Baju Muslimah Kanak-kanak

Nak hadap masalah² yang datang bertimpa² sejak akhir² nih. Masalah kerja...masalah hati dan perasaan...masalah jiwa dan macam² masalah lagi ...

Nak hadap masalah² yang datang bertimpa² sejak akhir² nih. Masalah kerja...masalah hati dan perasaan...masalah jiwa dan macam² masalah lagi lah. Susahnya nak menjaga hati yang satu tu. Hati sendiri pon kena jaga gak kan. Hhhhhmmmmm...bilalah suma ni nak berakhir.

Peringatan untuk diri sendiri:

Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.

Giveaway dari IntanBerlian. Klik banner kalau nak join. TARIKH TUTUP : 29 FEBRUARI 2012 Senarai Sponsor...banyak kan ☺☺ Blog House of Pin...

Aku rasa ramai yang dah tau kisah arwah adik Faris Nur Danial ni kan. Kalau yang tak tau tu bley baca kat SINI . Banyak kisah pasal arwah. ...

Aku rasa ramai yang dah tau kisah arwah adik Faris Nur Danial ni kan. Kalau yang tak tau tu bley baca kat SINI. Banyak kisah pasal arwah. Dan yang paling buat hati aku betul² tersentuh adalah pesanan dari ayah arwah.

Peringatan untuk kita sebagai ibu bapa. Hargailah, sayangilah dan belailah anak² dengan penuh kasih sayang selagi mereka masih ada. Meh baca:

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she doe...s that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Tetiba teringat kat anak², teringat layanan yang dah kita berikan sebelum nih. Kekadang kalau anak demam kita turut kena tempias, letih lah sebab anak meragam...marah² sebab tak tau apa yg anak nak. Anak buat salah sikit dah kena leter. Anak minta mainan even anak jenis jarang meminta pon kita dah bising²...membazir.

Ya! allah...berilah kami kesabaran yang tiada terbatas untuk kami mendidik anak² kami. Aku nak kena print pesanan nih, nak tampal buat peringatan untuk diri sendiri.

Al-Fatihah untuk bidadari syurga, arwah Faris Nur Danial

Saya sedang mengandung anak ke 3, dan usia kandungan nak masuk 7 Bulan. Dapat tau pregnant masa usia kandungan nak masuk 5 Bulan. Speechless...

Saya sedang mengandung anak ke 3, dan usia kandungan nak masuk 7 Bulan. Dapat tau pregnant masa usia kandungan nak masuk 5 Bulan. Speechless jap masa dr. bagitau. Alhamdulillah baby sihat sempurna dan cukup sifat even tak makan supplement dlm tempoh 5 bulan tu. Baby kuat dan bersemangat macam ibu dia gak.

Nota: Pada yang bertanya kat SINI, ini lah jawapannya. Nantikan entry seterusnya ☺☺, busy plak pepagi nih.

Aktiviti hujung minggu aritu. Dapat jemputan dari ely . Kenal dari forum Susuibu.com pastu melarat sampai ker blog. Dan persahabatan tu keka...

Aktiviti hujung minggu aritu. Dapat jemputan dari ely. Kenal dari forum Susuibu.com pastu melarat sampai ker blog. Dan persahabatan tu kekal sampai skang. Perhubungan dari alam maya, terus bersua ke alam realiti. Thanks ely sebab buat entry pasal Tetamu Malam ko ni ha.

Acara start pukul 2.00 pm sampai pukul 6.00 pm. Tapi di sebabkan si dia ada misi mencari barang, maka lewatlah aku sampai rumah ely. Dalam pukul 9.00 pm baru sampai. Tak dapat nak bersua dengan Liz. Ni pon member forum gak nih, tepi belum pernah jumpa lagi. Insya'allah ada rezeki kita jumpa yer liz.

Ni antara gambar² masa birthday party. Amik dari blog liz, sebab aku orang terakhir kan...halal yer liz ☺☺



Sammy's...start dari setahun sampai lah 4 tahun. Cantik kan.


Antara makanan yang di sediakan. Yang best ada chocolate fountain lagi tau. Tapi aku tak dapat merasa sebab chocolate dah keras. Kalau sesapa nak sewa bley contact ely atau bley terjah blog Pack Me Love


Rainbow cake yang sangat sedap. Dapat gak merasa. Anak² pon suka.


Sand art activity. Si iman tak main pon sebab dia sibuk nak main benda lain.


Surprised...hehehehe...bocor sudah rahsiaku. Acara laga² perut.


Sedang melayan bread puding liz yang sedap. Sanggup ely simpankan sket untuk aku. Sayang ko nok. Masa ni anak dara baru baik demam. Nasib tak meragam sangat. Buat hal sendiri jer.

Thanks ely sebab sudi jemput dan layan kitorang walaupon dah malam. Jangan jemu jemput lagi tau, sah² kitorang tetamu yang terakhir lagi...ekekekekeke...mekasih lagi sebab ko tapaukan rainbow cake tu. Siyes sedap sebab bagi tekak aku nih kek tu sedang² elok manisnya. Si iman ngan qahirah pon suka. Next tunggu ko nyer housewarming party plak ☺☺

Untuk Sammy Boy, ♪♫ Happy 4th Birthday to you ♪♫. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti.

Nota: Cerita akan menyusul kemudian. Memang mencabar kesabaran kalau nak memasak skang nih, sebab 2 orang pembantu kecik ni sibuk gak nak...



Nota: Cerita akan menyusul kemudian. Memang mencabar kesabaran kalau nak memasak skang nih, sebab 2 orang pembantu kecik ni sibuk gak nak menolong.

Tak tau nak citer apa, lemau plak rasanya, layan jer lah citer nih erk. Nampak tak? Hehehehehe...kecoh jer minah sorang nih. Iyer lah, tak ...


Tak tau nak citer apa, lemau plak rasanya, layan jer lah citer nih erk. Nampak tak? Hehehehehe...kecoh jer minah sorang nih. Iyer lah, tak pernah² tersenarai...tetiba terselit plak, mesti lah kecoh kan, bukan senang nak masuk dalam list INNIT nih. Kalau dalam Blogged.my ada gak lah beberapa kali entry naik. Tapi kat INNIT yang nih 1st time.

Kat sini lah tempat aku selalu ping kalau nak up kan traffic blog, selain kat Blogged.my ngan FB. Blog biasa jer, visitor pon tak ramai, kenalah ping kalau nak up kan traffic.

FAIR INFO The ...


FAIR INFO
The Exhibition
: Motherhood Expo 2012
Venue
: Kuala Lumpur Convention Centre
Date
: 24 - 26 February 2012
Time
: 10:30am - 9:00pm
Admission
: Entrance is FREE
Major Exhibit
: - Fitness & Slimming Beauty Services
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler   Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Financial & Insurance Institutions

Acara tawaf bangunan KLCC dan cukur poket sudah bermula. Yang dah dapat gaji tu syok lah bley bershopping barang anak². Buat MommyDaddy to be and yang bakal dapat baby tahun naga nih, elok sangat lah tu terjah kat sini.

Dilema ibu yang bekerja, bukan harga barang jer yang naik yer uols, charge overtime kat nursery pon dah naik tau. Aku tak perasan bilanya s...


Dilema ibu yang bekerja, bukan harga barang jer yang naik yer uols, charge overtime kat nursery pon dah naik tau. Aku tak perasan bilanya start naik, bila nengok kat resit dah naik 50 sen. Kalo sebelum ni sejam RM4.00, skang dah naik kepada RM4.50 yer. Start charge OT pukul 6.30 pm ke atas. Tahun depan tak tau plak berapa naiknya...huhuhuhuhu...

Macam manalah nak sampai nursery on time. Asal balik jer jalan sesak. Tak der accident pon jalan tetap sesak gak. Tu belum time hujan lebat, lagi lah kesesakan nya luar biasa. Kalau jalan tak sesak pon bley di kira berapa kali dalam seminggu tu. Memang tak bley nak sampai on time pukul 6.30 pm nyer. Jarak dari office ke rumah jer dekat 30 minit...hurmmmmm...Kalau dah hari² amik lebih dari 6.30 pm, bebulan dah berapa kan kena charge OT. Tu baru 2 orang anak, kalau bertambah lagi? perghhhhh...

Skang ni nilai seratus hinggit dah tak der makna. Dalam sehari pon dah bley habis. Barang makin lama makin naik. Duit minyak lagi. Belanja harian lagi. Tapi gaji masih di takuk tu jugak. Apa² pon aku tetap bersyukur, even gaji tak tinggi mana, tapi masih cukup untuk menampung keperluan anak beranak. Hidup bersederhana adalah lebih baik. Even kekadang nak lebih dari tu. Tapi insya'allah...rezeki tu datang dariNYA, kalau ada lebih...adalah, kalau tak der, bersyukur jugak lah.

Pepagi jalan dah sesak. Tak sempat nak menyinggah kedai beli makanan buat alas perut. Kononnya kat office nanti boleh lah buat air cicah bis...

Pepagi jalan dah sesak. Tak sempat nak menyinggah kedai beli makanan buat alas perut. Kononnya kat office nanti boleh lah buat air cicah biskut lemak. Tapi....stok milo, gula dan susu dah habis, kering kontang, hangin tak hingat lah kan. Dah lah perut lapar, nak buat air untuk alas perut pon tak der. Alahaiiiiii HR...bukan sekali dua macam nih, dah banyak kali benda yang sama jadi macam nih.Ini sudah menjejaskan imej HR.

Kesudahannya...bos dok tanya air tak der ker? Jawapannya senang jer...'stok dah habis bos'. Minum air masak jer lah yer.

Hi! lah jam, cepatlah pukul 1 pm.

Ketandusan idea di petang hari. Jom join giveaway dari Herba Tihara . Syarat² nya pon senang jer. Klik banner untuk join yer. Sekian.


Ketandusan idea di petang hari. Jom join giveaway dari Herba Tihara. Syarat² nya pon senang jer. Klik banner untuk join yer. Sekian.

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ...

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat “Pak Ustaz” halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji. Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Source: Genta-rasa

Alhamdulillah...dapat gak BE baru untuk tahun 2012 nih. Semalam asyik baca citer pasal blogger yang dapat BE. Sekali pagi ni check, aku pon...


Alhamdulillah...dapat gak BE baru untuk tahun 2012 nih. Semalam asyik baca citer pasal blogger yang dapat BE. Sekali pagi ni check, aku pon dapat seketul ☺☺. Rezeki anak². Harap² lama sket lah BE ni lepak kat blog.

Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Pernah makan tak? Ni namanya Whoopie Pie , gabungan unik biskut, pie dan kek dalam satu. Ia adalah b...


Saja nak buat uols terliur pepagi nih. Pernah makan tak? Ni namanya Whoopie Pie, gabungan unik biskut, pie dan kek dalam satu. Ia adalah biskut seperti kek yang mempunyai inti krim. Baru 1st time order. Perghhhhh...memang terbaik der, sedap bangat. Tak cukup order 1 box rasanya, nak kena order lebih. Kalau ikut nafsu makan, malam tu gak bley habis. Asal makan satu...nak makan lagi.


Whoopie Pie berintikan cream cheese...terbayang² lagi kesedapannya. Aku order WP ni ngan ecar, owner cupcake-car. Nak tau lebih lanjut, klik jer kat link tu. Pastu search lah kat FB cupcake-car, macam² produk ada. Kalau teringin nak makan, kena order cepat² sebelum ownernya cuti bersalin bulan april nanti.

Kalau sebelum nih selalu dengar kawan² dok citer pasal perihal anak yang susah betul nak bagi makan ubat. Skang ni kena kat batang hidung se...

Kalau sebelum nih selalu dengar kawan² dok citer pasal perihal anak yang susah betul nak bagi makan ubat. Skang ni kena kat batang hidung sendiri. Semalam terpaka Emergency Leave. Anak dara tak sihat. Hari senin petang orang nursery dah SMS, badan qahirah panas. Alahaiiiiii...aku kalau bab² anak demam ni memang lemah sket lah.

Balik kerja petang tu trus gi klinik. Sora qahirah pon dah start serak² ngan batuk lagi. Malam tu start...asal batuk jer muntah, banyak kali gak lah. Tido pon tak lena. Esoknya kesiangan. Nak hantar nursery tak sampai hati...EL jer lah. Anak is priority kan. Yang tak bestnya...demam nya on and off. Kejap² ok, pastu kang tetiba panas balik.

Time nak bagi makan ubat adalah sangat mencabar. Kalau dulu senang jer nak bagi, skang ni bukan maik susah lagi. Banyak kluar dari yang masuk. Nak kena pegang tangan, kaki dan kepala. Nangis² di buatnya. Semalam betul² mencabar emosi aku, susah betul nak bagi makan ubat, aku handle sorang smalam. Apalagi...psychology lah kan, buat tak tau jer...dia nangis guling² pon aku buat tak heran. Sedih pon yer gak, tapi hati kena kering lah kan. Dah lelama tu baru pujuk. Alhamdulillah...petang tu masa nak bagi makan ubat senang jer. Pagi ni pon ok dah. Tak de lah melekit² lagi.

Maafkan ibu yer sayang. Ibu marah sbb ibu nak awak cepat² sembuh. Tak senang ibu nak kerja kalau awak masih tak sihat. Pagi ni pon rasa berbelah bagi nak gi kerja. Semoga anak dara ibu cepat² sembuh.

Nota: Vitamin apa yang sesuai untuk budak setahun ke atas yer selain dari susu ibu. Madu boleh bagi ker? Qahirah pon dah start campur susu. Nanti aku citer sebab apa, sedih sangat². Lepas campur BF + FM nih dia agak kerap tak sihat lah...huhuhuhuhu...

Woot...woot...network baru jer pulih lepas 3 hari setengah hilang ingatan. Ni istilah orang IT. Bukan manusia jer bley hilang ingatan, netwo...

Woot...woot...network baru jer pulih lepas 3 hari setengah hilang ingatan. Ni istilah orang IT. Bukan manusia jer bley hilang ingatan, network pon sama tau...hehehehehe...

Perghhhhhh...memang bosan tak hingat lah. Apa pon tak bley buat, memang mati kutu di buatnya. Harap² lepas ni ok lah.

Nota: Sediakan air yer, jap lagi i nak datang bertandang ☺☺☺

Nota: Tak der aktiviti BW untuk hari ni. Harap maklum. Bosan tahap gaban dah nih. Ni pon pinjam jap pc org depan ☺☺☺