Tuesday, March 20, 2012

Anemia @ Hemoglobin Rendah Ketika Hamil...Risaunya...

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.


Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan. Dr soh stop makan obimin...dpt ubat baru, IBERAT FOLIC. Harap² hb naik lah. Minggu depan nak gi check up lagi. Rasau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.

Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi

- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

23 comments:

  1. Tak ada apa2lah tu. Hrp awak dilindungi Allah. Jaga pemakanan k? Sbnrnya, makanan byk membantu selain byk2kan berehat dan ubat doktor.

    =D

    ReplyDelete
  2. semoga semua nyer berjalan dgn lancar kak..
    jaga diri jaga baby ye..take care :)

    ReplyDelete
  3. dulu kan time pegnen sami aku kena mkn bende nih dr awal hasilnye gusi aku hidung aku asik la berdarah haha kire gosok gigi tu kuarbiasa darahnye xsuka haha

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... saya harap semuanya baik2lah lepas ni.. sbb saya sendiri pun ketika prgnant dulu.. bab hb ni lah yg paling saya risau.. selalu takut bila nak checkup.. moga semuanya ok.. jaga diari tau fiza... :-)

    ReplyDelete
  5. fiza jaga kesihatan ok, moga baby sihat2 sahaja, yang penting ikut cakap doc dan jangan wat keje berat2

    ReplyDelete
  6. phew..lamenye nak tunggu bace entry ni...loading laju..part sekeliling blog..tapi bile nak tgu entry kuar,punye la lame...

    ReplyDelete
  7. sya dulu makan pil ni sampai bersalin..alhamdulillah HB naik....

    ReplyDelete
  8. tak sabar menanti bulan 6... anak kedua bakal melihat dunia.. insyallah.. ;)

    ReplyDelete
  9. tadi pun Gadis bru wat cek up..

    doktor ckp kurang darah..huhuu...
    risau jgk..

    ReplyDelete
  10. fiza...msa 2nd baby nurse suggest makan iberet nih gak..alih2 saya jd cirit birit..sbb tak sesuwei gamaknya..tuh la..hb fyzz pun..mmg rendah dok 10.8 gitu ja..elok2 kena 11 ke atas kan..
    pepun fiza take care ok..moga kita berdua dpt baby yg sihat..

    ReplyDelete
  11. BAHAYA NI FIZA..KO JAGA DIRI BEBAIK...JGN STRESS SGT..

    ReplyDelete
  12. Assalam..
    Memang bahaya Anemia ni. Iza sentiasa alaminya. Time mengandung lagi la teruk bacaan HB tu. Kena makan buah kurma, delima dan tak boleh perut kosong, boleh pitam. Ubat pun tak boleh ambil sesuka hati, pernah jadi hampir mati sebab makan ubat dari farmasi..
    Dasyat juga tu 5 bulan baru tau pregnant. Pengalaman Iza, 3 minggu hingga sebulan, dah rasa perubahan hormon, ada je yang tak kena. Masa tu mula syak sesuatu..

    ReplyDelete
  13. bagus info tu utk lia.. take care ye akak.. :)

    ReplyDelete
  14. fiza.. sy doakan semuanya selamat.. jgn lupa mkn ubat y diberikan doc yer.. apa2 pon take care yer

    ReplyDelete
  15. kakyong adalah org yg hb rendah.. tak pernah cecah 13.. 10-11 tu biasa..

    either semasa pregnant @ masa tak pregnant.. memang hb rendah.. ;)

    Alhamdulillah, hanya hb rendah,. xde talasemia..

    doktor memang riso masa pregnant 1st tu.. bg makan iron lebih pun hb tetap tak naik.. masuk 2nd pregnancy pun mcm tu jugak..

    Alhamdulillah, kakyong sihat2 jer.. cuma kena pastikan cukup berehat.. cukup makanan seimbang..

    kekurangan org hb rendah ni --- tak boleh nak menderma darah.. :(

    ReplyDelete
  16. hanim hb rendah..tapi segala simptoms anemia tu x der pun..harap2 okey :)

    ReplyDelete
  17. td g chekup..hb 8 je..teruk sgt..scan ckp kne talasemia..cdh sbnrnye..nie dh 8bln..dh mkn mcm2..tp mkin truk...pert pon sket je..

    ReplyDelete
  18. pegnen kali ni pun saya kena anemia...tadi g pasar tani siap nak pitam 2kali..naseb la hasben ada..ni still pening2 lagi...

    ReplyDelete
  19. ermm.. my wife hb reduce from 8.7 - 7.7. rase mcm dah sgt rendah.. really worry on my wife and baby. hope xde pape jadi.. its my 1st child. :(

    ReplyDelete
  20. Salam sis, so after ambik iberet folix ada perubahan tak?

    ReplyDelete
  21. Saya pun hb low..try g pakar wanita n doc bg sejenis ubat nama ferocom...alhamdulillah..hb naik la skit..

    ReplyDelete

Labels

ABIM (2) Accident (2) Adik dan Al-Quran (2) Advertorial Nuffnang (3) Advertorial Zalora (1) Air Asia (1) Aku (1015) Anis Choc Moist Cake (1) Anniversary (3) Asam Laksa Jusco (1) Asam Pedas Melaka (1) Awards (4) Baby & Raya Expo 2013 (1) Babywearing (1) Bangi Extreme Challenge (1) Bayi DiDera (1) Bayou Lagoon Resort (2) Bebola Daging (1) Bento (3) bicara (1) Bicara hati (34) Big Bad Wolf Book Sale (4) Birthday (16) Black Pepper Prawn (1) Blogbuster Campaign (2) Blogger Event (2) Blogging (26) Bloging (154) Boba 3G (1) Book (3) Bread Pudding (1) Breastfeeding (58) Breastfeeding Week (3) Buah Ngaku (1) Burger Bakar Abang Burn (1) Burung Puyuh Salai (1) Camera AES (1) Careless (4) Chewy Cheese (1) Chicken Pox (2) Chickenpox (1) Chikenpox (1) ChurpChurp (4) Ciku (2) Cloth Diaper (2) Cloth Pad/Panty Liner (1) Coklat IQ Coco Damia (1) Company Trip (3) confinement Set (1) Contest (2) Contest/Giveaway (61) Cook (30) Cook with Love (12) Cuti Cuti Malaysia (3) Cyberjaya (1) Daging Rusa (1) Darjah 1 (6) Daun Ketumbar (1) Daun Sup (1) DAYRE (1) Delivery (3) Dentist (3) Development Baby (17) Dinner (2) Doa (2) Drama (1) Drama Juvana (1) dri (1) Duit Raya (1) Durian (1) Durian Pancake (2) Earth Hour (2) Edelman (3) Emotional (520) Empire Shopping Gallery Meletup (1) Event (7) Exam (1) Exclusive Breastfeeding (1) Family (14) Flash Mob (2) Fobia (1) Food (77) Free Palestine/GAZA (1) Fridge Magnet (1) Friends (1) Friendship (1) From My Kitchen (9) Gadjet (3) Gathering (3) Genius Aulad (1) Gigi Geraham Bongsu (1) Groupon (1) GUlai Ikan Tempoyak (1) Gyiyomi (1) Halal JAKIM (1) Haley Chiffon Blouse (2) Happy New Year 2014 (1) Hari Hijab Sedunia (1) Hari Raya (24) Harimau Malaya (2) Hati Unta (1) Haze (3) Hershey's Coklat (1) Hippopo Baby & Spa Wellness (1) HMFD (1) Holiday (2) Home Sweet Home (60) Homemade Ice-Cream (4) Hotlink (1) hubby (29) Huggies Dry Pants (1) Huggies Dry Pants “Change for Better Convenience” Roadshow (2) Ikan Bakar Bellamy (1) Iman (104) IManQahirahQhalif (20) IMPETIGO (1) Info (473) info. (161) info. MAHA 2012 (1) ipad2 (4) J Card Member's Day (1) Jabatan Imigresen (1) Jangkitan Telinga Otitis Media (2) Jerebu (4) Jualan Gudang PEMANIS (1) Jubah Muslimah Zalora (1) Kad Raya (1) Karipap Lori (1) Kek Batik Coklat (1) Kerepek Ngaku (1) Kereta (13) Kg Gajah (1) Kids (1) KIW (1) Kiwi (12) Kopiesatu (1) Kuih Raya (4) Lailatul Qadar (1) Lirik Lagu (1) Maal Hijrah (1) Mak (1) Mangga Epal (1) Masjid Wilayah (1) Mat Ayam Kampung (1) Maternity And Children Expo (4) Mattel (1) Maulidur Rasul (1) Medela Swing (1) Mee Udang Kuala Sepetang (1) Melaka (2) Menyusu Dibulan Ramadhan (2) Merdeka (1) MERLIN (4) Mesir dan Negara² Islam (1) Message (1) MH370 (1) Misc (264) Misc. (687) Misc.Tutorial (3) Misv (1) MITC Melaka (1) Motherhood Expo 2012 (1) Mothers Day (1) MPH Online (1) Newborn (5) Nizul Al-Quran (1) Novel (3) Nuffnang (39) Nursery (9) Omega Guard (1) Open House Raya (3) Parenting (25) Parenting Tips (2) Passport (1) PASTI (11) Pilihanraya (3) Pizza (1) Pizza Gardenia (1) Plaza Tol Sg. Ramal (1) PM Najib (1) Poem (1) Potty Train (1) Pray for MH370 (2) Pre-school (3) Pregnancy (23) Primary School (8) Product Review (2) Promotion (2) Prosperity Burger McDonald (1) Puasa Asyura (1) Pulut Mangga (1) Qaira (89) Qhalif (75) Quote (1) Ramadhan (31) Rebranding Launch (1) Renungan@Rahsia Perkahwinan (1) Resipi (20) Restoran Mee Udang Mak Jah (1) Roadblocks (1) RON95 (1) Roti Gardenia (1) Rumah Makan Cibiuk (1) Salam Aidiladha (4) Sale (14) Salon Muslimah (1) Sambal Belimbing Hitam (1) Segmen (16) Seksualiti Mrrdeka (1) Selamat Hari Wanita (2) Sepetang Bersama Bloggers & Yeos (3) SERAI (1) Serupa tapi Tak Sama (1) Shaklee (6) Sharing (13) Shopping (21) Singapore (1) Sogo Members Day (3) Solat Terawih (1) Solid Food (1) SPAM (1) Speed Trap (1) Sponsored Post (2) Spontaneous Thursday (20) SRK Seksyen 7 Bangi (3) Standard 1 (5) Starbucks (3) Strata Title (1) Support (4) Syawal (8) Tabita (1) Tadika (6) Tagging (10) Tantrum (1) Tax (1) Tazkirah (77) Teduhan Kasih (1) ThePoplook (3) Tie Rack (2) Tips (97) TNB (1) Traffic jammed (6) Training (4) Tutti Frutti (1) Ubat Lipas (1) Udang Masak Lada Hitam (1) UEMSunrise (4) Uniqlo (2) USS (3) USS Singapore (3) Ustaz Zamri (1) Warehouse Sale (4) Whoopie Pie (1) Wisdom tooth (1) wish (7) Wittaker's Coklat (1) Wordless Wednesday (34) Work (49) Work/Office (109) World Water Day (1) Zalora (1) Zespri Malaysia (9) zespri MY (2) Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge (14) zespriMY (10)

Google Analytics

Related Posts with Thumbnails


 
Template Edited By Cikgu Ma4 Disember 2012 ♥ All Rights Reserved ©Afizah Rahman