AFB Feeds

Alhamdulillah, sabtu aritu genap dah usia qaira 3 bulan. Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya...syukur. Qaira memang tak banyak ragam,...

Alhamdulillah, sabtu aritu genap dah usia qaira 3 bulan. Masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya...syukur. Qaira memang tak banyak ragam, kecuali kalau sakit perut, montot kotor and bila nak nenen. Development pon seperti biasalah, seiring dengan usia budak 3 bulan. Antaranya:

- Berat dah bertambah dari 4.9 kg ker 5.6 kg
- Badan tegap, kepala pon steady jer...masa dalam pantang kepala dah tegak, tak der lembik². Penangan vitamin gamaknya (^_^)
- Input susu ibu pon dah naik dari 2 oz ker 2.5 - 3 oz x 4 bottle
- Dah mula mengiring
- Dah tak bley pakai mitten, habis basah di hisapnya. Tapi kena pakaikan jugak sebab kuku qaira tajam even dah potong pendek.
- Suka berborak, klo abg iman & abahnya layan, lagilah suka (^_^)

Itu lah serba sedikit. Tapi si qaira nih kalau nak breastfeeding in public, dia tak suka kalau ibu dia pakai nursing poncho, mulalah menggeliat, tangan mengipas² macam burung. Tapi ibu tak kira, pakai jugak. Malulah ibu nak ooiiii klo tak pakai nursing cover...hhhmmmmm...macam mana nih.


Genap Qaira 3 bulan, aku dapat period yang pertama ahad aritu, nak sedih ker nak suka nih...muahaha....

Genap Qaira 3 bulan, aku dapat period yang pertama ahad aritu, nak sedih ker nak suka nih...muahaha..sedih pon ada sebenarnya, aku ingatkan kalau fully breastfeed aku tak period, nak gak merasa macam ibu² yang lain tak kluar period sampai 2 tahun. Tapi jangkaan ku meleset. Tak per lah kan, at least bley merancang bila dah period nih, bley tau time subur bila (*_^). Kenapa ada fully BF mom yang period cepat & ada yang period lambat erk. Aku google² jumpalah blog pengepam tegar MBPC Hayatie Hashim. Di sini aku Copy and paste dari blog THA, minta ijin yer tuan tanah :-)

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ada yang sesetengah tu cepat, ada sesetengah tu lambat. Ada beberapa artikel menarik untuk dikongsikan bersama. Diantara faktor-faktor yang menyebabkan kembalinya period itu adalah:


1. Kekerapan bayi itu menyusu (Malam & weekend jerlah, woking mom kan)
2. Kekerapan bottle-feeding berbanding breast-feeding (Kat nursery jer, kat umah direct)
3. Adakah bayi menggunakan pacifiers (Tidak sama sekali)
4. Jangka masa bayi tido yang lebih lama pada waktu malam (qaira bangun 2-3 kali jer)
5. Pengenalan kepada makanan pejal dan sebagainya (Belum lagi)

Jika kesemua faktor-faktor diatas telah dikenal pasti dan menyebabkan kurangnya stimulasi kepada breast terutamanya pada waktu malam, lagi awal kebarangkalian kembalinya period ibu itu. Setelah kembalinya period yang pertama, ianya akan berterusan tetapi akan menunjuk pattern yang tidak tetap (irregular) sepanjang tempoh laktasi itu. Dan setelah itu, agak normal lah jika pattern period itu adakala panjang dan adakalanya singkat dan kadang-kala ianya akan skip beberapa bulan sehingga datangnya semula period yang seterusnya dalam tempoh selagi penyusuan itu berlaku.

Aku agak berpendapat, kembalinya period seseorang ibu itu adalah sangat berkait rapat pada kekekerapan penyusuan atau lebih terperincinya, pada kekerapan breast dikosong agar pengeluaran susu itu sentiasa berada pada tahap yang optimum. Abaikan kadar pengeluaran susu pada awal2 satu-dua bulan kerana pada ketika itu pengeluaran susu lebih banyak dikawal secara hormonal (endocrine control system) dan susu tetap akan terproduce regardless bayi itu menyusu atau tidak dan jika distimulate lebih lagi pada ketika ini (i.e nursing/pumping) yang lebih kerap, pengeluaran akan jadi lebih lumayan lagi. Sila fokus pada waktu 3 bulan ke atas,kerana pada ketika ini lah, kekerapan penyusuan itu kembali berkurangan diatas faktor kembali berkerja, sibuk, penyakit M dan sebagainya. Dan perlu diketahui pada ketika ini, pengeluaran susu tidak didorong sepenuhnya pada faktor hormon tetapi sebaliknya adalah berdasarkan kekerapan susu dikeluarkan daripada breast (frequency of breastmilk removal). Refer pada carta dibawah untuk lebih pemahaman.


Dan kenyataan aku itu didokong berdasarkan artikel yang aku jumpa mengenai research ini:

"The infant feeding patterns at the time of first ovulation after childbirth were determined in a longitudinal study of twenty-seven mothers who chose to breast feed their babies. Fourteen mothers suppressed ovulation throughout lactation and thirteen ovulated while still breast feeding. Those who ovulated while breastfeeding had all introduced two or more supplementary feeds/day, reduced suckling frequency to less than six times/day and reduced suckling duration to less than 60 min/day at the of first ovulation."

Sumber: NCBI

Dan aku quote satu lagi artikel yang mengatakan kekerapan penyusuan itu menjadi faktor kembalinya period dalam tempoh penyusuan.

"Decreased suckling session frequency and decreased total breast-feeding duration each day were found to signal a higher time-specific probability of recovering menstrual cyclicity."

Sumber: Continuously Recorderd Suckling Behaviour and its Effect on Lactational Amenorrhoea

"The factors predicting the return of ovulation during lactation were investigated in 60 breast feeding mothers from Baltimore, Maryland, and 41 mothers from Manila, the Philippines. The women in Manila breast fed more frequently (11.0 mean daily feeds) than those in Baltimore (5.8 feeds) throughout the first postpartum year. However, during the first 6 months, the average length of an individual breast feed was longer among US women. Although both groups gave few supplementary feeds during the first 20 weeks after delivery, more non-bottle feeds were given thereafter in Manila. Use of bottle feeds was similar in both groups. Women who first ovulated before 6 months gave significantly fewer mean daily breast feeds during this period (8.5) than those who first ovulated after this point (10.7). Women who first ovulated before 6 months also had a lower percentage breast feeds of total feeds (84.2%) than women who first ovulated later (88.2%)"

Sumber: NCBI

Sebagai rumusan, aku berpendapat kekerapan penyusuan yang konsisten sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari dengan konsisten akan melewatkan kembalinya period itu. Bagi yang bekerja, waktu tidak bersama dengan bayi itu harus lah diganti dengan kekerapan yang bersesuaian dan meneruskannya dengan kekerapan menyusukan sekembalinya dirumah. Dan jika kekerapan penyusuan itu tidak diakhiri dengan pengosongan breast yang optimum, pemerahan singkat adalah dicadangkan untuk merangsang lebih banyak pengeluaran susu. Apa yang tertulis diatas adalah kebarangkalian semata-mata. Kuasa Allah S.W.T maha mengatasi segalanya. Walhal terjadi juga ibu-ibu yang selepas pantang pun terus pregnant kembali. Wallahualam.. 

Itu lah jawapan nya. Barulah aku tau serba sedikit. Info yang sangat berguna bagi BF mom yang 1st time  nak fully breastfeed macam aku nih.Kalau nak tau lebih lanjut, bley layari blog MBPC Hayatie Hashim, banyak info² menarik pasal Breastfeeding



Let Pictures do the talking. Apa perasaan uolss klo tengok gambar² nih? Kalau tak der perasaan me...

Let Pictures do the talking.



Apa perasaan uolss klo tengok gambar² nih? Kalau tak der perasaan memang hati kering lah uols nih. Ya! Allah...luluh hati aku, nak menangis pon ada, bercampur baur perasaan tengok bebudak ni. Automatik teringat kat anak².

Email ni aku dapat dari mahligai group. Ni aku copy & paste balik email dari pengirim gambar² nih:

Fw: Ingin bertanya tentang penjagaan kanak2 ditaska

Salam.


Apa perasaan anda bila lihat gambar2 ini? Need your advise what to do further. Berlaku kepada anak saya dan anak2 lain yg sy tak berapa kenal parent diaorang. Rasa mcm nak tunggu depan taska tu dan bgtau semua parent yg hantar anak ke situ. Kami dah tanya seorg kawan PDRM secara informal. Dia kata takboleh nak report sebab tidak menyebabkan kematian atau kecederaan. ''Dah tu, nak tunggu ada yang mati dulu ke baru boleh buat report.." ???

Lokasi Taska : Sri Kembangan - Selangor.


Please advise dan pertolongan anda amat dihargai. Terima kasih.


-fimmie-

Bagi aku, buat aduan dekat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Taska ni tak mementingkan aspek keselamatan, Kalau iyer pon nak tidurkan budak², janganlah di tutup muka tu dengan kain atau bantal.

Doa ku, semoga bebudak nih dan anak² kita yang terpaksa di hantar ke taska di bawah lindungan Allah S.W.T....amin...


Sebelum delivery, aku dah pesan kat nurse yang aku nak fully breastfeed my baby. Alhamdulillah, imp...

Sebelum delivery, aku dah pesan kat nurse yang aku nak fully breastfeed my baby. Alhamdulillah, impian yang
di impikan menjadi kenyataan. Sejam selepas di lahirkan Qaira dapat merasa Susu Ibu buat pertama kalinya. Seronoknya...baru kluar dari perut dah pandai hisap puting. Tapi qaira hisap tak lama pastu tido. Tak lama lepas tu nurse amik balik baby.


Masa 1st day, susu pon tak banyak sangat. Aku picit² pon kluar sikit jer. Tapi aku confident yang susu ada. Klo Breastfeed, baby akan sentiasa ada dgn kita, nurse akan amik utk mandi jer. Sepanjang malam tu Qaira tidoooooo jer. Puas aku kejut, tak bangun². Geletek tapak kaki, usik² dagu, pipi, sua breast...banyak kali buat macam tu, tapi tak bangun² jugak. Sampai nurse cakap tahap gula ker tahap apa ntah, (aku pon dah lupa) dlm badan baby dah turun sebab kurang menyusu. Menggelabah lah kejap. Nak tak nak, terpaksa lah aku BF gak qaira even dia tido, kejut kan jugak. Dapat nyusu kejap pon tak per lah.

Masuk hari ke 2, susu masih malu² nak kluar, tapi aku susukan jugak. Masuk hari ke 3 dan seterusnya, susu dah start banyak. Dah mula rasa bengkak. Ada satu hari tu, breast bengkak macam pamela anderson nyer tetek. Sekali pam dapat dekat 20 oz. Meriah...meriah...

Tapi aku silap besar, 44 hari pantang, aku tak buat stok susu. Aku pantang kat umah mak. PEti sejuk umah mak plak penuh sepenuhnya. Klo aku pam, tak der ruang nak letak susu.

Balik umah bangi, trus aku buat stok, dapatlah dalam 20 bekas. Skang tengah gigih mengumpul stok susu. Kat office...kekadang sekali jer pam, kekadang 2 kali pam. Alhamdulillah...qaira masih fully Berastfeed sampai hari nih. Badan pon makin debab. Setakat hari ni antibodi masih kuat, belum selsema...demam pon belum, minta di jauhkan...insya'allah.

Semoga perjalanan aku nak Fully Breasfeed Qaira sampai 2 tahun tercapai...amin...


Speechless...salute dengan wanita macam nih. Siap BABYWEARING lagi tu (Teringin nak BW, tapi tak ret...

Speechless...salute dengan wanita macam nih. Siap BABYWEARING lagi tu (Teringin nak BW, tapi tak retilah) Walaupon dah jadi ahli parlimen, tapi anak tetap menjadi keutamaan. Kalau kat Malaysia, bley tak bawa anak masuk parlimen??? Tapi ada ker ahli parlimen wanita yang nak bawa anak masuk palimen kalau di benarkan berbuat demikian?

Member of European Parliament Took Her Baby to Work


A member of European Parliament Licia Ronzulli took her 1-month-old baby to the Parliament session in Strasbourg. She wanted to make a point about the difficulties women face in trying to juggle careers and child care. 





 

Walaupon lebih 2 bulan tak update blog sebab berpantang, tapi dapat jugak buffered earnings. Bukan 1...

Walaupon lebih 2 bulan tak update blog sebab berpantang, tapi dapat jugak buffered earnings. Bukan 1 tapi 3 buffered earnings.


Tapi di sebabkan tahap kemalasan nak update blog sudah bermula, kerja pon bertambah earnings pon jadi tak berapa nak banyak. Jadilah kan daripada tak der.

Hhhhmmmmm....bila aku gigih buat banyak entry, tak dapat plak buffered earnings nih, tapi bila aku malas tahap gaban, dapat plak sekali 3 BE...huhuhuhu...


Tak dapat di pisahkan dengan Iman. Eeeuuuwwww...aku tak suka lah bau mintyak Tancho nih, kuat sanga...

Tak dapat di pisahkan dengan Iman. Eeeuuuwwww...aku tak suka lah bau mintyak Tancho nih, kuat sangat baunya, pening kepala. Tapi hubby suka sangat pakai, skang nih turun kat iman plak. 


Skang nih anak bujang nan sorang tu dah pandai melaram. Jangan kata budak pompuan, budak lelaki pon dah pandai. Kalau nak gi jalan², mesti nak pakai deodorant, minyak wangi & minyak rambut tancho tu. Jangan kata gi jalan, nak gi kedai yang sekangkang kera tu pon nak pakai gak. Pasal deodorant, aku tak bagi pakai, tapi nak jugak pakai, daripada aku bertekak ngan budak 3 tahun nih, haaaa....pakai jerlah.

Yang minyak rambut tancho ni, klo iman pakai sendiri, dengan muka² skali di Tancho nya, banyak sangat. Adoooiiii...pening kepala, bapak ngan anak bau tancho. Pastu buat rambut pacak. Kejap² usik rambut pacak dia tu. 



Though skinny jeans look great doctors say they can be dangerous for our health. According to some e...

Though skinny jeans look great doctors say they can be dangerous for our health. According to some experts tight jeans might cause a nerve problem called meralgia paresthetica.

Together with high stilettos skinny jeans put great pressure on the femoral cutaneous nerve that runs through the thigh. As a result ladies often feel tingling and burning through the leg.



The affliction has already been named as “tingling thigh syndrome. A woman who developed the one said:

"It felt really strange – it felt like my leg had gone to sleep.”

However, the condition is not new and has largely appeared in construction workers, pregnant women and obese people; even young, fit women do suffer it sometimes.

Dr. John England of the American Academy of Neurology said:

"The nerve, in some people, is susceptible to compression. It is a pure sensory nerve – it doesn’t go to muscles or provide strength. Anything that is tight around there could potentially compress the nerve that goes there.”

But before you decide to throw your skinny britches away, remember that the damage is not permanent as it is eliminated as soon as you remove the pressure.

Just don’t wear skinnies all the time, make alterations in your appearance and everything’s going to be all right.

Source: MillionLooks.com


Memang berbeza kalau nak di banding kan masa bersalin anak pertama. Masa Iman dulu, keluar tanda dar...

Memang berbeza kalau nak di banding kan masa bersalin anak pertama. Masa Iman dulu, keluar tanda darah. Tapi masa nak bersalinkan Qaira, satu tanda pon tak der, cuma rasa sakit perut yang senggugut tu jer. Proses bersalin pon cepat dan mudah...alhamdulillah...

Pagi Sabtu 25 September 2010, waktu subuh, aku dah start rasa sakit perut, tapi buat biasa jerlah. Lagipon memang ada check-up pagi tu, hubby plak kerja. Plan lepas hubby balik kerja nak gi check-up. Aku pon buat lah keja macam biasa, buat breakfast untuk iman, buat keja rumah, settle kan apa yang patut. Aku ingat sakit perut tu akan hilang, tapi berlarutan.

Pukul 9.00 am, sakit perut makin kerap, pastu aku buat kiraan, selang 5 minit start sakit, contraction dah nih. Pastu tukar plak...selang 10 minit. Isshhh...main² plak. Contraction palsu ker? ☺☺☺ Aku call hubby ckp sakit perut, tapi aku bley control lagi. Hubby nak balik, aku tak bagi. Sebab masih bley tahan. Di sebabkan musim perayaan raya lagi, kebetulan abang² aku nak datang rumah beraya. Pastu kawan hubby pon nak datang beraya gak. Tetamu nak datang, kenalah masak kan. Contraction plak kejap² 5 min, pastu 10 min pastu 20 min plak.

Pukul 1.30 pm, hubby balik. Nak gi check up dah lambat. cancel jer lah. Discuss nak masak apa utk tetamu. Gi kedai cari bahan, pastu gi lunch. Musim raya patutnya masak rendang ker, nasi impit ker, tapi aku masak gulai pucuk ubi, sambal tumis udang dengan mee goreng...muahahahahaha...Balik jer rumah...zasssss...dengan pantasnya aku prepared bahan² untuk masak. Tengah² nak masak tu, contraction makin kerap dan bertambah sakit. Kejap² gi toilet nak kencing, tapi tanda darah ker atau air ketuban pecah ker takde. Sepanjang aku menahan sakit tu, mulut aku ni tak henti² baca doa nabi yunus dan selawat sambil tarik nafas dalam². Alhamdulillah...aku bley control lagi sakit. Hubby soh aku duduk, biar dia yang buat suma. Aku plak jenis tak duduk diam, kejap² duduk kejap² berdiri. Last² hubby yang masak tapi aku bagi arahanlah. Settle suma, aku masak mee goreng plak hubby mengemas dapur. Sambil tu tunggu tetamu.

Pukul 7.00 pm, kawan hubby baru sampai. Time nih aku dah rasa tak sedap dah. Contraction dah makin kerap...setiap 5 minit. Aku mandi siap². Layan tetamu yang datang. Memang dah sakit sangat dah ni, tapi aku control cun jer. Bila tetamu balik jer cepat² aku cakap ngan hubby soh siap, aku dah tak tahan sangat nih.

Pukul 8.30 pm, Call abang² aku, tanya pukul brapa nak datang umah? Skali dorang ckp lepas isya'. Hhhhmmmm...aku soh abang aku gi spital trus amik kunci rumah & amik iman skali. Makanan suma dah siap, tinggal nak makan jer.

Pukul 8.45 pm, sampai spital, buat registration. Alamak...aku rasa macam lamalah plak nak kena tunggu. Aku dah tersenget-senget duduk kat kerusi menahan sakit.

Pukul 9.00 pm, masuk labour room, si Iman berlari² ikut aku masuk, kesian dia. Nasib baik abang aku dah sampai spital, bley tengokkan iman. Tukar baju, pastu adegan seluk menyeluk lah kan. Hhhhmmmm...amik ko, dah bukak 6 cm, perghhh...suka ada takut pon ada. Pastu masuk ubat montot, bagi keluar segala isi yg ada. Dah lah sakit contraction, pastu sakit nak berak plak, double sakit. Selesai suma pakai mesin CTG plak.Perut lapar plak tu, tak sempat nak makan. Minum jer lah air masak

Tgh menahan sakit

Pukul 9.45 pm, Aku dah tak tahan sakit sangat dah, aku bagi tau nurse aku nak berak. Cepat² nurse panggil Dr. Kebetulan dr. Khamsiah tak der, jadi....dr. Fatimah yang akan ganti. Bila check bukaan dah buka 10 cm. Kelam kabut nurse² tu. Aku yang dah tak tahan ni meneranlah jugak, pop...air ketuban pecah. Baru lah aku dapat rasa macam mana air ketuban tu pecah. Time tu jugak Dr. Fatimah soh push.

Pukul 9.56 pm, Alhamdulillah...dengan 3 kali push, selamat dah aku melahirkan Qahirah Bt Husaini dengan berat 2.8 kg. Lega teramat sangat bila baby dah kluar. Dr. fatimah siap cakap, "proses bersalin aku cepat dan mudah, ada sebab kenapa allah bagi kelebihan macam ni, supaya kita bley bersalin byk kali lpas nih"...erkkkk...ada² jer dr. fatimah nih. Sambil dr. menjahit sambil berborak, proses menjahit pon tak terasa sakit sangat. Best lah dr. fatimah nih, lemah lembut jer orang nya ☺☺☺

Satu malam jer dok kat spital. Ahad 26 September 2010 dah bley kluar. Alhamdulillah...Qaira sihat dan tak kena jaundis. Ini lah dia pengalaman bersalin anak kedua. Dan yang paling best, after 1 hour delivery, aku dapat Breastfeed Qaira. Ya! Allah...the great moment that i ever had. Nanti aku citer ☺☺☺☺

Nak balik umah dah. Muka sembab


Seperti yang tertera pada sijil kelahiran...muahahahaha...siap scan lagi tu, hover sungguh mak budak...

Seperti yang tertera pada sijil kelahiran...muahahahaha...siap scan lagi tu, hover sungguh mak budak nih ☺☺. Sijil bebudak skang kaler hijau lah, siap ada hologram lagi. Sijil kelahiran akan datang tak tau plak macam mana rupanya, mesti makin canggih gamaknya.


Nama nih hubby yang pilih, 1st ramadhan...masa nak bersahur. Belek buku nama² islam berkenan plak dia ngan nama nih. I follow jer lah. Aku nak soh letak "Iman" kat pangkal nama tu, tapi hubby tak nak. Tak per lah, anak pompuan biarlah hubby yg letak nama.



Salam semua. Lepas seminggu tertangguh nak upload gambar, hari ni barulah ada kelapangan sket. Ini l...

Salam semua. Lepas seminggu tertangguh nak upload gambar, hari ni barulah ada kelapangan sket. Ini lah dia...puteri kesayangan kami. Cukup dah sepasang. Relaks utk 3 tahun, pastu tambah lagi...muahahahaha... insya'allah . Let pictures do da talking. Tak banyak pon (^_^).



Gambo fresh from oven nih, klo aku tak soh hubby snap memang dia tak snap. Khusyuk and excited sangat tengok anak dara dia dah kluar sampai lupa nak amik gambo. Itupon aku yang tegur pakai isyarat tangan soh snap masa Dr. Fatimah letak baby atas perut. Aku yang baru lepas meneran nih, dengan nafas masih tercungap² masih bley terfikir nak amik gambo. Kalau aku pon excited...tak dapat lah gambar macam nih. Itupon dapat 2 keping jer, muka pon tak nampak sangat. Photographer tak professional lah katakan. Tak per lah, janji ada. Masa iman dulu tak der pon.


Ni dah siap mandi. Alhamdulillah...Proses delivery kali mudah dan cepat dan sehingga hari ini aku masih fully breastfeed my lil princess. Lpas ni aku citer pengalaman bersalin & Breastfeeding plak. Kalau nak citer suma skali nanti panjang plak ☺☺☺.


Goodle Pic. Finally...hari isnin dalam sejarah hidup aku bersamaan dengan 29/11/10...aku terpaksa ...

Goodle Pic.

Finally...hari isnin dalam sejarah hidup aku bersamaan dengan 29/11/10...aku terpaksa drive sendiri gi kerja. Selama nih ada 'supir'. Pergi berhantar, balik berjemput. Skang aku kena gi kerja sendiri. Laluan pon dah lain². Sang somi kat PJ, sang istri plak kat Cyberjaya. Pool car company ada sediakan, tapi leceh sbb aku nak kena gi KL pastu gi Cyberjaya. Pada hal rumah kat Bangi jer. Cuma 2 bulan jer aku guna khidmat pool car, sbb dah sarat kan.

Dalam tempoh 7 tahun nih, bley dikira dengan jari brapa kali aku drive. Sejak pindah bangi ni barulah start bawak sesikit. Itupon dari rumah kekedai yang sekangkang kera...ahaks...Memandangkan hari senin baru nih aku start kerja, aku cakap ngan hubby nak test drive dari umah ke tempat kerja. Nak soh dia tengok sama ada aku bley drive ker tak. Lagipon...aku ingat² lupa jalan nak ker office. Kecut gak lah nak drive, lebih² lagi bila somi ada kat sebelah. Faham² lah mulut org lelaki nih.

Memula ok jer drive, tapi bila dah kena sedas ayat² cinta, hati dah mula gelabah. Pastu kena lagi berdas das. Kereta manual plak tu. Hhhhhmmmm...amik ko, trus tumpuan aku hilang. Dari gelabah sket trus melebih² plak gelabahnya. Kesudahannya...aku terlajak & tetiba aku bley lupa office kat mana. Hangin jer hubby aku, trus tukar tempat. Membebel-bebel gak lah, tahan jer lah telinga nih. On da way back tu aku dok fikir², "bley ker aku drive esok nih?. Nk drive ker tak nak. Tapi sampai bila nak takut²". Malam ahad tu hati aku dah start berdebar².

Pagi isnin, di mulakan dengan kalimah² suci, dengan hati yang kencang berdebar² macam nak tercabut jantung aku pon memulakan perjalanan ke tempat kerja dengan jayanya...hoorraaayyyyyy...alhamdulillah, selamat pergi & selamat sampai rumah. Klo hubby ada jer aku tak bley drive kot. Bila drive sesorang ok lah plak (^_^).

Bagi aku yang baru² nak drive nih, klo nak drive buat pertama kali even dah lama dpt lesen:

- Keyakinan yang tinggi kena ada, kena buag rasa takut.
- Klo bley gi Driving class balik, tapi aku soh hubby jadi guru memandu (^_^)
- Kena fikir "alaa, OKU bley drive, takkan aku tak bley"..."org kecik jer, tapi bley bawak keta beso, takkan aku tak bley". Tu yg slalu aku fikirkan, secara tak langsung bley memotivasikan aku untuk drive.
- Buat permulaan nih, drive kat lane kiri jer lah. Pastu drive ikut I.S.A (Ikut Suka Aku). Ko nak hon ker hapa ker...ada aku kisah..dah namanya pon lane kiri, slowlah sket kan. Klo ko nak laju² masuklah lane kanan.

Sampai hari ni rasa gelabah tu masih ada lagi, especially bila time jalan sesak, tapi dah kurang sket lah. Hhhhmmmm...nilah kisah aku yang penakut nak drive yang baru nak berjinak² memandu semula. Lagipon aku dah janji ngan hubby, habis pantang aku akan drive gi kerja. Dah lama dia tanya bila nak drive sendiri. Janji tetap janji. So...janji sang istri sudah tertunai. Sukalah hubby bila istrinya dah bley drive sendiri ☺☺☺☺. Bila dah expert sket nnt, panjang lah langkah haku...muahahahaha...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks