Baju Muslimah Kanak-kanak

Bila aku ingat² balik benda nih, mesti aku tergelak. Melayan keleteh anak yang tengah becok nak bercakap ni memang seronok kan. Kekadang ad...


Bila aku ingat² balik benda nih, mesti aku tergelak. Melayan keleteh anak yang tengah becok nak bercakap ni memang seronok kan. Kekadang ada jer ayat² yang 'unsangkarable' (bak kata isabelle) yang kita akan dengar, sampai bley pecah perut di buatnya. Adalah satu malam tu, hubby ajar iman nama ibu ngan abah dia lar.

HUBBY: Nama abah HUSAINI, nama ibu AFIZAH. Siapa nama abah?
IMAN: Hhhhmmmmm...sambil sengih²...HU-TSAI-KONG
HUBBY: Main² erk, sebut betul²...HUSAINI
IMAN: (Samnbil gelak²) HU-TSAI-NI-KONG

Wakakakaka...suka suki kamu jer yer bagi nama baru kat abah. Atok dah bagi nama HUSAINI, kamu pandai² tambah KONG plak kat belakang. Ni mesti pengaruh citer King Kong. Sebab baru lepas tengok citer King Kong. Nasib baik nama ibu kamu sebut betul.

Pastu masa aku ngan hubby kat dapur, iman sesorang tgk TV. Di sebabkan tahap keberanian dia agak kurang kalau di tinggalkan sesorang, mulalah memanggil²

IMAN: Ibu...ibu...
AKU: (Mendiamkan diri)
IMAN: Ibu...owh ibuuuuuu...ibu..
AKU: (Diam lagi...saja)
IMAN: AH-FHI-ZAH...owhhhh...AH-FHI-ZAH

Aku ngan hubby bantai gelak. Amik ko...panggil IBU...IBU...tak menyaut, sekali di panggilnya nama penuh haku AFIZAH. Haiii...iman...iman...



kita enjoy Rasa malas tahap gaban yang melampau mula menguasai diri. Malas jer rasa nak buat kerja. Terasa masa cepat betul berlalu. Mulalah...

kita enjoyRasa malas tahap gaban yang melampau mula menguasai diri. Malas jer rasa nak buat kerja. Terasa masa cepat betul berlalu. Mulalah buka MukaBuku, Blogging, blogwalking & berforum....iisshhhhh...


Cuba kalau boss ada. perghhhh...rajin tak hingat. Ada jer kerja nak buat, even tak der kerja...tapi buat² ada kerja...ahaks...

Macam mana nak hilangkan rasa malas bekerja bila boss tak der erk? Aku tahu, bukan aku sorang jer alami masalah ni, uolls pon sama kan? Mengaku jer lah ☺☺☺☺


Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Baby pon sihat. Aku dah mula rasa tendangan² lembut. Kali ni cepat betul. Yerlah...ruang da...

Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Baby pon sihat. Aku dah mula rasa tendangan² lembut. Kali ni cepat betul. Yerlah...ruang dah besar untuk baby bergerak. Seronok sangat. Tak sabar nak tunggu baby buat aksi² akrobatik (^_^). Pregnant kali ni aku teringin nak makan buah Delima. Tak jumpa² lagi nih. Kat umah mak ada, tapi tak masak lagi...huhuhu...


You may be gaining weight rapidly at this point, even if you're not eating much. Experts say that the amount of weight you put on during pregnancy is dictated primarily by your genes, so don't necessarily blame yourself if the weight's accumulating faster than you'd like. Your baby's movements are felt as a gentle, fluttering sensation at first, but get stronger and more obvious as time passes. Some babies kick vigorously and often, others are quieter. And many seem most active at night!



♪♫♪♫ Allah selamatkan kamu allah selamatkan kamu Allah selamatkan Husaini Mohd Taib Allah selamatkan kamu ♪♫♪♫ Happy Birtday to you Abang ...


♪♫♪♫ Allah selamatkan kamu
allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Husaini Mohd Taib
Allah selamatkan kamu ♪♫♪♫

Happy Birtday to you Abang Sayang, semoga murah rezeki, di beri kesihatan yang baik dan semoga hidup di berkati dunia akhirat. Tak der hadiah lain yang saya boleh bagi selain dari kasih sayang, kesetiaan dan kebahagiaan buat Abang Sayang. Opssss...lupa plak, ada hadiah sebenarnya, hadiah terbaik yang saya boleh bagi akan keluar pada bulan Oktober nanti. Hasil benih cinta kita...ahaks...

Akhir kata 'ILU' so much (^_^)


Bukan handbag Coach yer kawan², tapi perkhidmatan baru yang di perkenalkan oleh KTM iaitu gerabak khas hanya untuk wanita sahaja. Koc wanita...

Bukan handbag Coach yer kawan², tapi perkhidmatan baru yang di perkenalkan oleh KTM iaitu gerabak khas hanya untuk wanita sahaja. Koc wanita pertama di Malaysia memulakan operasinya hari ini @ 28 April 2010, tetapi hanya untuk laluan Sentul - Pelabuhan Klang sahaja. Hopefully akan diadakan jugak untuk lain² laluan, tak aci lah kan.


Pagi ni aku dapat merasa naik ladies' coach. Best jer sebab hanya di kelilingi oleh kaum wanita sahaja. Dengan tema "Wanita sahaja sepanjang masa, Ladies' only at all times". Tak perlu bersesak², bergesel² montot, berlaga² bahu dengan orang lelaki dah. Tapi pagi nih ada gak orang lelaki yang sesat barat kat dalam coach wanita nih. Tak perasan kot atau pon buat² tak perasan, yerlah...pemandangan menarik kan dalam coach wanita nih...ahaks...

Macam mana nak tahu coach wanita yg mana satu? Senang jer, coach wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas coach wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

- Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)

- Koc Belakang - Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Terpulang pada anda nak naik koc yang mana satu. Untuk maklumat lebih lanjut pasal Ladies' Coach nih, boleh layari website KTM kat sini (^_^)



Acara cukur poket datang lagi, sale & warehouse sale sana sini. Jom kita terjah...ahaks...

Acara cukur poket datang lagi, sale & warehouse sale sana sini. Jom kita terjah...ahaks...



Tengah blogwalking, tetiba terjumpa blog Dr Faryn yang tengah rancak mencari visitor bertuah di blognya yang ker 19,0999. Dengan motto......

Tengah blogwalking, tetiba terjumpa blog Dr Faryn yang tengah rancak mencari visitor bertuah di blognya yang ker 19,0999.


Dengan motto...put on your LUCKY CHARM and try this!, apalagi...silalah terjah blog Dr Faryn untuk lebih detail (^_^). Hadiah yang sangat menarik menanti visitor yang bertuah...siapalah yang kena nih ☺☺☺


Petua Nenek dan kata Ibu. Nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri. Sekadar memanjangkan... Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasih...

Petua Nenek dan kata Ibu. Nasihat untuk diri anda dan juga saya sendiri. Sekadar memanjangkan...

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik² kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya, bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan.

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri, ada rahsia tu.

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu.

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!...itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!

Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang²nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa 'air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya² menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg² suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain, apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai..ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!

Jadi berhati²lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan/kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air?. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan/ seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu² cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden² sekarang mungkin dia rasa.... apalah mana ade logik, tapi cubakita lihat org tua dulu² kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia
ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik² dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil² (pakaian dlm) nenek sidai di sini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju² lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi....semua mata boleh memandang. Sorok²lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, kita buat dia kan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri.Sekali lagi, sebaik²nya dijaga/diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali² membiarkan maid/pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat
pun, saiznya pun kecik² saja ye tak, kenapa musti bagi org lain menguruskannya???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang², rahsia suami isteri ada didalamnya terutama di katil (ranjang)". Jadi usahakan
sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya. Bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila².

selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah dan lihat hasilnya.


