Baju Muslimah Kanak-kanak

Info yang menarik untuk di kongsi bersama. Mungkin ada yang dah tau, tapi... untuk yang belum tahu, let's check it out: 1. Defaultkan ...

Info yang menarik untuk di kongsi bersama. Mungkin ada yang dah tau, tapi... untuk yang belum tahu, let's check it out:


1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutaman ya yangberwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam.

Source: Mahligai Group


Selepas 2 hari bercuti. Bila si suami bercuti, si isteri pon turut sama bercuti, menghabiskan masa bersama...ahaks...Tak gi mana² pon, bali...


Selepas 2 hari bercuti. Bila si suami bercuti, si isteri pon turut sama bercuti, menghabiskan masa bersama...ahaks...Tak gi mana² pon, balik umah mak, pastu gi settlekan insurans rumah, tu jer lah. Nak update blog pon tak lepas, ada jer yg mengacau. Kalau tak anak yang kacau, en. suami lah yang mengacaunya...wakakakaka...

Rasa macam tak best jer bila blog tak ber-update nih. Banyak benda yang nak di coretkan, tapi...memanjang tak sempat. Award tak amik lagi, hutang TAG, Pack me love Giveaway & citer pasal Gathering Susu Ibu. Nanti² aku update yer (^_^). So sorry yer kengkawan klo komen ku sudah lama tak menyinggah di kotak komen blog mu. Nantikan kunjungan dariku yer...ahaks...


Eeeuuwwwwww...kombang tokak den. Agaknya ayam, daging, udang, sotong suma dah habis, tu yang pakai daging katak...ahaks...geli..geli..geli.....

Eeeuuwwwwww...kombang tokak den. Agaknya ayam, daging, udang, sotong suma dah habis, tu yang pakai daging katak...ahaks...geli..geli..geli.....

******************************************************************************

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.


Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.


Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SUMBER : UTUSAN ONLINE


How time flies, aku tak sedar langsung. Rupanya 6 March 2010 genap setahun aku berbloging. Happy 1st Anniversary to my BLOG (^_^). Dari beb...


How time flies, aku tak sedar langsung. Rupanya 6 March 2010 genap setahun aku berbloging. Happy 1st Anniversary to my BLOG (^_^). Dari beberapa follower, skang ni dah bertambah. Thanks sebab sudi follow blog aku yang tak seberapa nih, kamu memang best (^_^).

Dengan dunia blog ni juga aku dapat ramai kawan. Walaupon di alam maya tapi rasa macam dah lama kenal. Ada yang dah pernah bersua muka, tapi masih ramai lagi yang aku blom jumpa. Kalau terserempak pon, bley cam ker...ahaks...


Dear Friends, Do inform your friends who love ice cream. One scoop of ice cream is RM 7.50 each. Double scoop is value for money. But you ...

Dear Friends,

Do inform your friends who love ice cream. One scoop of ice cream is RM 7.50 each. Double scoop is value for money.

But you have to dress pink and don’t dress like the pink panther……Ha Ha Ha

Dear Business Partners,

Cheer up every Wednesday as it's a PINK DAY @ Baskin-Robbins !!

All you gotta to is : Show up with something pink to BR staff... eg : finger nails painted in pink, pink pen, pink hand phone, pink shirt, pink tie...etc... etc....

Product : Get a Double Jr. Scoops at the price of a Single Reg. Scoop !

Price : pay only RM 7.50+ to get 2 of your most favorite flavors !!!

Additional : you can upgrade your sugar cone /cup to a yummy Waffle Cone with only RM 1.50+ !

Location: Baskin-Robbins Malaysia




Giveaway dari e-car, sempena menyambut ulangtahun kelahiran nya yang ke 30. 3 fakta menarik tentang e-car. 1. Siapa e-car? Siti hajar ...

Giveaway dari e-car, sempena menyambut ulangtahun kelahiran nya yang ke 30.


3 fakta menarik tentang e-car.

1. Siapa e-car?


Siti hajar Abdullah atau lebih di kenali dengan nama e-car. Anak kepada pasangan En. Abdullah Abdul Rahim dan Pn. Habsah Ab. Shukor. Merupakan anak ke 2 dari 5 beradik. Isteri kepada Mohd Nazrin Mohd Yassin dan Ibu kepada E'izz Eiymann Nazrin bin Mohd Nazrin. PHD Student yang mendapat pendidikan awal di S. K. Bangsar (1987-1992), meneruskan pendidikan menengah di S. M. Vivekananda, Brickfields (1993-1995) dan S. M. Teknik JB, TIJB (1996-1997). Menetep di Bandar Seri Putra, Bangi.

2. Pro-Breastfeeding


Sangat menyokong penuh penyusuan Susu Ibu. Boleh di katakan seorang yang sangat tegar dengan Breastfeeding. Mula mendapat hidayah untuk BF ketika Pregnant 8 minggu dan sentiasa memasang niat untuk BF eiymann sehingga 2 tahun. Dengan Niat, Nekad dan Tekad serta sokongan dari suami, e-car berjaya mengharungi segala halangan dan cabaran untuk menjadi BF mom. Sehingga usia 2 tahun 11 bulan, eiymann masih mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Bagi e-car Breastfeeding seperti "Breaastaurant...anytime, anywhere, no waiting list, no Q hygiene and its totally FREE (^_^)". Menjadikan Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar sebagai idola BF nya. Selain itu, e-car turut di jemput oleh SARAKIDS untuk bercerita dan berkongsi pengalaman tentang BF sempena Kelas Penyusuan Ibu di SARAKIDS.

3. Usahawan Internet


Pemilik blog cupcake-car ini mengusahakan perniagaan cupcake & cake dan baru saja melancarkan produk baru iaitu chocolate-car. Tidak lokek dengan ilmu, e-car menganjurkan cupcake class untuk mereka yang zero knowledge dan berminat dalam dunia cupcake. Selain mengusahakan perniagaan cupcake, cake & chocolate, e-car juga memiliki blog style-car yang menjual SHAWL dan juga TIE RACK Scarves yang di import khas dari TIE RACK LONDON, United Kingdom. Akhir sekali...e-car juga merupakan pengedar barangan HPA. Beliau, suami dan ayahnya antara pendokong kuat HPA di seluruh negara dan selalu mengikuti program yang telah di anjurkan oleh ayahnda e-car sendiri iaitu En. Abdullah Abdul Rahim.

Inilah pendapat peribadiku mengenai 3 fakta menarik e-car yang aku kenal (^_^).

Senarai sponsors untuk 3-Series Birthday Giveaway:




Hadiah untuk giveaway ni tersangatlah menarik. Silalah terjah blog e-car untuk maklumat lanjut (^_^)



He llo… Haaa– waiting for 5.30 PM??!! Yaaa – it's Friday baby Yahooo ooooooo - yahooooooooooooooo Enjoy it And have a w...

Hello…


Haaa– waiting for 5.30 PM??!!


Yaaa – it's Friday baby


Yahoooooooooo - yahooooooooooooooo


Enjoy it


And have a wonderful weekend


Have a great Day…(^_^)



How time flies, kejap jer dah 11 minggu. So far alhamdulillah, tak der mabuk². Macam 1st pregnancy dulu. Cuma kali ni awal² lagi dah kena he...

How time flies, kejap jer dah 11 minggu. So far alhamdulillah, tak der mabuk². Macam 1st pregnancy dulu. Cuma kali ni awal² lagi dah kena heartburn. Masa pregnantkan iman dulu masuk 3rd trimister baru kena. Memang tak bley tido di buatnya, tak selesa...tekak tu rasa mcm panas. Lauk aku cuma ikan goreng & sayur jer, klo cuit sambal sket pon dah terasa heartburn. Tak best betol klo tak dpt makan pedas nih, tapi nak buat mcm mana kan.

Jom kita tengok perkembangan janin untuk 11 minggu (^_^)

Your fetus now looks like a baby, with tiny but fully formed fingers and toes. As his body grows and becomes more developed and functional, he'll start twisting and turning like an acrobat, cushioned and protected by your amniotic fluid. You, on the other hand, are probably feeling less like a gymnast every day. Leg cramps, which can sometimes be a sign of calcium deficiency, and heartburn (caused by pregnancy hormones that relax the valve which separates the oesophagus from the stomach) may be annoying you during the day and keeping you up at night. Just remember, all this suffering is temporary — and it's all in a good cause — you're having a baby!


Dah 2 hari berturut². Aku call hubby tak dapat. Bunyi ada org angkat tapi senyap, tak der suara. Banyak kali macam tu, hangin di buatnya. B...


Dah 2 hari berturut². Aku call hubby tak dapat. Bunyi ada org angkat tapi senyap, tak der suara. Banyak kali macam tu, hangin di buatnya. Bila hubby return call kat office, dia kata pompuan cina angkat, padahal no office dah betul. 2 kali call pon macam tu gak. Mushkil...mushkil...

Pagi samalam call consultant, tgh² ckp line putus plak, call lagi. Skali orang indon yg angkat, aku tgk kat screen phone memang no HP tu betul, aku tak salah dail. Call consultant lagi sorang plak, org lain angkat gak...dia ckp salah nombor. Erkkkk...mcm mana bley salah plak nih, memang sah² nombor yg sama.

Yang lagi havoc adalah petang semalam. Dapat miss call dari hubby. AKu pon return lah call, uols tau siapa yg angkat call tu?.....berderau darah aku wei, bila pompuan yg jawab call dari HP hubby aku. Nama dia IKA....owh ika...Lagi buat aku sentap bila dgr suara lelaki tgh bercakap kat belakang tu, tak per...be cool walaupon hati dah mula curiga nih bila setan dah menghasut. Aku tanya lagi, "ika mana nih?", sbb adik ipar aku pon nama ika gak, sora pon lebih kurang sama. Tapi mustahil. Aku tanya lagi, "Abg Yin ada?"...dia mcm terkejut "haa". Hhmmm...sah² salah lagi lah ni. Tapi yg pasti, aku tak tekan nombor yg salah.

Trus aku call member offis hubby, dorang tgh minum. Lega bila dah dpt cakap. Aku cite pasal benda nih. DIa pon tak tau mcm mana bley jadi mcm nih, memang ada problem sbb 2-3 kali dapat call dari strangers.

Line MAXIS yang sengal atau pon telephone office nih yang dah tak betul, ntahlah. Tapi memang betul² buat aku tersentap tahap gaban, menyusahkan betul.


Giveaway dari Byzura Razali , sempena menyambut ulangtahun kelahiran Blog nya yang pertama (^_^). Antara hadiah-hadiahnya:- A: Power Ranger...

Giveaway dari Byzura Razali, sempena menyambut ulangtahun kelahiran Blog nya yang pertama (^_^).
Antara hadiah-hadiahnya:-

A: Power Rangers Solaris Knight Gear


B: High Speed Racing Track Starter Set


C: Girl's Favorites Fashion Beauty Set


D: Daintiness Foodstuff Piano

Just follow this 3 step :

1. Link my blog @ ur bloglist http://byzurarazali.blogspot.com
2. This one very important, dun forget to leave a comment in below format.

Choice: If u're the lucky reader, which toys that u want?? A,B,C or D???
Nickname :
Blog Url :

Example :
A/Byzura/http://byzurarazali.blogspot.com/

For more detail, bley lah layari blog Byzura Razali (^_^)


Tetiba plak rasa nak makan sardin masak kari. Sebelom ni tak der plak rasa nak makan. Biasalah kan, tekak ibu mengandung. Walaupon tak perna...

Tetiba plak rasa nak makan sardin masak kari. Sebelom ni tak der plak rasa nak makan. Biasalah kan, tekak ibu mengandung. Walaupon tak pernah buat sardin masak kari nih, tapi bila dah mengidam sangat, gigih tu cari resipi kat tenet. Sambil masak...sambil tengok resipi. Nampak sangat tak reti masak kari...ahaks...

Gambar ihsan dari google images

Pekat giler kari sardin nya. Macam mana tak pekat, habis sepeket serbuk kari aku pakai, sardin cap ayam brand cuma yg medium size jer. Kesudahannya...asyik ke toilet.


Contest yang di anjurkan oleh iz-AnN sempena menyambut ulangtahun kelahiran Putera tercinta Hadif Nasr Irfan (HNI) Cara² untuk menyertainy...

Contest yang di anjurkan oleh iz-AnN sempena menyambut ulangtahun kelahiran Putera tercinta Hadif Nasr Irfan (HNI)


Cara² untuk menyertainya :-

1. Sila uploadkan SEKEPING gambar aksi menarik si comel anda bersama floater. Si comel hendaklah berumur kurang dari 4 tahun semasa gambar itu di ambil.

2. Nyatakan nama anak anda dan umur beliau pada ketika itu

3. Sila tinggalkan link penyertaan anda di entry ini agar mudah untuk saya buat semakan.

Syarat² nya pon senang jer. Untuk lebih lanjut bleylah ke blog iz-AnN

******************************************************************************

Gambar iman bersama float di Tiara Beach Resort, PD (^_^)

Nama: Iman Hakimi Bin Husaini
Umur ketika gambar di ambil: 7 bulan

Semalam ada 4 Buffered Earnings, pagi ni bila bukak nuffnang ada Metered Earnings plak. Otai² blog, bley terangkan tak apa Metered Earnings...


Semalam ada 4 Buffered Earnings, pagi ni bila bukak nuffnang ada Metered Earnings plak. Otai² blog, bley terangkan tak apa Metered Earnings nih, tak berapa faham sangat lah.



Your highly response is really appreciated. Thank you (^_^)


Sejak iman diaperless, pernah sekali jer terbabas, itupon masa kat rumah atok. Kali ni terbabas lagi, tapi kat rumah plak. Kebetulan malam ...


Sejak iman diaperless, pernah sekali jer terbabas, itupon masa kat rumah atok. Kali ni terbabas lagi, tapi kat rumah plak. Kebetulan malam tu tak tido dalam bilik, tido kat luar bentang toto. Habis lencun. Aku tak sedar langsung. Iman yang kejut "Ibu...dah basah". Nak tak nak, terpaksalah bawak gi bilik air, hok..hek..hok..hek..si bujang tuh, ngantuk sangat sampai tak larat nak berdiri (^_^)

Tak per lah nak, ibu tak marah pon, dah terbabas...nak buat macam mana kan. Apalah yang iman mimpikan sampai terbabas.


Tadi masa baca blog noj pasal Buffered Earnings Nuffnang dia , teringat plak nak check aku nyer Buffered Earnings. Mana tahu kot dapat plak...


Tadi masa baca blog noj pasal Buffered Earnings Nuffnang dia, teringat plak nak check aku nyer Buffered Earnings. Mana tahu kot dapat plak, sbb sebelom ni tak pernah dapat langsung. Haaaa....amik ko, aku dapat 4 Buffered Earnings Nuffnang. Last week aku check tak der pon. Agak frust gak lah sebab blogger lain sibuk dok citer pasal buffered earning dorang. Finally ...aku dapat gak.

Tapi agak kurang bernasib baik, masa dpt buffered earnings tu, aku kurang post entry. Tu yg amount tak memuaskan sgt tu. Adoi...bila gila² buat posting, tak dapat plak buffered, bila kemalasan tahap maksimum datang, time tu plak buffered earnings masuk. Kan best klo nuffnang bagi notification email pasal buffered earnings, bley siap sedia (^_^). Apa² pon...alhamdulullah...masuk gak, daripada tak dapat langsung kan (^_^). Kena bersyukur ☺☺☺


Sempena cuti sekolah ni, jom kita serbu Putrajaya ramai². Banyak aktiviti² yang akan di adakan. For more detail, klik banner kat bawah nih (...

Sempena cuti sekolah ni, jom kita serbu Putrajaya ramai². Banyak aktiviti² yang akan di adakan. For more detail, klik banner kat bawah nih (^_^)


The Fiesta

Date: 18 - 21 March 2010

* Coincide with school holidays to capture the children and parents from all around Malaysia.

Venue: Putrajaya

* Precinct 2, adjacent to the Monument Alaf Baru.

Time:

* To stretch the event time from 7am to 9pm.

Number of Hot Air Balloons: 23

* Normal shaped : 18
o 13 hot air balloons for free flying
o 5 hot air balloons for public tethered rides

* Special shaped: 5

Theme: "1World, 1Malaysia, 1Fiesta"


JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimas...

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.

Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang.

Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.

Sumber : Berita Harian Online

******************************************************************************

Eeeuuwwww...macam mana lah lintah bley masuk dalam sluar erk, takut lah plak nak mandi sungai. Kena berhati² dan kena peka pada benda² asing lpas nih. Al-Fatihah utk arwah.


NUBE Petition Buat warga Malaysia, ibu²...bapak², bakal² ibu...bakal² bapa dan yang masih bujang, sempena 'Hari Wanita Antarabangsa 20...


Buat warga Malaysia, ibu²...bapak², bakal² ibu...bakal² bapa dan yang masih bujang, sempena 'Hari Wanita Antarabangsa 2010' marilah kita sama² menyokong dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60 hari kepada 90 hari.

Cuti bersalin di Malaysia antara yang terendah kalau nak di bandingkan dengan negara² Asia Tenggara. Antarnya:

· Singapura – 112 hari (16 minggu)
· Thailand – 90 hari (3 bulan)
· Kemboja – 90 hari
· Indonesia – 90 hari
· Malaysia – 60 hari

Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak. Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12 bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja. Ini hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO (Organasasi Buruh Antarabangsa)

60 hari cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita Malaysia. Kenapa? Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan setakat fizikal malah emosi serta juga mental.

Kempen ini juga bertujuan untuk menyokong penyusuan susu ibu secara ekslusif. Susu ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Cuti bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi mereka dengan lebih baik.

Jom tandatangan ramai². Senang jer, just kilk banner di atas, masukkan nama, IC, Email address and submit.

NUBE akan mengumpul tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada semua 221 Ahli Parlimen sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan tersebut.

Sekian...khidmat masyarakat dari saya (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...