AFB Feeds

    "kalau awak berhadapan dengan dua pilihan, cuba awak senaraikan kebaikan dan keburukan kedua-dua pilihan tu. Jika lebih banyak ...

  
"kalau awak berhadapan dengan dua pilihan, cuba awak senaraikan kebaikan dan keburukan kedua-dua pilihan tu. Jika lebih banyak buruk dari baiknya, maka tinggalkanlah ia."

Kadang-kala kerana masih ada berbaki karat-karat jahiliyyah dalam diri kita, pilihan kita itu selalunya silap. Pilihan itu bukan kerana Dia. Tetapi kerana kecintaan kita kepada dunia dan kecintaan kepada orang yang kita cintai.

Berwaspadalah.
Kalau salah membuat pilihan, menyesal kemudian tak berguna lagi. Menangis air mata darah sekali pon, takkan merubah apa². 

Kadang-kadang,

ALLAH sengaja menghadirkan seseorang untuk membuat kita JATUH dan PUTUS ASA kerana DIA mahu kamu BELAJAR untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain selain dariNYA..

Kata² hikmah buat peringatan diri ini:

SEMAKIN Allah sayang kepada seseorang hambanya,
SEMAKIN kuat ujian buatnya...

Note: Ya! Allah, Ya! Rahman, Ya! Rahim...Kuatkan imanku, tetapkan imanku. Berilah aku kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku mengharugi ujian dan dugaan dariMU. Sesungguhnya dugaan ini amat berat untuk di pikul. Tunjukkan lah aku petunjukmu ya! allah. Hanya engkau yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambamu ini.  


Tapi sedap...hahaha...sendiri masak sendiri puji. Erk...anak bujang mak yang puji yer uols. Ta...




Tapi sedap...hahaha...sendiri masak sendiri puji. Erk...anak bujang mak yang puji yer uols. Tang mana yang sedap pon tak tau lah. Mungkin masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, tu yang lagi sedap kan. Citernya...dah dua tiga hari ni saya asyik dok baca pasal sosej roll kat SINI, SINI dan kat SINI. Erk...tak boleh jadi nih. Resipi pon simple gila jer. Bahan² pon dah ada.

Seperti biasa, kalau amik kimi dari sekolah jer ayat dia mesti, 'ibu...kita lapar lah'..'ibu, kita lapar sangat nih'..'ibu, perut kita berbunyi lah'. Ya ampun, naik berbulu telinga ku mendengarnya. Nak kata tak makan kat skolah, hari² makan. Tapi kan, budak lelaki memang kuat makan lah >_<.

Sampai jer umah...zasssss...susukan si qhalif dan qahirah dulu. Dah kenyang baru bley masak kan. Eh...memang kejap jer lah buat sesoj roll nih,. Tapi klo letak bread crums lagi sedap. Tak sempat nak buat bread crums. 'Seumur hidup aku, ini yang pertama'...cewahhh...1st time buat uols. Senang bangat rupanya. Lepas ni tak payah nak beli² lagi. Buat sendiri lagi jimat. Yang bestnya uols, mak leperkan roti tak pakai penggelek tau, pakai botol susu sajork. Penggelek nan hado...hehehe...Settled suma terus bagi anak² makan. 

 Makan time. Seronok tgk anak² makan dengan penuh selera >_<.

Biasalah kan, bila orang dah excited buat...hamik ko...terus buat stok sosej roll. Tunggu nak goreng jer. Makanya...malam tadi dinner sosej roll anak beranak...wakakaka...nasiblah.

Note:  Tensi...tensi...blogspot buat hal lagi ker? Dari smalam bloglist tak kluar. Nak komen kat blog kawan² pon tak boleh...cissss...


Ada dua cerita dalam satu entry. Biarlah gambar yang berbicara yer. Bebudak jaman IT skang nih. ...


Ada dua cerita dalam satu entry. Biarlah gambar yang berbicara yer. Bebudak jaman IT skang nih.


Kesian adik. Dapat layan ipad kalau abang dan kakak tak der atau pon dah tido. Kalau tak tu...jangan harap lah. Abang dan kakak lah yang menguasaiya. Tapi kakak lah yang lagi over.


Penangan ipad...pening kepala dibuatnya. Si abang dan Si kakak asyik bergaduh. Berebut ipad. Saya ada beli ipad islamik untuk qahirah. Tapi kan...tak dilayannya, bertuah punya anak. Dia nak ipad betul jugak. Hurmmmmm...adik layan ipad islamik tu jer lah yer >_<.

Yang ni plak aktiviti kegemaran qhalif...'enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas'...>_<. Tengoklah expressions muka qhalif nih.

Muka cuak


Muka menggelabah tapi suka


Muka happy >_<.

Budak beso ni seronok lah nak buat main kan. Sebab tak banyak ragam sangat.



Tu dia. Tajuk sikit punya panjang. Ada dua cerita dalam satu entry. Boleh lah kan.Pengalaman bersa...


Tu dia. Tajuk sikit punya panjang. Ada dua cerita dalam satu entry. Boleh lah kan.Pengalaman bersalin anak ketiga tak citer lagi kan. Tapi tak per lah. Nanti² bley citer. Ni nak citer pasal set berpantang dulu. Atas permintaan Ina @ Intan Berlian dan untuk mommy wanna be juga Biasalah kan. Ibu² mengandung ni memang payah nak memilih set bersalin mana. Rambang mata gamaknya. Banyak sangat pilihan...hehehehe...


Masa pregnant aritu saya ada buat entry pasal Set Bersalin. Ada beberapa pilihan. Dan last² saya pilih untuk mencuba Confinement set Shaklee nih. Bukan apa, masa anak 1st dulu pakai set bersalin AMWAY, tapi sayang sangat sebab tak pakai semua pon barang dalam tu. Saya ni plak jenis culas. Macam rugi jer dgn barang² yang tak pakai tu. At least kalau vitamin ni makan lah jugak even kekadang skip >_<. Untuk anak ketiga ni plak berpantang sendiri jer. Mak cuma jaga seminggu. Nak berpantang kat umah mak tak boleh sebab kimi sekolah. Nak tak nak terpaksa lah pantang sendirian berhad.Tapi ditemani KakNgah saya lah.

Ok...berbalik kepada cerita. Memang best lah makan produk shaklee nih. Mungkin sebab serasi dengan saya kot. Badan memang tak rasa letih langsung. Tidur lewat bangun cepat pon tak per. Memang tak der rasa mengantuk dan penat. Rasa cergas. Tak der rupa macam orang baru lepas bersalin pon. Luka jahit kat bawah tu pon cepat baik. Mungkin sebab jahit pon tak banyak kot. Buat kerja rumah, kemas rumah, basuh baju *mesin yg basuh lah, aku letak baju jer..haha..*, sidai baju dan masak lauk berpantang. Orang dalam rumah tu pon terpaksalah makan lauk dalam pantang gak kan. Perghhhhh...ko nampak tak. Orang baru lepas bersalin buat semua kerja rumah tu. Apa? Tak percaya? Silalah percaya. 

Dalam pantang memang saya seorang yang active. Hari ke 20 saya dah start driving sebab nak amik anak kat sekolah. Kekadang gi kedai sebab nak beli barang² untuk masak. Kalau qahirah tido, berdesup lah saya ke sekolah kimi. Kalau qahirah bangun, terpaksalah bawak anak dara tu skali. Naik tangga turun tangga mak noks dengan dukung anak dara tu. Nampak tak...nampak tak...dalam pantang dah dukung anak yg belum 2 tahun tu. Berpantang kali ni sangat mencabar sebab saya kena jaga qahirah. Kenapa tak hantar nursery? Haaaaa....sebab anak ku itu kena KUDIS BUTA. Hutang lagi citer tu. Nanti² saya citer yer. Ingatkan boleh lah berpantang dengan aman damai. Tapi sebaliknya. Ada hikmah disebaliknya tu.



Dah nampak kan kelebihan confinement set SHAKLEE nih. Serious...memang saya tak rasa letih. Bab susu badan pulak. Alhamdulillah...susu memang meriah. Baby pon tak der kena jaundices.


Set bersalin Shaklee ni ada 2 jenis. Satu untuk trial set yang penggunaannya selama 40 hari. Harga plak RM100.00. Satu set lagi boleh tahan sampai 4 bulan. Harga plak RM225. Ni harga promotion termasuk pos tau. Kalau tak harganya RM270. Kena pandai cari dealer dan pandai survey harga. Ada yang jual murah dan ada yang jual mahal. Saya beli dulu dengan Farah @ Mommy Iskandar Sampai hari ni confinement set tu ada lagi. Masih belum habis. *Nampak sangat ko ni culas makan ubat fiza oooiiiii...hehehe...*

Owh ya..set ni ada 4 jenis supplement. Vitamin B, Vitamin C, Multivitamin dan Zinc.Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik kat link tu. Harap² info ni bley membantu ina yer dan juga ibu² yang tengah pening nak pilih set bersalin yang mana satu. Pilihan ditangan anda.

Note: Bila berpantang sendiri nih, memula jer ikut pantang. Lama²...langgar pantang larang. Tak der orang nak pantau...hahaha...



Apa? Belum? Dah...gi solat dulu...hehehe...Alhamdulillah...baru lepas.  Note: Peringatan un...



Apa? Belum? Dah...gi solat dulu...hehehe...Alhamdulillah...baru lepas. 

Note: Peringatan untuk diri sendiri juga. Renung-renungkan dan selamat beramal >_<.

Nampak tak...nampak tak...sapa tu? Vavavava...vangga ker nak eksyen nih? Hahahaha...Tak bangga ...



Nampak tak...nampak tak...sapa tu? Vavavava...vangga ker nak eksyen nih? Hahahaha...Tak bangga dan tak eksyen pon. Cuma rasa satu penghargaan bila BEN ASHAARI yang pengikutnya berpuluh ribu tu sudi follow blog suka suki saya yang tak seberapa nih. 

Terima Kasih BEN ASHAARI dan buat kamu...kamu...dan kamu² semua yang sudi jadi pengikut blog ni tak kira yang lama mahu pon yang baru. Kalau boleh nak sebut nama² kamu semua. Tapi kan...kalau boleh tinggalkan lah link tu. Ni ada yg follow tapi tak letak link. Macam mana tu? Nak jejak balik pon tak boleh.

Penting ker follower ramai ni? Nak follow...follow lah, tak nak...sudahlah. Tak kisah pon. Tak der paksaan. Bagi saya follower ramai tu adalah satu bonus. Kalau follower ramai, tapi bila up entry, yang komen nya beberapa kerat jer. Tak best gak kan. Kalau boleh tak nak lah macam tu. Follow dan komen...kan bagus. Tak nak lah 'Touch and Go'. Follow jer...pastu tak nak amik tahu dah. Jadilah pengikut dan tukang komen yg setia (Peringatan untuk diri sendiri gak nih). Cewahhhh...harapan tinggi melangit tu noks. Ko ingat ko bajet retis...nak pengikut setia...ekekekeke...

Note: Kalau kamu komen kat blog saya, baru saya komen kat blog kamu pula...boleh mcm tu?..hahaha...saya tak macam tu tau. Komen pon penting gak. Dari komen lah kita dapat menjalin ikatan sahabat dialam maya nih. Betul tak >_<.





Tarikh 25 September 2010. Tarikh keramat yang takkan boleh dilupakan sampai bila². Masih segar...




Tarikh 25 September 2010. Tarikh keramat yang takkan boleh dilupakan sampai bila². Masih segar dalam ingatan betapa sakitnya menahan kesakitan nak bersalin. Ibarat nyawa dihujung tanduk. Alhamdulillah...Tepat jam 9.56 pm, lahirlah seorang puteri yang diberi nama QAHIRAH BINTI HUSAINI. Kelahiran yang dinanti selepas 3 tahun usia Abang Iman Hakimi. Syukur padaMU kerana dikurniakan anak yang sihat sempurna, 



Hari ni, 25 Septenber 2012, genaplah 2 Tahun usia anak dara tercinta. Betapa cepat masa berlalu kan.

♪♫ Selamat Hari Lahir QAHIRAH ♪♫

Saya dah 2 Tahun >_<


Untuk my dear princess Qahirah Bt Husaini. Apa yang ibu dan abah harapkan semoga qahirah membesar sebagai anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di beri akal fikiran yang bijak, menjadi kakak yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati dunia akhirat...AMIN...

Ibu, Abah, Abang Iman dan Adik Qhalif Love you so much...mmuuuaaaahhhhhhh...


Buat ibu², bapa², bakal² ibu, bakal² bapa dan siapa² saja yang sangat prihatin. Tandatangan anda d...


Buat ibu², bapa², bakal² ibu, bakal² bapa dan siapa² saja yang sangat prihatin. Tandatangan anda diperlukan sebagai tanda sokongan supaya lebih banyak bilik bayi di peruntukkan di setiap pusat membeli-belah tak kira besar atau kecil dan di tempat² awam di Malaysia untuk membolehkan ibu-ibu mempunyai kebebasan untuk menyusukan bayi mereka di mana sahaja pada bila-bila masa. Untuk keselesaan munukar lampin pon iyer jugak. Saya dapat tahu pasal petition ni pon bila baca blog Daddy Ben Ashaari dan facebook seorang rakan.


Tak susah pon. Hanya virtual signature. Masuk jer kat website change.org nih. Tak sampai lima minit pon. Ini sedikir info dari website:

"Many mothers are discriminated, judged, shamed and evicted of a premise just for providing and giving nourishment to their babies by breastfeeding. 

You need not be a mother, or even a mother who is breastfeeding. As long as you believe that a defenseless baby should and can be fed anywhere at anytime and not hide in the toilet to be fed, then sign this petition and join me in this walk for the freedom of feeding our babies."

Apa lagi...sign this petition please!!!. Ingat:

Semua bayi berhak disusukan dengan selesa dan sempurna, di tempat yang selesa dan bersih. Semua ibu berhak menyusukan anak mereka dengan tenang dan selesa, dengan penuh kasih sayang.

Note: Banyak baby room yang di salah gunakan. Baby rooms bukan tempat dating, tempat berborak dan tempat untuk tido yer.


Assalamua'laikum semua. Selamat hari isnin. Ada yang lemau ker pagi nih? Biasalah...monday blue...

Assalamua'laikum semua. Selamat hari isnin. Ada yang lemau ker pagi nih? Biasalah...monday blues lah katakan. Dah lah pagi tadi hujan lebat. Perghhhhhh...kalau dapat sambung tido kan best >_<.

Ok, berbalik kepada tajuk. Saya baru balik dari sarapan pagi. Makan nasi lemak dengan air suam jer uols. Nak jimat budget ker minum air suam?...hehehehe...iyo lah tu. Lagi pon kat office nih ada milo. buat kat office sudah lah kan. Sambil makan tu, dorang buat kira² sekali.


Total makan untuk pagi ni. Mahal ker? Air suam dengan Nasi Lemak Telur Mata. Bagi saya agak mahal juga nih. Kalau amik air milo tadi mau lebih dari ini. Hurmmmm...

Note: Tak sabar..........tak sabar........tak sabar nak tunggu gaji masuk.


Kawan²... Kesuma Angsana @ KA nak menjemput kawan² join satu segmen. Segmen bloglist KA (>_...



Kawan²...Kesuma Angsana @ KA nak menjemput kawan² join satu segmen. Segmen bloglist KA (>_<). Sebab KA nak rombak semula bloglist yang sedia ada. Jomlah join ramai². Boleh menjalin ikatan sahabat dialam maya *pinjam ayat KA...hehehe..*. Saya dah lama follow blog KA, sebab blog KA best.

Kalau nak join, klik jer banner tu yer. 

Note: Hurmmmmm...bilalah saya nak update bloglist saya plak nih. Nak kena rombak jugak nih.

Assalamua'laikum semua. Jumaat dah hari ni...penghulu segala hari. Sekejap jer kan, cepat betul...

Assalamua'laikum semua. Jumaat dah hari ni...penghulu segala hari. Sekejap jer kan, cepat betul masa berlalu. Ok...disini saya nak kongsikan satu email yang saya dapat. Ianya agak menyentuh hati jugalah. Sama² lah kita hayati yer.

Abah singgah solat di sebuah surau. Usai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.

Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.

Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.

Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.


Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.

Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.

“Ini hok mu buat beli makanan.”

Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya,

“Berapo pendapatan pakcik sehari?”

Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”

Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”

Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”

Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah. Abah mula berasa sebak.

“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.

“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.

Abah tidak mampu bersuara lagi..

Nota:

Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..

Kelebihan orang yang murah hati..

1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.
2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.
3. Akan mendapat pertolongan malaikat.
4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.
5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.
7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.
8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.

 SUBHANALLAH 



Tak suka dengan Dashboard baru kat blog ni lah.  Start pagi nih dah bertukar. Nak setting...


Tak suka dengan Dashboard baru kat blog ni lah. 



Start pagi nih dah bertukar. Nak setting yang lama dah tak boleh lagi...huhuhu...Tak suka lah. Ramai gak blogger yang complain. Terkial-kial gak lah memula. Biasalah, benda baru. Memula memang tak biasa. Tapi lama² ok lah kot. Redho jer lah walaupon tak suka.

Note: Lagi suka dashboard yang lama.




Tanda ingatan buat diri sendiri dan sahabat yang tersayang. Renung² kan lah. Note...


Tanda ingatan buat diri sendiri dan sahabat yang tersayang. Renung² kan lah.

Note: Arghhhhhh...tak suka dengan dashboard baru nih.


Iyer...Saya dah kurus. Bukan kurus sedikit tapi kurus banyakkkkkkk. Antara soalan² cepumas yang biasa keluar dari mulut kawan² atau pon ra...


Iyer...Saya dah kurus. Bukan kurus sedikit tapi kurus banyakkkkkkk. Antara soalan² cepumas yang biasa keluar dari mulut kawan² atau pon rakan sekerja yang jumpa saya:

  1. Jot *nickname saya tau*, apsal ko kurus sangat?
  2. Fiza, kurusnya...dah macam budak sekolah 
  3. Fiza, i tengok you ni makin lama makin kecik, tapi tang *tut* tu selambak...ok, ini agak kelucahan sedikit...muahahaha...
  4. Za..za tak makan ker, kurus sangat nih
  5. Kak, aku tengok ko makin kurus lah. Macam orang sakit jer

Ko nampak...ko nampak tak antara soalan² maut. Betapa kurusnya saya pada pandangan mata mereka semua. Dan saya mengakuinya yang saya semakin kurus. Dah cikeding. Kenapa saya kurus? Owh...saya tak ada jawapan untuk itu. Adakah sebab:

  1. Breastfeeding?
  2. Tandem Nursing?
  3. Penat Bekerja?
  4. Penat Memikir?
  5. Penat jaga anak?
Ok...nyanyi sket *Banyak persoalan yang berada diminda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja...cewahhhh*. Ha...jawab...jawab...Mungkin ada kaitan dengan yang diatas tu kot. Iyer ker? Adalah sikit. Tapi saya memang kuat makan. Memang tak pantang makan...pantang nampak makanan adalah, suma masuk mulut. Iyer lah, anak kan menyusu badan, mana boleh kontrol² makan nih. Kang susu kurang pulak. Perut ni plak memang sentiasa lapar. Hari² saya breakfast. Tak dapat nasi lemak, dapat milo cicah biskut pon dah ok. Lunch pon makan juga. Minum petang lagi. Makan malam...erkkkk....pendek kata pagi, petang, siang, malam lah saya makan. Menternak lemak kekdahnya. Tapi badan tak naik² juga. Macam mana tu?

Last timbang berat saya adalah 45 kg. Owh...dah dapat berat masa anak dara uols. Skang ni saya rasa dah turun. Seluar² kerja suma dah longgar. Nak kena pakai belt. Sluar jeans pon dah longgar gak. Kalau sebelum nih ngam² jer pinggang tu, tapi skang ni kat pinggang tu ada lebih. Alahaiii...kurusnya. 

Yang gemuk nak kurus. Yang kurus plak nak gemuk. Serious...saya nak badan saya nampak berisi sket. Ada sapa² yang sudi dermakan lemak² pada saya..ekekekeke...Kurus sangat pon tak cantik kan. Hurmmmmm...nak buat macam mana. Kurus pon kuruslah, janji sihat wal'afiat kan. 

Tapi kan, saya rasa saya tahu kenapa saya kurus. Bukan sebab tak makan, tapi sebab 'MAKAN HATI' kot...opsss...hahahahaha...jaga² fiza, ada yang memerhati. 

Note: Erk...sejak bila kata ganti nama dah bertukar >_<. Tapi best plak pakai perkataan 'saya'. Leih sopan gitu...auwwww...



Tempat kejadian: Dalam bilik @ Home sweet home Tukang Gunting tak bertauliah: Abah Qhalif Amaca...


Tempat kejadian: Dalam bilik @ Home sweet home
Tukang Gunting tak bertauliah: Abah Qhalif


Amacam aunty² dan uncle²...cantik tak rambut saya. Ni rambut asli tau. Memang terpacak secara semulajadi. Tak main lah pakai minyak...hehehehe...


Weekend aritu si dia alter rambut Qhalif. Rambut belah kiri dan kanan tu dah panjang sangat. Asyik tergaru² jer...gatal gamaknya. Susah gak nak potong rambut anak bujang tecik nih. Bergerak² jer kepalanya. Nak botakkan...macam sayang lah plak. Tapi nak kena botak kan jugak nih.


Betul...saya ada kuasa. Kenapa? Tak percaya ker? Nak tau apa kuasa saya? Jeng..jeng...jeng... - - -...


Betul...saya ada kuasa. Kenapa? Tak percaya ker? Nak tau apa kuasa saya? Jeng..jeng...jeng...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
belum lagi...ekekeke...tak sabar nak tau erk
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Amacam...hehehehehe...inilah kuasa saya. Bukan semua orang ada kuasa ni tau. Kuasa menghasilkan Susu. Tiada yang lebih baik selain dari Susu Ibu...ahaks...

Note: Tiada siapa yang dapat menandingi kuasa dariNYA





Ok...dalam entry saya pasal lagu Teman Pengganti ni rupanya mengundang beberapa persoalan. Ada beb...


Ok...dalam entry saya pasal lagu Teman Pengganti ni rupanya mengundang beberapa persoalan. Ada beberapa kawan kita yang tak tahu siapa yang nyanyi lagu nih.



Lagu ni adalah nyanyian dari Black Mentor dan Malique. Saya nak download video clip dalam entry nih tak boleh sebab YouTube dah kena blocked.


Itulah dia penyanyinya. Ok...apalagi, gi search dan dengar lagu nih. Memang best tau...tapi bagi saya yang mendengarnya lah >_<. Tapi kalau kamu yang mendengarnya dan merasakan lagu ni tak best, itu pendapat masing². Iyerlah...citarasa kita kan berbeza.

Note: Haaa...dah keluar dah lagu nih. Macam tau2 jer saya tengah buat entry pasal lagu nih...ahaks...



Agak emosi bila dengar lagi nih. Best...Ulang banyak lagi pon tak bosan. Ketawa bersama Menangis bersama Ku bersumpah harap kita Mati pun ...


Agak emosi bila dengar lagi nih. Best...Ulang banyak lagi pon tak bosan.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Note: Memula dengar lagu ni macam bosan jer...tak best. Tapi bila dah lama dengar...terus jatuh cinta. Ok...jom nyanyi "Sejak dua menjak ini, Makin kerap ku diganggu visi, Bila celik, juga bila mimpi, Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi, Rahsia ini, Telah lama ku pendamkan..Tiba masanya, Segala-galanya Ku ceritakan"




Nak lari dari segala masalah-masalah yang datang bertimpa² nih. Kan best kalau tak der masalah dalam...

Nak lari dari segala masalah-masalah yang datang bertimpa² nih. Kan best kalau tak der masalah dalam hidup kan. Tapi dalam hidup...kita takkan lari dari masalah² yang datang bertandang kan. Lagi kita lari...lagi masalah tu kejar. Peyelesaiaan nya...cepat² selesaikan masalah yang datang tu yer . Tapi tu lah. Nak selesaikan masalah, kena ada kuputusan juga kan. Nak buat keputusan tu plak bukannya senang. Kena istikharah dulu. Once dah buat keputusan...tak boleh nak berpatah balik. Silap membuat keputusan, nak menyesal pon tak guna lagi kan. Apa² pon...kita serahkan padaNYA. Yang baik datang dari Allah...yang buruk datang dari kita sendiri.

Ok...agak lari dari tajuk sket. Itu hanya selingan...selingan yg ada makna. Opsss...ada yang sentap ker. Kalau rasa diri tu betul, tak payahlah nak sentap² yer.

Nak lari...Sebenarnya ini perbualan antara aku dan anak bujang yang tercinta, Iman Hakimi. Masa tengah siap² nak keluar:

Kimi: Ibu..ibu pakai baju cantik² ni nak pergi mana?
Ibu: Ibu nak lari rumah lah.
KImi: *muka sentap dah* Kenapa ibu nak lari
Ibu: Iyerlah..suma orang dah tak sayang ibu. Suma nak sakitkan hati ibu. Kimi pon tak sayang ibu kan...selalu kasar2 dgn ibu. Nanti bila kimi dah tidur, ibu lari lah
Kimi: Alaaaaa...ibu tipu
Ibu: Klo kimi bangun tengok ibu dah tak der, maknanya ibu dah lari tau
Kimi: Uuuwaaaaaaa *nangis sudah*

Hehehehe...bila ibu sakat anak. Si Kimi ni plak memang super duper sensitive. Tak sangka plak dia boleh nangis. Alahaiiii...anak ibu nih. Takut ibu lari betul² yer.

Kan handsome nih. Klo nangis...hilang ke handsomemannya >_<

Anakku...ibu kalau nak lari pon ibu tak lari sorang². Ibu akan bawa anak² ibu semua. Kamu lah segala² untuk ibu. Kita melarikan diri bersama² yer nak...ekekekeke...Dah macam betul² nak melarikan diri dari rumah jer nih.

Note: Nak melarikan diri buat seketika...nak muhasabah diri, nak memulihkan hati.




“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG K...


“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”

“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”

Note: Sama² lah kita berdoa yer. *utk yg berkenaan..ini sekadar perkongsian*




Sepatutnya buat entry ni semalam. Tapi sumpah...mak lupa noks semalam 12 september 2012...cis. Bany...


Sepatutnya buat entry ni semalam. Tapi sumpah...mak lupa noks semalam 12 september 2012...cis. Banyak sangat memikir kan, sampai lupa tarikh smalam...ahaks..


Alhamdulillah...semalam genap usia qhalif 5 bulan. Alahaiiii...cepat nya masa berlalu. Rasa macam baru jer bersalinkan qhalif. Tup...tup...dah 5 bulan dah usia anak ibu nih.

Masih mendapat khasiat susuibu sepenuhnya, syukur alhamdulillah. Malah makin bertambah permintaannya. Kalau sebelum nih aku bagi 3 botol perahan SI bersamaan dengan 15 oz sehari. Tapi skang ni nak kena tambah lagi sebotol. Maknanya 4 botol = 20 oz. Susu dalam freezer pon nak berkurangan dah. Kena up kan pumping session lagi nih...huhuhu...

Perkembangan pon alhamdulillah. Dah boleh meniarap. Skang ni dok angkat punggung plak. Nak merangkak ker nak ooiiii...sabar dulu yer. Step by step. Suka sangat tengok abang dan kakak bermain. Nampak sangat muka teruja dia tu...macam nak join sekali >_<. Nanti dulu yer, tunggu beso sket.

Rambut maintain pacak ☺☺

Senyum jerlah keja dia...baby yang murah dengan senyumam, ker baby memang kerja dia senyum memanjang...ekekeke...gasaklah. Yang pasti, you melt my ibu heart lah baby bila tersenyum.

Ok...lepas ni ibu kena buat preparation untuk your 1st solid food...yeayyyy...sebab si qhalif pon dah mula menunjukkan tanda² nak makan. Tapi kena tunggu bila dah 6 bulan nanti. Sikit jer lagi yer baby. Sabar tau.

Note: Bila anak dah start makan nanti, mulalah pening kepala fikir pasal menu...hurmmmm...


Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Terutama buat yang sedang bercinta dan yang sedang mencari cinta. Untuk yang dah berkahwin...


Info yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Terutama buat yang sedang bercinta dan yang sedang mencari cinta. Untuk yang dah berkahwin pon boleh juga kot. Renung² kan lah.

JODOH ada tiga jenis:

Jodoh dari Syaitan

berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah...

- Jangan lah terjebak dengan yang ini.


Jodoh dari Jin

berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah...

- Tolonglah...Kalau rasa diri tu bertepuk sebelah tangan, carilah yang lain. Tak perlulah nak usaha utk dapatkan juga. Kalau bujang tak per, kalau suami orang? Tak ker menderita dibuatnya. Jawab lah diakhirat kelak. Dan jangan lah terlalu taksub dengan pasangan sampai menjadikan pasangan cinta nombor satu. Jadikanlah Allah cinta nombor satu kita.

Jodoh dari Allah

cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA...

- Ini adalah yang terbaik.

Jodoh dan pertemuan itu ditangan allah. Kalau nak mencari jodoh, carilah khalifah yang boleh membimbing kita dan anak² didunia dan akhirat. Kalau dapat lelaki yang bertanggungjawab dan beriman...alhaamdulillah. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, hanya DIA yang maha mengetahui.Istikharah lah dalam mencari jodoh.

Menyesal dengan jodoh yang bermasalah? Jangan sekali² cakap kita menyesal dengan perkahwinan itu. Kerana jodoh itu telah ditentukan olehNYA. Kalau kita menyesal bermakna kita tak percaya pada Allah. Berdosa. (Seperti yg diperkatakan oleh ustaz/ustazah, lupa dlm rancangan apa).

Dan Ingat, Binalah kebahagiaan anda sendiri. Jangan bina kebahagiaan diatas kesedihan, penderitaan dan kesengaraan orang lain. Harga sebuah kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan melukakan hati orang lain. what goes around comes around...ingat tu. Erk...mcm dah lari tajuk pulok...hahahaha...

Note: Ini adalah info  dan nasihat. Harap maklum yer. Sentap erk!!!



Nampak tak tu...nampak tak? Siapa panjat lagi tinggi? Dah macam pertandingan memanjat plak. Alahai...



Nampak tak tu...nampak tak? Siapa panjat lagi tinggi? Dah macam pertandingan memanjat plak. Alahaiiii...anak dara ibu nih. Hobi dimasa lapang yer ^_^


Yang ni plak bila dah memanjat tak pandai plak nak turun. Gayat gamaknya. Aku pon terkejut yang anak dara ni boleh panjat katil dua tingkat tu. Sebelum ni memang tak pernah naik tangga katil tu. Sedar² anak dara ni dah terjerit² minta tolong...hehehehe...si iman plak gelak² kata adik takut nak turun...hurmmm...


My cheeky sweetie pie...my everything. Keletah kamu menghiburkan hati ibu yang sendu.

Note: Badan anak dara tu dedar sket pagi ni. Harap² tak demam lah.



Cepat...siapa cepat dia dapat! Hanya 200 blog terawal saja yer. Mana lah tau boleh up kan trafik b...



Cepat...siapa cepat dia dapat! Hanya 200 blog terawal saja yer. Mana lah tau boleh up kan trafik blog kita bila blog kita tersenarai dalam bloglist hasrulhassan.com yang popular ni. Suka baca blog HH ni sebab banyak info² dan tips² menarik pasal dunia blogging.

Ok, dah promo habis nih. Kalau nak join silalah ke blog hasrulhasan.com yer. Cepat...sementara tempat masih kosong tu.





ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan?...



ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?

Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.

Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

“Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini,” kata beliau.

Menurut Dr. Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilangkan toksin.

“Mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stres, mandi dengan air sejuk boleh membantu.

Tetapi bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Kata Dr. Tan, negara ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.

“Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di negara yang mempunyai iklim musim sejuk. Mandi malam adalah baik kerana ia membersihkan badan daripada bakteria dan virus.

“Amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, memang kami galakkan mandi”. Kata beliau, kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatangkan penyakit kulit dan juga bau badan.

“Bakteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan,” katanya sambil menambah bahawa kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat, selain membersihkan bakteria daripada permukaan kulit.

“Pembersihan kulit berlaku bila kita mandi. Lebih baik lagi jika kita menggunakan sabun antibakteria,” katanya dan menerangkan prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan.

“Ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam,” kata beliau.

Tetapi kenapa orang tua-tua mengatakan mandi malam tidak baik?

“Nasihat sebegitu mungkin tidak berapa boleh dipakai lagi pada masa kini.

Mungkin pada dekad-dekad yang lampau masyarakat masih belum maju dan kebanyakan rumah tidak punya saluran bekalan air paip.

“Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.

“Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur,” kata beliau.

Pemulihan badan

Menurut Hassan, mandi adalah kaedah baik bagi merehatkan otot badan.

“Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

“Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit,” katanya.

Jadi, adakah mandi malam sememangnya satu amalan tidak sihat?

Kata Hassan: “Sudah tentu tidak. Ia bukan memudaratkan bagi orang yang sihat”. Menurut Hassan, mandi menggunakan air hangat akan membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.

“Mandi juga membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur),” tambah beliau.

Menurut pengamal homeopati itu lagi, mandi adalah satu amalan semula jadi bagi memberi regangan kepada minda dan badan.

Seseorang itu bukan hanya dapat tidur lena tetapi juga tidur dengan lebih lama jika beliau mandi sebelum tidur.

Source

Note: Owh...baru ku tahu. Sebelum ni takut gak nak mandi malam, takut sakit. Mak pon slalu pesan jgn mandi malam. Ok..lpas ni tak perlu risau lagi yer ^_^





Alhamdulillah...cek kedua dari NUFFNANG dah selamat sampai. Rupanya hari jumaat tu dah ada. Tapi r...



Alhamdulillah...cek kedua dari NUFFNANG dah selamat sampai. Rupanya hari jumaat tu dah ada. Tapi receptionist tak sempat nak bagi. Tak per...tak marah pon...hehehe..

Syukur...sebab ada BE tengah running. Yang tu tak tau plak bila bley cash out. Kena tunggu cecah tiga angka dulu. Nak kena tunggu berbulan² gak tu baru bley cecah amout yg dikehendaki.

THANK YOU NUFFNANG!!!!! Sudilah bagi saya Buffered Earning lagi yer ^_^

Note: Duit belanja dikala nak tunggu gaji hujung bulan nih...ahaks...




Bila Allah ambil sesuatu dari kita, yang sebenarnya DIA sedang mengosongkan tangan kita utk sesuatu...


Bila Allah ambil sesuatu dari kita, yang sebenarnya DIA sedang mengosongkan tangan kita utk sesuatu yg lebih baik ^_^







jangan bersedih.. sesungguhnya ALLAH bersama dgn orang2 yg SABAR..

Sahabatku..

Kebahagiaan itu umpama mengutip serpihan kaca yg pecah.. Ada yg berjaya mengutip dgn banyak dan ada yg sedikit.. TETAPI!! tiada seorang pun yg berjaya mengutip kesemuanya.. manakala semasa mengutip, pasti ada yg akan terluka.. Kuatkan hati..

Walau apa pun terjadi, mesti redah.. biarpun susah, biarpun payah kerana kita ada ALLAH.. Cukuplah ALLAH bagi kita.. ALLAH sebaik2 pemelihara.. ALLAH sebaik2 penjaga.. ALLAH is first and foremost!




Kamu yang saya maksudkan disini adalah kawan² dialam maya dan dialam realiti. TErima kasih atas k...


Kamu yang saya maksudkan disini adalah kawan² dialam maya dan dialam realiti.


TErima kasih atas kata2 nasihat dan semangat. Menangis airmata darah sekali pon takkan merubah apa². Hidup mesti diteruskan. Hidup biar sedap...tak gitu ^_^.


Note: Aku antara yang terpilih untuk diuji? Hanya DIA yang maha mengetahui.



Buang Verification Word ni ha. Masih ada lagi blogger yang pakai benda nih. Sekali dua kali taip....


Buang Verification Word ni ha.


Masih ada lagi blogger yang pakai benda nih. Sekali dua kali taip...bley lah mak sabar noks. Tapi kalau dah berkali² taip ayat yang sama dan masih tak lepas² gak...naik hangin gak kan. Dari 'teruja' nak komen, trus jadi 'tersakit hati'. Maka tangan ni pon cepat lah gi tekan button 'X' kat atas tu.

Minta tolong sangat²...buanglah verification word tu yer. 'Saya bukan Robot' tau...ahaks...



Tak der idea - - - - - - - - Tak der mood Note: Macam ni lah jadinya bila mod blogging ada pasan...



Tak der idea
-
-
-
-
-
-
-
-
Tak der mood

Note: Macam ni lah jadinya bila mod blogging ada pasang surutnya...hurmmmm...




Tahniah sebab dah pandai meniarap (^_^) Excited mak noks. Masa tengah leka nengok bebudak main me...


Tahniah sebab dah pandai meniarap (^_^)


Excited mak noks. Masa tengah leka nengok bebudak main mercun kat balconi tu, tengok² si qhalif dah selamat meniarap. Alahaiiii...sukanya ibu. Sebelum ni asyik mengiring jer, ntah bila nak meniarap pon tak tau. Finally...di usia 4 Bulan 23 Hari Qhalif dah boleh meniarap.

Ya! allah...rambut anak haku, kembang setaman (^_^).

Macam ni lah bila dah jadi ibu. Sentiasa akan rasa excited bila anak dah pandai buat sesuatu yang baru.Even anak dak 3...excited tu masih ada. Memang tak bosan kalau bercerita pasal anak.

Bila dah lahir..tak sabar nak tengok dia meniarap
Bila dah meniarap..tak sabar nak tengok dia berjalan
Bila dah berjalan..tak sabar nak tengok dia bercakap
Bila dah bercakap..kita plak tak larat nak melayan segala pertanyaan

Betul tak? Betul kan. Tapi kita kena ingat. Setiap development anak adalah berlainan. Jangan terasa bila anak orang tu lebih advance dari anak kita. Jangan nak bezakan anak kita dengan anak orang lain sebab setiap anak tu adalah unik.

Note: Tak sabar nak balik umah. Hari² rindu ngan anak² ^_^




Gambar pinjam Siapa yang terperangkap dalam kesesakan petang semalam? Mesti ramai kan. Aku pon tak...



Siapa yang terperangkap dalam kesesakan petang semalam? Mesti ramai kan. Aku pon tak terkecuali. Nak nangis dibuatnya. Rasa macam best jer kalau ada kereta yang boleh terbang. 1 jam 30 minit terperangkap dalam kesesakan yang menyesakkan. Dengan accident lagi.

Tapi hujan petang semalam memang lebat. Kat umah aku ni pon banjir. Tak pernah² air longkang tu naik. Habis baju di ampaian basah. Nasib tak terbang di bawa angin. Pastu tingkap bilik lupa nak tutup plak tu, hurmmmm...lencun ah langsir. Kesudahannya petang smalam, dekat pukul 8.00 pm sampai rumah. Memang penat ah. Sakit urat ketin ni ha. Dok main clutch ngan minyak.

Si dia plak dekat pukul 11.00 pm baru sampai umah. Jalan kat sungai besi sesak teruk. Banjir katanya...keta tak bley lalu. Banyak keta tersadai. Nasib naik motokar, bley buat u-turn. Kesian lah kat kenderaan² yang lalu jalan tu. Pukul 11.00 pm pon jalan masih sesak lagi.





Tau tak PTD tu apa? Apa? Tak tau? PTD tu Pejabat Tanah Daerah. Ni tengah hari semalam nyer citer. D...


Tau tak PTD tu apa? Apa? Tak tau? PTD tu Pejabat Tanah Daerah. Ni tengah hari semalam nyer citer. Dapat jemputan dari DO Sepang nih. Apa? DO pon tak tau. District Officer...hahahaha...gurau jer (^_^). Ada rumah terbuka Aidilfitri. Apalagi kan...makan², sapa tak suka.

Masa on the way tu hujan pulak. Hujan² biasalah kan, perut sentiasa jer lapar. Sampai² jer ada meja kosong. Bagus sangar lah tu. Trus gi cari makanan. Banyak gak gerai² makanan.


Antara makanan yang dimakan. Overall makanan bley tahan sedap. Perghhhh...banyak gak lah mak makan noks. Memang ternak lemak betul. Tapi tak per, aku kan breastfeeding mom. Makan banyak pon badan still maintain gitu. Sebab:

'Setiap kali menyusukan anak, sebanyak 500 kalori di dalam badan ibu akan dibakar. Jadi tidak mustahil bagi ibu-ibu yang menyusui anak akan mendapat berat badan yang ideal atau sama sebelum dia mengandung'

Nampak tak...nampak tak. Itu lah kelebihannya. Jadinya, tak perlu lah risau kalau makan banyak berat naik. Breastfeeding jalan penyelesaiannya.

Note: Minggu ni minggu ternak lemak lagi. Makan..makan dan makan jer lah (^_^)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks