Macam jakun plak tak pernah ber video call kan...ahaksss... Bervideo call dengan si dia pagi nih. Hari ni si abah jadi Mr. Mama sebab si...

Macam jakun plak tak pernah ber video call kan...ahaksss...




Bervideo call dengan si dia pagi nih. Hari ni si abah jadi Mr. Mama sebab si ibu dah start kerja hari ni. Rasa malas jer nak kerja sebab dah lama sangat cuti kan....haiippppp...tak boleh malas2 sebab kerja sebeban dah menanti.


Bertabahlah yer Mr. Mama melayan karenah anak2. Alaaaaa...sehari jer pon. Macam tak biasa plak. Mekasih tolong jagakan anak2 untuk hari ni :-)


Note: Maaf uols. Tak dpt nak terjah umah kamu. Hutang BW dulu yer.

posted from Bloggeroid

Tapi sepenuh masa untuk 4 hari ni jerlah. Esok dah keja. Bos pon dah tanya tu. Lagi pon esok ada meeting. Bukan mudah pekerjaan suriruma...

Tapi sepenuh masa untuk 4 hari ni jerlah. Esok dah keja. Bos pon dah tanya tu. Lagi pon esok ada meeting.




Bukan mudah pekerjaan surirumah ni uols. Kerjanya adalah sangat taugh kalau nak dibandingkan dengan kerja2 office. 4 hari menjadi full time housewife bersama 3 orang anak yang 2 orang daripadanya tak sihat. Betul2 mencabar fizikal dan emosi aku.


Mana taknya, KETAWA BERSAMA..BERMAIN BERSAMA..MENANGIS PON BERSAMA. Qahirah kacau kimi, kimi usik qahirah...sampai bengkak kepala si abang di ketuknya dgn lego. Qhalif tarik rambut qahirah, qahirah tolak qhalif...ppfftttt...Berpinar kepala otak aku jap. Jadinya...gaduhlah, nangislah..ibu tak larat dah. Volumu tinggi pon tak jalan dah. Penat nangis kang senyap lah tu.




Macam kimi dengan qhalif, dorang memang ngam kalau main. Tapi kalau kimi & qhalif main ngan qahirah, mesti ada yang nangis. Iyerlah..budak pompuan main ngan budak lelaki kan. Tak berapa nak ngam. Ada masa ok, ada masa ko :-)


Budak2 tengah tak sihat, biasalah kan. Macam qahirah dan qhalif, mulut naik ulcer, merengek sketlah. Tapi tak der lah teruk sangat merengeknya. Still under control. Si ibu pon kenalah faham yg anak2 tak sihat kan :-)


Bak kata ustaz Azhar Idrus, pekerjaan yang paling banyak mendapat PAHALA adalah MENJADI SURIRUMAH. PAHALANYA melebihi segala pekerjaan lain di atas dunia ini. Beruntunglah kamu yang dapat menjadi SURIRUMAH SEPENUH MASA.


Note: Keletah anak2 yang kekadang buat ibu jadi hijau dan kekadang buat ibu gelak guling2 :-)

posted from Bloggeroid

Inilah heavennya klo gi pasar malam kan. Boleh gantung kuali kat umah. Alasan malas masak kennn...ahaks...Macam2 jenis makanan ada. Duit p...



Inilah heavennya klo gi pasar malam kan. Boleh gantung kuali kat umah. Alasan malas masak kennn...ahaks...Macam2 jenis makanan ada. Duit pon laju jer mengalir sebab macam2 nak beli. Menternak lemak kekdahnya. Bila anak tak habis makan, si ibu ni lah yang tukang perabis. DBKL kennn.


Kalau gi pasar malam kat seksyen 7, Bangi ni, selalunya beli nasi kerabu/nasi dagang. Memang sedap dan murah. Si dia plak selalu kirim Lele Penyet. Harga RM 4.50 ko..murah kan. Anak bujang tu plak nak Char Kuey Teow, sedap pulok tu. Kekadang beli nasi lemak. Sedap juga. Pendek kata semua makanan kat pasar malam seksyen 7, bangi ni sedap2. Kebetulan ada plak org jual pulut mangga dan ada orang tu tak pernah lagi makan pulut mangga ko. Kesian kan orang tu :-)



Google pic


Kasi close up sket. Aku ni pandai makan jerlah, buatnya tak lulus lagi. Sebungkus pulut mangga RM5.00 dan penuh dengan mangga potong. Siap tanya tu macam mana nak makan. Sadis kan org tak pernah makan ni sampai cara mkn pon nak tanya...hehehe...


Owner ni siap cerita yg dia belajar buat pulut mangga kat thailand tau. Pulut tu pon import dari thailand. Rasanya....pergghhh...sedap wei. Pulut dia lembut jer. Bila campur plak dengan mangga dan santan...nikmatnya la haiii. Tak rugi beli. Memang sedap.


Note: Aarrgghhh...terbayang dah pulut mangga sedap ni. Tak per, esok ada pasar malam.

posted from Bloggeroid

26 November 2005 - 26 November 2013 = 8 TAHUN How time flies. Kejap jer dah 8 tahun usia perkahwinan kami. Suka duka, pahit manis, masam...

26 November 2005 - 26 November 2013 = 8 TAHUN




How time flies. Kejap jer dah 8 tahun usia perkahwinan kami. Suka duka, pahit manis, masam masin...cukup rencahnya. Perkahwinan mana yang tak dilanda badai kan. Adat lah tu dalam alam rumahtangga ni. Perkahwinan ibarat satu 'Perjudian'. Kebahagiaan dan penderitaan...bergantung pada kita. Kita yang mencorakkan perjalanan alam rumahtangga kita. Yang penting... SABAR dengan setiap dugaan yang datang.




Buat teman serumah, teman sebantal, teman bermesra, teman bergaduh, teman bermasam muka, teman menangis, my best friend dan SUAMI, Happy 8th Wedding Anniversary.


'GROING OLD WITH YOU IS THE BEST THING I COULD EVER DREAM OF. SO, I WILL CONTINUE TO GATHER ALL MY STRENGHT TO LOVE YOU. HOPE OUR RELATIONSHIP WILL BE FOREVER TILL JANNAH, IN SHAA ALLAH...Jika dengan IzinNYA'


Buatmu suami, maaf jika aku tak sempurna di matamu. Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah mu.


Note: Touching plak dgn entru sendiri :-(

posted from Bloggeroid

Masih berkisar pasal Chickenpox yang tak berkesudahan lagi. Kalau jumaat last week qahirah kena. Pagi sabtu tu dah start naik kat Qhalif. Al...

Masih berkisar pasal Chickenpox yang tak berkesudahan lagi. Kalau jumaat last week qahirah kena. Pagi sabtu tu dah start naik kat Qhalif. Allahuakhbar...bersiap sedialah wahai mental dan fizikal. Panjang lah cuti ibu ko ni nak.




Budak chickenpox yang happy go lucky. Kesian sangat kat qahirah, Chickenpox banyak naik kat muka...huhuhu...kat badan pon banyak & kat kepala pon ada. Lebih banyak dari kimi kena haritu. Macam biasa, naik ulcer juga dalam mulut. Tekak dan bibir pon merah. Kesian nengok.


Qhalif nyer CP pon banyak juga. Tapi tak sebanyak qahirah. Coming soon naik lah tu ulcer...huhuhu...kena standby eskem vanilla nih. Qhalif plak lately susah nak makan ubat. Ya! Allah...geram sbb banyak yg kluar dari yg masuk. Asyik makan ubat jer lately kot, tu yang bosan agaknya.


Hurrmmmm...kerja kat office berlambak tu. Nak buat mcm mana kan. Anak dah tak sihat. Mungkin ada hikmahnya Chickenpox berjemaah ni. Jaga dua org anak sekaligus. Jimat sket cuti.


Note: Jangan jangkit kat ibu plak sudah lah. Na'uzubillah hi min zalik. Rasanya pernah kena. Tapi tak sure Campak atau Chickenpox :-(

posted from Bloggeroid

Salam tgh hari jumaat all bloggerians. Half day pagi ni. Bergilir dengan hubby menjaga anak dara yang kena Chickenpox pulak. Bertingke...

Salam tgh hari jumaat all bloggerians.


Half day pagi ni. Bergilir dengan hubby menjaga anak dara yang kena Chickenpox pulak. Bertingkek2 dugaan den. Bermula dengan Kimi yang kena Virus Chickenpox. Lepas tu serabut plak kepala dengan masalah kulit si qhalif. Terbaru qahirah kena jangkita Virus Chickenpox plak.


Tak per. Dugaan kecil buat aku kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat dugaannya. Muhasabah diri jap. Terima dugaan dengan hati yang terbuka. Besar pahala jaga anaknyang sakit kan. Alhamdulillah :-)


Selang 2 minggu dorang berjangkit. Jadinya...kita tunggu next two weeks sama ada akan jangkit kat Qhalif atau tak. Kebetulan juga, si abah yang perasan naik biji2 kat badan anak dara tu. Kebetulan juga malam khamis Virus Chickenpox tu naik sama hari dengan abg kimi kena. Pagi ni dah makin bertambah biji2 tu.


Silap aku juga. Masa kimi kena chickenpox, aku tak terus jab anak2 untuk elak virus tu berjangkit. Bila dah masuk hari kelima, baru lah terfikir. Tapi dah terlambat sebab virus pon dah tersebar dan kemungkinan akan berjangkit tu tinggi sebab qahirah & qhalif dah terdedah dgn virus chickenpox tu. Penerangan dari DaddyZZZ haritu. 1st time handle anak chickenpox masa tu. Uols...sila take action klo anak kena Chickenpox. Terus jab anak2 yg lain utk elak berjangkit.



Budak merajuk


Malam smalam dah start asingkan tido. Tido dalam bilik sendiri. Nangis anak dara ni sebab nak tido dgn ibu, abah & qhalif. Nangis2 terus tido. Sian plak tengok tu :-(


Cuti...oh! Cuti. Cuti dah tinggal sikit. Nak minta MC ker nak amik cuti? Tak pernah MC lagi untuk tahun ni. Cemerlang kan...ahaksss...Kerja tengah banyak plak ni...huhuhu...


Note: Qahirah sibuk nak gi nursery. Acaner nak gi nursery kak. Kena halau balik nanti.

posted from Bloggeroid

Kali ni bukan hasil dari kerjaan kakak. Tapi hasil dari contengan sendiri :-) Mula2 kita conteng kertas dulu Sambil conteng sambil t...

Kali ni bukan hasil dari kerjaan kakak. Tapi hasil dari contengan sendiri :-)




Mula2 kita conteng kertas dulu




Sambil conteng sambil tengok tv rancangan Tanyalah Ustaz.




'Erkkkk...ibu ni asyik amik gambar titew jer. Malulah'




'No camera flis. Hilang concentrate lah ibu'




Dah start menconteng




Dan inilah hasilnya. My body art. Bukan takat tangan, kaki dan muka. Kat baju dan lantai pon sama. Esok2 conteng dinding plak yer nak :-)


Note: Budak baru nak naik. Biarlah dia explore. Janji kita pantau apa yang di buatnya.

posted from Bloggeroid

Apakah itu? Macam pelik jer...macam tak senunuh jer...hahaha...haiipppp...Jangan fikir yang bukan2. Meh tengok apa yang aku buat malam tad...

Apakah itu? Macam pelik jer...macam tak senunuh jer...hahaha...haiipppp...Jangan fikir yang bukan2. Meh tengok apa yang aku buat malam tadi. Haaaaaa...jangan nak otak kuning yer. Tengok ni:

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Ni lah Hotdog + Egg = Love. Abaikanlah food presentation dan ke messy an Love aku tu yer. 1st time trial katakan. Practise make perfect. Nanti buat lagi kasi cantik. Semalam buat 2 ketul jer.


Keterujaan nak buat tetiba datang malam tadi. Anak2 pon teruja tengok. Siap suruh buat lagi. Nanti ibu belajar buat bentuk lain yer anak2. Ni pon lepas tengok Mama Asya @ Lyafrina buat. Tak susah pon.


Cuma rebus hotdog dulu. Pastu belah 2. Tapi jangan sampai putus. Jadikan bentuk LOVE and cucuk pakai lidi kat hujung love tu. Dah siap, goreng lah. Dah masak, tabur black pepper sket atas tu. Tambah sos cili/tomato dan mayonise. Siap untuk dimakan :-)


Note: Seronok bila anak2 puji masakan ibu sedap kan. Pandai anak2 amik hati ibu :-)

posted from Bloggeroid

Terliur tak? Kecur tak? Nak tak? Hehehe...Mangga Epal in da house terbaik dari pokok. Hasil tanaman mak ku yang tercinta. Haritu balik t...



Terliur tak? Kecur tak? Nak tak? Hehehe...Mangga Epal in da house terbaik dari pokok. Hasil tanaman mak ku yang tercinta. Haritu balik tak masak lagi. Last week balik kampung *kg pandan jer, erkkkk...dah masak uols. Lebih nikmat dimakan begitu saja. Kruppp...krappp...kruppp...krapppp...bunyi dia...ahakssss...lemak manis berkrim rasanya.


Hajat di hati nak peram bagi masak. Tapi nampaknya tak der harapan lah. Anak2 suka buah mangga ni. Kuning2 dah isinya. Sedap makan. Nanti balik kampung nak petik lagi. Pokok mangga depan rumah uols :-)


Note: Buat kerabu mangga pon sodap kan....arrgghh...kerabu mangga memanggil2 sudah :-)

posted from Bloggeroid

Tengoklah ni. Inilah punca hati seorang ibu tak keruan, tak senang duduk dan keserabutan fikiran memikirkannya. Tak tau lah apa punc...

Tengoklah ni. Inilah punca hati seorang ibu tak keruan, tak senang duduk dan keserabutan fikiran memikirkannya.




Tak tau lah apa puncanya ni. Sensitive ker kulit si Qhalif ni? Kudis kah? Sakit kulit kah? Sebab air kotor ket? Benda ni on and off. Bila dah elok, tak lama lapas tu naik balik. Selalunya kat tangan dan kaki. Naik biji2 berair kecik2. Tapi ni naik kat kepala pulak.


Kesian sangat tengok sebab tergaru2 sampai berdarah kepala tu. Sampai aku sendiri tak sanggup nak tengok dan tak sanggup nak letak ubat. Rambut tu pon abahnya potong sebab senang nak sapu ubat. Sopek jadinya rambut anak bujang ni. Dah sembuh nanti kita botakkan rambut yer dik. Kimi dan qahirah pon kekadang kena juga. Tapi tak teruk macam ni. Mungkin antibodi dah stabil kot.


Dah gi klinik pakar kulit. Kerap juga pergi sampai doctor pon dah kenal. Dr bagi ubat cuci, ubat makan & cream untuk tangan dan kepala. Ni nanti nak bawa gi spital plak. Klo dapat buat blood test pon ok juga. Nak tau apa puncanya. Pening wei. Naik berbintang kaki tangan qhalif yang soleh ni. Alhamdulillah...tak naik kat muka.


Smoga sakit kulit anak ibu ni pergi jauh2. Jangan datang2 lagi dah. Sian sangat ibu tengok awak tergaru2 dik.


Note: Rasa macan nak bawa juga gi DARUSSYIFA' kat bangi tu. Kita ikhtiar kan sebab kerap sangat kena ni :-(

posted from Bloggeroid

Sedap sket bunyi klo di inggeriskan...hehehe...Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Dari dapur Fiza Rahman kali ni kita buat menu simple...

Sedap sket bunyi klo di inggeriskan...hehehe...Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Dari dapur Fiza Rahman kali ni kita buat menu simple lagi. Kalau haritu buat Sotong masak Lada Hitam, kali ni kita buat Udang masak Lada Hitam plak yer puan2.




Ini lah rupanya lepas dimasak. Rasanya??? Sedappppp. Tak caya? Cer try masak. Udang kan rasanya manis. Bila masak tu terasa kemanisan udang dan juga carrot. Bercampur plak dengan lada hitam tumbuk dan sos lada hitam....perrgghhhh...rasa manis, pedas pastu makan dengan nasi panas2. Terpejam2 mata sebab sedap...muahaha...hover plak ko kan sampai nak pejam2 mata. Tipu jer tu :-)


Tapi tak tipu tau. Sedap rasanya. Sendiri masak sendiri puji itu harus yer puan2. Resipi? Sama juga macam masak Sotong Lada Hitam haritu. Cuma udang ni aku goreng dulu sekejap pastu tambah carrot. Mudah, senang, simple, cepat dan sedap.


Sekian dari dapur Fiza Rahman. Kita jumpa lagi dalam resipi akan datang. Itu pon kalau ada resipi baru...ahaksss...


Note: Kepala serabut. Lepas kimi chicken pox, turn qhalif plak. Tapi bukan demam. Next entry kita citer. Sebab tak der gambar. Biar gambar yg bercerita. Dugaan sungguh :-(

posted from Bloggeroid

Sebab mereka adalah Raja dan Ratu air. Nak gelar hantu air, tak syiok bunyinya kan...muahaha... Tak dapat main air hujan, dapat tempias ...

Sebab mereka adalah Raja dan Ratu air. Nak gelar hantu air, tak syiok bunyinya kan...muahaha...




Tak dapat main air hujan, dapat tempias hujan pon jadi lah. Sambil menikmati permandangan hujan yang lebat kat luar tu. Anak2 aku ni memang suka main air. Especially qahirah & qhalif. Kalau dah masuk bilik air tu macam tak nak kluar. Nasiblah masih dapat air free lagi :-)


Note: Blur plak hari ni tetiba. Tak tau nak citer apa.

posted from Bloggeroid

Alahaiiiii...luluh hati ibu ko ni mendengarnya nak. Touching plak rasanya. Budak Chickenpox @ Kimi yang soleh ni rindu kat kawan² skola...



Alahaiiiii...luluh hati ibu ko ni mendengarnya nak. Touching plak rasanya. Budak Chickenpox @ Kimi yang soleh ni rindu kat kawan² skolah dia. Dah sminggu tak skolah kan. Isnin aritu gi skolah dia jao sebab nak hantar MC kat cikgu. Berkumpul kawan² dia kat pagar skolah tengok budak chickenpox ni sambil panggil 'hakimi...hakimi'. Kawan² pon rindu kat kimi juga yer.

Jadinya. Disebabkan luahan hati anaknda tercinta ni yang kerinduan kat kawan². Pagi ni ibu hantar gi skolah. Sebab Chickenpox pon dah beransur pulih. Kesian plak sebab hari ni last day skolah kan. Nanti tak jumpa lagi dah. Kalau satu skolah, ok lah lagi. Kalau lain² skolah? Tak dapek ibu nak nolong kan. Selfish ker aku sebab hantar anak baru baik chickenpox gi skolah? 

Bukan apa, kesian sangat sebab dah last day harini kan. Mestilah nak jumpa kawan². Nak jumpa cikgu². Tapi daycare masih on lagi ☺☺

Note: Haku plak yang over touching bila anak last day hari ni. Teringat lagu 'Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati jangan lupa'. Lagu femes masa last day skolah ☺

Extra Note: Tak sempat lagi nak BW, nak publish komen and reply komen. Half day lagi hari ni. Have a great weekend uols.






Dalam erti kata lain, orang yang daya ingatannya dah makin kurang.Macam haku ni lah. Maklumlah, urat banyak putus masa bersalinkan ImanQahir...

Dalam erti kata lain, orang yang daya ingatannya dah makin kurang.Macam haku ni lah. Maklumlah, urat banyak putus masa bersalinkan ImanQahirahQhalif. Alasan munasabah klo terlupa kan...ahakss...




Mudah jer tips nya kan. Selalu jadi macam ni tau. Klo gi kedai, dah fikir dah nak beli apa. Tapi bila dah sampai kedai, trus lupa nak beli apa. Bila dah sampai rumah, baru ingatan tu dtg balik...cissskek btul tau. Mekasihlah ustaz sebab kongsikan tips nih :-)

posted from Bloggeroid

Dah habis pon ubat antibiotic ni Bila 1st time handle anak yang kena Chickepox kan. Ini lah jadinya. Dalam entry  Chickenpox , DaddyZ...



Dah habis pon ubat antibiotic ni

Bila 1st time handle anak yang kena Chickepox kan. Ini lah jadinya. Dalam entry Chickenpox, DaddyZZZ ada tanya sama ada dah bagi ubat Anti Viral tak? Aku pon blur sama ada ubat Anti Viral tu jenis injection atau jenis makan? Terus PM Dr. Khairul Faizie @ DaddyZZZ kat FB. Nak kan confirmation. Sebab doctor yang aku gi tu dia bagi ubat Antibiotics dengan cream sapu jer.

Then Dr reply yang sepatutnya tak perlu Antibiotic sebab Chickenpox caused by Virus, bukan bacteria. Alahaiiiii...apsal lah doctor kat klinik tu bagi antibiotic. Nak tau tak, dr tu dah tua tau. Dah macam nenek². Bekas bidan. Aku panggil dr nenek. Takkan dr nenek ni tak tau kot?

Malam smalam trus gi Klinik Pakar Kulit Premier. Doctor soal siasat jap. Tanya klinik tu bagi ubat apa. Aku pon citer lah. Dan dr tu cakap benda yang sama macam DaddyZZZ cakap. Dapatlah ubat Anti Viral dan calamine lotion selepas 6 hari kena Chickenpox.

Thank you so much DaddyZZZ for the information. Untung juga ada kawan blogger yang berstatus Doctor ni kan ☺☺

Note: Nasib lah cuti ada lagi ni. Nak amik MC nanti effect kat KPI.
posted from Bloggeroid


Tak der lah banyak pon kisahnya. Cuma nak tayang koleksi FM yang ada ni...hehehe...Hobi sampingan dimasa lapang. Masih tak berapa nak bany...



Tak der lah banyak pon kisahnya. Cuma nak tayang koleksi FM yang ada ni...hehehe...Hobi sampingan dimasa lapang. Masih tak berapa nak banyak dan masih mengumpul lagi. Rambang mata wei tengok FM kat dlm group FB tu. Ada separuh kat umah dan separuh lagi kat office. Yang FM Disney Florida tu baru dapat. Cute kan.


Dah boleh beli FM board ni. Anak2 pon asyik main jer. Ada gak FM yang dah pecah sebab magnet tercabut. Habis jatuh berderai. Haku pon skang jadi muka tak malu. Asal orang gi bercuti jer nak kirim FM. Klo gi memana pon melilau jer mata ni cari FM. Kalau ada yang sudi nak bagi, lagi mak suka noks :-)


Note: Hutang BW. Half day arini. Bergilir ngan hubby jaga budak chickenpox ni.

posted from Bloggeroid

New application. Macam best jer...macam menarik jer. Orang ber DAYRE ko pon nak ber DAYRE juga kennn. Klo blog lama tak update tu, makna...



New application. Macam best jer...macam menarik jer. Orang ber DAYRE ko pon nak ber DAYRE juga kennn. Klo blog lama tak update tu, maknanya aku sibuk ber DAYRE lah yer....hehehe...Iyo lah tu. Rasanya BLOGSPOT tetap dihatiku.


Masih terkial2 lagi ni. Banyak nak kena explore. Kalau rasa nak buat luahan perasaan, nak selfie ker, suka bergambar ker...DAYRE lah tempatnya. Diari di hujung jari lah katakan. Tak payah nak menulis, ko taip jer sudah.


Jom DAYRE. Maca biasa....Follow lah skali...ahaks...


Note: Kerja bertimbun wei. Kimi CP lagi. Dilema....cuti? MC?

posted from Bloggeroid

Anak soleh ku Iman Hakimi diserang Chicken Pox. Malam khamis tu nampak binti2. Ingatkan gatal2 biasa sebab anak2 kat umah ni kulit sensiti...



Anak soleh ku Iman Hakimi diserang Chicken Pox. Malam khamis tu nampak binti2. Ingatkan gatal2 biasa sebab anak2 kat umah ni kulit sensitive. Sekali pagi jumaat tu naik biji2 berair. Sah...chicken pox ni. Terpaksalah EL. Tapi pagi tu bawa gi office juga sebab nak settle kan kerja. Kimi aku letak kat surau.


Masuk hari ni dah 4 hari Chicken Pox menyerang. Mulut pon ada ulcer. Pagi ahad tu nangis2 sebab mulut sakit. Sian sangat. Terpaksalah aku and hubby bergilir2 cuti ni. 1st time handle anak yang kena chicken pox ni. Risau sangat takut berjangkit kat adik2 dia ni. Kurantin dalam bilik, lama mana lah tahannya. Bosan dok dalam bilik katanya.


Ni dah nampak Chicken Pox tu dah nak kering. Aku mandikan dengan BASIC H SHAKLEE. Baguslah, tak der nampak kimi tergaru2. Kat umah ni pon tak menggoreng pon. Orang kata tak boleh menggoreng kalau anak kena chicken pox. Betul ker? Gian dah nak menggoreng ni...hehehe...


Buat anakku Iman Hakimi, semoga cepat sembuh. Makan pon kena pantang tau. Tahan sket gatal tu. Buat masa ni kena dok umah jer tau. Tak boleh gi jalan2.


Note: Harap2 tak jangkit kat diri sendiri juga.

posted from Bloggeroid

Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...



Tu lah, tau bawa kereta dan tau isi minyak kereta jer kan. Benda lain suma tak tau. Bila dah jadi macam ni, baru nak amik tahu...hehehe...Ni gara² bateri kereta kong Jumaat aritu. Terpaksa menolak keta ko. Gagah tak aku. Boleh tolak keta tu. SUPERMOM kan. Tipu jer. Tolak beramai² dan yang menolaknya semuanya WANITA. Haaa...silalah bayangakan macam mana wanita² ayu menolak keta dengan berbaju kurung. Haippp...gelak lah tu.

Sebelum ni memang dah rasa macam susah nak start enjin. Tapi buat don't know jer lah kan. Sekali masa jumaat aritu, elok jer amik anak². Nak gerak ballik umah lah ni. Kereta tak boleh start. Bila start jer kluar menatang merah lambang bateri tu. Banyak kali start...pon tak boleh. Nasib owner taska, kak sya and the gang ada lagi. Dia cakap bateri kong ni. Nasib lah bateri kong kat depan nursery. Buatnya kong kat tengah jalan? Mau nangis dibuatnya.

Keta plak makan jalan sket. Terpaksalah menolak menggunakan kuasa ultraman wanita. Ringan jer keta proton tu ko rupanya. Aku kawal steering, yang lain tukang tolak. Nak gelak pon ada. Nasib masa tu maghrib. Hari dah gelap dan orang suma dah berkurung dalam umah. Owner taska tolong hantar balik. Mekasih kak sya. 

Kereta parking kat nursery. Malam tu hubby datang bawak bateri baru. Sekali...boleh plak start enjin. Main² plak ko yer keta. Tapi memang dah kena tukar bateri pon. Itu dia dah bagi warning gamaknya. Dah 4 tahun usia bateri tu. 

Note: Banyak benda pasal kena nak kena amik tahu. 



Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week la...



Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week lagi. Bagi apa semua tak nak. Makan pon tak nak. Main campak jer. Sampai TAB aku tu pon dicampaknya. Aku nak buat kerja pon tak boleh. Menangis²...merengek². Nak ibu dia ni membelek dia 24/7. Nak mengempeng jer kerjanya.

Aku tak tau lah si Qhalif ni tantrum sebab apa. Sebab nak tumbuh gigi ker? Sebab nampak gigi geraham atas tu nak kluar. Bukan 1 geraham, tapi 2 geraham kluar serentak. Itu ker yang buat dia rasa tak selesa? Bayangkanlah...qhalif mengempeng waktu malam non stop. Iyer...non stop. Asal aku tarik nip, dia bangun dan menangis². Asal aku terjaga, nip aku masih kat mulut dia. Kalau aku tarik, nangis lagi. Sampaikan nip aku melecet, terbelah dan berdarah. Dugaan tak dugaan tu.

Baru ni aku demam 3 hari. Panas naik 39' Celsius gara² bengkak susu dan nip melecet. Nasib sebelah lagi ok. Bagi sebelah jer lah. Tu yang bengkak. Nak pam sakit. Bila pam, berdarah. Seksa hokey. Ni masih belum sembuh lagi. Ubat nya aku hanya letak susu ibu kat tempat yg terbelah tu. 

Sedih lah. Sampai satu tahap, aku dah fed up. Aku biarkan dia nangis. Apa lagi...nangis tak hingat, berguling² dah macam citer hindustan. Sampai aku pon kena tantrum skali. Ya! allah...betapa mencabarnya menjadi seorang ibu ni. Betapa mencabarnya nak menangani karenah anak kecil ini. 

Cepat² tantrum Qhalif ni pergi jauh². Ibu dah tak tahan dah dik. Ibu tak nak marah² awak. Nampak macam ibu ni bodoh sebab awak bukannya tau apa pon. Tau nangis jer. Tapi ibu ada banyak kerja rumah nak buat. Tak boleh nak tumpu perhatian kat awak sorang jer. Pagi ni pon awak nangis² tak nak gi nursery kan. Buat hati ibu tak tenang kat office ni tau. 

Saya harap saya boleh menjadi ibu yang baik buat anak² saya. Saya akui yang dunia keibubapaan ni bukanlah mudah. Kehadiran anak² adalah kegembiraan dan rahmat buat kita sebagai ibu bapa dan kadangkala perbuatan mereka menguji kesabaran kita. Dan kita kena ingat, anak² juga adalah sebahagian daripada ujian yang ALLAH berikan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna supaya mereka dapat membesar dan menjadi seorang muslim yang baik. In shaa allah...

Note: Bestnya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa :-(



Menerima sijil tamat belajar Bergambar beramai² Nantikan cerita selanjutnya sebab ada gambar yang tertinggal. Majlis yang simp...


Menerima sijil tamat belajar

Bergambar beramai²

Nantikan cerita selanjutnya sebab ada gambar yang tertinggal. Majlis yang simple tapi meriah. Siap kompang lagi ko.

Note: Anak yang convo, ibu dia plak yang sedih

Kes mata tak nak katup. Mengiring kiri, kanan, terlentang...pon tak jalan. Dah brapa kali pusing ni. Pejam mata dengan harapan boleh lelap.....

Kes mata tak nak katup. Mengiring kiri, kanan, terlentang...pon tak jalan. Dah brapa kali pusing ni. Pejam mata dengan harapan boleh lelap...haishhhh...tak lelap juga ni. Mata dah berat. Apa hal plak ni tak boleh tido.


Nak buat style Mr. Bean kira kambing biri2, tak der lah plak gambar kambing biri2 . Nak membaca, bahan bacaan tak der (umah PIL). Nak ngaji (pakai samseng tab pon blh), bendera nippon paint tgh berkibar. Hurrmmmm...APTB!!!


Note: Adoiiii...lapar lah plak pagi2 gelap ni. Klo kat umah sendiri. Dah lama cari makanan. Tapi ni kat umah mertua, seganlah uols.

posted from Bloggeroid

Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru *ceewaaahhhh ...



Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru *ceewaaahhhh ayat haku. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1434 Hijrah dan selamat datang 1435 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.



Note: Jom kita audit diri kita. Sudah berpuas hatikah dengan prestasi amal ibadah kita untuk tahun ni? 



Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe.. Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda : ...


Budak ni nangis bukan sbb kena pukul tau. Tapi tengah merajuk sebab ibu dia tak layan...hehe..

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :

Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya. ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ). 

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya. 

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. : 

Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)


Note: Bertabah dan Bersabarlah dalam mendidik dan menagani kerenah anak² kita. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri juga ni.

Extra Note: Selamat datang November. Kejap jer kan.





Ini berkaitan entry aku last year. Pasal Yuran Tadika yang Makin Mahal dan Hidden Fees . Boleh baca balik link tu. Ada dapat satu komen da...


Ini berkaitan entry aku last year. Pasal Yuran Tadika yang Makin Mahal dan Hidden Fees. Boleh baca balik link tu. Ada dapat satu komen dari seorang Anon. Dan ini jawapannya:


Dah baca? Dah faham kenapa yuran tadika makin tinggi? ini semua disebabkan expenses wajib kerajaan yang tinggi. Jadi, kita tak boleh lah merungut kalau yuran tadika makin mahal. Sejak hantar Iman Hakimi tadika dari usia dia 5 tahun lagi. Memang tiap² tahun meningkat naik yurannya. Samalah juga dengan yuran nursery. Nasib nursery kat tempat aku hantar anak² masih maintain bayarannya. Tak tau lah coming soon dia akan naikan fees plak. 

Psstttttt...ada citer hot. Masih tak habis lagi kisah Selipar Dalam Sangkar. Baru jer berlaku semalam. Tak per lah, kat dunia ko lepas lah, tapi kat akhirat? Tunggu jer lah balasannya. Nantikan kisahnya.

Note: Tersepit....antara jiran dan anak murid. Apakah???? Tunggu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...