Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Di kesempatan ini...saya & keluaga ingin mengucapkan 'Sela...

Tinggal beberapa hari saja lagi Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya. Di kesempatan ini...saya & keluaga ingin mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua Follower, Bloging, Forumer & YM friends. Ampun dan maaf di pinta jika ada salah dan silap, terkurang ajar atau terkasar bahasa.

Kepada mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman...pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan sempurna dan selamat sebelum memulakan perjalanan. berhati² di jalan raya. Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Ahhir kata....semoga Lebaran ini di sambut dengan Kegembiraan :-)


Yeay...dapat E-Card dari Kak Yong and Hada. Thank you so much. Rajin uols buat e-card ni yer. Zaman moden skang ni dah jarang orang pos kad ...

Yeay...dapat E-Card dari Kak Yong and Hada. Thank you so much. Rajin uols buat e-card ni yer. Zaman moden skang ni dah jarang orang pos kad raya dah, just SMS, MMS & e-card saja, maklumlah...zaman dah berubah...dunia dah maju, teknologi semua di hujung jari :-)


Persiapan raya kami untuk tahun ni adalah sangat sederhana. Kuih raya pon hanya beberapa jenis, kebanyakan nya kerepek² saja. Beli kuih bany...

Persiapan raya kami untuk tahun ni adalah sangat sederhana. Kuih raya pon hanya beberapa jenis, kebanyakan nya kerepek² saja. Beli kuih banyak² pon bukannya habis. Last year punya kuih pon aku baru buang. Baju raya Iman pon tak beli lagi. Peruntukan duit raya untuk anak² saudara & kawan² tak dapat di tunaikan untuk raya tahun ini...huhuhuhu...Buat kawan² ku, kalau aku datang raya umah uols & aku tak hulur duit raya kat anak² uols...silalah faham akan masalah kawan uols yang sorang ni yer (awal² lagi dah announce), sebab persiapan kami lebih kepada rumah baru. Banyak betul pakai duit.

Cuti raya plak...aku akan start bercuti pada hari jumaat ni...direct seminggu, sebab nursery tutup seminggu, terpaksalah aku cuti jugak. Kalau ikutkan, aku malas nak cuti lama², sebab bila dah cuti lama ni, malas pulak nak naik keja nanti.

Untuk tahun ni aku beraya ngan mak dulu...yeay...petang plak balik kampung hubby kat Kg. Gajah, perak. Buat kawan ku di alam maya ni yang mana orang perak, sudi² lah jemput ku datang umah uols, sebab dah alang² gi sana tu kan.

Hhhmmm...tu jer lah kisahnya. Nampaknya....seminggu lah aku bercuti dari berBLOGING, berFORUM & berYM.

Friday, 11 September 2009 @ Restoran Nelayan, Titiwangsa adalah hari yang paling bermakna buat aku. Buat pertama kalinya setelah hampir 13 t...

Friday, 11 September 2009 @ Restoran Nelayan, Titiwangsa adalah hari yang paling bermakna buat aku. Buat pertama kalinya setelah hampir 13 tahun lost contact....akhirnya aku dapat berkumpul ngan member² aku balik. Walaupon yang dapat datang hanya 12 orang saja, tapi suasana tetap meriah. Macam² ragam, aksi & cerita...biasalah...dah lama tak jumpa. Hahaha...yang paling best, aku dapat buka puasa tanpa gangguan sebab hubby & Iman tak ikut :-). Yang datang pon kebanyakannya solo.
Seronok sangat bila dapat jumpa balik kawan² sekolah. Rasa macam tak cukup masa, sekejap jer masa tu berlalu. Sampai Restoran Nelayan tu tutup pon kitorang masih tak balik lagi, sibuk berposing...tulang pipi aku pon dah naik sakit sebab banyak sangat gelak. Buat kawan² ku yg masih single, doaku semoga cepat dapat jodoh & buat kawanku yang lagi sorang tu, semoga satu hari nanti kau akan jadi wanita sejati...ahaks...mesti cun Wan :-). Hopefully lepas ni kita akan bergathering lagi.

Aku sampai rumah dengan selamatnya pukul 10.30 pm, Iman pon dah tido.

Salam suma...dah lama aku tak update blog. Kesibukan kerja mengatasi segala² nya...ahaks...Lawatan ke blog kawan² juga agak terbatas, maafl...

Salam suma...dah lama aku tak update blog. Kesibukan kerja mengatasi segala² nya...ahaks...Lawatan ke blog kawan² juga agak terbatas, maaflah klo dah lama aku tak tinggalkan jejak kat blog kalians, jangan merajuk erk. Blog kalians tetap aku jejak...cuma tak sempat nak tinggal komen. Dalam dunia blogging ni pon ada PHD gak kan. Aku simpati pada kawan² yang dah terkena, dugaan di bulan posa buat kalians...sabar jer lah erk. Buat sapa² yang ada PHD ni...henti² kan lah sikap tu. Semoga kita di jauhi dari dengki & fitnah.

Banyak cerita yang aku nak tulis sbenarnya, antaranya pasal rumah yang dah siap, banyak betul pakai duit...semput dah.....dan kisah anak bujangku yang kena Oral Ulcer, macam mana pengalaman aku jaga budak kena ulcer ni. Memang menguji kesabaran betul.

Hhhhmmmm...tu jer lah yang aku nak citer :-). Tunggu jer lah N3 ku yang akan datang erk.

1st time dengar lagu ni, hati ku sudah jatuh cinta :-). Lirik nya yang sangat puitis dan mendalam maknanya. Layaannnn "Afghan - PadaMu...

1st time dengar lagu ni, hati ku sudah jatuh cinta :-). Lirik nya yang sangat puitis dan mendalam maknanya. Layaannnn

"Afghan - PadaMu ku Bersujud"

Ku Menatap dalam Kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya namaMu, Ya Allah

Esok atau kah nanti...
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang slalu bertaubat

Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanmu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud


PadaMu ku Bersujud - Afghan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...