir2 untuk mendapatkan cinta atau apa2 sahaja. Takkan ke mana pon. Dapat dosa lagi adalah. Ustaz cakap, ada juga sihir pengasih yang halal. Nak tau caranya? Senang…CUMA PERLU SIHIRKAN SUAMI DENGAN MASAKAN2 YANG SEDAP, LAYANAN YANG HEBAT, JANGAN LAWAN CAKAP SUAMI DAN JADI ISTERI YANG SOLEHAH. Itu jer sihir nya…hehehehe…Betul tak? Betul kan. Dan ada 3 jenis doa yang perlu diamalkan iaitu:

Doa Mengelak Sihir

Doa ni elok diamalkan dalam kehidupan harian. Manusia kan…hati busuk. Ada jer yg tak puas hati. Cemburu dengan kebahagiaan orang lain pon boleh mngundang sihir juga. Sebelum kena, baik kita amalkan doa nih:

SURAH AN-NISA ayat 84
SURAH YUSOF ayat 64
SURAH AL-MUKMINUN ayat 97-98

Doa Penunduk Sihir

Yang ni plak doa untuk orang yang dah terkana sihir. Kalau nak tau kita dah terkena sihir ni bila kita rasa perubahan pada diri sendiri. Tetiba terasa cepat baran, hilang selera makan, badan kurus kering dan rasa hati serba tak kena. Kekadang kita tak sedar pon kita dah terkena sihir.

SURAH AL-AKRAF ayat 118-122
SURAH TOHA ayat 69

Doa Membatalkan Sihir

Bila dah terkena sihir tu, kita boleh batalkan sihir dengan amalkan doa dari SURAH YUNUS ayat 80-82.

Berdoa dan yakinlah pada ALLAH. Setiap sihir/penyakit ada penawar dan ubatnya. Semua nya terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Pesan Ustaz Fauzi lagi, jadikan SURAH 3 QUL sebagai amalan sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur untuk mengelak dari gangguan2 sihir dan syaiton. Ini juga amalan Rasulullah s.a.w. Caranya:

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. 

Note: Hati ini pon kekadang tetiba rasa berdebar2…hurmmmm...Semoga kita semua sentiasa dibawah lindunganNYA dan dijauhkan dari hasad dengki, fitnah dan sihir.  

Extra Note: Internet dah ok, tapi masih ditahap yang tak memuaskan sangat. Agak slow sikit. Nanti daku terjah rumah kamu² semua yer...perlahan². Sediakan carpet merah...hahaha...

As-Salam sayang² semua. Ada yang merindui ku ker...hahaha...Macam lah ko blogger fofular kan ada o...


As-Salam sayang² semua. Ada yang merindui ku ker...hahaha...Macam lah ko blogger fofular kan ada orang nak rindu...ahaks...Tapi aku rindu dengan kamu² semua. Kamu² semua sihat ker? Rindu nak jejak rumah kamu dan tinggalkan ayat² cinta. Tapi tu lah, keadaan tak mengizinkan.


Seperti tajuk di atas. Aku alhamdulillah...sihat hendaknya. Jangkitan virus tu pon bukan berjangkint kat diri ini. Tapi computer yang dah banyak berjasa tu telah dijangkiti virus dan menyebabkan internet tak boleh dibuka. Dari last week hokey. Meroyan mak jemah sebab tak boleh nak bertenet dengan gaya bebas. Ingatkan kejap jer masalahnya. Tapi sehari suntuk virusnya tak kebah². Sampailah hari nih. Masih dijangkiti virus jahat. Bertambah meroyan lah aku. Kebosanan tahap yang tak dapat nak dijelaskan. Ni pon pinjam PC member yang masih enak bercuti.

Harap² petang ni ok lah. Bosan giler bila tak der tenet nih. Tapi kan, kat umah ok plak bila tak bertenet. Kat office ni semacam plak rasanya bila tak bertenet...haishhhhh...Banyak cerita yang nak diceritakan. Maaflah yer kalau aku tak datang rumah kamu. Jangan terasa hati tau. Bukan tak sudi tapi Internet mak ni masih sakit noks. Mesti banyak citer baru dari uols kan. Ketinggalan ketapi lah macam ni. Tapi tak per, nanti aku kejar citer² baru kamu tu ☺☺

Terima kasih buat pengikut baru. Salam perkenalan. Nanti mak follow balik yer. Dan terima kasih buat komen² with luv dari kamu² semua. Adoiiiiii...tak sempat nak published. Bertambahlah awaiting comments moderatin....semputtttttt....

Note: Masih ramai yang bercuti panjang erk. Jalan pon lengang lagi. 

Kejap jer dah petang. Baru balik dari HQ. Ada briefing plak. Nak citer pasal CNY. Biasalah lah ...



Kejap jer dah petang. Baru balik dari HQ. Ada briefing plak. Nak citer pasal CNY. Biasalah lah kan. Kat office aku ni kalau ada musim² perayaan. Kami semua akan dapat goodie bag. Untuk Chinese New Year kali nih, dapat chopsticks plak. Alahaiiiii...kalau dapat angpow best juga kan...hehehe...HR dah bagi tu, banyak songeh plak mak jemah ni kan. Nak buat apa dengan chopsticks nih? Buat perhiasan sudah lah ☺☺. Bukan nya reti nak pakai pon. Serious...aku tak reti nak makan pakai chopsticks nih. Kalau makan kat luar pon, dapat benda nih jer aku dah request garfu.

Limau plak. Memang banyak dapatlah kan. Berkotak² contractor bagi. Tapi aku tak bawak balik banyak pon. Tak elok sangat makan banyak². Buat sakit tekak jer. Tapi kalau dapat makan sejuk²...perghhhhh...nikmat betul. Kalau dapat kat anak dara yang bijak tu, dia suka kopek buah limau nih. Tapi makannya sikit jer pong. Dapat limau yang manis syok lah gigit, dapat yang masam...masam sangat lah plak kan. Tak taulah tahun ni dapat angpau ker tak. Last year dapat duit hijo besa tu ☺☺

Note: Rasa hari ni macam hari jumaat jer...hurmmmm...

Renungan pagi Khamis. Peringatan buat ibubapa diluar sana dan juga buat diri sendiri. Setiap dari kita tak pernah lari dari memarahi anak²...


Renungan pagi Khamis. Peringatan buat ibubapa diluar sana dan juga buat diri sendiri. Setiap dari kita tak pernah lari dari memarahi anak² kan. Sejujurnya...masa ada anak pertama, tahap kesabaran saya masih tinggi. Tapi bila anak dah bertambah nih, tahap kesabaran mula luntur sedikit demi sedikit. Ya! allah...kekadang rasa macam dirasuk SYAITONNNN. Bila dah puas marah baru tersedar. Kesian bila tengok anak nangis *tears*. Setiap hari berdoa padaNYA supaya diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menangani kerenah anak². Sekarang saya cuba perbaiki tahap kemarahan saya. Dan nak mencabar diri sendiri ☺☺. Kekadang kerana masalah² yang tersembunyi buat kita jadi macam nih kan. Tempiasnya kena kat anak juga...hurmmmm...

Ok lah, lebih² plak kan. Jom baca nih:

Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita...

4. Masih ingat teori ini?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita... perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

Untuk renungan hari ini. Senyum.


Kredit status : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Note: Nak up entry ni pon amik masa. Nak follow pon tak boleh...haishhhhh...Bilalah tenet nak ok ni.


Owh...saya memang cantik...hahaha...#muntahhijo. Tak cantik rupa paras tak per, yang penting ha...



Owh...saya memang cantik...hahaha...#muntahhijo. Tak cantik rupa paras tak per, yang penting hati cantik, tingkah laku cantik dan budi bahasa cantik. 

Uols lahir bulan berapa? Siapa lahir bulan July? Meh high five sket ^_^.

Note: Sorry...tenet masih slow lah...huhuhu...Bilalah nak update bloglist nih.

Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Nege...




Memang sedap. Serious...super duper sedap. Kalau tak silap, sambal ni sangat terkenal kat Negeri Pahang sana. Betul ker? Kalau salah sila betul kan yer...ahaks...Aku kenal ngan sambal ni pon bila member office bawak. Dia suruh testing. Tak beli pon tak, cuma rasa. Tapi kalau nak, mak dia memang buat sambal ni. Memang member ni orang pahang. 1st time aku makan sambal belimbing hitam...hurmmmm...memang sedap. Belilah sebekas.

Pastu kan, soh lah hubby rasa. Dia pon kata sedap. Makan nasi panas ngan sambal ni pon jadi lah, berselera ko. Bertambah² nasinya. Kebetulan MERTUA datang rumah. Keluarkan lah sambal ni. Lagi sekali...SEDAPPPPPP. Alahaiiiii...rasa rugi plak beli sebekas. Apalagi kan, mak repeat order nok. Terus order 5 bekas. Agak lama gak lah tunggu. Siap hubby tanya 'bila nak dapat sambal ni'...hahaha...dah terjebak yer bang. So...semalam baru dapat. Penantian satu penyiksaan. CIs...tunggu sambal pon satu penyiksaan kan...hahaha...


Ko nampak tak. Ada 5 bekas disitu. Ni tamak ker gelojoh ni...muahahaha...Jangan salah faham yer. Ni nak bagi kat MAK dan MERTUA yer. Pastu hubby nak bawak sebekas. Spare dalam bag katanya. Jangan lupa nak makan sudah lah yer abang. Untuk bulan posa pon ok juga nih. Klo tak sempat nak masak sahur, makan ni jer lah. Haishhhh...bilalah nak ganti posa nih. 

Ada yang terliur ker? Nak sebekas? Maaflah klo ada yang terliur yer. Harga sebekas RM5.00. Kalau nak...meh datang bangi ☺☺. Memang sedap. Tak rugi kalau beli.

Note: Rasa sakit plak tekak nih. Nak demam ker...haishhhh...

 Owh...banyak nya comments awaiting moderation Sebelum ni memang aku setting komen² akan teru...


 Owh...banyak nya comments awaiting moderation

Sebelum ni memang aku setting komen² akan terus masuk tanpa perlu ditapis. Tapi skang ni setting dah berunah kepada moderated komen.Antara sebabnya:

  1. Banyak sangat komen dari Anonymous yang ntah apa². Buat semak jer kan. Dan tak relevant langsung dengan entry. Jadinya...bila komen anon ni masuk, aku terus delete jer. 

  2. Senang aku nak terjah kamu balik. Selalunya, sebelum aku published komen, aku akan terjah kamu dulu dan tinggalkan jejak. Sebagai tanda penghargaan kerana sudi komen kat blog aku nih. Komunikasi dua hala katakan. Ko komen blog aku, aku komen blog ko. Kalau ko tak komen, aku pon tak komen gak...hahaha...bley gitu? Tapi aku tak macam tu tau. AKu kan rajin komen. Tapi tu lah, bila aku rajin komen kat blog si polan tu, si polan tu tak pernah langsung nak tinggalkan jejak kat blog aku. Tak tau lah kenapa. Blog orang lain ok plak dia komen. Iyer lah, blog aku kan buruk, citer pon tak best agaknya. Mak terasa noks. Jadinya...sama ada aku jadi silent reader atau aku tak terjah blog dia lagi. Sudah cukup..cukup sudap...ahaks...
Itu lah antara sebabnya. Terima Kasih banyak² dekat kamu semua yang tak jemu² bertandang kat rumah kedua aku nih dan tinggalkan jejak. Seronok baca komen² dari kamu semua. Walaupon entry aku tu kekadang ntah apa² jer kan. Sayang kamu ketat² ☺☺☺

Note: This week internet connection ada masalah kot, so...lambat sket lah nak approved komen² tu...haishhhhh...Nak up entry ni pon amik masa...huhuhu...



Entry pagi ni dimulakan dengan IntanBerlian Mega Giveaway 2013 . Sebagai sokongan kepada rakan bl...


Entry pagi ni dimulakan dengan IntanBerlian Mega Giveaway 2013. Sebagai sokongan kepada rakan bloger ☺☺. Smoga adalah rezeki hendaknya...in shaa allah...


Syarat² pon senang dan simple sangat. Antaranya letak banner GA nih dan letak link yang sponsor hadiah untuk GA Intan Berlian Mega Giveaway 2013. Ok...ni link nya yer ina:


Dah siap. Senang jer kan. Apalagi...jom join beramai² ☺☺. Hadiah pon menarik.

Note: Hati masih panas, bukan sebab sakit gigi tapi sebab internet masih belum sembuh lagi. Nak buat entry pon amik masa. Hanggggggg...jer dari semalam...haishhhhh...hilang mood nak berblog.

Hati panas...panas hati...haishhhhh...geram betul. Petang baru nak up entry. Bukan apa, line tenet problem kot. Ker blogspot yang problem?...


Hati panas...panas hati...haishhhhh...geram betul. Petang baru nak up entry. Bukan apa, line tenet problem kot. Ker blogspot yang problem? Dari pagi nak buat entry tapi tak lepas²...hangggggggg...memanjang. Kat dashboard pon sama gak. Tak bley nak view bloglist...adoiiiiii...asyik nak kena refresh banyak kali. Pitam mak noks.

Sorry lah sayang² suma. Ada blog yang aku tak bley nak tinggalkan jejak. Kotak komen tak memberi kerjasama. Bley fengsan nak tunggu loading yang memanjang tu. Mana yang lepas tu, ok lah. Yang tak lepas tu...minta maaf jer lah. Nanti mak terjah yer noks.

Hari ni aku masih lagi bertahan. Bertahan degan sakit gigi. Haiiiii...tak habis² lagi pasal kisah sakit gigi kau tu yer fiza. meluat agaknya korang nak baca kan...gasaklah...hahaha...Tabahnya kau mak jemah. Jangan tak tau. Hari sabtu gi klinik petang. Klinik pertama dah tutup. Gi klinik kedua, dah tak amik patient lagi sebab nak tutup. Patient yang datang tu pon last minute gak. Cis...aku terlambat.

Kenapa gi petang? Sebabnya somi aku tu ada class. Every weekend dia ada kelas. Takkan aku nak gi klinik dengan anak². Sapa yang nak tengokkan dorang? Takkan nak soh  Gadis jaga kaunter klinik tu kot. Nak tak nak, terpaksalah tunggu somi tercinta balik gak. Tapi tu lah, nan hado rejekinya nak cabut gigi nih ha. Treatment tak dapat, tapi dapat ubat. Aku gi amik ubat jer. Sebab tak menahan sakit gigi nih,

Perhatian...nasib dentist tu tanya sama ada aku pregnant atau breastfeed baby. Sebabnya kan, PONSTAN tak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan ibu yer sayang² suma. Sebab ubat tu terlalu kuat. So...dentist bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Skang ni aku bergantung pada ubat selain dari doa nabi yunus tu. Harap maklum. Bila nak gi dentist? Esok kot...in shaa allah. Kalo aku ada up entry, makna nya aku tak gi dentist lah yer...hahaha...

Note: Sakit gigi buat hati pon cepat sakit...APTB...

Tak tahan dengan penangan sakit gigi. Sakit yang on and off. Aritu dua malam tido tak lena. Sak...



Tak tahan dengan penangan sakit gigi. Sakit yang on and off. Aritu dua malam tido tak lena. Sakit gigi berdenyut². Doa nabi yunus tak henti² jadi amalan. Alhamdulillah...hilang sakit. Tapi kali ni sakit balik. Ouchhhhhh...sakit sampai berdenyut kepala rasanya. Makan tadi pon rasa macam nak nangis. Tapi ku redah jer. Rasa macam nak hantuk jer kepal ke dinding sebab sakit sangat. Tak per lah, ujian sakit tu kan penghapus dosa.

Ni dah tak tahan sangat nih. Cari PONSTON tak der plak. Yang ada panadol actifast. Kalau ikutkan malas nak telan ubat. Tapi ni dah tak tahan tahap gaban ni hah. Telan jer lah. Dah selamat 2 biji masuk perut. Harap² tak effect kat hasil tenusu ku. 

Gigi geraham ni dulu berlubang. Pastu dah tampal. Sekali tempat tampal tu sakit pulak. Nak mengunyah pon terasa sakit. Tak tau lah apa masalahnya. Ni rasanya nak cabut terus. Dah tak kuasa nak menahan penangan sakit gigi. Balik ni kalau sempat nak gi dentist. Kalau tak sempat, tunggu jer lah esok lusa. Nasib ada PM Care. Selamat duit aku...hahaha...Haishhhhh...seriau plak rasa nya nak jumpa dentist. Dasar penakot kan.

Note: Si anak sakit gusi nak tumbuh gigi. Si ibu pulak sakit gigi nak kena cabut...haishhhhh...

Salam hari jumaat uols. Kejap jer dah jumaat kan dan kejap jer dah masuk bulan FEBRUARY. Pagi n...



Salam hari jumaat uols. Kejap jer dah jumaat kan dan kejap jer dah masuk bulan FEBRUARY. Pagi ni seronok betul memandu. Sebab jalan raya yang lengang. Cuti Hari Wilayah lah katakan. Berderet lah cuti yer. Selamat Menyambut Hari Wilayah buat semua Warga Kuala lumpur dan Putrajaya. 

Semalam blog sunyi sepi. Tak der jejak kat blog kamu semua. Aku Emergency Leave. Makcik hubby meninggal disebabkan breast cancer. Cancer tu dah merebak dalam badan. Pagi semalam trus balik Rawang. Jenazah dah dibawa ke masjid. Al-Fatihah untuk arwah. Smoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Ok sayang² semua. Mak Jemah nak datang melawat rumah kamu semua. Sila sediakan air yer...hahaha...

Note: Stress tahap gaban. Sakit gigi...gigi sakit...Berdenyut² dibuatnya nih. Sakit yang on and off. Nak kena cabut juga gigi ni, jaga ko gigi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks