AFB Feeds

Finally...gadjet yang aku nanti² kan tiba juga. Gadjet apa tu? Apa lagi kalau buka Breast Pump baru....

Finally...gadjet yang aku nanti² kan tiba juga. Gadjet apa tu? Apa lagi kalau buka Breast Pump baru. Introduce my ner gadjet:

Google Pic.

Medela Swing. Nak beli Medela Freestyle tak mampu lagi. Malam semalam sampai. Memang penyelamat. Malam tu gak aku pulun. Bayangkan lah...semalam hasil tenusu hanya 4 oz sahaja. Qahirah minum 12 oz sehari. Pagi nih aku hantar pon catu² sket pastu campur ngan frozen solid food 2 botol. Alhamdulillah...pagi nih pam dapat 5 oz. Hasil dah nak kembali meningkat ^_^

Bila dah dapat pam baru nih, semangat makin membara-bara nak buat stok. Lebih² lagi stok nan ado, memang Struggle nih nak mengumpul balik hasil tenusu.

Tapi kan...memang best ah pakai pam elektrik, tak penat...relax jer ^_^

Yeay...dapat BE lagi. Kalau aritu dapat BE Celcom, kali nih dapat VW Polo Extension pulak, suka..suk...

Yeay...dapat BE lagi. Kalau aritu dapat BE Celcom, kali nih dapat VW Polo Extension pulak, suka..suka..suka...☺☺☺☺


Untuk BE Celcom, earning nya adalah yang tertinggi pernah aku dapat. Tapi tak der lah sampai puluh² atau ratus² hinggit. Jenuh nak dapat earning tinggi macam tu. Yer lah...blog picisan jer. Tu pon bersyukur...ada gak orang nak baca kan...hehehehe...

What say you? Topik hangat Dewan Rakyat dan Hot FM pagi nih. KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bun...

What say you? Topik hangat Dewan Rakyat dan Hot FM pagi nih.

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Source: UTUSAN

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusuka...

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Salam semua.

Bersamaan dengan tajuk di atas. Iyer...aku tengah struggle, struggle untuk mengumpul stok SUSUIBU. Stok yang ada tinggal sebotol sahaja. Mood pon agak ke laut...tak sempat nak jenjalan kat blog kawan² sambil tinggalkan jejak. Yang ada dalam fikiran...nak perah susu...nak perah susu...

Aku tak tau di mana silapnya. nak masuk 2 minggu susu aku merudum. Merudum yang amat teruk sekali. Nak kata period...aku baru habis period. Tak kata tak makan...macam² aku makan. Nak kata tak pam...hari² aku pam. Kalau 2 minggu lepas aku bley dapat 12-15 oz sehari. Tapi dekat 2 minggu nih, hasil hanya 5-6 oz sehari.

'Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah
dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu,
susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku'

Sedih...teramat sedih. Dahlah valve avent terkoyak. Mengadu kat hubby. Ingatkan dapat feedback yang bagus...ajak gi kedai beli valve ker...hhhmmmmm...nan ado...sabar jerlah. Saya tak minta lebih pon abang, cuma support jer...susah ker?

Buat masa nih aku buat teknik marmet. Tapi tak banyak pon yang dapat. Adalah dalam 1-2 oz. Tu pon dah kira bersyukur...daripada tak der langsung. Kalau tak cukup susu gak, start esok time lunch hour aku kena gi nursery untuk susukan qahirah.

Kejam ker kalau aku catu susu qahirah? Atau rezeki qahirah untuk mendapat khasiat SUSUIBU hanya setakat ini sahaja? Ya Allah...permudahkanlan urusan hambamu ini. Insya'allah pam yang aku order akan dapat esok. Aku sedang berusaha sedaya upaya nak meningkatkan hasil susu. Hope susu boleh kembali meriah seperti dulu.

Salam semua Curi² masa nak update. Tak sempat lagi nak jengah blog kawan². Hari ni genap usia QAHi...

Salam semua

Curi² masa nak update. Tak sempat lagi nak jengah blog kawan². Hari ni genap usia QAHiRAH 6 bulan. Apa lah yang berjaya tu yer? 1st stage penyususan SUSU IBU untuk 6 bulan telah berjaya...chaiyuk...chaiyuk untuk diri sendiri. AKu dah berjaya fully BREASTFEED qahirah. Macam tak caya jer. Tak sabar nak bagi qahirah solid food. Nak tengok memek muka dia bila dapat makanan yang pertama.


Alhamdulillah...kesihatan qahirah untuk 6 bulan ni sangat ok. Tak pernah demam lagi...syukur...cuma kena selsema and batuk yg heavy gak lah sampai kena Nebulizer. Tu yang badan pon nampak susut sket.


Dah boleh meniarap dengan jayanya seawal 4 bulan aritu. Skang nih dah nak angkat² montot. Kalau ibu, abah ngan abang iman makan, qahirah pandang jer...tanda dia pon nak makan gak. Kalau ada makanan kat tangan, dia akan cuba capai nak masuk dalam mulut...no..no..no...hari atau esok ibu akan bagi awak makan ^_^.

Your 6-month-old's development

Cabaran untuk 6 bulan dah lepas. Skang nih cabaran untuk melengkapkan penyusuan susu ibu untuk 2 tahun dah bermula. Semoga niat aku untuk fully Breastfeed Qahirah until 2 tahun di permudahkan olehNYA...amin...Aku tak nak kegagalan fully Breastfeed anak pertama berulang. Doakan saya yer kawan² ^_^

Dah buat ikut tutorial yang ada, tapi tak jadi². Kenapa erk, tak der gambar yang keluar. SIlap te...

Dah buat ikut tutorial yang ada, tapi tak jadi².


Kenapa erk, tak der gambar yang keluar. SIlap teknik ker apa nih. TOlong...sesapa yang expert bley explain tak kenapa jadi macam nih. Mekasih.

Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza. Drop by dari blog Kak y...

Sebagai tanda sokongan untuk parents arwah baby Adelia, Nizzam dan Fariza.


Drop by dari blog Kak yong. Sangat sedih bila membaca kisah² kematian yang membabitkan bayi. Yang terbaru ada lah baby Adelia. Tak habis² kisah membabitkan kematian bayi tersedak susu di nursery. Sampai bila kita sebagai parents yang terpaksa menghantar anak² di nursery, setiap hari akan memikirkan keselamatan anak...asyik di sajikan dengan berita² tragik nih? Daripada last year until this year, ada jer berita tantang kematian baby di nursery. Sangat menyedihkan bila bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kecuaian pihak yang tak bertanggungjawab.

Untik mengetahui cerita dengan lebih detail, bley baca kat sini:


Ada juga komen dari orang² yang bermulut celupar mempertikaikan kenapa bayi seawal 2 bulan harus di hantar ker nursery? Bagi aku, kalau aku orang KAYA...banyak duit, tak perlulah susah payah aku nak hantar anak kat nursery. Duduk rumah jaga anak 24/7 sehari. Tapi aku bukan orang kaya yang bley goyang kaki, upah maid untuk jaga anak. Aku perlu bekerja untuk bantu suami cari rejeki. Kalau tak bekerja, anak² nak makan apa? Dengan keadaan ekonomi yang semuanya memerlukan DUIT.

Kamu...kamu...dan kamu yang SAHM (Stay at Home MOM) sangat² beruntung kerana boleh melihat tumbesaran anak dan memantau keselamatan anak di depan mata berbanding kami...kami...dan kami yang terpaksa bekerja nih.

Ya Allah...semoga anak² kami yang berada di nursery sentiasa di bawah lindunganMU...amin...

Salam semua. Pagi nih suasana kat office tetiba bertukar menjadi luar biasa daripada biasa. Dari a...

Salam semua.

Pagi nih suasana kat office tetiba bertukar menjadi luar biasa daripada biasa. Dari aman damai bertukar menjadi cemas...dengan jeritan², dah macam histeria gamaknya...ekekekeke...Nak tahu sebab apa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Terjerit² bukan sebab artis fofular atau orang² kenamaan datang nak tengok umah tapi ada ULAR uols...tetamu yang tak diundang nih bertandang kat Sales Gallery office. Aku tak sempat pon tgk ular tu. Dari apa yang dorang citer, tak der lah besar mana pon, kecik dan panjang sketlah, tapi garang.

Ular ni menyorok kat balik dustbin kat receptionist area. Nasib budak receptionist nih perasan ada ular. Kalau tak? Tetiba kang melingkar jer kat kaki...eeeuuuwwwwww...geli. Nak tergelak pon ada gak bila dengar dorang terjerit² kat bawah...ahhhhhhh...eeeeee...biasalah org pompuan, kuat menjerit...ekekekeke...

Lepas nih aku kena check plak workstation aku nih. Manalah tau ada menatang lain selain ular. Yerlah...sebelah office ada hutan. Ular sawa pon ada yang pernah jumpa. Eeeeuuwwww...takutnya.

Buat pembayar² cukai di luar sana, harap berhati² dengan email palsu yang di keluarkan oleh pihak ya...

Buat pembayar² cukai di luar sana, harap berhati² dengan email palsu yang di keluarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Macam² cara nak menipu orang skang nih.


Kalau tak bley nak baca surat tu, ni aku Copy and Paste.

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email (HASIL refund-payment@hasil.gov.my) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak di berikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka di minta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mail tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti pfishing oleh pihak tidak bertanggugjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mail tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya san dilarang memberikan sebarang maklum balas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

Bahagian Keselamatan ICT, LHDNM telah bertindak pantas memaklumkan hal ini kepada Suruhanjaya Keselamatan ICT Malaysia bila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah di pintas dan ditutup. ini adalah merupakan cubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan hal ini boleh di ajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mail callcentere@hasil.gov.my

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
Pengarah Komunikasi Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my



Google pic. Bila makan memang sedap tak hingat donia . Tapi bila dah terperap dalam kereta...ya amp...


Bila makan memang sedap tak hingat donia. Tapi bila dah terperap dalam kereta...ya ampun...baunya amik masa berhari² nak hilang.

Cerita hujung minggu. Hari sabtu aritu balik kampung my MIL kat Kg. Gajah, perak. Sepanjang perjalanan pergi ngan balik tu hujan jer. Kira ok lah kan, tak der lah panas sangat. Dah lama gak tak balik perak nih.

Skang kan tengah musim durian. Memang cantik sangat lah klo balik pon. Lepas makan kat kenduri kawin, rehat² lah kejap. Pastu my SIL panggil. Ada durian...fresh dari kebun ^_^. Sukanya...sebab dah lama tak makan durian. HUbby kopek lah beberapa biji. Ya Allah...sangat sedap. Banyak gak lah aku makan, dah macam orang jakun tak pernah makan durian gamaknya. Di sebabkan qahirah nyusu badan, terpaksalah kontrol kan....Kang sakit perut plak anak dara tu. Iman plak memang dari dulu minta nak durian, tapi bila dah dapat, tak reti plak nak makan.

Tapi kan...aku terkilan betul lah. Masa nak balik my MIL ada kirimkan 4 biji buah durian. Bajet balik umah nanti nak sambung makan puas². My hubby durian nih dia kurenggg sket. Sampai umah dah malam, tak larat lah nak angkut durian bawak naik atas. Tgh hari semalam aku tanya:

ME: tak bawak naik durian ker? dgn selambanya hubby jawab
HUBBY: abg dah bagi suma durian tu kat pak guard, malas lah nak bawak naik atas.
ME: la...apsal tak tinggalkan sebijik?
HUBBY: malaslah...leceh nanti nak kopek, lagi pon nanti umah bau

Uuuwwaaaaaa...tak aci btul laki aku ni tau, pak guard di utamakan istri di ketepikan aku rasa macam nak turun nak minta sebijik durian kat pak guard tu. Ini tidak adil. Dah lah durian tu sedap. Hhhhmmmm...tak rejeki nak melantak durian.

P/s: Macam mana nak hilangkan bau durian dalam kereta erk? Pening lah kepala bau durian tak hilang².

Salam semua. Hari nih hari jumaat, bermakna berakhirlah musim cuti sekolah. Dengan ini, jalan pon akan mula sesak start minggu depan...lal...

Salam semua.

Hari nih hari jumaat, bermakna berakhirlah musim cuti sekolah. Dengan ini, jalan pon akan mula sesak start minggu depan...lalalala...

Seronok betul rasa bila cuti sekolah, jalan clear and smooth. Keluar lewat pon sampai office awal. Cuba kalau time sekolah, klo keluar lewat alamatnya sampai office pon lewat lah gamaknya.

Tapi kenapa erk, time cuti sekolah jer jalan clear, Parents pon ikut anak² cuti gak ker? Hhhmmmmmm.....

Minggu ni muka senyum sampai telinga sebab jalan clear, minggu depan start lah memasing muka tension menghadap jammed termasuklah aku.

Info yang sangat² menarik untuk di kongsi bersama. Aku dapat info ni pon dari blog KANCILBIRU . Wardina ada kongsikan cerita nih di Wardina ...

Info yang sangat² menarik untuk di kongsi bersama. Aku dapat info ni pon dari blog KANCILBIRU. Wardina ada kongsikan cerita nih di Wardina Official Page. Jom kita baca ^_^

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3) Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? Absolutely Right

Macam² perasaan, bercampur baur bila baca citer nih. Sangat teruja dan kagum cara wardina ajar anaknya SOLAT.

Barulah aku dapat rasakan macam mana perasaan bila anak hilang. Ni yang hilang sekejap pon dah mengg...

Barulah aku dapat rasakan macam mana perasaan bila anak hilang. Ni yang hilang sekejap pon dah menggelabah, macam mana pulak yang hilang anak tak jumpa² macam kes SHARLINI tu. NI citer masa berjimba² kat IKEA. Iman hilang uols...dekat 10 minit gak lah mencari. Bukan tak pegang tangan, faham² lah budak tengah active, berlari sana sini. Nak letak dalam stroller leceh plak, kang nak tolak trolley lagi.

Masa tengah survey² barang ada lagi budak nih, bila pusing jer...nan ado, sekejap betul dah hilang. Puas cari keliling² situ tak jumpa. Berpecah ngan hubby gi cari. Menggelabah jangan cakap lah, nasib tak der heart attact...rasa nak nangis pon ada, orang ramai plak tu. Dah macam orang hilang arah cari anak...berdebar² hati nih. Marah ada...geram ada, dah pesan ngan dak iman nih jangan gi memana.

Pusing² kat bahagian bebudak, tak der gak. Pusing lagi, pastu nampak kat bahagian toys. Dari belakang aku dah nampak budak pakai baju belang merah putih tengah main block, sambil di layan oleh chinese lady ngan cucu dia Phewwwww...leganya rasa hati bila dah jumpa. Si iman macam biasalah, buat muka selamber dia. Mak pak dia dah menggelabah dia tak tau...haihhhh...Yang herannya, aku dah pusing kat situ, tapi tak nampak plak, mungkin sebab dah menggelabah sangat kot.


Hubby plak dah nak gi kaunter untuk buat announcement budak hilang. Nasiblah cepat jumpa ko nak ooiiiii. Bagi aku 10 minit tu dah cukup mencemaskan, rasa macam 10 jam. Tobat lah...lpas nih klo gi IKEA duduklah kamu dalam stroller diam². Tak sanggup dah ibu abah nak menghadapi saat² cemas lagi.

Sanggup laki bini nih amik cuti semata² nak gi IKEA. Semalam adalah hari men'cukur' poket, k...

Sanggup laki bini nih amik cuti semata² nak gi IKEA. Semalam adalah hari men'cukur' poket, kata ada SALE kan. Ingatkan tak ramai lah orang kat IKEA sebab hari biasa, rupa² nya ramai gak. Lupa plak dah mula cuti sekolah ☺☺. Jalan pon agak jammed gak, tensi betul. Sampai kat IKEA dalam pukul 10.30 am.

Acara memilih barang pon bermula, sambil mencatit barang yang di kehendaki. Memang murah. Rambang mata pon ada gak, klo bley suma nak di belinya...muahahaha...Dah penat pusing, rehat lah pulak. Kalau dah gi IKEA, tak sah lah kalau tak makan meatball kan, nak² orang mcm aku nih, 1st time makan meatball IKEA, pastu makan plak DAIM Cake...so yummylicious, rasa tak cukup sepinggan, dasar jakun tak pernak makan...ekekekeke...


Dah habis makan sambung lah shopping balik. Sampai tertido iman kat trolley. Aku memang tak pernah shopping kat IKEA, ingatkan dah tulis² barang dorang yang akan amikkan, rupa² nya kena cari sendiri, nasib barang² yang di beli tu senang nak cari. Tapi agak frust lah, wardrobe iman tak bley nak beli sebab tak muat nak masuk keta. Pastu nak beli Aneboda chest drawer, dah habis lah plak...adoiiii...ntah bila lah lagi nak gi IKEA.


Penat betul rasanya. Penat mencari barang dengan penat mencari BUDAK HILANG. Budak mana yang hilang? Nanti aku citer.

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang menga...


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

Source: BH Online

P/s: Smalam dalam berita TV3, last segmen pasal botol BPA ni ada di sebut "Bagaimanapun...penyusuan SUSU IBU adalah yang terbaik" ☺☺☺

Semoga pelajar² Malaysia di Jepun berada dalam keadaan selamat. For more detail, bley baca Major ts...


Semoga pelajar² Malaysia di Jepun berada dalam keadaan selamat. For more detail, bley baca Major tsunami damage in N Japan after 8.9 quake (Updated)

Tak pernah² jammed pepagi kat highway UNITEN-SERDANG-PUTRAJAYA. Kalau dari tol sungai Ramal tu bias...


Tak pernah² jammed pepagi kat highway UNITEN-SERDANG-PUTRAJAYA. Kalau dari tol sungai Ramal tu biasalah, hari² jammed. Tapi pagi nih jammed gila ba** tak hingat dunia. Start dari UNITEN sampai lah ke MARDI sana. Gigil² lutut aku main clutch (betul ker eja nih) ngan minyak...menyirap jer rasa.

Minyak kat screen plak dah menyala² minta di isi, dari umah lagi dah menyala. Kang tak pasal² keta aku tersangkut plak kat tengah² sbb habis minyak. Gelabah gak lah. Petrol station jauh lagi. Nak tak nak...usap² lah skit kan, sambil buat ayat² cinta. Kereta pon ada perasaan gak. Dah mcm orang tak betul gamaknya bercakap sesorang dalam keta...hehehehe...

Berbalik kepada citer jammed tadi. Sempat lah jugak aku amik gambo.


Punca kejadian rupa² nya sebab kemalangan maut. Ntah accident ngan apa aku pon tak tau. Nak kata accident ngan motor, tak nampak plak motor kat tgh jalan tu. Yang aku nampak ada 4w HILUX tersadai kat tepi ngan bahagian depan nya remuk. Pastu ada mayat yang dah ditutup. Aku ingatkan satu jer, rupanya 2 mayat.


Tu jer yang sempat ambik. Seram gak tengok mayat terbaring kat tepi jalan tu, 1st time nengok sejak aku memandu nih. Lepas sudah jalan sesak. Last² nampak gak logo PETRONAS...legaaaa...

Sekian laporan kemalangan maut dari saya...ekekekeke...

1st time merasa yogurt cheese nih trus jatuh chenta. So yummyyyyyy hokey. Aritu 2 hari berturut-turu...

1st time merasa yogurt cheese nih trus jatuh chenta. So yummyyyyyy hokey. Aritu 2 hari berturut-turut aku beli YC cake nih. Rasa macam tak puas makan jer, sedap sangat. Tak semua SR yang ada YCC nih.


Hari nih aku bedal lagi YCC lepas dah lama tak dapat, sambil buat kerja sambil makan cake ^_^. Jemput makan semua :-)

Nak habiskan tak sampai hati plak bila teringat kat anak. Tinggal kan sket untuk anak lah.

Petang smalam bukak jer pintu rumah ada bau benda hangit. Tak der lah fikir apa², mungkin bau masaka...

Petang smalam bukak jer pintu rumah ada bau benda hangit. Tak der lah fikir apa², mungkin bau masakan jiran² yang tengah gigih memasak kan. Pastu balik dari klinik, hubby pon bukak lah citer sambil tersengih².

Dia panaskan lauk sup, pastu tertidur. Api pon tak der lah besar sangat. Dah tidor lebih kurang 30 minit, tido terganggu dek bunyi handphone. Secara automatik trus teringat dekat sup yang di panaskan tu. Aku pon secara automatik gak gi nengok nasib sup tu. Ambik ko...tak dapat di selamatkan lagi.


Hangit dan kering habis kuah sup tu. Periuk jangan cakap lah...hitam legam dalam tu. Jenuh lah aku nak menyental nanti. Alhamdulillah lah tak der apa². Bahaya betul tau.

5 orang lucky follower yang di pilih secara random akan menerima: 1 freeze magnet + 1 keychain dar...


5 orang lucky follower yang di pilih secara random akan menerima:
1 freeze magnet + 1 keychain dari melaka.

Tarikh tutup: 23 mac 2011

Bley layari blog AZIE untuk lebih detail.

Hari nih, 8 march 2011 adalah International Women's Day. Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia ...


Hari nih, 8 march 2011 adalah International Women's Day. Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita² di luar sana tak mengira usia. Majulah Wanita untuk Negara.


Percayalah, anda sememangnya dilahirkan istimewa walaupun berbau bawang, minyak dan muntah anak..24 jam..!! (bak kata AMIRAH ^_^)

THE FIESTA THEME "1WORLD, 1MALAYSIA, 1FIESTA" This year's theme is in line with our...


THE FIESTA THEME

"1WORLD, 1MALAYSIA, 1FIESTA"

This year's theme is in line with our Prime Minister's 1MALAYSIA campaign. The fiesta would be the perfect avenue in promoting unity.

1WORLD

Balloonists from around the world will be participating in the fiesta. We aim to attract international tourists to Malaysia through the event.

1MALAYSIA

Fans or spectators from around Malaysia, are all invited to participate and join in the fun at the event.

1FIESTA

Hot air balloons being the highlight of the event, there will also be many activities and entertainment that is conducive for all.

For more detail and schedule, please click HERE

P/s: Last year aku ada gi. Ramai giler orang pastu nak kena jalan jauh plak tu. This year kalau nak pergi kena gi pepagi.

Tajuk sikit punya panjang, tapi nak cite pasal Breat pump jer ^_^. Adoiiii...tensi aku. Dari last we...

Tajuk sikit punya panjang, tapi nak cite pasal Breat pump jer ^_^. Adoiiii...tensi aku. Dari last week lagi BP Avent aku buat hal. Valve dah longgar. Setiap kali pump asik tercabut jer. Kekadang sampai terkejut di buatnya. yerlah...tengah syiok² pump, tetiba bunyi kuat, valve tu dah termasuk ke dalam. Dah 2 kali aku tukar. Yang ke dua ni baru lagi tukar, dah buat hal. Bley tahan gak harga sebijik valve yang cikinot (bak kata iman ^_^) nih.


Bila valve tu dah termasuk dalam, kenalah bukak kan, meleleh² susu keluar...rugi tau...setitik susu tu cukup berharga bagi aku. Nak menge'pump' pon lambat sebab valve tu. Tangan pon jadi melekit² asik bukak tutup...bukak tutup...haihhhh...

Aku dah order BP baru, biasalah...installment. Insya'allah bulan nih dapatlah. Letih dah pakai pump manual nih. Last week aku try buat Power Pumping, letih gak lah kalau pakai manual. Kalau tak cukup kesabaran, separuh jalan jerlah ko buat sebab nak kena kena pump kiri 10 minit, pastu tukar pump belah kanan plak 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Bley kluar muscle lah di buatnya...ekekekeke...

Hai lah BONUS...cepatlah masuk...*wink*

Ada banyak jenis kutu...kutu rayau, kutu beras, duit kutu...ekekekeke...dan yang paling aku benci adalah KUTU RAMBUT. Eeeeuuuwwwww...geli ho...

Ada banyak jenis kutu...kutu rayau, kutu beras, duit kutu...ekekekeke...dan yang paling aku benci adalah KUTU RAMBUT. Eeeeuuuwwwww...geli hokey. Apsal lah tetiba citer pasal kutu plak erk. Nak tau.

Aku dan menjadi penternak kutu yang berjaya...lalalala...Tak lain tak bukan, pembawa kutu adalah Iman. Ibu kutunya pulak adalah NURSERY. Kenapa erk, bebudak yang di hantar ker nursery mesti ada kutu. Macam dah sinonim KUTU and NURSERY.

Memula aku ingat kepala aku gatal² sebab syampoo. Tetapi telahan ku silap. Pagi tadi masa aku urai rambut aku ngan tangan, biasalah rambut banyak gugur kan, daripada berterabur kat lantai, baik aku teraburkan kat bilik air, senang nak kutip sekali banyak. Tengah feeling² urai rambut sekali aku terasa kat kulit ni macam ada sesuatu...geli tak...geli tak...geli kan, aku pon tarik, sekali....hamik ko....KUTU siot. Meremang kegelian aku tgk kutu tu.

Aku dah tersalah tafsir, bukan silap syampoo, tapi kepala aku dah berkutu...larik...bersiap sedialah ko kutu.

Macam mana nak elakkan kutu nih melekat kat rambut bebudak erk. Ada symapoo khas tak untuk menghalang kutu² nih hinggap kat kepala. Aku risau si qaira jer nih, aku nampak dah tergaru² kepala dah...uuwwaaaaaa...menci, menci...

Salam semua. Untuk pengetahun kamu...kamu...dan kamu semua, DealMates.com akan mengadakan cabuta...

Salam semua.


Untuk pengetahun kamu...kamu...dan kamu semua, DealMates.com akan mengadakan cabutan bertuah untuk Get the World's Sexiest Laptop for Free! RM0 for a Chance to Win the Ultra Compact 11" MacBook Air Worth RM3299! suka tak...suka tak...mestilah suka kan. Siapa tak suka barang percuma. Mana tahu rejeki kan.

Senang jer nak daftar, just follow step kat bawah nih:

1. Klik website DealMates.com, kalau ada FB, trus log in FB Connect, kalau tak der, bley create account baru.


2. Klik buy


3. Klik Proceed to Payment. Tak perlu risau sebab kat total payment tu memang RM0


Dah selesai. Lepas register, email akan di hantar bersama DealMates Certificate. Announcement untuk cabutan bertuah nih 8 March 2011. Jom...daftar cepat² untuk:

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenak...

Anak adalah anugerah kepada setiap ibu bapa.Walau senakal mana pun mereka,pasti ada cara yang sesuai bagi mendidik dan menangani tahap kenakalan bagi setiap tahap umur.

Dalam islam sendiri menggariskan langkah-langkah yang sesuai untuk menangani golongan ini.Paling utama ialah doa yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia ke arah mewujudkan baiti jannati.

Sebagai ibubapa,kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak dan tidak mengatakan perkara yang buruk-buruk kerana kata-kata seseorang ibu adalah doa.Perkataan seperti ‘bodoh’,'malas’,'bangang’,'tak reti diajar’ hanya akan membuatkan seorang kanak-kanak itu memberontak,seterusnya langsung mengingkari setiap arahan dari ibu bapa.

TIP

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan seperti berikut.Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

1.Selalu amalkan baca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyak bersabar dan yang utama,jangan cepat melenting jika anak melakukan sesuatu yang di luar dugaan.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyakkan berdoa kepada Allah dan minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi,peluk anak sebanyak tiga kali,usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati(bergantung pada niat kita untuk di anak).

5.Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran,baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 daripada surah as-Syura bermaksud”Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya;Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki,dan Dialah Yang Maha Kuat,Lagi Maha Kuasa”Sebaik-baiknya dibaca selepas Subuh,baca pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

7.Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.Semua ini Insya-Allah adalah da pelembut hati.Begitu juga,Surah Toha ayat 1hingga 8,surah ar-reahman ayat 1 hingga 4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.

8.Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik,amalkan ayat 38 daripada Surah Ali Imran iaitu doa Nabi Zakaria yang bermaksud,”Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya,katanya:Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik;sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima)doa permohonan.”

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan.Sebaik-baiknya setiap malam ketika anak dalam keadaan baru hendak tidur,ketika ini otak mereka sedang berehat dan lebih cepat mendengar kata.

10.Selepas solat lima waktu,amalkan doa daripada ayat 74 daripada Surah al-Furqan yang bermaksud,”Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata:Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu)bertakwa.”

Amalkan juga ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud,”Wahai Tuhanku!Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang,dan zurait keturunanku.Wahai Tuhan kami,perkenankan doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata ornag mukmin.

Source: SINI

Salam semua. Pagi nih sedikit busy, ni pon sambil buat kerja sambil menaip entry...hehehehe...faha...

Salam semua.

Pagi nih sedikit busy, ni pon sambil buat kerja sambil menaip entry...hehehehe...faham² lah ^_^


Cabaran aku dalam breastfeeding sudah pon bermula. Cabaran apa tu? Apa lagi...nipple aku dah di jadikan teether oleh anak dara nih. Seawal umur qaira 4 bulan aritu, dah pandai mengigit². Sebelum² ni ada gak gigit, tapi tak derlah sakit sangat, just dia gigit² manja jer. Tapi bila makin membesar nih, makin galak plak.

Mungkin qaira dalam fasa nak tumbuh gigi, tapi aku check tak nampak plak putih² macam nak tumbuh gigi kat gusi dia tu. Memang dasar gusi keras. Terasa sangat wei bila dia gigit. Lagi buat tambah sakit bila dia gigit pastu dia alihkan muka dia kat tempat lain sambil tarik nipple aku macam orang tengah geram. Ya ampun...terjerit² aku. bley plak dia gelak...geram betul. Nak picit hidung dak kecik nih tak sampai hati, yerlah...baby lagi kan, apa dia tahu. Nak tak nak, redha jer lah nipple nih di gigit walaupon sakit.

Ada gak belikan teether, tapi taknak plak dia gigit benda alah tu, benda lain gak yang dia nak gigit. Aku tak dapat bayangkan kalau qaira dah tumbuh gigi nanti, blom ada gigi pon dah sakit, inikan kalau dah ada gigi...uuwwaaaaaaaa...lagi mencabar lepas nih.

Salam semua. Pendaftaran untuk kemasukan tahun satu telah di buka. Especially untuk penduduk² yang menetap di kawasan Selangor. Boleh laya...

Salam semua.

Pendaftaran untuk kemasukan tahun satu telah di buka. Especially untuk penduduk² yang menetap di kawasan Selangor. Boleh layari website Jabatan Pelajaran Selangor. Senarai sekolah semua ada.

Silalah daftar cepat² sebab pendaftaran hanya di buka selama 2 bulan sahaja. Bermula 1st march 2011 until 30 April 2011. Aku try bukak pagi nih, bley lagi, tapi bila nak bukak balik dah tak bley. Di hentikan seketika untuk proses penyenggaraan semula. Ramai sangat yang dah daftar gamaknya.

Kalau nak daftarkan anak² kat Sekolah Berprestasi Tinggi nih, senarai seperti di bawah. Kat area Bangi, SBT adalah SK Jalan Tiga, Selangor. Kalau nak daftarkan iman kat skolah nih mcm jauh lah plak kan ^_^.

Sekolah Menengah Harian

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor

Sekolah Berasrama Penuh

1. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
2. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
6. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
7. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
8. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
9. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
10. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
11. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor

Sekolah Kebangsaan

1. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
2. SK Convent Muar, Johor
3. SK Seri Biram, Pahang
4. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
5. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
6. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
7. SK Sultan Ismail, Terengganu
8. SK Jalan Tiga, Selangor

Sekolah Jenis Kebangsaan

1. Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Perempuan China, Pulau Pinang
2. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Source: HERE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks