Friday, December 27, 2013

Keperluan Skolah | Berbelanja Secara Berhemah!!!



Ni namanya budak tak sabar nak naik darjah satu tahun depan. Testing baju skolah siap ngan kasut. Layan kan jer lah. Alhamdulillah...keperluan untuk Sekolah Kebangsaan dah selesai. Cuma untuk Sekolah Agama belum selesai lagi. Nak memilih sekolah agama pon dalam di lema juga ni. Tu nanti aku luahkan dalam next entry.

Memandangkan semua keperluan dah naik. Makanya....aku sebagai rakyat marhaen terpaksa berbelanja secara bijak dan berhemah. Cari baju skolah yang berkualiti tapi dengan harga murah. Skang klo nak berbelanja kena pandai bandingkan harga. Lagi pon budak lelaki klo pakai baju skolah...faham² lah kan. Baju skolah tadika pon hitam² dan koyak sana sini, inikan baju skolah rendah. 

Jadinya kami shopping kat Pusat Pakaian Hari² sajork. Apa? Tak glamer? Fedulik lah. Orang bukan belek jenama baju anak ko pon kan. Ukur baju di badan sendiri sudah. Beli baju 2 pasang. Seluar plak terlebih sepasang. Jadinya 2 baju dan 3 sluar. Kena tambah baju lagi sehelai. Kasut skolah plak cari yang berpatutan. Tak sampai RM20 pon. Tapi beli sepasang lah. Nak kena cari lagi berpasang² gak ni. Total untuk 2 baju, 3 seluar, kasut, stoking dak kapur kasut bersamaan dengan RM100++. 

Semalam plak aku cuti. Nak gi membeli buku skolah plak. Malas nak beli masa orientasi nanti sebab sure beratur panjang kan. Better beli awal. Gi smalam pon ramai juga parents yang borong buku skolah. Total untuk duit buku termasuk lencana dan tie skolah bersamaan dengan RM119.90. Ada juga member FB kata buku latihan tak perlu beli. Just belil buku tulis jer. Tapi aku beli semua. Tak per lah...aku kan ibu yang baru 1st time anak nak masuk darjah satu. Ke-excited-an dia tu lain macam sket...muahahaha...Tapi ada juga rasa terkilan bila dorang ckp tak pakai pon buku tu. Kalau tak pakai, kita buat kat rumah jer lah. 

Ni shopping untuk skolah agama belum lagi. Ntah berapa plak charge nya nanti. Memang terasa lah perbelanjaan untuk skolah. Tu baru anak sorang. Klo anak berderet? Lagi banyak nak pakai duit wei. Dengan zaman barang yang semuanya naik khenn. 

Note: Sabtu ni kimi ada orientasi. Siap ada latihan ke kantin lagi. Alahaiiii...macam tak caya jer anak aku nak darjah satu tahun depan.


54 comments:

  1. semua mahal skrg ni . saya pun baru lepas beli barang sekolah adik adik .memang terasa lah . hurmm ..

    ReplyDelete
  2. tu la pasal..ni yg sekolah tadika ni pun dah beribu2 ni..adoiii..kena wat keje part time ke apa ni...huk huk huk...selamat masuk sekolah kimi...ensem dia pakai uniform..ala, dulik la kan..hari2 pun okey la..watpe nak bazir kalau bendanya sama je kan..bijak membeli org kata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah amie. Yuran tadika dah mcm masuk U. Memang kena bijak membeli lpas nih.

      Delete
  3. kadang2 bila PK telan air liur semua ni kan..duit kuar macam air...

    ReplyDelete
  4. semua dah mahal..mmg belanja kena berhemah lah jawabnya...
    semangatnya cik abg ni nak sekolah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YG sorang ni pon dah terasa atie inikan klo anak berderet...phewwww...

      Memang semangat si kimi ni.

      Delete
  5. laa.. kalau tak pakai kenapa jual buku latihan tu.. takpe lah.. boleh buat di rumah nanti..

    eksaited kan hantar anak sekolah.. kami tahun 2015 nanti..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah rai. Tak payah lah letak dpm senarai kan.

      Delete
  6. Cepatnya masa berlalu fiza...tgk anak bujang yg comel cinonet tu. Klu berdiri sebelah aydin, mau sama bsr gamaknya. Aydin lak bln 3 thn dpn bru 4 thn tau. Hahahahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. How time flies kan farah.

      Aydin sebaya qahirah. ANak dara tu pon tak sabar nak skolah.

      Delete
  7. smart je abang nak gi sekolah ya,my lil doter br nak masuk pra ni maknya yg nerves hehe. ada my fren anak 5 yang skolah 4 orang..kopak sgt katanya smp kena skip seorang anak sekolah fardhu ain

    ReplyDelete
  8. OK apa kualiti pakaian kat Hari Hari tu..hihih

    Yg penting,pakaiannya OK...jenama, takyah tgk...
    Dan tak perlu mahal mahal sgt...sebab budak2...mesti comot/kotor punya...hihihih

    Saya kena start menabung macam ni..lagi setahun anak saya masuk darjah 1..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg saya fikirkan. Tau lah bebudak lelaki ni kan doctor. Ok jer baju kat Hari2 tu. Kain pon cantik.

      Kena menabung dari skang.

      Delete
  9. anak2 mesti dah xsabar nak ke sekolah..si ibu dan ayah makin bz sediakan kelengkapan si anak... done follow akak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks NJ.

      Ha'ah...memang dah tak sabar tu.

      Delete
  10. 2 TAHUN LAGI BARU DAPAT MERASA UNTUK MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH DARJAH SATU.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila menabung dari skang bro ☺☺

      Delete
    2. INSHA ALLAH.. AWAL-AWAL LAGI DAH MENABUNG BUAT MEREKA BERDUA..

      Delete
  11. Hari tu bayar yuran sekolah.....rasa nak pitam tengok semuanya dah naik harga....tapi dah tanggungjawab kan, redha jak lah....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Mia. Dah tanggungjawab kita sebagai parents kan. Kena berkorban sket lah kewangan tu.

      Delete
  12. Biasanya belanja utk sekolah agama lebih mahal dari sekolah biasa. Tu pun anak sorang, kalau anak 3 orang, dua sesi sekolah ..ribu-ribu gak habis... Che Mid dah takde anak sekolah..tunggu Deeja masuk tadika tahun depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak mid. Ni pon dilema juga nak hantar skolah agama atau tak.

      Delete
  13. fiza samalah kimi n najiha, besok sekolah utk sesi orientasi, hmm berdebar ko hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdebar and excited juga ni aju ☺☺

      Delete
  14. Fiza, zakwan yg skolah tadika ni pun dah terasa.. Inikan plak yg masuk sekolah rendahkan.. Selagi boleh berjimat, kita jimat.
    Takperlu kot nak tiru gaya hidup org lain..
    Org lain baju anak jenama canggih, awak nak jugak..
    Hari2 pun ok je.. Janji anak2 p skolah
    Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul 3x. Kita berbelanja sekadar yg mampu. Tak semesti nya yg murah tu tak berkualiti kan.

      Delete
  15. As salam.
    Tumpang seronok tgk keexcitedan org dulu...anak ambe 2015 baru darjah 1...tp tahun dah ada rasa berdebar tak tentu pasal...ohoho

    moga semuanya dipermudah...paling best bila kita ukur di badan sendiri..takde rasa nak tertekan sangat...anak2 cepat besar.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. in shaa allah...Kena menabung dari skang bro. Keperluan skang ni tiap2 tahun naik. Tunggu lah anak nak darjah 1 thn 2015 nnt ☺☺

      Delete
  16. wahh dia dah sekolah besau..good luck :)

    ReplyDelete
  17. amboi tak sabar sangatlah tu nak pergi sekolah..hehehe. saya sokong apa awak cakap, beli murah tapi berkualiti lantaklah glamor tak glamor janji anak pakai baju baru..adoi tetiba pula nak marah..hehehe

    ReplyDelete
  18. fiza, sama2 la kita anak naik darjah 1 next year :-)
    aida da settle semua buku, baju, kasut...

    ReplyDelete
  19. Salam dari bunda...
    tak lama lagi anak2 dah mula bersekolah yer...

    ReplyDelete
  20. hari ni lah orentasinya yer.. amir isnin kat tadika... skrg barang semua mahal kene bijak berbelanja...

    ReplyDelete
  21. Mmg terasa bajet belanja persekolahan anak2 ni..tak pelah, nak buat mcm mana.. utk kebaikan anak2 juga. Selamat bersekolah :) :)

    ReplyDelete
  22. ni mesti mak dan anak sama2 excited..hihi..sebuk la mamanya awal tahun nanti..

    ReplyDelete
  23. barang2 skolah thn ni semua naik.. xlama je skolah nk buka kan

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah dh besar anak akak ye..
    betul tu, semuanya naik skrg ni. kena pandai berbelanja.
    hari hari pon ok kak.

    ReplyDelete
  25. sedar tak sedar, anak dah besar kan... kalau saya dulu pun, parent beli baju, mesti lps tu duk test je.. hahhah

    inti n churps

    ReplyDelete
  26. tahniah, anak fiza dah drj 1.. :)

    ReplyDelete
  27. belajar rajin-rajin.. seronokkan nak masuk sekolah , tu yang nak try pakai tu..

    ReplyDelete
  28. ok jer belikan baju biasa2 kat anak2ni ... dulu atikah beli jenama tapi hasilnya hujung tahun bajutu memang cantik lagi tak koyak bagai tapi warnanya dah tak sanggup nak bagi kat adik... putih dah tak putih lagi... so hantamjerler beli murah kali ni kalau ok kira berbaloi2 kot... ehm nak bukak balik mesin jahit kalau cam gini ...
    kira murahler 119.90 siap dengan buku latihan bagai... sekolah kat sini lagi mahal rasanya kalau beli semua tanpa skip sebarang yang dia tulistu rasanya lebih dari 150... akak sebab dah ada pengalaman dengan atikah dulu skip sana sini ler jugak...

    ReplyDelete
  29. hensem kimi ngan baju sekolah dia.... semuga jadi anak yg soleh dan pandai...
    sy sopping baju sekolah kat tesco je...cari yg paling murah...hheee

    ReplyDelete
  30. singgah malam. mesti sibuk kan kak. khamis dh start sekolah :-)

    ReplyDelete
  31. samalah kak fiza, ema pun shopping kat hari-hari je..

    ReplyDelete
  32. salam k.fiza

    mesti 1 pengalaman baru bila anak masuk sekolah..samelah mcm cma.. eksitednye melebih2 dari anak..padahal masuk tadika jer pun.. eheh..

    ReplyDelete
  33. Ini baru tahun 2014, kalau tahun 2020 nanti masa luth skolah, tak tau la berapa harga semua tu. Huhuh... Start kumpul emas dari skrg. Nak bayar yuran je, jual emas. Heheh.

    ReplyDelete
  34. amboi posing sakan dia.. hehehe. mesti xsabar nk masuk skolah :)

    ReplyDelete
  35. assalamualaikum fiza...betul tu skg ni semua harga barang naik terpaksalah kita berbelanja seadanya je...:)

    ReplyDelete
  36. Wahhh macam seronok aje kan si anak tu..hehe..betul tu..kena bijak berbelanja..

    ReplyDelete

Labels

ABIM (2) Accident (2) Adik dan Al-Quran (2) Advertorial Nuffnang (3) Advertorial Zalora (1) Air Asia (1) Aku (1015) Anis Choc Moist Cake (1) Anniversary (3) Asam Laksa Jusco (1) Asam Pedas Melaka (1) Awards (4) Baby & Raya Expo 2013 (1) Babywearing (1) Bangi Extreme Challenge (1) Bayi DiDera (1) Bayou Lagoon Resort (2) Bebola Daging (1) Bento (3) bicara (1) Bicara hati (34) Big Bad Wolf Book Sale (4) Birthday (16) Black Pepper Prawn (1) Blogbuster Campaign (2) Blogger Event (2) Blogging (26) Bloging (154) Boba 3G (1) Book (3) Bread Pudding (1) Breastfeeding (58) Breastfeeding Week (3) Buah Ngaku (1) Burger Bakar Abang Burn (1) Burung Puyuh Salai (1) Camera AES (1) Careless (4) Chewy Cheese (1) Chicken Pox (2) Chickenpox (1) Chikenpox (1) ChurpChurp (4) Ciku (2) Cloth Diaper (2) Cloth Pad/Panty Liner (1) Coklat IQ Coco Damia (1) Company Trip (3) confinement Set (1) Contest (2) Contest/Giveaway (61) Cook (30) Cook with Love (12) Cuti Cuti Malaysia (3) Cyberjaya (1) Daging Rusa (1) Darjah 1 (6) Daun Ketumbar (1) Daun Sup (1) DAYRE (1) Delivery (3) Dentist (3) Development Baby (17) Dinner (2) Doa (2) Drama (1) Drama Juvana (1) dri (1) Duit Raya (1) Durian (1) Durian Pancake (2) Earth Hour (2) Edelman (3) Emotional (520) Empire Shopping Gallery Meletup (1) Event (7) Exam (1) Exclusive Breastfeeding (1) Family (14) Flash Mob (2) Fobia (1) Food (77) Free Palestine/GAZA (1) Fridge Magnet (1) Friends (1) Friendship (1) From My Kitchen (9) Gadjet (3) Gathering (3) Genius Aulad (1) Gigi Geraham Bongsu (1) Groupon (1) GUlai Ikan Tempoyak (1) Gyiyomi (1) Halal JAKIM (1) Haley Chiffon Blouse (2) Happy New Year 2014 (1) Hari Hijab Sedunia (1) Hari Raya (24) Harimau Malaya (2) Hati Unta (1) Haze (3) Hershey's Coklat (1) Hippopo Baby & Spa Wellness (1) HMFD (1) Holiday (2) Home Sweet Home (60) Homemade Ice-Cream (4) Hotlink (1) hubby (29) Huggies Dry Pants (1) Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow (2) Ikan Bakar Bellamy (1) Iman (104) IManQahirahQhalif (20) IMPETIGO (1) Info (473) info. (161) info. MAHA 2012 (1) ipad2 (4) J Card Member's Day (1) Jabatan Imigresen (1) Jangkitan Telinga Otitis Media (2) Jerebu (4) Jualan Gudang PEMANIS (1) Jubah Muslimah Zalora (1) Kad Raya (1) Karipap Lori (1) Kek Batik Coklat (1) Kerepek Ngaku (1) Kereta (13) Kg Gajah (1) Kids (1) KIW (1) Kiwi (12) Kopiesatu (1) Kuih Raya (4) Lailatul Qadar (1) Lirik Lagu (1) Maal Hijrah (1) Mak (1) Mangga Epal (1) Masjid Wilayah (1) Mat Ayam Kampung (1) Maternity And Children Expo (4) Mattel (1) Maulidur Rasul (1) Medela Swing (1) Mee Udang Kuala Sepetang (1) Melaka (2) Menyusu Dibulan Ramadhan (2) Merdeka (1) MERLIN (4) Mesir dan Negara² Islam (1) Message (1) MH370 (1) Misc (264) Misc. (687) Misc.Tutorial (3) Misv (1) MITC Melaka (1) Motherhood Expo 2012 (1) Mothers Day (1) MPH Online (1) Newborn (5) Nizul Al-Quran (1) Novel (3) Nuffnang (39) Nursery (9) Omega Guard (1) Open House Raya (3) Parenting (25) Parenting Tips (2) Passport (1) PASTI (11) Pilihanraya (3) Pizza (1) Pizza Gardenia (1) Plaza Tol Sg. Ramal (1) PM Najib (1) Poem (1) Potty Train (1) Pray for MH370 (2) Pre-school (3) Pregnancy (23) Primary School (8) Product Review (2) Promotion (2) Prosperity Burger McDonald (1) Puasa Asyura (1) Pulut Mangga (1) Qaira (89) Qhalif (75) Quote (1) Ramadhan (31) Rebranding Launch (1) Renungan@Rahsia Perkahwinan (1) Resipi (20) Restoran Mee Udang Mak Jah (1) Roadblocks (1) RON95 (1) Roti Gardenia (1) Rumah Makan Cibiuk (1) Salam Aidiladha (4) Sale (14) Salon Muslimah (1) Sambal Belimbing Hitam (1) Segmen (16) Seksualiti Mrrdeka (1) Selamat Hari Wanita (2) Sepetang Bersama Bloggers & Yeos (3) SERAI (1) Serupa tapi Tak Sama (1) Shaklee (6) Sharing (13) Shopping (21) Singapore (1) Sogo Members Day (3) Solat Terawih (1) Solid Food (1) SPAM (1) Speed Trap (1) Sponsored Post (2) Spontaneous Thursday (20) SRK Seksyen 7 Bangi (3) Standard 1 (5) Starbucks (3) Strata Title (1) Support (4) Syawal (8) Tabita (1) Tadika (6) Tagging (10) Tantrum (1) Tax (1) Tazkirah (77) Teduhan Kasih (1) ThePoplook (3) Tie Rack (2) Tips (97) TNB (1) Traffic jammed (6) Training (4) Tutti Frutti (1) Ubat Lipas (1) Udang Masak Lada Hitam (1) UEMSunrise (4) Uniqlo (2) USS (3) USS Singapore (3) Ustaz Zamri (1) Warehouse Sale (4) Whoopie Pie (1) Wisdom tooth (1) wish (7) Wittaker's Coklat (1) Wordless Wednesday (34) Work (49) Work/Office (109) World Water Day (1) Zalora (1) Zespri Malaysia (9) zespri MY (2) Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge (14) zespriMY (10)

Google Analytics

Related Posts with Thumbnails


 
Template Edited By Cikgu Ma4 Disember 2012 ♥ All Rights Reserved ©Afizah Rahman