AFB Feeds

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sebeulm terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebeulm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, pasti tenang hatinya
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang² yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya


Umur baru nak masuk 2 tahun bulan sembilan nih, tapi dah kena berdikari. Naik tangga sendiri jer, ta...

Umur baru nak masuk 2 tahun bulan sembilan nih, tapi dah kena berdikari. Naik tangga sendiri jer, tapi dibawah pengawasan ibu yer. Rumah tingkat dua plak tu. Terkedek² naik tangga ngan bag Angry Bird dia tu.

Naik...jangan tak naik...

Posing jap

Naik lagi...kesiannya...☺☺

Rehat jap...posing dulu.

Anak sapa lah nih. Kesian tak? Kesian kan...muahahahahaha...Macam ni lah rutin tiap² petang. Ibu nak dukung tak boleh sebab dah dukung adik qhalif. Ngan bawak bag pam lagi. Macam mano tu? Macam tu lah gamaknya ☺☺.

Agak mencabar jugak lah mak noks bila bawak anak dara ni naik tangga. Amik masa dekat 5 minit gak lah. Sebelah tangan pegang qhalif...sebelah tangan lagi pegang qahirah pastu bag pam lagi...cer bayangkan...Iyer lah...kecik lagi kan. Nak melangkah lelaju kaki tak cukup panjang lagi. Sabo jer lah.

Ni lah dia bila jarak anak kedua dan ketiga agak rapat, tapi tetap 2 tahun gap lah *hehehehe...tak nak kalah tu*. Si kakak terpaksalah berdikari sket. Dan si ibu pon jadi extra penat jugak lah. Mengluh ker fiza ooiiiii...erk, tak lah...DIA dah mengatur segalanya kan. Redha sudah. Tapi tak per...penat sekali harung.

Nota: Teringin nak babywearing, tapi tak reti. Tapi dah jatuh cinta ngan babywearing, tapi masih belum ada rezeki nak beli lagi *berapa banyak tapi lah*... macam mana tu.

Nota: Alhamdulillah...dah 2 tahun berturut² dapat puasa penuh. Pada yang berpuasa hari ni...selama...


Nota: Alhamdulillah...dah 2 tahun berturut² dapat puasa penuh. Pada yang berpuasa hari ni...selamat berbuka lah yer. Dan pada yang belum ganti tu...cepat² sket ☺☺

'Bila bersama orang yang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. tetapi bila bersama ah...

'Bila bersama orang yang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. tetapi bila bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan diherdik'

Tersentap bila membacanya. Ada betulnya statement itu. Sebagai contoh...kita tengah sibuk lipat baju yang bertimbun. Tetiba si anak datang mengacau, memunggah kain yang sudah berlipat sambil tersengih². Dengan tak semena-mena, kita naik hangin lalu marah si anak tadi. Tak cukup dengan tu...di jentik plak tangan si anak. Padahal anak tu nak bergurau jer, nak amik perhatian ibu. Sebab si ibu syik sangat buat kerja.

Alahaiiiii...sedih bila di ingat² kan dan di fikir² kan balik. Kekadang dah setting mind 'kalau boleh tak nak marah² anak tanpa sebab'...'dah tak nak tinggi² suara dgn anak²', tapi tu suma hanya bisikan sahaja. Bila jer jumpa anak dan anak mula buat perangai, setting mind tadi dah hilang. Yang ada cuma amarah.

Bayangkan lah perasaan si anak tadi bila kena marah...menangis dengan muka sedih. Seharian dah duduk nursery. Bila balik rumah...nak bergurau senda dan nak manja² dengan ibu, ibu plak asyik nak marah². Ya! allah...kesian kat anak².


Anak-anak yang tak bersalah

Si rambut pacak ni tak bley marah² sebab kecik lagi...hahahahaha...

Bila anak dah bertambah ni, emosi jadi tak menentu. Cepat sangat nak marah. Mungkin sebab keletihan...seharian kerja kat pejabat, pastu nak buat kerja rumah lagi dan di tambah plak dengan masalah² lain yang tak pernah habis...hurmmmmm...

Buat anak²ku, ibu minta maaf yer sayang. Ibu sentiasa berdoa supaya di beri kesabaran yang tiada terbatas untuk mendidik dan menghadapi kerenah anak². Tiada ibu yang sempurna...tapi ibu cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak². Kasih sayang ibu tiada yang berbeza...semuanya sama rata.

Nota: Peringatan untuk diri sendiri...hargailah permata hati kita.

Pagi ni ada CIDB Training dari pagi sampai petang...hurmmmmmm...Dengan ini, aktiviti melawat kawasan akan di lakukan esok hari. Sekian...har...

Pagi ni ada CIDB Training dari pagi sampai petang...hurmmmmmm...Dengan ini, aktiviti melawat kawasan akan di lakukan esok hari. Sekian...harap maklum ☺☺☺

Hasil tenusu ibu yang di perah hari jumaat yang jumlahnya 24 oz terpaksa di buang begitu sahaja...so...

Hasil tenusu ibu yang di perah hari jumaat yang jumlahnya 24 oz terpaksa di buang begitu sahaja...sob..sob...sob...Aku terlupa nak letak dalam peti ais.

Nak nangis tgk susu basi.

Sebelum tu dah ingat nak letak dalam freezer. Tapi bila dah buat benda lain, terus jadi lupa sebab malam tu nak balik gombak. Sibuk packing nyer pasal lah nih. Dah keluar rumah baru teringat yang susu masih dalam cooler bag...uuwwaaaaaaa...nak patah balik tak der nyer lah. Anggap lah itu bukan rezeki qhalif.

Nilai setitik susu ibu tu pon dah cukup berharga...inikan pulak nilai 24 oz susu ibu...huhuhuhuhu...Pengajarannya, balik dari kerja kena trus masuk dalam freezer. Tak boleh tangguh² dah.

Qhalif:Senyum...tak perlu kata apa². Tak per lah ibu...bukan rezeki qhalif.

Sakit lain masih bley tanggung lagi, tapi kalau sakit gigi...perghhhhhhh...memang hazab. Dah rasa m...


Sakit lain masih bley tanggung lagi, tapi kalau sakit gigi...perghhhhhhh...memang hazab. Dah rasa macam sakit orang nak beranak gamaknya. Lepas bersalin aritu makin menjadi² plak sakitnya. Gusi bengkak sampai muka pon nampak herot sebelah. Memang nak gelak ah tengok muka sendiri...hehehehehe...dekat seminggu gak lah bengkat tu nak surut. Nak gi dentist, masih dalam pantang. Pastu dah ok, tak rasa sakit plak.

Tapi start minggu ni sakit lah plak. Gigi geraham plak tu. Nak makan pon terbantut selera. Nak kunyah belah kiri, tak syok lah plak kan...macam pelik jer. Alahaiiiii...takutnya nak jumpa dentist. Tapi kalau dah tak tahan sangat haruslah pergi kan.

Kalsium dah kurang macam ni lah jadi nya. Anak2 dah amik kalsium tu. Mana taknya...skang ni mak buat tandem nursing noks.

Nota: Sambil taip sambil pegang pipi...sakit gigi...gigi sakit...auchhhhhhh...

1. Doa memohon Rahmat, surah Ali-Imran (ayat 8-9) (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganl...


1. Doa memohon Rahmat,

surah Ali-Imran (ayat 8-9)

(mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; Karena Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)".

"Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

2. Doa mohon zuriat yang baik,

surah Ali-Imran (ayat 38)

Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa".

3. Doa anak supaya kerjakan solat

surah Ibrahim (ayat 40-41)

Ya Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Ya Tuhan kami, beri ampunlah Aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".

4. Doa anak agar taat kepada Allah,

surah Al-Baqarah (ayat 128)

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah Taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang,

Surah Al-Furqan (ayat 74).

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

6. Doa anak pandai belajar,

surah Al-Anbiya (ayat 79).

Maka kami Telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat)[966]; dan kepada masing-masing mereka Telah kami berikan hikmah dan ilmu dan Telah kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan kamilah yang melakukannya.

7. Doa anak lembut hati,

surah Al-Anbiya, (ayat 69)

Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim",

atau Al-Hasyar (ayat 22-24).

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

8. Doa anak rajin sekolah,


surah Taha (ayat 1-5). 

Thaahaa

Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

(yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas 'Arsy

Source: Anakkusayang



Laju jer mengalir keluar macam air paip. Keluar seratus hinggit...tak sampai sminggu pon dah habis....


Laju jer mengalir keluar macam air paip. Keluar seratus hinggit...tak sampai sminggu pon dah habis. Kalau lima puluh hinggit lagi lah, sehari pon dah habis...hurmmmmm...

Nota: Tak sabar nak tunggu hari isnin sebab tak sabar nak tunggu gaji masuk...hahahahaha...

Nota: Sambil baca sambil senyum ☺☺☺


Nota: Sambil baca sambil senyum ☺☺☺

Ku di dalam dilema. Berbaloi ker kalau beli deep freezer semata² hanya untuk letak hasil tenusu ibu?...

Ku di dalam dilema. Berbaloi ker kalau beli deep freezer semata² hanya untuk letak hasil tenusu ibu? Atau ada sesapa yang sudi sewakan deep freezer....hehehehe...


Freezer mak dah hampir penuh noks. Hasil perahan pon alhamdulillah...meriah. Rezeki qhalif. Ada dekat 60 bekas dah. Puasa pon dah nak dekat. Nak kena buat stok lagi. Biasalah...hasil perahan ada pasang surutnya.

Bekas dadih tu makan space lah. Bukan apa...storage bottle tak cukup. Nak kena beli lagi nih. Pagi ni try pakai Jingle Jungle nyer storage bags. Tapi macam pelik lah. Siapa pakai JJ storage bags bley bagi instruction tak? 

Nota: Update secara pantas. Ke busy an melanda sampai tak sempat lagi nak minum pagi. Sekian.

Siapa suka choki choki sila angkat keyboard...hihihihih...favourite coklat masa jaman skolah. Sampa...


Siapa suka choki choki sila angkat keyboard...hihihihih...favourite coklat masa jaman skolah. Sampailah dah jadi mak budak...choki choki tetap jadi pilihan. Iyer lah, buat penggemar coklat mcm mak ni, masa skolah dulu nak beli coklat cadbury mahal sket...beli choki choki baru seposan satu. Tapi skang ni 5 stick sama dengan sehinggit. Lain kedai lain harga.

Kudapan aku kat office skang ni adalah choki choki. Buat hilang ngantuk. Klo gi kedai mesti nak beli. Kalau dah masuk mulut...memang tak hingat anak dah lah. Sepeket ni pon boleh habis sekejap jer. Macam berhantu plak.

Untuk anak²...nanti ibu beli jajan lain yer. Coklat ni bebudak tak bley makan selalu, nanti gigi rosak. Biar gigi ibu rosak...jangan gigi anak yg rosak...muahahahaha...

Google pic. Hangat hati sebab hari² jalan sesak nak mampos . Pagi petang sesak. Tension di buatnya....

Google pic.

Hangat hati sebab hari² jalan sesak nak mampos. Pagi petang sesak. Tension di buatnya.

Nota: Sekian...Luahan perasaan di pagi hari yang berjerebu dan berdebu.

Aktiviti hujung minggu. Bawa anak² gi swimming. Memula gi kat MBSJ, sekali kolam tutup lah plak. Nak...

Aktiviti hujung minggu. Bawa anak² gi swimming. Memula gi kat MBSJ, sekali kolam tutup lah plak. Nak gi putrajaya...dah jauh nak patah balik. Finally...gi kolam DBKL. Tapi pukul 6.00 pm lah plak baru bukak. Kitorang sampai situ pukul 4.45 pm. Ada lagi sejam lebih. Alahaiiiiii...bebudak dah tak sabo nak mandi. Apalagi, gi isi perut dulu.

Abang yang teruja.

Si abang plak asyik membebel. Selagi tak dapat, selagi tu lah asyik bertanya itu ini. Penat mak nak jawab noks. Lepas isi perut, trus gi sana balik. Sampai² orang dah beratur nak baya. Dewasa 3 hinggit, kanak² sehinggit.


Bebudak kalau dah jumpa air memang tak hingat donia lah. Anak dara tu 1st time mandi kolam. Selalu berendam dalam baldi jer...kesiannnn..☺☺ Apalagi...mandi sampai kecut, gigil²...pastu kelaparan.


Qhalif si rambut pacak plak...hanya memerhati jer lah abang and kakak dia mandi. Mulut bebel²...nak mandi sama gamaknya. Last² lena di ulit mimpi. Bising² pon tak der hal nyer...tido tetap tido...hehehehehe...

Yang terucap di bibir tidak sama yang tersimpan dihati.. bibir bisa saja menipu, hati masih mampu ...


Yang terucap di bibir tidak sama yang tersimpan dihati..

bibir bisa saja menipu, hati masih mampu menyembunyikan keperitan tetapi mata tidak bisa..

kerana bila hati sakit air mata terus megeluarkanya walaupun pada saat itu bibir masih mampu tersenyum...

sentiasalah tersenyum walaupun pada saat itu engkau sedang meratapi kesedihan..

Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya:  IMAN QHALIF BIN HUSAINI  Ibu saya s...



Buat tatapan dan pengetahuan kawan² ibu, nama saya: 

IMAN QHALIF BIN HUSAINI 

Ibu saya saja jer tak nak bagi tau nama saya...surprise lah tu kekononnya...hehehehe...Ibu berkenan dengan nama ni sejak saya dari dalam perut lagi. Besar harapan ibu dan abah supaya saya dapat jadi pemimpin yang beriman, menjadi anak yang soleh, bijak dan yang baik² lah bila besar nanti. Ibu tak dapat nak letak gambar qhalif banyak² sebab ibu tengah busy. Bila dah reda sikit keja ibu nanti ibu letak gambar banyak² sampai aunty² naik pitam tengok gambar qhalif yer. 

Akhir kata...Selamat Berkenalan buat aunty² dan uncle² (ada ker) yang santek dan encem.






Bukan satu, tapi 3 Buffered Earnings sedang seronok menari² kat blog nih. Puan blog senyum...tak p...


Bukan satu, tapi 3 Buffered Earnings sedang seronok menari² kat blog nih. Puan blog senyum...tak perlu kata apa²...muahahahahaha...luv u Nuffnang ☺☺



Pelik gak kekadang. Bila update blog hari², BE malu² jer nak bertandang. Nak singgah sebijik pon amik masa. Tapi bila tak update berbulan²...hamik ko...sekali 3 ketul datang...sukanyaaaaaa...Rejeki orang baru dapat baby lah katakan ☺☺☺

Achummmmmmm...bersawang nya blog. Ada lagi ker pembaca nih. Iyerlah...agak lama terbiar. Banyak sarang labah² dah...ekekekekeke...  Assa...

Achummmmmmm...bersawang nya blog. Ada lagi ker pembaca nih. Iyerlah...agak lama terbiar. Banyak sarang labah² dah...ekekekekeke... 

Assalamua'laikum semua...rindu sama kamuuuuuu. Nak terjah rumah kamu semua. Nak baca citer² kamu yang best². Dah lama sangat tertinggal ketapi nih. Hari ni 1st day bekerja. Cukuplah 2 bulan cuti. Sampai² jer office trus check email...perghhhhhhh...empat ratus lebih inbox. Pastu buka blog lah kan, rindu ngan blog sendiri. 

Serabut kepala hotak pagi ni bila tengok meja berselerak. Sebelum cuti bersalin aritu kemas dah meja. Bila balik dari cuti...hamik ko...nak menjerit rasanya. Kalau dah amik barang/fail tu, pandai² lah letak kat tempat asalnya balik, ni tak...dah macam nak jadi KLCC gamaknya. Stationary apatah lagi, kosong box ni ha...alahaiiiiiiii...Tak sempat nak simpan barang dalam drawer. Sebaiknya, sebelum cuti simpan dulu barang²...kalau tak simpan macam ni lah jadinya, hilang ntah kemana. Banyakkkkkkkkkkk sangat nak citer nih. Tapi nak buat keja dulu. Yang paling penting...nak buat claim ni ha. Submit cepat, dapat lah cepat (^_^). 

Pssstttt...gambar anak bujang tu nanti mak tepek yer noks. Cari kabel HP tak jumpa plak. Tungguuuuuuu...☺☺☺
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks