Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Makanan Penghilang Bau Badan Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang di...

Makanan Penghilang Bau Badan


Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan kerana banyak hal.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

Teh hijau

Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Seleri

Daun seleri dapat melawan bau badan. Kandungan seleri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seleri dalam makanan sehat Anda.

Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

Source: Email

Dah tukar setting kat bahagian comment. Itu pon lepas AYU suggest soh setting balik comment placement tu. Selama ni aku set kat Embedded ...

Dah tukar setting kat bahagian comment. Itu pon lepas AYU suggest soh setting balik comment placement tu.


Selama ni aku set kat Embedded below post. Tapi lepas tukar ker pop-up window, barulah keluar kotak comment ☺☺☺. Haihhhhh...barulah mak tau noks apa function Comment Form Placement nih. Heran gak apsal aku nyer komen tak kluar pop-up window mcm uols sume, rupanya salah setting. Main tick jer, ishhh..ishhh..ishhh..

Bermasalah betullah blogspot lately. Bikin kemarahan makin menjadi². Memula masalah dulu tak bley 'sign in'. Pastu button 'Follo...

Bermasalah betullah blogspot lately. Bikin kemarahan makin menjadi². Memula masalah dulu tak bley 'sign in'. Pastu button 'Follower' plak hilang. Hari ni plak tak boleh nak komen. Blogger lain tak bley nak komen kat blog nih.


Kalau kawan² blog aku nih tak bagitau, memang aku tak tau. Adoiiiiii...rasa tak lengkap plak entry tu kalau tak der komen. Ramai gak blogger yang ada masalah. Lain blog lain kesengalannya.

Macam mana nak buat nih. Dah check setting suma ok...huhuhuhuhu...

Aktiviti hujung minggu. Tetiba teringin nak buat donut. Bahan² suma dah ada. Senang rupanya buat donut ni yer. Tapi bila 1st time buat, baha...

Aktiviti hujung minggu. Tetiba teringin nak buat donut. Bahan² suma dah ada. Senang rupanya buat donut ni yer. Tapi bila 1st time buat, bahan² pon main agak jer. Konon² nya nak buat untuk 3 orang makan, tapi bila dah tunggu 45 minit...terkejut mak noks:


Penuh satu mangkuk besar nih. Aku ingatkan tak banyak macam nih. Yis pon letak setengah paket jer. jakun plak nengok tepung tu naik tinggi macam tu. Al maklumlah...beginner ^_^. Masa nak menggoreng plak satu hal...lembik lah pulak tepunnya. Terlebih air kot. Baca kat resipi tu tepung memang lebik and melekit sket. Kena banyakkan tepung di tangan. Tapi aku nyer nih dah letak tepung kat tangan pon still lembik & melekat² kat tangan. Nak tak tak...buat gak lah walaupon lembik.

Memandangkan aku tak der acuan, bulat² kan ajer doh tu, pastu lubangkan. Disebabkan tepung tu lembik, nak lubangkan pakai jari tak boleh lak plak *erkkkkk...semacam plak ayat nih...muahahaha, abaikanlah*, penyudahnya...aku pakai tutup botol, nampak cantik sket bulatnya ☺☺


Ni lah rupanya lepas goreng...hodoh kan. Kalau bulat tengah tu cantik, pakai tutup botol, yg bulat tengah hodoh tu cucuk pakai jari pon boleh. GUla plak...memandangkan gula halus nan ado, sanggup mak blender gula kasar nok, gigih tak gigih lah fomfuan nih nak buat donut hasil air tangan sendiri.

Kira ok lah kan donut aku nih. Practice make perfect. Lpas nih nak try lagi.

Tak tau lah klo blogger lain ada masalah yang sama atau tak. Kali ni follower plak. Dari pagi tadi sampai lah skang aku tak nampak pon widg...


Tak tau lah klo blogger lain ada masalah yang sama atau tak. Kali ni follower plak. Dari pagi tadi sampai lah skang aku tak nampak pon widget follower nih, kosong jer. Aku nak follow blog lain pon tak bley sebab button untuk 'FOLLOW' tu nan ado.

Haihhhhh...masalah apa lah plak kali nih.

Hari Rabu bersamaan dengan 25 Mei 2011. Genaplah anak dara nih 8 Bulan. Kejap jer masa berlalu. Perkembangan anak dara aku di usia 8 bulan...

Hari Rabu bersamaan dengan 25 Mei 2011. Genaplah anak dara nih 8 Bulan. Kejap jer masa berlalu.


Perkembangan anak dara aku di usia 8 bulan. Sama jer dengan perkembangan bayi² lain yang seusia dengannya. Antaranya:

1) Dah pandai merangkak. Tapi kan...skill tu hanya di tunjukkan bila qahirah kat Nursery sahaja yer uols. Bila kat umah, memang tak di tonjolkan skill merangkaknya itu. Kejam kamu tau nak, ibu abah pon nak tgk awak merangkak dengan jayanya jugak. Kalau pengasuh kat nursery tak bagitau, sampai la ni lah aku tak tau yg anak aku dah pandai merangkak, sbb kalau kat umah anak dara nih buat aksi angkat² montot jer lah...haihhhhh...malu nak tunjuk skill depan ibu abah gamaknya ☺☺

2) Dah pandai wave hand dan tepuk tangan. Ni lagi satu skill yang qahirah nak sorok. Dah pandai tepuk tangan pon tak nak tunjuk kat ibu and abah ker nak oiiiiii...pengasuh yg citer gak, kalau nak dukung, kena tepuk tangan dulu...maka bertepuklah anak dara tu. Haihhhhh...jelous nih...pengasuh dapat tau skill anak dari mak pak dia sendiri. Nak buat macam mana. ibu berkerja...redha jer lah walaupon jadi org kedua yang tahu...huhuhu...

3) Perkataan pertama yang keluar selain bahasa baby adalah 'ABAH'. Sentap tak sentap lah ibu ko nih bila dengar. Tak dapat sebut 'IBU', 'ABU' pon jadilah...asalkan ada bunyi 'BU' kat blakang tu...muahahahaha...

4) Dah pandai berebut. Kalau si abang main HP ibu, buku, mainan dan yg sewaktu dengannya lah, dia pon sibuk gak nak amik. Lagi satu kes anak dara nih, mainan yg aku beli dia tak nak main, yg dia suak main....bola, pastu suka sgt main kertas and masuk mulut. Pantang nampak kertas...mainan tolak tepi, pastu suka main wayar² (bahaya...bahaya)...adoiiii...

5) Dah pandai tegur orang. Kalau abah dia balik, sibuk tegur...'uh'..bahasa bayi, sambil angkat kepala. So far tak takut lagi ngan orang.

Last but not lease, alhamdulillah syukur....masih FULLY BREASTFEED ☺☺☺

Gambar masa SGM SusuIbu.Com

Tu jer lah. Kang panjang² boring plak. Lain² bley baca kat bawah nih.

Eight month old's development

Salam pagi Jumaat semua. Seperti tajuk di atas. Aku betul² happy semalam sebab secara tetiba traffic blog naik mendadak dengan jayanya. Ad...

Salam pagi Jumaat semua.

Seperti tajuk di atas. Aku betul² happy semalam sebab secara tetiba traffic blog naik mendadak dengan jayanya. Adakah ini yang di namakan teknik SEO bila kita meletakkan tajuk yang sesuai untuk setipa entry? Selalunya visitor blog nih tak sampai 50 jer. Tapi lately makin bertambah...alhamdulillah. Dan semalam adalah sangat mengujakan bila traffic masuk 3 angka ☺☺


Kira ok lah kan. Bukan senang nak dapat banyak nih. Iyerlah...blog picisan jer. Ini semua gara² citer pasal Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz. Wah...ramai betul cari citer ni yer ☺☺☺



Pelawat yang datang semalam, pelbagai negara ^_^. Terima kasih pada kamu...kamu...dan kamu semua dan juga follower yang sudi melawat dan mengikuti blog yang tak seberapa nih. Juga komen² yang di terima untuk setiap entry. Aku sangat² menghargai setiap komen yg ada.

Ber'istighfar aku masa baca blog sesat lagi menyesatkan nih . Aku pon tak tau apa motif di wujudkan blog menghina islam dan Nabi Muhamm...

Ber'istighfar aku masa baca blog sesat lagi menyesatkan nih. Aku pon tak tau apa motif di wujudkan blog menghina islam dan Nabi Muhammad S.A.W. ... penuh cacian dan makian. Memang gila lah orang nih.


Adakan penulis blog ni betul² islam? Kalau betul seorang islam...harap dia bertaubat dan mendapat hidayah daripada Allah.

Perghhhhhh...sedap tu nak tukar nama baru. Itu lah dia hasrat seorang lelaki nak tukar nama kepada wanita. Dia yang menjalani pembedahan men...

Perghhhhhh...sedap tu nak tukar nama baru. Itu lah dia hasrat seorang lelaki nak tukar nama kepada wanita. Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama.

Hasrat lelaki tukar nama ditunda


KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan. Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.

Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.

Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.

“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.

Source: BERITA HARIAN

Terjawab sudah teka teki. Tiada perubahan harga minyak RON 95, disel dan LPG kerana mengambil kira kepentingan rakyat. Tapi tak tau lah samp...

Terjawab sudah teka teki. Tiada perubahan harga minyak RON 95, disel dan LPG kerana mengambil kira kepentingan rakyat. Tapi tak tau lah sampai bila kan harga nih akan kekal.

Harga minyak RON95 petrol sekarang ialah RM1.90 satu liter,disel RM1.80 satu liter manakala LPG RM1.90 satu kilo.

Google Pic. Tak habis² dengan hiburan. Tak cukup lagi ker dengan AF, MENTOR, BINTANG KECIL skang nih KILAUAN EMAS plak. Program realiti ter...

Google Pic.

Tak habis² dengan hiburan. Tak cukup lagi ker dengan AF, MENTOR, BINTANG KECIL skang nih KILAUAN EMAS plak. Program realiti terbaru, bertujuan mencari bakat nyanyian baru berusia 45 tahun ke atas bermula Mei ini.

Bagi aku di usia 45 tahun nih sangat tak sesuai dah untuk tunjuk bakat atau menyayi. Bila usia makin meningkat nih, banyakkanlah amal ibadat...Mengaji ker, belajar agama, menyertai aktiviti berzanji/marhaban. Makin besar umur, makin kurang baki yang ada untuk tingkatkan amalan kat dunia nih. Tak malu ker bila anak/cucu/cicit tengok mak/atuk/nenek menyayi kat atas pentas? Renung² kan lah.

Kan bagus kalau ASTRO wujudkan program pertandingan Berzanji ker, mengaji Al-Quran ker untuk 45 tahun ke atas nih, bukannya program menyayi. Cukuplah dengan golongan² remaja dan anak² kecil di rosakkan dengan hiburan, janganlah orang² tua nak di rosakkan juga. Lebih baik perbanyakkan amalan untuk akhirat dari mencari hiburan dunia.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga. Amal Ibadat tak kira usia. Selagi bernyawa, selagi itulah kita kena banyakkan amalan untuk bekalan akhirat kelak.

Akhir kata...PEACE NO WAR. Ini hanya pandangan aku jer.

Date/Day: 27 May 2011/Friday Time: 9.00 am - 11.00 pm RM100, get RM Jusco Gift Voucher Acara cukur poket bakal bermula...muahahahaha...sed...


Date/Day: 27 May 2011/Friday
Time: 9.00 am - 11.00 pm
RM100, get RM Jusco Gift Voucher

Acara cukur poket bakal bermula...muahahahaha...sedang elok lah tu. Dah gaji kan.

Siapa ada masalah nih sila angkat keyboard ☺☺☺. Boleh geng ngan Iman. Dah lama aku nak cari info nih, akhirnya jumpa jugak. Dalam majalah Pa...

Siapa ada masalah nih sila angkat keyboard ☺☺☺. Boleh geng ngan Iman. Dah lama aku nak cari info nih, akhirnya jumpa jugak. Dalam majalah Pa & Ma bulan Mei ada di bincangkan topik nih.

Masalah ni yang buat aku ngan hubbby tak lena tidor. Pagi nih memang mengantuk giler sebab tidur kami di ganggu dengan Bruxism. Nak marah pon ada di buatnya, kejap² berbunyi gigi dia tu, dah lah kuat.

Malam tadi sku ngan hubby sampai dah naik hangin sebab tak bley tido. Sampai satu tahap geram tahap gaban, hubby aku letak iman tido dalam bilik, menangis budak tu...aku pon nangis gak sebab kesian, tapi kan, aku rasa hubby pon tangkap leleh gak lah sebab nampak mcm kesat² mata...huhuhuhu...Tapi tu lah, bukan kehendak iman kan, dia pon tak sedar. Amik balik tido sesama. Memang susah nak tido wei kalau dengar bunyi gigi nih. Melainkan kalau yang jenis tido lena tak hingat dunia.


Ini antara infonya:

Bruxism (clenching teeth, grinding teeth), dalam bahasa Melayu disebut mengerat, yakni menggesek-gesekkan gigi geligi rahang atas dan bawah dengan sangat kuat hingga terdengar bunyi cukup kuat dan ngilu. Bruxism terjadi dalam keadaan tidak sedar, biasanya waktu tidur malam hari. Bagi sesetengah orang ia berlaku sepanjang hari. Bruxism boleh berlaku pada orang dewasa maupun kanak-kanak. Yang membezakannya ialah pada penyebab serta akibat yang ditimbulkannya.

Kenapa Bruxism Berlaku?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.

2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini. Tertekan rupanya anak bujang aku nih. Tengah hari tertekan kat nursery, balik umah tertekan ngan ibu abah yg asyik marah²...kesiannya anak aku nih.

3. Rasa tidak nyaman atau rasa sakit pada saat menderita flu, infeksi telinga disebabkan reaksi alahan atau alergi terhadap sesuatu. So far, selsema atau tak sentiasa ada bruxism nih.

Faktor bruxism pada orang dewasa:

Bagi orang dewasa penyebab utamanya adalah masalah emosi, seperti stress kecemasan, kemarahan, sedih atau frust, dan lain-lain. Orang yang agresif atau selalu cepat marah diserang bruxism. Salah tidur atau posisi tidur yang kurang baik juga boleh mencetuskan bruxism.

Apa Akibatnya?

Semasa bruxism berlaku, tekanan kunyah pada gigi amatlah besar, dan ia mencapai lebih dari dua kali hingga enam kali dari tekanan kunyah normal. Akibatnya, boleh menyebabkan kerosakan pada gigi maupun sendi rahang. Permukaan gigi menjadi rata kerana tonjol-tonjol gigi menjadi haus akibat gesekan yang kuat. Selain gigi menjadi buruk, gigi anda juga akan menjadi sensitif keranaa terbukanya lapisan dentin gigi.

Kerosakan juga terjadi pada jaringan penyangga gigi, seperti tulang alveolar (tulang tempat tumbuhnya gigi) serta jaringan periodontal (jaringan pengikat gigi pada tulang), aitu terjadi radang yang menimbulkan rasa sakit dan kerosakan jaringan yang parah. Kerosakan pada sendi akan menyebabkan kesukaran menggerakkan rahang. Rasa sakit yang ditimbulkan bruxism boleh melarat kepada sakit kepala, telinga dan leher, juga otot-otot muka, terutama terasa pada waktu bangun tidur.

Petuanya:

1. Anda perlu memakai khusus semacam prothese yang terbuat dari bahan acrylic atau silicon yang secara perlahan-lahan akan mengurangi ketegangan otot-otot di bahagian kepala, leher dan bahu. Dalam hal ini anda disarankan berjumpa doktor gigi untuk mendapatkan nasihat profesional.


2. Anda perlu solat atau lapangkan fikiran anda sebelum tidur dan semua pemikiran anda pada siang hari yang telah membuatkan anda stress, perlu dilupakan atau dihilangkan dari ingatan anda sebelum tidur.

Source: SINI dan SINI

Tu dia, harga serendah 10 sen jer. Situ...sana...sini tengak sibuk dok booking seat kan. Tapi kalau nak dapat harga tu kena pandai pilih da...


Tu dia, harga serendah 10 sen jer. Situ...sana...sini tengak sibuk dok booking seat kan. Tapi kalau nak dapat harga tu kena pandai pilih date lah. Adik aku pon ajak gi Bandung, bulan MEI tahun depan. Tiket pergi balik untuk somi isteri baru RM130. Kalau 4 beranak macam aku nih dalam RM230...murah tu. TApi tu lah...hubby aku cakap lama sangat nak tunggu tahun depan...haihhhhh...

Skang nih line AirAsia tengah hot. Nak booking pon hang jer. Pada yang belum booking tu, cepat² lah booking yer.

Salam pagi Isnin semua. Di mulakan dengan Al-Fatihah buat mangsa² tragedi Tanah Runtuh. Semoga mereka di tempatkan di kalangan Orang² yang ...


Salam pagi Isnin semua. Di mulakan dengan Al-Fatihah buat mangsa² tragedi Tanah Runtuh. Semoga mereka di tempatkan di kalangan Orang² yang Beriman.

Memang sedih dan terkejut bila dengar berita hari sabtu baru nih. 16 menjadi mangsa korban tanah runtuh. Pagi nih dengar Hotfm, tetiba bley nangis plak ...Aduhhhhh...tersentuh hati aku, pastu pasang lagu maher zain, lagi syahdu di buatnya.

Gambar terakhir sebelum kejadian. Source di blog CikMot

Semoga kejadin macam nih tak berulang lagi. Di fahamkan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat tiada CF. Sumber MPKj berkata, bangunan itu dibina tanpa mendapatkan kebenaran merancang, kelulusan pelan infrastruktur, kelulusan pelan bangunan, selain tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

Google Pic. Kerajaan cadang guna semula wang satu sen KANGAR 19 Mei - Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen ...


Kerajaan cadang guna semula wang satu sen

KANGAR 19 Mei - Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008.

"Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih 5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat.

Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat.

Bagaimanapun, kata Timbalan Perdana Menteri, keputusan untuk menggunakan semula syiling satu sen bergantung kepada Bank Negara Malaysia sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya.

Kes baby tersedak susu lagi. Kali ni bukan kat nursery, tapi kat umah sendiri. Dalam erti kata lain, di bawah jagaan penjaga. Menceritakan ...

Kes baby tersedak susu lagi. Kali ni bukan kat nursery, tapi kat umah sendiri. Dalam erti kata lain, di bawah jagaan penjaga.

Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya,

“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.

Bley baca kat myMetro untuk lebih detail. ada gambo baby tu skali...haihhhhh...sedihnya, depan mata plak tu. Dah ajal kan.

Selam semua. Tazkirah untuk pagi Jumaat yang mulia ☺☺☺ Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK” .. Meng...

Selam semua. Tazkirah untuk pagi Jumaat yang mulia ☺☺☺

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.

HADIS TENTANG MENGUAP:

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah... ' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )


FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah.

Allahu a'lam.

Mothercare Carnival 2011 Up to 50% Off M Carnival on 28 May 11am : Clowning Around 2pm : Puppet Show 230pm : Mothercare little fashioni...


Mothercare Carnival 2011
Up to 50% Off

M Carnival on 28 May

11am : Clowning Around

2pm : Puppet Show

230pm : Mothercare little fashionistas performance

330pm : Age to send child to school

400pm : Comedy Magic Show

500pm : Adjourn

and more

Products Offered

Spring Summer Clothing – 20% Off
Nappy Cream – 50% Off
Mothercare Micro Steriliser Pod – 50% Off
Avent Single Electric Breast Pump – 50% Off
First Years Swing Tray Booster – 30% Off
Mothercare High Chair – 50% Off
Deluxe Gliding Crib – 50% Off
Mothercare Whizzi Stroller – 50% Off
Ferrari Stroller – 40% Off
Graco Logical Metro Carseat – 50% Off
Halford Premier Zeus Carseat – 30% Off

and much more

Location

Mothercare
LC 204-205 Level2
Suria KLCC

Semalam terbaca pasal BULI kat blog Bro Nik - Sharinginfoz  . 'Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang d...

Semalam terbaca pasal BULI kat blog Bro Nik - Sharinginfoz .

'Buli adalah salah satu bentuk perilaku yang agresif di mana seseorang dengan sengaja dan berulang kali menyebabkan orang lain cedera atau tidak selesa. Ianya boleh berlaku dalam bentuk pengenaan fizikal, kata-kata atau tindakan yang lebih halus i.e. secara emosi.'

'Orang yang dibuli biasanya mengalami kesulitan membela dirinya sendiri dan tidak melakukanapa-apa pun setelah dibuli'

Kiranya Iman bley di kategorikan sebagai kena buli lah erk ☺☺☺. Ni kes Iman tak nak gi nursery. Dari last week lagi. Hari jumaat aritu menangis² tak nak pergi, tak nak keluar dari kereta. Nak tak nak terpaksalah tarik gak keluar. Aku tanya kenapa tak nak gi nursery?

IMAN: (Sambil nangis) Iskandar pukul kita.
IBU: Lagi iskandar buat apa?
IMAN: Dia sepak...dia pukul kat pipi
IBU: Siapa lagi yg buat iman?
IMAN: Haraz marah kita
IBU: Iman tak lawan ker? (Dah hangin dah)
IMAN: *Diam*
IBU: Lenkali...klo orang buat awak, awak lawan balik, jangan diam, klo diam memang lah dorang asik buli jer.

Ha...amik ko, macam lah iman tau buli tu apa.

Patut ker aku sebagai ibu cakap macam tu kat anak? Iyer lah, bebudak klo main biasalah kan, tapi klo dah sampai anak aku takut nak gi nursery, macam fobia pulak jadinya...macam mana tu? Kebetulan pagi tu owner taska ada. Di pujuknya iman. Pastu panggil budak 'Iskandar' tu. Aku pon slow talk lah ngan bebudak nih. Pastu soh dorang salam.

Pagi nih drama air mata lagi. Kali nih ngan budak pompuan plak. Pengasuh kat situ cakap, budak pompuan nih memang selalu buat budak lain, memang jenis kasar dan agresif lah. Dengan cikgu pon dia lawan gak, memang jenis tak makan saman. Adoiiiii...macam mana nak buat nih. Si iman hari² takut nak gi nursery.

Bley di katakan tiap² pagi drama air mata, kesian plak aku tengok. Siap pesan kat aku soh balik cepat. Pukul satu kena amik dia...erkkkkkk...dalam sedih² sempat buat lawak lagi.

BUY 1, GET 1 FREE! McCHICKEN 18 May 2011 Only, 11 am - 12 Midnight

BUY 1, GET 1 FREE! McCHICKEN


18 May 2011 Only, 11 am - 12 Midnight

Tak salah kan kalau tegur menegur sesama kita ☺☺☺. Tegur menegur kan amalan mulia...tak gitu senah...muahahahaha...Buka teguran apa pon, pas...

Tak salah kan kalau tegur menegur sesama kita ☺☺☺. Tegur menegur kan amalan mulia...tak gitu senah...muahahahaha...Buka teguran apa pon, pasal iklan. Kalau nak tepek iklan, kalau boleh iklan tu tolonglah jangan di letak kat tengah² atau di tepi kiri atau kanan yang boleh beri kesan kat entry. Ni antara yg aku sempat print screen.



Macam mana nak baca kalau macam nih gamaknya. Bukan apa, susah bebenor nak membaca bila iklan tu kluar. Nak terkeluar biji mata rasanya. Pastu nak comment pon tak boleh sebab iklan tu dah tutup kotak comment, macam mano tu? Kekadang terpaksa adjust arrow key ni sebab nak baca gak. Kalau jenis yang hilang sabar, awal² dah tekan button 'X'.

Buat kawan² yang rasa ada tepek iklan macam nih, harap² tukarlah tapak iklan kat tempat lain yer. Kesian kan kawan² lain macam aku nih nak membacanya. Aku takkan tekan button 'X' selagi aku tak habis baca entry uols. Tapi kalau dah asyik selalu macam nih...harap maklum lah yer.

Akhir kata...PEACE, NO WAR...sekian ☺☺☺

Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body. 2 glass of water - After waking up → Helps activate inte...


Correct timing to drink water, will maximize its effectiveness on the Human body.

2 glass of water
- After waking up → Helps activate internal organs

1 glass of water
- 30 minutes before meal → Help digestion

1 glass of water
- Before taking a bath → Helps lower blood pressure

1 glass of water
- Before sleep → To avoid stroke or heart attack

Bila Blogger is Currently Unavailable. Petang Khamis dah out of service. Tak bley log in, bila log kluar: Ok lagi lah kan, mungkin sehari ...

Bila Blogger is Currently Unavailable. Petang Khamis dah out of service. Tak bley log in, bila log kluar:


Ok lagi lah kan, mungkin sehari jer. Masuk pagi jumaat tak bley log in lagi. Adoiiiii...banyak nak citer nih. Kat Facebook memasing update status pasal blogspot buat hal. Hamik ko....sampai petang masih tak bley gak...hhhmmmmm...

Yang buat aku lagi hangin. Pagi ni buka blog, habis hilang semua comment...huhuhuhu...Comment bagi aku sangat penting. Aku sangat hargai comment² yang datang untuk setiap entry. Sayang sangat rasanya bila semua comment² tu hilang. BLOGSPOT...ko bagi balik comment² yang hilang tu.


Kosong sudah. Dari banyak comment trus jadi 'No Comment'. Harap² lepas nih tak jadi macam ni lagi.

Ni sambungan citer Anak dara sakit mata Ngeri tak? Tapi ada yang lagi teruk dari ni kan. Bagi aku yang pertama kali alami situasi macam nih...

Ni sambungan citer Anak dara sakit mata Ngeri tak? Tapi ada yang lagi teruk dari ni kan. Bagi aku yang pertama kali alami situasi macam nih, rasanya ngeri gak lah. Ko bayangkanlah budak 7 bulan kena buat treatment cuci mata. Eeuuuwwwwwww...tak sanggup mak nak tengok noks.

Mata anak dara lepas buat treatment.

Masa appoitment ngan Dr. Pakar Mata jumaat lepas, dr cakap dalam mata qahirah ni ada selaput kat kelopak mata atas. Tu yang buat mata dia jadi bengkak, berair dan bertahi. Pastu kalau tak di buang memang amik masa nak baik. Paling lama pon 3 minggu...gulppppp...lama tu, maknanya aku pon kena EL selama tu gak lah...haihhhh...tu kalau tak buang lah kan. Kalau dah buang selaput tu, 2-3 hari dah baik. So, kata putusnya...buanglah kan. Tak sanggup dah aku nak nengok mata qahirah.

Saat treatment di buat, jeng..jeng..jeng...Dr bagitau kalau ibu tak sanggup nak tengok, janganlah tengok. Memang aku tak sanggup nak tengok pon. Dr cakap lagi memang menyakitkan sket sebab nak cuci and buang selaput tu dan mungkin akan berdarah. Uuuwwaaaaaa...kesian anak aku. Kecik² lagi nah kena lalui benda nih. Memula dr. titiskan ubat tahan sakit kat mata Qahirah. Nurse pegang kaki dan tangan. Anak dara tu dah melalak-lalak dah. Bila dr. cuci jer mata dia...ya allah...terjerit², melalak-lalak melepaskan geram...aduhhh...luluh hati aku dengar. Nak menangis tapi air mata tak keluar. Dekat 10 minit gak dr buat treatment tu. Hubby aku tengok pon ngeri. Kalau dia kena pon rasa tak sanggup nak buat.

Tapi alhamdulillah...lepas cuci, pastu pujuk² sket, anak dara ni dah calm. Dah senyum². Kira kuat gak stamina Qahirah nih. Pastu dr cakap jangan terkejut kalau qahirah nangis mungkin akan keluar darah sket kesan dari cuci mata tu. Memang anak aku menangis AIR MATA BRDARAH uolss. Tapi tak der pekat darahnya, cair² jer.

Balik dari spital trus gi umah mak. Syahdu mak aku tengok cucu dia sakit mata. Sepet sebelah. Esok nya mak aku sapu mata qahirah ngan air dari masjid. Air ni air doa dan selawat syifa'...ayat² al-quran kan penyembuh segala penyakit ☺☺..biasalah...org tua kan. Masuk hari ketiga lepas treatment tu mata qahirah dah ok. Bangun pagi pon tak der lah bertahi dan berair macam sebelum nih. Tspi still sepet sebelah.

Hari selasa baru nih buat follow up. Dr cakap dah ok, cuma selaput kat belah bawah tu ada sket pastu tak perlu cuci, nanti hilang sendiri. just continued bagi ubat mata. Pheewwwwww...lega tak payah cuci. Tapi mata anak dara nih jadi sepet sebelah. Aku tanya gak dr mata memang akan sepet ker. Pastu dr cakap memang akan sepet, tapi nanti akan jadi normal, cuma amik masa sket. Sepet pon sepet lah nak oiiiii...janji mata kamu dah sembuh.

Di sini ada info pasal SAKIT MATA

Ni masa balik kerja aritu tu. Adooiiiiiii...tensi mak noks. Lama gak abg motor ni dok kat tengah² jalan nih. Berderet² kereta kat belakang ...


Ni masa balik kerja aritu tu. Adooiiiiiii...tensi mak noks. Lama gak abg motor ni dok kat tengah² jalan nih. Berderet² kereta kat belakang gara² abang motor menunggang motosikal feeling² azroy dalam citer Gila-Gila Remaja tu...muahahahaha...

Tapi tak semua penunggang motosikal macam ni. Kekadang takut gak ngan dorang nih, bawak motor macam jalan raya tu dia yang punya. Cilok sana sini. Macam petang smalam, ada satu motor nih tetiba memecut kat depan lori tangki PETRONAS secara mengejut. Aku yang tertengok pon jadi terkejut beruk tak hingat donia punya sebab lori tangki nih dah terhuyung hayang ketepi ketengah. Kereta aku kat belakang lori nih plak tu. Ya allah...berderau darah sampai naik ke muka, tangan dah gigil².

Buat penunggang motosikal tu, hargailah nyawa anda. Ingat orang yang tersayang dan orang² di atas jalan raya tu yer. Jangan menunggang motosikal kat tengah² jalan. Ingat yer ☺☺☺

Burrppppp...alhamdulillah ☺☺☺. Perghhhhh...1st time aku makan Tempoyak Ikan Patin, memang terbaik lah. Ni officemate aku, CINTA yang bermur...

Burrppppp...alhamdulillah ☺☺☺. Perghhhhh...1st time aku makan Tempoyak Ikan Patin, memang terbaik lah. Ni officemate aku, CINTA yang bermurah hati nak masak tempoyak ikan patin. Kebetulan balik Pahang.



Memang sedap lah. Tak der rasa hanyir. Makan plak ngan ulam² and sambal belacan, pastu nasi banjir ngan kuah tempoyak...terangkat ah. 3 pinggan nasi tambah uols, melantak ker gelojoh namanya nih...muahahahaha...

Kalau nak resipi, bley gi kat blog zu @ CINTA erk. Mekasih zu...kenyang akak. Next time kalau balik Pahang beli lagi Ikan Patin yer ☺☺☺

Itu lah punca nya kenapa tetiba aku jadi SURIRUMAH SEPENUH MASA minggu lepas. Qahirah kena sakit mata. Kesian sangat tengok, sepet jer sebe...

Itu lah punca nya kenapa tetiba aku jadi SURIRUMAH SEPENUH MASA minggu lepas. Qahirah kena sakit mata. Kesian sangat tengok, sepet jer sebelah masa kanan. Ada masa tak bley bukak mata sebelah tu. Dah macam Qahirah Jack Sparrow plak.

Sakit² mata pon selera macam biasa gak, yer lah..sakit mata, bukannya sakit tekak. Apa lah ibu nih ☺☺☺

Startnya isnin aritu. Matanya nampak berair and bertahi. AKu ingatkan panas dalam ker kan. Iyer lah...cuaca skang kan panas berbahang. Ada gak titik air susu ibu kat mata, orang kata penawar gak tu. Pastu petang selasa tu masa amik kat nursery nampak macam mata dah mula merah dan sepet sket. Malam tu gak bawak gi klinik. Dr bagi ubat gatal ngan ubat titik mata. Esoknya memang tak bley nak gi keja lah kan, berjangkit plak nanti.

Kesian sangat². Kelopak mata atas ngan bawah dah nampak bengkak and merah. Tahi mata banyak pastu mata berair...meleleh macam air mata jer gamaknya. memang syahdu lah tengok time tu. Setiap kali menyusu aku berdoa 'Ya allah...sembuhkanlah mata anak ku cepat². Kalau boleh di pindahkan sakit mata ni ko pindahkan lah kat aku'. Memang tak sanggup nak tengok mata anak dara nih uols. Bangun pagi² aku kena lap dulu mata dia, klo tak memang tak bley bukak.

Masuk hari khamis, macam tu gak mata qahirah. Tak der perubahan. Hubby amik EL. Gi klinik mintak GL, nak refer kat paed plak. Tapi kan...kat GL tu dr refer kat Pakar Mata, tak boleh lah nak jumpa pakar kanak². Adoiiiii...Dr. pakar mata ada hari Jumaat plak, pukul 8.00-9.00 pm. Dari Az-Zahrah gi An-Nur plak klo ada Dr. Pakar Mata untuk hari tu. Hampa...nan ado gak. Hari isnin baru ada pakar mata. Huhuhuhu...aku dah nak nangis dah. yer lah, mata anak dara ni dah bengkak, klo boleh tak nak tunggu esok. Balik rumah dengan hampanya.

Tapi alhamdulillah...setakat hari nih, aku..hubby and Iman bebas dari terkena jangkitan mata...na'uzubillah...qahirah pon tak der lah meragam, active macam biasa. Cuma susah sket nak bagi ubat titk mata tu. Melalak²...pedih agaknya.

Tiba hari appointment ngan pakar mata lega sket rasa. Tapi kan...yang kesiannya masa dr buat treatment kat mata qahirah. Aku tak sanggup nak tengok...memang agak mengerikan bagi aku bila dr buat treatment untuk baby 7 bulan macam tu. Iyer lah...nak cepat elok kan. Kalau aku citer mesti uols rasa meremang. Hubby yang tengok pon dok asyik cengkam² kaki...huhuhuhu...Treatment macam mana tu? Next enry eh ☺☺☺

Google pic. Dari RM2.10 ke RM2.30 sekilo. Haihhhhhh...lepas nih barang apa plak yang naik. Dah agak dah. Masa krisis gula aritu, mesti harg...


Dari RM2.10 ke RM2.30 sekilo. Haihhhhhh...lepas nih barang apa plak yang naik. Dah agak dah. Masa krisis gula aritu, mesti harga gula akan naik nyer. Jawapan standard:

"kerajaan menanggung subsidi yg tinggi.."
"harga masih rendah berbanding negara serantau seperti Indon dan Thailand.."

Kalau dah harga gula naik, peniaga² kedai makan untunglah, harga air kat kedai mesti naik nyer, especially kedai MAMAK...hhhmmmmm...



Macai: Boss harga gula naik, apa nak kata kat rakyat?
Menteri: Senang saja, "Kurangkan gula untuk kesihatan".
Macai: Boss, harga minyak naik, apa nak kata kat rakyat?
Menteri: Senang saja, "Guna pengangkutan awam dan elakkan kesesakkan jalan raya".
Macai: Boss, harga ayam naik, apa nak kata kat rakyat?
Menteri: Senang saja, "Lebihkan makan makanan laut untuk kwsihatan dan kecerdasan"
Macai: Harga Daging, ayam, sayur dan beras dan makanan laut naik, apa nak cakap pada rakyat?
Menteri: Senang saja, "Puasa baik untuk kesihatan"

Berhati-hatilah bila melancong ke China. Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah pandai buat daging lembu tiruan jugak. Ya...


Berhati-hatilah bila melancong ke China. Orang China ni bukan saje pandai buat telur tiruan malah pandai buat daging lembu tiruan jugak. Yang gelinye, menggunakan DAGING BABI!

Di sana, harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka pakat tipu semua orang dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit saja, daging babi yang digoreng menjadi sesedap daging lembu.


Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan wallah! Daging babi yang dihidang rasanya seperti daging lembu.



Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Adakah teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Anda tentukan.

Source: mediamalaya.com

Google Pic. Seronok, tapi penat...penat yang berbaloi hokey ☺☺☺. Yer lah, jaga anak sendiri kan. Sebenarnya aku tak kerja last week sebab j...


Seronok, tapi penat...penat yang berbaloi hokey ☺☺☺. Yer lah, jaga anak sendiri kan. Sebenarnya aku tak kerja last week sebab jaga anak yang sakit. Takkan aku nak hantar anak yang sakit gi nursery gak kan. Memang tak patut lah. Kang tak pasal² berjangkit plak kat anak orang, tak ke menganiaya namanya tu. Dah lah penyakit nih berjangkit. Kesian kat anak dara aku tuh. Untukmu anak, ibu terpasa amik Emergency Leave. Alhamdulillah...pagi nih nampak dah ok.

Tapi tu lah, 'LEMAU' jadi nya bila duduk rumah. Keja aku asyik nak tidooooo je. Ntah apsal aku pon tak tau. Asal letak kepala kat bantal jer, senang jer mata ni nak lelap. Anak²....main jer lah. Si abang sibuk tengok kartun, boring kartun, buka CD Magic English dia pulak. Si adik plak...guling² jer lah kejanya. Angkat montot tak habis², nak merangkak katakan, tapi tak bergerak pon...ekekeke...Bila nangis, sua jer lah 'nenen', tapi mata tetap lelap...muahahahaha...

Macam mana lah nak jadi Fully Housewife nih. Nak masak pon rasa malas jer. Kalau tak kerana anak ngan suami nak makan, ku gagahkan jugak memasak. haihhhhh...buruk perangai betul. Tu baru seminggu jadi Fully HW. Tapi bila weekend ok plak, cergas. Ni penangan tak kerja on weekdays lah nih.

Masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari IBU untuk mak, mama, umi, ibu, mommy dan apa saja panggilan untuk ibu. Hari² adala...


Masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari IBU untuk mak, mama, umi, ibu, mommy dan apa saja panggilan untuk ibu. Hari² adalah hari ibu ☺☺☺


Di sini aku nak kongsikan satu email yang sangat menarik untuk di baca ^_^.

I am only a mother

The officer at the Driving License counter asked the lady "What is
your occupation?"

The woman seeking renewal of her license seemed to be puzzled. So the
officer said "Ma'am, are you employed, have your own business
or........

The woman replied "Oh, yes!! I have a full time occupation. I am a mother"

Officer: "We don't have 'mother' as an option for occupation. I will
write it down as 'Housewife'. That takes care of all questions."

This had happened long ago, and was forgotten. Years later when I went
to get my license, the Public Relations Officer was a somewhat
pompous.woman.

"Your occupation?" she asked in a rather authoritative tone.

I just had an inspiration and replied "I am a researcher in the field
of Child Development, Nutrition and Inter-personal Relationships"

The lady officer stared at me in amazement. I calmly repeated my
statement and she wrote it down verbatim. Then, unable to conceal her
curiosity, she politely asked "What exactly do you do in your
profession, Ma'am?"

I was feeling good about having described my occupation so calmly and
confidently. So I replied "My research projects have been going on for
a number of years (Mothers never retire!!). My research is conducted
in the laboratory as well as in the field. I have two bosses. (One is
God and the other is my entire family). I have received two honours in
this field. (A son and a daughter) My topic is considered to be the
most difficult part of sociology.(All moms will agree!!). I have to
work more than 14 hours every day. Sometimes even 24 hours are not
enough and the challenges are tougher than many other professions. My
compensation is in terms of mental satisfaction rather than money"

I could see that the officer was thoroughly impressed. After
completing the licensing formalities, she came to the door to see me
off.

This new viewpoint about my occupation made me feel much better on my way back home. I was welcomed by my 5 year old research assistant at the door. My new project (my 6 month old baby) was energetically practicing her 'music'.

I had earned a small victory over the Governmental red tape today. I
was no longer 'merely a mother', instead I was now a highly placed
functionary in a service vital for mankind -Motherhood!!

'Mother' - Isn't it a great title. Fit to be added to the nameplate on
the door!! By this standard, grandmothers deserve to be called Senior
Research Officers, and Great Grandmothers qualify as 'Research
Directors'. Aunts and other ladies of that age group can be called
'Research Facilitators'

Please share this with all mothers, grandmothers, great grandmothers,
all ladies currently holding posts like didi-tai-chachi-mami-mausi-bua
...... They will all shower you with blessings and life will be happier.


Salam semua. Finally...i'm back to work after 1 weeks being fully housewife. Kenapa? Huhuhuhu...panjang ceritanya. Rindu nak menjengah...

Salam semua.

Finally...i'm back to work after 1 weeks being fully housewife. Kenapa? Huhuhuhu...panjang ceritanya. Rindu nak menjengah 'rumah' uols semua, rindu nak merapu kat blog nih...rindu semuanya lah. Mesti dah terlepas banyak cerita nih. Tak per...kejap lagi aktivi BW akan bermula bila kerja dah settle...muahahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...