Pagi² lagi dah dapat email dari Group tentang Earth Day. Baru aku tahu hari ini adalah Hari Bumi. No wonder lah beberapa hari ni ada poster ...

Pagi² lagi dah dapat email dari Group tentang Earth Day. Baru aku tahu hari ini adalah Hari Bumi. No wonder lah beberapa hari ni ada poster bertampal kat lobi & kat kafe. Termasuklah tong² untuk Recycle Bins. Antara aktiviti untuk menyokong kempen Earth Day kat sini adalah:


The Earth Day 2010 will take place on 22 April 2010. It is a global call for action to every individual, every business and every community to take responsibility in conserving energy and the fight against global climate changes. Please support and realise these initiatives together with your Division staff for Earth Day 2010

1. Recycling

RECYCLING effort by bringing old clothes, books, aluminium cans, waste dry cell batteries and old handphones to drop into the RECYCLE BINS located at the Retail Areas Ground Floor MERCU. Collection will be donated to charity. We greatly need staff's support as the recycle bins are not filing up yet as espected.

2. Promote Earth Day 2010 Awareness

Employees at MERCU are encourage to wear "EARTH DAY T-SHIRT" with proper attire or office attire in GREEN.

3. GREEN your office - Potted Plants

4. Learn more about Earth Day

World WildLife Federation (WWF) will present the green environmental awareness at their counter at Level 9 on Earth Day 22 April 2010 9am to 5.30pm.

5. Say No to plastics and polystyrene!

Bring your own food container and don’t ask for plastic for take away. Recycle bag is on sale for RM2.00

6. Be cool

Regulate office air condition temperature set to 24°C in office on Earth Day.

7. Safe water

Be mindful whenever you turn on the tap.

8. Minimise carbon foot print

Car pool or use public transport to work on Earth Day and thereafter.

9. Save energy

Switch off lights and computers during lunch hours and after working hours to reduce electricity.

Happy Earth Day 2010. Marilah kita sama² menyokong kempen ini (^_^)


Citer pasal anak bujang nih plak. Bila teringat pasal benda ni mesti nak tergelak. Ingatkan dah tak takut dah, rupanya takut lagi. 1st time...


Citer pasal anak bujang nih plak. Bila teringat pasal benda ni mesti nak tergelak. Ingatkan dah tak takut dah, rupanya takut lagi. 1st time Iman tengok badut masa last year, kat birthday party adam, my best friend nyer anak. Bukan main confident lagi berjalan dengan maksu dia kat depan...tinggalkan ibu ngan abah kat belakang. Sekali masa dah masuk pintu pagar, kelam kabut berlari keluar dengan muka cuak...takut...takut...Aku tanya SIL kenapa? Sambil gelak² dia jawab "Iman takut badut tu". Apalagi...aku ngan hubby bantai gelak sebab tengok muka dia yang menggelabah tu. Pastu ajak balik, tak nak masuk dalam. Ibu peduli apa, baru sampai takkan nak balik kan. Duduklah aku ngan iman kat dlm umah, sbb badut tu kat luar.

Bukan setakat badut jer takut, dengan maskot pon dia takut gak. Masa gi PWTC, ada fair apa ntah...lupa. Adalah maskot GROLIER nih, nak bagi belon...si bujang ni bantai menangis, takut...sebab beso sangat gamaknya.

Hari ahad baru nih, gi KAUT MAUT a.k.a COURT MAMOUTH, saja tengok² barang. Skali kat pintu masuk tu ada badutlah plak. AKu ngan hubby dah nampak dah, tapi budak bujang ni tak nampak lagi, saja aku cakap kat hubby jgn cakap ngan iman, nak tengok dia takut ker tak. Tiba² badut ni gi hulur belon kat dia, bila tengok jer apalagi......terjerit² anak aku nih, sambil menyorok kat blakang hubby, kuat plak tu...orang tengok jer. Aku ngan hubby tergelak². Seperti biasa, merengek² ajak balik.


Apa ni iman, tak macho lah macam ni...ngan badut pon takut. Anak uols takut badut tak? Macam mana nak bagi anak aku ni tak takut badut erk? Ada tips tak?



Desperate Housewives, 8TV @ 10.30 pm. Supernatural plak TV3 @ 11.00 pm. Si isteri nak tengok Desperate Houswives. Si suami plak nak tengok S...

Desperate Housewives, 8TV @ 10.30 pm. Supernatural plak TV3 @ 11.00 pm. Si isteri nak tengok Desperate Houswives. Si suami plak nak tengok Supernatural. Perkara ni akan terjadi setiap hari selasa sahaja, hari lain tak heran dah. Uolls rasa siapa yang control remote?

Pukul 10.30 pm - 11.00 pm aku akan pegang remote untuk tengok citer DH.


Pukul 11.00 pm remote sudah berganti tangan, sampailah pukul 12.00 pm, untuk tengok citer favourite hubby...Supernatural.


Masa yang ada untuk menonton DH hanya setengah jam sahaja. Tetapi hubby dapat tegok citer favourite dia sampai habis okey, tak aciiiiii...huhuhuhu...Apsal dorang ni suka buat citer best tapi tayang waktu yang sama. Kalau TV kat umah ada 2 bijik ok lah sket. Ni suma nak dapatkan ranking tayangan mana paling tinggi lah nih.

Nak tunggu siaran ulangan DH dah tak best, kena tunggu hari jumaat plak tu, pastu tayang tengah² malam. Tak best betul. Kena cari CD lah plak lpas nih.


Kisah makanan yang menjijikkan lagi. Ari tu pasal kaki katak, kali nih pasal tikus dalam kuah roti canai plak. Silalah baca, kalau tak sangg...

Kisah makanan yang menjijikkan lagi. Ari tu pasal kaki katak, kali nih pasal tikus dalam kuah roti canai plak. Silalah baca, kalau tak sanggup nak baca, tekan jer lah button X kat atas tu.

******************************************************************************


Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.

Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.

Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia mengambil ketulan daging dalam kuah kari yang dibeli dari sebuah restoran untuk dimakan bersama nasi manakala roti canai sudah dimakan tiga adiknya.

Katanya, dia membeli tiga keping roti canai bernilai RM2.40 di restoran berkenaan dan melihat kuah kari di dalam periuk hampir habis.

“Pekerja terbabit mencedok seketul daging berserta kuah sebelum dibungkus bersama roti canai. Saya menjangka mendapat bonus seketul daging kerana selalunya pekerja memberi kuah untuk roti canai,” katanya.

Menurutnya, tiga adiknya berumur 12 hingga 16 tahun begitu berselera menikmati tiga keping roti canai dengan mencicah gulai berkenaan manakala seketul daging dibiarkan kepadanya untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimanapun, saya terkejut besar apabila melihat gigi dan misai panjang pada ketulan daging berkenaan dan selepas diamati ia sebenar bangkai tikus yang dibelinya bersama kuah kari roti canai berkenaan. Saya berasa loya dan terus termuntah.

Perkara itu dimaklumkan kepada tiga beradik yang lain sebelum ketiga-tiga mereka juga menghadapi sindrom sama.

“Sehingga sekarang, kami berempat begitu fobia melihat gulai daging selepas termakan gulai tikus dari restoran berkenaan,” katanya dari Taman Sena Indah, di sini, semalam.

Mohd Shafiq yang merupakan lepasan sebuah kolej swasta berkata, dia terus memaklumkan kepada bapanya sebelum kedua beranak terbabit membawa ketulan tikus terbabit kepada Bahagian Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Perlis, pada keesokan harinya.

Menurutnya, pegawai bahagian terbabit mengesahkan gulai daging berkenaan adalah tikus dan dia bertindak melaporkan perkara terbabit kepada penguat kuasa pengguna Perlis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan restoran terbabit pernah dikenakan tindakan, termasuk notis amaran oleh pihak berkuasa tempatan kerana gagal mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Shafiq tidak menolak kemungkinan ramai lagi pelanggan tidak menyedari sudah menikmati kuah kari bangkai tikus yang disediakan restoran itu. -SH

Source: mahligai@yahoogroups.com


Sejak pindah rumah baru bulan 10 last year, asyik tertangguh jer nak beli benda nih. Nak kata tak penting, penting gak. Bila nak beli benda ...

Sejak pindah rumah baru bulan 10 last year, asyik tertangguh jer nak beli benda nih. Nak kata tak penting, penting gak. Bila nak beli benda nih, terbeli benda lain plak, dah tak jadi beli. Bulan lepas baru lah terhegeh² nak beli. Ini lah barangnya:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Lesung Batu...ker Batu Lesung? Teman dapurku yang baru. Kira gadget lah jugak kan (^_^). Selama ni aku masak main campak² jer, tak pernah menumbuk. Ada sekali tu masa nak masak mee goreng, nak menumbuk, tak der lesung batu, apa lagi....amik plastik bersih, letak bahan² pastu tumbuk pakai hujung pisau...ahaks...tak senunuh nye keja (^_^), klo mertua tengok buat malu jer. Pengajarannya....Lesung Batu nih penting yer untuk menjadikan masakan lebih sedap. Kalau pakai mesin pengisar @ blender tak best sangat, tumbuk gak yang sedap.


Siapakan Menteri Besar yang di maksudkan itu? Dapat agak siapakah gerangannya? Jom kita tengok: * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Inilah...

Siapakan Menteri Besar yang di maksudkan itu? Dapat agak siapakah gerangannya? Jom kita tengok:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Inilah MB yang di maksudkan (^_^)

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Email ni aku dapat dari pengalaman sebuah keluarga yang bercuti ke Pantai Timur baru² nih.

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..

Source: mahligai@yahoogroups.com


Balik awal petang smalam sebab nak singgah kedai Susu Ibu nak beli Soya Melilea Organik. Tepat 5.30 pm aku kluar office, nak kejar masa pun...


Balik awal petang smalam sebab nak singgah kedai Susu Ibu nak beli Soya Melilea Organik. Tepat 5.30 pm aku kluar office, nak kejar masa punya pasal sbb kedai SI tutup pukul 7.00 pm. Jalan pon dah macam lipas kudung. Pukul 6.00 pm dah sampai Taman Jaya Station. cepat kan...sebab naik LRT, klo naik KOMUTER tak sampai cepat mcm tu. Back to the story melalut sudah...dinner kami malam smalam simple jer.

Sayur Bendi Goreng Belacan

Sambal Ikan Bilis

Seronok sangat bila tengok sang suami makan dengan penuh berselera walaupun masakan si isteri simple (^_^). Kualiti gambar kurang memuaskan sebab pakai camera HP saja, harap maklum. Tapi ni gambar betul punya, bukan google Images...ahaks...


Nak update blog setiap minggu pon payah, especially FTWM (Full Time Working Mom) macam aku nih. Nak tunggu weekend memang susah lah. Ada jer...

Nak update blog setiap minggu pon payah, especially FTWM (Full Time Working Mom) macam aku nih. Nak tunggu weekend memang susah lah. Ada jer kerja & aktiviti nak buat, antaranya masak, jaga anak, basuh baju, mengemas habuk² yg bersarang kat umah tuh, aku pon pelik sbb umah aku cepat sangat naik habuknya pastu balik umah PIL (Parents in law). Kalau dah balik sana, memang aku tak dapat nak tenet lah, sebab Laptop telah di kuasai oleh my SIL, sampai ruang untuk aku pon tak der, rela dalam paksa jer lah.


Kalau nak update kat office plak agak payah lah. Dengan kerja lagi. Kalau layan kerja yg berlambak tu pon tak best gak, kena ada selingan kan. Klo tak...beku otak (^_^). Tapi kalau idea tu ada, cepat jer siap satu entry, tapi klo idea macam malu² nak kluar, bersawang lah blog jadinya. Kekadang tu idea datang mencurah, tapi nak edit nya tak der masa, lama² idea tu gone with da wind..ahaks...Nak baca blog kawan² pon susah gak, ini kan nak tinggalkan jejak. Komen pon tak terbalas² lagi.


Nak Blogwalking say hi!...salam ziarah...nanged u...salam kenal, etc. pon tak bley dah, shout box dan yg sewaktu dengannya dak kena block balik...huhuhuhu...Macam mana Traffic Blog nak naik klo macam gini gayanya.


Tapi aku salute ngan uols yang rajin update blog, sebulan sampai beratus² entry. Income pon masyukkk jer. Untuk mommies² blogger pon mcm tu gak. Pandai uols bahagikan masa tak macam aku.


Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayan...

Kebiasaannya, sebelum seseorang anak lahir ke dunia, ibu dan bapa sudah berkira-kira untuk mencari nama yang sesuai untuk anak yang tersayang. Mencari nama yang baik bukan untuk mendapat pujian. Atau untuk melambangkan status sosial dan seumpamanya. Tetapi ia adalah satu ibadah yang dituntut oleh agama.

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. katanya, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”

Memperelokkan nama bermaksud memilih nama yang selari dengan tuntutan Islam. Memilih nama perlu ada tujuan. Bukan sekadar untuk memudahkan panggil atau untuk menggabungkan nama ibu dan bapa serta datuk-datuk dan nenek-nenek, bahkan ia berkaitan dengan soal pembentukan peribadi anak itu. Bukankah panggilan itu mengandungi doa. Setiap orang yang memangilnya, dikira membuat doa untuknya.

Jika seorang anak itu namanya ‘Mujahid’ yang bermaksud seorang pejuang atau orang yang berjihad, setiap orang akan memanggilnya dengan gelaran pejuang. Secara tidak langsung dia didoakan untuk menjadi pejuang pada jalan Allah swt. Sebaliknya jika seorang itu dinamakan dengan nama ‘Hazan’ yang bermaksud Berdukacita, setiap orang akan memanggilnya sebagai seorang yang sedang sedih dan berdukacita. Secara tidak langsung pangilan demi panggilan itu boleh memberikan kesan kepadanya.

Nama Yang Tidak Baik

Malangnya hari ini, terdapat segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat soal nama. Ada yang memilih nama yang kelihatan indah tetapi hakikatnya tidak mempunyai apa-apa erti, atau lebih malang lagi ia membawa erti yang negatif. Mereka suka nama-nama yang nampak moden seperti Natasya, Zana, Susan, Hyfa, Dayanty atau seumpamanya. Lebih menyedihkan lagi, jika nama-nama itu ditiru atau diambil nama-nama orang kafir.

Ada juga yang menggabungjalin nama ibu dan bapa. Mereka lakukan tanpa mengambil kira maksud gabungan perkataan itu . Contohnya, ibu yang bernama Safrina dan bapa bernama Ihsan, anaknya diberi nama Safih Insan, yang bermakna ‘Manusia yang Bodoh’. Kadang-kadang nama yang digabungkan itu menjadi panjang tanpa sebarang erti seperti Nor Sajamifulah Niruszam atau seumpamanya.

Terdapat dikalangan ibu bapa yang cuba memberikan nama yang baik tetapi mereka tersilap langkah, contohnya meletakkan perkataan Abdul atau lebih tepatnya ‘Abd yang membawa maksud Hamba dengan perkataan lain selain nama-nama Allah seperti Abdul Muhammad, dan Abdul Musa. Ada juga yang silap dengan hanya meletakkan perkataan Abdul untuk anaknya. Jika mahu ringkas mereka sebenarnya boleh menggunakan nama Abduh yang bermaksud HambaNya.

Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang mahu menggunakan kreativiti dengan menamakan anaknya sempena sesuatu peristiwa atau tempat sehingga menjadi janggal seperti Mohd Felda, Nor Malaysia, Saiful Johori, Mohd Toyota, Siti Sukom dan seumpamanya. Mereka sebenarnya menjadikan anak-anak mereka mangsa ejekan sepanjang hayat.

Jika bapa tersilap memilih nama, maka sewajarnya dia berusaha agar nama itu ditukar kepada nama yang lain. Rasulullah s.a.w. pernah bertindak menukar nama seseorang dengan nama yang lebih baik. Al-Termizi dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Sayyidina Umar bin Al-Khattab r.a. mempunyai seorang anak perempuan namanya ‘Aashiah (Penderhaka), maka Rasulullah s.a.w. menukarkan namanya menjadi Jamilah (Yang Cantik).

Sebaik-baiknya para bapa merujuk kepada para ilmuan atau sekurang-kurangnya membelek buku-buku panduan sebelum memilih nama yang sesuai untuk anak. Ingatlah bahawa nama itu adalah identiti terpenting bagi seseorang manusia. Kesan pemberian nama itu bukan terhenti setakat di dunia sahaja bahkan melarat sehingga ke akhirat. Oleh itu, menjadi kemestian kepada para bapa untuk memilih nama yang baik-baik.

Nama Yang Baik

Rasullullah s.a.w. menganjurkan agar anak-anak dinamakan dengan nama-nama yang mempunyai maksud baik atau dinisbahkan kepada orang yang baik. Bapa-bapa boleh memilih nama-nama Rasul seperti Hud, Nuh, Ilyasak dan lain-lain; atau nama para Sahabat seperti Mus’ab, Mu’az, Talhah, Zubair, Handzalah dan lain-lain; atau nama para ‘ulama’ seperti As Syafie, Al Bukhari, As Subki, Al Andalusi, Al Tabari, Al Nakhai’i, Al Zamakhsyari, Ibnu Qayyim, Ibn Taimiyyah, Al ‘Izz, dan lain-lain. Mudah-mudahan anak itu, dapat menghayati kehebatan tokoh-tokoh silam lantas menjadikannya sebagai ikutan.

Antara nama yang afdhal ialah nama yang dinisbahkan kepada nama Allah, tetapi dimulai dengan kalimah ‘Abd. Nama-nama Abdullah, Abdul Quddus, Abdul Jabbar, Abdul Qahhar, Abdul Fattah, Abdul Mu’izz dan lain-lain adalah contoh bagi kategori ini. Di samping itu para bapa digalakkan memilih nama-nama yang mempunyai nama indah dan seboleh-bolehnya tepat dengan nahu Arab. Contohnya nama Saif bermakna pedang, tetapi nama Saiful tidak mempunyai apa-apa makna kecuali jika disandarkan kepada perkataan lain seperti Saiful Islam yang bermaksud Pedang Islam. Sebaik-baiknya juga nama yang dipilih itu menepati kesesuaian jantinanya.

Kesimpulannya, ibu bapa yang akan menyambut bayi perlu membuat persediaan awal sebelum tiba masa kelahiran. Persediaan seperti, membanyakkan bacaan al-Quran, berzikir dan bertafakur serta mencari nama yang sesuai untuk anak perlu diutamakan. Sebagai pendidik, ibu dan bapa tidak boleh mengambil lewa soal-soal ini. Ingatlah, apa yang disemai hari ini, itulah yang akan dituai esok hari.


Ada macam² cara nak luahkan perasaan. Ini salah satu darinya. Aku rasa betul jugak apa yang di luahkannya tu. Banyak sangat cukai yg di kena...

Ada macam² cara nak luahkan perasaan. Ini salah satu darinya. Aku rasa betul jugak apa yang di luahkannya tu. Banyak sangat cukai yg di kenakan pada rakyat. Cukai pintu, cukai tanah, kalau makan nak kena bayar govt. tax...service charge dan macam² charge lagi lah. Sekarang ni budak sekolah pon nak kena keluar duit utk guna toilet kat sekolah.

Yang kaya makin dikayakan, yang miskin makin bertambah miskinnya. Kekadang aku rasa macam "Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan".




Tak habis² dengan masalah pengangkutan awam aku nih, apalagi klo tak KOMUTER...ggrrrr...geram. Korang bengang tak, bila orang sebelah...esp...


Tak habis² dengan masalah pengangkutan awam aku nih, apalagi klo tak KOMUTER...ggrrrr...geram. Korang bengang tak, bila orang sebelah...especially lelaki, duduk terkangkang sampai uols rasa macam satu kerusi tu kongsi 2 orang. Dah macam tersepit plak.

Aku bengang btul. Ada lah sorang bangsa asing nih, nak kata myanmar mcm indon. Duduk bukan main terkangkang lagi. Makin aku ketepi, makin galak plak dia lebarkan kangkang dia tu bosa sgt tolo tu agak eh. Niat di hati nak jer aku sound, tapi memikirkan bangsa asing ni bukan nya bley di buat main, aku diamkan aja, buatnya indon dari madura, tak ke membahayakan nyawa. Dahlah dorang ni spesis ganas. Duduk lah aku tersepit, dah macam mengerekot pon yer.

Tak sanggup dah rasanya nak naik KOMUTER. Tapi terpaksa. Macam² masalah teknikal. Train delay, train rosak...macam pagi smalam. Berhenti kat tengah² landasan nak dekat 25 minit. Dah lah aku berdiri. Nasib baik perut nih ok, buatnya tetiba nak terberak atau nak terkencing, mana nak cari toilet? Dari boleh cepat sampai dah jadi lambat aku sampai office.


Perut masih tak berapa nampak lagi (^_^). Heartburn still ada, tapi tak kerap. Masalah baru timbul...kena sembelit plak...huhuhuhu...tak ber...

Perut masih tak berapa nampak lagi (^_^). Heartburn still ada, tapi tak kerap. Masalah baru timbul...kena sembelit plak...huhuhuhu...tak berani nak teran lebih², nanti jadi buasir plak ☺☺☺. Masih tak plan lagi nak bersalin kat mana. Sama ada An-Nur atau Az-Zahrah...hhmmmm...


If you could hold your baby's hand this week, you'd notice the swirling lines that make up his unique fingerprints. You'd also see the veins and vital organs beneath his tissue-thin skin. He's growing... Are your long-lost energy and sex drive making a comeback? If so, you may soon find out why many women call this the honeymoon trimester. For other women, the discomforts last a while longer yet. Every pregnancy is individual — even women who have been pregnant before find that the second or third are different.


Yang di anjurkan oleh Susuibu.COm pada 28 Mac 2010 telah berjalan dengan lancar. Topik Support Group Meeting kali ini adalah Mitos yang berk...

Yang di anjurkan oleh Susuibu.COm pada 28 Mac 2010 telah berjalan dengan lancar. Topik Support Group Meeting kali ini adalah Mitos yang berkaitan dengan Breastfeeding. Banyak sangat mitos yg telah di kupas dalam SGM kali ni. Seronok sangat sebab dapat jumpa member² SI (^_^).


Perbincangan telah di bahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan di ketuai oleh Pn. Noor Kamariah @ mama, Pn. Hayatie Hashim & Pn. Zatul Hijanah. Memandangkan aku sampai agak lewat, tak sempat nak take note. Info ni aku amik dari member SI, Ayu Khairy

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.

Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

Fakta #2: :Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.

Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.

Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

p/s: Thanks to kak Shida (charantya) kerana berkongsi info ini. Mitos dan fakta dikemukakan oleh Dr. Jamie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...