AFB Feeds

Bukan duit kutu yer, tapi kutu rambut Google pic. Ini lah masalah bila anak² dok kat nurser...

Bukan duit kutu yer, tapi kutu rambut


Ini lah masalah bila anak² dok kat nursery. Masalah jangkitan KUTU....eeuuwwwwww...Aritu belek² kepala anak dara yang bijak tu. Kekadang ayik tergaru² kepala. Sekali selak punya selak, ternampak lah telur kutu. Meletup ko. Telur tu belum sampai tempoh matang lagi nak menetas...ahakssss...haishhhh...tak bley jadi nih. Selak lagi...erk...jumpa lagi dan sumanya meletup.

Alahaiiii...naik balik kutu kat kepala qahirah. Lama dah tak berkutu. Skang ni bukan anak jer tergaru², dengan mak pak nya skali dok tergaru². Tapi kan noks, aku jumpa telur kutu jer, tapi kutunya tak jumpa². Pandai betul ko menyorok yer kutu. Ker aku yang tak pandai cari kutu...hahaha...Siyes, memang aku tak jumpa kutunya. Atau kutu tu dah tebang kat rambut aku ni ha. Darah sedap katakan...haishhhh...Nak kena cari sikat kutu nih.

Ok...ni ada petua cara nak hapuskan kutu rambut. 

Kepala gatal kerana KUTU?

Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi. Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.

Sumber: SINI

Simple jer petua nih, tapi siaplah bau bawang putih rambut ko nanti. Weekend ni nak try buat. Semoga menjadi lah petua nih. Tak pon cari jer ubat kutu kat farmasi kan. Haishhhhh...susah betul nak elak jangkitan kutu ni kan. On and off. Harap² tak jangkit kat Qhalif lah. Aku yang beso ni pon tak tahan dengan tahap kegatalannya, ini kan bebudak. Semacam betul merenyam gatalnya.

Note: Panas betul cuaca kat luar. Tak terasa langsung aircond. Boleh jadi KETIBAS dan KETIBUS dibuatnya ☺☺
.

Hahahaha...ibu yang careless. Tak perasan plak musical car ni gambo vavi. Bila dah amik gambo b...



Hahahaha...ibu yang careless. Tak perasan plak musical car ni gambo vavi. Bila dah amik gambo baru perasan...cis...Cacat gambar dibuatnya ☺☺


Budak bijak ni dah pandai. Pantang nampak benda ni, mesti nak naik. Tak cukup sekali...nak berkali². Kalau boleh suma keta berlagu tu nak dinaiknya...amboiiii...Pastu kan, anak dara ni kena pantau lebih skit sebab suka berlari. Sekejapan jer dah hilang,...bahaya..bahaya...

Note: Semalam anak bujang tecik merengek kat nursery, tak selesa kot sebab nak tumbuh gigi atas. Nampak bengkak gusi tu...haishhh...harap² tak merengek lah hari nih.

MakPak ko tak ajar ker cara nak beradab? Respect lah sikit bro. Apsal? Lu rasa gua pemandu pompua...


MakPak ko tak ajar ker cara nak beradab? Respect lah sikit bro. Apsal? Lu rasa gua pemandu pompuan, So.. akan tercabar kejantanan lu klo lu angkat tangan? WTFish lah. Lu tau memang salah lu pon kan, tak reti² nak angkat tangan ker tanda salah?

Siapa yg patut bagi jalan dulu?

Aku menyirap betul pagi nih. Tah habis² lagi pasal SIMPANG 4. Dah nama pon simpang 4 kan. Dan ko tau yang ko kena berhentikan kereta kalau² ada kereta lain nak lalu. Ini tak, ko main terjah jer kan. Ko dah nampak aku dah dekat tapi ko selamba badak jer teruskan jalan. Ko ingat jalan tu makpak ko yang punya? Aku pon bayar cukai jugak wei. Aku bawak anak² kecik dalam keta tu. Kalau aku sorang tak per.

Pastu selamba jer muka ko kan bro. Tak der rasa bersalah. Lagi ko tenung muka aku yang comel ni. Apa? Ko ingat ko betul ker? Dah terang² ko yang salah. Takkan aku yang kena bagi ko jalan plak sebab dah terang² memang aku yg patut jalan. Apa...ko ingat ko besar sangat. Setakat bawa KIA SPECTRA pon nak berlagak ker? Hormat lah sket pemandu pompuan bro.

Ini kali kedua aku kena kat simpang 4 nih. Kena kat tempat yg sama masa memula kena dulu. Betul² meguji kesabaran. 

Note: Pagi ini adalah pagi yang kelam kabut.

Kerja lah sangat kan. Dah cuti tu duduklah rumah diam² kan. Pekerja berdedikasi gamaknya...hehehe....


Kerja lah sangat kan. Dah cuti tu duduklah rumah diam² kan. Pekerja berdedikasi gamaknya...hehehe...Bukan apa, ni suma pasal PMS:

Nak kena adjust rating. Rabu aritu system down...haishhhhh...nak tak nak kena datang office arini sebab dateline by today. Harap² bos terima lah rating saya seadanya tu. Janganlah dipotong lagi ☺☺

Note: Sunyi sepi jer office. Ramai yang bercuti.

Bersama² lah kita berpegang kepada Sunnah dan ajaran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.W.T....



Bersama² lah kita berpegang kepada Sunnah dan ajaran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.W.T. Berselawatlah kita keatasnya selalu. 

Minggu ni mesti ramai yang cuti panjang kan. Aku pon tak terkecuali juga. SELAMAT BERCUTI semua. Puan punya blog akan mula bersiaran pada hari Selasa. Harap maklum kalau tak der kunjungan dari mak yer noks.

Tak jadi nak buat Wordless Wednesday. Tak best plak letak gambar tanpa cerita kan. Ok...straight t...


Tak jadi nak buat Wordless Wednesday. Tak best plak letak gambar tanpa cerita kan. Ok...straight to the point, mari kita tengok bakal pengganti SPIDERMAN akan datang.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ok...ibu nak gelak dulu yer kakak...hahahahahahahaha...Amacam...ada gaya tak? Perlakuan spontan dari qahirah. Aku pon tak tahu lah apa keja anak dara ni. Tetiba sarung seluar kecik abang kimi. Aku pon apa lagi noks, dasar blogger tegar, sikit² nak amik gambar kan. Ini lah hasilnya.

 
Amboi...bukan main lagi silang kaki yer kakak

Dan lagi. Adoiiiii...tergelak² aku dengan keletah anak dara nih. Ada jer kerja yang unexpected akan dia buat. Sampai kadang² nak marah pon tak jadi nak marah...gelak lagi adalah...alahaiiiii...anak².

Note:  Jangan tak tau, anak dara ni panggil aku 'CIKGU' uols. Bila kena tegur baru dia panggil 'IBU'..haishhhhh....

Bukan mudah nak mendidik anak dalam zaman yang semakin moden dan canggih ni. Kesabaran yang tinggi perlu ada. Didikan agama perlu dititik...


Bukan mudah nak mendidik anak dalam zaman yang semakin moden dan canggih ni. Kesabaran yang tinggi perlu ada. Didikan agama perlu dititikberatkan. Tak perlulah nak memaksa anak mengejar A untuk setiap mata pelajaran. Tapi burulah A untuk Agama dan Iman.

Ada dua jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa:

1. Berkata/berbuat sesuatu yang TIDAK sepatutnya dicakap/dibuat
2. TIDAK berkata/berbuat sesuatu yang sepatutnya dicakap/dibuat

Kesilapan pertama mudah untuk disedari. Contohnya perkataan atau perbuatan yang kasar boleh merenggangkan/merosakkan hubungan dia antara ibu bapa dan anak. Manakala kesilapan yang jenis kedua agak susah sedikit untuk disedari.

Contohnya, ibu bapa tidak berkasar dengan anak² tetapi dalam masa yang sama tidak bersikap peka/sensitif dan tidak melapangkan diri mereka ketika anak² memerlukan serta tidak ada dorongan dan sokongan. Kesan daripada kesilapan ini ialah anak² memasuki fasa pra dewasa dengan keadaan yang tidak lengkap...TIDAK CUKUP KASIH SAYANG, tunjuk ajar, didikan dan contoh teladan daripada ibu bapa. 

Akan terjadi kelomppangan/kekosongan dari segi kematangan. Samada mereka sendiri atau mereka akan mencari seseorang lain yang dapat membantu mereka mengisi kelompangan/kekosongan tersebut. Bersyukur jika mereka bertemu dengan orang yang baik. Jika sebaliknya, tentu kita sendiri tahu akibatnya.
Source: Islamic Parenting
Note: Scary tengok bebudak jaman skang. Terlalu advance.


Ok...ceritanya. Last year aku ada received email dari seorang abang, my ex-colleague masa kerja ka...


Ok...ceritanya. Last year aku ada received email dari seorang abang, my ex-colleague masa kerja kat Maybank dulu. Even dah lama tak berjumpa, tapi email sebagai penghubung. Abang ni ada email kat aku pasal kedai Bakery kat SOGO. Ni emailnya:


Boleh baca tak? Boleh lagi kan. Memang terang² Manager tu tulis our shop in KL Sogo is not HALAL-certified. Lepas jer dapat email tu, aku pon gi lah website HALAL JAKIM. Taip lah kedai yang tersebut. Result nya adalah kosong (0)...kosong...kosong...Untuk mendapatkan lebih kepastian, aku email lah ke PORTAL HALAL JAKIM plak. Ini emailnya:


Ko nampak tak, betapa tersusunnya Bahasa jiwa bangsa Melayu aku..hehehe...Cuba tengok tarikhnya? Dah lama aku hantar, tapi masih belum mendapat apa² feedback dari pihak JAKIM. Kalau boleh aku tak nak up entry ni selagi tak received apa² maklumat. Tapi dah lama sangat aku tunggu. Bukan apa...ramai juga orang melayu kita yang membeli kat kedai tu termasuklah aku. Pekerja pon ramai melayu bertudung. Tapi aku tengok muka dorang macam Chinese look jer. Roti² dia memang sedap. 

Diharap semoga JAKIM dapat upgrade system supaya maklumat/maklum balas dapat di terima dengan secepat yang mungkin. Status HALAL ni bukan boleh dibuat main. Serba salah juga sebenarnya ni. Takut info yang aku bagi ni tak betul. Kalao ada siapa² yang tau pasal kedai bakery ni harap bley update ASAP. Sharing is caring and loving kan. 

Pada kamu² yang pernah membeli dan selalu membeli di kedai Bakery nih, pilihan di tangan kamu. Kalau dah tau ianya tak der sijil halal, berhenti lah membeli. Tapi klo kamu rasa info yang aku bagi ni belum cukup kukuh, terpulanglah. 

Note: Dah call nursery pagi tadi. Anak dara tu ok jer...hurmmmm...tenang sikit ibu nak buat kerja.




Siapa yang tak kenal dengan EYRIQAZZ @ GTO tu kan. Blogger popular dan berjaya. Last week saja...



Siapa yang tak kenal dengan EYRIQAZZ @ GTO tu kan. Blogger popular dan berjaya. Last week saja tengok Nuffnangers who recently view your blog macam kat bawah ni. Memang selalu tengok pon siapa yang selalu tinggalkan jejak kan ^_^.


Telek punya telek, macam kenal jer pemilik blog tu. Nampak tak? Gambar GTO ada kat situ ☺☺. Mekasih EYRIQAZZ sebab sudi tinggalkan jejak kat blog picisan saya nih. Suka juga baca blog EYRIQAZZ, tapi jarang drop komen. Jadi pembaca senyap jer. Banyak tips² blogging yang dikongsikan oleh ERYQAZZ.Com. Antaranya:




Dan banyak lagi lah. Kalau nak tau tips² yang lain, bley terjah blog EYRIQAZZ.Com yer. Mana tau dengan tips² yang diberi tu kita bley jadi blogger berjaya macam EYRIQAZZ ☺☺

Note: Hati tak tenang. Anak dara ku qahirah yang bijak tu menangis plak masa hantar kat nursery pagi nih. Tak pernah² dia nangis tapi hari ni nangis. Main tarik² masa dalam keta tadi...huhuhu...Ada apa² yang tak kena ker kakak? Sampai tak nak gi school?

Extra Note: Aku memang tak senang hati kalau tinggalkan anak yang tengah menangis kat nursery. Kalau tak nangis tak per. Ni dalam keta pon dengar suara dia lagi...haissshhhhh...tak sabar nak tunggu petang.

Google pic Memang betul² Monday Blues. Gerammmmm sangatttttt. Geram dengan TRAFFIC JAMMED...a...



Memang betul² Monday Blues. Gerammmmm sangatttttt. Geram dengan TRAFFIC JAMMED...arghhhhh...aku pon tak faham lah. Keluar cepat...sampai pon lambat. Keluar lambat...lagi lah lambat sampai. Bila accident jammed. Tak accident pon jammed. Nak masuk simpang jer pon. Itu pon jammed jugak. Betul² jammed kan kepala hotak pepagi nih. Pagi jammed...balik kerja pon Jammed...haishhhhhh...rasa macam nak cari keja dekat ngan umah jer. Boleh jalan kaki gi kerja...senang kan. Minyak pon jimat. 

Kalau hari² macam ni bley cepat tua gamaknya. Asik nak kepala hangin jer bila jalan jammed. Tu belum lagi dengan sikap pemandu² yang sangat bersopan santun kat jalan raya kan. Time tu nak potong time tu jugaklah nak bagi signal. Bagi signal awal² tak boleh ker? Pastu tetiba jer main terjah, buat orang terperanjat. Allah hu akhbar...betul² menguji kesabaran betul bila memandu ni lah. 

Note: Internet connection pon slow...hurmmmmm...


Have a great weekend uols. Banyak kerja rumah yang sedang menanti. Senaman dihujung minggu katak...


Have a great weekend uols. Banyak kerja rumah yang sedang menanti. Senaman dihujung minggu katakan. Tapi weekend ni kena kerja plak. Tak tau bley datang ker tak. Sorry yer boss kalau saya tak dapat datang. Anak² tak der siapa nak jaga lah. Suami tercinta ada class every weekend plak tu. Esok ada Kimi nyer Sport Day..haishhhh...Mak juga yang nak kena handle nih.

Note: Tadi sempat berjimba ke Nilai. Rambang mata tgk toys yg murah.

Salam pagi Jumaat semua. Penghulu segala hari. Kejap jer nak jumaat kan. Ok...nak menceriakan mood...


Salam pagi Jumaat semua. Penghulu segala hari. Kejap jer nak jumaat kan. Ok...nak menceriakan mood di pagi hari. Mari kita tengok. Ni memang betul² kebetulan gamaknya ^_^ ☺:


Terpandang kat wall FB...Wakakaka...Lawak tak hingat. Tergelak² aku tengok ni semalam. Rasa macam takut plak nak makan bila tengok tajuk akhbar tu. Next time dorang kena tangok tajuk kat akhbar dulu sebelum nak membungkus makanan. 

Note: Weekend ni kena kerja lah pulok. Ada launching projek baru. Tapi...sapa nak jaga anak²? Nak kena hangkut suma nampaknya.

Terima kasih buat pengikut yang ker 777. Cantik nombor ni kan ☺☺. My favorite number adalah 7. ...



Terima kasih buat pengikut yang ker 777. Cantik nombor ni kan ☺☺. My favorite number adalah 7. Kenapa aku suka no. 7? Sebab banyak kaitan nombor 7 nih. Antaranya:

- Tarikh lahir aku 7 Julai 19 rahsia...wakakaka...
- Berat masa lahir 7 paun 7 aun
- Anak 1st lahir pada 1 Julai 2007
- Kebetulan hari ni 17 January 2013

Ha...kan banyak nombor 7 tu ^_^.


Ok...follower yang ker 777 adalah Nazayiena Ayiena. Pemilik blog MY LOVELY FAMILY BLOG. Cute kan header blog kakak kita nih. Kalau nak berkenalan dan nak menambah kenalan, silalah terjah yer ☺☺

Mekasih buat kamu² semua yang sudi follow blog suka suki saya yang tak seberapa nih. Dan tak jemu² juga tinggalkan komen. Semoga ukhwah kita di alam maya ni berkekalan selamanya. Sayang kamu ketat² ☺☺

Note: Tentang entry saya sebelum ni...saya ok jer...betul. Biasalah...tengah datang perasaan sensitive, mood swing gamaknya. Mekasih atas komen² kamu semua...bersemangat dibuatnya nih ^_^.


Melayan perasaan di pagi hari. Tak tau lah kenapa...tetiba perasaan sedih meresap secara tiba² dalam diri ini. Sambil taip, sambil dengar...

Melayan perasaan di pagi hari. Tak tau lah kenapa...tetiba perasaan sedih meresap secara tiba² dalam diri ini. Sambil taip, sambil dengar lagu OPICK...Ya! Allah, bertambah sedih jadinya. Jangan bersedih wahai Fiza, ALLAH kan ada. Kata² semangat buat diri sendiri.

sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.

Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.

Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.

 “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

 SEMAKIN Allah sayang kepada seseorang hambanya,
SEMAKIN kuat ujian buatnya...

  Kadang-kadang, ALLAH sengaja menghadirkan seseorang untuk membuat kita JATUH dan PUTUS ASA kerana DIA mahu kamu BELAJAR untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dariNYA..

Kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yg pecah.. Ada yg berjaya mengutip dgn banyak dan ada yg sedikit.. TETAPI!! tiada seorang pun yg berjaya mengutip kesemuanya.. manakala semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka.. Kuatkan hati..

Walau apa pun terjadi, mesti redah.. biarpun susah, biarpun payah kerana kita ada ALLAH.. Cukuplah ALLAH bagi kita.. ALLAH sebaik2 pemelihara.. ALLAH sebaik2 penjaga.. ALLAH is first and foremost! 

Bila engkau letih dan hilang semangat, allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa tenggelam dan masa meniggalkanmu, Allah tetap bersamamu
Allah tetap bersamamu bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah penunjuk jalan
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah

Allah akan berterusan memberikan ujian sehinggalah pada satu masa, hamba-Nya itu takkan dapat minta pertolongan pun daripada manusia. Dan semua manusia takkan dapat menolong dia pun. Sehinggalah hamba-Nya itu akan hanya berpaling dan meminta pertolongan dari Dia sahaja.

Note:   Buat orang² yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah. Peringatan buat diri sendiri dan juga kamu semua...Ketahuilah, mereka yang bahagia atas penderitaan orang lain tak kan pernah bahagia selama-lamanya. What goes around comes around. Remember? It's the price you have to pay for it. Harga sebuah kebahagiaan tak kan pernah mampu di beli dengan melukakan hari orang lain.

FB Source Jimat kan. Tak payah beli payung. Manfaatkan sumber semulajadi. Pastu...kalau tak d...


FB Source

Jimat kan. Tak payah beli payung. Manfaatkan sumber semulajadi. Pastu...kalau tak der letrik kat rumah, bleh di jadikan kipas angin. Go Green!!!...hahaha...

Note: Tension...sebab sakit gigi. Nak kena cabut ganaknya nih.

Google pic. Pagi tadi dengar hot fm pasal pengalaman interview. Macam² ada. Tiba² teringat pe...



Pagi tadi dengar hot fm pasal pengalaman interview. Macam² ada. Tiba² teringat pengalaman sendiri masa gi interview. Pengalaman ni memang aku takkan lupa sebab ianya agak sensitive. Kenapa sensitive? Sebab ianya membabitkan pasal SOLAT.

Dulu masa nak cari kerja, aku ada daftar kat agensi pekerjaan ni. KELLY SERVICE kalau tak silap. Pastu ada lah dapat interview kat satu syarikat. P** *l**al insurance. Tiba hari interview...berdebar² juga lah kan. Siapa tak berdebar kalau kena interview. Sampai giliran. ChaYaNunAlif yagn interview tu. Dah puas interview bagai, tibalah pada soalan yang terakhir. Nak tau apa soalannya?

INTERVIEWER: Awak sembahyang tak?
AKU: Mestilah sembahyang.
INTERVIEWER: Tapi kat sini awak tak boleh sembahyang masa kerja
AKU: Erk...kenapa?
INTERVIEWER: Kalau nak sembahyang awak kena sembahyang kat rumah. Kalau awak sembahyang kat office, nanti ambil masa dan ganggu kerja
AKU: Speechless 

Alahaiiiiii...ada lagi rupanya masyarakat yang macam nih. Rasa macam nak mengadu kat pejabat buruh jer. Nasib tak dapat kerja tu. Kalau dapat pon memang aku reject.Apa kena mengena solat dengan ganggu masa kerja? Bukan lama pon solat kan.

Untuk kerja yang skang ni, aku kena 2 kali interview. 1st dgn HR 2nd plak dengan big boss. Macam² juga pertanyaan. Especially pasal syarikat. Apa yang aku tahu pasal syarikat tempat yang aku nak kerja tu. Siapa orang kuat syarikat. Perghhhh...nasib aku dah study sebelum gi interview.Dan sampai skang aku masih kekal di sini. Alhamdulillah...benefit pon banyak.

Itulah antara pengalaman interview. Buat kamu² yang nak gi interview tu, keyakinan kena ada. Jangan tunjuk muka cuak. Pastu kena tahu profile syarikat yang kita nak kerja tu. Bidang apa...siapa orang kuat syarikat. Apa yang kamu tahu pasal syarikat tu. Sebab itu antara soalan² yang diajukan masa interview. Bila kamu tahu info² tu semua, baru interviewer tu yakin yg kamu betul² berminat nak kerja.

Note: Semalam kat Bangi tak der air. Semalam cikgu siap pesan, hari ni klo tak der air juga, parents kena bawa air dari rumah utk anak² yg day care. Harap² krisis air tak merebak ke BAngi lah...huhuhu...

14 January 2013...genap usia mak 74 tahun. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...m...



14 January 2013...genap usia mak 74 tahun. SELAMAT HARI LAHIR buat Pn. Salbiah Bt Abd Rasid...mak ku yang tersayang. Semoga mak dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Happy² selalu yer mak. Terima kasih atas Kasih Sayang mak selama nih. Orang sayang mak ketat². 

Alhamdulillah...mak saya tiada sebarang penyakit. Kecuali sakit lutut. Dan cuma baru² ni mak di serang darah tinggi. Hairan juga...macam mana mak boleh ada darah tinggi sebab sebelum ni  pernah buat check-up, tiada sebarang penyakit. Hurmmmmm...mak stress ker?.Doa ku semoga darah tinggi mak tak serious dan segera hilang.

Note: Hari ni agak busy. Melawat show unit. Ketibas dibuatnya. Sambil berangan 'bestnya kalau dapat rumah macam nih' #Tangandidadamatakeatas.

Finally...MERLIN season 5 berakhir. Tapi ending tak best lah. King Arthur mati. Agak² ada tak s...



Finally...MERLIN season 5 berakhir. Tapi ending tak best lah. King Arthur mati. Agak² ada tak sambungannya? Tangan siapalah yang sambut pedang yang di baling oleh Merlin tu kan? Haishhhhh....kalau ada sambungannya pon best juga.

Tapi kan, aku frust tau sebab...sebab aku tak tengok final season Merlin nih. Cis...cara citer macam tengok sampai habis kan...hehehe...Tengok kejap jer. Pastu dah enak berada di la la land....uuwwaaaaaaa...nak kena tgk kat TONTON nih. Pagi ni pon si dia yang cerita. Katanya agak sedih jugalah bila dia tengok Merlin sedih atas kematian King Arthur. Hampir² nak nangis noks. Jiwang juga suamiku ini yer...ahaks...ker abang dah meleleh air mata...hahahaha...

Siapa yang tengok Merlin malam tadi? Nangis tak? ☺☺☺

Note: Petang² layan plak citer Hingga Hujung Nyawa. Tapi kan, aku masih tak jumpa jawapan. Macam mana EL tu bley ngandung? Ce cerita sket.


Betul...serious...tak tipu nyer. Aku betul² nak gemuk. Aku rasa badan aku ni dah makin menyusut dengan mendadak dan dengan jayanya. Dah na...


Betul...serious...tak tipu nyer. Aku betul² nak gemuk. Aku rasa badan aku ni dah makin menyusut dengan mendadak dan dengan jayanya. Dah nak macam bini popeye nampaknya. Sampai aku sendiri takut tengok keadaan diri nih. Kurus kering sampai menampakkan tulang....Owh my body...Dah ramai yang tegur:

'Fiza...kurusnya you'
'Fiza...kenapa kurus sangat. Dah macam orang sakit. You sakit ker?' #isakithati
'You tak makan ker atau you penat? Kurus sangat nih'
'Muka you pon nampak cengkung. Tak cantik lah kurus sangat macam nih'
'Kak fiza makin kurus lah'
'Kurusnya isteri tersayang abang nih'

Nampak tak, berderet² pertanyaan. Apa jawapan yang aku nak bagi? 

'Owh...i fully breastfeed, sebab tu kurus'
'I buat tandem nursing, mungkin itu salah satu sebab kot'
'Penat jaga anak lah'
'Tak cukup tido, kerja umah banyak sangat'
'I makan hati lah, sebab tu kurus'...tettttt...kahkahkah...

Hurmmmm...nak salahkan breastfeeding ker? Takkan aku nak stop BF sebab keadaan diri aku yang kurus nih? Owh...tidak. Sekurang² cukup tempoh BF 2 tahun kan. Tandem nursing masih lagi tapi dah makin kurang. Tengah nak weaning-off. Nak kata tak makan, kuat makan. Pagi, petang, malam...makan jer. Kalau ada pasar malam lagilah heaven makannya. Tak cukup dengan nasi kerabu, makan plak putu mayam. Bila suami tak habis nasi dagang, mak lah tukang perabisnya...DBKL noks...ahaks...Pastu kang supper lagi dgn air milo cicah biskut atau roti sapu mentega. Acaner tu? Badan makin kurus gak.

Last timbang last year berat adalah 45 kg. Tapi aku rasa skang ni dah makin kurang. Mau kurang dari 40 kg ni. Ada tak apa² ubat, susu atau supplement yang boleh menggemukkan badan? Aku betul² nak gemuk nih. Orang lain sibuk nak kurus tapi aku sibuk nak gemuk. Kurus sangat nanti suami tak selera plak...kesian aku. Tapi aku tau suami aku sayang aku ketat² even aku kurus. Kan ABANG kan...wakakaka...

Note: Banyak komen yang awaiting moderation. Aku tak publish lagi sebab aku nak jejak kamu dulu. Slow² yer.

Extra Note: Salam perkenalan pengikut baru. Haishhhhh...tak sempat terjah juga. Tengah sibuk dengan KPI. Nanti daku terjah yer. Tunggu...


 

H A P P Y 9 M ON TH S OLD IM A N Q H A L I F Rambut kembali pacak ☺☺ How time flies, 1...


HAPPY 9 MONTHS OLD IMAN QHALIF

Rambut kembali pacak ☺☺

How time flies, 12 January 2013...9 bulan berlalu begitu pantas. Kejap jer umur anak bujang tecik yang baik ni meningkat. Tak lama lagi nak jadi toddler dah. Haishhhhh...

Development sepanjang 9 bulan nih. Alhamdulillah...membesar dengan sihat macam bayi² lain yang seusia dengannya juga. Antaranya:


- Masih mendapat khasiat SUSU IBU, syukur alhamdulillah
- Kuat menyusu
- Mangesot dengan jayanya tapi masih belum merangkak
- Suka memanjat...nak berdiri gamaknya.
- Suka menggigit
- Suka mengutip...alahaiiiii....
- Membebel dan menjerit
- Suka bergurau

Ok...sebahagian darinya. Risau pon iyer gak sebab masih tak merangkak lagi. Tapi tu lah, development lain² kan #sekadarnaksedapkanhatisendiri.

Note: Anak beranak di serang batuk.Dah macam pass baton...sorang batuk suma batuk.

Kerana mengembalikan semula duit saya yang telah di tolak. Terkejut mak noks. Tetiba duit Nanan...



Kerana mengembalikan semula duit saya yang telah di tolak. Terkejut mak noks. Tetiba duit Nanang dari kempen BE Digi Triple D telah susut nilainya. Pastu terbaca kat blog Ina @ Intan berlian yang duit nanang dia pon berkurangan. Mungkin ada masalah teknikal kot. Petang ni check, duit dah kembali kepada amaount yang asal.

Bukan sikit tau, banyak gak di tolaknya. Memang frust ah bila tengok amount tu tinggal sikit.

Note: Alahai nuffnang, tak sudi nak bagi saya BE lagi ker?...huhuhu...

Cute sangat...hahaha...boleh gitu? Pagi tadi ada member office ni bagi chocolate. Ini coklat nya: ...


Cute sangat...hahaha...boleh gitu? Pagi tadi ada member office ni bagi chocolate. Ini coklat nya: 


Cute kan. Favourite mak noks, memang peminat tegar coklat. Tu yang nak makan pon rasa sayang sebab comel sangat. Aku kan suka barang² yang cute miut nih.


Note: Duit nuffnang kena tolak...huhuhu...

Perghhhhh...mak dapat anugerah noks. Tapi bukan anugerah pekerja terbaiklah. Sekadar Anugerah Top ...


Perghhhhh...mak dapat anugerah noks. Tapi bukan anugerah pekerja terbaiklah. Sekadar Anugerah Top Commenters kat blog kakak kita nih, TIHARA ☺☺. Jadi lah kan...ekekeke...


Dapat anugerah Blogger Spectacular lagi ko. Owh...saya memang menakjubkan...hahaha...Mekasih kak Tihara. Semoga ukhwah kita yang terjalin di alam maya ni berkekalan sampai bila². Memang rajin lah akak buat anugerah untuk top commenters. Satu penghargaan buat blogger yang rajin komen. 

Ok. Siapa yang tak pernah jejak dan nak berkenalan dengan kak TIHARA nih, tu ada link nya. Silalah terjah yer.

Note:  Sedih hati membaca blog Papa Blogger. Anak dia yang baru berusia 10 bulan tu di lempang kat Nursery. Sampai meniggalkan kesan di pipi. Mesti kuat tu. Ya! Allah...lindungilah anak² kami di Nursery.

Ko nampak tak? Ko nampak tak apa yang dorang cari. Fengsan mak noks. Bila masa plak dalam blog ...



Ko nampak tak? Ko nampak tak apa yang dorang cari. Fengsan mak noks. Bila masa plak dalam blog ni aku ajar cara nak bercium. Tak kan nak bercium pon nak kena ajar wei. Agak² lah. Blog aku ni suci murni tau. Tak der unsur² kelucahan. Mungkin entry ni ada kaitan dengan link yang dorang cari.

Belajar Bercium - Yang ni memang aku tak pernah ajar. Tapi kalau FADHILAT BERCIUM adalah ☺☺

Rambut Gugur Dahi - Lagi aku tak faham apa maksudnya. Yang aku pernah cerita berkaitan rambut adalah KUTU dengan SALON untuk MUSLIMAH. 

Gegendang Telinga Berlubang - Ni kes anak dara ku yang pernah kena OTITIS MEDIA.

Doa Suami Setia/Sayang - Banyak juga keyword ni masuk kat blog. Memang ramai orang cari doa nih. Nampak sangat ramai yang nak suami setia kan. Ker banyak suami yang berpaling tadah?...tetttttttt...Ok..bley refer entry DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

Tadika Strawberry Melaka - Tak pernah plak aku citer pasal tadika strawberry nih. Tapi kalau nak tau pasal tadika, bley baca entry HASIL SURVEY TADIKA,LOKASI SURVEY, TABIKA KEMAS, TASKI ABIM, PASTI, GENIUS AULAD...Mana satu jadi pilihan

Hurmmmmm...macam² lah keyweird yang orang cari. 

Note: Lepas ni keyweird apa lah plak.


Erk...acaner tu? Terkejut ker? Mak pon terkejut noks baca statement nih. Tapi nanti dulu...tak habis lagi nih sambungannya. Ok...sambung ...



Erk...acaner tu? Terkejut ker? Mak pon terkejut noks baca statement nih. Tapi nanti dulu...tak habis lagi nih sambungannya. Ok...sambung baca:

Tidak Haram Seorang Anak Itu Menendang Ibunya...
.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
.

Jika Anak Itu Masih Dalam Perut Ibunya... Hehe...

Betul tak? Betul kan. Lu kena beb. Ni Ustaz Azhar Idrus yang bagi statement ni yer....hehehe...Skang ni, halwa telinga ku pepetang on the way balik kerja adalah mendengar CD UAI nih. Memang bley pecah perut layan soalan² yang kekadang pelik lagi kelakar yang di ajukan dan jawapan² spontan dari UAI yang lawak tahap gaban. Gelak sesorang aku dalam keta. Dah macam orang tak betul gamaknya ^_^.

Note: Salam perkenalan buat pengikut baru. Maaf sebab masih belum berkesempatan nak jejak dan follow kamu balik. Nanti saya terjah yer...tunggu...

Breastfeeding lagi. Kalau semalam citer pasal Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM) . Hari ni plak nak c...


Breastfeeding lagi. Kalau semalam citer pasal Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM). Hari ni plak nak citer mengenai hukum mempamerkan/menayangkan hasil perahan susu ibu pula. Sebelum ni aku pernah letak gambar hasil perahan kat wall FB. Tetiba ada member aku ni tanya 'suami tak marah ker tayang susu ni?'.  Secara tiba² terdetik di fikiran. Tak terfikir pulak kan. So...mak pon cari lah info noks pasal hukum tayang susu ibu nih. Agak payah juga nak jumpa dan cari punya cari, jumpa lah jawapannya. Mari kita baca.


Jelas tak? Ok...aku taip balik yer.

Soalan:

Salam ustaz, saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak. Nak tanya sikit mengenai penyebaran atau post gambar stok susu badan di FB ni, apa hukumnya? Adakan susu badan itu juga aurat bagi wanita? Sebabnya perkara ini telah dibangkitkan dalam isu seorang hamba Allah yang saya tidak kenali yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seorang wanita berbuat demikian (menayangkan stok susu badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat² kesat. Bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar² tersebut sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri. Macam mana pula kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus:

W'salam...susu sama dengan darah yang tidak di kategorikan sebagai aurat. menyusu anak dikhalayak ramai harus dengan syarat menjaga aurat.

Source: Mommy Razim dengan ucapan TERIMA KASIH ☺☺

Dah jelas jawapannya kan. Ringkas jer. So...tak der masalah lah kalau nak tayang hasil perahan yer. Tapi nak ingatkan kamu² juga, tayang hasil perahan adalah bukan untuk menunjuk². Tapi sebagai motivasi untuk diri sendiri dan juga sebagai penaik semangat buat ibu² menyusu di luar sana juga tau. Think positive ok. Jangan bila tengok orang lain nyer susu banyak ko dah jealous sebab susu ko tak banyak. Pastu mulalah mengata 'alaaa..memang jenis banyak susu'...'te*** ko besar, banyaklah hasil'...'Ko pakai pam mahal, banyaklah dapat', contohnya. Tu negative thinking. Tak bagus tau.

Cuba amik yang positive jer. Bila tengok susu ibu lain banyak, ko pon bersemangat nak buat macam tu juga. Kalau ibu lain boleh buat, ko pon boleh buat juga kan. Everything is possible. Kalau kita nak bagi yang terbaik untuk anak, kenalah kerja keras dan usaha lebih kan. 

Note: Ok...Pumping time. Aku memang over kalau bercerita pasal BF ni...ahaks...Qhalif plak dalam fasa reverse cycling (next entry)...arghhhhh...ngantuks mak noks. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks