Baju Muslimah Kanak-kanak

Hadiahnya.. Perfume from Body Shop dan FM dari Penang utk 5 lucky no yer. Jom terjah blog Gieyana ^_^ Tarikh tutup : 20th February 201...

Hadiahnya..Perfume from Body Shop dan FM dari Penang utk 5 lucky no yer.
Jom terjah blog Gieyana ^_^


Tarikh tutup : 20th February 2011, time : 20:02

Salam Jumaat semua. Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan satu kisah sedih yang sangat menyentuh naluri keibuan ku ini...s...

Salam Jumaat semua.

Sempena hari jumaat yang mulia nih, aku nak kongsikan satu kisah sedih yang sangat menyentuh naluri keibuan ku ini...sehingga menitiskan air mata. Aku percaya, kalau uols semua baca pon mesti akan tersentuh dengan cerita nih. Sumber ni pon aku dapat dari seorang sahabat forum dan blog iaitu HERNI. Tak salahkan kita kongsikannya sekiranya ia mampu menyedarkan kita erti kasih sayang, pengorbanan dan tanggungjawab yang sebenar. Mari kita sama² hayati kisah ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjabaw sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat² akhir. Subhanallah...

Semalam ada satu message masuk kat FB, ntah mat saleh mana sesat barat bagi message kat aku. Terkejut gak tetiba ada mat saleh dari London ...

Semalam ada satu message masuk kat FB, ntah mat saleh mana sesat barat bagi message kat aku. Terkejut gak tetiba ada mat saleh dari London nak berkenalan. Tak tau lah kot dia tersalah bagi ker. Tak der plak aku add dia as friend...hhmmmmm...

Sila klik utk lebih jelas

So...kalau ada yang nak berkenalan ngan steve nih, especially anak² dara yang kepingin jejaka mat saleh, silalah add dia kat FB yer. Kerja as Manager kat Syarikat Automobil, London...muahahahaha...

Psstttt...patut tak aku reply message dari Richard Steve nih? *wink*


Selepas dapat tittle ibu kepada 2 orang anak ^_^. Kalau sebelum nih pepagi hantar Iman gi nursery, pastu gi keja sesama ngan hubby. Skang n...


Selepas dapat tittle ibu kepada 2 orang anak ^_^. Kalau sebelum nih pepagi hantar Iman gi nursery, pastu gi keja sesama ngan hubby. Skang ni semuanya dah berubah.


Memandangkan aku drive, tetiap pagi nak kena hantar si anak bujang yg putih dengan si anak dara hitam manis nih gi nursery. Kekadang iman naik motokar ngan abah dia. Balik pon macam tu gak.

Sejak dah ada 2 anak nih, rumah pon jadi tunggang langgang. Weekend baru kemas. Baju makin bertambah, yerlah...dah 2 anak, hari ni lipat esok dah bertimbun balik. Basuh baju pagi tetiba kang petang byk plak baju kotor. Biasalah klo bebudak, asyik nak tuko baju jer kerjanya.

Masak plak on and off, tapi selalunya masak lah. Yang simple dan cepat. Kekadang hubby yang tolong masak ^_^...mekasih...tau isteri penat.

Memang penat lah. AKu rasa tenaga makin bertambah sejak berempat nih. Dengan drive lagi, menghadap traffic jammed...huhuhu...aku perlukan supplement tambahan lah.


Ibu mana yang sampai hati tengok anak sakit kan. Kita yang dewasa nih kalau batuk pon dah sakit, inikan pulak budak kecik yang baru 4 bulan ...

Ibu mana yang sampai hati tengok anak sakit kan. Kita yang dewasa nih kalau batuk pon dah sakit, inikan pulak budak kecik yang baru 4 bulan nih. Tak lena tido di buatnya. Memandangkan batuk yg sangat jahat qaira tak berapa nak surut² even nak dekat seminggu, nak tak nak aku terpaksa bawa qaira gi klinik untuk buat Nebulizer

Budak yg tengah 'high' baru lepas sedut gas...ekekeke...

Aku ada gak bagi ubat, tapi jaranggggg sangat lepas tu aku bagi tak ikut sukatan. Pastu try buat 'Fisio', tapi tak sampai 15 minit dah melalak². Keluar lah jugak kahak tapi sikit jer pastu kat po-po ada nampak macam lendir² sket. Tiap² malam sapu vicks (for children) kat tapak kaki.

Masa buat nebulizer tu elok jer qaira, tak nangis pon, siap sengih² lagi. Suka gamaknya bila rasa dada tu lapang.

Setakat pagi nih alhamdulillah...batuk dah mula nak beransur pulih. Tak der lah macam aritu...batuk memanjang, kesian sangat sampai aku rasa macam nak jolok jer tekak si qaira nih. Badan pon dah nampak macam susut sket gara² batuk nih.

Ahad baru nih gi makan ayam penyet kat The Summit. Aku ingatkan semua kedai ayam penyet ni sama jer. Order lah macam biasa...AP ngan Lele Pe...

Ahad baru nih gi makan ayam penyet kat The Summit. Aku ingatkan semua kedai ayam penyet ni sama jer. Order lah macam biasa...AP ngan Lele Penyet, pastu tambah lauk gulai lemak pucuk ubi tapi nan ado. Rupa² nya kedai yang kitorang makan tu adalah Ayam Penyet RIA...tak sama. Kebetulan ada promotion sempena CNY, berbaloi lah sebab dapat voucher 10% discount.

vs

Rasa AP RIA ngan Ayam Penyet AP ni sama jer, cuma variety lauk tu lain sket. Tapi memang sedap bangat. Tak sah kalau tak tambah nasi.

1st time makan Ayam Penyet ni masa bulan puasa tahun lepas. Sana..sini..sinun..dok citer pasal AP nih. Kebetulan gi IOI mall Puchong, di sebabkan rasa nak mencuba tu membuak² pastu tengah pegnant plak tu, ajak lah hubby try. Perghhhhh...memang mantop dan terbaek, especially gulai lemak pucuk ubi. Sepinggan nasi tak cukup uols, tambah sampai 3 pinggan nasi putih lagi...gila melantak sebab sedap kan ^_^.


Sekali pergi rasa nak pergi lagi, macam ayam penyet ni memanggil² soh masuk kedai dia...masuklah...masuklah...ekekekeke...Berhantu btullah.

Pejam celik pejam celik, hari ni genap 4 bulan anak dara hitam manis nan sorang nih. Kejap jer masa berlalu, aku rasa macam baru jer bersali...

Pejam celik pejam celik, hari ni genap 4 bulan anak dara hitam manis nan sorang nih. Kejap jer masa berlalu, aku rasa macam baru jer bersalinkan qaira ^_^.

♪♫♪ Happy 4th Months Old Qaira ♪♫♪


Alhamdulillah...masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya, Yahooooo...pencapaian yang amat membanggakan untuk aku (harus puji diri sendiri kan ^_^). Ada 2 bulan lagi untuk capai target 1st stage iaitu 6 bulan pertama untuk melengkapkan penyusuan SUSU IBU.

Development Qaira untuk 4 bulan nih:

- Membebel jer kejanya.
- Dah mula nak meniarap. Buat pertama kalinya petang semalam qaira meniarap tapi punggung ngan badan jer yg pusing...kepala tak lepas pusing lagi. Takper nak...usaha tangga kejayaan...caiyok...caiyok...:-)
- Dah pandai cabut sarung tangan. Tapi ibu pakaikan jugak sebab kuku tajam.
- Kalau tak der orang nak layan, main jer lah sorang² sambil tgk TV, pastu tido.
- Dah mula menunjukkan minat nak makan. Bila orang makan dia tengok jer sambil air liur meleleh. Sabar yer nak...2 bulan jer lagi.

Tu jer lah. Kang aku letak lebih² hover plak nanti. Cakap pasal solid food, my FIL pernah suruh bagi qaira makan, tapi aku diam jer lah. Owh tidak....anak aku kecik lagi, kena tunggu 6 bulan baru bley makan.

Best kan kalau dapat pergi. Tapi aku gi San Francisco kat KLCC jer San Francisco Steak House...ekekekekeke... Ada sambutan Birthday Bash a...

Best kan kalau dapat pergi. Tapi aku gi San Francisco kat KLCC jer San Francisco Steak House...ekekekekeke...


Ada sambutan Birthday Bash actually. From July till Dec 2010. Staff di beri pilihan samada nak makan kat CHAKRI PALACA atau SAN FRANCISCO STeak House. So...majoriti dah vote for SFSH ^_^.

Ok lah...time to go. Majlis start pukul 12.00 pm. Daaaa....


Lepas bersalin anak no 2, aku rasa tahap keguguran rambut aku dah makin kronik. Rambut kat belah depan ni dah nampak jarang. Dahi aku yang s...

Lepas bersalin anak no 2, aku rasa tahap keguguran rambut aku dah makin kronik. Rambut kat belah depan ni dah nampak jarang. Dahi aku yang sememangnya jendul dah makin menjadi² jendulnya (ha...gelak). Bila aku sikat rambut...ya Allah...segumpal rambut kat sikat. Aku jadi makin takut tengok rambut sendiri yang semakin luruh dengan banyaknya.


Jangan kata kat sikat...kat bantal, lantai umah, lantai bilik air...di mana² saja ada rambut aku. Uuuwwaaaaa...nak buat macam mana nih. Rambut dah makin sikit. Pakai shampoo untuk rambut gugur pon tak jalan gak, makin gugur lagi adalah. Mau botak kepala aku kalau tak ubat dari skang.

Ada tak petua yang ringkas dan senang untuk atasi masalah rambut gugur nih? Atau ada shampoo yang sesuai? Rasa macam nak gi YUN NAM Hair care jer, tapi mesti mahal kat...hhhmmmmm...


Pagi ni sleepy sangat sebab tak cukup tidur. Kesan daripada tak cukup tidur...payung di sangka drawing hanger...sengal. Qaira kena batuk². ...


Pagi ni sleepy sangat sebab tak cukup tidur. Kesan daripada tak cukup tidur...payung di sangka drawing hanger...sengal. Qaira kena batuk². Dah 3 hari dah. Tapi malam tadi kerap bangun sebab kejap² batuk. Kesian anak dara nan sorang tuh. Nak kata batuk berkahak tak jugak, sebab tak dengar bunyi kahak. Cuma bila bernafas tu ada bunyi macam hidung tersumbat. Tapi tak der pon selsema. Risau jugak. Malam tadi gi klinik, Dr. cakap peparu ok. Dapatlah ubat batuk ngan ubat titis kat hidung.

Kesian dak tembam nih

Kalau boleh aku nak elakkan bagi ubat, sebab baby lagi kan, bukannya elok bagi ubat, tapi hubby dah ajak gi klinik, pergi jer lah. Ni ada info pasal Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun

Kalau anak uols batuk macam mana plak? Bagi makan apa? Kalau bagi madu boleh tak? Ada gak dengar pasal teknik 'Fisioteraphy'. Teknik ni sesuai untuk anak² yang menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi dan simptom seakan asma. Nak tau tekniknya, bley baca kat sini Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

Hhhhmmmm...bley cuba kaedah nih. Teringat masa iman kena 'fisio' dulu gara ² bronchities. Tak tahan bila kena sedut kahak...seksa tu. Balik nih nak try buat kat Qaira.


Info yang sangat menarik untuk di kongsi bersama. Pakar Matematik Gunaan dedahkan fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara. Mari k...

Info yang sangat menarik untuk di kongsi bersama. Pakar Matematik Gunaan dedahkan fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara. Mari kita baca dan rumuskan sendiri.


What say you?

Aktiviti aku di pagi hari kalau pintu office tak buka lagi. Kira terapi lah jugak kan. Layan jer tengok ikan² nih. Ikan Talapia pon ada ta...

Aktiviti aku di pagi hari kalau pintu office tak buka lagi.


Kira terapi lah jugak kan. Layan jer tengok ikan² nih. Ikan Talapia pon ada tau. Sambil tangok ikan sambil menjamu mata dengan keindahan landscap kat office nih. Green Building concept lah katakan. Sana...sini...sinun...ada pokok² ^_^


Sejuk mata memandang tengok pokok² hijau nih kan.

Dapat info nih kat blog Cik Mot . Baby nih meninggal sebab lemas tertiarap kat Taska...uuwaaaaa...sedihnya, baby nih baru 2 bulan lebih. Ble...

Dapat info nih kat blog Cik Mot. Baby nih meninggal sebab lemas tertiarap kat Taska...uuwaaaaa...sedihnya, baby nih baru 2 bulan lebih. Bley gi kat Blog nih, Mieja@Amiizaa2001 sepupu kepada mak baby yang meninggal nih.

Pasal entry Perihal Taska Lagi, aku ada email dekat pengirim nih, ni dia m aklum balas yang aku dapat:

walaikumsalam.


ya. saya take note.


- aduan ke JKM mcm susah nak buat sbb taska tidak berdaftar dgn JKM. Hanya ada berdaftar syarikat/company shj.

- suami mmg dah email aduan ke JKM.

- kejadian ni sy dpt tahu 09.12.2010 - dah jumpe owner taska tanpa tunjuk gambar dan telah plan satu tarikh lain utk bertemu kembali tetapi sehingga ke saat ini 24.12.2010 owner berdolak dalih tidak mahu berjumpa... itu yg saya buntu terus hantar email ke yahoogroups.

- dah cari taska lain - 10.12.2010 saya sudah tidak lagi hantar anak kesitu. taska baru jauh sikit dari rumah dan berdaftar dgn JKM.

saya sedih sgt. depan kita owner ni pijak semut pun tak mati, belakang kita dia buat anak2 mcm tuu..

trima kasih fiza. really appreciate. thankyou. :)

Itu lah jawapan nya. Dia dah pon tukar kan anak dia ker nursery lain. Tapi kesian lah kan dekat nasib budak² yang lain.

Huhuhuhu...horror lah bila dengar kes baby meninggal kat nursery nih. Rasa macam nak berhenti kerja hari nih jugak. Hari senin aritu sempat borak² ngan owner nursery. Aku siap tanya dorang tidokan baby meniarap ker atau terlentang. Jawapannya...dorang tidurkan terlentang & takkan tidokan baby secara meniarap. Lega mak dengar noks.


Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab h...


Kegagalan pihak media untuk menghubungi Watie Elite berkenaan gosip anak luar nikah yang dipaparkan oleh Melodi Ahad lepas telah terjawab hasil temubual bersama abang ipar kepada Watie. Menurut ManggaOnline, mereka cuba mendapatkan kenyataan Watie, namun gagal setelah segala SMS & panggilan tidak berjawab. Mujur, abang ipar Watie yang dikenali sebagai Aziz diwakilkan untuk menjawab cerita panas tersebut. Rujuk artikel Angelina, Budak Perempuan Laporan Khas Melodi Anak Watie?

OHBULAN! difahamkan, gadis remaja yang keluar di Melodi tempoh hari memang anak Watie, tetapi bukan dilahirkan secara haram. 15 tahun lalu, Watie pernah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan. Eh, tak tahu pula kan?

Angelina, telah dibela oleh keluarga angkat, iaitu abang kepada bekas suami yang kini menetap di Johor. Watie banyak kali mencuba untuk berjumpa dengan Angelina, namun telah dihalang oleh keluarga angkat.

Menurut respon abang ipar Watie, pendedahan yang dipaparkan di Melodi memang telah dirancang oleh keluarga angkat Angelina. Ibu angkat Angelina kini bergelar ibu tunggal dan amat memerlukan wang kerana mereka sekeluarga susah, semuanya bermotifkan duit! Namun, setelah gagal mendapatkan wang daripada Watie, mereka bertindak melakukan pendedahan ini untuk memalukan Watie.

Watie kini masih dalam keadaan terkejut dan malu apabila berita mengaitkan dia mempunyai anak luar nikah. Buat masa ini, dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Kredit penuh berita buat ManggaOnline.


Lately sana...sini...sinun...dok buat entry Wordless Wednesday nih, tertanya-tanya gak apa maksudnya. Cari punya cari...inilah jawapannya. ...


Lately sana...sini...sinun...dok buat entry Wordless Wednesday nih, tertanya-tanya gak apa maksudnya. Cari punya cari...inilah jawapannya.



Owh...baru tau. Hhhhmmmm...slow betul lah aku nih...(^_^)

Comel² kan FM nih. Kalau nak dapatkan satu, bley join Giveaway dari suzieydotcom nih. Mana tau rezeki kan ^_^ Closing date: 11.1.11 @ 11....


Comel² kan FM nih. Kalau nak dapatkan satu, bley join Giveaway dari suzieydotcom nih. Mana tau rezeki kan ^_^

Closing date: 11.1.11 @ 11.11pm

Morning. Hari ni sampai office lewat daripada biasa. Adoiiii...jalan sesak giler pagi nih. Sebelom masuk tol Sungai Ramal dah jammed. Dekat...


Morning. Hari ni sampai office lewat daripada biasa. Adoiiii...jalan sesak giler pagi nih. Sebelom masuk tol Sungai Ramal dah jammed. Dekat sejam gak lah sangkut. Dengar radio kata ada accident kat Highway Kajang Silk. Tapi tak nampak pon accidennya kat mana.

Kaki pon dah gigil² nih and sakit. Sejak drive nih, aku dah mula kena sakit lulut. Mana taknya...mengadap jammed hari²...huhuhu...

Sakit kepala tampal koyok, kalau sakit lutut, nak tampal apa? Huhuhuhu....nak breakfast dulu.


INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf. SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dic...

INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” (muahahahaha....tergelak aku baca statement  nih ^_^) begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.

Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam".

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.

Nota hujung jari: Perghhhh...cayalah makcik nih. Umur 30 tahun dah ada 8 orang anak. Aku umur macam tu baru ada sorang. Pastu umur 50 tahun dapat lagi sorang anak...hhmmmm...hebat.


Dengan ini, mari lah kita sama² amalkan petua mak cik Mansura nih. Kalau nak tengok suami kita layu ketika 'di susukan', jagalah payudara sebaik-baiknya...hehehehehe...Renung-renungkan dan selamat menjaga payudaya...muahahahaha...^_^ 


Morning uols, dah breakfast? Me...nasi goreng jer pagi nih. Macam mana AJL 25 malam smalam, puas hati ker dengan keputusan juri? Hhhmmmmm.....


Morning uols, dah breakfast? Me...nasi goreng jer pagi nih. Macam mana AJL 25 malam smalam, puas hati ker dengan keputusan juri? Hhhmmmmm...sedikit keciwa sedikit sebab FT @ Faizal Tahir tak menang. Tapi tak per lah, dapat persembahan terbaik pon jadi lah.


Tapi AJL 25 kali ni memang best, persembahan mantop². Juara AJL 25 kali nih di nobatkan kepada ANA RAFALI. Dengar HOT FM pagi nih, ada gak yang tak puas hati dengan kemenangan Ana Rafali nih. Tapi nak buat macam mana, dah juri yang pilih kan, nak tak nak kenalah terima.

Ok lah. Ada meeting pagi nih. Nanti sambung lagi (^_^)


Giveaway lagi. Kalau bertuah...dapatlah hadiah dari UK. Nak TAG AMIRAH AIDA Dateline: Until 12 Jan 2011


Giveaway lagi. Kalau bertuah...dapatlah hadiah dari UK.

Nak TAG

Dateline: Until 12 Jan 2011

Buat pengumpul Fridge Magnet, bleylah join giveaway nih . Ada 4 FM menanti anda. Dateline: 23 Januari 2011 @ sehingga ke penyertaan ke 150...


Buat pengumpul Fridge Magnet, bleylah join giveaway nih. Ada 4 FM menanti anda.

Dateline: 23 Januari 2011 @ sehingga ke penyertaan ke 150 sahaja


Renungan Pagi Jumaat...(^_^) South Africa Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki...

Renungan Pagi Jumaat...(^_^)

South Africa Isnin 6 September 2010:


Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.


Jamie Rooney, 38, bersama pelancong² lain dalam perjalanan daro melawat Kruger National Park, South Africa sempat merakam peristiwa aneh itu. Ulat² bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing² menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama² yang cantik.


Tindakan ulat² bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati² dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.


Tadaaaa....... Alhamdulillah...Banyak plak hasil tenusuibu untuk pagi nih. Aku pam kat office 2 kali jer. Selalunya kalau buat 2 session p...

Tadaaaa.......


Alhamdulillah...Banyak plak hasil tenusuibu untuk pagi nih. Aku pam kat office 2 kali jer. Selalunya kalau buat 2 session pumping dapat lah 10 oz per day, kekadang 8 oz. Tapi pagi nih hasilnya lebih daripada biasa, 8 oz untuk 1st pumping session...suka...suka...

Dah lama tak dapat hasil macam nih. Masa mula² baru masuk kerja jer meriah sket, tapi bila dah lama², hasil sedikit drop, huhuhuhu...ni baru naik balik (^_^).

Lepas nih nak buat 3 kali pumping session plak. Tapi tu la...bila dah buat keja tu kekadang terlajak. Nak try gak trial pack shaklee untuk banyakkan susu nih...hhmmmmm...


Morning uols..dah breakfast? Me...makan roti berintikan tuna jer. Maklumlah...last month dapat gaji awal, kena lah kontrol budget sket (^_^)...

Morning uols..dah breakfast? Me...makan roti berintikan tuna jer. Maklumlah...last month dapat gaji awal, kena lah kontrol budget sket (^_^). Pagi nih sampai lewat daripada biasa, traffic jammed and hujan. Kenapa erk...bila hujan jer mesti jalan jammed bila jammed jer mesti hujan. Dah lah tu, daripada 3 lane jadi 5 lane, berebut² nak masuk.


Adoii...patang smalam pon jammed, bley di katakan hari² jammed. Letih di buatnya. Dah lah keta manual, ketak kepala lutut nih. Aku kalau hujan lebat dengan jalan jammed ni memang cuak sket, takut enjin mati...ahaks...


Korang terasa tak kalau orang tanye macam tu. Kot iyer pon, janganlan cakap hitam...cakaplah hitam manis ker, gelap ker, mendung ker...sedap...

Korang terasa tak kalau orang tanye macam tu. Kot iyer pon, janganlan cakap hitam...cakaplah hitam manis ker, gelap ker, mendung ker...sedap sket telinga nih mendengarnya. Aku pon ada perasaan gak orang cakap anak aku macam tu, nasib anak aku tu baby lagi, tak tau apa²...tapi kalau anak aku tu baby ajaib yang boleh bercakap...mau dia reply "mulut aunty nih tak der insurance ker?"...hambik ko. Walaupon kulit berbeza² tapi benih dan darah yang mengalir tetap sama.


Apa jawapan yang sesuai untuk orang² yang selalu bertanya soalan yang macam nih? Adakah jawapan nya seperti ini:

1. Owh...acuan lain².

2. Abah dia gelap, ibu dia putih. Kalau anak lelaki selalunya ikut kulit ibu, anak pompuan plak ikut kulit bapak. Statement yang biasa kita dengar. Tapi kalau bapak nya dilahirkan putih, bila buat kerja luar, kulit bertukar jadi gelap...macam mana plak tu?

3. Masa pregnant makan kicap banyak sangat, tu yang gelap tu.

4. Tak minum susu and air soya masa pegnant.

5. Alaa...baby lagi, dah beso nanti putih lah tu.

6. Suka tengok citer tamil...muahahaha...gurau jer, org tamil kan banyak yg dah puith skang nih :-)

Hhhhhmmmm...apa lagi nak tambah? Bagi aku jawapan yang sesuai...

'Kun Fayakun'...'Jadilah!maka terjadilah ia'

Walaupon aku minum air soya berkotak² dan minum susu sepanjang pregnant, kalau Allah nak bagi kulit anak aku putih, maka putihlah dia, kalau kulit gelap...gelap lah dia. Ada gak orang yang tak minum soya and susu sepanjang pregnant, tapi anak tetap putih, macam mana tu? Kuasa Allah kan.

“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

Bila Ustazah Fiza mula berbicara...muahahahaha...

Itulah mulut orang kan. Kalau nak berbicara @ mengeluarkan perkataan, biarlah berlapik sket. Kalau jenis tak kisah tak per gak, kalau jenis yang cepat terasa macam haku nih...sendiri mau hingat lah.

Siapa tak terasa wei bila orang cakap anak aku hitam walaupon kulit qaira tak der lah hitam sangat. Hitam manis lah sebenarnya.

Hhhhmmmmm...esok² bila Qaira dah beso and mana tahu tetiba dia tanya soalan macam nih kat aku, bley lah aku soh dia baca entry nih.


Info yang sangat berguna untuk di kongsi bersama. Terima kasih pada Pn. Punya Blog (Mawaddah) atas informasi ni. Mungkin ramai yang dah ta...

Info yang sangat berguna untuk di kongsi bersama. Terima kasih pada Pn. Punya Blog (Mawaddah) atas informasi ni. Mungkin ramai yang dah tahu pasal SIDS, tapi apa kaitannya dengan Stomach Sleeping? Ada jugak mitos dan fakta tentang tidur meniarap nih.

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?

SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?

`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?

Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?

1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...

2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...

3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..

Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...

1.Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...
Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)

2.Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...
Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..

3.Mitos: Elak perut kembung..
Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...


Nak tergelak aku bila iman tanya soalan macam tuh (^_^). Banyak kali gak dia tanya dan dah banyak kali gak aku terangkan. Nakal si iman nih,...

Nak tergelak aku bila iman tanya soalan macam tuh (^_^). Banyak kali gak dia tanya dan dah banyak kali gak aku terangkan. Nakal si iman nih, sambil tanya sambil sengih macam kerang busuk.

Iman: Ibu, mana telor adik. Kenapa adik tak der telur
Ibu: Yer lah, adik girl, gegirl tak der telor, tapi ada vagina
Iman: Owh...adik girl
Ibu: Ha'ah...abah & iman lelaki, Ibu & adik perempuan
Iman: Owh

Aku pon tak tau kaedah ni betul ker tak nak menjawab soalan si iman nih. Macam mana nak terangkan secara detail erk klo anak tanya macam nih?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...