Baju Muslimah Kanak-kanak

Bingit betul malam tadi...chap goh mei ker? Bunyi mercun berdentum dentam. Walaupon agak jauh dari kawasan perumahan, tapi bunyi kuat tu se...


Bingit betul malam tadi...chap goh mei ker? Bunyi mercun berdentum dentam. Walaupon agak jauh dari kawasan perumahan, tapi bunyi kuat tu sedikit sebanyak mengganggu tido tuan rumah. Taip nasib tak mengganggu tido anak².

Dah macam nak berperang pon ada gak. Berlawan² bunyi mercun @ meriam sapa paling kuat. Kalau lah umah aku dekat ngan kawasan kejadian, mau tak tido di buatnya.

google pic. Lepas ni fesyen t-shirt dan track suite akan menjadi ikutan gara² fenomena Awan Nano. Tapi jangan sampai berkaki ayam sudahlah ...


Lepas ni fesyen t-shirt dan track suite akan menjadi ikutan gara² fenomena Awan Nano. Tapi jangan sampai berkaki ayam sudahlah yer...hahahahaha...Persembahan paling sempoi. Bermodalkan RM20.00 sahaja untuk harga t-shirt.

Sana sini orang bercerita pasal Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi kan. Memang terbaik lah. Tahniah buat Hafiz kerana penyampaian lagu dengan penuh penghayatan, untuk Datuk M. Nasir di atas ciptaan lagu dan Budi Hekayat untuk lirik yg mantap.

Apa² pon...AJL malam tadi memang best.

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu u...


Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”

Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”

Untuk diri ini...'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'

Source: Genta Rasa

Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini...


Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini sebuah tangisan meratapi nasib diri. Yang pasti sangat rapuh hati ini dan sangat murah air mata yang mengalir.

'Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya'


'Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu'

'Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai'


'Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu'


'Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'

Iyer...aku masih menunggu pelangi dariNYA. Masih ada harapan ker? Hanya DIA yang maha mengetahui. Doa orang² yang teraniaya insya'allah akan di makbulkan. Aku takkan mengalah dan akan terus berusaha.



Macam ni lah gamaknya bila cuti lama sangat...rasa lemau jer, macam biskut lemak yang dah masuk angin tu. Apa pon tak bley...haihhhhh...


Macam ni lah gamaknya bila cuti lama sangat...rasa lemau jer, macam biskut lemak yang dah masuk angin tu. Apa pon tak bley...haihhhhh...

Buat kaum Cina di luar sana, wishing you a 'Prosperous New Year and A Happy New Year'. Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuai Le. Sela...


Buat kaum Cina di luar sana, wishing you a 'Prosperous New Year and A Happy New Year'. Gong Xi Fa Chai and Xin Nian Kuai Le.


Selamat bercuti untuk semua dan selamat bergembira bersama keluarga tercinta.


Pada yang nak bercuti dan nak balik kampung tu, berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda dengan betul supaya tak tersangkut dalam kesesakan. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali dari destinasi dengan selamat.

KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, sem...

KELUARGA dan sahabat salah seorang bayi yang meninggal tersedak susu di pusat asuhan menunggu di luar Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.

“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.

“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.

Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.

“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian

Source: BH Online

Note: Ya! Allah...sedihnya bila baca cerita² macam nih. Ingatkan dah tak der lagi kes² macam nih. 2 bayi serentak plak tu tersedak susu. Semoga anak² kita yg berada di Nursery/Pengasuh akan sentiasa berada di bawah lindunganNYA. Takziah kepada parents bayi² ni.



[Up to 35% Off] Philips AVENT Newborn Starter Set from RM128. Includes 4 Bottles. Pick-up / Delivery Available.  Highlights Newborn start...

[Up to 35% Off] Philips AVENT Newborn Starter Set from RM128. Includes 4 Bottles. Pick-up / Delivery Available. 




Highlights
  • Newborn starter set includes:
    - 2 x 260ml feeding bottle
    - 2 X 125ml feeding bottle
    - 1 x Newborn soother
    - 2 x Additional extra soft newborn teats
    - 1 x Bottle and teat brush
  • BPA-free bottles where milk flow is controlled by the baby.
  • Anti-colic valve behind teat prevents air from entering stomachs.
  • Natural shape makes combining breastfeeding and bottle-feeding easier.
Buat penggemar botol jenama AVENT nih, bley lah beli. Murah tu. Kalau beli satu botol avent pon dah agak mahal, inikan kalau nak beli sampai 4 botol. Jom beli selagi stok masih ada ☺☺

Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup, Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisi ku Tuhan aku tah...

Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup, Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku, Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka, Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku, Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian, Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku, Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa, Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah, Moga cahaya di penanti

Note: Jiwang di hari khamis...layan ker lah erk.
 

Mood blogging sedikit merudum sejak akhir² nih. Owhhhhh...sangat tak suka bila mood macam nih melanda diri ini. Banyak benda nak citer, tap...


Mood blogging sedikit merudum sejak akhir² nih. Owhhhhh...sangat tak suka bila mood macam nih melanda diri ini. Banyak benda nak citer, tapi...masa tak mengizinkan. Masa untuk BW pon agak terhad. Terjah mana yang sempat jer.

Sekian...masa untuk sambung kerja...daaaaa...

Alhamdulillah...akhirnya cek yang di tunggu² sampai juga. Hari jumaat aritu dapat. Pendapatan terkumpul selama 2 tahun dan juga pendapatan p...

Alhamdulillah...akhirnya cek yang di tunggu² sampai juga. Hari jumaat aritu dapat. Pendapatan terkumpul selama 2 tahun dan juga pendapatan pertaman hasil dari blogging. Walaupon amik masa yang lama nak kumpul duit tabung nih, tapi akhirnya nampak gak hasil. Iyerlah...blogger biasa jer kan. Visitor pon biasa² jer.


Inilah amount yang aku dapat. Bukan nak menunjuk cuma nak bagi semangat. Sikit² lama² jadi bukit. Jangan merungut bila amount asyik banyak tu jer, usaha kena lebih. Macam aku....amik masa 2 tahun nak dapat banyak nih ☺☺☺

Terima kasih pada kawan² dan visitor yang sudi baca blog nih.

Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. U...

Pengorbanan. Senang dituturkan mungkin. Tetapi pelaksanaannya sendiri memerlukan pengorbanan. Ya, untuk berkorban, memerlukan pengorbanan. Untuk melakukan pengorbanan, memerlukan kita untuk berkorban.

Payah bukan? Kerana pengorbanan bukan sesuatu yang senang, ramai yang meninggalkannya. Ramai yang menghindarkan diri daripada berkorban. Melainkan orang-orang yang tinggi imannya mampu berkorban dengan sebenar-benar pengorbanan.

Tapi aku tak tergolong dalam golongan ini. Iman aku tak cukup tinggi untuk melakukan pengorbanan apatah lagi untuk berkorban. Berkorban demi kebahagiaan orang yang aku sayang. Ya! allah...ujian dan dugaan datang silih berganti. Ku sangka sudah berakhir...tapi...

Terdetik di hati, kenapa aku harus di uji sedemikian. Kenapa tidak orang lain? Terlalu membebankan untuk di pikul...terlalu berat untuk di fikirkan. Betul² menyesakkan hati dan perasaan.

Petunjuk...masih memohon padaNYA untuk di beri petunjuk.

Bertabahlah wahai hati ku yang duka lara. Ketahuilah bahawa kasih sayang ALLAH itu tiada sempadannya. dan sesungguhnya, ALLAH tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan dan ujian yang tidak mampu kita lalui. Mampu ker aku lalui semua ni? Sebanarnya tak mampu ya! allah...

sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT,
percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya –
hikmah tersembunyi.

Jangalah bersedih wahai
jiwa yang tenang, kerana
bersangatan sedih itu
membuatkan dirimu
dinodai Syaitan.

Janganlah bersedih wahai
jiwa yang lara, kerana
bersama engkau ialah
Allah Yang Maha
Mendengar rintihan
hamba-hambanya.

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, ubun-ubunku (nasib-ku) ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu atasku, adil ketetapan-Mu atasku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajarkan seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib disisi-Mu. Jadikanlah Al Qur’an sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh kesahku“

Esok ada INTERNAL AUDIT ... BUSY...BUSY... FILING...PREPARATION... Aaaahhhhh...Semputttt...

Esok ada INTERNAL AUDIT...

BUSY...BUSY...

FILING...PREPARATION...

Aaaahhhhh...Semputttt...

Suram sebab anak dara tak sihat, nak dekat seminggu kena selsema dan batuk. Pagi isnin demam pulak. Pastu OTITIS kembali menyerang...berair...

Suram sebab anak dara tak sihat, nak dekat seminggu kena selsema dan batuk. Pagi isnin demam pulak. Pastu OTITIS kembali menyerang...berair telinga sebab hingus kluar ikut telinga. Lagi parah bila asyik di garu telinga yang berair tu, habis merah...nampak luka sikit. Aduhhhhh...sian anak ku. Selangi selsema tak baik, selagi tu lah telinga akan berair. Tapi skang nih nampak dah kurang sikit...alhamdulillah.

Yang payahnya skang nih, anak dara tu susah nak makan ubat dah. Kalau dulu senang jer nak bagi makan, nganga jer mulut. Tapi skang sebaliknya...nak kena paksa bukak mulut. Itu pon banyak yang keluar dari yang masuk...alahaiiii...Mata si ibu pon dah nak jadi macam mata panda sebab tak cukup tido.

Bukan anak dara jer tak sihat, kami somi istri pon tak sihat gak. Si dia tak habis² ngan ulcer nya pastu smalam demam. Yang aku plak semalam dapat cuti sakit. Penangan Food Poisoning. Ya! allah...seksanya bila asyik bluekkk banyak kali. Asal makan/minum...suma kluar balik. Lemah badan di buatnya. Alhamdulillah...hari nih dah start keja.

Cuma antibody iman masih kuat lagi sebab tak kena tempias orang sakit kat dalam rumah tu. Tapi standby gak ubat untuk dia.

Tapi tak best lah, awal² tahun dah dapat cuti sakit...huhuhuhu...

Kalau gi Ampang Point, tak sah kalau tak makan kat Taiwan House nih. Rasa nya memang dari dulu sampai skang masih sama. Cuma harga jer yang...


Kalau gi Ampang Point, tak sah kalau tak makan kat Taiwan House nih. Rasa nya memang dari dulu sampai skang masih sama. Cuma harga jer yang makin naik. Kalau sebelum nih satu set tu skali dengan air Chinese tea atau kopi. Tapi skang nih satu set hanya ngan Chinese tea jer, no more air kopi. Tak masuk dek tekak lah kan klo ngan CT nih.


Antara menunya. Memang suma sedap². Customer pon selalunya memang ramai. Macam² pilihan ada.


Aku kalau makan kat sini memang selalu order Fish Ball soup Glass Noodle. Si dia plak suka makan Beef Rice. Bley tukar² makan. Kalau nasi tu memang akan tambah order lah sebab memang tak cukup. Daging memang lembut dan sedap. Ahhhhhhh...terbayang² sudah kesedapannya ☺☺

Kalau yang belum mencuba tu, silalah pergi. Memang sedap dan berbaloi.

p/s: Gambar² adalah dari google pic...harap maklum ^_^

Segmen suka². Lari jap dari keserabutan fikiran. jom join. Tarikh Tutup: 8 Januari 2012 Jam 12 Tengahari Nama: Fiza sudah lah ☺☺ Umur...




Segmen suka². Lari jap dari keserabutan fikiran. jom join.

Tarikh Tutup: 8 Januari 2012 Jam 12 Tengahari

Nama: Fiza sudah lah ☺☺

Umur: Hhhmmmmm...sensitif lah klo bab² umur nih. Tapi saya muda lagi tau...hahahaha...Biarlah rahsia...boleh?

URL: http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com

Lokasi: Bandar Baru Bangi, Seksyen 7

Bila memikirkan pasal kerja Tak der mood rasanya Kerja makin bertambah, skop kerja pon makin luas Tapi...jawatan masih di takuk lama Terasa...


Bila memikirkan pasal kerja
Tak der mood rasanya
Kerja makin bertambah, skop kerja pon makin luas
Tapi...jawatan masih di takuk lama
Terasa tak di hargai pon ada
Bila orang memandang sepi hasil kerja kita
Nak bertahan sampai bila?

Hhhhhmmmm...sabar jer lah kan. Memang sakit hati bila di fikirkan balik. Nak buat kerja pon rasa macam tak ikhlas, iyerlah...buat kerja teruk² orang bukan pandang pon, baik buat kerja sambil lewa...ye tak. Tapi tak baik berfikiran macam tu kan. Bertahan dan bersabar lah selagi boleh.

Serabut kepala dengan kerja yg berlambak nih sebab baru balik dari cuti. Serabut lagi sebab banyak benda nak citer, tapi tak der masa lagi nak buat entry. Tak sempat nak bertandang umah kengkawan, mana yang sempat jer lah.

OK...nak sambung kerja.

Tak tau lah apa masalah nih. nak kena blocked dah gamaknya. ni pon ada masa 10 minit jer nih ha. Kena update sepantas kilat...uuwwaaaaaa......


Tak tau lah apa masalah nih. nak kena blocked dah gamaknya. ni pon ada masa 10 minit jer nih ha. Kena update sepantas kilat...uuwwaaaaaa...boringnya. Harap² tak lama lah masalah nih. Sebab FB dan YM yang selama ni di blocked tetiba boleh plak bukak, tapi blog tetiba plak kluar message nih. Aduhhhhh...bosan lah macam nih.

Bluekkkk...hahahahaha...ferasan ☺☺☺ Assalamua'laikum semua. Lima hari tak bersiaran. Rindu rasanya nak menjengah rumah uolas yang can...


Bluekkkk...hahahahaha...ferasan ☺☺☺

Assalamua'laikum semua. Lima hari tak bersiaran. Rindu rasanya nak menjengah rumah uolas yang cantik tu...rindu nak baca hasil tulisan uols. Mesti banyak citer yang dah tertinggal.

Kerja pon tengan bertimbun nih. Biasalah...lama sangat cuti kan. Nak buat kerja dulu, jap lagi nak jenjalan umah uols. Sediakan air siap²...tetamu nak datang bertandang nih...hehehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...