AFB Feeds

Amacam...cun tak awek nih *bluekkkk...muntah hijo*...ekekeke. Sweet seventeen lah sangat kan. ...



Amacam...cun tak awek nih *bluekkkk...muntah hijo*...ekekeke. Sweet seventeen lah sangat kan. Perasan muda belia lagi. Padahal umur dah masuk three series ^_^.  

Ada rupa macam student tak atau macam budak sekolah?...kahkahkah..ferasan lagi. Ini orang yang kata tau. Bukan saya yang suka suki nak bagi statement tu. Aritu masa gunting rambut. Akak tu tanya student lagi ker? Study kat mana? Owh...kembang jap vontot mak noks. Orang ingat mak student...i loike ^_^. Saya pon jawab lah dengan jujur, Saya dah kahwin kak...anak pon dah 3 orang. 'Laaaaaa...ingatkan student'...hehehe..


Pastu masa training last week. Ada sorang tu cakap saya ni macam budak skolah. Muka macam budak skolah jer. Owh...kembang lagi noks...wakakaka...Siapa yang tak suka orang cakap macam tu kan. Kalau jual saham pon, masih laku lagi nih...tettttttttt...Mungkin sebab faktor tubuh badan saya yang petite dan cute ni kot. Cute ker...ahaks...tu yang orang ckp macam budak skolah/student. 

Layan jer lah erk. Sekali sekala buat entry tayangmukasyoksendiri, apa salahnya kan (^_^) (>_<). Lagi pon tengah kekeringan idea lah. Haishhhhhh...

Note: ASyik anak jer enterframe, sekali sekala ibu dia pon nak juga.

Extra Note: Teringin sebenarnya nak jadi student balik..nak further study. Tapi tu lah...nak kena tunggu anak² beso sket. Insya'allah...klo ada rejeki kan.

Hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari perasaan cemburu. Manusia biasa yang kekadang me...


Hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari perasaan cemburu. Manusia biasa yang kekadang mengeluh dengan kehidupan sendiri...Mengeluh dengan nasib yang menimpa diri ini.

Saya membuat perbandingan dengan kamu. Punya pakaian yang cantik bergaya. Berfesyen mengikut trend semasa.Bersama handbag yang berjenama.

Saya membuat perbandingan dengan kamu. Punya rumah yang cantik dan lengakp semuanya. Kereta yang mewah dan selesa untuk memandu ke mana².

Saya membuat perbandingan dengan kamu. Yang mampu jadi surirumah sepenuh masa. Menjaga anak di depan mata duapuluhempatjam setiap masa. Dan masih mampu berbelanja mewah wapaupon tak bekerja.

Saya membuat perbandingan dengan kamu. Betapa bertuahnya kamu bila gaji setipa bulan boleh dibuat simpanan. Tak perlu fikir duit gaji nak tolak hutang setiap bulan.

Saya membuat perbandingan dengan kamu. Betapa bertuahnya kamu punya suami yang romantik dan penyayang. Setia dan sangat menghargai pasangan. Tiada orang ketiga masalah dalam perhubungan. Percutian menjadi aktiviti wajib setiap bulan.

Tapi...saya sedar dan insaf...

Saya besyukur. Walaupon tak bergaya dan tak berfesyen mengikut trend, tapi saya masih punya pakaian yang selesa untuk disarung.

Saya bersyukur. Sudah punya rumah untuk berteduh walaupon hanya sebuah Apartment. Punya kereta walaupon tak besar mana untuk berjalan² bersama keluarga.

Saya bersyukur. Saya mampu bekerja untuk menyara anak² tanpa bantuan orang lain. Saya mampu berbelanja untuk keperluan anak² tanpa menyusahkan sesiapa pon.

Saya bersyukur. Walaupon setiap bulan duit gaji di tolak, tapi itu semua adalah untuk anak². 

Saya bersyukur. Masih ada si dia walaupon...... Saya masih punya anak² yang dapat membahagiakan saya. Yang selalu membuat saya tersenyum setiap masa dan tak dapat saya bayangkan hidup tanpa anak² di sisi. Cukuplah sekadar percutian di Shopping Complex, di rumah sendiri, di rumah mak tercinta dan di rumah mertua yang tersayang.

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah kelebihan dan kekurangan. Mungkin Allah kurniakan hambanya kelebihan dari seri harta dan kekurangan dari segi kasih sayang atau pon sebaliknya. Cuma kita kena renungkan...kalau kita rasa kekurangan pada diri kita ini masih ada, ingat...ada insan lain lagi yang lebih teruk nasibnya dari apa yang kita alami skarang ni.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Saya bersyukur masih punya mak dan masih punya mertua yang sayangkan saya. Masih punya adik beradik yang ambil berat pasal saya. Masih punya sahabat untuk mengadu dan meluahkan perasaan...walaupon hanya dialam maya. You know who you are.

Note: Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Bersyukur atas ujian dariNYA..yang membuatkan diri ini kuat untuk menempuh hari² yg mendatang. Walaupon kekadang saya lemah...tapi DIA ada untuk saya. Arghhhh...touching dengan entry sendiri.


Siapa tengok citer nih? Geram tak? Meluat pon iyer gak kan. Geram dan meluat tengok watak Norish...


Siapa tengok citer nih? Geram tak? Meluat pon iyer gak kan. Geram dan meluat tengok watak Norish Karman tu. Memula tak layan sangat. Tapi bila dah pertengahan episod tu, macam...best gak citer nih, layan wei. 

Tapi tu lah, bila dah terlepas episod tu, rasa macam tak puas hati plak. Macam mana Julia bley bernikah ngan Azwan sedangkan dia bercinta ngan Amir. Kenapa Azwan ceraikan Julia sampai talak 3? Kenapa mak Azuan tu tak suka ngan Julia? Haissshhhhh...nak kena cari episod² lepas gamaknya nih.

Tak sabar plak nak tunggu petang nih, nak tengok JULIA...ekekeke...Tapi tu lah, terpaksa berebut remote control ngan anak lah plak. Anak bujang nak nengok cartoon. Mak budak plak nak nengok drama...acaner tu? Maka dengan ini, 30 minit untuk anak nengok cartoon, 30 minit lagi untuk mak budak layan drama. 

Sinopsis Drama Julia Tv3- Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.

Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.

Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3. Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan ramai lagi.


Assalamua'laikum semua. Selamat hari isnin. Amacam...best tak cuti? Macam saya nih, bila da...



Assalamua'laikum semua. Selamat hari isnin. Amacam...best tak cuti? Macam saya nih, bila dah lama coti rasa liat jer nak bangun gi keja pagi nih...haisshhhh...

Pagi ni pon rasa lemau jer. Monday blues gamaknya. Nak kena recharge dulu nih. Nak citer banyak pon mood tak mari lagi. Alahaiiii mood...marilah datang padaku...ahaks...

Note: Biasalah...mood blogging ada pasang surutnya kan.    


Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana,   Saat...




Selamat menunaikan ibadah korban buat semua umat muslimin dan muslimat diluar sana,  Saat entry ni ni publish, saya dah pon mula bercuti. Jaga anak² kat umah sebab Nursery dah tutup. Bagi yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda supaya tak tersangkut dalam kesesakan lalulintas. Jaga kelajuan kenderaan. Ingat...CAMERA AES ada di mana². Jaga², ada yang memerhati...ekekeke..

Buat bakal² haji, semoga dapat menunaikan rukun islam yang ke 5 ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah. Dan untuk peringatan kita bersama, marilah sama² kita hayati perayaan yang istimewa ini kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. 

Note: Teringin nya nak jadi Tetamu Allah.


Note: Internet connection masih tak menentu. Kejap ok...kejap ko...hurmmmm...Saya terjah umah ...



Note: Internet connection masih tak menentu. Kejap ok...kejap ko...hurmmmm...Saya terjah umah kamu slow² yer.

Anjuran dari sahabat gua, MAYA. Sebagai tanda sokongan sebab maya ni baru bukak kedai online. Maca...


Anjuran dari sahabat gua, MAYA. Sebagai tanda sokongan sebab maya ni baru bukak kedai online. Macam² ada. Agak lama gak gua tak join giveaway nih. Sebab gua tak der luck lah. Harap² kali ni ada lah luck yer Maya ^_^.


Ok maya, ini jawapan gua erk...opssss...saya ^_^:

Jika saya dipilih sebagai pemenang kategori pertama, saya memilih Jus Kurma Plus Kismis kerana khasiat yang tekandung dalam buah kurma itu sendiri adalah sangat tinggi. Yang paling best, jus kurma nih ada campuran kismis, madu dan badam. Sangat sesuailah untuk ibu² yang menyusukan baby macam saya. Ibu minum, anak² dapat khasiatnya ^_^. Secara tak langsung ia juga dapat mambanyakkan susu ibu

Antara syarat² nya:

1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia (Semenanjung, Sabah & Sarawak).

2) Anda haruslah follower kedua-dua blog SIMPLY MOI & E-MAYAONLINESHOP   [Jika belum lagi menjadi follower kedua-dua blog, anda harus berbuat demikian sekarang]



3) Anda kena letak Banner di atas dalam blog anda & linkkan banner tersebut ke blog SIMPLY MOI ini.. Ingat ye! Blog SIMPLY MOI ini bukan link ke online biz blog (e-mayaonlineshop) tu:) Dalam entry anda tersebut, anda harus mengajak readers dan followers anda untuk menyertai Giveaway ini dengan copy paste saja syarat-syarat di sini:)

4) Selepas itu, dalam entry penyertaan anda tersebut, anda kena lengkapkan penyataan ini:- JIKA SAYA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG KATEGORI PERTAMA, SAYA MEMILIH _____(Sebutkan pilihan nama produk)______ KERANA _____(Sebutkan 1 khasiat produk yang dipilih - satu sahaja ye..penat nak baca kat blog saya pasal khasiat, google jek senang..heheh)___ 

Amacam??? Tak susah kan. Jom lah join beramai². Kalau tak nak join, tapi berminat nak beli produk² kesihatan nih, bley terjah blog E-MAYAONLINESHOP  . Terjah tau...jgn tak terjah.

Note: Gua kalau bab² nak karang ayat ni agak lemah sket lah.


Gua bengang ni beb. Bengang tahap tak hingat nih. Blogspot problem ker atau internet kat office...



Gua bengang ni beb. Bengang tahap tak hingat nih. Blogspot problem ker atau internet kat office gua ni yang slow. Slow nak mamp gamaknya. 


Dari tadi gua nak approved Comments Awaiting Moderation dari sahabat² gua yang tersayang ni. Tapi kan...dekat sejam gak lah gua tunggu, still loading. Gilerrr panjanggg loadingggg nya. Refresh banyak kali pon sama gak. Apa kes ni? Gua nak terjah umah kamu...nak tinggalkan ayat² cinta, nak beramas mesra...pon tak boleh. Ini sudah bikin amarah beb. 

Nak post new entry pon tak lepas wei. Otak ligat berputar. Kalau Mozilla Firefox tak bley, mesti IE boleh kan. Hurmmmm...hampeh. Try pakai Google Chrome plak. Ok..dah jumpa solution. Mata gua bersinar² beb. Bijak tak...bijak tak...^_^.

Note: Laju gak loading GC nih. 


Auto Published Terima Kasih NUFFNANG, sebab sudi bagi 2 ketul Buffered Earnings. Harap² lama la...


Auto Published

Terima Kasih NUFFNANG, sebab sudi bagi 2 ketul Buffered Earnings. Harap² lama lah BE tu menari² kat blog saya ni yer. Dapatlah kumpul duit tabung tu banyak².


Saya pernah terbaca, kalau nak dapatkan Buffered Earnings ni, kena selalu update survey kat website nuffnang kita tu lah. Pergi jer kat Manage My Blogs tu...pastu update lah survey. Nak update sminggu skali ker nak update hari² ker, terpulang lah. Bagi saya...memang berkesan lah @_@. Sebab lepas cash out yang kedua aritu agak lama jugak BE menyepi. Lepas kerap update survey...trus melekat 2 BE. Apa² pon, itu suma bergantung pada rezeki kan.

Note: Terima kasih pada pengikut² baru yg sudi jadi pengikut blog caca merba nih. Mana yang tak tinggalkan link tu, please lah...saya tak boleh nak jejak kamu. Tolong lah tinggalkan link yer.


Auto Published Training Time cum Learning Time...tak gitu @_@. Ok...straight to the point...


Auto Published


Training Time cum Learning Time...tak gitu @_@. Ok...straight to the point. Seperti yang pernah diceritakan sebelum nih. Bulan ini adalah bulan Training untuk saya. Ber training selama dua (2) hari. Kat mana? Kat hotel uolss. Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Bilik Cengal Level 4. 

Training kali ni mengenai ‘Minutes Writing for Organizations’. Ada sesapa yang attend training ni ker? Bley dating skali @_@. Registration start pukul 8.00 am...huhuhu...paginya la hai.

Seperti biasa, saya tak dapat nak bertandang umah kamu selama 2 hari. Saya akan buat acara marathon hari rabu nanti yer.

Note: Next month pon insya'allah nak gi training lagi. Harap² ada lagi lah budget training...best..best..best ^_^.

  

Note: Zaman skang ni bukan jer malu nak bawak mak bersiar-siar, lagi dihanta kerumah orang² t...



Note: Zaman skang ni bukan jer malu nak bawak mak bersiar-siar, lagi dihanta kerumah orang² tua adalah...hurmmm...

Sesungguhnya redha dan ikhlas itu amat payah, tapi bila meletakkan separuh keyakinan pada allah swt...pasti takkan ada kegusaran lagi. ...


Sesungguhnya redha dan ikhlas itu amat payah, tapi bila meletakkan separuh keyakinan pada allah swt...pasti takkan ada kegusaran lagi.

Note:  Perkara yang sangat² rumit untuk dilakukan. Bukan mudah nak memujuk hati supaya redha dan ikhlas atas apa yang berlaku. Hanya yang pernah merasai jer yang tahu betapa perit nak menghadapinya. Balasan Allah itu pasti. Kalau bukan didunia...diakhirat nanti. 

Lokasi: Rumah ku Syurgaku: Mangsa: Anak dara the super duper active!!! Motif: Guraua...




Lokasi: Rumah ku Syurgaku:
Mangsa: Anak dara the super duper active!!!
Motif: Gurauan dimalam hari

Note: Bila dah tak der kerja lain...bungkus diri sendiri lah gamaknya. Arghhhhh...semput ibu dengan gelagat kamu nak ooiiiii...



Terapi gigi bersama Eskem Jagung Homemade. Terapi lah sangat kan @_@. Ada tiga (3) cawan. Untuk...



Terapi gigi bersama Eskem Jagung Homemade. Terapi lah sangat kan @_@. Ada tiga (3) cawan. Untuk anak bujang, untuk anak dara dan untuk mak budak. Rasanya...mestilah sedap. Sebab buat dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang...ekekeke...


Aritu dah buat Chocolate Oreo. Kali ni buat perisa jagung plak. Tapi kan, bebudak ni lagi suka eskem coklat lah. Bertambah² makan. Eskem jagung macam kurang minat sangat. Tak minta tambah pon...huhuhu...mak sentap tau. Mak budak ni jer yang suka eskem jagung.




Dah makan kenalah posing kan. Wajib tu. Dah tak payah nak beli eskem lagi. Kalau anak nak eskem, senang jer jawapan nak bagi...'kat umah kan dah ada eskem'...hehehehe...



Terima kasih kak KA...atas hadiah yang cute ni. Saya baru jer dapat petang semalam kak. Sukanya...



Terima kasih kak KA...atas hadiah yang cute ni. Saya baru jer dapat petang semalam kak. Sukanya @_@.


Kad ucapan ku kirimkan...cewahhhhh...Sedikit ucapan dari kak KA. Terharu saya membacanya kak. Terima kasih buat akak juga kerana sudi membaca, sudi tinggalkan komen dan sudi jadi sahabat saya. Harapan saya pon sama juga kak. Semoga ikatan persahabatan kita di alam maya ni berkekalan. Bukan untuk kak KA jer. untuk kamu...kamu semua yang sudi bertandang di blog saya nih. Walaupon tak pernah bersua muka, tapi kemesraan tu terjalin walaupon hanya sekadar berbalas komen di blog. Last but not least:

SAYANG KAMU KETAT²

Note: Teringin nak jumpa face to face dengan kamu semua...hurmmmm...


Camera AES ..inilah rupanya Serious...saya tak perasan selama ni jalan yang saya lalu hari² b...


Camera AES..inilah rupanya

Serious...saya tak perasan selama ni jalan yang saya lalu hari² balik dari kerja ada camera AES ...arghhhhhhh...macam mana bley careless nih. Sebelum ni pernah dapat email pasal senarai jalan² yang dipasang camera AES, tapi tak amik peduli langsung. Haaaaa...hamik ko.

Macam mana boleh perasan? Petang semalam lah masa balik dari kerja. Kat depan SHELL SKVE tu ada flash yang memancar-mancar. Silau mata mak noks. Dalam hati dah terdetik. Apa tu? Itu ker camera AES yang diheboh² kan tu? Automatic trus tengok kat dashboard KM tu. Baru 80 km...alamak....habislah muka masuk camera...ahaks...Harap² tak kena saman lah..huhuhu...

Saman pulak akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.

Rasanya camera AES tu baru lagi lah pasang kat situ. Sebab sebelum ni tak perasan pon ada flash². Ker memang dah lama pasang cuma saya jer yang tak perasan sebab dah memandu macam Michael Schumacher????...tettttttttttttt...wakakaka....

Untuk kamu, ini dia senarai LOKASI AES - HAD LAJU untuk tatapan dan ingatan ketika memandu di lebuhraya. Senarai Satu (1) Malaysia uolss. Jaga²...ada yang memerhati ☺☺☺

Note: Pengajaran untuk saya...klo lalu depan shell tu, silalah slow² yer ^_^. Nak kena check peti pos lah nampaknya. Tapi harap² tak derlah samannya.


Lu fikirlah sendiri. Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ni saya ambik dari FB kawan saya . Peringatan untuk diri sendiri da...


Lu fikirlah sendiri. Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Ni saya ambik dari FB kawan saya. Peringatan untuk diri sendiri dan untuk kamu yang saya sayang.

"Amalan makan bersama lelaki dan perempuan rakan sekerja, bercampur gaul dan beramah mesra 1 meja antara rakan sekerja dan makan berdua² an bersama suami orang atau isteri orang? For me, gejala yang kurang sihat dan akan mengakibatkan pergaulan mesra antara suami atau isteri orang lain dan menambahkan lagi kemesraan lelaki dan perempuan yang ajnabi. 

For me, cukuplah hubungan di tempat kerja itu bagi especially for married women/men...hanya setakat hubungan KERJA, BERKOMUNIKASI TENTANG KERJA...tidak lebih daripada itu. Melalui pandangan  mata saya, ramai orang islam kita yang berkahwin tidak menjaga adab dan tatasusila ini.  

Dalam Islam, saya selalu mengingati kata² seorang ustazah ini melalui program al-hidayah tv3, dimana beliau menasihati agar TIDAK ADANYA PERGAULAN MESRA ANTARA SUAMI/ISTERI ORANG LAIN.. kerana pepatah melayu, siikit² lama² jadi bukit.. sikit² anda bergaul mesra dengan yang lain, lama² anda bertambah mesra.. pergaulan suami/isteri di rumah akan hambar.. kerana DI LUAR LEBIH MESRA DAN MENARIK.. - FIKIR-FIKIRKAN.. ANDA MENCORAK HUBUNGAN DAN BATAS PERGAULAN DIRI ANDA-"

Amacam? Setuju tak? 

Perempuan Ajnabi = adalah setiap perempuan yang bukan isteri, dan bukan pula sebagai salah satu dari perempuan-perempuan mahram. Wallahu A’lam.

Note: Bagi saya, inilah salah satu punca keruntuhan rumahtangga. Sikit²...lama² jadi bukit kan. Renung² kan.


 

Hari ni anak bujang ku itu ada peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan akan berlangsung selama seming...


Hari ni anak bujang ku itu ada peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan akan berlangsung selama seminggu.


Ucapan untuk kamu...Semoga Berjaya, jawab soalan betul² dan enjoy your exam. Perjalanan kamu masih jauh. Banyak lagi cabaran dan dugaan akan kamu tempuhi. Tak sabar² dah nak masuk darjah satu (1) yer. Tunggu...setahun jer lagi (^_^)

Note: Saya dah daftar online untuk kemasukan tahun satu, tapi masih blum gi sekolah tu lagi..hurmmmm...kamu sudah ker?



Auto Published. Hari ni, 12 October 2012...genap usia Qhalif 6 bulan. HAPPY 6TH MONTHS O...


Auto Published.

Hari ni, 12 October 2012...genap usia Qhalif 6 bulan.


HAPPY 6TH MONTHS OLD IMAN QHALIF

Note: Update secara sepantas kilat. 

Auto Published Assalamua'laikum semua. Selamat hari Khamis. Khamis malam jumaat uol...


Auto Published






Assalamua'laikum semua. Selamat hari Khamis. Khamis malam jumaat uols...aaummmmm...hahaha...sengal!!!

Tika dan saat ini, saya berada dalam training room. Menimba dan menambah ilmu dialam pekerjaan...cewaahhh...Harap² facilitator tak membosankan lah. Kalau tak...confirmed ngantuks.

Saya training kat Solaris Dutamas. Ada sapa² yang kerja area² sini? Jom dating...hehehe...Trainig dua (2) hari uolss. Nampaknya bulan ni adalah bulan training untuk saya. Kalau budget training saya masih belum over budget, insya'allah hujung bulan ni training lagi. Kat Hotel plak uolss. Terbayang sudah makanan yang enak²...ahaksss...nak training ker nak makan...hahaha...

Note: Dengan ini, acara jalan² sambil komen berehat buat seketika. Next week saya terjah umah kamu yer. Tungguuuuuuu ^_^.


Haaaa...selalunya orang menongkat dagu kan. Tapi yang ni versi menongkat pipi yer uolss. Kejadian ...


Haaaa...selalunya orang menongkat dagu kan. Tapi yang ni versi menongkat pipi yer uolss. Kejadian berlaku masa saya tengah bersiap² nak gi keja ^_^. Qhalif leka main ngan playgym dia tu.




Hahaha...muka kesian minta tolong. Ibu naughty tau. Qhalif ni tau meniarap, tapi tak lepas lagi nak pusingkan badan dia balik. Terjerit² lah dia kalau dah letih meniarap. Tapi skang ni dah pandai dah. Berguling² di buatnya. Bila dah penat:


ZzZzZzZzzz...tengok² dah tido anak bujang tecik nih. Penat mengerah tenaga gamaknya. Lagi pon tak der orang nak layan...ahaks...

Note: Erk....kata tadi busy, ni sempat lagi up entry...ekekeke...curi masa jap.


Note: Nanti saya terjah rumah kamu² semua yer ^_^.



Note: Nanti saya terjah rumah kamu² semua yer ^_^.


Sebab terpaksa berkongsi car seat dengan kakak. Alahaiii..kakak. Kesian adik ha. Tersepit dibuatn...


Sebab terpaksa berkongsi car seat dengan kakak. Alahaiii..kakak. Kesian adik ha. Tersepit dibuatnya. Tapi adik apa tahu...redha dalam pasrah...ekekeke...




Macam ni lah pe'el anak dara ni dari last week. Melalak² nak duduk gak dalam tu. Dah cakap elok² pon tak nak dengar gak. Takkan lah ibu nak drive sambil pegang adik kot. Buat mak tensi nok. Nasib baik lah umah sekangkang kera jer pong. Macam nak kena tambah lagi car seat nih. Nak marah pon tak jadi marah sebab kelakar pon ada. Kelakar tengok muka adik yang suci murni yang tak tau apa² tu. Sabo jer lah adik. Tapi tengok dari riak muka tu ibu tau...adik pon geram dengan kakak kan. 

Note: Ok...aura positive sudah kembali (>_<)


ALLAH tidak pernah membiarkan hambanya terlarut dalam kesedihan .. insyaALLAH , pasti ada re...




ALLAH tidak pernah membiarkan hambanya terlarut dalam kesedihan ..
insyaALLAH , pasti ada rencana indah untuk membayar semua air mata itu .. :')

Note: Lately...Emosi saya sangat rapuh. Semakin saya sembunyikan kesedihan, semakin kerap ia bertandang...allahuakhbar....hurmmmmm...ntahlah.



Untuk anak saudara saya, MOHD ADIB yang sedang menduduki peperiksaan PMR hari nih. Dan juga...


Untuk anak saudara saya, MOHD ADIB yang sedang menduduki peperiksaan PMR hari nih. Dan juga buat adik² diluar sana. Dengan pesanan dan ucapan:

- SEMOGA DIPERMUDAHKAN OLEHNYA
- JAWAB SOALAN DENGAN TENANG
- JANGAN STRESS²
- SEMOGA BERJAYA

 Semoga dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR nanti yer.



Diam — Dia Lemah Lantang — nampak salah Mesra — dia gatal Pasif — dipijak-pijak Kahwin — bila beranak? Tak kahwin — pasti digel...


Diam — Dia Lemah
Lantang — nampak salah
Mesra — dia gatal
Pasif — dipijak-pijak
Kahwin — bila beranak?
Tak kahwin — pasti digelak
Berhijab — dikata kolot, jahat, menunjuk²
Tak tutup — lagilah heboh .
Setia — dimadu laki
Curang — dicanang keji
Terlalu cinta — dimain²kan
Terlalu berjaga — dimarah²kan
Menangis — rimas selalu
Mata kering — dipanggil kepala batu
Buat betul — pelbagai benda dipersoal
Buat silap — sekampung berbual 

Tapi UNTUNG perempuan sebab setiap kali dilemparkan kejian dan hinaan, SYURGA adalah tempatnya, cukup hanya menjadi SOLEHAH kerana ALLAH, patuh segala perintah Allah, insya'allah dirinya sebaris dgn para bidadari dan mungkin lebih atas lagi, dengan izin Allah di syurga kelak, insyallah.

Note: Nak tambah...kerana PEREMPUAN juga lah hidup PEREMPUAN lain merana. SELAMAT HARI ISNIN SEMUA >_<. Hari isnin yang emosi...arghhhhhh...


Ibu tak sengaja marah kamu semalam. Ibu pon tak tahu kenapa amarah ibu menjadi² petang semalam. Mungkin sebab penat...mungkin sebab stress...


Ibu tak sengaja marah kamu semalam. Ibu pon tak tahu kenapa amarah ibu menjadi² petang semalam. Mungkin sebab penat...mungkin sebab stress. Ibu rasa bersalah sangat² semalam. Salah kamu cuma tumpahkan air atas meja. Bukan sikit tapi banyak. Ibu marah kamu. Marah sangat² sampai kamu nangis. Pada hal masa tu kamu tengah lapar. Kamu nak minum air cicah dengan roti yang ibu buat tu barangkali. Tapi secara tak sengaja kamu dah tertumpahkan air. Ya! allah...marah ibu tak terbendung lagi masa tu. Dah macam kena rasuk syaiton. Bukan itu jer...ibu protes. Ibu kurungkan diri dengan adik qhalif dalam bilik...tinggalkan kamu. Allahakhbar...masih terbayang wajah kamu yang sedih dan tangisan kamu yang sendu tu. MAAFKAN IBU!!!!!!!!...IBU SAYANG KAMU KETAT²...

Tahap kesabaran saya dengan anak² masih lemah. Memang menguji kesabaran dengan kerenah anak². Kalau boleh saya tak nak marah anak² tanpa sebab. Saya tak nak marah anak² dengan kesalahan mereka yang kecil. Tapi...ntahlah...macam tak boleh nak control kemarahan tu. Bila dah marah baru tersedar. Astaghfirullah...Ya! allah...berilah hambamu ini kesabaran yang tiada terbatas dalam mendidik amanahMU ini.

Ntah kenapa petang semalam. Amarah saya semacam. Anak² buat perangai. Balik dari nursery...qahirah nangis², nak duduk dalam car seat. Adegan pujuk memujuk tak jalan. Kesudahannya...faham² lah. Sampai kat parking, buat hal lagi. Ntah bad mood pasal apa pon tak tahulah. Terduduk kat simen...bukak selipar. Dekat 5 minit juga lah. Dengan dukung adik...bawak bag lagi. Sampai umah abang kimi plak buat hal...Allah hu akhbar...

Ibu² yang dah expert...Boleh tak kamu semua bagi saya tips paling berkesan dalam mengawal kemarahan? Tips dalam memupuk sifat sabar dengan kerenah anak²?

Note: Tak sabar nak balik peluk anak². Terbayang² wajah sedih mereka...huhuhu...balik nih kita makan eskem lagi yer.


LegoLand : RM 140.00 - Tak ape bayar mahal, cari pengalaman kan Sunway Lagoon : RM 50 - Tak ape bayar mahal, sekali sekala release ten...


LegoLand : RM 140.00 - Tak ape bayar mahal, cari pengalaman kan

Sunway Lagoon : RM 50 - Tak ape bayar mahal, sekali sekala release tension

Teater : RM 150.00 - Bbukan selalu pun, cerita tu best sangat

Langkawi : RM 1000 - Setahun sekali jer, tak ape lah habiskan duit

Majlis makan amal : RM 50 - Mahalnya! aku nk bawa bekas, tapau makanan, baru berbaloi...

Derma anak yatim : RM 5 - Tak boleh bagi banyak.. ntah2 diorang tipu

Emmm.. Masjid? Ada setiap minggu masa sembahyang Jumaat kita sedekah RM1?

Note: Berbelanja untuk perkara lain, habis duit pon tak per. Tapi kalau bab amal jariah  nih, kenapa selalu nak berkira kan. Kekadang fikir dua tiga kali..hurmmmm...peringatan untuk diri sendiri juga.


Terjebak sudah dengan: - - - - - - - - - - - - - - - - - - - ...


Terjebak sudah dengan:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Frappuccino Caramel Starbucks. Arghhhhhhh...sedapnya...Lagi sedap dinikmati dalam cuaca panas...perghhhh...rasa macam nak gi drive trough. Dekat jer pon ngan office nih.

Note: Sekali sekala pekena boleh lah. Sebab boleh rabak poket dibuatnya.


A ssalamua'laikum semua .  Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah te...

Assalamua'laikum semua

Amacam...teruja tak dengan tajuk tu? Ker...dari semalam dah teruja dengan Wordless Wednesday tu? Atau dah tak sabar nak tau resipi?...kahkahkah...poyo jer Fiza Rahman ni kan. Semalam seharian saya kat HQ Office. Penat jugaklah. Semalam tu pon entry auto publish. Ok...straight to the point.

Hajat nak buat ice cream ni dah lama. Tapi ku pendamkan saja sebab tak beli² blender. Blender tu ada, tapi dah blender macam². Kang kalau buat ice cream nanti rasa cili pulok. Acaner tu. Kebetulan bawa balik blender PHILIPS mak yang disangka rosak tu, tapi sebenarnya tak rosak pong. Rupanya blender PHILIPS ni klo tak masukkan bebetul kat mesin pengisar tu, dia takkan berfungsi. Macam tu lah pulak kan...canggih gitu...

Ntah macam mana hari isnin aritu semangat nak membuat ice cream membuak². Kalau dah resipinya simple, semangat tu lain macam sketlah. Apalagi, balik tu terus cari bahan². Sampai jer umah, seperti biasa...susukan budak berdua tu dulu. Dah kenyang baru mulakan operasi. Yang paling tak sabar siapa lagi kalau bukan abang kimi. Sekejap jer pon. Tapi nak tunggu Ice-cream tu keras memang lama lah. Kalau uols nak buat ice-cream ni, better buat malam. 

Pagi tu bangun terus tengok ice-cream buatan sendiri. Perghhhhh...teruja wei tengok eskem menjadi (>_<). Pepagi saya dah makan eskem...hehehe...Tapi kan, tekstur eskem tu tak berapa lembut sangat. Mungkin sebab blender kali kedua tu tak lama. Tak per...practice make perfectt kan. Tapi serious...sedap uolsssss...☺☺

 

 Close-up sket...hehehe...


Balik petang tu trus bagi anak² makan eskem buatan tangan ibu mereka sendiri. Bukan anak jer yang tak sabar, ibunya pon sama gak.

Seronok dpt makan eskem yer ☺☺

Bebudak kalau dah dapat eskem, memang tak hingat lah kan. Bukan budak jer mak budak ni pon sama gak. Bertambah² eskemnya. Untuk kamu semua, dengan murah hati saya tepekkan link dan resipi nya di bawah nih. Dengan ucapan "SELAMAT MEMBUAT HOMEMADE ICE-CREAM". Buat...jangan tak buat tau.

Aiskrim Coklat Oreo

Bahan-bahan ( 1.5 liter )

  • 2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
  • 2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
  • 1 packet kecil - biskut Oreo

Cara-cara

  1. Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
  2. Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
  3. Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. Selamat mencuba.
 Aiskrim Jagung 

 Bahan-bahan ( 1 bekas )
  • 2 1/2 cawan creamer coffeemate
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 tin jagung krim
  • sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan creamer coffeemate, susu segar, gula dan kacau sehingga ia larut dan sebati.
  2. Masukkan pula jagung krim dan kacau sebati adunan.
  3. Masukkan adunan aiskrim kedalam bekas dan masukkan kedalam freezer dan biarkan ia setengah beku.
  4. Bila telah separuh beku, keluarkan adunan aiskrim dan masukkan adunan kedalam mixer dan pukul aiskrim sehingga ia gebu dan double up in volume.
  5. Masukkan kedalam bekas kembali dan bekukan. Kemudian boleh anda hidangkan.
  6. Nota: D menggunakan 1 tin jagung krim dan kurangkan gula kepada 1/4 cawan. Rasa manisnya 

Source: My Resipi 

Note: Lepas ni tak payah beli eskem lagi. Buat sendiri lagi bagus. Agak² kalau meniaga eskem ni laku rak...hehehe...


PM Najib Tun Razak nak melawat kawasan hari nih. Tapi bukan kat site office nih, tapi kat HQ....





PM Najib Tun Razak nak melawat kawasan hari nih. Tapi bukan kat site office nih, tapi kat HQ...MERCU KL SENTRAL sinun. Nama saya tersenarai untuk acara sambut PM kita nih. Siap ada rehearsel lagi uols nak welcoming Pak Menteri nih...kelassss ko mak jemah...ahaks. Jadinya pagi nih saya berkampung di HQ sampai lah petang. Lunch and Tea are provided. Jimat duit...hahaha...Kalau ikut jadual ni, PM sampai dalam pukul 3.00 pm. Harap² betul lah jadualnya. 

Tak boleh tak pergi lah uols, sebab COMPULSORY...hurmmm...

Note: Harap² dapatlah bergambar dengan Pak Najib (>_<) 


Cepat...sila fokuskan pandangan mata anda di langit yang terbentang luas tu sekarang. Fenomena apa...


Cepat...sila fokuskan pandangan mata anda di langit yang terbentang luas tu sekarang. Fenomena apakah ini? 




Subhanallah...maha suci Allah. Sangat cantik dan menakjubkan. 1st time saya tengok nih. Teruja nya >_<.

Dapat tahu pon masa tengan surfing FB. Orang dok post pasal matahari di kelilingi pelangi nih. Saya pon apalagi...amik HP gi turun kat bawah semata² nak tengok. Perghhhhh...dapat jugak amik gambar walaupon tak dapat nak amik sepenuhnya. Silau wei. 

Note: Ya! allah...rasa beruntung dapat tengok kebesaran NYA. Rasa teruja sangat² nih.



Assalamua'laikum semua. Pagi ni betul² menguji kesabaran saya. Memandu ni memang banyak menduga kesabaran pemandunyakan. Trauma Acc...


Assalamua'laikum semua.

Pagi ni betul² menguji kesabaran saya. Memandu ni memang banyak menduga kesabaran pemandunyakan. Trauma Accident sebelum raya hari tu pon tak habis lagi. Ni nak bagi saya trauma lagi.

Pagi ni masa nak hantar qhalif kat nursery. Betul² kat simpang 3...kereta Gen2 Oren ni dengan selambanya meluncur laju tanpa tengok kiri kanan. Memang berdebah betul lah. Saya memang dah slow sebab ada bumper kat situ. Alhamdulillah...sempat break. Habis bag qhalif jatuh kat bawah. Qhalif memang dah ke depan, even duduk dalam car seat, mungkin sebab break mengejut. Tapi saya sempat tahan badan dia dengan tangan lah. Nasib qhalif tak nangis.

Memang kurang ajar betul lah jantan tu. Aku ingat muka ko. Dah lah ko salah..at least angkat lah tangan tu sebagai tanda hormat ker kan. Ini tak...lagi ditenung nya muka saya macam saya pulak yang salah...sengal...Tak nampak ker ada baby kat sebelah tu. Ya! Allah...memang berderau lah dibuatnya. Menggigil badan sebab takut dan menahan kemarahan.

Tak per lah jantan Gen2 Oren. Ko kurang ajar dengan orang erk. Tunggu lah nasib ko nanti. Saya memang betul² marah nih.

Note: Allahuakbar...Debar di hati tak hilang lagi nih. 



Iyer, saya tengah sakit. Sakit Hati? Owh...Hati ini memang dah lama sakit dan disakiti. Opsss...jaga², ada yang memerhati. Gasak ko lah. N...


Iyer, saya tengah sakit. Sakit Hati? Owh...Hati ini memang dah lama sakit dan disakiti. Opsss...jaga², ada yang memerhati. Gasak ko lah. Ni bukan nak citer pasal sakit hati. Saya dah jumpa pon penawar sakit hati saya nih. DIA yang maha Esa. DIA lah penawar yang paling mujarab. Erk...melalut lagi. Berbalik kepada cerita. Saya tengah di landa:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
SAKIT GIGI. Owh! My Gigi

Paling tak suka sakit gigi. Sebab saya penakut nak jumpa doctor gigi. Alahaiiii...gigi, kenapalah cepat sangat ko reput. Nampak sangat kurang vitamin kan. Gigi yang sakit nih gigi yang tampal aritu. Ntah macam mana bley tertanggal plak simennya. Nampak sangat doctor tu simen tak kuat. Erk, salahkan doctor plak yer. Diri sendiri yang tak pandai jaga gigi sebenarnya...wakakaka. Ni penangan makan kekacang lah nih. Makan tak hingat. Dah tahu gigi tu baru tampal, gi makan benda² keras sapa suruh. Rasakanlah >_<. 

Tak tahu lah gigi ni boleh diselamatkan ker tak. Macam dah tenat jer nih. Kalau tak boleh tampal, kena cabutlah gamaknya. Dah lah gigi geraham plak tu. Macam mana nak mengunyah nanti nih...Hurmmmmmm...

Note:  Bilalah nak jumpa doctor gigi nih.


"Ayah aku rasa sunyi sejak kehilanganmu di dunia ini" Rindu Serindu rindunya. Iyer...saya sangat merindui arwah ayah yang d...



"Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini"

Rindu Serindu rindunya. Iyer...saya sangat merindui arwah ayah yang dah 7 tahun meninggalkan kami. Rindu nak memanggil 'AYAH'. Lately...selalu saya bermimpikan arwah ayah. Mungkin juga kerana terlalu merindui dan selalu teringatkan arwah.Tapi kita kena ingat, kalau dalam mimpi tu ada sebarang pertuturan dari arwah, itu mungkin iblis

Sedikit info mengenai mimpi:

Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh. Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup. Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:


“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat 42] Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas.

Sumber: Iluvislam.Org

Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Hanya doa yang tak putus dapat ku utuskan untuk bekalan mu di SANA ayah.

Note: Kamu yang masih punya ayah, hargai dan sayangilah mereka selagi ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks