Baju Muslimah Kanak-kanak

10 Hari jer lagi until my due date. Dup...dap...dup...dap...rasanya. Walaupon dah ada pengalaman delivery anak pertama. Tapi orang kata lain...

10 Hari jer lagi until my due date. Dup...dap...dup...dap...rasanya. Walaupon dah ada pengalaman delivery anak pertama. Tapi orang kata lain anak...lain rasanya, hhmmmmm....ntahlah, tunggu dan lihat saja.


Alhamdulillah, sudah masuk minggu yang ker 38. Masih lagi active, masih lagi bekerja seperti biasa & masih lagi gi keja naik motor yang perjalanannya amik masa 25 minit (^_^)...berserah padaNYA saja. Bos pon expect yang aku masih boleh bekerja until next week. Owh...next week adalah minggu berjaga² tu bos. Hubby dah pon apply cuti next week.

Setakat hari ni, masih belom ada tanda² nak bersalin lagi. Contraction pon biasa² jer. Yang tak tahan bila baby asik mengeras non stop. Bawah ni pon dah rasa sakit, maybe baby tengah cari jalan macam mana nak engaged...ahaks...Tidur malam pon tak lena, klo tido mengiring bila nak tukar posisi...ya ampun...sakit wei. Pinggang pon dah start sakit nih.

Berat aku dah naik 62 kg, berat baby plak dah 2.6 kg. Yang best...aku dapat puasa penuh tahun nih...syukur. Esok ada check-up. Takut plak klo kena seluk...mana tau kan (^_^)

Hhhmmmm...bila dah hujung² pregnant nih ada jer dugaan yang datang. Ada citer sedih sbenarnya yang aku nak citer, tapi nanti² lah. Citer yang buat aku menangis bila dengar...yerlah...last² minute baru tau (bergenang sudah :-(). At least kalau bagitau awal², bley prepared. Dugaan untuk kami.


Google Image Iyer...for blog owner yang nak privatekan blog, silalah invite saya. Ada beberapa buah blog yang saya tak bley nak baca sebab ...


Iyer...for blog owner yang nak privatekan blog, silalah invite saya. Ada beberapa buah blog yang saya tak bley nak baca sebab dah di buka hanya untuk invited readers only...huhuhu...

Salah satu blog yang saya suka baca adalah blog LITTLE PEARLOUR @ LADY OF LEISURE. Lady...saya suka baca blog awak sebab blog awak best, banyak resipi. Sudi-sudilah invite saya. Ni email add:

afizahrahman@gmail.com

Uols kalau nak priatekan blog jangan lupa invite yer.


Ada sesapa yang kerja kat TM? Mana tau ni gambar uols ker kan, kantoi...ahaks... Pada yang pernah mendapat layanan buruk masa berurusan den...

Ada sesapa yang kerja kat TM? Mana tau ni gambar uols ker kan, kantoi...ahaks...

Pada yang pernah mendapat layanan buruk masa berurusan dengan TM Point, inilah masalah staff TM point tu sebenarnya.

Let pictures do the talking.




Bersawang sudah blog ni. klo dah lama sangat cuti...macam ni lah, malas betul nak update. Masa yang ada untuk update pon tak panjang, dari 1...

Bersawang sudah blog ni. klo dah lama sangat cuti...macam ni lah, malas betul nak update. Masa yang ada untuk update pon tak panjang, dari 1.00 pm - 2.00 pm saja. Hari Rabu aritu dah start keja dah. Boring btul sebab sunyi jer office nih. Kedai pon masih banyak yang tutup.

Ceritera raya plak. Situ, sana, sini...semua citer pasal raya. Yerlah...masih dalam mood raya lagi kan. Raya tahun ni untuk aku biasa² jer. Preparation untuk raya pon tak der, just beli kuih raya & baju raya untuk iman jer, untuk kami....recycle baju tahun lepas. Aku lagilah, baju raya pon tak der, pakai jubah mak jer. Ntahlah... persiapan lebih nak sambut orang baru kot (^_^).

Malam Raya...biasalah kan, masing2 sibuk mengemas & masak rendang. Tahun ni mak order jer lontong & kuah kacang. Sebab orang kuat @ kakak aku kat tganu balik raya kedua. Aku memang tak larat lah. Tapi dalam larat tak larat tu, aku lah yang mengemas dapur. Dah masak suma, prepared untuk orang masjid datang bertakbir raya dari rumah ke rumah plak. Jangan tak tahu, kat area rumah aku masih ada lagi aktiviti macam nih. Tapi orang² lama dah tak ramai, banyak budak² jer. Tiap² tahun memang ada aktiviti nih.

Raya Pertama...Hujan lebat plak pagi tu, dalam pukul 8.00 am dah renyai² sket. Hujan rahmat di pagi raya (^_^). Tunggu mak & yang lain² balik dari sembahyang raya, pastu breakfast raya sesama. Seterusnya aktiviti bersalaman dan bermaafan di ikuti dengan acara bergambar. Memang riuh.

Raya yang seterusnya...Mak balik kampung N9 plak. Tapi aku tak ikut. Yerlah...keadaan tak mengizinkan. Kang tak pasal² terberanak plak. Jalan kampung...biasalah kan. Tinggallah aku kat umah. Raya ketiga gi kampung hubby kat merbau sempak, petang gi umah PIL plak. PIL baru balik dari perak.

Hubby hari isnin dah start keja. Boring btul. Dok umah berdua jer lah ngan iman, tak jalan memana pon. Memang boring lah raya kali nih...huhuhu...


Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Esok saya dah mula bercuti...yeay...Di kesempatan ini...saya &...


Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Esok saya dah mula bercuti...yeay...Di kesempatan ini...saya & keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Follower, Blogger, Anon, Silent Reader yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa nih serta Forumer & YM friends. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa.

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna dan selamat sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Akhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan penuh Kegembiraan :-)


Zaman dah berubah, dunia dah maju. Dah lama tak dapat kad raya, tak der yg sudi bagi dah...huhuhu...Rindu zaman kad raya. Skang dapat E-card...

Zaman dah berubah, dunia dah maju. Dah lama tak dapat kad raya, tak der yg sudi bagi dah...huhuhu...Rindu zaman kad raya. Skang dapat E-card jer. Ni antara e-card yang aku collect. Mana yang tak mentioned soh gantung kat blog, tapi aku gantung gak, sorry yer. E-card uols comel sangat (^_^).








Thank you so much for the e-card uols. Comel² sumanya.


Anak masuk spital hari jumaat, ibu plak ada check-up hari sabtu. Nasib spital sebelah menyebelah jer. Dengan tangan berdrip aku hangkut iman...

Anak masuk spital hari jumaat, ibu plak ada check-up hari sabtu. Nasib spital sebelah menyebelah jer. Dengan tangan berdrip aku hangkut iman skali. Seperti biasa, susah btul nak dapat nombor yang awal². Kali ni no. 28 plak.

Berat makin turun dari 61.3 kg ker 60.7 kg. Tapi tak risau sebab even berat ibu turun, berat baby tetap naik. Kali nih dah naik 2.2 kg. Makin hari makin tak selesa di buatnya. Dr. cakap kepala pon dah engage. Terasa sakit dah bawah nih.

Braxton Hicks Contraction pon dah makin kerap...huhuhuhu...Makin dekat makin berdebar² di buatnya nih.


Kalau orang lain tengah sibuk buat preparation untuk sambut raya, aku plak berkampung kat spital bila iman admitted 3 hari @ Az-Zahrah, Ban...

Kalau orang lain tengah sibuk buat preparation untuk sambut raya, aku plak berkampung kat spital bila iman admitted 3 hari @ Az-Zahrah, Bangi on Friday last week. Masa hubby amik iman kat nursery hari khamis tu, dorang ckp iman nampak tak ceria, terbaring jer. Malam tu gi klinik amik ubat sbb ubat pon dah habis. Pagi jumaat badan tetap panas even dah bagi ubat demam & dah jaram dgn air. Bila keadaan anak dah macam tu, Nampak gayanya memang kena gi spital gak.

Gi klinik mintak referral letter dari dr. pastu gi Az-Zahrah. Sampai giliran…termperature 39.9, masuk ubat montot. Dr. soh admitted gak sebab dah 5 hari demam. Iman pon kurang minum air masak sampai bibir dah kering. Nak buat macam mana, aku dah paksa minum…tapi dia tak nak. Buat blood test bagai, Alhamdulillah…bukan denggi.

Memang dugaan sungguh. Yerlah…dalam keadaan aku yang tengah sarat nih, puasa plak tu, dengan tak cukup tidur dan melayan karenah anak yang tengah sakit nih, betul2 menguji kesabaran. Alhamdulillah…aku di beri kekuatan olehNYA untuk harungi semua tu.


Its better to take note than to simply ignore !!!. Guys, just for info, and safety too (those who live in landed property) This is taken ...

Its better to take note than to simply ignore !!!.

Guys, just for info, and safety too (those who live in landed property)

This is taken from a newspaper article in local Chinese papers recently. Take note of any unusual markings in
front of your house. It could be a code for these unsavory people.

Translation:

[ + ] or [ - ] means Owner not in house during day/night
[ Θ ] means Staying alone or Renting
[...] means 3 family members staying
[√ ] means House has been broken in before
[ * ] means Target
[ X ] means Not Target, Not Safe



Salam semua. Dah 5 hari tak bersiaran, rindu nak baca blog uols suma. 5 hari bercuti nih asyiklah berjalan, mau cepat beranak nih...ahaks......

Salam semua. Dah 5 hari tak bersiaran, rindu nak baca blog uols suma. 5 hari bercuti nih asyiklah berjalan, mau cepat beranak nih...ahaks...

Supposed senin kerja, tapi Iman demam plak pagi ahad tu. Bagi makan ubat demam, surut dah panasnya. Pastu kluar gi IoI Mall, puchong. Sampai umah badan panas balik, siap menggigil lagi. Trus tukar baju, gi klinik. Memang musim demam gamaknya. Dah pukul 11.00 pm pon masih ramai lagi orang, bertambah & makin bertambah.

Sampai giliran dlm pukul 11.35 pm. Temperature memang tinggi...39.90, trus masuk ubat montot. Iman klo demam memang jenis on & off panasnya, amik masa 3 hari. Isnin aku keja plak. Nak hantar nursery memang tak sampai hati. Di sebabkan mungkin aku akan amik EL, mintak dr. buatkan surat tunjuk sebab. Skali dr. nih baik hati bagi aku mc...untuk jaga anak (^_^).

Ok...berbalik kepada cerita. Dr ada bagi ubat antibiotik. Tapi aku pernah dengar pasal ubat antibiotik ni tak bagus sbenarnya. Ada kebaikan & keburukan. Ni ada info dari Hamid Arshat Dot Com.

Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut.

Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat garisan di antara jangkitan
bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar dibezakan untuk sesetengah pesakit.

b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)

c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. 'Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi'. atau 'ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik'. Hilang seorang pelanggan...

d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

'Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik'. Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.

3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan 'candida', sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada. Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.

Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.

Untuk lebih detail, bley klik kat SINI... sebab panjang sgt.

Aku dah pon bagi iman antibiotik. Risau sebab demamnya on & off, nak masuk 5 hari dah. Jaram dengan air sudah, ngan air asam jawa pon sudah...macam tu gak. Nak gi kerja pon hati tak senang. Aku pon nangis skali bila nengok iman nangis tak nak gi nursery...huhuhu...Kalau tak der perubahan gak, terpaksalah gi buat blood test. Risaulah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...