Akan bermula selama sejam pada hari Sabtu , tepat jam 8:30 malam 31 Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi. ...


Akan bermula selama sejam pada hari Sabtu, tepat jam 8:30 malam 31 Mac 2012 untuk menunjukkan sokongan terhadap kempen sayangkan bumi.

Apa itu Earth Hour?

Earth Hour nerupakan satu kempen yang diadakan oleh WWF bagi mengurangkan pemanasan iklim global.

Apa yang perlu anda buat sewaktu Earth Hour?

Untuk tahun 2012, 31 Mac telah dipilih dan masa untuk Earth Hour ialah daripada 8.30 malam sehingga 9.30 malam. Apa yang perlu anda buat adalah cukup mudah iaitu dengan menutup lampu ataupun mengurangkan penggunaan tenaga pada waktu itu. Mudah bukan!! walaupun hanya sejam, namun kesannya sangat besar terhadap pemanasan iklim global.

Sumber: Ohbelog

Menci tau. Bila hujan jer jalan mesti sesak. Penat kaki tekan clutch. Pagi nih jer sejam on the road gara² jalan sesak nak mampus . Sesak se...

Menci tau. Bila hujan jer jalan mesti sesak. Penat kaki tekan clutch. Pagi nih jer sejam on the road gara² jalan sesak nak mampus. Sesak sebab masing² berebut jalan. Nak bayar tol pon berebut². Dari satu barisan jadi dua barisan. AKu klo orang tak bagi signal memang sorry lah kan...tak der nya aku nak bagi potong. Ko cucuk...lagi aku cucuk. Pastu...jalan dari 3 lane bertukar jadi berlane². Lagi lah bertambah sesak.

Nasib ada bekalan kuih...buat kudapan dalam keta. Ok...nak buat breakfast, jap lagi sambung.

Sindrom apa? Apa lagi kalau bukan sindrom: M A L A S dan S I B U K Alahai...menci tau. Banyak benda nak citer, tapi...kemalasan dan kes...


Sindrom apa? Apa lagi kalau bukan sindrom:

M
A
L
A
S

dan

S
I
B
U
K

Alahai...menci tau. Banyak benda nak citer, tapi...kemalasan dan kesibukan mengatasi segala² nya. Sekian ☺☺☺

Hairan ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. Hairan ya, 45...


Hairan ya,

duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Hairan ya,

45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Hairan ya,

betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton televisyen, wayang di pawagam dan melayan youtube.

Hairan ya,

susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan atau pakwe atau makwe.

Hairan ya,

betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam sholat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Hairan ya,

susah sangat baca Al-Quran 1 juz sahaja, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dihadam.

Hairan ya,

orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Hairan ya,

kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan ke dalam agenda kita, tetapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.

Hairan ya,

susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.

Hairan ya,

kita begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail layang di internet, tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.

Hairan ya,

semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Hairan ya,

kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim sesuatu yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir dua-tiga-kali.

JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KEHAIRANAN TERSEBUT

Source: Atap Hijau

Tika dan saat ini, nafsu aku adalah... makan... makan... makan... dan makannnnnnn... Alahai...nak masuk 9 bulan ni asyik nak makan jer...

Tika dan saat ini, nafsu aku adalah...


makan...

makan...

makan...

dan makannnnnnn...

Alahai...nak masuk 9 bulan ni asyik nak makan jer kerjanya. Nak kena ada benda untuk di kunyah. Baru jer lepas makan...nak makan lagi. Pagi...tengah hari...petamg...malam...tengah malam...kelaparan jer rasa. Last timbang 55kg. Minggu depan tak tau berapa kg plak naik.

Hargailah air. Jangan membazir. Ingat Negara lain yang alami masalah krisis air. Note: Alhamdulillah...sejak duduk kat Selangor hampir 3 ...


Hargailah air. Jangan membazir. Ingat Negara lain yang alami masalah krisis air.

Note: Alhamdulillah...sejak duduk kat Selangor hampir 3 tahun nih, tak pernah lagi kena bayar bil air. Save budget ☺☺☺. Jom baca info nih:

There are 7 billion people to feed on the planet today and another 2 billion are expected to join by 2050. Statistics say that each of us drinks from 2 to 4 litres of water every day, however most of the water we ‘drink’ is embedded in the food we eat: producing 1 kilo of beef for example consumes 15,000 litres of water while 1 kilo of wheat ’drinks up’ 1,500 litres.

And you? Do you know how much water you actually consume every day? How can you change your diet and reduce your water footprint? Join the World Water Day 2012 campaign “Water and Food Security” and find out more!

For more detail, bley baca kat SINI

Ini punca sebenarnya: Shoutbox dari oggix.com ni rupanya. Lately memang aku perasan lambat loading. Hangin pon iyer gak. Kiri kanan dah kl...

Ini punca sebenarnya:


Shoutbox dari oggix.com ni rupanya. Lately memang aku perasan lambat loading. Hangin pon iyer gak. Kiri kanan dah kluar tapi entry tak kluar². Cik May pon ada komen ni ha:


Bila tukar template baru pon macam tu gak. Sekali godek punya godek, try lah buang shoutmix tu. Hasilnya....laju dah loading. Bukan cik may jer yg complain lambat loading, ada beberapa blogger gak complain. Mekasih bebanyak uols sebab prihatin. Mungkin shoutmix ni salah satu sebab lambat loading. Kalau lepas ni jadi lagi...mungkin part lain plak kot yang aku kena delete.

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak naf...

Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.


Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan. Dr soh stop makan obimin...dpt ubat baru, IBERAT FOLIC. Harap² hb naik lah. Minggu depan nak gi check up lagi. Rasau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.

Sedikit info mengenai ANEMIA.

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin

Punca kurang darah

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi

- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup
- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

Kalau RM700 sahaja untuk buat kerja rumah, jaga anak plak macam mana? Tambah lagi RM700? Maknanya RM1400 lah yer. Perghhhhhhh...gaji amah la...

Kalau RM700 sahaja untuk buat kerja rumah, jaga anak plak macam mana? Tambah lagi RM700? Maknanya RM1400 lah yer. Perghhhhhhh...gaji amah lagi mahal dari gaji penjawat awam/swasta. Baik aku jadi amah jer klo dah gaji banyak tu kan. Kerja belum tentu bagus...bila bosan/bermasalah ngan majikan, lari macam tu jer. Siapa yang susah?

Kalau dah macam nih gayanya, amah² ni hanya sesuai untuk orang² kaya saja. Golongan berpendapatan sederhana nih kenalah cari alternatif lain. Nak dapatkan amah dah berhabis ribu riban. Gaji plak tinggi pastu hanya khusus untuk satu kerja sahaja. Memang melampau dan tak berbaloi.

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.

Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.

Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.

Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA

Source: BH Online

Perut mesti lapar. Nak² mak buyung ni kan...memang sentiasa nak mengunyah. Apalagi...air milo cicah biskut lemak lah di kala hujan lebat nih...

Perut mesti lapar. Nak² mak buyung ni kan...memang sentiasa nak mengunyah. Apalagi...air milo cicah biskut lemak lah di kala hujan lebat nih.


Jemput minum semua ☺☺☺


Tapi kalau dapat goreng pisang panas hujan² macam nih, pastu minum plak ngan air kopi...perghhhhh...mantop. Cicah plak ngan cili kicap...alahai...kecur sudah. Kat office ni susah betul nak cari goreng pisang.

Lunch paling mahal hari nih. Kalau makan fast food tu standard lah kan sebab kita dah tahu harga. Ni makan kat kedai baru bukak...unexpecte...


Lunch paling mahal hari nih. Kalau makan fast food tu standard lah kan sebab kita dah tahu harga. Ni makan kat kedai baru bukak...unexpected plak harga nya mahal nak mamfus.

Kat area office ni ada lah kedai makan baru bukak. Konsepnya nasi padang. Biasalah...kedai baru, mestilah nak cuba kan. Tapi aku yang tak pernah makan nasi padang ni tak tau lah nasi padang tu mcm mana. Ada macam² jenis lauk.

Aku amik lauk kepala ikan bawal sebab ikan tu setengah jer, pastu lauk kari telur rebus...dah lama tak makan teringin plak, lauk paru goreng sekeping yang kecik pastu acar sayur sikit...memang sikit giler aku amik, bley di kira ada berapa ketul timun, nenas ngan carrot nya. Air plak order air suam sajork.

Dah makan kenyang², masa untuk bayar. Nak tahu berapa harga lunch nya? RM9.50...pada aku yang bergaji kecik dan menghargai duit ni memang mahal nak mamfus. Tak pernah aku makan nasi campur harga semahal nih dan tak setimpal dgn rasa. Harga ni bley cover utk lunch dan breakfast...huhuhu...

Sorry lah...nampaknya 1st and last lah aku jejak kedai nih.

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi,banyak pula DUGAAN yang datang... Kadang-kadang kita minta CERDIK tapi, MASALAH pula yang bertand...

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT
tapi,banyak pula DUGAAN yang datang...
Kadang-kadang kita minta CERDIK
tapi, MASALAH pula yang bertandang...
Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN
Tetapi, HURU-HARA pula menjelang...

DUGAAN menjadikan mental kita KUAT
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR
HURU-HARA menjadikan kita TABAH...

Subhanallah! betapa hebatnya Allah! Semua aturannya ada hikmah tersembunyi

Acara laga perut ☺☺ Untuk kawanku, congrats on your new bundle of joy. Ely selamat delivery baby girl on 10 march 2012 @ Prince Court Medi...

Acara laga perut ☺☺

Untuk kawanku, congrats on your new bundle of joy. Ely selamat delivery baby girl on 10 march 2012 @ Prince Court Medical Centre. Alhamdulillah...sepasang sudah. So sorry dear, aku tak sempat nak lawat ko kat spital. Teringin gak nak gi PCMC...hehehehe...

Gambar ihsan dari blog Tha

Alalalalala...tomeinya baby suci, sedapnya bau baby. Tak sabar plak nak tunggu baby keluar.


Aku cemburu tengok ko nok, muka tak macam orang baru lepas bersalin. Badan ko tak nampak sembap/bengkak erk...apa rahsianya?

Untuk sahabat alam mayakku AMIRAH (A to Z of Us)...apa cerita yer. Dah bersalin ker belum...senyap jer.

Speechless kejap malam semalam masa tengok berita. betapa kejamnya manusia zaman sekarang. Baru berusia 5 tahun, tapi cara kematiannya sang...


Speechless kejap malam semalam masa tengok berita. betapa kejamnya manusia zaman sekarang. Baru berusia 5 tahun, tapi cara kematiannya sangat menyedihkan. Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.

Ya! Allah...sedih tengok keadaan ibu mangsa. Aku tak dapat bayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak dalam keadaan yang begitu tragis. Takziah untuk keluarga arwah Nurul Nadirah.

Semoga anak² kita sentiasa di bawah lindunganNYA. Awasilah anak². Janganlah biarkan anak² keluar tanpa pengawasan ibu bapa. Macam² kes skang nih.

Sebab terpaksa bawak anak gi office. Iman demam petang semalam. On da way balik umah dia muntah plak dalam keta...sian anak bujang nih. Dah...


Sebab terpaksa bawak anak gi office. Iman demam petang semalam. On da way balik umah dia muntah plak dalam keta...sian anak bujang nih. Dah lama tak demam. Balik semalam pon melepek jer. Pagi nih tak sekolah. Nak hantar nursery, dia tak nak plak. Si dia nak bawak gi office, tapi kesian plak nak kena drive...kerja luar pon banyak. Kesudahannya...aku bawak gi office. Tapi stay kat office bawah lah.

Hari nih plak banyak meeting and presentation. Nak bawak naik atas, bos beso ada. Tapi tak per lah, ipad ada ☺☺. ALhamdulillah...anak bujang nih tak banyak ragam.

Aktiviti BW agak terhad hari nih, harap maklum.


Untuk wanita² hebat di luar sana, Selamat Hari Wanita Sedunia. Untukmu Wanita Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Har...


Untuk wanita² hebat di luar sana, Selamat Hari Wanita Sedunia.

Untukmu Wanita

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.

Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.

Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.

Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.

Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.

Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.

Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.

Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.

Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
 
Saudariku,

Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.

Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.

Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.

Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.

Saudariku,

Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.

Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.

Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.

Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.

Saudariku,

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.

Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.

Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

iluvislam.com

Date: 9-18 March 2012 Time: 10.00 am - 9.00 pm Up to 70% off for branded baby clothes, strollers, toys, feeding bottles, accessories etc.


Date: 9-18 March 2012
Time: 10.00 am - 9.00 pm

Up to 70% off for branded baby clothes, strollers, toys, feeding bottles, accessories etc.

Bukan penat jer, lapar pon yer gak nih. Tak sempat nak breakfast trus masuk meeting. Badan dah gigil² macam parkinson. Penat betul pagi ni....

Bukan penat jer, lapar pon yer gak nih. Tak sempat nak breakfast trus masuk meeting. Badan dah gigil² macam parkinson.

Penat betul pagi ni...penat tekan clutch dan break. Jalan sesak tak hingat dunia. Pukul 9.00 am baru sampai office. Sana sini jalan sesak. Iyerlah...hujan dari petang semalam sampai pagi nih. Banyak gak kawasan yang di landa banjir.

Ok lah, entry pemanas utk tengah hari nih. Jap lagi i jenjalan umah uols yer.

Kebosanan tak hingat lah. Blogger problem kot semalam, seharian tak bley nak sign in...hang jer memanjang. Hanya bley baca jer, tapi tak bl...


Kebosanan tak hingat lah. Blogger problem kot semalam, seharian tak bley nak sign in...hang jer memanjang. Hanya bley baca jer, tapi tak bley nak tinggalkan jejak...adoiiiiii...menci tau.

Hari ni nak balas dendam, tunggu tau. Macam biasa...tetamu nak datang nih...ekekekeke...

Lemau plak pepetang nih. Banyak benda nak citer, tapi tak der idea plak nak mengarang. Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi hari sela...


Lemau plak pepetang nih. Banyak benda nak citer, tapi tak der idea plak nak mengarang. Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi hari selasa sebab isnin adalah hari cuti berjemaah dengan si dia. Ada appointment...nak nengok baby dalam perut nih ha...☺☺☺

SURAH AL-KHAUSAR Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sung...



SURAH AL-KHAUSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang.

Source: SINI

What : 3rd Maternity & Children Expo Where : Mid Valley Exhibition Centre When : 9th – 11th March 2012 Time : 10am - 9pm Admission : FR...


What : 3rd Maternity & Children Expo

Where : Mid Valley Exhibition Centre

When : 9th – 11th March 2012

Time : 10am - 9pm

Admission : FREE

Exhibit Categories:

- Maternity Clothing & Accessories
- Slimming, Beauty & Health Care Products
- Breast Feeding & Mommy's Group
- Baby & Children Garments & Accessories
- Baby & Children Bedding & Furniture
- Toys, Playing & Learning Products
- Early Education, Training, Courses
- Programmes & Products
- Food, Fedding & Nutrition
- Medical Biotechnological & Stem Cells Services
- Insurance & Financial Institution
- Photographer Services for Children & Parents
- Stroller & Gear, Travel Products
- Baby & Children Cares &a Daily Use Products
- All Products & Services Related to Children,
- Parents & Parents-to-be.

Untuk renungan bersama. Dalam episod cinta, takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? B...

Untuk renungan bersama.

Dalam episod cinta, takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?

Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.

Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.

Setelah berusaha sehabis daya…istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.

Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.

Source: Genta Rasa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...