Take a break kejap. Ahhhhhhh...tak habis² lagi semput dari semalam. Kerja makin bertambah². Harap² next year bley lah dapat naik grade/pang...


Take a break kejap. Ahhhhhhh...tak habis² lagi semput dari semalam. Kerja makin bertambah². Harap² next year bley lah dapat naik grade/pangkat...muahahahahaha...Rasanya lepas nih blog akan mula sunyi tanpa update. Tengok pada kesibukan tuan tanah kedaung.

Bosan lah plak kan dari tadi asyik menghadap keja jer. Curi masa jap. Jom check keywords minggu nih.


Nampak tak. Asal citer 'tetek' jer masuk blog aku. Pastu gambar porn fiza mohammad pon ada gak. Nasib tak gambar porn FIza Rahman...huahahahahahaha...Bila plak lah aku letak gambar bogel dalam blog nih. Setakat gambar seksi anak dara ngan anak bujang tu ada lah...haihhhhhh...Dah tak der citer lain nak cari gamaknya.

Ok lah. Entry pemanas di petang hari. Akhir sekali.

HAVE A GREAT WEEKEND MY FRIENDS

Salam pagi jumaat semua. Di mulakan dengan tazkirah. Renung-renungkan ☺☺☺ "Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, se...


Salam pagi jumaat semua. Di mulakan dengan tazkirah. Renung-renungkan ☺☺☺


"Sesungguhnya didalam jasad manusia ada seketul daging, seandainya ia baik maka baiklah anggota badannya, seandainya ia rosak maka rosaklah anggota badannya, ketahuilah! ianya hati"( HR:Bukhari dan Muslim )

Sepertimana penyakit zahir yang menyerang tubuh badan kita yang berpunca dari bakteria, kuman dan virus secara perlahan dan berperingkat yang mampu menjadi kronik dan akhirnya menjadi asbab kepada kematian.

Maka begitu jugalah dengan hati kita yang sentiasa diserang virus, bakteria dan kuman dosa yang mampu menjadi tenat secara beransur-ansur dalam berbagai peringkat sehinggalah mematikan hati kita.


Peringkat kuman dosa yang merosakkan hati :

1) Merasa bersalah bila berbuat dosa

Pertama kali melakukan dosa, hati rasa menyesal, bersalah dan resah, kerana perbuatan jahat adalah sesuatu yang berlawanan dengan fitrah kejadian manusia yang tercipta dalam kesucian.


2) Merasa biasa bila berbuat dosa

Namun rasa berdosa tidak bertahan lama apabila dosa diulang-ulang. Rasa berdosa akan hilang sedikit demi sedikit dan hati sudah terbiasa dengan kehadiran dosa. dulu, bila berdosa temannya airmata tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Hati rela dan tega dalam dosa.

3) Merasa seronok bila berbuat dosa

Dosa itu kuman disalut keindahan. Sesudah hati terbiasa dengan dosa maka timbul rasa seronok melakukannya. Rasa ketagih, gian, kemaruk mengulangi dosa. Dosa sudah bertukar dari racun menjadi nikmat. Dosa kini sudah bertakhta didalam dada.


4) Menjadi pembela kepada Dosa

Inilah nafsu yang tak pernah puas, begitu juga syaitan yang berjuang menghasut manusia tanpa kendur dan mundur. Dari rasa berdosa, kemudian biasa dengan dosa, kemudian seronok berbuat dosa dan akhirnya menjadi pejuang dan pembela dosa. Mereka sudah ditahap kritikal kerana mereka mempromosi, menjadi duta kepada dosa. Jika ada ahli agama menegur, maka mereka sedia bangun mempertahankan serta membela perlakuan dosa mereka.

"Hati semakin sakit, semakin keras, menjadi buta, menjadi barah membawa virus munafiq, syirik dan kafir dan akhirnya hati mati"

" Oleh itu hendaklah kita berhati-hati menjaga hati "

Firman Allah : Al-Isra' ayat ; 72

" Dan sesiapa didunia ini buta hatinya, maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya "

BUSY BUSY BUSY BUSY BUSY BUSY Aaahhhhhhhhhh....semput.... Dah hilang semput nanti i jejak rumah uols yer.

BUSY
BUSY
BUSY
BUSY
BUSY
BUSY

Aaahhhhhhhhhh....semput....

Dah hilang semput nanti i jejak rumah uols yer.

2011/09/28 KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan emp...

2011/09/28


KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.


Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.


Laporan bomba dari tempat kejadian

Jom...jom...kawan ngan saya. Kawan² tak mau lawan ☺☺☺


Jom...jom...kawan ngan saya. Kawan² tak mau lawan ☺☺☺

Alhamdulillah...semalam 25 September 2011, genaplah usia anak dara tercinta, Qahirah Bt Husaini. How time flies, kejap betul rasanya. Rasa ...


Alhamdulillah...semalam 25 September 2011, genaplah usia anak dara tercinta, Qahirah Bt Husaini. How time flies, kejap betul rasanya. Rasa baru jer aku bersalinkan qahirah. Pejam celik...pejam celik...dah setahun.


Kelahiran yang di permudahkan olehNYA. Memang senang...syukur sangat². Tak der epidural, tak der ubat tahan sakit dan ubat² yang sewaktu dengannya. Just natural delivery. Macam supermak plak rasanya...ekekekekeke...

Untuk my dear princess Qahirah Bt Husaini. Apa yang ibu dan abah harapkan semoga qahirah membesar sebagai anak yang solehah, taat kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di beri akal fikiran yang bijak, menjadi kakak yang baik untuk adik² yang akan datang, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati dunia akhirat...AMIN...

Ibu, Abah and Abang Iman Love you so much...mmuuuaaaahhhhhhh...

29 September – 2October 2011 Kinderdijk Stock Clearance Sale Up to 70% Off Brands Offered Crocs Philips Avent MacLaren Baby Gear Wi...


29 September – 2October 2011

Kinderdijk Stock Clearance Sale

Up to 70% Off

Brands Offered

Crocs

Philips Avent

MacLaren

Baby Gear

Winx

Disney Princess

Petit Gems

Babisil

Time : 10am to 9pm

Location

2nd Floor

IPC Shopping Centre

(Previously Ikano)

Orang lain dah puas makan gamaknya, tapi mak baru 1st time dapat merasa noks...ahaksss...Kebetulan hari ni my colleague bermurah hati nak b...


Orang lain dah puas makan gamaknya, tapi mak baru 1st time dapat merasa noks...ahaksss...Kebetulan hari ni my colleague bermurah hati nak belanja. Besar tapak tangan, stadium Bukit Jalil hamba tadahkan...mekasih yer DIANA ^_^

Sedap rupanya TF nih. Tengah makan teringan kat anak bujang sorang tu. Biasalah...ibu kalau makan asyik lah teringat anak kekdahnya kan. Kalau dapat nih mesti dia suka. Bila dapat gaji nih ibu bawak awak makan TF yer ☺☺☺

Ni citer bulan Ogos lepas. Sempena sambutan Minggu Penyusuan Sedunia yang berlangsung pada 1-7 Ogos setiap tahun. Acara berlangsung pada 6 o...

Ni citer bulan Ogos lepas. Sempena sambutan Minggu Penyusuan Sedunia yang berlangsung pada 1-7 Ogos setiap tahun. Acara berlangsung pada 6 ogos 2011 @ 3.00 pm. Ibu² menyusu perlu menyusu anak selama satu minit tepat pukul 3.00 pm.


Setiap peserta yang berdaftar akan di berikan e-cert sebagai bukti peyertaan. Kalau nak ikutkan kena amik gambar masa baby tengah menyusu on that time, tak sempat nak snap. Tapi aku tak tipu, sebelum pukul 3.00 pm lagi aku dah BF anak dara tu sampai tertidur.

Haruslah print and frame e-cert nih. BF mom out there, bolehlah join next year. Marilah kita sama² memeriahkan lagi dunia penyusuan susu ibu nih ☺☺☺

Peace, no war...ekekekekekeke...*tetiba*

Branded Toys Offered Mattel Hot Wheels Fisher Price Barbie Time : 24Sep : 10am to 6pm 25Sep : 10am to 5pm Location 1st Floor Menar...


Branded Toys Offered

Mattel

Hot Wheels

Fisher Price

Barbie

Time :

24Sep : 10am to 6pm

25Sep : 10am to 5pm

Location

1st Floor Menara Lien Hoe

Persiaran Tropican Golf Resort

Petaling Jaya

Setelah lama tidak mendapat, baru kini muncul kembali...ahakssss...BE Mamil Gold ni dah lama running. Tu jer lah yang ada. Sampai lah muncu...


Setelah lama tidak mendapat, baru kini muncul kembali...ahakssss...BE Mamil Gold ni dah lama running. Tu jer lah yang ada. Sampai lah muncul BE yang baru. Walaupon 2 jer BE, tetap bersyukur, daripada tak dapat langsung kan...duit nih, sapa nak bagi.

Hajat di hati macam nak cash-out jer hujung bulan nih, tapi tamak haloba lah plak kan. Nak tunggu duit beranak lagi...ekekekekeke...

Aku dapat citer ni pon dari FB. Kisah baby Aisya yang tercurah kuah tom yam yang baru di masak. Baby ni baru 7 bulan. Ya! Allah...bayangkan...

Aku dapat citer ni pon dari FB. Kisah baby Aisya yang tercurah kuah tom yam yang baru di masak. Baby ni baru 7 bulan. Ya! Allah...bayangkanlah betapa sakitnya menanggung. Menangis sampai tak keluar suara dan air mata. Aku yang baca pon nak nangis. Sedih sangat bila tengok condition aisya yang melecur. Smoga parents aisya tabah dengan dugaan nih dan semoga baby aisya cepat² sembuh.

Kalau nak detail bley baca kat sini:

TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya's story


Dari apa yang di ceritakan, owner ni memang patut di saman ataupon harus menanggung kos rawatan baby aisya. Datang melawat pon tak...apa punya orang lah. Tak der perikemanusiaan langsung.

Lepas satu...satu dugaan lagi datang kat anak dara sorang nih. Memula dulu kena sakit mata, kali ni kena jangkitan telinga plak. Pagi semal...


Lepas satu...satu dugaan lagi datang kat anak dara sorang nih. Memula dulu kena sakit mata, kali ni kena jangkitan telinga plak. Pagi semalam aku betul² terkejut tahap gaban. Sebab tak pernah alami situasi macam nih. Telinga qahirah berair macam bernanah, pastu berlendir, berdarah sket dan berbau. Patutlah malam tu dia tak lena tido. Kejap² bangun, pusing kanan kiri, merengek. Rupa² nya telinga sakit...siannnnn sangat.

Trus siap² gi klinik. Sampai klinik agak ramai gak lah orang. Dr. plak dah habis shift, kena tunggu dr lain. Tiba giliran dr check...kena infection. Biasanya budak² yang dok nursery akan kena sakit telinga nih. Kalau antibody tak kuat memang budak boleh demam. Alhamdulillah...qahirah tak demam, active macam biasa, cuma merengek sket, mungkin telinga tak selesa. 

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

Lagi satu, kalau nak korek telinga anak, pastikan pakai cotton bud khas untuk baby. Kalau pakai cotton bud yang besar, kita bukan korek tahi telinga tu, malah menolak lagi tahi telinga tu masuk kedalam. Basahkan cotton bud dengan air suam sebelom korek. Ini yang dr tu cakap ^_^


Info Jangkitan Telinga

Pengenalan

Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?


Ada 2 jenis jangkitan telinga:

- Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)

- Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?

- Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
- Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
- Bayi yang diberi susu botol
- Terdedah kepada asap rokok
- Pembesaran adenoids
- Sumbing bibir
- Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:

- Kesakitan dalam telinga
- Resah dan mudah meradang
- Tidur yang selalu terganggu
- Selalu merentap dan menarik cuping telinga
- Nanah keluar dari telinga
- Kurang selera makan
- Lelehan hidung
- Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
- Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan

Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?

Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :

- Telinga bernanah yang kronik
- Kurang pendengaran
- Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.


Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.

Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:

- Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
- Ubat demam
- Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
- Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
- Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

- Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
- Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah :

1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-

- Terdedah kepada asap rokok
- Penggunaan puting
- Penyusuan susu botol semasa baring
- Alahan yang diketahui

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”


Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

Segmen dari Lulu Pages. Kalau nak join, silalah terjah blog Cik Lulu Caldina yer. Tak nak cakap banyak...jom blogwalking ☺☺☺


Segmen dari Lulu Pages. Kalau nak join, silalah terjah blog Cik Lulu Caldina yer. Tak nak cakap banyak...jom blogwalking ☺☺☺

Tengah survey Tadika untuk iman. Tahun depan dah 5 tahun. Dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengan penin...


Tengah survey Tadika untuk iman. Tahun depan dah 5 tahun. Dah elok sangat lah di dedahkan dengan alam persekolahan. Kepala pon tengan pening sebab tak tau nak hantar kat mana. Banyak gak nak kena fikir. Antaranya lokasi, kemudahan, yuran pendaftaran, transit...aduuuuuuuhhhhh...baru nak masuk tadika dah pening. Tu blom masuk darjah satu lagi.

Kritiria untuk memilih tadika mestilah kalau boleh nak yang terbaik kan. Dan yang penting, menitikberatkan pembelajaran islam. Ada beberapa tadika yang aku tengah survey, antaranya Taski ABIM. Kalau boleh nak yang area² Bangi ni jugaklah. Senang nak hantar dan senang nak gi kerja. Kalau tak silap, kat area sungai ramal ni ada, nak kena gi terjah lah nanti.

Tabika KEMAS plak aku tak sure kat Bangi ni ada ker tak, tapi pejabat daerah KEMAS ni ada kat Seksyen 9 Bangi. Tak tau lah klo Tabika Kemas ni kat situ gak ker. Nak kena calling² dulu nih. Kalau nak uols nak tau lebih detail pasal pendaftaran Tabika KEMAS ni, bley layari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Borang untuk pendaftaran plak uols bley klik SINI

Tadika PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) As-syakirin Fasa 2, Bangi. Nak kena survey lokasi. Tak der alamat lah plak kat website. Pendaftaran bermula 1 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.

Genius Aulad. Semua dah sedia maklum pasal GA ni kan. Teringin gak nak hantar iman kat sini. Tapi aku rasa macam tak mampu lah. Kena tengok pada budget dulu. Lokasi pon agak jauh dari rumah. Smart Reader plak memang di luar kemampuan lah. Registration jer dah macam nak masuk Universiti gamaknya.

Apa pon, setiap parents nak yang terbaik untuk anak. kalau boleh nak hantar ke sekolah yang bagus. Tapi kita kena tengok pada kemampuan jugak. Kena ukur baju pada badan sendiri. Kalau tak mampu, tak perlu lah nak hantar kat sekolah yg mahal². Jangan sampai terbeban dengan masalah kewangan di kemudian hari. Yang bagus tak semestinya mahal dan yang mahal tak semestinya bagus *erk...mcm pernah dgr jer...ekekeke*. Betul tak ^_^

OK lah. Nak sambung survey lagi and nak calling² plak.

Masih dalam mood raya lagi kan ^_^. Sorry lak yer...entry pasal makan lagi. Raya ke tiga aritu balik kampung Nogori Sembilan. Time raya jer...


Masih dalam mood raya lagi kan ^_^. Sorry lak yer...entry pasal makan lagi. Raya ke tiga aritu balik kampung Nogori Sembilan. Time raya jer lah balik kampung. Rumah kat kampung tu pon dah lama tinggal. Nak kena bela balik. Berayalah umah saudara mara kat Johol.

Selalunya umah pertama yang di tuju kat Bukit Rokan, sebab jauh. Tapi aku & family tak gi. Rumah kedua dan seterusnya sekitar Johol. Hari tu jer 6 buah rumah kena serbu. Makan macam² dan sedap² plak tu. Sumanya juadah raya.

Google Pic. Tak sempat nak snap...perut dah lapo.

Kemuncaknya...kat umah terakhir baru dapat makan nasi. Umah mak long kat KOTA. Lauk memang terbaikkkkk lah. Gulai puyuh salai masak lemak. 1st time makan. Memang sedap. Betambah² makan memasing.

Kalau balik kampung N9, kat tepi² jalan memang banyak nampak gerai² yang jual daging salai...ikan keli salai...ayam salai...itik salai...puyuh salai...selain lomang paneh. Tapi banyak gerai yang tutup lagi. Ada gak beberapa gerai yang bukak, tapi terlajak lah plak, malas nak pusing.

Haihhhhhh...terbayang² lagi lah kesedapan puyuh salai masak lomak nih.

Balik dari beraya semalam dah tak tau nak gi mana...tak der arah tuju. Nak beraya rumah kawan² yang lain, memasing ada hal. Last² hubby aja...


Balik dari beraya semalam dah tak tau nak gi mana...tak der arah tuju. Nak beraya rumah kawan² yang lain, memasing ada hal. Last² hubby ajak gi Mid Valley. Aku ok jer. Lagi pon dah lama sangat tak jenjalan kat sana.

Seperti sedia maklum, nak cari parking kat MV punyalah payah. Pusing² banyak kali baru lah dapat parking. Tu pon jauh dari pintu masuk...nasiblah. Jalan² kat gardens dulu, 1st time masuk sini, pastu trus gi MV. Jalan punya jalan, tetiba terbau asam laksa Jusco. Pergghhhhh...menusuk hidung btul bau dia. Dah lama tak makan asam laksi jusco nih. Apa lagi, perut pon lapar, elok sangat lah tu.


Order asam laksa set ngan nasi lemak rendang ayam. Tapi kan...asam laksa dia dah tak brapa kick sangat. Tak macam dulu...sedap. Pastu kan, nasi lemak dia...alahaihhhhh...sikit sangat nasinya, tak padan ngan harga. Aku rasa setengah mangkuk jer nasi lemak nya. Tak kenyang makan....haihhhhh...meniaga ingat nak untung jer.


Kalau dah gi Mid Valley, tak sah lah kalau tak beli durian pancake kan, selain makan Asam Laksa Jusco tu. Aku pon tak sure sangat lokasi sebenar tempat jual pancake tu, yang aku ingat dekat ngan maybank. Sambil jalan sambil cari. Kesudahannya...jumpa gak. Kebetulan memang lalu kat situ sebab parking area situ gak. Tercapai gak hajat nak makan DP sebab dah lama tak makan, tetiba teringin plak ☺☺☺

Ni terjadi seminggu sebelum raya. Time balik kerja. Jalan jammed tahap gaban gila babis. Menyumpah seranah aku kat dalam keta tu *astaghfiru...

Ni terjadi seminggu sebelum raya. Time balik kerja. Jalan jammed tahap gaban gila babis. Menyumpah seranah aku kat dalam keta tu *astaghfirullah...kuramg pahala posa*. Kaki dah gigil² macam orang kena parkinson, kepala plak dah pening² lalat. Mana taknya...asyik tekan break jer, terhenjut²...mau tak fening. Fluid dah banyak kluar sebab posa² pon tetap pam susu.


Sampai kat plaza tol sungai ramal, bila dah bayar singgit, dengan confident nya aku rasa macam steering dah lurus tapi sebenarnya senget ke kanan. Orang tengah fening kan, benda bengkok pon di sangka lurus. Maka terdengarlah bunyi...ttttsreeeetttttttt...yang agak kuat. Aku dah langgar divider kat tol lah. Apa lagi, terkejut beruk mak yeh tak hingat dunia lah di buatnya. Dada dah berderau dengan kencangnya. Kalau ada orang sebelah pon aku rasa boleh dengar lah degupan jantung aku yang kuat tu...muahahahahaha...*mengarut*.

Aku drive macam biasa tapi hati still gundah gulana. Dengan harapan jangan lah kena kat bumper keta, masak aku kena ngan hubby nanti. Sampai jer kat nursery, trus aku check.


Rim tayar sudah calar balar...huhuhuhuhu...1st time kena selama hampir setahun memandu. Pengajarannya, kena lebih berhati² lepas nih. Bukan tu jer kisah kat plaza tol. Sebelum nih 2 kali duit jatuh melayang masa nak bayar. Kakak tol lah yang keluar tolong amikkan...adoiiiii...malunya.

Mulai 15 September 2011. Tak tau lah kalau syarikat telekomunikasi yang lain pon akan kenakan cukai gak. Ni pon aku dapat tau lepas hotlink...


Mulai 15 September 2011. Tak tau lah kalau syarikat telekomunikasi yang lain pon akan kenakan cukai gak. Ni pon aku dapat tau lepas hotlink bagi message. Trus buka website Hotlink.

Jadual harga baru.

Kalau syarikat lain tak kenakan cukai, harus lah aku tukar line. Haiiihhhhh...sumanya nak kena cukai. Lepas nih cukai apa plak nak kena bayar.

Asmara Life Hadiahnya: Cabutan pertama, 1. Fridge Magnet Jepun 2. Brooch berkualiti dari Korea 3. Chopstik besi Korea 4. File size A...


Hadiahnya:

Cabutan pertama,

1. Fridge Magnet Jepun
2. Brooch berkualiti dari Korea
3. Chopstik besi Korea
4. File size A4 berwajah artis Korea
5. Snack makanan dari Jepun

Cabutan Kedua

1. Fridge Magnet Korea
2  Kipas tangan dari Jepun
3. Sepit kuku berlambangkan Korea
4. Key chain Jepun
5. Snack makanan dari Jepun

Menarik kan. Tarikh tutup penyertaan 22 September 2011

Burpppp...alhamdulillah ☺☺☺ Rejeki pagi nih, dapat makan nasi lemak. Lepas posa ni susah betul nak cari nasi lemak. Dari malam tadi cari n...


Burpppp...alhamdulillah ☺☺☺

Rejeki pagi nih, dapat makan nasi lemak. Lepas posa ni susah betul nak cari nasi lemak. Dari malam tadi cari nasi lemak, tapi tak der lah plak jumpa orang jual nasi lemak memalam. Cuti raya lagi gamaknya. Kat kedai mamak adalah, tapi tak best macam orang kita buat.



Sana...sini...sinun dok citer and tayang gambar raya memasing. AKu...baru nak bukak citer ☺☺☺. Di mulakan dengan sehari sebelum raya. Pagi ...

Sana...sini...sinun dok citer and tayang gambar raya memasing. AKu...baru nak bukak citer ☺☺☺.

Di mulakan dengan sehari sebelum raya. Pagi senin terus gerak gi umah mak. Hubby hantar aku, anak² ngan 3 buah bag, pastu trus gi keja. Kerja aku plak kemas rumah, pasang langsir pastu tolong mak kat dapur. Kalau malam raya memang aku tak cukup tido sebab kerja mengemas dapur adalah kerja aku. Biasalah kan...lepas masak juadah raya, dapur dah macam tongkang pecah.

Malam raya tu gak orang² masjid akan datang dari rumah ke rumah untuk bertakbir raya. Jangan tak tahu, kat area rumah aku masih ada lagi aktiviti macam nih. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Seronok ah dorang sebab dapat banyak duit raya ^_^. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.

Pagi raya dah start sibuk. Sediakan juadah pagi sebelum gi sembahyang raya. Pepagi gak hubby kejutkan iman. Anak bujang tu sibuk nak gi masjid. Nak ikut abah solat raya kat masjid. Cuak gak hubby masa bawak iman gi masjid sebab hilang kejap. Rupa² nya gi kat kolam tgk ikan.

Posing dulu sebelum gi masjid.

Bila semua dah balik dari masjid, mulalah acara bersalam dan bermaafan. Syahdu lah plak kan. Pastu acara bergambar.


Rumah Hijau @ Keluarga Abang no. 2 bersama mak tercinta.


Rumah biru @ Keluarga aku lah ☺☺☺.


Gambar beramai². Gambar rumah oren...family kakak aku nan ado lah plak. Kat camera lain gamaknya. Time nih tak cukup korum, abang aku sakit perut, hubby plak tukang amik gambar, tak sempat nak masuk skali...haihhhh...

Mak bersama cucu² tercinta.

Selesai acara bergambar trus gi beraya umah jiran². Memang kenyang perut ah...asyik makannnnnnn jer.

Tahun nih kakak aku yang kat Terengganu and kat Bangi tu beraya kat KL. Abang yang no. 2 ni pon sama gak. Adik balik johor umah mertua. Abang Long ngan aku memang tiap² tahun raya umah mak dulu lah gamaknya ^_^. Tapi tu lah...susah betul nak kumpul ramai² amik gambar. Abang long ngan kakak aku lagi sorang sampai umah mak tengah hari. Bergambar pon mana yang ada jerlah.

Gambar aku ngan anak dara berdua lagi lah nan ado. Lepas mandi jer anak dara tu tido...haihhhh...trus lupa nak posing ngan anak² sebab sibuk beraya. Banyak gak rasa terkilannya. Gambar berempat, berdua ngan hubby, berdua ngan iman, gambar anak dara berbaju kurung, gambar anak bujang hensem bersampin...suma nan ado. Tak teringat nak amik....huhuhuhuhuhu...tu lah, sibuk makan juadah raya sampai lupa sumanya.

Raya kedua plak gi umah mak cik hubby kat puncak alam, pasru beraya kat umah member² dia area situ gak. Balik umah mertua pon raya ke 4 sebab dorang suma beraya kat Perak.

Itulah kisahnya....raya...makan...makan...makan dan makan jer lah. Menaikkan berat badan. Tapi aku terkejut nengok berat badan aku...tinggal 44 kg...hehehehehehehe...Makan banyak tapi berat naik tak banyak *_^

Macam tu lah kalau dah cuti lama sangat. Rasa lemau jer pagi nih nak bangun. Rasa malas jer nak gi kerja. Macam tak cukup plak cuti semingg...


Macam tu lah kalau dah cuti lama sangat. Rasa lemau jer pagi nih nak bangun. Rasa malas jer nak gi kerja. Macam tak cukup plak cuti seminggu tu...ekekekeke...

Haihhhhh...tak tau lah nak citer apa. Blur plak rasanya. Nak citer pasal raya, memory card tinggal kat umah. Nak citer pasal jalan sesak masa balik kampung, tak der lah plak sebab kampung pon kat kampung pandan KeyEll jer...jalan pon lengang masa balik aritu ☺☺

Adoiiii...seminggu tak menaip rasa beku plak. Nak jalan² dulu.

Sticky post until 4th September 2011. Scroll down untuk entry baru. Akan kembali bersiaran seperti biasa lepas Pn. punya blog balik dari cu...

Sticky post until 4th September 2011. Scroll down untuk entry baru. Akan kembali bersiaran seperti biasa lepas Pn. punya blog balik dari cuti raya ☺☺☺


Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Esok adalah hari terakhir saya bekerja sebelum cuti seminggu...yeay...Memandangkan hari ni dah ramai yang mula bercuti, di kesempatan ini...saya & keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Follower, Blogger, Anon, Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa.

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna dan selamat sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...