AFB Feeds

Atau dalam bahasa melayunya Gigi Geraham Bongsu. Dah namanya pon gigi bongsu kan, sesuka hati jer n...


Atau dalam bahasa melayunya Gigi Geraham Bongsu. Dah namanya pon gigi bongsu kan, sesuka hati jer nak tumbuh ikut gaya bebas. Dah besar bangka macam ni pon masih tumbuh gigi lagi. Start dari ahad aritu dah rasa sakit...tetiba jer. Bila usik ngan jari ada gigi baru tumbuh gamaknya. Sakit jangan cakaplah, berdenyut jer rasanya nih, bengkak dan tak selesa pulak tu. Nasib tumbuh kat belah kiri dan bukan tempat aku mengunyah. Alhamdulillah...masih bley makan dengan jayanya walaupon sakit.

Info mengenai Gigi Geraham Bongsu

Gigi geraham bongsu adalah sejenis gigi geraham iaitu gigi yang tumbuh di bahagian belakang rahang. Biasanya manusia mempunyai gigi geraham pertama, kedua dan ketiga. Gigi geraham bongsu adalah geraham yang ketiga. Sekiranya terdapat cukup ruang di dalam rahang dan susunannya baik, ianya akan tumbuh di belakang gigi geraham kedua. Masa pertumbuhan adalah sekitar usia seseorang lewat belasan tahun atau awal dua puluhan. Biasanya terdapat empat geraham bongsu iaitu di rahang bawah kanan dan kiri; dan rahang atas kanan dan kiri.

KLASIFIKASI GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK

Doktor pergigian menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan kedudukan gigi geraham bogsu terimpak.


1. Terimpak ke mesial

Kedudukan terimpak yang paling sering terjadi. Ini menggambarkan kedudukan gigi yang tercondong ke depan menghadap depan mulut.

2. Terimpak vertical

Kedudukan gigi menegak seperti gigi lain di rahang tetapi kedudukannya rendah dari gigi lain.

3. Terimpak horizontal

Permukaan mengunyah gigi geraham bongsu menghadap ke bahagian depan mulut dan kelihatan gigi terbaring hampir bersudut tepat dengan gigi geraham kedua.

4. Terimpak ke distal

Gigi geraham bongsu tercondong menghadap ke belakang. Arahnya bertentangan dengan terimpak ke mesial. Selain daripada itu terdapat juga gigi geraham bongsu yang terimpak oleh tisu lembut iaitu gigi sudah melepasi tulang rahang tetapi sebahagian permukaannya ditutupi gusi, dan ada yang terimpak oleh tulang rahang di mana gigi masih terkandung di dalam tulang rahang.

KOMPLIKASI CABUTAN ATAU PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU.

Pesakit dan doktor pergigian perlu berbincang tentang komplikasi prosedur dan menimbangkan samada prosedur lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan komplikasi.

1. Parestesia/ Rasa kebas berpanjangan

Ini boleh berlaku sekiranya akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam tulang rahang. Sekiranya prosedur menyebabkan saraf luka atau putus maka parestesia atau kebas boleh berlaku.

Lebih detrai bley baca kat SINI

Kalau sakit berpanjangan gak, terpaksalah jumpa dentist. Uuuwwaaaaaa...dah lah aku takut cabut gigi. Dari jaman skolah. Asal dentist datang jer mesti gigi aku ni klo tak kena cabut...kena tampal, tu yang seriau sket nak jumpa dentist.

Lagi menambahkan ketakutan aku, ada yang kena buat minor surgery klo wisdom tooth tu teruk sangat. Pastu tengok plak gambar² org cabut gigi...uuwwaaaaaa...lagi lah mak takut noks...huhuhu...

Kini masih gelap....ekekekeke....masih mendung sebab hujan. Pagi nih hujan lebat betul. Nasib aku da...

Kini masih gelap....ekekekeke....masih mendung sebab hujan. Pagi nih hujan lebat betul. Nasib aku dah melepasi zon jalan sesak. Iyerlah...klo dah hujan lebat, mat² motor mesti berteduh bawah flyover kan...kesian dorang kan. Kenderaan pon mulalah slow, especially lori ngan katak besi @ bulldozer yang berderet² di pagi hari. Tu yg buat jalan lagi sesak.


Haihhhhhh...bestnya kalau dapat tidur di waktu² sejuk macam nih kan ☺☺☺.

What does a car name initial stands for.... BMW: Brings Me Women LEXUS: Luxury EXports to United ...

What does a car name initial stands for....

BMW: Brings Me Women


LEXUS: Luxury EXports to United States


FIAT: Failure in Italian Automotive Technology


FORD: For Only Romantic Drivers



HYUNDAI: Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive


VOLVO: Very Odd Looking Vehicular Object


PORSCHE: Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything


KIA: Kills In Accidents


OPEL: Old People Enjoying Life


TOYOTA : The One You Only Trust, Always


PROTON: Powerwindow Rosak Oooh Tidaaaakkkk Ohhhh Noooooo!

How timw flies. 9 bulan dah usia anak dara nih. Alhamdulillah...membesar bagai johan. Development po...

How timw flies. 9 bulan dah usia anak dara nih. Alhamdulillah...membesar bagai johan. Development pon dah up sket, seusia baby 9 bulan yang lain. Antaranya:


1) Dah pandai berdiri, tapi berpaut pada kerusi dan yang sewaktu dengannya lah.


2) Duduk pon dah stabil.
3) Merangkak/menyusur pon makin laju.
4) Gigi masih blom tumbuh lagi. Bersiap sedialah klo dah tumbuh nanti
5) Syukur alhamdulillah...masih blom pernah demam. Berkat susu ibu ☺☺
6) Masih fully Breastfeed. Makan pon kuat gak anak dara nih ☺☺

More detail Nine month old's development.

Bila usia qahirah nak masuk setahun nih, makin mencabar sket lah. Iyer lah...budak tengah lasak, memang penat. Kalau travel lagi lah, tak reti nak duduk diam dalam keta. Bila tido baru lah lega sket. Bagi toys tak nak, tapi nak main kertas ajer...pastu masuk mulut....haihhhhh...

Dah lama tak makan buah ciku. Singgah kedai jual buah potong, ada plak buah ciku. Tapi kan...harga ...


Dah lama tak makan buah ciku. Singgah kedai jual buah potong, ada plak buah ciku. Tapi kan...harga sebungkus buah ciku potong yang aku rasa tak sampai 7 slices adalah RM2.00. Tak berbaloi plak rasanya klo beli. Tak puas makan. Baik aku cari kat pasar...puas makan. Tapi tu lah...tak der jumpa lagi kat pasar malam sek 7 bangi nih.

Selalu macam tu. Bila teringin sangat nak makan..tak der plak jual. Tapi bila ada depan mata...tak der plak teringin nak beli...haihhhhh....

Sedap nya kalau dapat makan buah ciku sejuk² ☺☺☺

Pssttttt...tak dapat citer benda lain, citer ciku pon jadi lah. Janji up satu entry. Ntah kenapa blank plak pala hotak hari nih.

HAVE A NICE WEEKEND UOLS ☺☺

Lipas kalau lapar akan memakan apa sahaja...gam, sabun buku, kertas dan tentu sekali MAKANAN! Bayan...


Lipas kalau lapar akan memakan apa sahaja...gam, sabun buku, kertas dan tentu sekali MAKANAN! Bayangkan pula, si lipas merayap dalam kediaman kita, dan kemudian hinggap pula di badan. Tiada siapa yang suka.

Mengelakkan dan Membunuh Lipas

  • Simpan makanan di dalam bekas tertutup atau di dalam peti ais. Masukkan tepung, gula, bijirin dan biskut di dalam bekas tertutup.
  • Cat rak kabinet dan laci dengan cat enamel dan pastikan sentiasa bersih.
  • Bilas semua bekas makanan, anginkan ia seminggu sekali atau mengikut kesesuaian masa anda.
  • Masukkan sampah di dalam bekas sampah dan pastikan ia tertutup rapat.
  • Lap dan keringkan meja makan selepas makan dan dapur selepas setiap kali memasak
  • Elakkan menyimpan makanan, perabot dan pakaian yang tidak lagi di gunakan. Buang baju buruk jika tidak mahu di pakai lagi.
  • Bersihkan longkang, sinki atas dan bawah.
  • Letakkan simpulan daun pandan di dalam laci. Lipas tidak menyukai bau ini.
  • Bancuh sabun mandi dengan air dan letakkan dalam bekas penyembur (spray). Sembur lipas dengannya. Ia akan sukar bernafas kerana lemas.
  • Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbuk kopi atau koko dalam botol. Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar. Bila dah terperangkap, spray dengan air sabun.
AWAS!

Salam perut lipas betina ada ribuan telur yang walaupun halus tetapi sangat kuat. Lipas yang di bunuh dengan cara memukul atau memijaknya akan membuatkan telur² nya ini bertaburan di merata² tempat. Jika anda telah menyebabkan lipas pecah perut, sila lap dan bersihkan. Gunakan air dan sabun.


Source: Ratuhati.com

Gigih buat pizza plak pagi nih. Tak der roti pizza, roti gardenia pon jadilah noks. Simple dan sena...


Gigih buat pizza plak pagi nih. Tak der roti pizza, roti gardenia pon jadilah noks. Simple dan senang sangat nak buat sebab oven yang bakar kan.

Resipi pon simple jer. Sapu roti dgn mayonaise and cili sos. Letak sayur campur ngan hot dog, pastu tabur kan jer cheese kat atas tu. Tak nak hot dong tukar kan ngan tuna sekali ngan hirisan bawang holland. Bakar dlm 5 minit...siap...

Google Pic. Busy plak pagi tadi. Baru berkesempatan nak buat entry pemanas ☺☺ Berbalik kepada taju...

Google Pic.

Busy plak pagi tadi. Baru berkesempatan nak buat entry pemanas ☺☺

Berbalik kepada tajuk. Malam tadi masak gulai pucuk ubi, lawannya mestilah ngan ikan masin kan. Bedal punya bedal...lupa plak yg diri tu IBU MENYUSU. Iyerlah, dah lama sangat rasanya tak makan. Rupa² nya tak serasi lah.

Penangan pucuk ubi nih buat anak dara kena kembung perut...huhuhuhu...sian sangat. Banyak kali bangun tengah² malam. Selalunya tak macam nih. Tak pasal² pagi nih aku bangun lewat sebab tak cukup tidur...haihhhh...

Buat masa nih, makanan² lain tak der masalah kalau aku makan. Tak der effect kat anak dara nih. Cuma kali ni...memang tak boleh makan pucuk ubi gamaknya.


To my dear Qahirah...Ibu minta maaf yer sayang. Tak pasal² awak kena kembung perut sampai tak lena tidur.

21 & 22 June 2011 Only, 11 am - 12 Midnight


21 & 22 June 2011 Only, 11 am - 12 Midnight

Ubat lipas apa yang paling mujarab untuk halau lipas² nih? Kalau boleh, kesan ubat tu boleh buatkan...


Ubat lipas apa yang paling mujarab untuk halau lipas² nih? Kalau boleh, kesan ubat tu boleh buatkan lipas takut nak masuk umah. Gone with the wind terus lah. Siyes...lipas dah mula nak bermaharajalela plak kat umah tu. Dari bapak lipas, sampai lah cucu cicit lipas yg cikinot tu...suma ada. Ubat lipas yg ada nih tak mujarab lah.

Lipas nih klo merayap jer dalam umah tak per lah kan. Ini sampai tuan rumah punya badan pon dia nak panjat gak...eeeuuwwwww...geli...geli...Bayangkanlah tengak ko syok mandi sambil feeling² kan, tetiba ada benda merayap kat kaki...makin lama makin tinggi, sekali ko tengok lipas tengah syok panjat kaki ko nak join mandi gak...geli tak...geli tak...geli kan. Nasib aku bukan jenis cepat menjerit. Nak pegang geli, apa lagi...aku hentak kaki sekuat yang boleh kasi lipas durjana tu jatuh. Kalau aku hentak atas lantai papan, boleh patah lah lantai tu...kuat tak kuat lah hentakan kaki aku nak halau lipas...muahahahaha...

Dah 2 kali lipas panjat kat badan aku nih ha. Ada daya penarik gamaknya sampai lipas suka nak panjat...ekekekeke...Iman klo nampak lipas lagi best, siap menjerit tak hingat lagi. Ibu dia tak menjerit...anak plak yang over terjerit². Tu baru dalam umah, dalam keta pon ada gak...haihhhhh...di mana² ada jer ko yer lipas.

Gigih tak gigihlah aku buat handmade kad fathers day nih. Buatnya hari jumaat. Tapi boleh plak tingg...

Gigih tak gigihlah aku buat handmade kad fathers day nih. Buatnya hari jumaat. Tapi boleh plak tinggal kat office. Aduhhhhh...potong semangat betul. Masih blom terlambat untuk buat ucapan lagi kan ☺☺

Selamat Hari Abah untuk suami tercinta. Terimalah Kad buatan tangan yang di hasilkan dengan penuh kasih sayang nih...cewahhhh...


Dengan ucapan......
seperti yang tertera pada kad...muahahahaha...


Terima kasih yang tak terhingga untuk penat lelah sama² menjaga dan membesarkan anak² yang tengah melalui fasa² tumbesaran yang sangat mencabar nih. Semoga kita dapat menjadi ibu bapa terbaik untuk anak² kita ☺☺☺


Selamat hari bapa untuk bapa² di luar sana. Anda memang TERBAIK.

Untuk arwah ayah ku...anakmu ini sangat² merinduimu. Al-fatihah untuk ayah. Pada yang masih punya ayah...hargailah ayah anda. Peluk...cium sepuas² nya sebelum terlambat.

Google pic. saja. Tak sempat nak snap gambar sebenar ☺☺ Menu breakfast untuk pagi nih. Rajin plak ...

Google pic. saja. Tak sempat nak snap gambar sebenar ☺☺

Menu breakfast untuk pagi nih. Rajin plak memasak. Tak sampai 5 minit jer masak pon sebab semua bahannya dah ada tinggal goreng jer. Tak der nak menumis bagai. Leftover sardin smalam banyak lagi. Panaskan pastu masuk kan jer nasi. Kacau²...dah siap ☺☺☺

Resipi orang malas dan nak cepat macam nih lah. Tak yah potong bawang...nak tumbuk cili lah. Dalam leftover sardin tu suma dah ada kan. Benda dah senang, buat apa nak susah² kan lagi...ekekekeke...

Tetiba teringin nak makan sengkuang macam nih. Dah lama sangat tak merasa. Kecur plak rasanya bila ...


Tetiba teringin nak makan sengkuang macam nih. Dah lama sangat tak merasa. Kecur plak rasanya bila nengok. Tak pernah plak nampak orang jual sengkuang macam nih kat gerai². Kat mana ada jual sos sengkuang ni erk?

Bila tengok sengkuang nih, teringat masa skolah rendah dulu. Mak aku buat keja sampingan dari umah, jual eskem ngan jual sengkuang macam nih. Ada sos nya, pastu tabur ngan kacang campur gula...perghhhhh...sedapnya. Memang laku and cepat habis lah sebab bebudak suka termasuklah aku.

Buat pengumpul key chain tegar, bleylah join giveaway nih. Hadiahnya key chain dari BALI. Sebab tua...


Buat pengumpul key chain tegar, bleylah join giveaway nih. Hadiahnya key chain dari BALI. Sebab tuan punya blog baru balik dari BALI ☺☺☺. Silalah terjah blog EQBALZACK 



KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahk...

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.

"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Source: Utusan Malaysia Online

Tak sangka sebab ada juga blogger yang sudi buat review untuk blog suka² nih. Kalau nak ikutkan, ba...


Tak sangka sebab ada juga blogger yang sudi buat review untuk blog suka² nih. Kalau nak ikutkan, banyak lagi perubahan yang aku kena buat. Header baru...bloglist pon tak update lagi...title blog nak kena tukar dah nih. Tapi tu lah, kekangan masa masih tak mengijinkan lagi.


Apa pon, mekasih yang tak terhingga untuk HACKERS kerana menjadikan blog ini sebagai blog peribadi pilihan. 


Mood pagi nih adalah sangat² happy. Akhirnya...terjawab sudah persoalan perasaan yang bercampur bau...


Mood pagi nih adalah sangat² happy. Akhirnya...terjawab sudah persoalan perasaan yang bercampur baur, takut...berdebar² dan berserabut yang menghantui aku selama 2 minggu nih. Tanda² yang menunjukkan aku macam pregnant tu ada. Antaranya:

1) Sakit perut nak period tapi tak period² gak.
2) Susu merudum tak hingat.
3) Heartburn menyerang secara tiba²
4) Perangai anak dara jadi mengada² lately.

Memang tak syak lagi, confirmed yang aku memang di sahkan:
Positive
Tak pregnant...weeehuuuuuuuu...

Kawan baik yang selama nih malu² nak kluar datang jugak petang semalam. Memang cuak tak hingat dunia wei. Bila di fikirkan balik, mungkin sebab lately aku agak stress. Sebab tu hormon sudah lari. Ahhhh...tak kiralah, lepas nih kena buat extra precaution.

Untuk family planning, aku memang tak amik apa² ubat mahupon injection. Seram lah aku nak kena cucuk² nih. Bab makan ubat plak, memang aku jenis susah nak makan ubat, memang tak ikut timing. Lagi pon aku jenis takut nak makan ubat *_^, melainkan kalau dah terpaksa. Kalau ubat tu beso sangat, sanggup aku belah dua. Tekak kecik katakan...muahahahaha...

Setakat nih, kaedah perancang kami adalah natural planning. Alhamdulillah...gap 3 tahun gak untuk anak kedua. Tapi tu semua perancangan dariNYA. Kita hanya merancang jer kan.

Kesian kan. Nampak jer badut trus anak bujang aku nih stress. Ngan mak pak skali ikut stress sebab t...

Kesian kan. Nampak jer badut trus anak bujang aku nih stress. Ngan mak pak skali ikut stress sebab terpaksa nak memujuk. Dah di terangkan banyak kali yang BADUT tu orang biasa...dia pakai topeng jer...bla..bla..bla...tapi tak jalan gak.

Tak tau nak buat macam mana dah. Serba salah pon ada di buatnya. Skang nih kalau ada jemputan Birthday Party yang melibatkan BADUT, aku terpaksa fikir banyak kali sama ada nak pergi atau tak. Ni pasal anak bujang nih lah. Masih lagi takut kat badut. Umur nak masuk 4 tahun dah. Bukan takat takut kat badut, maskot KFC dan tarian singa yang bunyi bising² tu pon takut gak. Ntah apa yang di takutkannya aku pon tak tau lah. Hangin pon ada di buatnya, malu pon yer gak tapi dalam masa yang sama nak tergelak di buatnya.

Sanggup tu, tengah syiok² layan persaan dok dalam stroller, bila nampak jer badut dari jauh bley bangun secara mengejut...berjalan tak tentu arah sambil menangis ketakutan. Terpaksalah abahnya kejar.


Baru² ni masa gi birthday party kat Tasik Titiwangsa. Ingatkan tak der badut. Sekali bila sampai tengok badut tengah buat show. Apalagi...sendiri mau ingatlah. Tak der nya dia nak datang balik kat party tu. Terpaksalah hubby bawak pusing² tasik. Haihhhhhh...

Nak hilangkan tekanan lepas jumpa BADUT ^_^

Skang nih klo keluar jalan² mesti dia tanya 'Ibu...ada badut tak? Kita tak nak jumpa badut sebab kita takut'. Selalu aku tanya kenapa takut badut? Jawapan dia 'Iyerlah...badut tu jahat'. Hhhhmmmmm...jahat tang mana aku pon tak tau.

Tapi lately, perasaan takut iman makin menjadi² plak. Takut bila hujan lebat, takut dengar bunyi guruh. Bila hujan lebat dengan bunyi gutuh, mulalah dia tutup sliding door...pastu tutup telinga ngan tangan. Kalau keluar jalan², bila tengok cuaca macam nak hujan jer dia jadi tak tentu arah....ajak balik rumah. Pergi toilet pon takut...nak berteman. Nak kena bawak berubat gamaknya budak nih.

Aku cuba cari info pasal perasaan takut di kalangan kanak². Ni info yang aku dapat.

Objek atau keadaan yang ditakuti oleh kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Kanak-kanak yang berusia satu hingga dua tahun sering berasa takut pada suasana gelap, bunyi mercun, bunyi guruh yang kuat atau binatang seperti semut, lipas dan anjing Kanak-kanak yang berusia empat tahun keatas pula mungkin sering dilanda perasaan bimbang apabila memikirkan soal kematian dan penyakit yang mungkin menimpa ibu bapa mereka. Perasaan takut boleh menguasai fikiran anak akibat daripada beberapa perkara. Ibu bapa sendiri mungkin secara tidak sengaja menimbulkan rasa takut dalam diri sianak apabila mereka mempamerkan perasaan takut mereka terhadap sesuatu benda itu dihadapan anak mereka.

Perasaan takut memang sering terdapat di kalangan kanak-kanak tetapi kebanyakannya akan hilang dengan sendiri. Ibu bapa perlulah mengetahui bagaimana timbulnya perasaan takut itu dan bagaimanaia boleh berlanjutan. Ia perlulah dianalisa untuk mengetahui asas kewujudannya. Kanak -kanak yang mengalami perasaan takut boleh dipulihkan dengan menggunakan strategi psikologi. Ibu bapa ingin anak-anak mereka menjadi dewasa dengan penuh keyakinan diri tanpa sebarang perasaan takut yang tidak berasas ( irrational fears ). Jika anak anda mempunyai perasaan takut yang agak keterlaluan, eloklah dapatkan nasihat ahli psikologi atau pakar kanak -kanak yang arif tentang masalah tingkah laku kanak-kanak supaya keadaan ini dapat dipulihkan seberapa segera"

Untuk lebih detail bley baca kat sini Perasaan Takut Di kalangan Kanak²

Nampaknya kena buat sesuatu untuk iman nih....sebelum penyakit takutnya jadi semakin teruk.

Special for whopper and chicken N crisp large value meal Vaucher is valid from 1st May 2011 until ...

Special for whopper and chicken N crisp large value meal


Vaucher is valid from 1st May 2011 until 31 October 2011

Salam pagi jumaat semua. Kejap jer dah jumaat kan. Ok...pagi nih aku nak share satu petua yang aku dapat. Pada yang dah tau, tak per lah. Pa...

Salam pagi jumaat semua. Kejap jer dah jumaat kan. Ok...pagi nih aku nak share satu petua yang aku dapat. Pada yang dah tau, tak per lah. Pada yang belum tahu, elok lah di amalkan selalu.

Petua ni adalah dari seorang pakar motivasi. Elok di lakukan oleh salah seorang...ibu atau bapa. Tapi lagi elok kalau kedua² IbuBapa buat skali iaitu ibu buat, di ikuti oleh bapa. Insya'allah anak akan lebih merasa di hargai.

Setiap pagi, sebelum pergi sekolah atau sebelum tidur, berdiri di belakang anak dan kedua² (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat. Letakkan kedua² telapak tangan ibu/bapa yang di rapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut. Lepas tu bacakan Al-Fatihah dan Al-Insyirah (Alam-nash-rah...) hingga habis dan niat kan dalam hati...mohon pada Allah "Ya Allah, permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan di terangkan hati, di tetapkan iman" serta doa² lain yang di hajatkan. Lepas tu kucup dahi anak.

Jangan malu nak kucup dahi anak² walaupon anak dah besar (selalunya bapa akan rasa malu nak cium anak lelaki dewasa kan ☺)

Di beritahu juga...telapak tangan kita ni ada aura dan mestilah di gunakan sebaiknya. Sebab tu lah orang tua² kata jangan tampar anak guna telapak tangan.

Tanamkan semangat untuk buat setiap hari dan cuba anda lihat kesannya. Kalau tak dapat setiap hari, 2 hari sekali atau seminggu sekali pon tak per. Jangan tak buat langsung.

Insya'allah...semoga anak² kita menjadi anak yang mendengar kata kedua IbuBapa, di terangkan hatinya dan di kuat kan imannya.

PErasan aku bercampur baur skang nih, macam gambar di atas. Tak tau nak luahkan macam mana nih. Yan...


PErasan aku bercampur baur skang nih, macam gambar di atas. Tak tau nak luahkan macam mana nih. Yang pasti, aku TAKUTTTTTTTTT...Citernya:

Aku rasa peyod aku dah lewat nih. Tapi aku keep thinking positive jer. Tak de apa² tu...peyod lewat kot...perubahan hormon gamaknya sebab stress...breastfeeding mom biasalah peyod lari²...bla bla bla...

Perut aku memang ada tanda² sakit nak peyod, tapi tak peyod² gak dari minggu lepas. Aku klo nak peyod memang hasil susu akan merudum dan akan kembali normal bila peyod dah kluar. Tapi nak masuk 2 minggu nih susu aku masih merudum dan peyod tak nak kluar²...uuwwaaaaaaa....tolonggggg...

Serioussssss...aku tak ready lagi. Dari segi mental, fizikal dan kewangan. Tapi kalau dah rejeki Allah nak bagi, aku kena terima dengan hati yang redha. Tapi harapan aku sangat tinggi yang aku tak PREGNANT.

Aku takutttttt...takut nak buat pregnant test. Tolonggggg...bagi aku kata² semangat yang boleh mengembirakan hati aku yang tengah gundah gulana nih.

Memang buat onar betul anak² mak smalam noks. Sakit mata di buatnya. Bukan onar apa pon. Biasalah be...

Memang buat onar betul anak² mak smalam noks. Sakit mata di buatnya. Bukan onar apa pon. Biasalah bebudak...buat sepah aja kerjanya. Adoiiiii...ponek ibu ko nak kemas nak oiii...


Scene pertama: Anak dara nih dah pandai bukak kabinet TV, dalam tu ada buku. Si abang pon join memunggah skali. Abaikanlah gambar yang blur itu yer. Camera HP sajork.


Scene kedua: Si abang dah dapat barang yang di cari. Si adik plak masih mencari...memilih bahan yang sesuai untuk di baca...muahahahaha...


Scene ketiga: Finally...si adik dapat jugak barang yang di kehendaki. Si abang tukang cerita. Tapi si adik...sedap betul dapat makan buku tu yer.

Harap maklum, kawasan kejadian memang berselerak...abaikanlah. Tu baru kat situ bersepah, kat atas kerusi...haihhhhh...merata² barang mainan. Nak bagi anak senyap, gitu lah gamaknya, sepah pon sepah lah, janji mak boleh masak dalam keadaan aman yer noks. Melainkan.....


Anak dara nih menangis kalau ibu tak der depan mata atau kalau anak dara nih merayap satu rumah yang membuatkan energy si ibu berkurangan di sebabkan asyik angkat ► letak tempat asal ► anak dara merayap semula ► sampailah berkali² aku kena ulang benda yang sama. Penyelesainnya...duduk lah dalam BABY CHAIR tu ye nak.

Aku letak kat dapur. Bagi menan biar dia leka. Tapi bebudak biasalah, mana nak duduk lama².

Rutin harian hari². Amik anak dari nursery. Angkut 3 bag bawak naik tingkat 2. Pastu mesak, kemas sket²...tak larat tinggalkan jer, layang anak dan macam² lagi lah. Memang kurus di buatnya, tak yah susah² nak gi slimming centre ☺☺☺

What say you dengan statement di atas? Islam juga meletakkan darjat seorang isteri itu tinggi, janga...

What say you dengan statement di atas? Islam juga meletakkan darjat seorang isteri itu tinggi, janganlah nak di samakan dengan pelacur. Sangat tak munasabah dan tak masuk akal.

Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar


KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.

Source: Berita Harian Online

Memang hangat smalam...hangat hati...hehehehe...Internet down plak smalam. Dari pagi sampailah ke pe...

Memang hangat smalam...hangat hati...hehehehe...Internet down plak smalam. Dari pagi sampailah ke petang. Haihhhhh...bosan tahap cipan dah smalam. Tak boleh nak meluahkan isi hati...tak boleh nak jenguk rumah uols sambil tinggalkan jejak.

Google pic.

Haihhhhh...mesti umah kosong smalam kan, tak der tetamu nak datang sebab tak der citer ☺☺☺. Pagi nih dah ok. Jap lagi nak mulakan operasi...tungguuuuu....^_^

Mood ke laut wei. Masih dalam mood BERSABAR ...muhasabah diri. Biasalah kan, bila musim cuti sekol...

Mood ke laut wei. Masih dalam mood BERSABAR...muhasabah diri.

Biasalah kan, bila musim cuti sekolah jer mulalah dapat jemputan kawin. Kali nih aku dapat 5 jemputan kawin. Adoiiiii...mana satu nak gi nih. Nak pakai baju apa...nak beli hadiah ker atau nak bagi duit jer...hhmmmmm...


Tiap² minggulah makan nasi minyak nih, sebab tiap² minggu dapat jemputan. Tapi skang nih lauk orang kawin banyak yang tak berapa sedap lah, tak macam lauk orang kawin dulu...ada ayam masak merah, dalca, rendang...haihhhh...komplen plak erk.

Ok lah. have a great weekend uols dan selamat menjamu nasi minyak.

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Oran...

DALAM mengharungi kehidupan rumah tangga pasti akan melalui saat-saat getir yang kadang-kala boleh menggoncang bahtera yang dibina itu. Orang kita kerap menyebut sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri.

Kita tidak dapat menafikan sebagai manusia, suami atau isteri mempunyai kelemahan masing-masing. Cara terbaik untuk mengatasinya dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud:

"Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:

"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun." 

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

Alhamdulillah...masih lagi bersabar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks