AFB Feeds

Erk...belum Beram bus lagi minah nih...ekekekeke...jangan marah. Lupa pulak. Memandangkan berukband...

Erk...belum Berambus lagi minah nih...ekekekeke...jangan marah. Lupa pulak. Memandangkan berukband nan ado, just nak wish kat uolssss suma...HAPPY LABOUR DAY in advance, semoga menjadi pekerja Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Hari ni saya menjadi pekerja yang cemerlang kerana berjaya mengarang 5 entry dalam satu hari, sambil buat kerja..sambil BW, jangan jadi macam saya yer, bila dah bosan, macam ni lah jadinya...merapu...

Ok lah...ni betul² nak balik nih...bye and Have a Nice Weekend uols ☺☺☺

Adoiiii...boring sungguh duduk office hari nih. Sunyi sepi. Daripada 8 orang, tinngal aku 2 orang je...

Adoiiii...boring sungguh duduk office hari nih. Sunyi sepi. Daripada 8 orang, tinngal aku 2 orang jer nih ha. Bosan tahap gaban dah ni.


Kosong jer. Tinggal aku sorang jer tadi. Seram pon ada gak wei sebab ada citer misteri nusantara kat office nih.


Ok lah, kalau line clear aku nak balik. Tepu dah kepala nih sebab kebosanan yang terlampau.

Bestnya dapat anak kembar ☺☺ Dan yang bestnya lagi, tarikh lahir si kembar ni sama ngan papanya juga...

Bestnya dapat anak kembar ☺☺ Dan yang bestnya lagi, tarikh lahir si kembar ni sama ngan papanya jugak ☺☺☺


PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sazzy Falak selamat melahirkan bayi kembar perempuan iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 pagi Khamis.

Suami Sazzy, Nazril Idrus yang dihubungi berkata, kedua-dua bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan dengan berat yang sama iaitu dua kilogram.

Katanya, dia bersyukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk melihat Sazzy bersalin secara normal tidak kesampaian.

"Syukur alhamdulillah, saya gembira isteri dan dua anak kembar saya selamat.

"Ketika di dalam bilik bedah, saya rasa proses untuk kelahiran berlaku dengan begitu pantas. Mungkin kerana saya teruja dengan keadaan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, apa yang lebih membahagiakan Nazril ialah kelahiran dua anak kembarnya itu jatuh pada hari lahirnya dan menganggap ia satu hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

Sementara itu, ditanya pula mengenai keadaan Sazzy, kata Nazril isterinya begitu gembira dan sedikit letih selepas melalui proses pembedahan.

Sazzy dan dua anak kembanya akan keluar wad pada Ahad ini dan bakal mengadakan kenduri doa selamat tidak lama lagi.

Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.

Sumber: mStar Online

Dah Lunch? Aku lunch sorang² jer nih ha, baru nak makan. Hari nih semua teman² seperjuanga lunch na...

Dah Lunch? Aku lunch sorang² jer nih ha, baru nak makan. Hari nih semua teman² seperjuanga lunch nan ado. Ada yang bercuti, yang half day dan yang sorang tu pulak, kereta rosak. Tinggal lah aku sendirian.

Di sebabkan malas nak keluar, kirim lah ngan my colleague nih. Tapi dorang makan kat kedai mamak lah plak. Tapi my colleague nih cakap, MEE HAILAM kat kedai mamak nih sedap. Ok lah...kirim lah mee hailam.


Pergghhhhhh...memang terbaiklah dari ladang mee hailam kedai mamak nih. Macam tak cayer jer tukang masak kat kedai mamak nih pandai masak mee hailam. Sedap dan cukup rasa...bak kata Qi JJCM ☺☺☺

Ok lah, nak sambung makan. JEmput semua ☺☺☺☺

google pic. Siapa minat Online Shopping? Ha...mesti tersengih² nih kan, mengaku jer lah...hehehehe....


Siapa minat Online Shopping? Ha...mesti tersengih² nih kan, mengaku jer lah...hehehehe...Lately tabiat online shopping aku makin menjadi jadi...adoi...kopak duit mak noks. Pantang nampak baju cantik and comel, gatal jer tangan nih nak order. Tapi semuanya bukan baju aku, semuanya baju anak². Haihhhhh...Dah 6 pasang sumanya aku order. Takper lah...shopping untuk Baju Raya ☺☺☺

Kalau nak Online Shopping nih kena tawakal jer. Ada gak aku dengar citer sampai kena tipu. Duit dah amik tapi barang ntah ke mana. Pastu barang dalam gambar nampak cantik, tapi bila dah dapat kualiti macam hampeh. Tak patut lah kan buat macam tu. Nak meniaga kenalah jujur. Baru berkat.

So far, alhamdulillah...aku belum pernah kena lagi benda² macam nih, minta di jauhkan. Cuma sekali jer. Aku dulu gila ngan Tie Rack Scarves, orderlah online dari blogger nih yang dok kat oversea. Tunggu punya tuggu, TR aku tak dpt gak, 2 minggu gak lah. Dia kata dah post. Tapi macam mana bley tak dapat kan. Pastu dia ganti dengan TR yang baru, yang hairannya lagi ajaib, sampai plak dengan selamat. Macam mana yang 1st dulu bley tak sampai? Tapi agak frust lah. TR yang dia ganti tu tak berapa cantik sangat. 3 helai aku order tau. TR yg tak dpt² tu design suma cantik²...huhuhu...tak der rejeki lah tu. Tak per lah, janji dia ganti balik kan.

Tu lah pengalaman aku online shopping. Ni pon gatal tangan lagi nak order baju anak²...ish..ish..ish...udah² lah tu fiza ooiiiiii...kang tak sampai hujung bulan makan biskut cicah milo jer lah...muahahahaha...



JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu d...

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

"Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

"Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

"Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal," katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

"Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

"Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka," katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

"Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

"Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam," katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

"Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial," katanya.

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:


Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemak pada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Mmanakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.

Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam.

google pic. Happy Birthday to you my partner...my best friend and my HUSBAND. Semoga murah rezeki, ...


Happy Birthday to you my partner...my best friend and my HUSBAND. Semoga murah rezeki, di beri kesihatan yang baik dan semoga hidup di berkati dunia akhirat.


Sayang nak yang mana? Malam jumaat kan, anak², sila tido awal....muahahahahahaha....

Once again...♪♫♪ Happy Birthday to you THE KING OF OUR HEART ♫♪♫...We Love You ☺☺

Tarikh tutup pada 18/05/2011 jam 3petang Bley layari blog mrsfiza & Contest untuk lebih deta...



Tarikh tutup pada 18/05/2011 jam 3petang

Bley layari blog mrsfiza & Contest untuk lebih detail.

Perghhhhh...tajuk sket punya panjang...hehehehe...Ni nak kongsikan citer nih. Kalau uols nak hantar...


Perghhhhh...tajuk sket punya panjang...hehehehe...Ni nak kongsikan citer nih. Kalau uols nak hantar anak kat pengasuh atau Nursery, silalah pesan elok² kat pengasuh/nursery tu tolong jagan bagi baby bawah 6 bulan makan tanpa kebenaran parents sendiri. Yer lah kan, kekadang klo baby tu nangis jer kata lapar, tak cukup susu pastu sesuka hati buat bubur bagi baby makan. AKu ada gak dengar citer macam tu.


Ni masa tengah lepak kat KIM, terbaca satu status nih yang baby kawan dia yang berumur 4 bulan masuk ICU gara² pengasuh bagi baby nih makan secara sorok² tanpa pengetahuan parents. Kesian betul baby tu, tak pasal² masuk spital di sebabkan pengasuh.

Kalau nak ikutkan, baby yang minum Formula Milk, 5 bulan dah boleh makan. Kalau Fully Breastfeeding, 6 bulan baru bley makan. Status terkini baby tu, alhamdulillah...klo tak silap aku dah keluar spital. Tak sempat nak print screen. Aku masa memula hantar Qahirah kat nursery awal² aku dah pesan jangan bagi makan sebab belum 6 bulan lagi cuma bagi susu ibu jer.

Itu lah citer nya uols.

Hhhhmmmm...apa punya keywords lah. Tak der menda lain ker nak cari...adoiiii... Macam mana lah cit...

Hhhhmmmm...apa punya keywords lah. Tak der menda lain ker nak cari...adoiiii...


Macam mana lah citer 'Budak Sekolah Kangkang' bley masuk kat blog aku nih. Kalau citer 'Hisap Tetek' tu, biasalah kan sebab aku Breastfeeding Mom...muahahahaha....'Katak Goreng', nak cari resipi gamaknya, aku tak pernah plak masak katak, eeeuuuwwwwww...citer pasal kaki katak dalam makanan ada lah.

Haihhhhh...macam² keywords kan.

Marah kejut solat Subuh AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta di...

Marah kejut solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.

“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.

Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.

“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.

Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Source: myMetro

Salam pagi selasa uols. Dah breakfast? Me...bawak bekal hari nih, Nasi Lemak, tapi tak lemak sebab ...


Salam pagi selasa uols. Dah breakfast? Me...bawak bekal hari nih, Nasi Lemak, tapi tak lemak sebab gantikan dengan nasi putih ^_^. Tetiba malam semalam teringin nak makan nasi lemak ngan sambal tumis ikan bilis hasil tangan sendiri. Semangat nak masak pagi nih, pukul 5.30 am dah bangun. Masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, baru bertambah sedap dan berkat...cewahhhhhh...


Satu bekal untuk iman, satu bekal lagi untuk ibu. Abah...nan ado bekasnya, makan kat umah jer. Biasalah orang lelaki kan, ada yang segan nak bawak bekal gi kerja, takut kena kutuk gamaknya, kena ubah mentaliti macam nih ^_^.

Ok lah uols...jemput makan semua dan Selamat Bekerja ☺☺☺

Have a great weekend uols ☺☺☺.


Have a great weekend uols ☺☺☺.


Dapat BE baru lagi, alhamdulillah...rejeki ^_^. BE yang ke 5 untuk tahun 2011. Cukup 3 angka, bleyl...


Dapat BE baru lagi, alhamdulillah...rejeki ^_^. BE yang ke 5 untuk tahun 2011. Cukup 3 angka, bleylah cash-out, sket jer lagi ☺☺☺.

Salam pagi jumaat semua. Sekejap jer dah jumaat kan ^_^. Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan doa² untuk ibu² yang menyusuk...

Salam pagi jumaat semua. Sekejap jer dah jumaat kan ^_^. Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan doa² untuk ibu² yang menyusukan bayi yang boleh di amalkan untuk membanyakkan susu ibu.

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan di fahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....


Kartun kegemaran iman skang nih. Kalau dulu addicted ngan Upin dan Ipin, skang ni addicted ngan Bob...


Kartun kegemaran iman skang nih. Kalau dulu addicted ngan Upin dan Ipin, skang ni addicted ngan Boboi Boy plak. Layan gak tengok citer kartun nih, best. Si iman klo tengok tergelak². Every sunday, TV3 @ 7.00 pm mesti dok tunggu citer nih. Tapi ahad aritu takder plak, ganti ngan Soccer kid Final. Apalagi...frust lah anak bujang tu.

Ok, ini sinopsis ringkas pasal Boboi Boy nih:

- Boboiboy adalah kisah mengenai watak Boboiboy bersama rakannya Yaya, Ying dan Gopal yang memiliki kuasa luar biasa menentang makhluk asing yang ingin menawan bumi

- Makhluk asing yang turun ke bumi membawa pulang biji kopi ke planet mereka, namun kerana aroma dan rasa kopi sungguh sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi berkenaan

- Boboiboy dan rakannya cuba menghalang tindakan makhluk asing terbabit hingga tercetus konflik dan pergolakan sesama mereka

Kalau uols belum tengok citer nih, silalah tengok, kami anak beranak dok layan citer nih. Siapa lagi nak sokong animasi tempatan kalau bukan kita sendiri kan ^_^

Saouce: ANIMONSTA

Google Pic. Sapa suka makan kopok nih? Sila angkat tangan macam saya..muahahha..penangan ucop wilc...


Sapa suka makan kopok nih? Sila angkat tangan macam saya..muahahha..penangan ucop wilca. Tetiba tekak nih teringin plak nak makan pop corn durian nih. Kebetulan gi mkn nanti nampak plak. Harus lah beli kan.

TAPi aku tengok pop corn durian nih macam dah lain sket lah. Packaging baru tu biasalah kan. Cuma kopok tu kaler dia lain sket lah. Kalau tak silap aku dulu, kaler kopok durian nih kuning sket, tapi yg nih pucat sudah. Tapi tak per lah kan, as long as rasa dia sama...tak der hal...☺☺☺

Lately tekak nih asyik nak makan durian jer, aritu dah makan durian pon tak puas² lagi...haihhhhh...tak dapat durian, dapat kopok durian pon jadilah noks.

Jemput makan suma...hhhmmmmmm...sedapnya...ekekekekeke...

Ni suma gara² SANTAN BASI. Biasalah kan, kalau tak fikir nak masak apa hari² memang tak sah lah. Tet...

Ni suma gara² SANTAN BASI. Biasalah kan, kalau tak fikir nak masak apa hari² memang tak sah lah. Tetiba plak hajat di hati semalam nak masak kari ayam untuk dinner. Sebab dah lama tak makan kari. Balik keja semalam singgah kedai jap, beli daun kari, SANTAN basi dan lawan untuk kari mestilah IKAN MASIN kan, belilah 2 ekor ikan masin sepat. Perghhhhhh...dapat nasi panas², makan ngan kari ayam pastu lawan plak ngan ikan masin sepat yang garing...haevennya...memang tak sabar lah nak masak kan.

Dah siap bahan suma, masak lah macam biasa, tiba masa nak masuk santan macam ada bau sket, rasalah dulu...hhhhmmmmmm...hampeh...santan masam, dah basi lah gamaknya kan. Nasib aku tak curah terus santan dalam periuk. Adoiiiiii...frustnya, hilang mood nak masak. Nak gi kedai semata² nak beli santan...malas lah pulak. Nak soh hubby gi kedai, kesian sebab baru balik keja. Kesudahannya...kari ayam tanpa santan tu hold lah dulu, letak dalam peti sejuk. Balik ni lah masak.

Tak nak lah aku beli santan dah siap lagi. Beli santan kotak jerlah lepas nih, pon sedap gak. Hai lah peniaga kedai runcit, kalau nak jual santan, tolong lah make sure santan tu tak basi. Kesian kat pembeli macam aku nih yang kemaruk nak makan kari ayam, terbantut selera sebab beli santan basi.


Bila dah tak der mood tu kan, apa lagi...makan pecal jer lah. Bahan² suma dah ada, cuma goreng tahu jer. Kuah untuk pecal pon instant jer, cuma tampah air panas/suam...dah siap. Cepat dan pantas ^_^. Kuah pecal ni ELY yang bagi...sedap wei...kalau makan nagan nasi impit pon sedap ☺☺☺

Jika isteri menangis dihadapanmu…. “hargai lah ia sblm terlewat…” Jika seorang isteri menangis di...


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Bawah SOFA? Main? Main apa tu? Ekekekeke...bukan main apa yer uols. Ni citer pasal anak dara mak ni ...

Bawah SOFA? Main? Main apa tu? Ekekekeke...bukan main apa yer uols. Ni citer pasal anak dara mak ni ha. Suka sangat main bawah sofa.





Letak PlayGym main kejap jer, pastu bergolek²...guling²...masuk bawah almari, masuk bawah Sofa. Ntah apa yang di cari kat bawah tu pon tak tau lah. Agaknya abah vacuum tak bersih, tu yang nak buat spot-check tu...ekekeke...

Ntah macam mana dia masuk bawah tu pon tak tahu lah, budah lain meniarap maju ke depan, tapi qahirah ni suka mengundur. Malam tadi tidur lewat sebab excited dah dapat skill baru. Skill apa? Skill angkat² montot, nak merangkak gamaknya, gigih berusaha malam tadi ^_^.

Ruang tamu kat umah tu pon dah jadik tempat tido. Tak bley nak bersesak² atas katil dah. Anak² tido lasak, bukan anak² jer yang lasak, abahnya pon lasak gak...muahahahahaha...

Bilik untuk anak bujang pon dah cat, cuma katil dan almari baju blom ada lagi, pastu nak pasang kipas. Sudah tiba masa nya anak bujang tido sendiri. Harap² lepas dah deco bilik iman nih nak lah dia tido sendiri ^_^

Dah bertahun² aku pegang jawatan nih. Masuk tahun ke 6, jawatan nih terpaksa di ganti dengan orang l...

Dah bertahun² aku pegang jawatan nih. Masuk tahun ke 6, jawatan nih terpaksa di ganti dengan orang lain. Terpaksa walaupon tanpa rela...huhuhuhu...Perkenalkan, Co-Pilot yang baru...jeng, jeng, jeng...^_^



Biasalah, bila anak dah 2 kan. Aku jadi penumpang lah plak. Kerusi depan dah letak car seat, malas dah nak buka². Iman lah skang jadi co-pilot abah dia, menggantikan ibu yang kena pegang adik kat belakang. Co-pilot pon iyer, teman gaduh pon iyer gak. Iman buli abah...abah buli iman, lantak lah 2 beranak nih nak buat apa. Ibu ngan adik bersenang lenang jer kat belakang.

Kekadang menyirap gak ngan co-pilot baru nih, berlagak hokey. Soh pakai seat belt, tapi dia jawab apa tau:

IBU: Buckled ur seat belt iman, nanti polis tangkap
IMAN: Tak per, polis tu kawan kita
IBU: * gulp *

Ntah mana dia dapat ayat tu pon tak tau lah. Hai lah anak...ada jer ayat yang 'unsangkarable' akan keluar dari mulut mungil nih. Layan kan aja lah.

Tapi kan, bila dah jadi penumpang nih, yang tak bestnya bila berborak ngan hubby...tak berapa nak dengar lah plak. Iyer lah, sorang dok kat depan, sorang kat belakang dengan bunyi radio lagi. Kekadang sebab tak dengar pon boleh jadi isu...adoiiiii...nak buat mcm mana kan, Kekadang tu, aku iyer kan ajelah even aku tak dengar apa dia cakap. Ker...telinga aku ni dah kurang mendengar...muahahahahahaha...

Rasa malas jer nak gi kerja. Mata pon rasa berat jer nak bukak. Di tambah pulak hari isnin...bertam...


Rasa malas jer nak gi kerja. Mata pon rasa berat jer nak bukak. Di tambah pulak hari isnin...bertambah² Monday Blues nya. Syoknya kalau dapat sambung tidur time sejuk² macam nih.

Office plak sunyi jer. Ramai yang cuti and MC...huhuhu...boringnya.

As per title above, dalam satu entry ada 2 cerita. Cerita pertama...aku sangat² happy sebab entry ak...

As per title above, dalam satu entry ada 2 cerita. Cerita pertama...aku sangat² happy sebab entry aku pasal Fillet-O-Fish FAN - Buy 1, Get 1 FREE!! naik lagi kat Blogged.my. Thank you so much pada yang sudi singgah.


Citer kedua pulak, pasal Mc D Promotion. Rupa² nya promotion hanya di Mc Donald Singapore sahaja. Aku dapat email

Haloo...


My friend went to McDonalds yesterday and he was told that this voucher ONLY valid for Singapore McDonalds

Minta maaf bebanyak. Voucher tu pon aku dapat dari email...huhuhuhuhu...


Aku percaya, mesti ramai BF mom yang dah tahu pasal benda nih. Kalau yang tak tahu tu, ini lah sebabnya kenapa kita kena kosongkan breast. I...

Aku percaya, mesti ramai BF mom yang dah tahu pasal benda nih. Kalau yang tak tahu tu, ini lah sebabnya kenapa kita kena kosongkan breast. Info nih dari e-car, otai BF dari KIM

1. Setiap kali kite BF/pam hingga KOSONG breast -- ingat; otak akan dapat signal utk lebihkn pengeluaran susu utk sesi yg berikutnya..otak akan fikir "ouh, susu yg dh kluar ni msh tak cukup, kena tambah lagi susu ni sebab dah habis (breast kosong)"...sebaliknya berlaku jika breast TAK DISKOSONGKAN, otak akn fikir "ouh, susu yg dah keluar ni memang cukup dah utk dia..siap x abis lg (sbb breast tak kosong)..so, tak perlu tambah susu lagi utk sesi seterusnya" ..konsepnya sama mcm kita flush toilet..klu kite flush separuh, maka separuh air lar yg masuk..tp, klu kite flush smpi habis, lepas tu tab tu akn penuh dgn air semula..

2. Dengan mengosongkn breast, bermakna baby telah mendapat FOREMILK (susu awal yg kluar dan cair) serta HINDMILK (susu yg keluar selepas foremilk dan lebih pekat/lemak) sepenuhnya..baby yg mendapat hindmilk akan berasa LEBIH KENYANG -- dan maka lambat sikit lar dia akn mintak susu utk next session..klu bby hanye dpt minum foremilk semata2, dia seolah2 hanye minum air dan dia tak akan rasa kenyang (jz imagine klu kite asyik minum air jer..lapar tak?)..hence, dia akan kerap mintak susu dan merasa tak puas/tak kenyang (kt sini yg ramai ibu tersilap duk kata susu tak cukup tuk bby..tapi, sebaliknya bby tidak mendapat hindmilk dgn secukupnya akibat kegagalan ibu mengosongkn breast)

Harap tips ini dpt membantu ibu2 utk lebih faham konsep penyusuan itu sndiri. Trust me, BF is not an easy..tp xde lar susah mana pun klu kite ade ILMU..

Kalau uols nak tahu, e-car masih BF even anak dia dah 4 tahun. Cayalah babe.

Ntah macam mana tetiba bley teringat nak check lesen memandu bila tamat tempoh nya. Rupa²nya...har...

Ntah macam mana tetiba bley teringat nak check lesen memandu bila tamat tempoh nya.


Rupa²nya...hari nih tamatnya...huhuhuhuhu...macam mana nak gi kerja esok nih. Bley ker memandu dengan lesen kereta yang dah tamat tempoh? Uuuwwaaaaaa...kalau nak renew pon esok baru bley.

Teringat member blog aku yang sorang nih, lesen keta hilang tapi selamber jer memandu. Ely...ko dah renew lesen memandu ko yang hilang tu ker?

Kang klo aku drive tanpa lesen, tetiba abg polis tahan, tak ker bala tu.

Komuniti Blogger terkini...cewahhhh...Orang lain dah lama join, tapi aku baru terhegeh² nak join. F...


Komuniti Blogger terkini...cewahhhh...Orang lain dah lama join, tapi aku baru terhegeh² nak join. FaceBlog tu apa? Ini jawapannya.

"TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA."

Kalau belom join, meh ler join ramai², menambahkan kenalan alam maya ^_^. Silalah lawati FaceBlog untuk lebih lanjut. Mekasih ^_^

New Mc D Promotion Print or Flash this coupon on your mobile to redeem. one redemption per transa...


New Mc D Promotion


Print or Flash this coupon on your mobile to redeem. one redemption per transaction. Valid from 15 till 24 April 2011 for dine-in and takeaways.

Salam pagi Rabu semua. Dah breakfast? Aku blom lagi. Sampai² trus bukak blog, nak citer pasal pagi ni. As per title above, memang seriau s...

Salam pagi Rabu semua.

Dah breakfast? Aku blom lagi. Sampai² trus bukak blog, nak citer pasal pagi ni. As per title above, memang seriau sket pagi nih bila terserempak ngan pemandu yang merbahaya. Aku pon tak tau lah yang pemandu tu MABUK atau MENGANTUK.

Dari side mirror tepi aku dah perasan kereta TOYOTA MURANO ni macam terhuyung hayang jer. Kejap² dia masuk lane kiri pastu ke lane kanan plak. Masa dia potong keta aku tu tayar dia dah masuk sikit garisan kat lane tengah...eeeuuuwwwww...seram. Pastu bley plak memandu kat tengah² garisan. Aku yang memandu kat belakang kereta nih dah jadi cuak..takut.. menggelabah. Mana tak nya, kereta dia terhuyung hayang macam orang yang tengah mabuk.

Sebelum apa² terjadi, aku jarakkan kenderaan dengan jarak yang selamat, ada peluang...aku pecut. Dari side mirror tu aku perhatikan lagi kereta tu. Memang orang yang memandu tu ada masalah. Sama ada dia mengantuk atau pon dia mabuk. Oh ya...pemandu nih seorang Lelaki.

Serious...takut aku dan kalau boleh tak nak terserempak dengan pemandu macam nih. Bukan jer merbahayakan nyawa sendiri, nyawa orang lain pon bley terlibat sama.

Hanya doa jer yang aku mohon hari² padaNYA supaya perjalanan pergi dan balik dari office sentiasa di lindungi olehNYA.

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan r...

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.

BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang , timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari.

"Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya.

Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..


In the world there are so many unusual foods that you do not even want to try ...
For example, these eggs are called Tuntszydan, cooked in the urine of boys.
This dish is very popular in the Chinese province of Zhejiang .
Each spring, the producers of such eggs put in the local schools special buckets.
All the boys under 10 years should go to the toilet in the little in them.


Eggs, boiled in urine

Then they take a bucket and boil their eggs.
The main thing to remember is slightly beat the eggs to soak them in "brine".
The air is the smell of urine, which locals call aroma of spring ...
The eggs go for 23 cents a thing, like hotcakes.
Locals sweep off the shelves all the eggs that are in stock.
Some eat up to ten of these eggs a day ...

The secret to cooking look further!

You would have dared try something like this?

Un'sangkarable'...entry yang aku ping kat Blogged.my pasal Pesta 'Jom Makan Durian 201...


Un'sangkarable'...entry yang aku ping kat Blogged.my pasal Pesta 'Jom Makan Durian 2011' tersenarai antara Most Popular of Last 24 Hours...sukanya ☺☺☺

Mekasih pada yang sudi singgah blog picisan nih. Tak dapat Most Popular kat INNIT Nuffnang, dapat kat Blogged.my pon dah kira bagus apa ^_^

Khas buat INTAN @ Babyintan.com Kalau intan tak message aku kat FB, aku pon tak tau yang blog aku ...



Kalau intan tak message aku kat FB, aku pon tak tau yang blog aku ada MALWARE. Rupa² nya intan ada buat entry RED ALERT untuk aku, tapi aku tak perasan. Lagi pon 1st April tu aku cuti. Sorry yer intan ^_^.

Kalau readers yang pakai google Chrome, memang tak bley masuk blog yang ada Malware nih. So...kena selalu check kalau² blog kita ada malware. Just gi kat sini:



Mekasih intan sebab buat tutorial pasal Webmaster Tools. Terharu bila dapat kawan blogger yang sangat prihatin.

Allahuakhbar...kesian sungguh baby nih. Tengah lepak² kat FB di group KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) pa...


Allahuakhbar...kesian sungguh baby nih. Tengah lepak² kat FB di group KIM (Kumpulan Ibu Menyusu) pastu ternampak pasal citer nih. Berlaku kat JB. Ada Keluar paper KOSMO. Tak sanggup rasanya nak tengok vidoe tu, sedih sangat, rasa macam nak nangis. Semoga parents baby nih dapat menghadapi dugaan ni dengan tabah dan tenang. Kalau nak tengok video nih bley klik kat sini:


Kalau nak tengok kat YouTube trus pon boleh ^_^. Nak baca kat KOSMO, bley baca citer nih Derita bayi Jantung di luar badan.

Asas 5 jari Jari telunjuk : usus Jari tengah : Jantung Jari Manis : Imuniti Jari kelingking : R...


Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke???
jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita.cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah...

Sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada
satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit,tetapi akhirnya terpaksa
mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)

MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA


Buat penggemar durian tegar di luar sana, ini ada berita baik untuk anda. Jau lah plak kan. Kalau ...

Buat penggemar durian tegar di luar sana, ini ada berita baik untuk anda.


Jau lah plak kan. Kalau kat KL ni bley gak aku terjah, tapi ni kat nun di Perak sana.

LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lem...

LONDON: Saintis sudah mencipta ternakan yang diubah secara genetik yang menghasilkan susu 'manusia' dalam cubaan menjadikan susu lembu lebih berkhasiat.

Saintis memperkenalkan gen manusia ke dalam 300 lembu tenusu untuk menghasilkan susu dengan khasiat sama seperti susu ibu.

Susu ibu mengandungi kuantiti tinggi nutrisi penting yang membantu menaikkan sistem pertahanan badan bayi dan mengurangkan risiko jangkitan.

Saintis di balik penyelidikan itu percaya susu dari ternakan lembu yang diubah suai secara genetik mungkin menghasilkan satu alternatif terhadap susu ibu dan susu formula untuk bayi, yang sering dikritik sebagai bermutu rendah.

Mereka berharap produk tenusu diubah secara genetik dari ternakan lembu akan tidak lama lagi dijual di pasar raya.

Hasil kerja itu kemungkinan mencetuskan bantahan terhadap makanan berasaskan pengubahsuaian genetik (GM). Pengkritik teknologi itu dan kumpulan kebajikan haiwan memberi reaksi berang terhadap penyelidikan terbabit, mempersoalkan keselamatan susu daripada haiwan yang diubah suai secara genetik dan kesannya terhadap kesihatan ternakan.

Namun Profesor Ning Li, saintis yang mengetuai penyelidikan dan pengarah Makmal Utama Negeri untuk Bioteknologi Agro di Universiti Pertanian China menegaskan susu GM selamat seperti susu daripada lembu tenusu biasa.

Katanya: "Susu itu berperisa lebih kuat berbanding susu biasa." – Agensi

Source: SINI

Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru maka...

Smalam nyer lunch ^_^. Penangan Durian Pancake nyer pasal. Kebetulan baca blog HANIM yang baru makan DP kat Sweetchat. Apalagi...zzasstttt...trus bukak website SC nak nengok kat mana lagi branch SC nih. Yang paling dekat pon kat The Mines lah. Pastu dak CINTA pon teringin nak makan durian, tak dapat durian sebijik, dapat DP pon jadilah.


Puas rasa dapat makan. Sedap...tapi yang kat IKANO tu warna dia lagi kuning. Yang SC nih nampak macam pucat² sikit, tapi tetap sedap.


Pastu makan Baked Mac 'N' Cheese. Sedap...tapi bila dah banyak makan rasa muak, yer lah...cheese kan. So...uols yang teringin nak makan DP bley lah cari kat SweetChat selain dari MV ngan IKANO. Kat Ice Room pon ada gak.

Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci p...


Seperti gambar di atas, macam ni lah rupanya bila puan punya kereta terlupa nak amik kunci. Kunci pon tak pulas habis. Dari pukul 8.30 am till 6.00 pm kereta aku berkeadaan macam nih. Ni citer minggu lepas. Kalau aku parking kat tempat lain, memang sah² hilang lah kereta aku. Pencuri nak mencuri pon gelak² syaiton sebab memudahkan kerja mereka nak mencuri. Nasib parking kat office yang 24/7 ada pak guard yang jaga. Kalau tak.....nangis aku.

Aku pon tak perasan macam mana bley tak amik kunci kereta. Ni suma gara² anjing lah nih...pagi² dah sambut aku datang, siap bertenggek kat tepi pintu kereta, dah lah aku allergy ngan anjing. Nak cepat...takut anjing datang lagi, tu yang terus lupa nak amik kunci kereta. Bila nak balik baru perasan, cari² kunci kereta dalam handbag tapi nan ado. Menggelabah gila babi tak hingat di buatnya. Yang aku risau takut pintu tu automatic lock, nasib tak...klo tak jenuh nak mengumpil.

Haihhhhh...makin menjadi² plak penyakit lupa nih. Bahaya batul lah. Ingatkan suami jer careless, rupanya isteri dia lagi careless.

Dapat tau pasal Durian Pancake ni pon dari blog MEKCHU . Dia dok citer pasal kesedapan DP nih. Aku y...

Dapat tau pasal Durian Pancake ni pon dari blog MEKCHU. Dia dok citer pasal kesedapan DP nih. Aku yang nengok gambar DP ni pun turut terliur. Kalau nak beli DP nih, ada kat Mid Valley. Tapi ntah bila lah plak nak gi MV, dah lah jauh. Tak kan nak gi MV semata² nak beli DP nih. Jangan harap lah.

Kebetulan hari ahad aritu gi IKEA lagi. Ada lah satu gerai kecik nih jual bermacam² jenis pancake. Dalam hati aku ada ker tak drian pancake nih. Dah habis shopping, lalu situ pastu nengok lah satu² persatu perasa. Sekali....terpandang Duian Pancake, sukanya...☺☺☺. Beli sebungkus. Dalam tu ada 5 ketul DP RM10.

Lagi 2 ketul dah selamat masuk dalam mulut ☺☺

Masuk jer dalam kereta trus makan. Ya ampun...sedap giler tak hingat. Dah lah manis...pastu sejuk...perghhhhh...tak cukup rasanya 5 biji untuk 4 orang makan. Rasa rugi beli sebungkus jer...huhuhuhu...

Sooooo yummy. Cair di mulut...tidak di tangan, ekekekeke...

Kat mana lagi ada jual Durian Pancake nih selain kat MV ngan IKEA? Cer bagitau...cer bagitau...kat area BANGI ada tak? Nak makan DP lagi.

Salam semua. 4 hari blog sunyi sepi tanpa sebarang entry. Biasalah...puan blog bercuti. Tak ke man...

Salam semua.

4 hari blog sunyi sepi tanpa sebarang entry. Biasalah...puan blog bercuti. Tak ke mana pon, dok umah...memerah keringat nak up kan susu...hehehehe...pastu buat frozen solid food untuk anak dara.

google pic.

OK...berbalik kepada cerita lobak putih nih. Lobak Putih juga di kenali sebagai ajen penambah SUSU IBU. Aku gigih lah mencari lobak putih kat pasaraya, alhamdulillah...rejeki aku gamaknya, ada sebijik lobak putih yang tinggal. Apa lagi...grab lah kan even dah nampak macam pucat² sket.

Esok tu gigihlah masak sup lobak putih. 1st time masak. Mentang² lah sayur tu bayakkan susu ibu, baru lah terhegeh² nak makan, klo tak...nan adonya. Nampak lobak putih pon buat² nak nampak jer. Skang nih...ha...amik ko, tercari² lobak putih.

Bila dah masak jer aku pon makanlah, tetapi...lobak putih yang aku masak tu rasa pahit yang amat...apakah??? Adakah aku silap potong??? Atau silap masak??? Atau silap aku yang memang tak pandai masak??? Cer citer...cer citer...ada cara ker nak masak lobak putih nih supaya tak pahit?

Kesudahannya...aku buang sup LP tuh. Aku frust sebab tak bley nak makan sup lobak putih buatan sendiri...huwaaaaaaa...nasib aku tak masak semua. Ada separuh lagi LP yang blom masak.

Aku ingatkan LP nih macam carrot gak...lemak² manis berkrim gitu. Rupa² nya...pahit. HUbby cakap, 'membazir jer masak, makan jerlah...pahit tu kan ubat'. Adoi...macam mana nak makan bang, pahit campur kelat...tekak ni tak bley nak telan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks