Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Sejak pindah rumah baru ni tantrum Iman semakin menjadi². Betul² menguji tahap kesabaran aku sebagai seorang ibu. Aku sedar...mungkin sebab...

Sejak pindah rumah baru ni tantrum Iman semakin menjadi². Betul² menguji tahap kesabaran aku sebagai seorang ibu. Aku sedar...mungkin sebab new surroundings, Iman masih tak dapat nak sesuaikan diri lagi. Yerlah...dulu masa tinggal ngan mak sepupu² ramai, ada kawan nak main. Sejak pindah ni dia sorang² jer...boring mungkin. Sampaikan aku nak masak pon tak boleh, nak kena duduk ngan dia, tgk TV sesama.

Kekadang aku rasa tension...tak tahu nak buat macam mana lagi, especially every morning...nak gi nursery. Since aku hantar 6/10 sampailah pagi ni 23/10, setiap pagi nangis...tak nak gi nursery, modal dia....nak nenen...nak nenen. Mengamuk² soh aku baring ngan dia skali. Pagi smalam lagi havoc, start dari pukul 6.45 pagi dia bangun samapailah pukul 7.30 pagi menangis² + mengamuk. Aku gosok baju di tutupnya suis, di baringnya atas penggosok baju, campak botol, macam² lagilah. Ya Allah...aku dah hilang sabar, aku rotan tgn dia & peha dia, last² hubby aku kurung dalam bilik. Air mata aku tumpah....

"Wahai anakku Iman Hakimi, ketahuilah olehmu nak, ibu dan abah bukan sengaja nak buat iman macam tu, tapi sikap iman buat ibu & abah hilang sabar. Ibu ngan abah nak gi keja dengan hati yg tenang dan gembira untuk mencari rezeki untuk kita sekeluarga, tapi bila setiap pagi iman nangis...hati ibu dan abah jadi gundah gelana, iman tak suka gi school ker? Ada budak buli iman kat school ker atau iman tak happy kat school baru? Anakku Iman Hakimi...klo abahmu berkemampuan...dah lama ibu duduk rumah jaga iman, tak perlu ibu susah payah pergi kerja. Tapi rezeki kita masih belum mencukupi. Ibu perlu bekerja sama untuk membantu abah mencari rezeki. Satu hari nanti iman akan faham"

Aku masih gagal menahan sikap marah.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan dan perjalananku untuk mendidik anakku dengan sempurna. Jadikanlah anakku sebagai anak yang soleh, anak yang taat pada perintahmu & taat pada kedua ibu bapanya. Lembutkan lah hatinya.
Ya Allah...berilah hambamu ini kekuatan dan semangat yang tinggi untuk aku menempuhi segala cabaran dan dugaan darimu. Berilah aku kesabaran yang tiada terbatas"



Backdated N3, minggu ni baru berkesempatan nak berbloging. Alhamdulillah...urusan pindah rumah berjalan dengan lancar pada ahad lepas, bers...

Backdated N3, minggu ni baru berkesempatan nak berbloging. Alhamdulillah...urusan pindah rumah berjalan dengan lancar pada ahad lepas, bersamaan dengan 4/10/2009. Nampak barang macam tak banyak, tapi bila dah angkut masuk umah...bley tahan gak banyaknya. Ni pon tak habis kemas lagi. Penat giler bila pindah rumah ni erk. Nak kemas barang², nak kemas baju lagi, nak susun pinggan mangkuk dan macam² lagilah. Sedih jugak bila terpaksa berpisah ngan mak. Yerlah...sampai bila nak duduk dgn mak kan. Million happiness bila dah ada rumah dan bila dapat tinggal kat rumah sendiri. Aman damai jer :-).

Alhamdulillah...hari ni genap 27 bulan aku menyusukan iman. Bersyukur...sebab susuku masih ada dan Iman masih dapat menikmati khasiat susu i...

Alhamdulillah...hari ni genap 27 bulan aku menyusukan iman. Bersyukur...sebab susuku masih ada dan Iman masih dapat menikmati khasiat susu ibu. Walaupon aku dah tak mengepam, susuku tetap maintain :-).

Nampak gayanya macam susah nak cerai susu sebab lately iman kuat menyusu badan, sebelum ni tak der lah macam ni sangat, paling kurang pon dia minum FM 2-3 botol sehari, skang ni...especially on weekend langsung tak minum FM...hhmmmm.

Masing² sibuk citer pasal kisah raya, aku jugak yang ketinggalan. Biasalah...bila dah cuti lama ni, rasa malas...nak berblogging pon jadi s...


Masing² sibuk citer pasal kisah raya, aku jugak yang ketinggalan. Biasalah...bila dah cuti lama ni, rasa malas...nak berblogging pon jadi suam² jer. Kisah raya aku biasa² jer dari segi persiapan mahupun sambutan. Shopping pon ala kadar saja...ikut kemampuan :-)

Malam Raya

Biasalah...rutin harian pada malam raya...masak rendang, pasang langsir, rebus ketupat, isi kuih dalam balang dan yg sewaktu dengannya lah. Aku plak...hanya bley buat keja klo iman tido, klo tak...mengacau aja kerjanya, hubby ku plak gi bangi, sibuk uruskan umah yang tak settled lagi. Malam tu kami buat preparation untuk org masjid datang bertakbir raya di rumah. Walaupon aku duduk kat bandar, amalan bertakbir dari umah ker umah masih lagi di amalkan, tapi yang sedihnya, orang² lama (tua) boleh di bilang dengan jari...kebayakan yang datang hanya orang muda dan kanak² yang hanya nak mengumpul duit raya dan sekadar memeriahkan majlis, bukannya untuk menghayati apakah masud sebenarnya kita bertakbir di malam raya.

Habis suma, tibalah time untuk mengemas dapur plak. Biasalah...dapur mesti macam tongkang pecah bila malam raya kan. Hubby pon tolong kemas sama....cepatlah kerja mengemas tu habis :-). Penat sungguh...dalam pukul 2.00 am baru kami tido, dah tak larat nak buat keja dah.

Pagi Raya

Pagi² lagi dah bangun. Kakak aku dah siap masak kuah kacang ngan kuah lodeh. Masing² sibuk mandi utk gi masjid. Baju plak baru nak gosok pagi tu, agak kelam kabut sketlah. Nak prepare breakfast utk pagi raya, nak kejut & mandikan iman skali...adoiiii...susah betul nak pakaikan baru melayu kat iman sebab dia tak nak pakai baju. Selesai sembahyang, kami breakfast ramai². Menunya biasalah...juadah istimewa raya...rendang, lemang, nasi himpit, kuah lodeh & yg sewaktu dengannyalah. Bila dah kenyang perut, tibalah masa untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan dan seterusnya acara untuk berposing. Di mulakan dengan kelurga abangku yg no. 2, then keluarga kakaku di ikuti keluarga kecilku dan yg last sekali bergambar beramai-ramai. Riuh rendah jadinnya. Anakku Iman plak....huhuhu...susah betul nak posing, org sibuk nak amik gambo dia...dia plak sibuk nak amik camera. Gambo pon tak der lah byk pon.

Tibalah masa untuk beraya ke rumah jiran² plak. Dah macam rombongan cik kiah dah...yerlah, 3 keluarga beraya sekali. 5 buah rumah jiran kami serbu dalam 1 hari tu. Perghhhhh....makan tak hingat punya...kembung perut di buatnya. Yang budak² sukalah sebab dapat duit raya :-). Malam tu plak kami gi umah kakak iparku di Subang...penutup utk raya malam tu.

Yang frustnya...planning kami untuk balik beraya di Perak tak kesampaian. Habis suma rancangan terbatal...termasuklah jemputan dari sahabat di alam mayaku Amyatie a.k.a THU untuk calebrate 1st birthday Maira...maaf yer THU :-). Aku pon tak tahu apa alasan hubbyku napa tak balik Perok. Penat mungkin...sbb malam raya tu dia buat keja kat umah baru sampai tengah malam.

Raya ke 2

Kami ker Melaka...beraya umah kawan hubby. Bertolak dalam tgh hari...jalan sesak gak lah nak ke melaka. Kami lepak sampai malam...lepas makan baru kami gerak. Nak gi Seremban plak, umah Abg Long ku kat Paroi Jaya. Bermalam di sana. Malam tu jugak mak & keluarga kakak aku dtg seremban, meriah umah abg long ku malam tu.

Raya ke 3

Kaluarga kami balik Negeri 9 plak, tapi kami tak gi sebab hubby ku start kerja esoknya. Sebab klo dah gi raya umah sedara mara ni, amik masa yg lama, banyak umah nak gi plak tu, setahun skali kan. Memandangkan hubby tak larat, kami melencong ke Nilai...survey barang² rumah. Banyak gak kedai yang tak buka lagi, kedai makan pon tutup. Mood raya lagi kan. Tak lama pon kat sana, lagi pon cuaca panas sangat. Balik dari Nilai kami singgah rumah baru jap, untuk merehatkan badan :-), petang baru balik.

Raya ke 4

Hubby dah start keja...tinggal berdua jer ngan Iman, boring giler. Mak ngan kakak aku still kat Seremban. Sunyi sepi jer...lepas hubby gi kerja aku trus masuk dapur...masak, sementara Iman masih tido, klo tak...memang tak bley buat keja, nak masak pon susah sbb Iman mengacau.

Itu jer lah ceritera raya kami :-)...gambar raya pon nanti² lah upload, tak banyak pon.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...