Memandangkan minggu ni cuti direct 3 hari bermula esok. Maka dengan ini, diistiharkan minggu Mengerah keringat @ minggu 4M. Apa tu? Kalau k...


Memandangkan minggu ni cuti direct 3 hari bermula esok. Maka dengan ini, diistiharkan minggu Mengerah keringat @ minggu 4M. Apa tu? Kalau kat sekolah ada 3M jer...membaca, mengeja dan mengira. Tapi ni aku tambah lagi satu. Apa 4M tu? 4M ikut suka hati aku adalah:

1) Membasuh baju


Biasalah kan. Baru balik bercuti, mesti banyak baju nak kena basuh. Luggage tu pon masih tersandar kat dinding umah. Tak sempat lagi nak punggah.

2) Menyidai baju


Penuhlah ampaian macam nih. Tempat sidai baju pon tak banyak. Kena buat secara berperingkat uols.

3) Melipat baju


Owh...ni part yang aku tak gemar nak buat, tapi kena buat gak. Sebelum bertimbun macam gunung kinabalu, baik kita caras dulu. Ni pon kena tunggu anak dara tu tido dulu, klo tak...aku lipat dia punggah. Nak tolong lipat sama kononya kan. Phewwwww...banyak gak nak kena lipat nih.

4) Mengemas rumah


Seminggu rumah kosong uols, banyaklah sawang nya kan. Berhabuk jangan cakaplah. Rumah aku plak memang jenis spesis cepat berhabuk. Pagi kemas...petang dah bertandang habuknya. Sakit mata aku menengoknya. Sebelum habuk bertambah tebal..sampai kabinet tv yg hitam tu pan dah jadi kelabu dek penangan habuk, baik kita operasi cepat. Nak buat on weekdays memang tak sompek dek non. Ponek balik kojo.






Buat Abangku Kimi yang disayangi dan selalu ditangan² kan oleh adik...Dikesempatan ini adik nak minta maaf dengan abang sebab adik selalu ...



Buat Abangku Kimi yang disayangi dan selalu ditangan² kan oleh adik...Dikesempatan ini adik nak minta maaf dengan abang sebab adik selalu buat onar dengan abang. Adik selalu berebut ipad dengan abang. Bila abang main...adik pon sibuk gak nak main. Sampai calar balar muka abang dengan cakaran harimau dari tangan adik nih. Akhirnya abang mengalah juga dengan linangan air mata.

Adik pon selalu rasa cemburu bila abang baring sebelah ibu atau abah. Adik nak juga baring sebelah ibu/abah gak. Macam ibu/abah tu adik sorang yang punya. Adik tolak² abang suruh ketepi. Bangun juga abang dok kat tempat lain. Siannya...

Bukan itu jer, adik suka kaco abang bila abang tengah kusyuk menonton citer katun kegemaran. Adik tutup suis tv...buka tutup, buka tutup...terjerit² abang macam tarzan. Pastu adik amik remote adik tukar chanel lain. Bercakaran lah adik ngan abang sebab berebut remote tv.

Lepas tu kan, adik suka campak² barang sampai kekadang kena kat kepala abang. Ouchhhh...sakitnya kepala abang. Tapi adik gelak² sebab adik gurau² jer. Nangis abang dibuatnya.

Tapi kan, kalau adik buat abang...abang jarang buat adik balik. Sebabnya...ibu/abah selalu pesan "adik kecik lagi, mengalah lah dengan adik...sebab abang kan anak yang sulong". Mungkin pesanan tu yang selalu abang ingat. Sebab tu abang jarang balas cakaran harimau atau pukulan dari adik. Cuma bila abang dah tak tahan sangat, baru abang balas balik apa yang adik dah buat kat abang.


Owh...abangku. Banyak nyer kesalahan adik pada abang. Maafkan adik yer abang. Adik sayang abang ketat².


Saya sayang abang saya sebab dia bestttttt. Kita berdamai yer abang. Peace..no war!!

Note: Untuk pembacaan mereka bila dah beso nanti ☺☺. Tu baru dua orang bergaduh. Kalo campur yang kecik tu nanti...owh...i can't imagine uols...Mau gegar rumah dibuatnya.




Akhirnya...ada gak yang sudi bagi kad raya. Dah lama wei tak dapat kad raya. Dapat kad raya pon yang virtual nyer. Mana sama kan. Tapi tahu...


Akhirnya...ada gak yang sudi bagi kad raya. Dah lama wei tak dapat kad raya. Dapat kad raya pon yang virtual nyer. Mana sama kan. Tapi tahun ni merasa gak dapat kad raya. SUka..suka..☺☺. Bukan satu, tapi dua *ala..dpt dua pon nak kecoh ker*...hahahaha...macam lah dapat banyak kad. Mestilah suka kan sebab blogger yang bagi. Blogger mana tu?



Terima Kasih saya ucapkan kepada *macam bagi ucapan lah pulok* Bro EqbalZack dan Fairus.com sebab sudi melayang kan kad raya pada saya. Harap² tahun depan dapat lagi lah yer...ahaks...

Silalah terjah blog mereka kalau nak dapat kad raya tahun depan...hahahaha...gurau jer. Kalau nak kenal dengan lebih lanjut lagi dengan mereka. Siapa yang tak kenal dengan Bro EqbalZack ni kan. Kisahnya ada terpampang di akhbar dan majalah. Kalau nak tengok koleksi MILO plak, Fairus lah orangnya. Pengumpul tegar barangan MILO lah katakan.

Apalagi...gi lah terjah skang.



Mood yang ntah kemana hilangnya. Sana sini semua dok sibuk citer pasal raya memasing. Seronok membacanya. Aku...dari tadi buka tutup blog.....


Mood yang ntah kemana hilangnya. Sana sini semua dok sibuk citer pasal raya memasing. Seronok membacanya. Aku...dari tadi buka tutup blog..terkebil²...tak tau apa nak tulis. Nak citer pasal raya? hurmmmmm...biasa² jer. Nanti-nanti lah mak citer yer noks. Mood cuti tak hilang lagi kot...ahaks...


Boring nyer pasal, gatal plak jari jemari nih nak buat header. Dah bosan tengok header lama. Terhasillah seperti yang diatas. Tapi kan...mak tak tau nak tukar header blog macam mana noks. Buta IT dan HTML code lah katakan. Hurmmmmm...





Sticky post until 17th August 2012. Scroll down untuk entry baru. Akan kembali bersiaran seperti biasa lepas Pn. punya blog balik dari cut...

Sticky post until 17th August 2012. Scroll down untuk entry baru. Akan kembali bersiaran seperti biasa lepas Pn. punya blog balik dari cuti raya ☺☺☺


Assalamu'alaikum semua.

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Esok adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti seminggu...yeay...Memandangkan hari ni dah ramai yang mula bercuti, di kesempatan ini...saya dan keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Kawan², Follower, Blogger, Anon dan Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih. Kedatangan anda semua amat² saya hargai. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa sepanjang saya berblog ni.

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat dan sempurna sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)


Kemek...sedihnya nengok :-( Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi...


Kemek...sedihnya nengok :-(

Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya kan. Alhamdulillah...saya bersyukur kerana masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ini. Semuanya berlaku dengan pantas. Saya pon tak dapat nak describe macam mana bley terjadinya accident tu.

Kejadian berlaku dekat tol Sungai Ramal. Masa tu on the way nak amik anak². Sebelum tu dah rasa macam tak sedap hati. Ntahlah kenapa. Tak lama lepas tu, masa nak sampai tol tu...'kebabom'...saya dah langgar kereta MYVi depan. On the spot saya tersedar. Kalimah Allah memang tak lekang dari mulut. Perasaan saya masa tu...hanya DIA jer yang tahu. Berdebar²...badan menggigil/menggeletar. Ya! allah...apa aku dah buat ni? Tetiba jadi blank.

Myvi yang cedera

Berhenti kat tepi jalan. Settle apa yang patut. Owner MYVi tu pon ok. Tak der lah nak melenting ker apa kan. Berkali² aku minta maaf. 1st time accident sepanjang saya memandu nih. Rasa seriau nak memandu pon ada ni. Malam tu, si dia jumpa owner tu sebab nak hantar keta dia gi bengkel.

Apa² pon saya bersyukur sangat² sebab masa kejadian tu anak² tak der dalam kereta. Alhamdulillah, saya, owner MYVi dan isteri tak cedera. Rupanya wife dia tengah pregnant 2 bulan. Ya! allah...pasti saya akan rasa bersalah kalau terjadi apa² kat kandungan dia. Alhamdulillah juga, even keta kemek, tapi masih bley berjalan lagi.

Peringatan buat diri sendiri dan kawan² diluar sana. Berhati² dijalan raya. Tak boleh nak jalan jauh lah raya nanti. Nak hantar bengkel macam tak sempalt pulak. Iyerlah...orang sibuk nak raya kan. Kelam kabut plak nanti. Kang hasil tak memuaskan. Si dia cakap nak hantar lepas raya. Hantar kat bengkel kawan dia. Ada gak org bengkel datang masa accident semalam. Biasalah...org² macam ni, klo ada accident cepat jer dorang dapat tahu. Katanya sebelum raya boleh siap. Kos plak dalam RM800.00. Tu belum campur kos untuk kereta MYVi lagi. Hurmmmmm...

Duit boleh dicari, tapi nyawa...tiada galang gantinya. Mungkin ini ujian dan dugaan dariNYA.

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

Note: Rasa sedih nak sambut raya. Hilang segala mood. Gone with the wind.



Satu keluar...dua masuk. Apakah itu? Ekekekeke...apalagi kalau bukan Buffered Earnings. Lepas cashout aritu, terus amount jadi 'zero&...


Satu keluar...dua masuk. Apakah itu? Ekekekeke...apalagi kalau bukan Buffered Earnings. Lepas cashout aritu, terus amount jadi 'zero'. Lepas tu kan, mulalah asyik bukak nuffnang, kot² ada BE yang masuk. Alhamdulillah...melekat 2 ketul BE.


Harap² lama lah iklan tu melekat. Tak tau lah kali ni amik masa berapa lama plak nak cash out. Mekasih bebanyak kat kamu semua yang sudi bertandang kat blog tak seberapa nih.


Alhamdulillah...Qhalif tak kena campak. Masa amik kat nursery aritu trus aku bawak gi klinik. Memang nampak muka dan badan dia dah merah². ...


Alhamdulillah...Qhalif tak kena campak. Masa amik kat nursery aritu trus aku bawak gi klinik. Memang nampak muka dan badan dia dah merah². 1st time aku bawak qhalif gi klinik tanpa si dia. Alhamdulillah...sepanjang perjalanan tu anak bujang tak meragam. Cuma merengek sket².

OK...berbalik kpd cerita. Bintik² merah yang naik kat muka dan badan tu adalah ruam biasa. Sebenarnya Qhalif kena 'Oral Thrush' atau lebih dikenali sebagai 'Jangkitan Kulat' pada mulut bayi. Alaaa...yang putih² kat dalam mulut baby tu. Keputihan yang seakan-akan kepingan 'susu basi' melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Dalam mulut qhalif agak banyak thrush nih.

Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breasrfeeding). Nanti aku akan ceritakan lebih lanjut pasal Thrush nih. No wonder lah qhalif macam tak selesa jer masa nak breastfeed. Asyik merengek jer. Bebudak pengasuh tu pon cakap yang qhalif kurang nak menyusu. Sian anak aku...sakit rupanya.

Jadinya smalam aku EL lagi sebab nak jaga qhalif. Nak pantau keadaan dia. Alhamdulillah...dah tak merengek sangat. Putih² kat mulut pon dah kurang. Tido pon nyenyak. Kalau tak asyik terjaga jer. Tak selesa agaknya. 1st time alami situasi macam nih sebab iman dan qahirah tak pernah kena.

Note: Mood raya dah on...anak dah sihat ☺☺





Dugaan dibulan posa. Aritu Qhalif demam . Alhamdulillah...dah ok. Badan pon dah tak rasa panas lagi. Tapi start smalam nampak macam ada rua...

Dugaan dibulan posa. Aritu Qhalif demam. Alhamdulillah...dah ok. Badan pon dah tak rasa panas lagi. Tapi start smalam nampak macam ada ruam kat muka dan leher. Hati sudah mula risau. Asyik merengek pon iyer gak.

Nak gi keja pon hati tak sedap nih. Pastu baru ni masuk mesej:

"Salam, akak...qhalif ni naik campak..saya dah bagitau kak sha (owner taska). Kak sha pon dah tengok qhalif..Macam mana akak?"

Uuwaaaaa...anak aku kena campak ker. Tak der pengalaman lagi nih sebab iman dan qahirah tak pernah kena campak. Tak kan nak bagi minum air kelapa kot. Baby lagi...mana bley.

Tolong...ada apa² petua yang boleh saya amalkan utk kurangkan campak pada bayi? Nak letak apa? Ya! allah...risau lah. Smoga qhalif cepat sembuh dan sentiasa dibawah lindunganNYA.

Ok..saya nak balik. Nak bawa qhalif gi klinik. Hope everything is under control.

Note: Bila anak sakit, mood raya pon ke laut.

Salam petang jumaat. Lulu buat Giveaway lah. Syarat²nya pon senang jer. Jom join. Klik SINI . Untuk adik lulu yang comel, inilah gambar ...


Salam petang jumaat.


Lulu buat Giveaway lah. Syarat²nya pon senang jer. Jom join. Klik SINI.

Untuk adik lulu yang comel, inilah gambar yang ahkak di pertaruhkan:


Wah...anak sapa ni, comeynya...muahahahaha...comel lah sangat kan. Amacam? Bley diterima tak?

Hehehehe...dah macam iklan lah pulak kan. Bukan tukar apa pon. Tukar duit raya jer. Aku baru pagi ni gi tukar. Kebetulan member nak gi bank...


Hehehehe...dah macam iklan lah pulak kan. Bukan tukar apa pon. Tukar duit raya jer. Aku baru pagi ni gi tukar. Kebetulan member nak gi bank. Ikut lah skali kan.

Memula gi Maybank. Perghhhhh...dari luar dah nampak orang beratur panjang. TU mesti lah nak tukar duit raya kan. Tak sanggup lah nak beratur panjang macam tu. Pastu gi bank sebelah plak...CIMB. KAt kauter dah tulis "Duit raya dah habis". Kitorang pon agak frust gak lah. Gi kaunter tanya pasal nak tukar duit. Orang kaunter cakap duit baru dah habis. Tak kisahlah...tak dpt duit baru pon tak per.

Gi lah naik. Sekali nengok ada orang tengah tukar duit...dapat duit baru plak tu. Yang beratur nak tukar duit pon tak ramai. Tadi kata duit raya baru dah habis. Tipu tau. Kesian kat orang² yang nak tukar duit. Memang sah² lah orang tak masuk CIMB klo dah nampak sign "Duit raya dah habis". Patutlah Maybank penuh.

Tukar pon tak banyak. Dapatlah sampul duit raya sorang sepeket. Tu jer lah sampul duit raya yang baru aku dapat. Ada sesapa sudi nak bagi?

Note: Sedapnya bau duit baru.

Kalau membabitkan kesihatan anak, memang hati ibu tak tenang. Nak gi keja pon rasa tak der mood. Petang smalam masa amik kat nursery, penga...


Kalau membabitkan kesihatan anak, memang hati ibu tak tenang. Nak gi keja pon rasa tak der mood. Petang smalam masa amik kat nursery, pengasuh tu cakap badan qhalif panas tengah hari tu. 38 darjah Celsius...agak tinggi gak tu. Lepas dimandikan, baru kebah panasnya. Tapi masa amik smalam ada rasa dedar² lagi. Alahaiiii...siannya anak ibu nih. Demam nak beralih bulan ker nak oiii.

Lepas berbuka smalam, ajak si dia gi klinik. Kebetulan qahirah pon tak berapa sihat gak. Batuk² dan selsema. Kalau dah kena selsema tu faham² lah kan. Telinga dia akan berair sekali. Dah kena jangkitan telinga @ Otitis Media lah tu. Harap² cepat lah kering telinga tu.

Pasal qhalif plak. Doctor nak masuk ubat ikut montot, kebetulan anak bujang tu popo plak. Balik umah lah gamaknya kena buat. Pastu doctor soh lap badan ngan air suam klo badan qhalif panas. Doctor soh bagi qhalif minum air masak sebab kat lidah dia ada putih². Erk...aku cakap yg qhalif ni fully breastfeed. Doctor tu ckp lagi tak per...kena bagi jugak. Hairan...hairan...setahu aku baby dibawah 6 bulan yang fully breastfeed tak perlu air masak sebab dalam susu ibu 80% adalah air.

Untuk mendapatkan kepastian, aku SMS Aishah Mariam, salah sorang dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBFPC). Katanya tak perlu bagi air masak. Yang putih² kat lidah tu pon tak perlu cuci sebab bukan penyakit pon dan tak jadi masalah. Tapi kalau baby yang minum FM (Formula MIlk) memang kena cuci.

Ingat yer ibu², kalau anak demam sekali pon jangan bagi air masak yer...no..no..no... Amalan memberikan air masak kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan boleh menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air masak kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang penuh khasiat dan nutrisi penting untuk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yang pertama. Kalau nak tau lebih lanjut, bley klik SINI

Note: Semoga anak² ibu cepat sembuh. Nak raya ni nak.

Agak payah juga yer nak cari salon muslimah nih. Salon yang khas hanya untuk WANITA sahaja. Orang lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali.....


Agak payah juga yer nak cari salon muslimah nih. Salon yang khas hanya untuk WANITA sahaja. Orang lelaki tak dibenarkan masuk sama sekali...no..no..no...

Kisahnya...aku nak potong rambut *itu pon nak bagitau ker mak jemah oii*. Rambut dah panjang sangat. Dah macam cik ponti *sambung sendiri...hahaha* plak. Pastu dgan gugurnya lagi. Bersepah² atas lantai. Sakit mata menegoknya. Rambut aku pon dah start fasa keguguran rambut tahap maksima nih. Bila sikat rambut tu...hamik ko, segumpal rambut. Naik takut aku melihatnya.

Ok...dah mengarut plak. Berbalik kepada tajuk. Aku masuk FB, terjumpalah info pasal Salon Muslimah nih. Kebetulan member tu pon tengah cari salon muslimah gak. Ok sangat lah tu kan. Yang best nya, salon ni dekat ngan umah.


Tu dia salonnya...Jazeerat El-Rahah. Ada 2 cawangan, Kat Bangi dan skudai, johor. Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat link tu. Ok...tak perlu risau lagi kalau nak gunting rambut ☺☺

Note: Tengah berfikir² gaya rambut terkini...hurmmm...

Kalau datang baiknya macam nih lah...adik suap abang, abang suap adik. Adik kiss abang...abang kiss adik. Bahagia nya ibu. Cuba datang an...




Kalau datang baiknya macam nih lah...adik suap abang, abang suap adik. Adik kiss abang...abang kiss adik. Bahagia nya ibu. Cuba datang angin tak baik, hamik ko...adik pukul abang. Abang plak tak sampai hati nak pukul adik. Menagnis lah si abang, dibuli si adik. Ibu pon jadi huru hara di buatnya.

Jangan tak tau, anak dara aku nih garang. Kesian abg kimi, selalu jadi mangsa. Bukan abang kimi jer tau, adik qhalif, ibu dan abah pon kena gak. Kalau gaduh ngan abang, tak dapat pukul abg, ibu dia lah yang kena...sebab dekat ngan dia. Perit noks klo kena ngan tangan anak dara nih. Geram haku kekadang. Sabo jer lah.

Note: Nakal macam mana sekali pon, ibu tetap sayang kamu wahai anak. Kamu lah ubat terbaik untuk ibu.

Ni last week nyer citer. Ada jemputan buka puasa kat IOI Marriot Putrajaya. Hati berbelah bagi nak pergi sebab takut tak ter handle plak. Al...

Ni last week nyer citer. Ada jemputan buka puasa kat IOI Marriot Putrajaya. Hati berbelah bagi nak pergi sebab takut tak ter handle plak. Al maklumlah...anak dah tiga kan. Sebelum ni dah 2 jemputan aku tak gi, kat Pullman ngan Cyberview. Best plak tu tempat² tu. Tapi kali ni rasa rugi plak klo tak gi kan. Tawakal jer lah. Si dia pon ok jer.


Sampai jer umah trus siapkan anak². Dari bangi ker IOI Marriot tu tak lah jauh sangat pon. Sampai² jer tgk orang dah beratur amik makanan. Memang ramai lah umat manusia dlm tu kan. Makanan memang sedap². Ko nak makan apa? Semua ada.


Yang best ada buah doyan. Tapi kan aku tak dapat nak makan sebab klo nak makan doyan kena duduk kat luar. Doyan tak dibenarkan masuk dalam tu. Bau nya kan kuat. Macam² buah ada.


Tak sempat nak amik gambo noks. Ini jer lah yg sempat. Pasta pon sedap...masak on the spot. Dessert, satay, kambing...sumanya sedap² lah. Cuma hati aku jer yang tak sedap sebab tak dapat nak makan dengan aman dah tenteram...hahahaha...sebab budak nih:

Apa lah keja tu nak oiiii...

Anak dara yang super duper active. Ponek ibu ngan abah di bueknyo. Habis sudu garfu dibuat main. Duduk dalam baby sit pon kejap jer. Berlari² lah dalam hall tu. Alahai...macam mana nak makan.

Budak baik ☺☺

Si Qhalif rambut pacak ni memang baik lah. Duduk jer dia dalam stroller tu. Kekenyangan sebab dah upah susu cap gantung. Memang tak puas makan ah malam tu. Banyak makanan yang aku tak sempat nak makan...huhuhu...

Kenyang...tak larat nak jalan lah.

Si abang yang kekenyangan gak. Memang tak rugi gi buffet kalau bawak anak bujang ni. Banyak gak makan. Cuma ibu ngan abah jer yang tak dapat nak makan banyak.

Overall...iftar kat sini memang best. Macam² variety makanan ada. Cuma yang tak bestnya sebab tempat nak amik makanan jauh bebenor. Kalau dapat meja yang dekat² dengan makanan best lah.

Hari nih ada jemputan iftar lagi. Kali ni Shangri La putrajaya. Tak kan nak gi sorang² kan. Sapa plak nak jaga anak². Berlima adalah lebih baik.

BAHAGIALAH SELAMANYA ☺☺ 1. Fadhilat mencium anak Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah...

BAHAGIALAH SELAMANYA ☺☺

1. Fadhilat mencium anak


Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.


2. Fadhilat mencium suami


Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

3. Fadhilat mencium isteri


Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami juga isterinya sendiri….

Note: Selamat berhujung minggu uols dan selamat bercuti untuk warga selangor...sebab Nuzul Qur'an.

Apply cuti raya lah, cuti apa lagi. Kamu semua dah apply ker? Berapa hari? Erk...sibuk plak mak jemah ni kan, nak tanya cuti orang, busy bo...


Apply cuti raya lah, cuti apa lagi. Kamu semua dah apply ker? Berapa hari? Erk...sibuk plak mak jemah ni kan, nak tanya cuti orang, busy body betul...hahahahaha...saja jer.

Aku amik cuti 4 hari. Sebelum dan selepas. Macam lah kampung ko jauh sangat nak cuti lelama kan. Kampung pandan jer pun...ahaks...Bukan apa, hari jumaat tu Nursery dah tutup lah. Aku budget nak amik 3 hari tu jer, tapi nak buat macam mana. Tak kan nak bawak anak² gi office ko. Dah lah anak dara aku tu super duper active...no..no..no...nak tak nak terpaksa lah amik.

Macam tu lah klo dah hantar anak ke nursery. Kalau nursery tutup seminggu, ibunya pon kena cuti seminggu gak. Kalau tutup sebulan? Takkan ko nak cuti sebulan gak, cari nursery lain lah jawabnya...muahahahaha...

Layan betul pepagi nih bila dengar lagu² Raihan secara live di HOT fm. Sapa yang tak kenal kumpulan nasyid Raihan nih. Bukan orang dewasa j...


Layan betul pepagi nih bila dengar lagu² Raihan secara live di HOT fm. Sapa yang tak kenal kumpulan nasyid Raihan nih. Bukan orang dewasa jer...budak kecik pon kenal dan suka dengan lagu² Raihan. Kumpulan nasyid yang pernah menggegarkan Malaysia satu ketika dulu. Raihan merupakan perintis kepada irama nasyid dan selepas kewujudannya banyak kumpulan nasyid yang muncul bagaikan cendawan tumbuh.

Lagu² Raihan memang the best lah. Lagu-lagu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara dan Syukur telah membawa Raihan ke mercu populariti dan mencatatkan rekod penjualan album tertinggi di Malaysia. Bukan tu jer, ada yang menerima hidayah lepas dengar lagu² Raihan nih. Alhamdulillah...

Nota: Sambil taip sambil dengar nasyid Raihan. Nak cari CD Raihan lah.

Sebab masih belum berkesempatan lagi nak masak kat umah untuk buka posa tahun nih. Kalau tahun lepas memang boleh dikatakan hari² masak, tap...

Sebab masih belum berkesempatan lagi nak masak kat umah untuk buka posa tahun nih. Kalau tahun lepas memang boleh dikatakan hari² masak, tapi tahun ni masih tak kesampaian hajat nak memasak lagi. Awal² posa aritu berbuka dirumah mertua. Weekend aritu berbuka dirumah mak plak. Weekdays memang lauk tunjuk jer lah.

Macam manalah mak nak masak noks, balik kerja pukul 4.30 pm. Ingatkan bulan² posa nih jalan tak sesak, tapi sesak gak uols. Amik anak² suma sampai umah dekat pukul 6.00 pm. Kalau dah kat umah tu, faham² lah kan. Ibu menyusu...anak² confirmed lah nak susu cap gantung kan. DAh macam mulut burung...menganga² minta disusukan, apalagi...sorang sebelah noks. Si kakak kalau nengok si adik nenen, dia pon nak nenen gak. Mana aci adik sorang nak nenen kan. Kakak...kakak...masih ada rasa cemburu tu yer. Time nyusu tu jer dah amik masa. Camno tu. Memang tak sompek den nak masak dek non.

Bagi menjimatkan masa dan tenaga, PARAM jugak lah jawabnya. Si dia lah yang gi beli siap². Tapi kan...masak sendiri gak yang terbaik, lagi sedap. Alahaiiiii...bilalah bley memasak nih. Gantung kuali dan periuk jer lah bulan posa ni gamaknya. So far alhamdulillah...suma yg di beli habis dimakan, tak membazir. Cuma ada sehari tu, terlebih beli. Jenuh gak lah nak menghabiskan. Tapi tak dapek diterima dek perut lagi. Kesudahannya, lu fikir lah sendiri. Nyesal...nyesal...sehari tu jer tau. 

Puasa kali ni kan agak mencabar jugak lah. Antaranya berpuasa sambil Tandem Nursing...perghhhh...lomah den. Tapi tu suma bukan halangan kan. 

Note: Minggu ni pon rasanya macam tak berbuka dirumah jer.

Pagi² lagi dah basah dek kerana hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kuat. Berpayung...tapi tetap basah. Ingatkan sempat lah sampai...

Pagi² lagi dah basah dek kerana hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kuat. Berpayung...tapi tetap basah. Ingatkan sempat lah sampai sebelum hujan lebat, tak sempat daaaa. Kesejukan mula terasa. Alhamdulillah...sejuk sket cuaca untuk pagi nih.

Google pic.

Panik...aku tak panik sebab kebasahan yer, panik sebab pagi tadi charge Ipad. Sekali on the way nak gi office, tetiba teringat yang plug tak off lagi. Hamik ko, menggelabah tak hingat donia...on the spot gak call si dia. Selamat...sebab si dia blom gi keja lagi...pheww...Alahai, careless nya aku. Padahal sebelum gi kerja tu dah ingat dah nak off plug tu, ntah macam mana bley lupa plak...gGgGgRrrrr...

Selamat Ipad kami. Kalau tak...over charge ko, bahaya tu. Boleh rosak Ipad dibuatnya. Nak beli bukannya murah. Bernasib baik gak lah sebab aku ingat dan si dia blom gi keja lagi. Kalau tak...aku sanggup patah umah semata² nak tutup plug. Bab² letrik nih bahaya. Silap² bley terbako rumah.

Sekian...cerita panik aku untuk hari ini. Harap² tak der lagi lah penyakit panik lpas nih. Berderau dibuatnya wei.

Berada didalam genggaman skang nih. Kalau atlet kat sukan olimpik London masih belum mengutip sebarang pingat lagi (harap² adalah pingat un...


Berada didalam genggaman skang nih. Kalau atlet kat sukan olimpik London masih belum mengutip sebarang pingat lagi (harap² adalah pingat untuk M'sia), tapi mak dah dapat uols...hehehehe...Ni untuk pertandingan Batu Seremban aritu.


Harapan nak dapat emas tak kesampaian. Tapi tak per, gangsa pon dah kira ok apa. Lagi pon yang bolot suma pingat adalah group yang sama...JUPITER. Boleh tahan gak berat pingat nih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...