Gambar screen capture. Video bley tgk kat FB/YouTube Dah tengok ker video ni? Kalau belum, silalah tengok macam mana pemandu lori ni ...



Gambar screen capture. Video bley tgk kat FB/YouTube

Dah tengok ker video ni? Kalau belum, silalah tengok macam mana pemandu lori ni memandu. Laju wei. Scary tengok masa terbalik tu. Berlaku petang smalam kat lebuhraya SKVE menghala ke Hospital Serdang. Disebabkan lori ni lah aku sangkut dalam kesesakan lalulintas yang sangat dasyat. Keluar jer susur highway SKVE ni dah sesak. Tak pernah² sesak teruk macam ni sepanjang aku kerja kar Cyberjaya. Kalau sesak pon slalunya start lepas Shell. 

Betapa hazabnya aku smalam. 2 jam 20 minit terperangkap dalam keta. Clutch, break, gear and handbreak jadi mainan smalam. Naik fening kepala aku dok dalam keta. Dengan perut yang lapar lagi. Nak ikut jalan lain aku tak reti. Aku kan buta jalan. Jalan tu jer lah yang aku tau. Nak tak nak terpaksa lah redah. Bertabah jer lah.

Bukan jalan jer sesak. Station minyak shell tu pon sesak. Berderet² keta nak isi minyak. Takut minyak habis tengah jalan disebabkan jalan sesak nak mamps kan. Habis minyak keta haku smalam. 

Note: Salute ah dengan orang yang balik pantai timur. Redah jalan sesak bila nak balik raya.

posted from Bloggeroid

Alhamdulillah. Rezeki dari hasil blogging. Seronok nya dapat kawan² alam maya yang pemurah. Even tak pernah bersua muka. Tapi macam dah l...


Alhamdulillah. Rezeki dari hasil blogging. Seronok nya dapat kawan² alam maya yang pemurah. Even tak pernah bersua muka. Tapi macam dah lama kenal jer. Aku nak ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada:




Pemberian FM buat FM collector macam saya ni. Bertambah koleksi. Bukan seketul, tapi 2 ketul. I love you lah nad. Amboiiii...kalau dapat barang jer i love you yer...ahaks...Erkkk...i love you ketat² kat uols semua tau. Nanti kita balas balik yer nad. Even baru jer follow blog nad ni, tapi nad sudi juga bagi FM. 

Haku skang ni jadi muka tak malu, asal orang bercuti jer kirim FM...ahaks...Ada juga yang beli. Dah naik ketagih wei. Tapi koleksi masih tak berapa nak banyak lagi. 




Ni masa raya aritu. Hamik ko, skang baru nak tepek dalam blog kan. Tak per...biar lambat janji ada kan ina. Sebagai penghargaan. Bookmark dari ina. Cute kan. Mekasih banyak² ina. I love you too.




Brooch dari masya. Ni pon dapat sebelum raya rasanya. Dah dua kali dapat hadiah dari masya ni. Masa 1st dulu dapat key chain sebab wish bday rasanya. Yang brooch ni sebab jadi salah sorang pengomen tegar kot. Erkkk...aku ni apsal pelupa sangat ni. Semuanya tak hingat. Kalau duit ingat jer kan...hahaha...

Kalau nak dapat hadiah dari masya, jadilah pengomen tegar maca haku. Thank you masya. Love you too. 


Abaikanlah pemandangan kat belakang tu yer

Ok...yang last ni bukan dari blogger, tapi dari tempat mencari rezeki. Sempena Deepavali. Macam ni lah office haku ni, kalau musim perayaan, akan dapatlah goodies bag. Untuk Christmas nanti tak tau dorang bagi apa plak.

Setiap pemberian adalah sangat² dihargai. Kalau ada yang sudi nak bagi, di alau² kan. Kecil tapak tangan, stadium Bukit Jalil hamba tadahkan. Nak soh tulis alamat skali ker...hahahaha...larikkkkk...

Note: Kecil atau besar pemberian seseorang itu, bukan lah ukuran. Semoga rezeki kalians bertambah murah.
posted from Bloggeroid

Dah lama tak citer pasal breastfeeding. Sedar tak sedar, dah setahun enam bulan aku breastfeed kan Qhalif. Ada tempoh 6 bulan lagi untuk c...


Dah lama tak citer pasal breastfeeding. Sedar tak sedar, dah setahun enam bulan aku breastfeed kan Qhalif. Ada tempoh 6 bulan lagi untuk cukup 2 tahun. Semoga impian itu dipermudahkan olehNYA. Bercakap pasal dugaan ni. Memang banyak dugaan ibu yang menyusu ni. Ini berdasarkan pada pengalaman aku sendiri. Dari anak 1st sampailah yang 3rd ni. Antaranya:

Alaaaa...tak der plak gambar Qhalif tgh BF

SUSU DROP 


Syiokkk sangat bila dapat hasil susu yang meriah macam ni kan ☺☺

Ramai di antara breastfeed mom di luar sana akan hadapi masalah yang sama kan? Tiba² susu merudum. Kadang² ni susu drop di sebabkan beberapa faktor. Antaranya stress, period, kurang mengepam bila berjauhan dengan baby dan juga pregnant. Macam aku, kalau period dan stress, memang susu drop. Pastu kurang plak minum air masak. Memang susah lah nak produce susu. Sebab tu ibu menyusu kena minum banyak air. Tak boleh stress². 

Pengalaman aku MENGANDUNG TANPA SEDAR. Ini juga mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ingatkan susu drop sebab stress. Sekali sebab lain. Mengandung daaaaa. Kononya fully breastfeed memang susah nak pregnant kan. Salah tanggapan itu ok. Kalau dah subur tu, subur juga...muahahaha...Jadinya...klo uols tak period dalam tempoh fully breastfeed tu. Pastu susu merudum tiba², silalah buat UPT test hokey. Jangan jadi macam aku. Kandungan dah 5 bulan baru sedar diri. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat. 

PUTING MELECET

Ini yang paling di takuti oleh ibu² menyusu diluar sana. Betul tak? Termasuk lah aku. Antara sebab puting melecet ni bila latching tak betul. Maksudnya bila mulut baby tak melekap dengan betul. Sebab tu boleh melecet. Lepas tu bila baby dah habis menyusu, jangan main rentap jer *akupernahbuat. Sepatutnya kena masukkan jari dalam mulut baby dan tarik pelan². 

Pengalaman aku, masa yang paling seriau menyusukan ImanQahirahQhalif adalah masa dorang tengah tido. Sebab apa? Sebab mulut masih melekap, pastu kang tetiba dia boleh plak ketap mulut tu. Tak ke menjerit dibuatnya. Yang gusi jer pon dah sakit inikan bila dah ada gigi penuh. Perghhhh...tak terbayang babe...ngeri. Tu yang buat puting boleh melecet dan berdarah. Rasa takut nak menyusukan anak sebab sakit  ko. Kejang² kaki aku menahan kesakitan. Nak mengepam apatah lagi kan. Nasib Medela Swing aku tu bley adjust slow to kuat suction nya. Tapi ubat untuk puting melecet ni senang jer. Sapu ngan AIR SUSU IBU. Elok lah dia.

BILA ANAK DEMAM

Macam aku ni, kalau anak² demam memang nak mengempeng jer. Kalau sekejap tak per, ini sampai berjam hokey. Tak boleh nak buat kerja lain. Kejap² nenen...kejap² nenen. Itu lah ubatnya kan. SUSU IBU kan penawar...hehehe...

SENTIASA LAPAR

Ini  pon dugaan juga ni. Asyik laparrrrr memanjang kan. Ko nak kurus, tapi asyik makan memanjang macam mana nak kurus kan. Makan dah macam bukan ko sorang yang makan. Dah macam membela gamaknya. Haku lah tu...hahaha...pagi, petang, siang, malam dan supper. Tengah² malam kelaparan ko. Dapat biskut/roti planta gula cicah ngan air milo pon jadi lah. 

Alhamdulillah...aku makan banyak tapi body masih maintain cute macam anak dara...akahs...*bluekkk...Betul apa kan. Jangan risau yer breastfeeding mom diluar sana. Menyusu badan akan membuatkan 500 kalori di bakar. Jadinya...tak payah lah nak diet. Cuma amalkan gaya hidup sihat sudah lah. Buat kerja rumah tu pon dah di kira bersenam apa kan. Ini salah satu badan aku kurus tak naik²...BF + buat kerja rumah + jaga anak yang tengah nak naik. Kalau still breastfeed tapi berat badan tak turun², tak dapek den nak nolong. Mungkin kena tambah anak lagi kot. Sebab penat kan...hahaha...Gurau jer. Ikut badan masing² lah. Bergantung pada metabolisme juga kot.

Untuk para suami pula, jangan salahkan isteri kalau isteri tertido masa menyusukan anak yer. Sebab apa? Sebab HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ini lah salah satu cara isteri nak berehat. Jangan kata isteri mengelat nak buat kerja yer. Asal menyusukan anak jer tido. Asal tido jer tengah menyusukan anak. Tak nak...tak nak...tak nakkk...Tak baik tuduh² isteri macam tu tau *Dah jadi prof izi hj ali pulok...ahaks...

Ini jer lah pendapat aku. Dugaan ibu yang menyusu. Aku kalau bercerita pasal breastfeeding ni memang hover kan....hehehe...seronok tau sharing² macam ni. Lagi seronok bila kawan² bertanya pasal BF. Semangat nak fully BF macam kita² ni. Gagal sekali tak bermakna gagal untuk selama² nya kan. Think positive, usaha, niat dan jangan putus asa. Melainkan jika anda sakit dan tak boleh nak breastfeed baby.

Note:  Hot lah keyword nuffnang haku ni. 




Simple menu untuk dinner malam tadi. Kebetulan sotong dah siap siang. Tinggal nak masak jer. Tu yang cepat sket siap. Nak buat sambal, asy...


Simple menu untuk dinner malam tadi. Kebetulan sotong dah siap siang. Tinggal nak masak jer. Tu yang cepat sket siap. Nak buat sambal, asyik sambal jer. Trus google resipi yang berasaskang sotong. Semua dihujung jari katakan. Ok...jumpa menu yang simple ni. SOTONG MASAK LADA HITAM.


Tadaaaaa...kejap jer dah siap. Menu simple katakan. Orang macam aku ni memang suka resipi yang simple². Cepat dan mudah. Kebetulan bahan² suma ada. Cuma aku derhaka sket ngan resipi bila daun bawang di ganti dengan daun sup. Nampak cantik sket kalernya. Nak resipi? Nah...salin ni:

Bahan A :

  • 300 gram sotong - dipotong kecil 
  • 1 labu bawang besar - dipotong gelang 
  • 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar 
  • 1 biji tomato - dipotong 4 
  • Daun bawang - dipotong 1 inci 
  • Garam - sekiranya perlu 

Bahan B (Bagi Menumis) :

  • 3 ulas mawang merah 
  • 2 ulas mawang putih 
  • 1 tangkai cili merah 

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu. 
  2. Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam. 
  3. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato. T
  4. Tutup api dan taburkan daun bawang.
  5. Sedia dihidangkan.
Resipi dari:  MR. MAMA

Dah salin? Jangan lupa masak tau. Boleh juga diganti dengan daging, ayam, udang dan ketam. Rasanya...perghhhhh...memang terbaik. Makan plak dengan nasi panas². Terangkat babe sebab panas dan pedas. Habis lah lauk ngan nasik seperiuk untuk 5 beranak ni makan malam tadi. Next time boleh repeat lagi Sotong masak lada hitam ☺☺

Note: Hari² fikir pasal masak sampai dah tak tau nak masak apa. 


Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haa...


Kalau orang lain fobia dengan binatang atau yang sewaktu dengannya. Tapi aku fobia dengan benda lain. Aku fobia dengan SIMPANG EMPAT. Haaaa...gelak lah...gelak. Tak kelakar hokey.

Lakaran untuk lebih pemahaman...ahaks...

Fobia aku bermula bila aku hampir accident dekat simpang empat ni. Boleh baca [SINI] dan [SINI] Semuanya berpunca dari sikap pemandu² yang suka suki keluar simpang tanpa tengok kiri dan kanan. Tak kiralah pemandu wanita atau pon lelaki. Bukan sekali dua aku kena. Dah banyak kali tau sehingga mendatangkan perasaan curiga/was² bila nak lalu kat simpat empat ni. Ada dua simpang empat yang aku fobia. Kat office aku ni dengan kat area umah aku, kawasan perumahan Taman Kajang Impiana. Hover ker perasaan aku tu?

Bila nak lalu jer kat simpang tu, aku dah get ready. Slow kan keta yang sepatutnya memang laluan aku pon. Aku plak yang nak kena benti tangok klo ada keta suka suki nak kluar simpang secara mengejut. Bukan tu jer tau. Setiap kali nak lalu hati aku ni rasa berdebar². Siap bunyikan hon lagi ko. Tak ker fobia namanya tu? Meh baca ni:

Fobia dikategorikan dalam penyakit keresahan atau anxiety disorder. Simptom utama yang terdapat pada orang yang mengalaminya ialah perasaan resah. Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain. 

Simptom fizikal yang dapat dilihat pada orang yang fobia adalah ketara seperti sesak nafas dan jantung berdegup deras. Ini akan menjurus pada sakit dada, tangan dan badan menggeletar. Rasa tercekik, berpeluh, rasa loya daripada dalam perut dan kepala pening seperti hendak pitam. 

Antara jenis fobia yang biasa ialah:

Fobia terhadap sesuatu situasi tertentu seperti doktor gigi, memandu, membuat persembahan di depan khalayak ramai, lalu di bawah jambatan atau terowong dan menaiki tangga bergerak.

Sumber: [SINI]

Nampak tak...nampak tak. Sindrom tu ada pada aku walaupon tak banyak. Kena dapatkan rawatan ni sebelum melarat...muahahaha...

Note: Fobia dengan lipas pon tak seteruk ngan fobia simpang empat ni tau...ahaks...Uols plak fobia pada apa?


Ini fakta ker auta? Terbaca status FBI kat FB smalam. Notis Perletakan jawatan berkuat kuasa 24 October 2013. Alaaaa...tak best lah maca...



Ini fakta ker auta? Terbaca status FBI kat FB smalam. Notis Perletakan jawatan berkuat kuasa 24 October 2013.


Alaaaa...tak best lah macam ni. Tak best klo FBI tak der. Tak cerialah pagi ku lepas ni. Tiap2 pagi memang dengar HOT fm. Sama2lah kita tunggu kesahihannya yer. Sama ada betul atau tak FBI letak jawatan.


Note: Dah bersedia ker nak dengar pembentangan belanjawan pukul 4.00 ptg jap lagi? Mcm dah dapat agak jer ;-)

posted from Bloggeroid

Buat orang² Bangi, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau tak der aktiviti minggu ni, meh terjah event ni. Date: 26th ...

Buat orang² Bangi, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau tak der aktiviti minggu ni, meh terjah event ni.


Date: 26th October 2013
Duration: 9.00 am to 6.00 pm
Venue: Skatepark Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Selangor

Activities

  • Skateboard Clinic
  • Basic Skateboarding skills such as balance, pushing & ollie
  • Demo Skateboards are available
  • Skateboard Competition
  • Open Box Best Trick
  • Non-sponsored 3-Stair Best Trick
  • Aggressive Inline (Rollerblade) Competition
  • Mini Ramp open Comp (Run)
  • Mini Carnival
  • Product Toss
Prizes
  • 1st Place - RM300 + Products
  • 2nd Place - RM200 + Products
  • 3rd Place - RM100 + Products
Admission

Free for all


posted from Bloggeroid

Kelmarin citer anak. Semalam anak. Harini pon bercerita pasal anak lagi. Asyik citer anak jer lah ko kan jemah. Gasaklah, blog haku. Suka su...

Kelmarin citer anak. Semalam anak. Harini pon bercerita pasal anak lagi. Asyik citer anak jer lah ko kan jemah. Gasaklah, blog haku. Suka suki haku lah nak citer pasal apa kan. Yang pasti, klo bercerita pasal anak, memang tak membosankan.




Kisah si kakak yang solehah, lagi bijak dan active. Bila dah bosan menconteng kertas, conteng dinding, conteng kerusi dan yang best...conteng diri sendiri. Makanya, kita cari barang baru untuk diconteng. Dan yang menjadi mangsanya adalah si adik...menjadi mangsa hasil contengan si kakak. Pasrah lah si adik bila kakak buat body art kat kaki dia tu.


Mak pon tak perasan noks bila masa dia buat body art kat badan adik dia ni. Masa nak BF baru perasan. Sehingga hari ini kesan contengan tu masih ada. Harap maklum. Nasiblah ko tak conteng muka adik kakak.




So sweet. Macam ni lah kekadang mereka. Sayang betul kakak kat adik kan.


Note: Al-Fatihah buat pegawai bank yg mati ditembak tu. Memang kejam betul lah :-(

posted from Bloggeroid

Alahaiiiii...anak omak. Mengerjakan lipas dan mengejar lipas. Lintang pukang ko lari yer lipas. Macam dah tak ada mainan lain plak anak2 k...



Alahaiiiii...anak omak. Mengerjakan lipas dan mengejar lipas. Lintang pukang ko lari yer lipas. Macam dah tak ada mainan lain plak anak2 ku yang soleh solehah ni. Lipas gak jadi bahan mainan.


#makbanyakanak ni layan jer lah. Jangan ko tangkap and campak lipas tu kat ibu sudah. Ibu ko ni alergic dgn lipas. Dan juga Asal ko tak bergaduh adik beradik.


Note: ImanQahirahQhalif klo nampak lipas memang mcm ni lah. Takat kejar & tengok jer :-)

posted from Bloggeroid

Ok...Strata Title for my Home Sweet Home Apartment dah siap. Gulpppp...telan air liur jap bila tengok fees. Nasib tak fengsan. Mari kita ...


Ok...Strata Title for my Home Sweet Home Apartment dah siap. Gulpppp...telan air liur jap bila tengok fees. Nasib tak fengsan. Mari kita mengumpul duit dari skang. Harap2 dapat bonus sebelum due date nak kena bayat Strata Title ni.

Apa itu Strata Title? Meh nak explain sket pada yang belum tahu. Ok murid2, Strata Title adalah Hakmilik yang dikeluarkan untuk setiap unit (petak) bagi sesebuah bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih atas tanah bermilik yang dipegang sebagai satu lot dimana kelulusan bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan (Seksyen 6 AHS). Contohnya rumah Pangsa, Pangsapuri, Condominium, Penthouse, Kompleks Komersial dan Rumah Kedai. Kalau rumah bawah atau landed house, ianya dipanggil Individual Title.

Ok, tempoh yang diberi untuk settle kan bayaran Strata Title ini adalan 12 bulan bermula dari tarikh surat yang dihantar oleh Lawyer pada kita. Dan kena make sura semua fees seperti maintenance, cukai tanah dan apa² jenis cukai kena clear. Then baru bley bayar Strata Title ni. Kalau lewat bayar dari tempoh yang telah ditetapkan, kena penalty babe. Tapi kan, expenses charged dari lawyer ni mahal tau. Travelling Expenses jer sampai RM300.

Antara lain yang perlu anda tahu mengenai Strata Title.

S: Bilakah Hakmilik Strata perlu dipohon?

J: Permohonan boleh dibuat oleh pemaju/pemilik tanah walaupun bangunan yang telah siap dibina itu belum dikeluarkan Sijil Menduduki (C.F.). Permohonan sedemikian hanya akan diluluskan oleh PTG setelah hakmilik tetap dan Sijil Menduduki penuh diperolehi.

S: Bagaimanakah caranya memohon Hakmilik Strata?

J: Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan bayaran dan lain keperluan seperti dalam senarai semak.

S: Mengapakah Hakmilik Strata perlu dipohon dan didaftarkan?

J: Ia bertujuan untuk menjamin kepentingan pembeli rumah berbilang tingkat sebagai pemilik berdaftar dari segi pegangan hakmilik strata. Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh pemilik petak berdaftar seperti berikut :-
  • Hak ke atas harta bersama mengikut unit syer setiap petak. 
  • Hak ke atas keuntungan dari hasil jualan tanah sekiranya pecah bahagi bangunan ditamatkan atau tanah dijual. 
  • Hak ke atas pampasan insuran akibat dari bencana alam.
  • Hak mendapat sokongan, perkhidmatan dan perlindungan bagi petaknya. 
  • Mempunyai kuasa-kuasa sebagai seorang pemilik berhubung dengan petaknya seperti membuat urusniaga (pindahmilik, memajak, menggadai dan sebagainya).
S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak? 

J: Di dalam skim strata, unit strata dikenali sebagai ‘petak’.

S: Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori? 

J: Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Sumber: SINI

Note: Nama jer kerja bahagian Property Development. Tapi Strata Title pon baru nak amik tahu...ahaks...

posted from Bloggeroid



” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam ur...



” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”

Hari ni anak bujangku, Iman Hakimi yang soleh tu exam. Exam akhir tahun. Semoga berjaya Kimi. Dan juga semoga berjaya buat anak² yang exam hari ni. Baca Bismillah dulu. Jawab soalan dengan tenang yer.

Macam ni lah kalau anak nak exam. Mak pulak yang terlebih over. Anak relax jer. Tu baru periksa untuk sekolah tadika. Belum masuk peperiksaan besar lagi kan...ahaks...

Note: Next month ada majlis convocation plak. Teruja mak noks. Dasyat bebudak tadika skang kan.


Dah lama sebenarnya mengidam nak rasa Anis Chocolate Melt ni. Ramai yg kata sedap. Aku plak memang penggemar coklat. Kek coklat apatah l...



Dah lama sebenarnya mengidam nak rasa Anis Chocolate Melt ni. Ramai yg kata sedap. Aku plak memang penggemar coklat. Kek coklat apatah lagi kan. Kebetulan pagi tadi isi minyak kat petronas seksyen 7 tu. Cari makanan nak buat breakfast. Terjumpa plak kek Anis ni. Beli lah kan. Takkan tengok jer kot...ahakssss...

Sampai office trus makan. Perggghhhhh...sedapnya. Tak kedekut coklat. Tebal coklat dari kek. Sekejapan jer habis. Pastu mulalah rasa serba salah sebab ingat kat anak2. Anak2 pon suka kek coklat gak...uuwaaaaa...Macam ni lah kita kan uols, makan mesti ingat kat anak. Tak dapat simpan banyak, simpan sket utk anak makan pon tak per. Tapi...kesedapan kek ni buat aku lupa...cisss...Nanti ibu beli untuk kamu yer ImanQahirahQhalif :-)

Note: Bilalah nak belajar buat kek ni.
posted from Bloggeroid





Tazkirah dihari Jumaat...Penghulu segala hari. Info yang sangat baik untuk direnung-renungkan dan dikongsikan bersama.  Ramai oran...


Tazkirah dihari Jumaat...Penghulu segala hari. Info yang sangat baik untuk direnung-renungkan dan dikongsikan bersama. 


Ramai orang membaca Al-Fatihah dengan tergesa gesa keranan ingin menghabiskan solat dengan cepat. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah tersebut, ALLAH menjawab satiap ucapan kita.

Dalam setiap Hadits Qudsi, ALLAH S.W.T berfirman:

'Aku membagi solat menjadi menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-ku'

Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya

Ketika kita mengucapkan "Alhamdulillahi-Rabbil'alamin"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah memuji-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-Him"
Allah menjawab: "Hamba-ku telah mengagungkan ku"

Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin"
Allah menjawab: "Hamba-ku memujaku"

Ketika kita mengucapkan "iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-ku"

Ketika kita mengucapkan "Ihdinash siratal mustaqim,siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin"
Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-ku. Akan ku penuhi yang ia minta" (HR Muslim dan At-Tirmidzi)

Berhentilah seketika setelah membaca setiap satu ayat, Hayatilah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

Seterusnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pon sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barangsiapa yang ucapkan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-nya. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Note: Ya Allah..berikanlah daku petunjuk. Agar bisa ku meneruskan hidup. Agar bisa ku berjalan di jalan yang lurus. 



Betul tak. Kekadang dah tak boleh nak jadi referee. Referee dah give up. Gaduh lah ko adik beradik. Mak jadi pemerhati jer. Penat gaduh ...



Betul tak. Kekadang dah tak boleh nak jadi referee. Referee dah give up. Gaduh lah ko adik beradik. Mak jadi pemerhati jer. Penat gaduh elok balik main sesama bergelak ketawa. Tu belum masuk si adik lagi tu. Bley tahan gak si qhalif yg bijak tu. Kepala ada dua pusar. Abang ngan kakak ada satu jer pusar.


Note: Lawak gak kekadang tgk anak2 berkelahi ni. Macam2 aksi. Tapi klo dah masuk aksi ganas memang ibu join skali lah :-)

posted from Bloggeroid

Kalau bertaburan ketulan emas, best sket nak mengutipnya kan. Kerjaan anak2 ku yang soleh solehah. Macam manalah pitching ibu ko ni t...

Kalau bertaburan ketulan emas, best sket nak mengutipnya kan.



Kerjaan anak2 ku yang soleh solehah. Macam manalah pitching ibu ko ni tak tinggi nak oiiiii...Main secara berjemaah. Tapi bila suruh kemas memasing buat tak tau. Bila si abah dah bersuara, tau takuttt. Sepahkan lah lagi. Penat yer kutip duit syiling tu :-)

Note: Anak2 kalau ngan ibu memang tak berapa nak ikut arahan. Tapi klo si abah, cakap sket jer trus buat...hurmmm...
posted from Bloggeroid





Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercut...


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana, Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke.. 

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Note: Entry C and P jer...ahaks...Smoga kita dapat menjadi tetamu ALLAH satu hari nanti. 


'Banyak apa yang saya inginkan dalam hidup ini tidak tercapai. Kadang² saya berdoa menangis minta pada Allah. Tapi tetap tidak dapat ...


'Banyak apa yang saya inginkan dalam hidup ini tidak tercapai. Kadang² saya berdoa menangis minta pada Allah. Tapi tetap tidak dapat apa yang saya inginkan. Adakah ini hukuman kepasa dosa saya yang banyak di masa lampau. Saya menangis sepanjang malam tapi doa saya tidak dimakbulkan'

Antara persoalan² yang sering bermain difikiran...KENAPA DOA SAYA MASIH BELUM TERMAKBUL? Aku juga tak terkecuali dari persoalan ini. Meh baca jawapan dari USTAZ EBIT LIEW:

Kamu menangis tapi kamu hanya minta apa yang kamu mahu. Menangis lagi banyak² dan minta kasih sayang ALLAH. Saya dengar depan Kaabah orang menangis tapi minta 'Ya allah, bagilah saya jawatan sekian..bagi saya kedai buku banyak..bagi saya sekian²...'

SEBENANRNYA KITA BELAJAR MENANGIS MINTA KASIH SAYANG ALLAH DULU.  YA! ALLAH, KAMI DAPAT KASIH SAYANG DAN CINTA MU..KAMI DAPAT SEGALANYA. YA! ALLAH, KAMI TAK KAYA..TAK SENANG TAK PE YA! ALLAH, TAPI KAMI HANYA NAK MU YA! ALLAH. Lepas tu baru minta Ya! Allah, saya nak ini sekian²...

Allah tahu apa yang kita nak. DIA tahu kita lemah. Tapi DIA suka kita belajar minta dan cakap yang betul. Ini kerana kelemahan dan kejahilan kita, kita tak tahu apa yang baik untuk kita. Allah suka kita belajar² minta kasih sayang ALLAH

Bangunlah dan belajar minta IMAN, KASIH SAYANG ALLAH, RAHMAT ALLAH. Kita akan lihat bagaimana Allah keluarkan kita dari segala kesulitan dan bagaimana Allah membahagiakan kita. Tidak pernah kecewa orang yang kembali pada ALLAH.

Note: Peringatan buat diri sendiri. Allah ada banyak cara untuk mendekatkan diri kita setiap saat kepada NYA. Dalam setiap cara itu ALlah akan menguji keikhlasan, kesabaran dan keyakinan setiap hambaNYA. Mungkin Allah ingin menambah pahala dari ibadah khusyuk, munajat dan doa yang kita panjatkan setiap hari.



Haritu demam & muntah2. Alhamdulillah...dah sihat. Selasa plak dah start batuk2. Pagi ni plak dah siap package...DEMAM, BATUK & SE...



Haritu demam & muntah2. Alhamdulillah...dah sihat. Selasa plak dah start batuk2. Pagi ni plak dah siap package...DEMAM, BATUK & SELSEMA...huhuhu...Sian anak tanja ibu yang soleh ni.


Tak tenang hati ni dok kat office. Memikirkan anak yang tak sihat. Lagi bertambah gundah gulananya bila pagi tadi hantar nursery, dak qhalif yang bijak ni nangis. Badan pon masih dedar lagi...uuwwaaaa...ibu pon nak nangis juga. Ibu kena habiskan keja dik. Next week ibu cuti 2 hari. Tadika & nursery tutup.


Terasa selfish pula diri ini bila anak tak sihat tapi masih gi office. Ya! Allah...sembuhkanlah demam, batuk dan selsema Iman Qhalif.


Note: Musim demam kot skang ni. Harap2 tak berjangkit kat abang & kakak.

posted from Bloggeroid

SUPERMOM with a Brilliant, Clever, Handsome and Beautiful SUPERKIDS. A MOTHER is she who can take the place of all others, but whose place...


SUPERMOM with a Brilliant, Clever, Handsome and Beautiful SUPERKIDS. A MOTHER is she who can take the place of all others, but whose place no one else can take.


MY NAME IS MOM...

The telephone's ringing, the TV is blaring
Sister is crying' cause Brother's not sharing
There's a spill on the carpet that no one will claim
There's no time for sitting when Mommy's your name...

The laundry is folded but not put away
The dishes you just washed are from yesterday
Without any warning your relatives came
There's no getting caught up when Mommy's your name...

You drive to the market, you drive to the school
You drive to the cleaners, you drive the carpool
You drive yourself crazy, it's really a shame
There's no time for resting when Mommy's your name...

To your bedroom sneak to find peace for a minute
But your minute is over before you begin it
Your little one finds you and thinks it's a game
There's no time for hiding when Mommy's your name...

At night as you kneel to thank heaven above you
An angel creeps in and says, 'Mommy, I love you'
You may not know glory or fortune or fame
But you are  lucky when mommy is your name!!!

Source: FB│Islam For Kids

Note: There is no person stronger than a MOTHER and i'm proud to be one. 




Perkenalkan....ini Mak saya, Salbiah bt Abdul Rasid. Bersama sahabat baik, Umi Kalsom...sahabat setia, sahabat susah senang bersama, sahab...



Perkenalkan....ini Mak saya, Salbiah bt Abdul Rasid. Bersama sahabat baik, Umi Kalsom...sahabat setia, sahabat susah senang bersama, sahabat berjalan ke mana2, sahabat tempat luahan perasaan, sahabat disaat memerlukan pertolongan, sahabat yg berjiran dan juga sahabat untuk selamanya.


Mak...walaupon tangah sakit, tapi masih dapat disembunyikan rasa sakit itu. Wajah mak masih mampu tersenyum. Masih berseri. Badan mak pon dah susut. Dulu tak mcm ni. Mungkin berat badan susah nak naik sbb faktor umur. Owhhhh...rindunya kat mak. Raya haji ni org balik yer mak. Mak jangan banyak fikir sangat. Jaga kesihatan. Lawan perasaan jahat yg dtg tu. Org nak soh dok bangi tapi mak tak nak. Org nak jaga mak :-(






Ini pula sahabat mengecil dan membesar bersama. Suraya, anak kepada cik Umi dan juga Radziah. Kami hidup berjiran. Masih terbayang kenangan masa zaman kanak2. Kenangan yg indah dan tak pernah dilupakan.




KAMI...masih bersahabat walaupon jarang bersua muka. Biasalah, memasing dok jauh. Aku kat Bangi, Su kat Pandan & Radziah plak kat Dutamas.


'GOOD FRIENDS ARE LIKE STARS. YOU DON'T ALWAYS SEE THEM, BUT YOU KNOW THEY'RE ALWAYS THERE'


Note: Buat mak, my BFF dan juga kawan2 Alam Maya...Sayang kamu ketat2.

posted from Bloggeroid

Sedang membayangkan berada di dalam kolam. "Arghhhh...bestnya dapat mandi dalam pelampung ikan ni"...ko nampak tak tu. Bukan m...



Sedang membayangkan berada di dalam kolam. "Arghhhh...bestnya dapat mandi dalam pelampung ikan ni"...ko nampak tak tu. Bukan main tersengih2 si qhalif yang bijak ni. Ntah apa lah yang bermain dalam kepala tu kan.


Ni kes tak dapat mandi kat Sunway Lagoon sabtu aritu kot. Dapat tengok abang dan kakak jer mandi manda. Kebetulan plak qhalif tak sihat. Muntah2 pagi tu 5 kali. Sebelum gi SL tu singgah klinik dulu. Dr pesan jgn bagi mandi kolam.


Sian qhalif. Lemah jer aritu. Petang tu muntah selambak lagi. Total muntah of the day adalah 8 kali. Risau wei. Klo berlarutan juga memang kena gi spital. Tapi Alhamdulillah, ahad tu dah ok dan dah berselera nak makan. Pheeewwww...syukur.


Note: Nanti kita gi mandi kolam yer dik. Nak beli kolam beso tu rumah kita ni apartment. Tak kan nak mandi kolam kat balkoni kot :-)

posted from Bloggeroid

Ragam anak2. Sebijik macam dalam gambar ni. Boleh jer buat sendiri sebenarnya tapi nak IBU juga yang buat. Bab makan tu pon sama juga. L...



Ragam anak2. Sebijik macam dalam gambar ni. Boleh jer buat sendiri sebenarnya tapi nak IBU juga yang buat. Bab makan tu pon sama juga. Layan kan jer lah sebab dorang masih kecik lagi. Bila mereka dah besar nanti, mesti kita akan rindu moment2 yg macam ni kan :-)


Note: Salam pagi isnin. Tak nak monday blues yer hari ni.

posted from Bloggeroid

Satu jer peringatan, kalau tak suka berjiran dengan skolah tadika, ko buatlah umah tu kedap bunyi. Tak pon ko duduk dalam hutan. Hanya ko &a...

Satu jer peringatan, kalau tak suka berjiran dengan skolah tadika, ko buatlah umah tu kedap bunyi. Tak pon ko duduk dalam hutan. Hanya ko & family jer dlm tu...tak der gangguan.


Kisah petang smalam... Masa amik kimi kat school. Sedih jer muka. Rupa2nya selipar sebelah tak der. Cikgunya pon mula bercerita. Selipar kimi tercampak kat umah sebelah. Nak diambil selipar tu, tapi selipar dah di campak dalam sangkar kucing oleh tuan rumah. Diulang...DI LETAK DALAM SANGKAR KUCING. Nampak dpn mata. Tak teringat nak amik gambar. Kot yer pon ko tak suka bebudak tadika tu & cikgu2 skali. Ko campak kan lah balik selipar tu klo ko tak nak bagi cara elok.


Pagi ni si abah nak minta balik selipar tu. Nak tau tak...bukan sebelah selipar jer yg ada, byk rupanya selipar budak dlm sangkar tu. Si abah pon tak teringat nak amik gambar. Di angkut semua sekali selipar bebudak tu. Klo di ikutkan memang dia nak jumpa owner rumah tu. Memang panas hati rasanya.


Betapa busuknya hati org yg bernama JIRAN ni. Bangsa kita...islam. Come on lah...bebudak, memanglah bising. Klo x bising bukan budak namanya. Cikgu2 ni pon nampak mcm tak berani dgn jiran dia ni. Mungkin dorang pernah kena sound agaknya.


Bebudak ni pepagi dah alunkan nasyid dan ayat2 suci al-quran. Tadika PASTI kan. Tak ker sejuk hati bila mendegar. Dalam hidup berjiran, kita tak boleh expect siapa jiran kita. Kekadang jiran sering bertukar2. Siapa pon mereka, kita kena hormat sesama jiran tak kira bangsa dan agama. Next time klo nak cari umah, jgn cari umah yang sebelah corner lot yer.


Peringatan buat kita semua.


" BARANG SIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, MAKA HENDAKLAH DIA BERBUAT BAIK KEPADA JIRAN TETANGGANYA" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


"HENDAKLAH SESEORANG ITU BERPERILAKU BAIK TERHADAP JIRAN TETANGGANYA" (Hadis Mustafaqun'alaih)


Note: Thank you so much to my hubby sebab dah selamatkan selipar anak2 PASTI tu. Tak tau lah dah berapa lama selipar2 tu duduk dalam sangkar kucing.


Extra Note: Entry luahan prasaan yg agak panjang. Sedih tengok anak aku nangis ptg smalam tau. Anak bujang tu memamg sensitif :-(

posted from Bloggeroid

Perghhhh...nampak tak? Kena ada pendapatan RM12,000 sebulan tu klo nak beli rumah. Tak payah nak tunggu tahun 2020, skang pon dah tak mamp...



Perghhhh...nampak tak? Kena ada pendapatan RM12,000 sebulan tu klo nak beli rumah. Tak payah nak tunggu tahun 2020, skang pon dah tak mampu nak beli. Harga rumah dan yang sewaktu dengannya memang tiap2 tahun akan naik. Tapi gaji? Naik tak seberapa. Tapi alhamdulillah, kami dah ada aset yang satu ni. Even hanya sebuah apartment. Itu jer yang mampu.


Dimana/macam manalah kita dan anak2 kita pada tahun 2020 nanti kan. Kereta makin mahal, rumah makin mahal, kos sara hidup makin tinggi dan macam2 lagi lah. Yang kaya makin bertingkek2 hartanya. Yang tak kaya ni?...renung2 kan lah yer pak2 menteri sekalian.


Note: Bila membaca laporan audit negara, betapa banyaknya pembaziran yg tak sepatutnya. Sedih :-(

posted from Bloggeroid

Sejak dah pandai buat bread pudding ni kan, asyik nak membaking jer. Tu blom pandai buat kek lagi. Kalau dah pandai sok?..hehehe...Ini seb...



Sejak dah pandai buat bread pudding ni kan, asyik nak membaking jer. Tu blom pandai buat kek lagi. Kalau dah pandai sok?..hehehe...Ini sebenarnya nak menghabiskan stok roti yang ada kat umah tu. Terlebih beli plak. Si isteri dah beli, tapi si suami ni tak perasan agaknya, dibelinya lagi. Mau muntah roti ko.


Daripada expired macam tu jer, rugi kan. Nak buat bread crumbs, jarang sangat pakai. Yang ada tu pon tak habis2 lagi. Jadinya...kita buat bread pudding jer lah. Bread pudding klo makan sejuk2....perghhhh...memang nikmat :-)


Pagi ni berbekalkan bread pudding. Satu bekas utk anak2 dan satu bekas lagi untuk mak budak. Bapak budak? Biasalah...org lelaki ni ikut mood kalau nak bawa bekal kan.


Note: Hari ni ada pasar malam. Gantung kuali lah malam ni :-)

posted from Bloggeroid

Setelah lama mencari, kini baru ku jumpa. Nak ke pasar Chow Kit jauh sangat. Last2 jumpa kat pasar malam seksyen 7, bangi ni jer. Sekilo r...



Setelah lama mencari, kini baru ku jumpa. Nak ke pasar Chow Kit jauh sangat. Last2 jumpa kat pasar malam seksyen 7, bangi ni jer. Sekilo rm5. Yang dah siap goreng 5 biji rm2. Ada yg aku dengar 5 biji sampai rm3 pon ada. Apsal buah cempedak ni mahal sangat haaaa???




Semerbak bau cempedak goreng satu rumah. Weekend aritu breakfast cempedak goreng. Puas makan ko. Klo beli yang dah siap goreng, rasa tepung dari rasa buah cempedak tu sendiri. Alhamdulillah...cempedak goreng yg dibeli ni manis. Cuma isinya nipis sket. Biji beso. Tapi cempedak ni angin sket. Tapi ku bedal jer. So far tak der plak qhalif meragam.


Kita kena ingat. Kalau beli buah-buahan, dapat yang tak manis atau sebaliknya, jangan salahkan penjual yang menjual yer. Sebab yang menjadikan buah itu cantik bentuknya, warnanya, manis dan masam rasanya adalah dari ALLAH...yang maha pencipta.


Peringatan buat diri sendiri juga ni. Kekadang TERmerungut bila dapat buah yang tak sedap. Salah kan penjual plak...haishhh...cecepat istighfar.


Note: Nak membeli cempedak lagi lah. Esok ada pasar malam :-)

posted from Bloggeroid

Hari ni my SIL amik exam PMR. Good Luck mak su Nadia dan juga calon² PMR yang lain. Mulakan dengan lafaz bismillah dan jawab soalan den...



Hari ni my SIL amik exam PMR. Good Luck mak su Nadia dan juga calon² PMR yang lain. Mulakan dengan lafaz bismillah dan jawab soalan dengan tenang. Agak² berapa bley score ni mak su >_<. 

Note: Mak su yg rajin layan anak² buah ☺☺



Budak baru lepas menyusu yang tersandar kekenyangan dengan kepuasan berganda terpancar diwajah. Sampai terbukak butang baju. Nampak seksi ...



Budak baru lepas menyusu yang tersandar kekenyangan dengan kepuasan berganda terpancar diwajah. Sampai terbukak butang baju. Nampak seksi lah dik...auuwwwww...Sedap yer susu ibu ni. Macam2 rasa ada...ahakssss..


Alhamdulillah, dah tak menggigit lagi masa breastfeed. Tenang rasa hati ni. Cuma tu lah, klo budak bijak ni dah menyusu, amik masa yang lama. 30 minit- 1 jam. Klo tido malam lagi lah, lebih dari ni. Asal cabut jer mata dia celik...haishhhhh...


Note: Yeayyyy...sabtu ni ada Family Day.

posted from Bloggeroid

One of my favourite chinese food. Tak payah nak gi hotel atau restaurant chinese food. Kat kedai mamak pon ada tau. Dorang buka stall kat si...

One of my favourite chinese food. Tak payah nak gi hotel atau restaurant chinese food. Kat kedai mamak pon ada tau. Dorang buka stall kat situ :-)




Ni melantak tengah malam smalam. Supper lak kononnya kan. Kisahnya...nak amik SIL kat KLIA. Sekali dia call kata flight delay plak. Tunda pagi ni. Nasib baru nak kluar main gate.


Jadinya...bawa anak2 pusing2 isi minyak keta jerlah. Bebudak tu dah excited sbenarnya. Nak berjalan kan, mananya tak happy. Untuk tak menghampakan dorang, kita lepak kat Hj Tapah Bistro sambil layan wifi free jerlah...ahaks...


Note: Bosannya bila blogspot dah kena blocked ni...haishhhh...

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...