Baju Muslimah Kanak-kanak

ihsan google Mesti ramai yang tak sabar tunggu perlawanan malam esok kan. Malaysia menentang Indonesia...bukan calang² pasukan juga ...




Mesti ramai yang tak sabar tunggu perlawanan malam esok kan. Malaysia menentang Indonesia...bukan calang² pasukan juga tu. Semoga Harimau Belang dapat bermain dengan cemerlang seperti mana masa perlawanan menentang Laos tempoh hari.Kekalkan prestasi kamu wahai pemain² Malaysia. Semoga berjaya.


Untuk kamu semua. Selamat berhujung minggu.



Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan se...


Kamu...kamu semua. Yang bekerja di tengah² Bandaraya Kuala Lumpur yang jalannya bley di katakan hari² sesak. Demi mencari rezeki, jalan sesak sanggup ku redah kan. Masa gi training kat Solaris, Dutamas. Ya! Allah...hazabnya nak balik. Faham² jerlah kalau dah masuk Jalan Duta tu kan. Jalan sesak nak mamps. Kalau hari hujan apatah lagi. Pening kepala duduk dalam kereta lama². Bukan pening jer, punggung pon naik kebas di buatnya. Hati mula berdetik 'Ya! allah...tabahnya dorang nih. Sanggup harung jalan sesak hari²'. Memang salute lah.

Kira saya pon dalam category tabah juga lah kan. Skang ni balik keja hariiiiiiiii-hariiiiiiii jalannnnnnnn sesakkkkkkkk. Di tambah dengan MAHA dan November Rain kan. Alahaiiiiii...nak nangis dibuatnya. Tapi kalau tak der MAHA dan November Rain pon, jalan tetap sesak. Tak faham mak noks apsal jalan sesak. Cuti sekolah pon sesak gak. Pagi sesak, petang pon sesak...allahuakhbar...Tahap kesabaran pon boleh hilang,

Jalan sesak bukan sebab accident pung. Kalau accident pon lagilah berjela-jela sesaknya kan. Ni sesak sebab nak masuk simpang/susur jer. Lepas tu clear dah jalan. Adoiiiiiiii...letih lah kalau hari² macam nih. Dah lah keta manual. kejang kaki wei. Nak naik motor....tak pandai lah pulak, lagi pon takut lah nak menunggang motokar...hurmmmmm...Redah jer lah.

Note: Kejap jer dah jumaat kan...kejap jer dah nak masuk bulan december.

Nama: Qahirah Bt Husaini Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik Tagline: Comel tak say...



Nama: Qahirah Bt Husaini
Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari
Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik
Tagline: Comel tak saya...Comel kan ^_^

Comelnya. Anak siapa ni...muahahaha...Dah lama tak citer pasal anak dara the super duper active nih. Asyik citer pasal adik qhalif jer kan. Tak aci ibu ni tau.

Alhamdulillah...membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat susu ibu walaupon minum susu formula. Malah lagi over dari adik kekadang. Pertuturan pon dah makin banyak. Ada yang ibu faham dan ada yang ibu tak faham. Iyerkan sajalah. Suka sangat mandi. Dalam sehari tu lebih dari sekali lah dia mandi.

Owh...anak dara ni sangatlah aktive. Ada jer kerja nya. Memanjat, memunggah, mengusik abang, adik dan ibu dia ni pon di usiknya. Pendek kata tak reti duduk diam lah. Kat dinding rumah tu pon dah ada wallpaper made by qahirah. Meja makan kat rumah tu memang tak der kerusi, hanya tinggal meja saja sebab kerusi dah di simpan dalam bilik. Asyik memanjat sampai jatuh. Tu pon tak serik². Kalau diam pon time minum susu dan tidur. Kalau qahirah tidur memang rasa aman sikit lah...ekekeke...

Pastu kan, anak dara ni suka ber-eksperimentasi. Ada jer benda yang nak di eksperimenkan. Contoh...kalau makan nasi. Dicurahkan air milo/air masak kat dalam nasi tu, pastu makan. Mak fening noks...gasak ko lah nak, asalkan ko diam. Speaker radio plak ntah amenda di masukkan kat dalam lubang tu. Bila dengar radio adalah bunyi² yang membingitkan telinga. Dan yang lagi tak tahan, qahirah ni suka buat ekspresi muka. Kalau dia bercakap siap dengan kening terangkat, dengan mata di bulatkan macam membayangkan keterujaan dia pada sesuatu yang dia nak tahu.Memang lawak lah. Dialah penghibur kat umah tu selain dari abang dan adik.

Sedang ber-eksperimentasi

Nak tolak jugak...layan.

Anak dara mak ni peramah noks, especially dengan LELAKI. Di ulang...LELAKI. Kalau dengan perempuan nak kena warm up dulu. Kalau nampak budak lelaki atau jejaka siap di pandangnya pastu say 'Hai' sambil sengih². Owh my lil princess...naughty tau. Kalau dah beso nanti jangan buat macam ni. Memang ibu cubit lah nanti. Ok...itu jer lah perkembangan anak dara ku buat masa nih. Semoga membesar sebagai anak yang mendengar kata, anak yang solehah dan bijak pandai...amin...In Shaa Allah...

Note: Tahniah buat Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan Laos dengan 4-1. Sabtu ni kena berjuang habis-habisan untuk  menundukkan indonesia, bukan calang² pasukan tu.

Baru² ni saya ada join segmen JEJAK KAKI KU DI BLOG MU dari Maera Ismail . Kalau uols nak join bley terjah blog Maera nih. Ok...saya nak ...

Masa ni 1st time saya introduce qhalif dengan his 1st solid food. Let pictures do the talking ☺☺☺ 1) Bersiap sedia untuk makan 2...


Masa ni 1st time saya introduce qhalif dengan his 1st solid food. Let pictures do the talking ☺☺☺

1) Bersiap sedia untuk makan


2) Muka blur sebab 1st time makan.


3) Dah mula ngantuk

'Ibu...sedaplah, tapi qhalif nak tido'

4) Mata dah kuyu tapi makan tetap makan


5) Dah tak larat nak buka mata. Tido lagi best.


6) Akhirnya.....Lena di ulit mimpi


Alahaiiiii anak ibu nih. Dah ngantuk sangat gamaknya. Ibu salah timing lah. Kesudahannya...kakak yang habiskan untuk adik. 

Note: Gusi Qhalif dah nampak putih. Macam nak tumbuh gigi. Cepat lak plak.

 


Siapa yang tak kenal dengan Ikan Bakar Bellamy kan. Ikan Bakar famous amos yang terletak kat belakang Istana Negara nih.  Ikan Kembun...


Siapa yang tak kenal dengan Ikan Bakar Bellamy kan. Ikan Bakar famous amos yang terletak kat belakang Istana Negara nih.

 Ikan Kembung Bakar

Nasi Putih bersama taugeh 

Amacam...terliur tak...ekekeke...Lepas habis Town House Meeting kat Solaris Dutamas smalam menyinggah lah kat sini. Memang dah lama tak makan kat jalan bellamy ni. Masa kerja kat Faber Tower dulu selalu juga lah ke sini. Kalau pergi hari jumaat memang penuh lah kedai. Tapi semalam kira ok lah. Tak perlu tunggu lama. 

Memang puas hati lah makan sebab sedap. Cili kicap ngan air asam tu memang terbaik lah. Pastu dapat plak ikan baru lepas bakar...perghhhhh...memang mantoplah.Makan time tengah hari buta...dengan panas dan pedasnya. Apalagi...ketibas dan berpeluh² muka dibuatnya lah kan. Atap zink nok, mau tak berpeluh. Kesian kat parents yang bawak anak kecik...menangis² kepanasan gamaknya. Dah puas makan, jom tengok bil nya pulak.


Buntang biji mata jap. Makin lama makin mahal plak ikan bakar kat sini. Air kelapa RM3.50 ko. Kenapa erk? Sebab dah fofular ker? Kalau kedai air-cond, ok lah harga mahal. Tapi ni kedai atap zink jer...hurmmmmm...Sekali sekala boleh lah makan. Kalau hari², mau nipis poket dibuatnya.

Note: Gua tensi...tak habis² orang tipon cari Ms Lee. Weiiiiii...gua bukan Ms. Lee lah. Nak kena tuka no HP ni nampaknya...ggggrrrrrrrr....

Date : 30 November - 2 December 2012 Time: 10.00 am - 9.00 pm Venue: Mid Valley Excibition Centre (Hall 1, 2 & 3) Buat ib...



Date: 30 November - 2 December 2012
Time: 10.00 am - 9.00 pm
Venue: Mid Valley Excibition Centre (Hall 1, 2 & 3)

Buat ibu² dan bakal² ibu di luar sana, acara cukur poket sudah bermula. Gaji pon dah masuk kan. Jom serbu beramai². Sangat sesuai untuk bakal² ibu yang nak cari barang² baby, Memang rambang mata di buatnya. Kalau expo macam ni memang harganya bley tahan juga murahnya. Cuma kena sediakan duit yang mencukupi. Kalau ibu² yang nak pergi tu, better jangan bawa anak lah. Kesian kat bebudak sebab orang yang sangat ramai.


7 Tahun melayari alam rumahtangga. Ada hujan..ada panas. Ada manis..ada masin. Ada suka...ada duka. Masam, manis, pahit, masin...Cukup bah...


7 Tahun melayari alam rumahtangga. Ada hujan..ada panas. Ada manis..ada masin. Ada suka...ada duka. Masam, manis, pahit, masin...Cukup bahan dan rencahnya.


HAPPY 7TH WEDDING ANNIVERSARY

Alhamdulillah...masih bertahan hingga kini. Di kurniakan dengan 3 orang amanah dariNYA.Harapan??? Seperti pasangan² lain yang ingin hidup bahagia selamanya, begitu jugalah dengan saya. Begitu banyak dugaan dan cabaran sepanjang tempoh 7 tahun ini. Semoga saya tabah dan sabar mengharunginya dan semoga saya dapat terus bertahan. Bahagia...datang tanpa di undang...pergi pon tanpa di rancang kan. Semuanya terserah padaNYA.

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….
Buat si dia...Maaf di atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah. Terima kasih untuk wish yang in-advance  itu dan TERIMA KASIH atas segalanya. 

Dah penat mengejar cinta hati. Sedang mengejar cintaNYA. Cinta kepadaNYA juga yang kekal abadi.

Note: Ada Town Hall Meeting kat Solaris Dutamas. Tak sempat nak singgah rumah kamu.

Extra Note: Hajat nak posa sunat 10 dan 11 Muharram 1434 tak kesampaian . Bendera merah Nippon Paint menjelmakan diri plak...cissssss...tak dapat nak tambah pahala...ekekeke...

Amacam??? Cute kan iklan nih...hehehe...Peringatan buat diri sendiri juga. Supaya dapat memperbaiki diri dan cara pemakaian daripada ba...



Amacam??? Cute kan iklan nih...hehehe...Peringatan buat diri sendiri juga. Supaya dapat memperbaiki diri dan cara pemakaian daripada baik kepada yang lebih baik, insya'allah (^_^).

HAVE A GREAT WEEKEND UOLS ☺☺

Note: Hari ni dah start MAHA 2012. Harap² jalan tak sesak lah.

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat p...


Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:

Kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.

1. Bilakah 'Asyura'?

Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram. Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.

2. Bila Sunnah Puasa? 

Sunnah berpuasa seluruh bulan Muharram. Ini kerana ia termasuk salah satu daripada bulan-bulan haram.Sunnah muakkadah (yang sangat dituntut) berpuasa pada 10 Muharram (hari 'Asyura').Sunnah juga berpuasa pada 9 Muharram.Sunnah juga berpuasa pada 11 Muharram.Sunnah juga berpuasa 1-10 Muharram menurut sebahagian Fuqaha'.

3. Kelebihan berpuasa pada 10 Muharram?

Diampunkan dosa setahun yang lalu (hadis sahih riwayat Imam Muslim).Pada hari tersebut Nabi Musa diselamatkan daripada Fir'aun. Maka puasa tersebut adalah sebagai tanda kesyukuran*. Ummat Islam lebih berhak berpuasa daripada Yahudi (yang juga berpuasa pada 'Asyura') kerana aqidah yang sama dengan Nabi Musa.
* ia juga dalil bahawa Islam membenarkan sambutan diadakan untuk mensyukuri sesuatu perkara setiap tahun. Oleh kerana itu juga, maka sambutan maulid dibenarkan di dalam Islam sebagai tanda kesyukuran.

4. Mengapa pula puasa pada 9 Muharram?

Hadis Nabi yang bermaksud: Jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada hari kesembilan. Namun baginda telah wafat pada tahun berikutnya.Membezakan dengan amalan orang Yahudi.Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.Termasuk 10 hari pertama Muharram yang disunnahkan berpuasa oleh sebahagian Fuqaha'.

5. Hikmah berpuasa pada hari 11 Muharram?

Ihtiyath (berhati-hati). Kemungkinan kiraan taqwim tersilap, kita tetap dapat berpuasa pada hari 'Asyura'.Termasuk bulan-bulan haram.

6. Apakah amalan terbaik selain berpuasa pada hari 'Asyura'?

Meluaskan rezki (berbelanja makanan, minuman, menggembirakan kanak-kanak dan kaum keluarga).

7. Apakah kelebihannya?

Dilapangkan oleh Allah rezekinya selama setahun.*
* Hadis diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dan Attabrani dengan pelbagai sanad. Imam Baihaqi menyebutkan, sanad-sanadnya dhoif, tetapi apabila dihimpunkan kesemuanya maka ia menjadi kuat.

8. Apakah yang dilakukan oleh para salafussoleh pada hari 'Asyura'?

Disebutkan di dalam nota kaki kitab Fathul 'Allam oleh Syaikhuna Muhammad Alhajjar, menakalkan kitabAlmadkhal oleh Ibnul Hajj, para salafussoleh tidak akan melalui musim-musim ini melainkan dengan banyaknya ibadah, sedekah, berbuat kebajikan dan meraih kelebihannya, bukanlah dengan makan dan minum, bahkan bersegera menambahkan sedekah dan berbuat baik.

9. Apakah contoh amal kebaikan yang digalakkan oleh para ulamak untuk dilakukan pada hari tersebut?

Apa jua amalan kebajikan baik dilakukan pada hari yang mulia tersebut. Antara yang diajarkan oleh para ulamak adalah bersiwak, bercelak, berwangi-wangi, mengusap kepala anak yatim, menziarahi orang soleh dan para ulamak.

10. Ada tak doa yang ulamak dahulu amalkan pada hari tersebut?

Do'a dibaca pada hari 'Asyura'

11. Apa hukumnya merobek pakaian, meronta-ronta dan memukul badan seperti mana yang dilakukan oleh Syi'ah pada hari 'Asyura' meratapi pemergian Sayidina Husin?

Hukumnya haram. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Sayyidina Ibn Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami orang yang memukul dada, mengoyak kain dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (yakni meratap seperti ratapan kaum jahiliyyah)."
Wallahu A'lam

Source: iluvislam

Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah. 1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar s...


Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. 

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. 

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. 

Note: TIba² ketandusan idea...arghhhhh...

Siapa follow citer ni? Saya salah seorang daripadanya. Dah season 5. Mula di tayangkan melalui Tayangan Perdana @ TV3 pukul 10.00 pm pa...



Siapa follow citer ni? Saya salah seorang daripadanya. Dah season 5. Mula di tayangkan melalui Tayangan Perdana @ TV3 pukul 10.00 pm pada Jumaat lepas. Dan mula bersiaran setiap minggu bermula Isnin @ 19 November 2012 pukul 10.00 malam. Yang bestnya, saya terlepas kedua² episod nih...cissss...Saya dapat tengok sekerat jer, selebihnya...Merlin dan King Arthur yang tengok saya sebab saya dah tertido...muahaha...

Tertanya² gak, kenapa Merlin ni kurus sangat. Pastu ada orang tu cakap, kalau Merlin ni gemuk, tak sesuai lah dengan wataknya sebagai kuli tu. Betul juga kan. Selalunya, kuli ni kan kurus²...erk...iyer ker? ☺☺☺

Ok...jangan lupa tau. Setiap Isnin pukul 10.00 malan @ TV3

Note: Apsal lah dia buat time weekdays. Kalau weekend best sket kan...hurmmmm...


Alhamdulillah...Air zam-zam dah selamat sampai ke tangan. Ni hasil kemenangan join Giveaway 2 in 1 anjuran sahabat gua, MAYA. Tak sang...



Alhamdulillah...Air zam-zam dah selamat sampai ke tangan. Ni hasil kemenangan join Giveaway 2 in 1 anjuran sahabat gua, MAYA. Tak sangka sebab tersenarai sebagai pemenang. Mekasih sahabat. Dah lama gua tak menang noks.

Comel jer botolnya.

Air zamzam adalah air yang mempunyai khasiat,keistimewaan dan keutamaan yang besar, 
kerana ianya adalah air terbaik yang menjadi "pemimpin" segala air yang selainnya. 
Air zamzam adalah air yang paling mulia, hal ini berdasarkan sabda Baginda Rasulullah (s.a.w):

Air terbaik di muka bumi adalah air zamzam

Jika kita meminumnya dengan niat ingin menghilangkan rasa lapar, maka Allah (SWT) akan 
memberikan rasa kenyang kepada kita. Jika kita meminumnya dengan niat ingin sembuh
daripada penyakit, maka Allah (SWT) akan memberikan penyembuhan terhadap penyakit
tersebut.  Bahkan, jika kita meminum air zamzam untuk pelbagai keperluan, maka 
Allah (SWT) akan memperkenankan keperluan tersebut. Hal ini bersesuaian dengan
apa yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah (s..a.w.) dalam salah satu hadis:

Air zamzam itu terpulang kepada niat untuk apa ia diminum

Info ni gua C&P dari blog MAYA sendiri. Selain dari air zam-zam, sahabat gua ni ada jual bermacam² jenis barang. Bley layari blog E-Mayaonlineshop. Bukan tu jer, sahabat gua ni pon ada jual buku gak. Buku² keagamaan dan lain². Cer terjah E-Maya Kedai Buku Online. Yang ni gua tak dapat nak bagi link sebab FB gua kat office ni dah kena blocked. Pandai² lu orang search kat FB yer. Harap maklum ☺☺


Sila jangan fikir lain yer. Let picture do the talking >_<. - - - - - - - - - - - - - - - - Tak ...


Sila jangan fikir lain yer. Let picture do the talking >_<.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tak der lah ketat sangat pon. Tangan pon kecik lagi kan...ekekeke...Sempat snap gambo ni last week. Cepat² capai HP. Alololo...sweetnya kamu QHALIF. Sayang abang yer. Si kimi plak kalau tido suka sangat tak berbaju....haishhhhh...

Note: Si rambut pacak ni makin lasak. Berguling² satu rumah. Makin susah nak pakaikan pampers dan baju...hurmmmm...

Ok....Last minute join. Segmen selama 15 jam. Akan tamat pada malam ni, 21 November 2012 @ 11.59 pm. Jom join selagi masih ada masa. Sa...



Ok....Last minute join. Segmen selama 15 jam. Akan tamat pada malam ni, 21 November 2012 @ 11.59 pm. Jom join selagi masih ada masa. Saja jer nak memeriahkan segmen ☺☺☺


MAHA International & HPPNK 2012 Tarikh : 23 Nov - 2 Dis 2012 Masa : 10 pagi - 10 malam Tempat : Taman Pameran Pertanian Malays...



MAHA International & HPPNK 2012
Tarikh : 23 Nov - 2 Dis 2012
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
Tema : Transformasi Pertanian Melalui Inovasi
Portal Rasmi: www.maha.gov.my


Kalau tak der aktiviti hunjung minggu nih bley lah ke sini. Tapi kena gi pepagi. Mesti ramai sangat orang. Macam saya tak bley lah nak gi tempat² macam nih. Dengan anak yang berderet tu. Teringin gak nak gi. Tapi kena tunggu anak² beso sket. Tapak pameran plak memang luas. Masa on the way balik memang nampak khemah² berderet.Bley klik SINI kalau nak tengok brochure.

Note: Habislah minggu ni dan minggu depan. Mengadap jalan yang sesak lah gara² MAHA nampaknya. Sebab hari² lalu highway nih...huhuhu...



"Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,ber...



"Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Amin Ya Allah...."
 
"Ya Allah,Kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada saudara kami di Gaza..Kau lontarkanlah didalam dada saudara kami keberanian Saidina Umar Al-Khatab,kehebatan Khalid Al-Walid dan kemenangan Salahuddin Al-Ayubi...Kau lontarkan ketakutan didada musuh kami sehingga mereka berlari katakutan... Amin Ya Allah..."

Terlalu hebat dugaan buat saudara² kita di sana. Tapi yang pasti...SYURGA menanti buat mereka. Ya! allah...sedihnya bila mengenangkan nasib mereka. Apalah sangat dugaan buat kita kalau nak di bandingkan dengan mereka di sana kan. Saya menangis...menangis tatkala melihat jenazah² para SYUHADA. Terutama sekali yang membabitkan kanak² dan bayi dengan kepala pecah, kaki hancur, mayat mereka bergelimpangan...allahuakhbar...Tak sanggup nak tengok gambar² yang di post kan especially kat wall FB. Tengok berita pon apatah lagi. Saya akan tukar chanel bila masuk berita tentang GAZA. Sampai Kimi tegur.."ibu...jangan lah tukar, kita nak tengok". "Alaaaa...ibu tak boleh tengok, nanti ibu nangis". "Tak per..ibu tutup lah mata". Tak tau nak jawab apa dah. Sambil tengok tu mulut dia mengomel..."Ibu...kesiannya, badan dia ada darah".."kenapa rumah dia kena bom?". Itulah anak², bermacam² soalannya. Ibu cuma kena sediakan jawapan yang betul ☺☺☺

Apa yang kita boleh buat? DOa...DOa...dan terus berdoa. Hulurkan sumbangan dan bantuan. BOIKOT juga boleh membantu. 

Note: Bersyukur dapat hidup di bumi yang aman damai ini...alhamdulillah...


Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepetang nih...ekekeke...Dasar blogger kan. Tak sah kalau tak amik gambor. Tapi...


Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepetang nih...ekekeke...Dasar blogger kan. Tak sah kalau tak amik gambor. Tapi ni jer sekeping yang mak sempat amik noks. Dah asyik sangat makan doyan.

Petang semalam ada pesta makan durian kat office nih. Memang lah syiok sebab dah lama tak makan doyan. Nak beli tak terbeli² gak. Alhamdulillah...rezeki petang semalam ada Consultan belanja makan doyan. Adalah dalam sebakul besar buah durian tu. Habis semua di kerjakan oleh kami² nih.


Ni plak last two years nya gambar. Dah lama rupanya tak ada pesta makan doyan ni ☺☺☺


Ni plak gambo pn. punya blog yang gediks...ekekeke...Ni pon gambo dua tahun lepas. Smalam tak sempat nak snap gambo sendiri. Ramai plak staff...tetiba rasa malu plak nak bergambar syok sendiri...ekekeke...Banyak gak mak melantak doyan petang smalam noks. Balik tu trus pening kepala. Tapi masih di bawah kawalan lah. Malam tu plak breast dah mula rasa berat. Owh...doyan buat susu ibu ku bertambah. Bukan itu jer, pagi ni pam susu nampak pekat plak susu ku itu. Penangan durian gamaknya kot.

Note: Dah tau dah. Salah satu milk booster ku adalah buah DURIAN ☺☺

Burrpppppp...alhamdulillah. Lunch tengah hari ni. Tak dapat makan yang kat Penang nyer, dapat makan kat Cyberjaya pon jadi lah. Feel...



Burrpppppp...alhamdulillah. Lunch tengah hari ni. Tak dapat makan yang kat Penang nyer, dapat makan kat Cyberjaya pon jadi lah. Feeling² jer lah macam kat Penang...ahaks...

Restoran ni agak baru di buka jugalah kat area Cyberjaya nih. Kalau dulu masa memula pindah office kat sini amat lah payah nak cari kedai makan. Tapi skang ni...berlambak² dengan kedai makan. Sampai dah tak tau nak makan apa dan nak makan kat kedai mana. Dari western food, Indonesian food, mamak food, malay food dan macam² lagi lah. Semua ada kat Cyberjaya nih.

Rasa nasi kandar nih....hurmmmmm...ok lah sedap. Tak tau lah yg kat penang tu lagi sedap kot. Kalau dah lapar kan...sumanya sedap ☺☺

Note: Next year mungkin berpindah office lagi. Project dah nak siap...huhuhu...berpindah randah jer lah keja aku nih.


Terjawab sudah misteri nusantara. Dah lama tikus ni buat keja jahat rupanya. Sebelum ni saya hairan gak, mana gi lebihan biskut yang sa...



Terjawab sudah misteri nusantara. Dah lama tikus ni buat keja jahat rupanya. Sebelum ni saya hairan gak, mana gi lebihan biskut yang saya letak atas meja ni. Selalu gak hilang. Takkan kakak cleaner nak buang kan. Rupa² nya tikus ni bawak lari. Yang hairannya, tak tinggalkan jejak plak tu. Tak nampak plak tahi tikus ni bersepah². Pandai ko yer tikus. Cari makanan pon pandai. Siap di gigitnya drawer...meniggalkan kesan gigitan. Tupperware saya pon habis digigitnya. Penutup biskut pon sama gak. Biskut banyak lagi, tapi takut nak makan. Kang kena penyakit plak. Euuwwwwwww...


Pagi smalan saya ada beli roti. Lupa plak nak letak dalam drawer. Selalu memang saya simpan dalam. Sekali pagi ni tengok...habis plastik digigitnya. Dah lah roti tu banyak lagi....huhuhuhu...ke bakul sampah lah jawabnya. Membazir...membazir...Dah letak ubat dah nak halau tikus. Beso² ko tikusnya. Tapi tu lah...ada balik. Kalau nak buat air pon, cawan tu saya basuh balik, curah ngan air panas. Better safe than never kan. Bahaya penyakit dari tikus nih.

Note: Nasib kat umah tak der tikus.


As-Salam semua. Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu sama kamu dan entry² kamu tu. Cuma ada satu entry auto-published yang sempat buat. It...


As-Salam semua. Hampir seminggu tak bersiaran. Rindu sama kamu dan entry² kamu tu. Cuma ada satu entry auto-published yang sempat buat. Itu pon salah published. Sepatutnya nak published hari rabu, sekali tersilap daaaa.

Berbalik kepada tajuk. Sepatutnya jumaat aritu dah start keja, tapi ada sebab² yang tak dapat di elakkan. Mak patah kaki noks...keta masuk bengkel. Dari hari selasa sampailah hari sabtu baru dapat. Puncanya...TANGKI MINYAK BOCOR...arghhhhhhh. Berterbangan lagi duit mengikut gaya bebas. Kalau sebelum ni berhabis duit sebab ACCIDENT. Tapi kali ni sebab lain pulak. Allahuakbar...apa yang berlaku hanya DIA jer yg maha mengetahui. Setiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya kan.

Ceritanya...Hari isnin last week saya balik lewat, kebetulan bos bagi kerja last minute. Nak tak nak kena buat jugak sebab rabu saya cuti. Tengah buat kerja tu PC plak hang memanjang. Selalu macam tu tau. Bila kita nak cepat ada jer hal dan masalahnya. Memang lah hangin kan. Kita plak nak cepat...nak amik anak² lagi kan. Dalam pukul 6.40 pm baru settled suma. Masa on the way nak balik tu lah, ntah apa yang saya langgar pon tak taulah. Nak cepat nyer pasal kan. 

Tiba²...sepanjang perjalanan tu bau minyak. Meter KM yang dah berpuluh ribu tu bertukar ke angka kosong (0). Erk...hati dah terdetik macam ada yang tak kena. Pastu try bukak air-cond, tak der plak bau minyak. Bukak lah tingkap balik. Still bau minyak. Pastu kan...minyak plak pagi tu baru jer isi. Dari tiga (3) bar, trus jadi dua (2) bar. Arghhhh...sudah. Dah mula berdebar² dah. Dan lagi...dari dua (2) bar tinggal plak satu (1) bar. Ok...something wrong somewhere. Tiba²...dari satu (1) trus lampu minyak menyala². 

Ya! allah...menggelabah, berdebar² dan bermacam² perasaan lagi dah mula menjalar. Mulut tak putus² berdoa. supaya si permudahkan perjalanan balik. Perjalanan agak jauh lagi nih. Minyak dah menyala. HP plak tak der kredit. Allahuakhbar...hanya DIA jer yang tahu perasaan masa tu. Kepala hotak dah mula berfikir²..."kenapa dengan kereta aku nih?" "Kereta ni nak terbakar ker?" "Sempat ker aku amik anak² nih?" "Kalau minyak habis macam mana? Macam mana nak call, kredit tak der!!!". "Jalan sesak ker? Habislah klo sesak, dah lah hujan nih". "Anak²...kesian kat dorang, dah lambat sangat nih". Ko nampak...macam² yang difikirkan. Yang paling menakutkan kalau kereta terbakar tu lah. 

Perjalanan petang tu memang paling menakutkan. Sepanjang perjalanan hati berdebar². Alhamdulillah...DIA permudahkan perjalanan balik. Kebetulan jalan tak sesak walaupon hujan lebat. Lega rasa bila dah amik anak² dan dapat sampai rumah dengan selamat. Malam tu soh si dia check keta tu. Tak der apa² pon. Mungkin masalah tak nampak lagi.

Perancangan cuti tu nak balik umah mertua kat Gombak. Dah siap packing bagai, Gi lah isi minyak dulu. Sekali...hamik ko...minyak mencurah² keluar kat bawah. Sah lag tangki minyak bocor. Nasib lah isi minyak kat Seksyen 7 tu jer...dekat lagi ngan umah. Hurmmmmm...terpaksa cancelled aktiviti. 

Apa² pon...syukur alhamdulillah sangat² sebab masih di beri peluang bernafas di muka bumi ini. Agak bahaya juga tu memandu dalam keadaan tangki minyak yang bocor. Duit boleh di cari, tapi NYAWA...tiada galang gantinya. Peringatan buat saya supaya sentiasa lebih berhati².

Note: Panjang plak entyr nih...hehehe...Nanti saya terjah umah kamu yer...slow² ^_^. 

Auto published. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1433 Hijrah dan selamat datang 1434 Hijrah. Teringat masa zaman skolah re...


Auto published.


Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1433 Hijrah dan selamat datang 1434 Hijrah. Teringat masa zaman skolah rendah dulu. Tiap kali tiba Maal Hijrah, mesti ada pertandingan nasyid antara kelas². Arghhhh...terkenang jaman skolah plak ☺☺.

Salam Maal Hijrah buat semua followers dan pembaca. Marilah kita sama² menghayati erti hijrah itu sendiri. Semoga kita dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik.Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.




Cuti persekolahan dah pon bermula Jumaat lepas. Selamat bercuti buat adik² di luar sana. Manfaatkan cuti persekolahan anda dengan ak...




Cuti persekolahan dah pon bermula Jumaat lepas. Selamat bercuti buat adik² di luar sana. Manfaatkan cuti persekolahan anda dengan aktiviti² yang berfaedah. Memandangkan minggu ni mungkin ramai yang bercuti, saya nak wish selamat bercuti. Berhati² di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Saya pon cuti gak hari rabu nih. Nursery tutup. Haishhhhh...asyik tutup jer nursery nih. Nasib cuti banyak lagi.


Nak wish Happy Diwali buat kaum India di luar sana. Semoga perayaan di sambut dengan meriah dan gembira.

Note: Bila dah cuti skolah, jalan pon lengang kan. Tapi musim hujan ni...jln sesak lah plak...huhuhu...

H A P P Y 7 M ON TH S OLD IM A N Q H A L I F Cheeky face...ejek ibu erk ^_^ Hari ni bersamaan 12 November 2012...genaplah 7 bu...


HAPPY 7 MONTHS OLD IMAN QHALIF

Cheeky face...ejek ibu erk ^_^

Hari ni bersamaan 12 November 2012...genaplah 7 bulan usia IMAN QHALIF si rambut pacak. Alhamdulillah..membeasar bagai johan dengan berat 7.02 kg. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya, syukur. Bekalan SI pon dah bertambah...4 botol x 5oz  Smoga urusan nak menyusukan Qhalif sehingga usia 2 tahun tercapai dengan kehendak dan izinnya...insya'allah.

Perkembagan qhalif pon alhamdulillah. Macam baby² lain yang seusia dengannya. Meniarap pon dah pro...berguling sana sini sampai masuk bawah katil. Ciri² nak merangkak tu masih dalam proses. Dah mula makan solid food. Tapi apa yang saya perhatikan, qhalif macam tak berapa suka makan lah, lebih kepada menyusu.

Owh...hobi baru qhalif skang ni dia suka sangat sentilkan lidah tu (mcm dlm gambar), ker jelirkan lidah erk? Arghhh...mana² lah ☺☺. Sambil sentil/jelir sambil senyum. Geram betul nengok tau. Nampak sangat naughty bila dia buat macam tu. Lasak pon bley tahan  gak, especially bila nak pakaikan pampers. Alahaiiiii...berguling². Susah btul nak pakaikan dia pampers skang nih. Pastu kan, anak bujang ni suka termenung...hahaha...kecik² dah pandai termenung. Ntah apa yg di menungkan pon tak tau lah.Dan lagi...lately pepagi lagi dah bangun. Pukul 6.00 am dah....gugugagagugugaga....main sesorang. Ok lah kan...tak nangis pon. Good boy ^_^.

Itu jer lah buat masa nih. Citer lebih² nanti ada yang kata over plak kan...ahaks...Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.

Note: Tangan qhalif dah pulih sepenuhnya. Selsema dan batuk pon dah beransur sembuh...alhamdulillah. Berkat susu ibu dan dengan izinNYA juga. Hati ibu gembira bila tengok anak sihat dan ceria (^_^)

Perempuan yang menyusukan anaknya lebih merangsang nafsu lelaki daripada perempuan yang berpakaian seksi. Wow! Terbaca status ni dari...


Perempuan yang menyusukan anaknya lebih merangsang nafsu lelaki daripada perempuan yang berpakaian seksi.

Wow!


Terbaca status ni dari rakan FB. Perghhhh...betapa diriku begitu seksi rupanya. Tak perlu nak berpakaian seksi meksi dan menjolok mata. Cukup sekadar menyusukan anak...dah cukup seksi ^_^.

Be strong all breastfeed mommas...hang in there...we are not alone in this journey, we are fulfilling our babies' rights and most importantly we are the soldier of ALLAH...coz we are doing what ALLAH wants a mommy to do...la tahzan, innaLLAHa ma'ana - don't be sad, ALLAH is always with us...

Dan ini adalah kata² semangat dari breastfeed mom. Ada kisah di sebalik kedua² status ini. Ada yang mempersoalkan isu NURSING IN PUBLIC. Yang menjelikkan...orang itu adalah seorang lelaki. Perghhhh...sakit hati aku baca blog jantan ni wei. Antara komen yg menarik:

PEREMPUAN MENYUSU BOLEH MEMBUATKAN 
ORANG SEKELILINGNYA RASA TAK SELESA.

kalau perempuan seksi?
BESARRRR BIJIK MATA KORANG kan???

baik ko pegi tegur pompuan seksi yg nmpak lurah tu dari ko pegi tegur ibu yg bg ank makan(susu ibu)etlis ibu menyusu ni tutup gak auratnya dari pompuan yg saje2 tunjuk tetek kt public..lagila aku tak selesa ngn lurah2 diorg tu.lagi selesa tgk ibu NIP dari pompuan2 tunjuk tetek tu...Yg psl pompuan seksi ko tak nak pertikaikan lak...yg ibu menyusu ank ni la yg jd mangsa...

Apa² pon...aku bangga dapat susukan anak aku dan aku tak malu nak nursing in public. Bagi aku nursing in public tak salah kalau kita masih menjaga adab dan menutup aurat.

Note: Ada yang nak tau ker blog jantan mana tu? Alaaaaa...korang kan pandai search...ekekeke...

Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong ...


Inilah nama bakteria jahat tu. Masa gi klinik aritu doctor ada cakap. Tapi mak lupa noks apa namanya. So...pak cik GOOGLE lah yang tolong carikan info ^_^. Seperti yang di beritahu, jangkitan ni berpunca dari habuk² carpet, habuk² lantai dan yang sewaktu dengannya. Impetigo nampak seperti membahayakan tetapi ia tidak seperti yang disangkakan dan boleh dirawat dengan mudah.

Sian tangan anak ibu.

Tangan qhalif si rambut pacak yang dah terkena jangkitan IMPETIGO. Alhamdulillah...dah nampak perubahan. Kuping² tu pon dah mula tertanggal. Kalau tak tu nampak kemerah-merahan dan bengkak sket. Tak sanggup mak nak tengok noks. Yang merah kecik tu pon dah nak jadi, tapi cepat² sapu cream yang doctor bagi tu. Trus terbantut pertumbuhannya....syukur...

Sharing is caring and loving kan. Ni ada sedikit info berkenaan IMPATIGO untuk rujukan kita bersama.

IMPATIGO

Ia adalah jangkitan bakteria yang biasanya terjadi di permukaan kulit. Ia mudah dan sering terjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Mempunyai sebarang komplikasi?

Amatlah jarang untuk impetigo menyebabkan masalah lain selain dari ruam yang gatal untuk beberapa hari. anda harus lebih berjaga-jaga jika bayi anda mempunyai ekzema. wlaubagaimanapun, apabila kulit telah dijangkiti, amatlah mudah bagi bayi untuk dijangkiti dengan jangkitan lain. bagi bayi, impetigo mungkin kelihatan dibahagian belakang sahaja. jika ruam lampin yang menyebabkan masalah tetapi rawatan adalah tetap sama.

Impetigo ialah jangkitan kulit biasa yg disebabkan oleh bakteria stafilokokal atau streptokokal. walaupun bunyinya agak menakutkan sebenarnya bakteria ini biasanya mendiami di atas kulit manusia ataupun didalam hidung tanpa menyebabkan sebarang masalah. impetigo terjadi jika bakteria ini menjangkiti kulit.

Bagaimana rupanya?

Ia seperti lecuran yang kecil dan mempunyai gelembung cecair jernih. selalunya dibahagian muka atau sekitar hidung tetapi ia juga boleh berada diseluruh badan. apabila ia pecah, ia akan meninggalkan kesan kerak yang kekuningan pada kulit. Ia seakan-akan bayi anda terlekat bertih jagung dimukanya. kulit di bawah permukaannya mungkin akan kelihatan merah terbakar. Walaupun tompok-tompok itu kecil, tetapi kawasan sekitarnya juga boleh dijangkii. Simptom-simpton selalunya akan kelihatan empat ke sepuluh hari selepas jangkitan.

Bagaimana untuk menghindarkan dari merebak?

Pertama sekali, pastikan bayi anda tidak menggaru keruping itu kerana kawasan kulit tersebut mungkin akan luka atau menyebabkan kawasan yang dijangkiti merebak. kurangkan risiko jangkitan dari kesemua ahli keluarga dengan memastikan bayi anda hanya menggunakan flanel, tuala dan cadarnya sendiri sahaja. dan basuhlah alat permainannya dengan air panas. jika dia suka memeluk patung beruangnya, maka ia juga perlu direndam sehingga mendidih kerana ia mungkin mempunyai bakteria yang boleh merebak. ini kerana impetigo berjangkit. anda dinasihatkan untuk menjauhkan bayi anda dari pusat jagaannya sehingga 48 jam selepas rawatan antibiotik. (Doctor kat klinik tu cakap tak berjangkit? Hurmmmm...nak kena doctor nih)

Bagaimana untuk merawatnya?

Sangat penting untuk membawa bayi anda berjumpa pakar pediatrik untuk pemeriksaan yang menyeluruh. jika perlu, bayi anda akan diberikan krim antibiotik. jika ruam tersebut merebak ke beberapa tempat lain, mungkin dia memerlukan tablet. untuk menyapu krim, basuh dan keringkan kawasan yang dijangkiti dan juga basuh tangan anda. keringkan dengan berhati-hati dan lembut. juga pastikan anda membasuh tangan anda dengan air panas yang bersabun selepas selesai. anda tidak perlu memakai sarung tangan getah kerana ia mungkin menakutkan si manja anda. asalkan anda membasuh tangan anda selepas selesai menyapu krim tersebut, tiada apa yang perlu dirisaukan. jangkitan tersebut akan pulih dalam masa tujuh ke sepuluh hari.

Sumber : mami & baby

Note: Tekak dah terasa sakit dari semalam. Bersin plak semakin kerap dan hidung dah mula berhingus...arghhhh...selsema. Smoga diri ini tak demam.

Lebar btul si qhalif senyum..menampak kan gusi yg tak bergigi lagi tu...ekekeke... 1) Abang Kimi yang super sensitive 2) Kakak Qahi...


Lebar btul si qhalif senyum..menampak kan gusi yg tak bergigi lagi tu...ekekeke...

1) Abang Kimi yang super sensitive
2) Kakak Qahirah yang super duper active dan kuat menggigit
3) Adik Qhalif yang baik

Mereka...cinta hati saya. Penguat semangat saya. Raja dan Puteri lawak yang selalu menceriakan hari² saya dikala saya sedang berduka dan bermuram durja. Kalah Maharaja Lawak Mega noks. Ibu sayang kamu ketat².

Note: Demam qhalif dah ok. Cuma batuk dan selsema masih ada lagi.


Entry tanpa gambo memang tak best kan. Tepek gambar budak tak sihat nih. Hati saya tertinggal ni Nursery. Memikirkan anak yang tak si...


Entry tanpa gambo memang tak best kan. Tepek gambar budak tak sihat nih.

Hati saya tertinggal ni Nursery. Memikirkan anak yang tak sihat. Start dari hari ahad aritu. Demam qhalif on and off. Alhamdulillah...qhalif tak banyak ragam sangat. Merengek tu biasalah kan. Dan yang paling kesian...tangan qhalif kena jangkitan bakteria. Saya perasan pon masa nak mandikan qhalif hari sabtu aritu. Tiba² jangkitan tu jadi makin besar...nampak macam kudis dan melecet. Allahuakbar...kesian bila nengok. Rasa macam saya ni ibu yang careless plak. Tanya nursery kenapa dengan tangan qhalif, dorang pon tak perasan gak...huhuhuhu...

Petang semalam baru berpeluang nak gi klinik. Minta abang tolong hantarkan. Anak dah demam tiga hari baru nak bawak gi klinik?? Ada sebab² yang tak dapat dielakkan. Ini yang buat saya bertambah sedih. *lupakan soal ni dulu*. Sampai klinik, kad panel tak bley pakai plak, dah over limit...cissss...nasib ada bawak cash. Pay and claim lah jawabnya. Jumpa doctor. Doctor cek pastu dia cakap ni kena jangkitan bakteria. Berpunca dari carpet, hama dan habuk² kat lantai dan yang sewaktu dengannya. Nasib baik jenis yang tak berjangkit. Kalau tak mak terpaksa Emergency Leave noks. Ada 4 jenis ubat yang qhalif kena makan dan satu cream sapu. Smoga anak ibu cepat sembuh, Kenapalah jangkitan tu tak jangkit kat ibu jer. Biarlah ibu yang kena..hurmmm...

Mata saya ni pon dah macam mata panda. Jaga anak yang tak sihat di waktu malam..dengan merengeknya dan dengan kerap bangun dan juga jaga anak² yang active di waktu siang. All by myself. Mujur ada mak dan kak ngah yang banyak membantu. Memang tak cukup tidur dan rehat. Stress pon iyer gak nih. Stress dengan orang yang selfish. STRESS sangat². Hanya ALLAH yang tahu.

Note: Hari ni nak amik EL tgh hari. Nak balik awal. Hati tak senang. Saya hutang BW dengan kamu. Nanti saya terjah yer. Kalau sempat saya akan tinggalkan ayat² cinta ☺☺☺



Apa? Kat Office? Orang lain sibuk ulit anak kat umah ko plak bley kerja hari sabtu!!! Iyer...hari ini dalam sejarah. Anak² terpaksa han...



Apa? Kat Office? Orang lain sibuk ulit anak kat umah ko plak bley kerja hari sabtu!!! Iyer...hari ini dalam sejarah. Anak² terpaksa hantar ke nursery. Mak terpaksa datang office noks. Berseorangan...bertemankan radio, file² dan correspondence yang bertimbun untuk di filing nih. Next week cuti dua hari. Tu yang nak settled kan kerja. Tak kemana pon. Seperti yg pernah di beritahu...percutian saya hanya sekadar lepak dirumah, lepak di shopping complex, lepak dirumah mak atau lepak dirumah mertua jer. Kesian kan...huhuhu...

Lagi pon kan, hari rabu nanti ada AUDIT BY SIRIM. Takut tak sempat nak settle kan hari rabu, tu yang tepaksa datang office hari nih. Arghhhhhh...tak suka Audit. Harap² Audit ni success dan tak der Non Compliance Report (NCR) ☺☺☺


Note: Isnin dan selasa depan saya tak dapat terjah rumah kamu. Dan buat kawan baru @ pengikut baru...saya akan follow kamu nanti yer dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan. Sekian...harap maklum ^_^.

Hello!!!Ms. Lee...bla..bla...bla *dalam bahasa cina*. Erk...sejak bila Fiza cute bertukar jadi Ms. Lee? Call jer trus cakap cina. Tak s...



Hello!!!Ms. Lee...bla..bla...bla *dalam bahasa cina*. Erk...sejak bila Fiza cute bertukar jadi Ms. Lee? Call jer trus cakap cina. Tak sempat mak nak pintas nok. Jawapan selamat...'Sorry miss...wrong number'. Haishhhh...lately selalu dapat call dari Chinese guys/ladies.

Yang tak tahan tu, sebelum tu dah call. Pastu kang call lagi. Macam tak percaya plak yang aku ni bukan Ms. Lee. Siap ulang no HP...'Yes...012-613XXXX is my HP number, but i'm not Ms. Lee'. Mungkin sebelum ni Ms. Lee tu pernah pakai no HP ni kot. Dan lagi...SMS dalam bahasa cina pon masuk inbox. Adoiiiiiii...kekadang bengang gak kalau asyik received call dok cari Ms. Lee nih. Kalau received call kata menang hadiah percutian ker...menang hadiah wang tunai ker, best sket kan ☺☺☺

Note: Selamat datang November Rain. Redah hujan jer lah pepetang sambil harung traffic jammed.



Seorang bapa yang menangisi...meratapi kematian anaknya. Allahuakhbar...sangat² sedih. Perang yang tak berkesudahan. Kanak² dan bayi ya...



Seorang bapa yang menangisi...meratapi kematian anaknya. Allahuakhbar...sangat² sedih. Perang yang tak berkesudahan. Kanak² dan bayi yang tak bersalah menjadi korban.

Note: Rasa sangat² bersyukur dapat hidup di Bumi Malaysia yang aman damai...alhamdulillah...Tiada peperangan. Cuma berperang di medan politik jer ☺☺☺

Mungkin ada yang dah tau atau masih ada yang tak tau atau masih ada yang sedang mencari jawapannya. Saya percaya, ramai di luar sana yang ...


Mungkin ada yang dah tau atau masih ada yang tak tau atau masih ada yang sedang mencari jawapannya. Saya percaya, ramai di luar sana yang menangis ketika solat kan. Ini ada jawapannya. Sharing is caring and loving.

SOALAN : Ustaz, apakah hukum menangis sehingga tersedu-sedu ketika solat fardu ataupun sunat? Adakah batal solatnya? 

JAWAPAN : Ulama-ulama fiqah menyebut, adakala menangis itu membatalkan solat dan ada yang tidak membatalkan solat. Menangis yang tidak membatalkan solat adalah mengeluarkan air mata sahaja walaupun sebanyak mana pun. Menangis yang membatalkan solat pula adalah menangis sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat sehingga berbunyi "Huhuhu.." dan sebagainya.


Lawanya sudah semestinya lah Ikan Masin kan. Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepagi nih. Hasilnya tak mengecewak...



Lawanya sudah semestinya lah Ikan Masin kan.


Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepagi nih. Hasilnya tak mengecewakan. Sedap dan cukup rasanya...masam, masin, manis dan pedas. Makan plak dengan ikan masin...perghhhhhh...mantop wei. Sebab yang tukang masak tu pandai masak...ekekeke...Siapa pernah makan daging rusa? Ni 1st time saya makan daging rusa. Rasa nya sama macam daging lembu gak.Malam tadi dengan gigihnya daku masak daging rusa nih. Kang kalau dah lama terperap tak sedap plak kan. Dapatnya masa raya kurban aritu.

Balik kerja terus singgah kedai. Petang semalam kan hujan lebat dengan angin kencangnya. Perghhhh...mak redah gak noks...berpayung dengan anak bujang tu. Sanggup tak sanggup lah kan semata² demi nak masak daging rusa nih. Habis basah.

Sampai umah layan anak dulu sambil perah susu *itu pon nak tulis ker...hahaha...*. Pastu trus ke dapur. Sambil masak sambil tengok anak. Sampai anak masuk bawah katil pon tak sedar. Ingatkan dia tido sebab saya tidokan si rambut pacak ni dulu. Sekali tak tido...haishhhhh...

Seronok main bawah katil yer

Kesudahannya...pukul sepuluhlebih baru habis masak. Bukan tak efficient. Kan dah tulis tadi...sambil masak sambil jaga anak, acaner tu? ^_^. Maaf lah kalau ada yang mengidam tu. Kalau nak, kat umah ada lagi daging rusa. Meh datang umah meh ☺☺☺. Saya jamu kamu dengan daging rusa.

Note: Saya terjah umah kamu slow² yer. Banyak keja plak pagi nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...