Aku sedang berehat² di rumah. Dah alang² cuti semalam, baik apply direct sampai jumaat. Tak dapat nak BW kat blog uols sambil tinggalkan jej...

Aku sedang berehat² di rumah. Dah alang² cuti semalam, baik apply direct sampai jumaat. Tak dapat nak BW kat blog uols sambil tinggalkan jejak kuranglah visitor mcm nih, sampailah next monday. Lagi pon ini ada scheduled post (*_^).

Orang dah tak der berukband, macam gini lah gamaknya. Bilalah nak beli berukband nih.

Ok lah. Selamat bekerja di hari jumaat. Have a nice weekend uols (^_^)


Ada check-up kat Hospital An-Nur, Bangi. 1st time check-up kat spital. Appointment dengan Dr. Khamsiah. Bukan main susah lagi nak call buat ...

Ada check-up kat Hospital An-Nur, Bangi. 1st time check-up kat spital. Appointment dengan Dr. Khamsiah. Bukan main susah lagi nak call buat appointment. Pagi² nak kena kluar dah. Kalau lewat...confirmed lama nak tunggu. Iman...hantar nursery lah. Ibu & Abah nak dating berdua hari nih...ahaks...

Kepala aku pon dah 2 hari ni macam weng sket. Masa 1st pregnancy dulu pernah kena Low Blood, tapi tak der High Blood. Hopefully tak der apa² lah.

Hopefully jugak iman junior tak malu² nak menunjukkan jantinanya bila dr. scan nanti ☺☺☺


Giveaway lagi. Kali ni dari HANZ . For more detail, klik SINI . Hadiah² nya pon sangatlah menarik. Sponsor² yang terlibat: - Triple Colo...

Giveaway lagi. Kali ni dari HANZ. For more detail, klik SINI. Hadiah² nya pon sangatlah menarik.


Sponsor² yang terlibat:

Ends on 30th of July by 12 noon.

The New Me dalam hidup aku...Kereta Baru, Rumah Baru dan Orang Baru (^_^). Ketiga-tiga perkara nih memberi impak yang besar dalam hidup aku sebab:

1) Kereta Baru


Rezeki nak tukar kereta baru akhirnya terlaksana. Banyak gak dugaan nak daptkan kereta nih antaranya lama betul nak tunggu loan lulus. Sebabnya...nama aku dah di guna pakai oleh 'seseorang' untuk beli kereta. Kesudahannya, payment tak ikut schedule, selalu delay. Nama aku jadi buruk. Sebab tu loan susah nak lulus. Pengajaran untuk aku. Berbalik kepada cerita, daripada keta beso PERDANA yang banyak cukur poket kami, tukar ke keta kecik SAGA yang sangat menjimatkan.

Impaknya bila pakai kereta baru nih, Banyak sangat perbezaannya, especially jimat dari segi minyak. Kalau nak di bandingkan masa pakai kereta lama dulu, monthly payment agak tinggi, minyak pon mahal. Betul² buat kami sesak. Bila ada masalah jer, ribu riban melayang macam tu jer. Rugi...rugi...Bila dah tukar nih secara tak langsung, monthly payment pon berkurangan dan lebihan duit tu bley buat belanja lain plak.

2) Rumah Baru


Alhamdulullah. Tak lama lepas dapat kereta baru, dapat surat pulak dari Developer mengatakan yang rumah kami dah siap. Syukur...syukur. Lepas kahwin tahun 2005, duduk dengan mak sampailah tahun 2009. Duduk dengan mak memanglah best kan sebab semuanya dah tersedia. Cuma bagi mak duit belanja bulan² jer. Tapi sampai bila nak duduk dengan mak kan. Bermulalah episod house-hunting, masa tu tahun 2008. Dapatlah cari rumah baru, tapi kat Bukit Raja, Klang. Dah bayar deposit 1K. Bila submit loan...tak lepas. Sebab masalah aku tu lah., betul² menyusahkan. Mintak balik deposit, tapi dapat RM500 jer, selebihnya developer burn. Teruk kan. Pengajaran lagi untuk aku. Sampai aku menangis. Kalau mcm ni lah gamaknya, sampai bila² pon aku tak bley beli rumah.

Beberapa bulan lepas tu kami cuba cari rumah lagi, alhamdulillah...dapat kat Bangi. Macam biasa...submit loan, beberapa bank tolak sebab nama aku yang dah buruk tu kan. Memang frust sangat². Cuba lagi submit loan. Kali ni attached kan skali dengan surat tunjuk sebab masalah aku nan satu tu. Dekat 2 bulan gak menunggu. Cuba submit kat MBSB, tapi interest tinggi but no choice kan. Lulus plak. Tapi Allah tu maha mengetahui kan, sebelum kami nak gi MBSB...CIMB call kata loan dah lulus. Ya Allah...Speechless. Mekasih sesangat kat En. Ayub sebab berusaha nak tolong. Last year on October, selamat dah aku duduk rumah sendiri.

Impaknya, barulah aku tahu makna sebenar bila hidup berkeluarga nih. Selama ni duduk dengan mak. Makan...pakai...tempat tinggal, suma dah tersedia. Maksud aku, nak makan...masak jer, barang² suma dah ada. Nak basuh baju, masuk jer washing machine, dah tersedia kan. Tapi bila dah hidup sendiri nih, baru aku tahu susah senang nak membina kehidupan. Semuanya serba baru. Itu ini suma nak kena beli. Duit...banyak pelaburan yang keluar. Aku jadi lebih berjimat cermat..kena bijak berbelanja.

3) Orang Baru ☺☺


Rezeki berganda dalam hidup kami. Lepas umur Iman nak masuk setahun lebih, aku cuba nak conceive lagi. Tapi masih belum ada rezeki. Kalau uols nak tahu, aku tak pakai apa² perancang pon. Natural Planning saja. Beberapa kali mencuba tak jadi gak. Frust pon yer sebab berharap sangat. Bila jadi macam nih, aku berserah jer. Kalau ada rezeki...adalah.

Allah maha mengetahui, DIA yang menentukan segalanya. Bila dah lengkap semuanya, di beri lagi rezeki yang lebih bermakna. Alhamdulillah...syukur, aku berjaya conceive december last year. Seronok sangat².

Impaknya, aku akan dapat anak yang kedua. Panggilan akan berubah, klo sebelum ni panggil anak jer, lpas ni kena panggil anak² (^_^). Besar tanggungjawabnya bila anak dah bertambah. Perhatian..kerja..perbelanjaan, semuanya bertambah. Skang ni terpulang pada aku macam mana nak handle bila dah ada anak dua akan datang nih. Satu cabaran baru buat aku. Hopufully aku berjaya mengharungi cabaran dan dugaan ini dengan penuh sabar (^_^)

Ini lah dia The New Me...Kehidupan baru, Dunia baru dan Persekitaran baru.

Phewwww...panjangnya ☺☺☺


Dah lama sangat tak attend SGM (Support Group Meeting). Rasa rugi sangat². Insya'allah lepas delivery ni nak active balik. Topik SGM kal...

Dah lama sangat tak attend SGM (Support Group Meeting). Rasa rugi sangat². Insya'allah lepas delivery ni nak active balik. Topik SGM kali ni sangatlah menarik. Info ni aku kongsikan especially untuk BF mom out there.

Source: AYU.

HUKUM BERPUASA BAGI IBU YANG MENYUSUKAN ANAK

  • Mengikut mazhab Imam Syafie, ibu yang mengandung atau ibu yang menyusu boleh berbuka puasa.

  • Terdapat 2 hukum iaitu berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya akan terjejas atau berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.

  • Sekiranya ibu itu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudharatan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu itu untuk qodo' puasanya sahaja sebelum tibanya Bulan Ramadhan yang akan datang. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh At Turmuzi (715) dan Abu Daud (2408) dan selainnya, dari Anas Al Ka'bi radiallahu anhu, telah berkata Rasulullah S.A.W : sesungguhnya Allah S.W.T telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (dibolehkan berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (boleh diqosorkan solatnya itu), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.

  • Maksud mengurangkan solat ialah memberi kelonggaran mengurangkan rokaat solat dan adapun yang dimaksudkan dengan diangkat puasa bagi ibu yang hamil dan menyusukan anaknya itu ialah dibenarkan berbuka dengan menggantikan puasanya itu.

  • Sekiranya ibu itu berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya dan takut kandungannya gugur jika dia berpuasa, ataupun takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu itu untuk berbuka dan qodho' puasanya itu dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.
RESIPI BERKHASIAT

makan makanan yang berkhasiat untuk "maintain" tenaga supaya dapat menghasilkan pengeluaran susu. contoh :

- kurma blended
- jus sayur2an seperti jus saderi, lobak, pegaga
- sayur2an yang dapat menambahkan pengeluaran susu seperti kuchai
- madu

Disarankan agar makan makanan yang berkhasiat , maka dalam hal ni :


  • jangan paksa diri untuk makan banyak2 ketika time berbuka puasa

  • ikut keperluan diri ---> ada yang berbuka makan sikit dahulu (cth: makan kurma , minum air atau makan kuih), kemudian solat dan kemudian baru sambung makan makanan yang agak berat sikit (cth : makan nasi)

  • digalakkan minum segelas air dahulu semasa berbuka sebelum menyusukan anak
AKTIVITI2 YANG MEMBANTU - aktiviti yang dilakukan ketika di rumah


  • minta suami bantu buat kerja rumah ketika ibu menyusukan anak contohnya waktu tengah hari.

  • atau tangguhkan kerja2 rumah dulu dan boleh lakukan ketika selepas berbuka puasa (time malam)

  • ini adalah kerana memang tidak dinafikan ketika hari berpuasa, ada ibu yang mengalami keletihan apabila melakukan kerja2 rumah secara tak langsung akan ada efek pula bila nak bf anak nanti & ada juga sebaliknya, apa2pun ikut keperluan diri
MILK SUPPLY / STORAGE


  • buat persediaan awal untuk menyimpan stok susu sebelum menjelang bulan ramadhan

  • namun, ada juga ibu yang mengatakan time bulan puasa hasil pengeluaran lagi bertambah dari hari biasa malah kandungan susu yang diperah juga lebih pekat

  • konsep asas penyusuan : demand vs supply ----> lagi cepat kita mengosongkan breast , lagi cepat signal dapat diberikan untuk menghasilkan susu... so, back to normal konsep, kerapkan direct feeding @ kerapkan pam ---> jgn tengok berapa banyak hasil yang diperolehi..
SUPPLEMENT


  • tujuan ambil supplement adalah untuk menambahkan tenaga bagi ibu ketika berada di bulan puasa dan bukannya untuk menambahkan susu

  • berbalik kepada pengambilan sumber2 makanan yang natural berbanding ngan pengambilan supplement ---> ikut setiap individu itu sendiri
Terima kasih buat AYU sebab bagi fiza C & P info yang sangat menarik nih. Rajin sungguh ayu attend SGM nih. Kalau uols nak tahu lebih banyak info pasal BF nih, bley jenguk blog AYU.


Siapa lagi klo bukan Iman Hakimi. Lately asyik nak merajuk jer. Tegur sket buat muka "cembeng". Silap sket dah tersentap...merajuk...

Siapa lagi klo bukan Iman Hakimi. Lately asyik nak merajuk jer. Tegur sket buat muka "cembeng". Silap sket dah tersentap...merajuk. Lambat buat susu pon nak merajuk jugak. Keras hati plak tu bila nak di pujuk. Haiiii...anak bujang nan sorang nih. Nak kena peluk², cium² dulu, cakap elok², barulah ok.

Pagi tadi, sibuk nak pakai jam Ben10 gi nursery. Aku tak bagi, nanti hilang, kalo tak hilang pon...jahanam plak nanti. Mula lah merajuk. Aku dah lewat nak gi keja nih. Berdiri kat muka pintu tak gerak². Hubby panggil pon buat tak tau jer. Apalagi...kenalah marah ngan aku. Menangis...sampai nursery tak nak salam, bila aku cakap "tak nak salam sudah", trus nangis. Aku plak trus blah...tak sempat dah nak pujuk², dah lambat. Syahdulah plak bila dengar Iman nangis. Atas motor aku pon nangis skali. Kesian plak pagi² buat anak macam tu...huhuhuhu...Ibu geram dengan awak sangat lah Imannnnnn.

Macam ni ker gamaknya peragai budak yang nak dapat adik tak lama lagi? Sebab rasa tergugat ker dia berperagai macam nih. Yerlah...tak lama lagi perhatian dah beralih arah. Masa ni lah yang dia rasakan nak tarik perhatian Ibu & Abah dia.

Iman...kasih sayang ibu & abah takkan berbelah bagi walaupon awak akan dapat adik tak lama lagi. Perhatian tetap sama. Balik nih ibu pujuk yer.



Kejadian hari sabtu baru nih. Masa tu dalam pukul 11.00 pagi. Nak gi mandi tetiba kat dapur aku dengar cawan berlaga. Bila tengok, rak pingg...

Kejadian hari sabtu baru nih. Masa tu dalam pukul 11.00 pagi. Nak gi mandi tetiba kat dapur aku dengar cawan berlaga. Bila tengok, rak pinggan tu tengah bergoyang². Mushkil gak kan. Aku pegang lah kat pemegang rak tu, masih rasa bergoyang lagi. Aku pegang sampai lah tak goyang dah. Tinjau kat bawah tu, kot ada binatang yg tak di undang kan...tak der plak. Masa tu tak syak apa² lagi.

Pastu malam plak, tengak gedik santai tgk berita, tetiba....bunyi cawan berlaga lagi daaaa, maknanya rak tu bergoyang. Iman siap cakap lagi "ibu...bunyi lagi". Secara automatik hati aku tetiba rasa berdebar², bulu roma meremang, dalam masa yang sama aku rasa kerusi aku pon bergegar², bukan khayalan, memang terasa kerusi tu gegar. Ah....sudah, dah lah hubby tak der, tak balik dari class lagi. Dalam hati aku baca ayat Kursi, 3 Qul & macam² ayat lagi lah. Iman plak duduk diam jer.

Seram mak noks. 1st time macam tu. Kesan gempa bumi ker? Tak kanlah. Sebab 2 kali macam tu. Takut plak aku tinggal berdua ngan iman malam². Yang pasti, aku tak berkhayal. Ini bukan cobaan...ini betul²...ahaks...

Ya! Allah...lindungilah keluarga kami...AMIN...


Alamat rumah masih tak hafal² lagi...ahaks...Kalau nak isi form ker, nak minta barang free kat internet ker *wink ☺☺*...mesti nak refer kat...


Alamat rumah masih tak hafal² lagi...ahaks...Kalau nak isi form ker, nak minta barang free kat internet ker *wink ☺☺*...mesti nak refer kat bil, muahahahaha...teruk btul. Hubby pon macam tu gak. Call aku tanya alamat rumah macam mana. Leceh pon yer gak, asal minta alamat rumah jer, nak kena tengok bil dulu ☺☺☺

Pengajarannya...silalah hafal alamat rumah beserta poskod sekali yer FIZA. Skang ni dalam Handbag memang aku bawak satu bil untuk aku prepare kalau ada yang tanya alamat rumah. Senang (^_^).

Itu satu hal, lagi satu hal...jiran pon aku tak kenal. Yang aku kenal jiran bawah ngan jiran atas, jiran depan rumah, kiri, kanan nan ado yang kenal. Setakat berselisih sambil berbalas senyuman tu ada lah. Berborak ker, nak bergosip ker tak pernah. Kalau ada aktiviti pon, asyik muka sama jer yang datang. Yang tak pernah datang tu tak reti² nak besosial dengan jiran². Macam ni lah gamaknya bila duduk apartment erk.


Hhhhhmmmmm....bilalah aku bley merasa hidup berjiran nih. Puasa dah nak dekat. Erkkk...apa kaitan puasa dengan jiran? Yerlah...klo bula posa, beli/masak makanan mesti lebih, hulur² kat jiran sket. Tapi klo dah macam gini environmentnya, tak der maknanya.


A good lesson.... Baru aku tahu macam ni rupanya cara kopek buah manggis (^_^)

A good lesson....

Baru aku tahu macam ni rupanya cara kopek buah manggis (^_^)



Salam pagi jumaat uols. Barulah bley update blog hari nih. Dari semalam hati aku sakit, sakit sangat². Sebabnya.... Pasal pindah office lag...

Salam pagi jumaat uols. Barulah bley update blog hari nih. Dari semalam hati aku sakit, sakit sangat². Sebabnya....

Pasal pindah office lagi lah. Semalam our department sudah di arahkan pindah. Segala PC suma dah di angkut. Suppose hari isnin, tunda ker hari khamis sebab TNB tak masuk lagi. Pergilah aku semalam kat site office. Masuk jer site dah macam naik kuda, dengan jalan berlubang...berlekuk sana sini. Uols bayangkan lah mak buyung naik pajero kena berpaut kat pemegang sambil angkat punggung nak mengelakkan hentakan dan hentaman dari jalan yang tak rata. Bila sampai jer office...Ya! Allah...masih ada palang² besi kat luar office, dengan buruh² binaan yang tengah khusyuk buat kerja. Masuk jer kat dalam office dengan cermin, meja berhabuk...tak lap. Dengan bunyi bising orang buat kerja, dengan debu² berterbangan, line telefon & kabel masih tak siap lagi. Pantry pon baru nak pasang KC semalam. Macam mana nak pindah office? Setakat partition jer yang dah siap pasang itu yang di katakan dah bley pindah. Tak faham betul aku dengan ORANG ATASAN nih.

Aku jadi stress smalam duduk sana, tetiba sakit kepala. Dengan tak boleh buat kerja. Dengan bunyi bising. Berjalan naik bukit turun bukit nak ke kabin. Yang lagi best, toilet cantik tapi tak der air. Aku terpaksa menahan kencing dari lunch sampai petang. Nak gi toilet kat kabin? Aku kena berjalan 10 minit, pastu nak kena mendaki bukit sket. Gila apa? Toilet plak kotor + berbau...eeuuwwwwww..

Menyusahkan betul lah. Tak salah kalau staff merungut. Sebab tengok condition pon memang tak siap lagiiiiiiii. Bos...tak boleh ker tunggu office tu betul² siap? Tak kesian ker kat staff² especially mak buyung macam aku nih. Dah lah office tingkat 2, toilet jauh kat luar. Memang tak selamat untuk kami duduk lagi. Yang lagi best, orang² HP hantar barang, untuk set-up apa yang patut, tapi terpaksa patah balik bila tengok office dalam keadaan yang tak siap dan kelam kabut. Takut barang² hilang. Better save than never. Tak ker menambahkan cost namanya tu.

Bukan nak memburukkan tapi kenyataan. Macam ni lah gamaknya pemikiran orang² yang dah terlebih pandai macam PD aku nih. Siap ker...tak siap ker, kena pindah jugak. Tak fikir kebajikan staff. Memang BODOH, ada otak...PANDAI, ada akal...PAKAI, ada bijak...GADAI.

Pagi ni sepatutnya aku dah mula kerja kat site office. Tapi sorry lah. Dengan keadaan macam tu nak suruh aku pergi? Tak selamat. Baik aku duduk kat MERCU nih. Kakak² kat office nih suruh aku buat surat sebab keadaan aku yang macam nih tak sesuai duduk kat site melainkan office tu betul² siap sepenuhnya. Launching plak end of this month. Just wait and see lah.

Pagi nih badan aku rasa sengal², penangan naik bukit turun bukit, naik tangga turun tangga, menepuh perjalanan ala² berkuda. Hhhhmmmm...


Sekejap jer dah masuk 3rd Trimester. Lagi 2 bulan ++ baby dah nak pop-out. Makin dekat makin berdebar² plak rasanya, tak sabar pon yer gak....


Sekejap jer dah masuk 3rd Trimester. Lagi 2 bulan ++ baby dah nak pop-out. Makin dekat makin berdebar² plak rasanya, tak sabar pon yer gak. Barang² baby satu apa pon tak prepare lagi. Next week baru nak go check-up kat spital. Insya'allah...delivery kat An-Nur, Bangi. Dekat ngan umah.

Alhamdulillah...kesihatan mak buyung & baby ni baik² jer. Perut pon makin beso plak aku nengok. Jalan pon dah macam penguin gamaknya, tapi maintain laju. Ntahlah...tak biasa plak jalan slow², klo dah terasa mengah tu, barulah jalan macam pompuan melayu terakhir versi bawak perut...ahaks...

Pergerakan baby makin active. Wave sana sini, sampai senget² perut di buatnya, yang tak tahan bila baby start mengeras...perghhhh...uols pon tahu mcm mana rasanya kan.


Your baby's head is getting bigger and his brain is developing billions of neurons (important for later learning) at an amazing rate. His nutritional needs are growing too. To meet his body's demands, you'll need plenty of protein, vitamin C, folic acid and iron. His bones in particular are soaking up lots of calcium right now, so drink your milk (or if you don't like the taste, try calcium-enriched orange juice).


  Find out when common food, drinks, & household items expire. Meats & Alternatives ...

 
Find out when common food, drinks, & household items expire.

Meats & Alternatives

Item
Refrigerated
Frozen
Eggs
4 to 5 weeks
-
Fish
1 to 2 days
4 to 6 months
Ground Meat
1 to 2 days
3 to 4 months
Poultry
1 to 2 days
12 months
Steak
3 to 5 days
6 to 8 months
Canned Tuna
1 year

Canned Tuna (opened)
3 to 4 days


Dairy Products

Item
Refrigerated
Cheddar
3 to 6 months
Cottage Cheese
2 weeks
Grated Parmesan
12 months
Swiss Cheese
3 to 6 months
Processed American
8 months
Chocolate Bar
1 year
Marshmallows (opened)
40 weeks
Marshmallows (unopened)
3 months

Good to know! No joke. Please read, especially for those who don't cook that often. Have U ever heard about LPG gas cylinder's exp...

Good to know!

No joke. Please read, especially for those who don't cook that often. Have U ever heard about LPG gas cylinder's expirydate?. Expired Cylinders are not safe for use and may cause accidents.

In this regard please be cautious at the time of accepting anyLPG cylinder from the Vendor. Here is how we can check the expiry of LPG cylinders:

On one of three side stems of the cylinder, theexpiry date is coded alpha numerically as follows A or B or C or D and some twodigit number following this e.g. D06.

The alphabets stand for quarters :-

1. A for March (First Qtr),
2. B for June (Second Qtr),
3. C for Sept (Third Qtr), &
4. D for December (Fourth Qtr).


The digits stand for the year till it isvalid. Hence D06 would mean December qtr of 2006. Please Return Back the Cylinder that you get with aExpiry Date, they are prone to Leak and other Hazardous accidents...


The second example with D13 allows thecylinder to be in use until Dec 2013.

It's worth running a check on your cylinder's NOW!!!


Pernah tengok ultraman naik motor tak? Nak tengok tak macam mana rupanya? ☺☺☺ - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Beginilah rupan...


Pernah tengok ultraman naik motor tak? Nak tengok tak macam mana rupanya? ☺☺☺
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Beginilah rupanya. Ini kerja anak bujang nan sorang tu lah. "Ibu...otomen naik motor"...ahaks...apa² lah nak oiiii. Kesian...macam ni lah gamaknya bila tak der kawan nak di ajak bermain sama. Main sorang² jer.


Untuk pengguna WiFi di luar sana, ini ada info yang ingin di kongsikan. Google Pic. RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan...

Untuk pengguna WiFi di luar sana, ini ada info yang ingin di kongsikan.

Google Pic.

RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita. Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah. Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet.

Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat.

Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu?

Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi 'pak sanggup' di atas kesalahan orang lain.

Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal.

Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu.

Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had. Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa.

Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara-negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini.

Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus. Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini.

Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa.

Aktiviti menumpang rangkaian seperti ini begitu popular. Ini kerana penjenayah siber tahu sekiranya ada pihak yang cuba mengesan, jejaknya akan berakhir di rumah pemilik rangkaian tersebut. Sungguhpun pemilik rangkaian WiFi yang tidak bersalah boleh membersihkan nama mereka dengan menepis tuduhan, proses ini mengambil masa yang agak lama.

Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa.

Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama. Sebagai contoh, sekiranya rangkaian anda digunakan oleh seseorang untuk melakukan penipuan kad kredit (menggunakan maklumat kad kredit individu lain dan membuat pembelian dalam talian), pihak polis boleh merampas komputer anda bagi tujuan penyiasatan dan ini sudah cukup menjadi mimpi buruk dalam hidup anda.

Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal.


But when in New York City lah ☺☺☺ Daniel Angerer creates breast milk cheese for New York restaurant Daniel Angerer, head chef at Klee Br...

But when in New York City lah ☺☺☺

Daniel Angerer creates breast milk cheese for New York restaurant

Daniel Angerer, head chef at Klee Brasserie in New York, has created breast milk cheese for experimental customers from his wife's excess produce.

This isn't just any cheese... it's breast milk cheese

Daniel Angerer’s lactating wife has given the head chef a brand new ingredient for use in his New York restaurant.

After giving birth to their daughter, his wife produced so much breast milk the pair began to freeze the excess.

This led to Daniel beginning to wonder if he could use the ingredient in his culinary creations (As you do...)

He took his ideas to the kitchen, and has since created his special breast milk cheese.

Matured for a fortnight, Daniel describes the taste as "Just like really sweet cow's milk. It wasn't like, 'Hey, this is such an amazing cheese.' It's just like, 'Can you use human milk? Yes, you absolutely can!'"

Any customer at Daniel Angerer's restaurant can order his latest creation, obviously for a limited time only.


Please don’t click x button without reading. Read it. Very nice mail for people working late night. A fiction...but it's nice to read ...


Please don’t click x button without reading. Read it. Very nice mail for people working late night. A fiction...but it's nice to read when u have the time ....kind of scarrrrrry too...

Neha opened his mail box and saw a new mail from new person.

Hi Neha, I see you every night sitting in the office till very late. Don’t you have
friends? Don’t you feel like talking to your roommate? You should not sit very late in the office, this is a genuine advice from me.

Thanks,
Rahul Mehra
----------------------------------------------------------------------------------

After reading the mail, Neha was very angry on the sender. She simply deleted the mail and said to herself “who is he to give me any advice?”. She again got back to her work.


Ntah apa hangin yang datang, tetiba tekak nih terasa nak makan bergedil hasil buatan tangan sendiri plak. Selere pompuan bawak budak kan, la...

Ntah apa hangin yang datang, tetiba tekak nih terasa nak makan bergedil hasil buatan tangan sendiri plak. Selere pompuan bawak budak kan, lain macam sket, asal teringin jer, mesti nak buat. Kalau terasa nak mkn sesuatu tu, tapi tak tahu nak masak, ke kedai lah jawabnya (^_^). Buah delima jer aku tak dapat lagi nih...huhuhu...

Ok...berbalik kepada cerita bergedil nih, hajat di hati nak buat bergedil ayam, sebab kebetulan masak sup ayam, sekali habis lah plak sup ayam tuh sebab sedap gamaknya. Nak ganti dengan apa erk? Selongkar lah KC, jumpa sardin mackarel Ayamas. Sardin pon sardinlah...try and error. Tapi aku masak dulu sardin tuh, pastu baru gaul dengan bahan² yang lain. Sedap jugak...sendiri masak, sendiri pujilah kan...ahaks...

Tak lah susah pon buat bergedil nih, senang jer rupanya. Lepas nih bley buat lagi, tak payah beli kat kedai dah ☺☺☺


Pssttt...gambo cilok dari Google jer, mekasih yer google. Tak sempat nak snaplah.


Layan jer lah gambar nih. Comel kan (^_^). Otak tengah tepu, tak tahu nak citer apa.


Layan jer lah gambar nih. Comel kan (^_^). Otak tengah tepu, tak tahu nak citer apa.




Google Pic. Aku benci betul lelaki yang hisap rokok depan bebudak. Especially yang dah jadi bapa nih. Kalau dah tak tahan sangat nak hisap ...

Google Pic.

Aku benci betul lelaki yang hisap rokok depan bebudak. Especially yang dah jadi bapa nih. Kalau dah tak tahan sangat nak hisap rokok, pergi lah jejauh, jangan lah hisap depan anak.

Ni citer masa ahad baru nih. Masa cabutan bertuah tu, adalah sepasang somi isteri dengan 2 orang anak duduk kat belakang kami. Anak dia yg sulung dalam 4 tahun dan yang kecik tu dalam setahun. Selamba jer hisap rokok depan anak dia nih. Iman plak betul² duduk depan dorang, aku kat sebelah dah tutup hidung. Tak tahan bau asap rokok yang busuk dan memeningkan tu. Tak sedar ker yang ko tu bawak anak, kat depan ko plak ada anak orang pastu pompuan mengandung duduk depan ko plak tu. Hangin btul aku.

Selfish lah orang macam nih. Tak peka dengan keadaan sekeliling. Sedangkan pelukan dan ciuman dari perokok pon boleh membawa maut kepada kanak², inikan pula asap rokok.

Buat anda² yang kaki hisap rokok tu, especially bapa² & bapa² to be, klo nak merokok tu silalah pergi jauh², janganlah hisap rokok depan anak² atau pon depan pompuan² yang mengandung nih. Kat kotak rokok tu pon dah di beri amaran tentang bahaya rokok nih. Faham² lah yer.

Google Pic.

Peace no war.


Ni pasal citer weekend baru nih. Ada cabutan bertuah sempena menghargai pelanggan² yang sanggup menghabiskan duit beli barang kat kedai per...


Ni pasal citer weekend baru nih. Ada cabutan bertuah sempena menghargai pelanggan² yang sanggup menghabiskan duit beli barang kat kedai perabut kat Bangi nih. Awal tahun aritu kami ada beli set perabut, tak payah lah tulis apa barangnya, dapatlah 2 kupon untuk cabutan bertuah. Hadiah memang hebat², antaranya TV Panasonic Flat SCreen 50 inci, Peti sejuk, Oven, dan banyak lagi lah. Semua brand Panasonic.

Acara start pukul 2.00 pm. Di mulakan dengan silap mata. Lama lah plak, dengan ucapan kata² aluan lagi. Berucap plak amik masa, memula pakai bahasa melayu, pastu bahasa cina plak. 1 Malaysia lah katakan. Nasib dia tak tahu bahasa tamil...klo tak...pengsan nak menunggu. Dah lah cuaca panas.

Bila dah start cabutan bertuah tu, teruja lah memasing. Termasuklah kami, mana tahu sangkut ker satu barang. Tunggu...punya tunggu...nama tak naik² sampailah ke kemuncaknya. Hhhmmmm....memang tak der tuah lah gamaknya. Tapi kan...ada Chinese lady nih, menang sampai 4 cabutan bertuah. Dapat hadiah suma lain². Bertuahnya ko.

Kecewa tu ada lah sket. Tapi rezeki memasing kan. Terfikir gak, kenapalah nama aku tak pernah sangkut dalam acara cabutan bertuah nih, klo dinner tak pernah menang apa² cabutan pon. Kalau org lain, tiap tahun mesti nama naik. Cuma aku pernah menang 2 kali join giveaway/contest. Itupon kat blog jer. Tapi...hadiah masih tak dapat² lagi. Malang Tak bertuah lagi di situ.


Giveaway lagi. Kali ni dari Wansteddy . Walaupon nasib tak selalu menyebelahi, tapi tetap gak nak join sebab hadiah pon menarik gak (^_^). ...

Giveaway lagi. Kali ni dari Wansteddy. Walaupon nasib tak selalu menyebelahi, tapi tetap gak nak join sebab hadiah pon menarik gak (^_^).



Nak tahu hadiahnya? Ini dia:


Untuk maklumat lanjut, bleylah ke blog Wansteddy (^_^)


Siap gantung banner lagi kat apartment nih. Petang kelmarin balik rumah tengok kat pintu ada surat dari kementerian yang buat banci nih lah...


Siap gantung banner lagi kat apartment nih. Petang kelmarin balik rumah tengok kat pintu ada surat dari kementerian yang buat banci nih lah mengatakan yg dia ada datang untuk banci. Pastu dia akan dtg balik untuk banci lagi. Apsal lah tak datang weekends, datang weekdays memang lah tak der orang, suma orang bekerja. Nampak gayanya kena buat banci online lah gamaknya. Uols yang SAHM dah kena banci ker?

Sedikin info mengenai banci:

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia merupakan satu pembancian semua tempat kediaman dan penduduk di seluruh negara. Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 adalah banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci dijalankan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Banci 1960 (Disemak 1969). Akta Banci mewajibkan orang awam menjawab semua soalan banci dan akta ini menjamin bahawa maklumat individu adalah sulit dan tidak akan dihebahkan.

Banci yang lalu telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Pelaksanaan Banci 2010 telah diluluskan oleh kabinet dalam Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 22 April 2009 dengan peruntukan sebanyak RM200.2 juta bagi tahun 2010. Banci kelima ini akan dilaksanakan pada Julai 2010.

Data yang dikumpul semasa Banci Penduduk dan Perumahan 2010 akan membekalkan satu set maklumat berstatistik yang komprehensif mengenai arah aliran dan corak ciri-ciri isi rumah dan penduduk. Data dan penemuan penting mengenai stok perumahan, jenis dan corak pemilikan juga diperoleh. Maklumat ini dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan polisi oleh Kerajaan dan digunakan oleh para penyelidik dan individu lain.

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010.

Kalau uols nak tahu lebih detail, bley baca kat SINI. Bak kata cousin hubby, dorang buat banci ni bukan nya apa, nak tahu penduduk Malaysia ni banyak mana sebab duit kat Bank cepat sangat habis...muahahahaha...apa punya statement daaa (^_^). Duit kat bank banyak habis pon sebab apa?....lu pukirlah sendiri.


Tak bley nak baca blog uols sebab loading lembab nak mampus dari pagi tadi. Bila dah dpt baca blog uols, tak bley nak comment plak, trus k...

  • Tak bley nak baca blog uols sebab loading lembab nak mampus dari pagi tadi.

  • Bila dah dpt baca blog uols, tak bley nak comment plak, trus kluar connection error. Dah lah nak loading sket punya lama, bila dah dpt tak bley nak comment plak.

  • Nak reply comment pon tak bley.

  • Nak buat entry baru amik masa setengah jam nak loading. Ada banyak nak citer nih.

Tu jer lah. So sorry tak dapat nak drop comment kat blog uols & klik iklan² untuk site income (^_^). Entry uols menariks² plak tu utk di comment. Esok aku terjah balik.


Phewwwww...tenet problem plak, dari pagi tadi, slow tahap gaban sampailah skang nih. Ok...berbalik kepada cerita.   Lunch smalam member² of...

Phewwwww...tenet problem plak, dari pagi tadi, slow tahap gaban sampailah skang nih. Ok...berbalik kepada cerita.
 
Lunch smalam member² office buat surprise, ada Birthday Cake plak. Terharu mak noks, malu pon yer bila dorang nyanyi lagu Happy Birthday ramai².Beberapa keping gambar yg berjaya di tangkap menggunakan camera HP ☺☺





Thank you so much to my dear colleague sebab susah² belikan cake (^_^), terasa diriku begitu berharga di hargai.


Cuba lihat 3 titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah. . rasa s...

Cuba lihat 3 titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan
pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah. .
rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..


Aku dah try, memang akan nampak kalimah allah nih. Uols nampak tak? Kalau uols tak bleh nampak, memang lah mata uols kelabu...ahaks...gurau jer ☺☺☺


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...