Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Terima Kasih banyak² sebab bermurah hati tambah BE baru lagi. Lepas Cash-out yang pertama last week, terus Buffered Earnings bertambah lag...


Terima Kasih banyak² sebab bermurah hati tambah BE baru lagi. Lepas Cash-out yang pertama last week, terus Buffered Earnings bertambah lagi 3...yahoooooo...masyuk...^_^


Keseluruhan BE yang tengah running skang nih ada 8. Rezeki...rezeki...Uols yang belum dapat BE baru lagi jangan putus asa ok. Selalu lah update survey kat blog manager tu dan selalu² lah update entry sekali ☺☺

Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandun...


Tolonggggg...kat mana aku bley cari buah ciku? Tengah mengidam buah ciku nih. Bukan sebab mengandung erk, jangan salah tafsir ☺☺. Mengandungi taik lagi adalah...muahahahaha.... Tak nak buah ciku yang potong tu. Tak puas makan sebab sikit sangat, harga 2 hinggit plak tu.

Susah betul nak cari buah ciku. Kalau jumpa kat pasaraya pon yang belum masak lagi, pastu cikinot plak tu. Kat pasar malam pon tak pernah nampak orang jual. Aritu...kat tempat jual buah tu, orang tu tengah nak potong buah ciku, banyak plak tu pastu beso² buah ciku dia. Nak gak tanya kat mana dia beli, tapi seganlah plak...hurmmmmm...

Banyak khasiat buat ciku ni. Antarnya:

Kaya dengan vitamin C dan bahan mineral lain terutamanya kalsium. Bagi tiap-tiap 100 gm ciku juga terkandung 2.3 gram zat besi, 0.9 gram serat, 4mg fosforus, 18.4 gram karbohidrat dan 79.1 gram air.


Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

Sedapnya kalau dapat makan buah ciku sejuk²...nyum...nyum. Nak kena cari benih pokok ciku lah klo macam nih. Tanam kat umah mak.




'You are not responsible for what people think about you But you are responsible for what you give them to think about you'...

'You are not responsible for what people think about you
But you are responsible for what you give them to think about you'

1st time dengar pasal Burger Kukus nih. Uols pernah makan tak? Ker aku jer yang baru tahu tentang kewujudan Burger Kukus nih? Apa yang aku ...


1st time dengar pasal Burger Kukus nih. Uols pernah makan tak? Ker aku jer yang baru tahu tentang kewujudan Burger Kukus nih? Apa yang aku bley komen:

Memang terbaik der. 1st time makan terus jatuh cinta. Dah lama nak citer pasal BKJR nih, tapi asyik terperap jer. Mula tau pon masa gi check-up telinga anak dara dulu. Kelaparan sebab lama nak tunggu turn jumpa doctor. Hubby pon turun lah cari makanan. Naik spital jer trus cakap 'abg beli burger kukus, pernah dengar tak?'...erk...'yer ker ada burger kukus', macam tak caya plak. Bila rasa sekali...memang sedap. Iman makan sebijik burger tu tak cukup, nak lagi hokey.


Apa yang menariknya pasal burger kukus nih, ia merupakan burger jalanan yang berkonsepkan kukus dan bakar dan menggunakan sos (black pepper's, chili's sauce and garlic butter) yang dibuat sendiri (homemarker). Kalau nak makan pon tak der ragu² lah sebab tak pakai HP sos yang harem tu...eekekeke...

Ada perbezaan dengan burger lain, iaitu...burger ni terlebih dahulu di kukus selama 5 minit, kemudian di bakar sehingga masak tanpa menggunakan minyak yang banyak , less oil kekdahnya. Itulah yang membezakan BKJR dengan burger² yang lain. Jadi anda harus mencubanya.


Kalau uols nak try BKJR nih, bley cari stall dorang kat Bandar Baru Ampang, dekat Medan Selera Jalan Wawasan. Kalau kat area Bangi nih, stall dorang terletak kat depan Restoran Kelisa. Restoran Kelisa nih plak sederet ngan Hospital Pakar An-Nur and Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

Kalau nak tau lebih detail pasal BKJR ni, bley layari blog BKJR. Kelasss nyah...ada blog lagi ☺☺☺

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit . Ma...


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut. 

1. Serangan Jantung
  • Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
  • Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
 2. Stroke
  • Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
 3. Membakar Lemak
  • Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan
  • jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
 5. Kanser
  • Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
  • Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
  • Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
 6. Mencegah Osteoporosis
  • Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
  • Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
 7. Mencegah Kencing Manis
  • Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
  • Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi
  • Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


Ibu segala pingat telah menjadi milik Malaysia. Walaupon di hujani dengan pelbagai provokasi dari pihak media dan penyokong tuan rumah, tap...


Ibu segala pingat telah menjadi milik Malaysia. Walaupon di hujani dengan pelbagai provokasi dari pihak media dan penyokong tuan rumah, tapi itu bukan penghalang untuk melemahkan semangat pemain. Buktinya...Malaysia menang dengan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 1-1. Provokasi anda tidak berjaya wahai penyokong fanatik Indonesia.

Dengan kemenangan ini malaysia telah berjaya mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA yang di menangi dahulu pada kejohanan di Laos tahun 2009.

Tapi perlawanan malam tadi adalah sangat mendebarkan. Dari awal permainan sampai masuk waktu tambahan seterusnya penentuan sepakan penalti. Pergghhhhhh...memang mencemaskan.

SYABAS MALAYSIA

Tutorial tambahan lagi. Link dan Backlink. Khas untuk BUJAL dan kawan². Last week bujal ada selit komen nih. Ni aku bagi tutorial sket la...

Tutorial tambahan lagi. Link dan Backlink. Khas untuk BUJAL dan kawan². Last week bujal ada selit komen nih.


Ni aku bagi tutorial sket lah pada yang masih belum tau lagi. Yang dah tau tu tak per lah. Sharing is caring kan.

Langkah Pertama:


Click kanan, pilih 'copy link location'

Langkah Kedua:


Seperti gambar di atas, cuma tambahkan tulisan perkataan yg dlm kotak merah tu.


Nanti jadi macam nih. Klik jer kat comment tu nanti terus masuk ker tuan punya blog.

Untuk buat Backlink macam nih plak:


Ikut jer step kat bawah nih


Banyak step sebenarnya, ada yang senang faham dan ada yang agak complicated. Ikut kefahaman dan kesenangan sendiri lah...ISA...Ikut Suka Aku...☺☺☺ 

Ok murid², cikgu dah bagi tunjuk ajar...harap murid² faham yer...muahahahahaha... 



Info menarik untuk di kongsi bersama. Tengking kanak-kanak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula, kita kena...

Info menarik untuk di kongsi bersama.

Tengking kanak-kanak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula, kita kena bagi mereka makanan yang sihat selama 3 BULAN.

Source: airis-arissa.blogspot.com

Bahaya betul yer tengking anak nih yer. Kena beringat² lah lepas nih.

Tak dapat makan Bawal Power, Bawal Goreng Panas pon jadi lah. Bawal gak kan...hehehehe...Aritu terbaca kat entry wahida pasal Bawal Power ni...

Tak dapat makan Bawal Power, Bawal Goreng Panas pon jadi lah. Bawal gak kan...hehehehe...Aritu terbaca kat entry wahida pasal Bawal Power nih, aduhhhh...terliur nengok. Nak pergi jauh sangat. Sekali masa makan kat Sports arena, ada set baru lah...Bawal Goreng Panas. Tapi tak ada rejeki aritu. Nan hado lah plak. Bila pergi hari ni...alhamdulillah...ada. Apalagi, set Bawal Goreng Panas satu lah kan.


Apa yang boleh aku cakap, memang mantoppppp der...ikan bawal di goreng panas², di datangkan dengan ulam-ulaman, tempe dan tahu goreng, sambal belacan, kuah kari ngan cili kicap. Dan yang pasti, satu set Bawal Goreng Panas nih hanya RM6.00 sepinggan yer uols...murah kan. Boleh makan lagi lepas nih.

Kalau uols gi area cyberjaya nih, bley lah try. Charge parking akan di kenakan selepas 1 jam. 

Tak tau sejauh mana kesahihan cerita nih. Aku dapat dari email. Kisah seorang budak yang terlalu rindukan mak dia yang mati dalam peperanga...


Tak tau sejauh mana kesahihan cerita nih. Aku dapat dari email. Kisah seorang budak yang terlalu rindukan mak dia yang mati dalam peperangan. so dia lukiskan gambar mak dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan mak dia...dia cuma budak berusia 4 tahun...


Nangis tak? Mesti nangis macam aku gak kan. Gambar yang amat menyentuh hati. Sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan dan ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....

Ya' Allah..

Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…?
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…?
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?...
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?...
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?...
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?...
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi….

Ya’Allah..

padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu…
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa…
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah….
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”

Dengan rasminya aku gagahkan tangan menekan butang cash-out. Hajat di hati nak kumpul lagi, tapi dah tak bley tunggu lagi dah. Boleh gak bua...

Dengan rasminya aku gagahkan tangan menekan butang cash-out. Hajat di hati nak kumpul lagi, tapi dah tak bley tunggu lagi dah. Boleh gak buat belanja untuk YES...Year End Sale...hehehehe...

Tak sia² aku blogging selama 2 tahun. Dapat gak hasilnya. 2 tahun gak aku kumpul duit tabung nih. Sikit² lama² jadi bukit.

BE yang masih menari²

Alhamdulillah...ada 5 lagi Buffered Earnings tengah running dan 1 BE tu amount tertinggi pernah aku dapat. Harap² naik lagi lah ☺☺☺. Amount yang aku cash-out ni pon dalam seratus lebih...rezeki...rezeki...

Pada yang baru berjinak² dengan nuffnang, jangan putus ada. Usaha tangga kejayaan. Jangan keciwa bila earnings nuffnang sikit. Lama² nanti naik lah tu. Aku ni pon makan tahun gak nak dapat hasilnya. Iyer lah...blogger biasa jer.

Terima Kasih NUFFNANG. Tak sabar nak tunggu cheque (^_^)



Kat Cyberjaya...hujan lebat selebatnya, guruh berdentum dentam, angin kuat menggegarkan pintu kat office nih. Terjerit² staff kat bawah, na...


Kat Cyberjaya...hujan lebat selebatnya, guruh berdentum dentam, angin kuat menggegarkan pintu kat office nih. Terjerit² staff kat bawah, nasib pintu tak pecah.

Haihhhhhh...hujan² lebat macam ni dapat bantal dan tilam...perghhhhhhh...asyiknya...tak pon sesejuk nih, dapat minum kopi o panas cicah biskut...mantoppppp...




Insya'allah...kalau dengan izinnya. MAKSUDNYA: Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, n...

Insya'allah...kalau dengan izinnya.


MAKSUDNYA: Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya"

caranya:

Baca doa ini setiap kali selepas solat. InsyaAllah,Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut

Hari² jumpa pon, hari² rasa rindu. Hari² rasa tak sabar nak balik...tak sabar nak tunggu weekend. Rindu dengan siapa: - - - - - - - - - - - ...

Hari² jumpa pon, hari² rasa rindu. Hari² rasa tak sabar nak balik...tak sabar nak tunggu weekend. Rindu dengan siapa:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Siapa lagi klo bukan dengan dua orang buah hati pengarang jantung, penghibur hati, penyeri suasana...semuanya lah...hehehehehe...Bila tengok gambar, teringat telatah budak berdua nih, bley gelak sesorang di buatnya. Si adik plak skang nih dah pandai gaduh ngan abang. Aahhhhhhh...tak sabar nak balik rumah lah.

Terubat segala penat dan stress bekerja seharian bila tengok wajah anak² kan...hhmmmmmm...

Jalan pon bercuti dari kesesakan. Sesak pon sesak gak lah, tapi sesak yg biasa² jer...betul tak? Seperti yang kita sedia maklum *perghhh......


Jalan pon bercuti dari kesesakan. Sesak pon sesak gak lah, tapi sesak yg biasa² jer...betul tak? Seperti yang kita sedia maklum *perghhh...ayat*, minggu ni kan minggu terakhir persekolahan. Seronok lah yer cikgu² dapat cuti sebulan. Anak² pon mesti seronok kan sebab dapat gi cuti². Parents² pon mesti ramai yang dah apply cuti nak bawak anak jenjalan sempena cuti sekolah nih kan.

Dah nama pon cuti sekolah, layangan kad² jemputan orang mendirikan masjid pon banyak gak. Masuk ni dah 4 jemputan aku dapat. Yang tak bestnya, tarikh samalah plak. Tak pergi tak boleh, kena gi gak. Belah aku, sepupu kawin kat N9, belah hubby plak orang kampung kawin. Memang dah lama mengajak pon. Kalau nak harung dua² sekali memang tak boleh lah kan.

Nampak gayanya, terpaksalah gi asing². AKu gi N9 ngan anak dara, hubby balik Merbau Sempak ngan anak bujang. Aahhhhhh...tak best.

Sijil apa? Apa lagi klo bukan sijil pasal BREASTFEEDING. Aku kan hover kalau bab² Susu Ibu nih...muahahahaha... Aritu dapat sijil untuk One...

Sijil apa? Apa lagi klo bukan sijil pasal BREASTFEEDING. Aku kan hover kalau bab² Susu Ibu nih...muahahahaha...

Aritu dapat sijil untuk One Minute ‘Virtual’ Simultaneous Breastfeeding Sempena sambutan Minggu Penyusuan Sedunia. Kali ni dapat untuk 'Make Penang Breastfeeding Friendly + 1 Minute Simultaneous Breastfeeding' plak.


Cantik tak? Cantik kan sebab printed colour. Ini adalah sijil yang ke 2. Untuk acara ni tak der lah aku gi penang sana, hanya vitual saja untuk One-Minute Simultaneous Breastfeeding (4pm) from all over Malaysia.

Insya'allah tahun depan kalau ada rejeki nak join lagi ☺☺

Cantik kan. Jatuh pada hari jumaat plak tu...penghulu segala hari. Mesti ramai yang dah set tarikh ni untuk akad nikah. Untuk bersalin pon ...


Cantik kan. Jatuh pada hari jumaat plak tu...penghulu segala hari. Mesti ramai yang dah set tarikh ni untuk akad nikah. Untuk bersalin pon tak terkecuali gak kan, especially yang terpaksa bersalin secara bedah, sebab bley pilih tarikh. Yang kebetulan delivery hari nih, memang cantik sangat lah date tu ☺☺

Selamat pengantin baru lah untuk yang nikah hari nih dan selamat menimang cahayamata buat ibu² yang akan bersalin hari nih. Semoga selamat semuanya.

KEK apa? KEK Batik Coklat jer uols...ekekekekeke...Kek gak kan. Kek paling senang nak buat. 1st time buat tu. Kek untuk bekalan pagi nih yan...

KEK apa? KEK Batik Coklat jer uols...ekekekekeke...Kek gak kan. Kek paling senang nak buat. 1st time buat tu. Kek untuk bekalan pagi nih yang tertinggal kat umah. Cadangnya nak buat masa raya aritu, tapi tak terbuat-buat. Tetiba petang semalam semangat datang berkobar² secara tiba². Kebetulan bahan² suma dah ada.

Petang smalam balik umah trus ke dapur. Gigih tak gigih lah, tapi bagi perut anak² kenyang dulu. Kalau ikut resipi, untuk 1 kg nyer kek batik coklat. Tapi aku tak der lah buat sekilo. Untuk 1st time ni buat sikit jer. Sukatan resipi pon agak² jer. Ikut ISA...Ikut Suka Aku...muahahahaha...


Akhirnya....menjadi gak kek batik coklat ku. Tapi tak seperti dalam gambar di atas yer...hehehehehe...Aku nyer seperti di bawah lepas dah siap potong:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Amacam...buruk kan ☺☺. Buruk pon buruk lak noks janji sodap (*memang sedap pon ☺☺). Kira ok lah untuk percubaan pertama...menjadi gak. Practice make perfect kan. Next time buat kasi kemas sket.

Sebenarnya biskut tu kena susun satu per satu dalam loyang. Baru nampak cantik. Tapi semalam plastik nan ado utk alas dlm loyang, letak dalam Tupperware jer. Tu yang aku patah² kan biskut tu. Silap teknik ah smalam. Tu yang nampak selekeh sket. Tak per...next time bley buat lagi ☺☺

Nak resipi ker? Ala...google jer, berlambak kluar resipi kek coklat batik nih. Ada resipi yang simple dan ada juga resipi nya yang agak remeh. Tapi resipi yang aku jumpa ni memang simple dan senang nak buat. Lepas nih nak try buat brownies plak. Pon senang gak resipi nya. Nak cari grease proof paper dulu.

Tu dia...bila semangat sudah datang, macam² kek kalau boleh nak buat ☺☺☺

Salam pagi Khamis uols. Dah breakfast? Aku kecewa pagi nih, sebab breakfast tertinggal kat umah...uuwwaaaaaa...bersungguh² siapkan bekal un...

Salam pagi Khamis uols. Dah breakfast? Aku kecewa pagi nih, sebab breakfast tertinggal kat umah...uuwwaaaaaa...bersungguh² siapkan bekal untuk anak² ngan ibu skali. Tapi yang bawak turun bekalan untuk anak ke nursery sajork, bekalan utk ibu tertinggal.

On the way tadi dah tak sabar² nak makan sebab perut dah berkeroncong. Tapi dalam hati nih rasa macam ada benda jer yang tertinggal. Dok fikir² apa benda nya. Sekali paper bag emas berisi bekal gua tertinggal kat umah der. Nak patah balik dah jauh. Redha jer lah.

Bukan apa, aku dah prepared 2 bekal, 1 bekal tu ada kek. Semalam gigih buat kek. Kek apa? Tunggu...muahahahahaha...Ingatkan nak makan untuk kudapan kat office nih, tapi nak buat macam mana, makan kat umah jer lah. Harap² tak basi lah bekal aku yang satu tu.

Ok lah, nak breakfast dulu. Perut pon dah berdondang sayang. Minum milo cicah biskut jerlah nampaknya pagi nih...huhuhuhuhu...

Salam semua. Kembali bersiaran hari nih. Cerita Aidiladha kami pon biasa² jer. Balik Kg. Pandan. Mak masak rendang, nasi impit ngan kuah lod...

Salam semua. Kembali bersiaran hari nih. Cerita Aidiladha kami pon biasa² jer. Balik Kg. Pandan. Mak masak rendang, nasi impit ngan kuah lodeh yang sangat sedap...hahahaha...air tangan mak memang terbaik kan. Iman plak sibuk nak nengok lembu. Apa lagi, hubby bawak gi masjid tengok lembu kena sembelih. Balik cerita macam² dah macam bertih jagung...bercerita jer. Memory card tinggal kat umah plak, nan ado lah gambar lombu kena sembelih ^_^


Banyak dapat daging qurban? Mesti banyak kan. Aku pon dapat 2 plastik. Abang AJK surau, dapatlah satu plastik daging. Pastu office hubby pon ada buat ibadah qurban gak, dapat lagi. Ahhhhh....minggu nih minggu makan daging nampaknya. Banyak tu untuk isi rumah yang baru 3 orang. Semalam dah selamat buat sup, tapi tak banyak lah masak, kang tak habis plak.

Faham² lah kan klo masak sup. Nak tunggu danging empuk lagi. Berejam memasaknya. Dah letak sudu pon lambat gak empuknya. APa lagi cara lain nak bagi daging cepat empuk?

Ni tengah cari resipi berasaskan daging. Masak kicap, lomak cili api ngan kentang, kari....haihhhhh...banyak lagi lah. Hari² makan daging mau darah tinggi nih...hahahahahaha...Orang yang ada masalah darah tinggi, control sikit makan daging tu yer ☺☺

Salam Aidiladha pada semua dan selamat bercuti. Puan punya blog akan kembali bersiaran pada hari Rabu. Sebab nursery bercuti sampai hari se...


Salam Aidiladha pada semua dan selamat bercuti. Puan punya blog akan kembali bersiaran pada hari Rabu. Sebab nursery bercuti sampai hari selasa. Pada yang pulang ke kampung...berhati² di jalan raya. Marilah kita sama² menghayati Ibadah Qurban yang sebenar.

HIKMAH BERQURBAN
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

  • Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.

  • Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.
KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
  • Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

  • Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.
SYARAT SAH QURBAN
  • Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

  • Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban. 

klik banner untuk join Dan gambar yang di pertaruhkan ^_^ Qahirah dan air...tak dapat di pisahkan. Baru jer lepas mandi, tapi senyap² masu...

klik banner untuk join

Dan gambar yang di pertaruhkan ^_^

Qahirah dan air...tak dapat di pisahkan. Baru jer lepas mandi, tapi senyap² masuk toilet nak berendam lagi ☺☺


Tarikh tutup ialah : 10 November 2011




Aku percaya ramai lagi yang masih samar² apa itu Seksualiti Merdeka. Aku pon 1st time dengar. Rupa² nya pertubuhan ni dah wujud dari tahun ...


Aku percaya ramai lagi yang masih samar² apa itu Seksualiti Merdeka. Aku pon 1st time dengar. Rupa² nya pertubuhan ni dah wujud dari tahun 2008. Dan skang ni sedang berlangsung festival yang di panggil 'Seksualiti Merdeka' bermula semalam dan akan berakhir pada 13 November 2011 nih dan ini merupakan festival ulangtahun yang KETIGA. Festival ini di sokong oleh Amnesty International Malaysia, Majlis Peguam, Suaram, Tenaganita dan beberapa NGO lain di negara ini.


Apa itu Seksualiti Merdeka?

Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya.

Source: www.seksualitimerdeka.org

Memetik komen daripada Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Norsaleha Mohd. Salleh menyeru masyarakat yang berbilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang tidak bertamadun itu.

"Budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama jadi jangan kita menunggu laknat Allah turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," katanya.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar

menyeru semua pihak agar menentang sekeras-kerasnya agenda yang dibawa Seksualiti Merdeka.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan tabie manusia dan menjatuhkan moral masyarakat.

"Kita tidak perlu menjadi seperti bangsa lain yang menghalalkan hubungan sejenis dan menjadi masyarakat yang rendah moralnya," katanya.

Menurutnya, semua badan agama perlu memainkan peranan agar perkara itu dapat dibendung.

"Islam sendiri mengharamkan perbuatan berkenaan dan saya percaya agama lain juga sama. Jadi generasi muda terutamanya, perlu melengkapkan jati diri dan berpegang teguh pada landasan agama," jelasnya.

Untuk lebih lanjut bley baca kat SINI dan SINI

Ya! Allah...apa nak jadi lah dengan negara kita skang nih. Di harap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera untuk menangani masalah nih. Tolonglan hormat perlembagaan dan sensitiviti masyarakat islam kat malaysia nih. Jangan sampai ALLAH turunkan bala yang dasyat....na'uzubillah...

Sangat kagum dengan Sultan Brunei. Hendak segera laksanakan hukum ALLAH dalam Sistem Perundangan dan Kehakiman Syarak dan Sivil. Memetik titah baginda:


"Beta tetap yakin jika kita mahu undang-undang Allah ini tidak mustahil untuk dapat dilaksanakan. Jadi kalau belum mampu semua, buatlah mana-mana yang patut didahulukan yang dianggap kita sudah mampu"

Source: BruDirect.com

What say you?

Bukan Isteri sahaja, suami juga jangan sesekali curang. Lately banyak dengar kes macam nih. Laki orang bercinta ngan isteri orang dan macam²...

Bukan Isteri sahaja, suami juga jangan sesekali curang. Lately banyak dengar kes macam nih. Laki orang bercinta ngan isteri orang dan macam² lagi lah. Yang jadi mangsa adalah anak². Penggunaan ilmu hitam juga salah satu sebab isteri/suami jadi lupa pada keluarga.

Seorang isteri perlu menjaga maruah dan kehormatan dirinya agar tidak mudah tergoda. - Gambar hiasan

DALAM apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.

"Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,'' ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.

Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.

"Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.

"Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,'' ujarnya.

Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.

Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.

Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.

Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.

Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.

"Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,'' ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.

"Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian," jelasnya.

Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.

"Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .

"Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya.

Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.

"Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan," katanya.

Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.

"Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,'' ujarnya.

Source: Utusan Malaysia

Ini lah masalah kalau duduk APARTMENT. Kemudahan semua nak, tapi maintenance tak nak bayar, macam mana tu? Tak malu ker? Penduduk lain tolo...


Ini lah masalah kalau duduk APARTMENT. Kemudahan semua nak, tapi maintenance tak nak bayar, macam mana tu? Tak malu ker? Penduduk lain tolong cover ko nyer maintenance tetiap bulan. Apa citer ni der?

Kalau setakat 5-3 bulan skip kira ok lagi lah. Aku pon ada skip gak. Tapi kalau dah sampai 19 bulan...di ulang 19 BULAN tak bayar maintenance ini dah melampau. Kalau rasa diri tu tak mampu nak bayar maintenance, ko cari jer lah rumah lain. Masa beli rumah pon developer dah bagitau maintenance fees yang perlu di bayar setiap bulan. Takkan ko tak tau, ker ko buat² tak tahu?

Bila JMB kata rumah yang lama tak bayar maintenance mungkin akan di sita oleh MPKJ tau plak ko komplen...kecoh tak bertempat. Dah salah ko, nak kecoh amendenya der? Cer citer sket?

Aku benci ngan orang yang tau nak komplen jer, itu tak kena...ini tak kena. Tolonglah...sebelum nak komplen cermin diri tu dulu. Sendiri tak betul nak banyak songeh plak.

Minta tolong sket der...yang tak pernah bayar tu tolong lah bayar duit maintenance yang dah lama sangat tertunggak tu yer sebelum rumah ko kena sita dek MPKJ. Bukan sorang dua yang tertunggak banyak....ramai sangat. Aku dah tengok senarai nya.

Akhir kata, PEACE...NO WAR


Sedang asyik menikmati keenakan cheesecake...perghhhhhh...terbaik der, sebijik macam dalam gambar nih...jemput makan...muahahahahaha... Te...


Sedang asyik menikmati keenakan cheesecake...perghhhhhh...terbaik der, sebijik macam dalam gambar nih...jemput makan...muahahahahaha...

Tetiba tekak teringin nak mkn cheesecake. Nak buat sendiri, ntah bilalah...tak terbuat². Cari resipi cheesecake bukan main lagi. Copy and paste...bermacam² jenis resipi cheesecake ada. Tapi haremmmmmmm...tak buat gak...ahaks...

Mahal gak bahan² untuk buat cheesecake ni kan. Padanlah dengan kesedapannyakan. Insya'allah...akan ku buat gak satu hari nanti. Tunggu jerlah, tapi tak tau bila...wakakakakakaka...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...