Baju Muslimah Kanak-kanak

Plus Arah Utara (Dari KL): 1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting 2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting ...



Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang

Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul betul di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul betul di exit Sedenak

Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul betul di exit Bukit Lanjan
3- Betul betul dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul betul di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul betul di exit Shah Alam

KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul betul di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul betul di bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Cheers and take care during this festive season. Do not speed and end up paying money to the police summons. Have a safe journey back home.


Kesudahannnya...tak bangun sahur, sampai office pon lewat. Pukul 7.30 am baru bangun tido. Apa lagi, kelam kabut ah pagi nih. Bersengkang ...


Kesudahannnya...tak bangun sahur, sampai office pon lewat. Pukul 7.30 am baru bangun tido. Apa lagi, kelam kabut ah pagi nih.

Bersengkang mata aku ngan hubby. Semangat betul buat kuih malam tadi. Sambung buat bubbles rice chocolate. Kali ni memang jadi. Tambah coklat, baru lah tak berderai, cantik jer kerasnya. Yang sebelum nih memang berderai habis, banyak plak tu. Buat kudapan di masa lapang jer lah. Nak buang sayang, Tak baik membazir. Membazir kan amalan Syaitonnnn.

Selesai buat bubbles rice chocolate, buat cornflake madu plak. Pergghhhhh...memang terbaik ah, pandai aku buat...ekekekeke...dah resipi pon senang kan. Bertungkus lumus kami somi istri. Si suami tukang letak cornflakes dalam cup...sambil berdialog 'satu untuk saya, satu untuk kuih'...haihhhhh...si isteri plak tukang letak manik kaler² ngan kacang badam dan tukang bakar. Apa yang penting...KERJASAMA, kerjasama yang mantoppppp. Kalau aku sesorang buat, memang tak tido ah di buatnya.

Fresh from oven ☺☺

Malam ni nak sambung buat lagi 2 jenis kuih plak. Untuk cornflakes madu ngan bubbles rise memang dah siap packing utk mak malam tadi. Rasalah kuih buatan tangan anak dan menantu mak ni yer ^_^.

Petang nih nak balik awal sebab nursery anak² tutup pukul 5.00 pm. Harap² jalan tak sesak lah.

Hari ni pon dah ramai yang mula pulang ke kampung. Berhati² di jalan raya. Rancang perjalanan anda. Selamat pulang ke kampung halaman. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Aku pon balik kampung gak, balik Kampung Pandan...dekat kan...ekekekekekeke....



Smalam aku and hubby cuti. Haruslah cuti berdua kan. Nak beli barang² buat kuih dan barang² dapur yang dah habis. Semalam jugak buat wiring...


Smalam aku and hubby cuti. Haruslah cuti berdua kan. Nak beli barang² buat kuih dan barang² dapur yang dah habis. Semalam jugak buat wiring kat umah tu. Tambah kipas kat ruang makan...tak der lah berpeluh masa makan kan, pasang lampu kat pintu masuk utama, pasang lampu kat bilik ketiga dan bilik utama a.k.a bilik beradu kitorang. Bayangkanlah...dah nak masuk 2 tahun duduk umah tu, baru ni nak pasang lampu bilik...ekekekeke...pastu pasang kipas kat bilik iman. Alhamdulillah...selesai semua. Lengkap dah semua bilik dengan lampu dan kipas.

Petang tu gak mengemas sket². Yerlah...habuk sana sini sebab buat wiring kan. Pastu pasang langsir baru. Yang ni hubby yg excited ^_^. Malam ni dan minggu nih nak mengemas lagi.

Ok...sambung citer beli barang buat kuih plak. Pergilah cari kedai bakery kat bangi nih. Memula jumpa kedai MAKCIK, pastu pusing² jumpa plak kedai YUMMIE ngan kedai apa ntah nama (*lupa). Ingatkan kedai YUMMIE ni kedai cina, sebab nampak cashier lelaki nih macam cina (* hubby yg cakap), masuklah kedai yg lupa nama nih. Tengok barang dalam tu macam tak menarik dan tak banyak. Ada barang yang dah nak tamat tempoh plak tu. Pergi lah kedai MAKCIK, ingatkan kedai melayu...dah nama pon MAKCIK kan. Nak lah sokong peniaga melayu kan. Sekali masuk...laaaaaa...kedai cina rupanya. Hhhhhhmmmmm...dah alang² masuk tu, beli gak lah.


Dah beli barang kat MAKCIK nih, ajak hubby singgah YUMMIE plak. Rupa-rupanya kedai melayu lah. Pengajarannya...don't judge the book by it's cover...haihhhhhh...besar kedai nih, macam² ada. 1st masuk...jakun lah sket kan. Orang dalam tu...humakaihhhh...ramai wei, agak sesak gak lah. Ingatkan shopping complex jer yg sesak, kedai bakery pon sesak gak.

Jangan tak tau, mak gi kedai siap bawak resipi noks...hover tak hover lah kan. Kata 1st time nak buat kuih, apa pon tak tau. Dari lupa barang apa yang nak beli, baik hangkut skali resipi...senang. Malam tu gak aku buat kuih. Buat bubbles rica. Tapi hampa...berderai jadinya sebab kurang coklat gamaknya. Malam nih nak sambung lagi. Nak tambah coklat bebanyak. Down gak ah malam smalam sebab kuih tak berapa jadi. Tak per lah...practice make perfect kan.

Harap² malam nih menjadi lah kuih aku tu.




Hari ahad baru nih gi PICC, ada Metrojaya sale. Tak padan dengan tak sahur, ada hati gak nak merayap...ekekekeke...Pagi lagi dah siap uols....


Hari ahad baru nih gi PICC, ada Metrojaya sale. Tak padan dengan tak sahur, ada hati gak nak merayap...ekekekeke...Pagi lagi dah siap uols. Semangat nak cari langsir raya. Kononnya tak nak bersesak-sesak. Sampai dalam pukul 10.15 am. Tapi hampa sebab bukak pulul 11.00 am. Berlegar² lah kebosanan dalam PICC tu. Dekat pukul 11.00 am, orang dah ramai...ramai...dan makin ramai. Sebelum keadaan tambah sesak, sila lah cari barang cepat². Tak sampai setengah jam pon kat dalam tu. Dapat jer barang trus cabut.

Dapatlah sambar langsir untuk sliding door, pastu beli 2 set sudu garfu. Nak beli kasut, ramai lah plak tengah memilih, pening haku ramai² tu. Tu jer lah yang dapat beli.

Pastu hubby ajak gi IOI plak. Sebelum tu siap tanya dulu aku larat ker tak. Hhhhmmm....redah jer lah. Nak masuk parking IOI tu pon dah berderet kereta. Masuk kat dalam plak...berderet ngan orang ramai. Masuk Jusco pon sama gak...penuh umat manusia dalam tu. Memasing cari baju raya katakan. Hubby ngan iman nyer baju melayu dah settle, cuma baju raya aku ngan anak dara jer tak beli lagi. Pusing² IOI...jumpa gak baju raya. Simple jer, tak kosa aku nak pakai baju yg manik². Dah lah anak kecik, sekali tarik manik, suma terbarai. Baju anak dara jer tak jumpa lagi sebab size suma beso². Balik umah melepek kepenatan.

Malam tadi selesaikan misi cari baju raya anak dara. Cari kat Metro Kajang. Alhamdulillah...jumpa gak, kaler pon agak matching ngan tema kaler kitorang tahun nih dan kebetulan tinggal satu jer size utk setahun...memang rejeki qahirah. Tak sabar plak nak nengok anak dara tu pakai baju kurung ☺☺☺

Minggu nih nak start kemas umah. Kuih pon blom start buat lagi. Insya'allah...esok baru nak cari barang. Kuih semple jer pon nak buat ^_^.


Semalam adalah hari cuti memasak bagi aku...hehehehe...Hubby bermurah hati nak masak lauk untuk berbuka. Al kisahnya.... Pagi smalam terlep...

Semalam adalah hari cuti memasak bagi aku...hehehehe...Hubby bermurah hati nak masak lauk untuk berbuka. Al kisahnya....

Pagi smalam terlepas sahur. Sedar² jer dah pukul 6.30 am. Nak sahur amendanya kan. Nak nangis pon ada. Dahlah anak menyusu. Bley ker bertahan sebab tak makan and minum. Cuma tgh malam aku masak maggi, teringin plak nak makan maggi, tu jer lah buat alas perut. Slalu memang tak pernah terlajak sahur. Kalau lambat pon masih sempat lagi minum air. Tapi nih tak makan apa langsung. Fikir positive jer lah. Insya'allah bley bertahan nyer.

Tugas aku smalam hanya potong sayur jer dan basuh pinggan mangkuk. Selebihnya hubby yang buat.


Masak pon simple jer. Sayur kangkung masak taucu ngan Ayam Goreng Kentucky...kentucky lah sangat kan...ekekekeke...Ok lah tu, simple tapi sedap. Mekasih abang, tolong masak. Next nak masak apa plak...muahahahahaha...

Alhamdulillah, berjaya gak posa penuh. Dah lah anak dara asyik nak ngempeng jer. Memang terasa sangat lah letih bila ibu menyusu berpuasa tapi tak sahur.




Mari Kita Cuba.. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita ...

Mari Kita Cuba..

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan. Sama² kita kongsikan kepada kawan² kita, adik² kita, famili² kita supaya kita sama² mendapat pahala...

Source: email



Lately banyak btul serangan SPAM kat ruangan comment nih. Macam mana nak stop kan erk? Semak betul lah. Dah jadi satu keja plak hari² nak k...


Lately banyak btul serangan SPAM kat ruangan comment nih. Macam mana nak stop kan erk? Semak betul lah. Dah jadi satu keja plak hari² nak kena delete comment SPAM yang masuk nih...haihhhhh...

Activekan RAMADHAN : 1. Reload IMAN 2. Top-up AMAL 3. Delete DOSA


Activekan RAMADHAN:

1. Reload IMAN
2. Top-up AMAL
3. Delete DOSA



Pada siapa yang malas nak bancuh air untuk Hari Raya nanti, bley ah terjah jualan gudang PEMANIS nih. Tapi kan, weekdays lah plak jualan ...


Pada siapa yang malas nak bancuh air untuk Hari Raya nanti, bley ah terjah jualan gudang PEMANIS nih.


Tapi kan, weekdays lah plak jualan gudangnya. Takkan nak amik cuti kot. Aku air bergas ni memang tak suka sangat minum. Tapi nengok ada air Twister Orange, Blackcurrant and apple...macam best lah plak kan. Kena tanya hubby dulu nih, kot² dia nak gi kan. Dekat ngan umah ^_^. Ada yang nak kirim ker? Kirim salam boleh lah...ekekekekeke...



Pada blogger yang berminat nak tambah pengikut, bley join segmen nih. Bley berkenal² lan ngan pengikut baru, selain pengikut bertambah. N...


Pada blogger yang berminat nak tambah pengikut, bley join segmen nih. Bley berkenal² lan ngan pengikut baru, selain pengikut bertambah.


Nama: Fiza
Hobi: Masak² (* iyer ker...ekekeke)

Sila terjah pemilik blog ni kkalau nak join ☺☺


Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya...


Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya? Silalah percaya. Gigih tak gigih lah mak cari resipi kat tenet nih noks. Hajat raya tahun ni sangat besar. Nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri. Kuih raya dah mahal. Bagi menjimatkan ekonomi...adalah lebih baik buat sendiri. Lagi pon oven baru beli. Asyik buat bakar ayam...bakar roti, buat apa kan. Bakar kuih lah plak.

Bukan setakat kuih raya jer nak buat sendiri. Kalau boleh kerepek² tu pon nak buat sendiri. Ni idea hubby mak yer noks. Tak terfikir plak aku nka buat kepek sendiri. Aku ajak gi banting nak beli kepek raya sebab kat sana murah. Tapi hubby cadangkan nak try buat sendiri. Tunggu jer lah nanti buat ker tak. kekadang hangat² chicken sh** jer lebih...muahahahaha....

Buat masa nih kuih yang senang² jer lah yang aku nak try buat macam cornflake madu, biskut chocolate chip, biskut arab...yang susah² tu nanti dululah. Harap² menjadilah. 1st time nak bakar kuih nih.

Uols plak buat kuih ker beli kuih? Citer lah sket. Kuih apa lagi yang senang nak buat erk. Bagi idea sket.




ALLAH IS GREAT!!! Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favorite contact. He doesn't have Facebook, but He is my best fri...


ALLAH IS GREAT!!!

Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favorite contact. He doesn't have Facebook, but He is my best friend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him.





Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. S...

Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.

Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.

Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...


Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.

Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.

Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa b...

Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa bangga bila tengok kumpulan ibu² menyusu nih berkumpul sebagai tanda sokongan. Artis Dynas tu pon turut serta gak tau ^_^. Info pasal flash mob: 

'Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC, di mana ada para ibu yang dihalau/ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet

Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.

Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu? berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?'

Source: YouTube

Tak sangka pulak management KLCC macam tu sekali. Aku plak memang dah lama tak ker KLCC, tak tau plak macam tu citernya. Tak boleh nursing in public. Kalau nak nursing kena pergi Baby Room. kalau baby dah melalak² kelaparan, takkan nak cari baby room lagi kan. Dalam group KIM smalam ada citer, nak masuk baby room untuk nursing pon kena bayar...haihhhhh....

Yang ni plak citer pasal pengalaman dia di halau dari surau KLCC semata² nak pam susu. Bley baca kat SINI.

Banyak lagi citer dan gambar² pasal breastfeeding flash mob ni kat FB. Search jer klo nak tengok. Memang meriah. Semoga penyusuan susu ibu makin mendapat tempat di hati ibu² dan bakal² ibu. Dengan adanya acara macam nih, sekurang² nya dapat membuka mata dan minda tentang kepentingan susu ibu dan kumpulan sokongan susu ibu.

FEED The FUTURE!!

I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere ☺☺☺




Hargai dan sayangi orang² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa..... Amaran: Sila sediakan tisu sebelum membaca. Cukup menyent...


Hargai dan sayangi orang² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....

Amaran: Sila sediakan tisu sebelum membaca. Cukup menyentuh hati dan perasaan. 

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Sila klik utuk kisah seterusnya


Source: email




Alhamdulillah...petang nih dapat ole². Company bagi. Dapat apa tu? Biasalah, kalau bulan puasa nih kan. Mesti lah kurma. Ada 2 jenis kurm...


Alhamdulillah...petang nih dapat ole². Company bagi. Dapat apa tu?


Biasalah, kalau bulan puasa nih kan. Mesti lah kurma. Ada 2 jenis kurma. Kurma biasa and kurma yang bersalut coklat. Macam tau² jer kurma kat umah tu dah habis. Kebetulan pagi nih tinggal sebijik jer. Rejeki...rejeki...^_^

Selamat Berbuka uols and Have a Great Weekend ☺☺☺

Alhamdulillah...dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap jer kan. Sepanjang bulan puasa nih, aku masih belum jejak PARAM @ Pasar Ramadhan lagi....

Alhamdulillah...dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap jer kan. Sepanjang bulan puasa nih, aku masih belum jejak PARAM @ Pasar Ramadhan lagi. Masih di beri kekuatan untuk memasak walaupon dalam keadaan yang kelam kabut...alhamdulillah.


Menu Ramadhan 1 - 4:

1- Ayam Masak Merah + sayur campur + Budu
2- Sambal Tumis Ikan Bilis + Sayur Petola
3- Ikan Masak Kicap + leftover sambal tumis ikan bilis
4- Sardin Ayam Brand + sayur kobis

Simple jer. Gambar nan ado lah. Kang kalau tepek terliur plak uols nengok...hehehehe...Memang tak terbuat lah kalau aku sorang yang masak kan. Semua nih takkan berjaya tanpa bantuan hubby terchenta. Aku siap² kan bahan, hubby yang tolong masak with my supervision lah kan.Ada gak yang aku masak.

Syukur sangat² sebab hubby ringan tulang, Iyer lah...dah 2 anak nih kan. Memang tak terkejar kalau buat sorang². Tambahan lagi anak dara tu mengacau. Kejap² ker dapur, pastu nak nenen...haihhhhh...penat jangan cakaplah.

Kalau nak gi Param, lauk pauk belum tentunya sedap. Harga pon mestilah lagi mahal daripada biasa. Biasalah, tiap² tahun mesti naik harga nyer lah. Petang smalam degar radio pon pembeli dok merungut harga makanan kat Param melampau² harganya, macam tak masuk akal pon ada...hhhhmmmmmm...Kalau harga makanan setimpal dengan kesedapannya tak per lah kan. Ini dah lah mahal, pastu tak sedap plak tu. Memang menganiaya pembeli namanya tu.

Masak sendiri jer lah lagi afdhal, even kekadang tak rasa apa, janji puas hati...yer tak ☺☺☺. Nak masak apa plak petang nih erk...hhhmmmmmmm...

M.E.N.G.A.N.T.U.K + B.U.S.Y Time bula posa nih rasa mengantuk tu lain macam sket lah...haihhhh....

M.E.N.G.A.N.T.U.K
+
B.U.S.Y

Time bula posa nih rasa mengantuk tu lain macam sket lah...haihhhh....

1st time gi members day sale nih. Apa yang aku bley katakan. Sorry lah...tak der lah aku nak gi lagi lepas nih. Tak kira lah Sogo atau Jusco...

1st time gi members day sale nih. Apa yang aku bley katakan. Sorry lah...tak der lah aku nak gi lagi lepas nih. Tak kira lah Sogo atau Jusco members day.

Sabtu baru nih saja ajak hubby gi Sogo. Terpaksa gak bawak bebudak tu. Nak tinggalkan ngan sapa plak kan. Jalan agak sesak gak lah. Tapi still under control. Lagi pon dah petang kan. Aku sampai Sogo dalam pukul 8.00 malam. Parking kat Maju Junction. Kalau nak parking kat sogo, memang nan ado lah kan.

Sampai jer sogo...ya! ampun, dah macam nak nengok concert gamaknya. Ramai giler orang. Nak masuk sogo lagilah...beratur. Kat dalam pulak, masya'allah...ramai nak mam**. Dari satu floor ker satu floor kami terjah. Ya! allah...sesak dengan manusia, jammed wei, tak boleh nak jalan. Kaunter jangan cakap lah, beratur panjang orang nak membayar.

Ingatkan kalau gi malam sket tak der lah ramai sangat orang, tapi hampeh...lagi malam lagi bertambah manusia dalam sogo tu. Daripada sorong stroller terpaksalah lipat balik stroller sebab susah nak jalan. Nasib stroller jenis umbrella fold and ringan.


Nak memunggah baju lagi satu hal, nak pilih yang cantik lagi. Memasing berkerumun. Dah macam 'siapa cepat dia dapat' plak konsepnya...muahahahaha...Aku pon jadi blur sebab tak tau nak pilih, pilihan yang cantik utk anak dara tu pon tak banyak sangat, tambahan plak kepala sudah pusing dengan kesesakan kat sogo tu. Kesudahannya...dapat lah sambar 2 helai seluar and 3 helai baju untuk anak dara. S1 abang plak sempat sambar sehelai jeans jer. Total suma tak sampai RM150.00. Baju untuk IbuAbah nan ado, tak tercapai dek akal nak memilih dalam keadaan kesesakan yang luar biasa macam tu.

Pengajarannya...tobat lah. Tak kuasa dah mak nak gi time members day sale nih. Gi time sale biasa pon jadilah, hati pon puas. Daripada bersesak-sesak. Kesian kat bebudak, ada sampai terbaring atas lantai pon ada, penat tunggu mak habis soping agaknya. Dengan tangisan baby lagi, nasib anak dara nih tak meragam...haihhhhhh...cukup² lah tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...