Tayar Kereta Menggelembung @ Benjol

Tuesday, December 27, 2011


Baru aku tahu, selain pancit...tayar juga boleh jadi menggelembung @ benjol. Pertama kali alami situasi macam nih. Bulan lepas punya cerita. Dalam perjalanan nak balik umah, masa sedang memandu tu rasa macam tak selesa. Steering asyik-asyik nak ke kanan jer. Lepas tu rasa perjalanan macam tak lancar...macam tersangkut-sangkut. Dalam hati dah menggelabah dah. Tayar pancit ker? Rasa macam tayar pancit pun ada. Nak berhenti kat stesen minyak tapi dah terlepas. Cuba tekan minyak nak cuba bagi laju, tapi tak boleh...rasa kereta tu berat. Dah sah-sah memang ada yang tak kena lah ni.

Dalam hati tu berdoa jer lah semoga selamat perjalanan pulang. Bawa kereta memang perlahan tahap cipan. Bawa pun dekat lane 1 jer. Rasa macam nak cepat-cepat sampai dekat umah. Bila sampai dekat nursery, check lah tayar kereta, tapi tak ada pulak nampak pancit...ok jer. Bersyukur sangat-sangat sebab selamat juga sampai.

Esok nya si dia bawak kereta pergi bengkel, rupa-rupa nya tayar gelembung. Mungkin sebab aku ada langgar lubang dan hentakan agak kuat, tu yang tayar jadi benjol. Memang bahaya. Ini ada sedikit info punca tayar gelembung dan Tips Mengawal Kenderaan Sewaktu Kecemasan:

Anda tahu apa itu tayar mengelembung atau benjol?

Tayar benjol atau mengelembung ialah tayar yg dah putus radial dalam atau jaringan besi dalam tayar tu.

Bagaimana perkara tayar gelembung aka benjol ini terjadi?

Tayar benjol atau mengelembung boleh terjadi kerana habis tarikh luput walaupun bunga masih banyak dan akibat jatuh kedalam lubang sehingga menyebabkan terputusnya tali-tali radial dalam tayar tu.

Apakah simptom-simpton tayar mengelembung?

Kalau anda bawa kereta atau motor, anda rasa seperti menaiki atau melalui jalan yang tidak rata (disebabkan tayar tu dah benjol). Anda mungkin merasakan gegaran padasterin . Anda mungkin merasakan kesalahan balancing tayar kereta, beza masalah balancing dengan tayar benjol ialah, kalau tayar benjol masa nak bawa (dari berhenti ke bergerak) tayar susah bergegar,anda dapat rasakan melalui steren yg anda pegang. Kalau masalah balancing plak, steren anda akan bergegar pada halaju tertentu contoh 80km/j.

Apa penyelesaiannya?

Tayar benjol atau mengelembung anda perlu tukar tayar baru sebelum "gunung berapi" tayar anda pecah aka meletup.

TIP MENGAWAL KENDERAAN SEWAKTU KECEMASAN

Adalah penting bagi seseorang pemandu mengetahui bagaimana memberhentikan kenderaan dalam keadaan kecemasan bagi mengelak kemalangan.

Di bawah ini disertakan panduan kepada para pemandu untuk diikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti berikut:

Tayar Pecah
  • Pegang stereng dengan erat.
  • Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
  • Membrek dengan perlahan-lahan dan berhati-hati.
  • Membrek dengan tiba-tiba boleh menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
  • Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk melakukan proses penukaran tayar.
  • Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
  • Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat kecemasan agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan mereka.
Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
  • Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda sewaktu memandu.
  • Pegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan membrek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
  • Naik ke atas bahu jalan iaitu jauh dari aliran lalu lintas.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Nyalakan lampu kecemasan dan digalakkan menggunakan alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.
Kenderaan Terbakar
  • Kejadian sering kali berlaku akibat litar pintas di dalam sistem elektrik kenderaan.
  • Hentikan kenderaan dengan segera.
  • Matikan sistem penghidup/pencucuh dan arahkan penumpang keluar.
  • Buka bonet dan cabut wayar yang terbakar jika boleh.
  • Gunakan alat pemadam kebakaran.
Source: SINI 

    You Might Also Like

    28 komen

    1. hishh aku part2 tayar nih mmg xsuka!.. jgn la suh aku pam tayar.. aku takut tau,.. takut meletop hahahhaa

      ReplyDelete
    2. ingatkan gambar tu tayar lori kamu~~keh keh~~

      ReplyDelete
    3. Huh...nsb bek selamat smpi ke destinasi. Sy pnh mengalami tayar blkg pecah! Lagi ngeri oh!

      ReplyDelete
    4. ahahaha! ingat tak kes tayar pancit mase kita gi lunch kat hotel putrajaya??

      ReplyDelete
    5. nieza baru 1st time dengar pasal tayar benjol padahal dah lebih 10tahun memandu .. huhu

      ReplyDelete
    6. terima kasih untuk info yg sangat berguna ini. pemandu perempuan terutamanya kenalah sentiasa berhati2 bab kereta. kena ambil tahu banyak perkara...sebab selalunya perempuan tahu drive sahaja, bab rosak sana sini mula gelabah

      ReplyDelete
    7. seram gak tgk menggelembungcamtu, festaim tgk ni, hehehehe!

      ReplyDelete
    8. mmg ye fiza, penyelesainnya tukarlah dgn tayar baru, hehehe mcm2 ek dh sampi ujung tahun ni, aritu kete aju kemek ni tayar gelembung pulak hehehe

      ReplyDelete
    9. nasib baik perasan kan..kita org perempuan ni gitulah kan...

      Jom Singgah Baca : Gigi Dah Tak Cantik | Faiz

      ReplyDelete
    10. sangat² membantu nie especially pada wanita macam saya nie yang hanya reti bawak kereta je, bab maintainance pulak serahkan pada suami huhuhuuuu

      paling risau kalau tayar pancit masa tengah drive...

      ReplyDelete
    11. tak berapa teror sangat bab tayar nie fizat......tapi thanks about that...sangat berguna ketika kecemasan

      ReplyDelete
    12. huhu.. sy da 2x merasa kejadian tayar pecah ditgh jalan...

      ReplyDelete
    13. selalu akak nie dikkk
      hal2 kereta suami lahh
      nak tgk dan care payah lah
      selalu dia memang cek sblm akak ke tmpt kerja sbb akak kerja jauh , nak2 pasal enjin dan tayar nie :)

      ReplyDelete
    14. nasib ko tak pape ek nok..tp ni pun first time jugak tau pasal tayar ngelembung

      ReplyDelete
    15. salam kenal Fiza :)

      TQ so much for sharing this. Masa I single dulu pernah jadi tayar mcm ni tapi tak tau ape sebab. Risau punye pasal terus tukar je tayar lepas tu..huhu.

      ReplyDelete
    16. ish, aku mmg tak reti bab2 ni nok...nasib baik ko buat n3 ni...dpt info gak aku ni...

      ReplyDelete
    17. wahh baru tahu...agak jakun la jugak, nasib baik perasan kan...

      p/s: terima kasih byk2... alhamdulillah dah lama tunggu akhirnya ada rezeki kami...

      ReplyDelete
    18. ai panggil ni 'tayar bengkak'

      baru je jadi kat keta ai..dah selamat ditukar dh pun..huhu

      ReplyDelete
    19. sy pun xtau bab2 ni.. saya cuma tahu start n bwk je kete.. hihii

      tp nsb la fiza xda pe2 kan..

      ReplyDelete
    20. lepas gelembung tu..kadang2 dia kuar urat dawai berselirat..mmg parah da tu

      ReplyDelete
    21. OOO.. BARU SAYA TAHU PASAL TAYAR MENGELEMBUNG NI.. NAK JADIKAN CERITA, SAYA BARU TUKAR TAYAR KERETA SAYA.. ;)

      ReplyDelete
    22. tali radial? ok hari ni baru tahu.. blk ni nak check tayar.. harap2 ingat :)

      ReplyDelete
    23. oo..ingtkan pancit ja..tatau pun..:(..yg tau nek keta ..boh gear jalan..huhuh..fiza, sebut hal keta2 nih baru ingt..keta dh kena servis daaa..over KM dh

      ReplyDelete
    24. sy pon tkthu pape psl kete sgt..hrp tkde lah dugaan kete rosak time sy drive sorg2..

      ReplyDelete



    Labels

    Intellifluence

    Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

    Blog Archive