Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Electrical Knowledge: Did You Know ?? Do you know what contributes to your monthly electricity bill? For those in Semenanjung Malaysi...

Electrical Knowledge: Did You Know ??

Do you know what contributes to your monthly electricity bill?

For those in Semenanjung Malaysia , TNB’s tariff is approximately 30 sen to 45 sen per kilowatt-hour (kWh), depending on your usage. The more you use, the more expensive the rates!

Below is a short table of common electrical appliances, and a rough estimate on how much they cost to run for every hour. The cost may seem low, but remember, even using 3 sen/hour means that you will be (paying about RM 20 a month if you leave it on for 24 hours a day!)


Sila klik table diatas utk image yg lebih jelas (^_^)

Membahayakan nyawa pon sanggup. Ni cerita dua hari lepas. Masa aku tengah tunggu hubby kat komuter petaling. Sambil tunggu sambil aku memerh...

Membahayakan nyawa pon sanggup. Ni cerita dua hari lepas. Masa aku tengah tunggu hubby kat komuter petaling. Sambil tunggu sambil aku memerhati gelagat manusia (^_^). Kat depan...pompuan cina & melayu tengah berborak, nampak mcm pompuan cina ni mengadu nasib kat pompuan melayu ni, cakap punyalah kuat. Macam nak bagi suma orang dengar...ahaks...

Pastu ada lah dua orang pompuan ni nak naik train menghala ke KL. Sorang berskirt dan yang sorang lagi ayu berbaju kurung dan bertudung. Masa dorang beli tiket tu train dah nak sampai, kelam kabut lah dorang nih. Yang berskirt ni dah berlari naik jejantas, sambil berlari ni dok jerit kat member dia suruh cepat. Yang member dia plak cakap tak payahlah, tak sempat dah. Bila tgk member dia dah laju, dia pon berlari gak. Tapi kan, dia bukan berlari naik jejantas, tapi berlari terus....mencari kawasan yang agak rendah. AKu tertanya² gak pompuan tu nak gi mana? Rupa-rupanya....dia gi melintas landasan, lagi advance dan laju dari member dia tadi. Bayangkanlah dengan berbaju kurung, melintas berlari² sambil pegang kain kat landasan komuter tu. Tak ker membahayakan nyawa.

Aku yang sebagai pemerhati ni agak terkejut juga lah, menggelikan hati pon yer. Kalau pak guard kat komuter tu nampak haruslah dah kena jerit. Nekad punya pasal, sampai sanggup membahayakan diri sendiri semata² tak nak tertinggal train.

Macam² gelagat manusia ni kan. Ada kalanya menjengkelkan, tapi ada kalanya melucukan jugak, sampai aku tak perasan hubby dah sampai sebab terlalu asyik memehatikan gelagat dorang nih...ahaks...


Yang terlampau asyik berdiri dengan bergaya sambil bepeluk tubuh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ibarat dunia ini aku yang punya. Per...

Yang terlampau asyik berdiri dengan bergaya sambil bepeluk tubuh tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, ibarat dunia ini aku yang punya. Perasaan agak geram dengan budak ni sebab masa banyak terbuang menunggu dia melampiaskan hajat dia tu, macam kat rumah tak boleh tengok...ahaks...Inilah budak yang terlampau tu (^_^)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kalau gi mall, aku kena elakkan lalu kat barang² electrical. Kalau dia dah nampak tv tu habislah...tv banyak, citer pon lain², kejap² ke sana, pastu ke sini plak, sampai budak nih dah tak tahu nak tengok yang mana satu (^_^). Kalau dia nak tengok sekejap tak per gak, ini klo bley nak tengok sampai citer tu habis. Mana boleh macam tu nak ooiiii...kat umah pon bley tengok, mentang²lah tv kat umah kita tu kecik. Mula lah jadi adegan tarik menarik, kekadang terbaring kat lantai...menunjukkan tanda protes, tak nak balik.


Bila batuk dah makin teruk, dada dah terasa berat, hidung dah mula tersumbat dan tekak mula sakit, barulah terhegeh2 nak jumpa dr. Tiga har...


Bila batuk dah makin teruk, dada dah terasa berat, hidung dah mula tersumbat dan tekak mula sakit, barulah terhegeh2 nak jumpa dr. Tiga hari aku bertahan tak nak gi klinik, masuk hari ke 4 dah tak bley tahan. Padan muka. Aku malas nak gi klinik sebab aku tak suka makan ubat dan klo boleh aku nak penyakit aku ni baik sendiri, bley tak macam tu. Memang dari kecik aku cukup terkenal sebagai seorang yang penakut makan ubat dalam adik beradik aku. Masa zaman sekolah dulu, kalau demam aku akan mintak dr. bagi ubat air dari bagi ubat biji. Kalau aku dapat ubat biji aku akan potong 2, sbb aku rasa klo telan sebijik tu rasa mcm ubat ru tercangkut kat tekak...ahaks...yang tak bley lupa, aku pernah buang ubat. Makan ubat dalam bilik, bila mak tak der aku buang ubat kat tingkap, bila mak tanya...aku cakap dah makan, padahal dah selamat keluar tingkap. Punya penakut aku makan ubat.

Tapi tu dulu, skang dah ok dah. Berbalik pada cerita kat klinik plak. Punyalah lama menunggu, pergi plak malam. Aku nyer turn jumpa dr. pukul 11.15 pm. Penat iman tunggu (^_^). Dah check suma dr. tanya soalan cepumas...

Awak pregnant ker? sbb ubat yg saya nak bagi ni agak kuat (DR.)
Erk...tak, tapi peyod saya day delay 2 hari (AKU)
Awak sure ker? Bila last day period (DR)
Hhmmmm...jap nak tgk calendar...bla..bla.. (AKU)
Kalau macam tu nak buat pregnant test tak? (DR)
Hhmmm...tak yah lah Dr. sbb peyod saya slalu lari2 (AKU)
Betul tak nak test ni (DR)
Ha'ah tak payah (AKU)
Ok lah klo awak dah confident tak pegnant (DR)

Sebenarnya aku malas nak test, nanti lama plak nak menunggu, lagi pon aku tak der rasa nak kencing pon (^_^). Biarlah aku buat test sendiri. Sampai skang aku blom makan ubat lagi, nak buat pegnant test dulu. Dr. bagi 5 jenis ubat, termasuklah ubat cair kahak. Eeeeiii...tak suka makan ubat.


Weekend memang fully potty train & lately dah beberapa malam start tak pakai CD. Tilam kering sampai pagi. Successful lah kan (^_^). Me...


Weekend memang fully potty train & lately dah beberapa malam start tak pakai CD. Tilam kering sampai pagi. Successful lah kan (^_^). Memang iman tak nak pakai CD on weekend, malam pon tak nak pakai dah. Tapi aku alas gak tilam ngan toto kecik iman tu. Kalau kat nursery still pakai lagi lah, cuma aku tak sure nursery iman ni bley ajar potty train ker tak, nak kena tanya ni (^_^).

Aku start potty train dari last year lagi, step by step. Klo potty train siang senang sikit, cuma malam tu agak payah. Memang iman tak nak bangun klo tengah² malam tu kejut untuk pee. So...apa aku buat, sebelum tido aku soh dia kencing dulu.

Agak mencabar juga nak ajar anak potty train ni. Kejap² nak gi toilet. Kekadang iman terbabas gak, terberak dlm sluar pon ada. Tapi kena banyak bersabar. Macam iman, klo nak kencing dia akan cakap, kekadang aku tanya nak kencing atau tak, cuma klo nak buang air besar dia tak cakap, tu yang kena pay attention lebih sket tu, apa yg dia buat...dia akan menyangkung, klo iman dah start menyangkung tu tandanya dia nak melabur lah tu, haruslah aku bawak gi toilet cepat.

Apa yang penting kerjasama untuk start potty train ni, kena make sure si anak dah bersedia dan dah bley bercakap. Puji pujian pon peting gak. Kalau kita yang dewasa suka di puji, inikan pula budak. Secara tak langsung bley menaikkan semangat dia lagi. Banyakkan bertanya. Dan yang paling penting sekali kena 'SABAR'. Kalau anak tu terbabas jangan lah tengking², cakap baik², baru sehari potty train dah marah²...macam mana seterusnya, anak pon jadi takut.

Alhamdulillah, dalam usia 30 bulan iman dah boleh di potty train. Lepas pee dah bley basuh sendiri, kalau 'melabur' pon dia nak basuh sendiri, tapi aku tak bagi (^_^). Buat ibu² yang sedang dalam proses nak potty train anak² anda...Semoga berjaya (^_^). Boleh juga refer kat sini - Potty Training: How to get the job done.


Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman RAMAI hamba Allah yang mengeluh: "Alangkah cepatnya hatiku berubah&quo...

Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman

RAMAI hamba Allah yang mengeluh: "Alangkah cepatnya hatiku berubah". Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

Ibadat tidak berkualiti

Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya." (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

Hati yang tidak khusyuk

Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

Berlebihan dengan perkara yang mubah

Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

Tidak menghadiri majlis ilmu

Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan

Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.


Selama 11 bulan aku berblog, inilah 1st time aku received comment dari anon yang kurang adab, kurang ajar, kurang sopan dan yg sewaktu denga...

Selama 11 bulan aku berblog, inilah 1st time aku received comment dari anon yang kurang adab, kurang ajar, kurang sopan dan yg sewaktu dengannya lah. Ni pasal N3 'Harga minyak naik'. Klo ko tak puas hati dengan N3 tu, atau ko rasa n3 tu tak betul atau merepek, tak perlulah ko nak continue baca, trus lah tekan button X kat atas tu, dah buta ker. Tak payah lah ko nak 'WTF' ngan aku. Ko ingat aku ni apa, suka suki ko jer nak carutkan aku. Mak bapak ko tak ajar adab sopan ker.

Anon yang pengecut dan kurang ajar, dah lama ker buat keja ni. Gi blog org, pastu mencarut tak tentu pasal.


Sebab paku tayar pancit, sebab paku jugak aku masuk office lambat dan sebab paku jugak aku terpaksa menapak sampai berpeluh ketiak. Penanga...


Sebab paku tayar pancit, sebab paku jugak aku masuk office lambat dan sebab paku jugak aku terpaksa menapak sampai berpeluh ketiak. Penangan paku pagi tadi, kat highway sungai besi, lepas esso. Bukan motor kami jer yang pancit, ada 3 buah motor lain lagi yang pancit. Aku rasa memang ada orang sengaja taburkan paku kat area tu lah. Untuk mengaut keuntungan barangkali, menguntungkan pengusaha² bengkel motor dan penukar tayar persendirian.

Berjalan lah aku sorang² kat highway sg. besi ker Kompleks Serdang Raya. Sementara Hubby gi cari bengkel motor kat area tu. Yer lah...berapa bijik sangat lah bengkel motor yang bukak pagi² kan. Nak cari penukar tayar persendirian, memang charge mahal giler, nak kena tunggu dorang sampai lagi, banyak masa terbuang. Baik cari bengkel motor jer.

Pagi yang sangat memenatkan. Sampai office pukul 9.30 am. Terus buat kerja. Dengan pesanan penaja yang nak suruh buat itu...ini. Akhirnya aku breakfast pukul 10.30 am bersama biskut kering sajork, malas nak turun cafe, penat...penat...


Bagaimana menghilangkan Marah Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini b...


Bagaimana menghilangkan Marah


Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair:

'Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau"

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatunnafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

"Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar
api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya
sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap
dan wap yang menambahkan panas..
Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara
Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api."

Berbanyak-kanlah beristighfar, itulah senjata orang2 mukmin.

wassalam.


Macam mana saya nak buat comment box saya jadi macam ni: Comment box yang sedia ada ni berserabutlah, agak mengelirukan pon yer gak sbb co...

Macam mana saya nak buat comment box saya jadi macam ni:


Comment box yang sedia ada ni berserabutlah, agak mengelirukan pon yer gak sbb comment dari blogger sama kaler ngan comment dari tuan punya blog, tak der beza (^_^). Saya tak pandai nak main ngan HTML code nih. Kang suma hilang. Tutorial yg ada mcm complicated lah.

Your highly response is really appreciated. Thank you (^_^)


Iyer, ada orang tutup paip air. Kena dajal lah tu. Bukan sekali..bukan 2 kali, tapi 3 kali hokeyyyy paip kena tutup. Hangin betul aku. 1st p...

Iyer, ada orang tutup paip air. Kena dajal lah tu. Bukan sekali..bukan 2 kali, tapi 3 kali hokeyyyy paip kena tutup. Hangin betul aku. 1st pagi khamis, 2nd jumaat malam & 3rd pagi sabtu. Aku macam dapat agak siapa punya kerja.

Kalau betullah tekaan aku, nak gak tahu apa yang dorang tak puas hati, apsal suka suki jer nak tutup paip rumah orang. Aku ngan hubby tak pernah cari pasal ngan sesiapa pon. Bercakap ngan dorang lagi lah tak pernah, sbb dorang ni jenis siang tido malam berjaga. Klo ada orang complain pasal dorang pon itu bukan kami yang buat aduan. Hai...ni lah masalah bila hidup berjiran. Ada yang ok, ada yang suka jag tepi kain orang, ada yang dengki, macam-macam lagi lah.

Buat jiran aku yang cari pasal tu, tak per. 3 kali ko lepas. Tapi klo ko kantoi, siap lah, paip umah ko aku mangga nanti.



Adakah anda penggemar sardin? Atau masih meragui status kehalalan sardin ayam brand ni. Recently aku ada received email pasal sardin ayam b...


Adakah anda penggemar sardin? Atau masih meragui status kehalalan sardin ayam brand ni. Recently aku ada received email pasal sardin ayam brand ni tak halal, sebab ianya di proses dengan daging katak...eeuuwwww...Bagi mengetahui kesahihannya, sila baca kandungan email di bawah:

**********************************************************************************

From: HalalDepartment [mailto:halaldepartment@ayambrand.com.my]
Sent: Wednesday, January 06, 2010 11:25 AM
To: Hussin, Hasbullah Azmi
Subject: Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah HALAL

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label. Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut. Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd. Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima. Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

**********************************************************************************

Masih ragu² ker? Segala persoalan sudah terjawab. Sekian....(^_^)


Contest datang lagi...ahaks...kali ni dari wanfida . Antara syarat² nya adalah: 1. Tak wajib menjadi follower saya @ letak url saya di lis...


Contest datang lagi...ahaks...kali ni dari wanfida. Antara syarat² nya adalah:

1. Tak wajib menjadi follower saya @ letak url saya di list side bar blog masing..(kengkadang kesian tgk blogger yg dah panjang berjela list blog dia kannnn..). Tp kalau nak letak pun saya suke ajerrr.. janji seikhlas hati.. hehe

2. Anda mesti ade blog! Sbb penyertaan anda perlu ditempek di dalam blog masing2...

3. Perkara yg perlu ada dlm entry: Logo contest dan tulis link url blog saye (http://wanfida.blogspot.com/)

4. Uploadkan sekeping gambar anak anda yg berumur 1 - 4 tahun sama ada girl @ boy yang sedang sibuk membantu ibu @ bapanya . Tak kiralah sedang basuh kain ke... sidai kain ke dan pelbagai kerja2 rumah ;-)

Sbb nya.. sy sgt sejuk hati melihat anak2 yg rajin tolong mama dan papanya. Jd sy nak tgk macam2 ragam anak2 yg menolong ibu bapanya!

5. Dan, setelah selesai semua.. letakkan url contest anda dalam petak comment saya

Contest akan dibuka mulai hari ini : 5 Januari 2010 sehingga 29 Januari 2010.

OK, ni dia gambar budak yang telah di kerah untuk membuat kerja rumah...ekekeke...




Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...! A friend of mine recently had a growth in her womb and she un...


Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst. The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.


A relapse occurred just a few months later. Distressed, she rushed down to her gynecologist for a consultation. During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. You see, the truth is in this modern day and age, chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food.


Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. These steroids have terrifying effe ct s on the body as it accelerates growth. It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!


Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Driver. Iyerlah...baru dapat lesen P, pastu...


Buat pertama kalinya memandu selepas dapat lesen. Ada tak pengalaman suka duka? Especially Lady Driver. Iyerlah...baru dapat lesen P, pastu memandu kat highway, mesti ada rasa kecut sket kan. Klo memang dah biasa drive tu ok lagi lah.

Aku nama jer ada lesen, tapi setakat buat perhiasan jer kat dalam wallet ni. Selama 6 tahun aku ada lesen ni, tak pernah secara rasminya aku memandu. Pastu renew tiap² tahun, memandu keretanya tidak...ahaks...Kereta sendiri tak ada, nak pakai kereta adik bradik plak, takut calar balar. Pendam jerlah hasrat nak memandu tu. Bila dah lama² tu dah rasa macam tak confident nak memandu. Takut plak rasanya. Bila dah kawin & ada anak ni, hubby soh belajar drive. Barulah terhegeh² nak belajar memandu balik.

Hajat di hati nak gi driving school, amik 3-4 jam ker, nak bagi confident tu datang balik, tapi hubby cakap dia bley ajar, ok lah. Haaa...amik ko, garangnya nak mampus, mengalahkan cikgu skolah memandu gamaknya ☺☺☺. Dari berani drive jadi takut nak drive, ketaq lutut jadinya sbb takut salah. Kalau kereta Automatik ok lah, kereta aku ni kereta Manual. Tersangatlah mencabar bagi pompuan macam aku nih. Dari tahun lepas lagi hubby dah start ajar, barulah sekarang aku dah bley drive sendiri with hubby's supervision, tapi setakat area rumah sajork, luar kawasan belum try lagi...wakakaka...

Kisahnya...sabtu lepas. Nak beli sarapan, niat di hati dak drive, tapi hubby kerja. Rasa mcm tak confident klo hubby tak der. Tapi hati ni dah membuak² nak drive. Arrgghhhh...drive ajer lah kan, takkan nak tunggu hubby ada baru nak drive, sampai bila nak drive with hubby's supervision. Finally...berjaya gak, itu baru pergi beli sarapan, balik dari beli sarapan plak. Aku dah menggelabah masa nak kluar simpang 3. Kereta banyak lalu lalang, nak cucuk sket² takut, pastu kereta kat belakang dah berderet², siap hon² plak, memang tak sabo btul pemandu lelaki ni. Aku lagilah jadi kelam kabut + menggelabah. Trus dorang potong kereta aku, lantaklah...janji aku selamat. Dekat 4 minit gak lah kat simpang tu, akhirnya aku sampai rumah dengan jayanya (^_^).

Kesimpulan & pengajaran utk aku, silalah jgn menggelabah & kelam kabut yer fiza. Kena yakin. Bawak bertenang. Lantaklah org nak hon ker apa ker, janji jln ko betul, biar lambat asal selamat (^_^)

Aku jelous betul tgk org pompuan yg boleh memandu nih. Pastu expert plak pasal jalan² . Nak gi memana pon senang. Apsal lah aku tak bley jadi mcm tu.


Rasa terpanggil untuk buat entry khas ini lepas terbaca di blog Suraya . Kempen khidmat masyarakat ini adalah untuk membantu En. Megat . U...


Rasa terpanggil untuk buat entry khas ini lepas terbaca di blog Suraya. Kempen khidmat masyarakat ini adalah untuk membantu En. Megat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah sedih En. Megat ni, anda boleh baca Tangisan Aku, Isteri dan Anak². Apa yang perlu anda buat untuk menyokong kempen ini adalah seperti berikut:

Pergi ke Hydir.com

1. Copy dan paste ribbon diatas
2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
3. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
4. Maklumkan kepada hydir.com melalui
komentar beliau bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut.
5. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menyumbang RM1 kepada en. megat. Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada-Nya dan semoga en. megat tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini.

Sekian.


Mandi KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan ...

Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Tahu makan ikan jer, tapi tak tahu apa jenis ikan...ahaks...yang aku kenal ikan² spesis air laut, yg spesis air tawar tak berapa tahu sangat...

Tahu makan ikan jer, tapi tak tahu apa jenis ikan...ahaks...yang aku kenal ikan² spesis air laut, yg spesis air tawar tak berapa tahu sangat.

Kisahnya...malam kelmarin pak cik guard yg pemurah ada bagi ikan kat hubby, besar ikan tu, ikan pancing. Bila aku tanya ikan apa, hubby cakap dia pon tak tahu, aku pon lagilah tak tahu. Pastu malam semalam hubby suggest nak masak 'sweet sour' (^_^). Hatiku pon berbungalah sebab hubby yg nak masak sendiri ☺☺. Dari siang ikan sampailah menggoreng, suma hubby yg buat, keja aku cuma basuh ikan. Excited betul nak masak sweet sour nih. Sekali masa tengah basuh ikan aku tengok ikan tu macam banyak tulang. Yang aku tahu banyak tulang ni ikan parang, tapi ikan ni tak macam ikan parang, macam ikan kerapu pon iyer gak. Sekali...ikan terubak rupanya. Keterujaan hubby nak masak sweet sour pon terbantut gara² salah ikan...wakakakaka...iyerlah, takkan nak masak sweet sour pakai ikan yang banyak tulang kan. Kesudahannya...goreng pon sodap, jadilah ikan terubuk goreng tepung...ahaks...


Lepas ni nak kena belajar mengenal jenis² ikan air tawar ☺☺☺.


Info yang sangat menarik tertarik, da bom untuk panduan kita bersama. Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ...

Info yang sangat menarik tertarik, da bom untuk panduan kita bersama.

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu:

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9) Kurang melahirkan kasih sayang.
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak...
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39) Tidak tegas mendidik anak-anak.
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherd ik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak


Inilah hasilnya: Petang smalam aku balik lewat, biasalah naik komuter kan, sesak & padat tak hingat nyer. Berdiri plak sebelah 'a...

Inilah hasilnya:



Petang smalam aku balik lewat, biasalah naik komuter kan, sesak & padat tak hingat nyer. Berdiri plak sebelah 'awang gelap'...haaa...amik ko, dgn bau badan + bau arak, nak pengsan aku di buatnya. Memang penat betul lah. Masa hubby amik smalam dia ckp dia dah masak. So sweeettttt...Seronok nya haku sbb balik umah tak yah masak, bley relax sket (^_^). Sedap gak masakannya haruslah puji klo nak soh somi masak lagi. Tak sempat nak snap gambo sbb perut dah lapar. Lepas ni bley lah selalu masak yer yang. Hari ni syg nak masak apa plak?...ahaks...


Genap 30 bulan aku breastfeed iman pada 1 January 2010. Alhamdulillah...masih ada susu lagi (^_^). Aku ada cuba nak weaning off, tapi tak sa...

Genap 30 bulan aku breastfeed iman pada 1 January 2010. Alhamdulillah...masih ada susu lagi (^_^). Aku ada cuba nak weaning off, tapi tak sampai hati. Kesian sangat. 1st time aku cuba last month...masa tu malam, aku letak akar batawali. Sebelum sapu kat nenen tu aku rasa dulu, memang pahit giler. Masa nenen tu, terus dia lap lidah, sebab pahit. Pastu tak nak. Aku offer pon tak nak gak. Di lap² lidah dia. Allah...syahdu aku tengok. Nak tido pon tak boleh, kejap pusing kiri...pastu pusing kanan. Selalu sebelum tido memang nak kena candu dulu. Last² tertidur gak. Kesian sangat...aku yang tak sampai hati ni pon gi lah cuci nipp., nak bagi hilang rasa pahit tu. Pagi tu iman nenen dgn senang hati (^_^)

Baru aku tahu betapa susahnya nak weaning off ni. Hati kena keras. Dah nama pon 'IBU' kan...memang tak sampai hati. Tak tahulah sampai bila iman nak nenen. Kalau bley aku nak biar dia berhenti sendiri, tapi hubby dah bagi hint suruh stop kan. Hhhhmmmm....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...