Status Halal Sardin Ayam Brand

Friday, January 15, 2010


Adakah anda penggemar sardin? Atau masih meragui status kehalalan sardin ayam brand ni. Recently aku ada received email pasal sardin ayam brand ni tak halal, sebab ianya di proses dengan daging katak...eeuuwwww...Bagi mengetahui kesahihannya, sila baca kandungan email di bawah:

**********************************************************************************

From: HalalDepartment [mailto:halaldepartment@ayambrand.com.my]
Sent: Wednesday, January 06, 2010 11:25 AM
To: Hussin, Hasbullah Azmi
Subject: Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah HALAL

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan tidak HALAL seperti daging katak.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, mengikut regulasi undang-undang pemakanan di Malaysia dan Singapura, adalah wajib untuk menyatakan semua bahan-bahan yang terkandung dalam senarai pemakanan setiap label. Tidak terdapat bahan-bahan lain dalam semua produk Ayam Brand selain dari apa yang tertera di atas label produk tersebut.

Kami mengesahkan di sini bahawa bahan-bahan dalam Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah seperti yang tertera pada Senarai Pemakanannya iaitu ikan sardin, pes tomato, minyak kelapa sawit, gam xanthan ( sebagai kondisioner pemakanan ) dan garam. Tiada terdapat bahan-bahan lain yang tidak dinyatakan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan perbadanan-perbadanan HALAL mengikut negara-negara yang mengeluarkan produk tersebut. Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang kami di Malaysia , Taiping adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Nombor Sijil HALAL untuk produk Sardin Dalam Sos Tomato dan Mackerel Dalam Sos Tomato Ayam Brand adalah : 006835A . Manakala, nombor rujukan JAKIM adalah : JAKIM / (22.00 ) / 492 / 2 / 1 / 014-07/2005 (SJ1). Pihak tuan / puan boleh menghubungi pihak JAKIM untuk memeriksa kesahihan sijil-sijil tersebut di www.islam.gov.my ataupun menghubungi 03-88864000 / 03-83150200. Sila rujuk nama syarikat – A. Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd. Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah naugan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka.

Memandangkan keseriusan maklumat palsu ini, kami akan juga menghantar emel ini kepada alamat-alamat email yang terkandung dalam emel-emel yang kami terima. Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line )

**********************************************************************************

Masih ragu² ker? Segala persoalan sudah terjawab. Sekian....(^_^)


You Might Also Like

15 komen

  1. owh...
    sardin cap ayam...
    sedap.... ;)

    p/s:naseb baik halal..

    ReplyDelete
  2. ooo....
    nasib baik halal...
    mmg gemar makan sardin ni..

    ReplyDelete
  3. uih.. lega baca entry ni ;-)
    tiap kali shopping mesti angkut sardin 2-3 tin. buat bekalan di kala malasssss hehe

    ReplyDelete
  4. hehe baru2 ni i ada dapat email pasal isu katak dalam kandungan sardin cap ayam ni..
    tapi i malas nak caya sbb i rasa email tu dorang saja sebarkan sbb nak jatuhkan sardin cap ayam kegemaran ramai.. hehe...
    dah la i peminat sardin cap ayam, tensen o dapat email tu hehe...
    i setia ngan sardin cap ayam dulu kini dan selamanya..

    ReplyDelete
  5. mula2 aku baca pasal daging katak tu aku dah rasa lain..menakutkan pegguna islam.tapi aku mkn jugak smlm..buat kari lagi..yum yum

    ReplyDelete
  6. zaila pun mula2 baca, sampai sekarang takleh telan sardin..teringat tuuu tapi zaila tak 100% percaya sebab kadang2 fikir mesti ada pihak yang nak mengenakan jenama ni so just buat bodow jelah cuma dah stop makan sardin buat seketika, tak kisahlah jenama apa2 pon;-)

    ReplyDelete
  7. saya ada dgr pasal masalah ni beberapa bulan yg lepas.tapi bukan sardin ayam brand..sardin lain...tapi bila dah baca email u ni..lega rasanya..thanks for the info..

    ReplyDelete
  8. mcm euww skjp nmpk pkataan katak tu~
    nse baek halal~ da la suke mkn sardin isk.

    ReplyDelete
  9. my dad br aje blk kursus "HALAL TOYIBBA", mmg they discussed about this & mmg terbukti some manufacturer letak memacam benda nak bg rasa sedap & kuah dia pekat..antara benda tu is lendir siput babi...so better watch out la.

    ReplyDelete
  10. ZELLA: Btul3x...sedap (^_^)

    MIE: Halal...di jamin tanpa was² ☺☺

    ReplyDelete
  11. FIDA: Smalah kita, bila malas tahap gaban dtg.

    LL: I pon setia dgn sardin ayam brand ni, brand lain tak sedap sgt kan (^_^)

    ReplyDelete
  12. AS: Aku pon baru gak makan (^_^)

    HADA: Sedap tu kari sardin, mcm mana nak buat er, bagi resipi.

    ReplyDelete
  13. ZAILA: Tu lah zaila, sapa lah pereka citer ni. Sambunglah mkn sardin balik, sedap tau (^_^)

    JAMIAN: Sama² jamian. Sharing is caring (^_^)

    ReplyDelete
  14. SURAYA: Hehehe...halal, tak yah risau dah.

    IJA: Eeuuww...yer ker ija, brand apa tu? nak gak tau.

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive