Baju Muslimah Kanak-kanak

AFB Feeds

Buat semua kawan² Bloggers, YM's & Forumers... "Selamat Menyambut Ramadhan, semoga segala amalan kita di terima Allah SWT dan ...

Buat semua kawan² Bloggers, YM's & Forumers...
"Selamat Menyambut Ramadhan, semoga segala amalan kita di terima Allah SWT dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati dan dirahmati...insya'allah"

"Ya ALLAH, sempena ramadhan ini, kau kasihi dan muliakanlah saudara² ku ini, bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkati rezekinya, kuatkan imannya, beri kenikmatan ibadahnya dan jauhkan dirinya dari fitnah dunia. Amin Ya Rabbul Alamin...."
'SELAMAT BERPUASA :)'

Anakku Iman buat hal, daripada malam smalam, menangis..merajuk, apa yang dia nak pon aku tak tahu. Yang abah dia pulak, geram sangat..dapatl...

Anakku Iman buat hal, daripada malam smalam, menangis..merajuk, apa yang dia nak pon aku tak tahu. Yang abah dia pulak, geram sangat..dapatlah 2-3 das kat peha, lagilah meraung, bukannya nak pujuk..sengal..bagi nenen diam trus. Mungkin sebab tak selesa agaknya, iman dah start selsema dan batuk, risau gak ni.

Merajuk iman berlarutan sampai pagi ni. Bangun tido jer nangis, bagi botol senyap...habis jer susu, nangis lagi, nak nenen pulak. Selalu tak macam tu. Aku bagi gak lah nenen dalam 5 minit. Sambil nenen tu bercakap 'ibu boleh bagi kejap jer, ibu dah lambat ni..nanti ibu balik keja iman nenen lagi yer'. Hhmmm...tak nak lepas pulak, terpaksalah aku tarik...apa lagi, meraung lah mamat kenit sorang ni. Bagi susu botol tak nak..lolipop..gula² pon tak jalan. Bersiaplah aku dalam keadaan hati yang tak tenang. Hubby pon dah tak bley nak buat apa dah, pujuk pon tak jalan.

Masa nak gi nursery iman still nangis lagi, sambil nangis sambil cakap 'nak nenen..nak nenen'. Allah...syahdu nya aku dengar. Naik jer motor senyap kejap, bila sampai jer nursery nangis balik, 'nak nenen..nak nenen'.

Terngiang-ngiang lagi tangisan iman yang nak nenen di pagi hari. Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 5.30pm. 'Ibu minta maaf yer sayang, tak dapat bagi iman nenen lama² pagi tadi, ibu dah lambat nak gi kerja'.


Hari ni aku dapat email dari HR, management has approved my request for transfer to other department. Actually before dapat surat lagi aku d...

Hari ni aku dapat email dari HR, management has approved my request for transfer to other department. Actually before dapat surat lagi aku dah start with my new department, seminggu sudah. Memandangkan project department aku akan di transfer ke JB, baik aku mentransferkan diri aku ke department yang lain. Sedih jugak sebab terpaksa 'bercerai' dengan bos yang sporting & gila² ni, masing² bawa haluan sendiri...ahaks...

Dalam dilema juga bila nak transfer ni, sebab department skarang ni based on Cyberjaya, tapi bila my new bos cakap akan ada di sediakan transport, lega sket & alhamdulillah...my designation pon up sikit :). Banyak benda yang aku kena belajar, agak mencabar juga sebab aku kena arange project/document control, tender, drawing & macam² lagi lah. Yang tak bestnya bila dapat colleague yang bossy...adoiiii...hopefully aku boleh bersabar dengan kerenah orang yang macam ni. Dah lah aku ni tak pandai nak melawan. Macam mana nak handle orang macam ni erk?

Dengan ini, aktiviti harian ku untuk berbloging dan buat lawatan ke blog kawan² sambil meninggalkan jejak agak terbatas..harap maklum.


Last Saturday...aku balik rumah PIL kat Gombak. Kalau balik rumah PIL ni parking agak susah sket, biasalah...Kuarters guru kan, parking mem...

Last Saturday...aku balik rumah PIL kat Gombak. Kalau balik rumah PIL ni parking agak susah sket, biasalah...Kuarters guru kan, parking memang untuk owner dan cukup² saja, terpaksalah parking dekat mana² kawasan yang kosong, nasib lah kalau dapat tempat yang redup sket kan. Nak di jadikan citer...malam tu, masa nak kluar gi GIANT Selayang, adalah satu note terselit kat wiper kereta. Amboi3x...panas rasa nya hati ni bila baca, siap highlight dengan capital letter lagi ayat yang last skali tu. Kalians sentap tak klo dapat note macam ni:
*
*
*
*
*
*
*
*
Ker aku yang sensitive? Kalau yer pon kami yang salah, tak boleh ker tulis dengan ayat yang elok² sket...dengan cara yang berhemah atau dengan tatabahasa yang baik? Macam ni ker cara ko tegur orang? First time dapat note macam ni selama 4 tahun parking kat kuarters tu. Macam mana kami tak pentingkan diri sendiri...nak masuk dalam sikit...takut owner bawah tu bising sbb parking betul² belakang umah dia, bila parking macam ni...dapat note kurang ajar pulak...habistu macam mana? Sikap manusia...unexpected.

Alhamdulillah...akhirnya sambutan Hari Susu Ibu semalam (09/08/09) bersempena dengan 'Hari Susuibu Sedunia' berakhir dengan jayanya...

Alhamdulillah...akhirnya sambutan Hari Susu Ibu semalam (09/08/09) bersempena dengan 'Hari Susuibu Sedunia' berakhir dengan jayanya. Sambutan kali ini di adakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. Tema pada kali ini adalah "PENYUSUAN SUSU IBU - TINDAK BALAS PENTING KETIKA BENCANA - SUDAHKAH ANDA BERSEDIA?". Walaupon ramai yang cancel pada saat akhir, acara tetap berjalan dengan lancar dan meriah. Aku tak amik gambar pon sebab anak bujangku tak boleh nak berenggang ngan ibu dia ni. Gambar yang ada ni pon ku cilok dari blog kengkawan :)

Anakku skang ni bukan main lagi...dah pandai menyayi...ahaks...kelakar jer bunyi nya, kejap² ooooo...aaaaa...yang hujung² jer dengar. Lagu ...


Anakku skang ni bukan main lagi...dah pandai menyayi...ahaks...kelakar jer bunyi nya, kejap² ooooo...aaaaa...yang hujung² jer dengar. Lagu yang dia hafal adalah lagu famous seantero dunia, apalagi...lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU', pastu lagu Barney yang I LOVE U, U LOVE ME. Kalau nasyid plak lagu DEMI MATAHARI (lagu favourite aku, memang best) dengan JAGALAH HATI dari Kumpulan Snada. Lagu Michael Jackson pon anakku layan tau, especially lagu HEAL THE WORLD dengan THEY DON'T REALLY CARE ABOUT US...siap head banging yang tak tahan tu.

Development Iman skang pon makin meningkat, tapi pelat still ada. Grammar pon dah bertambah. Lately iman suka meniru apa yang orang buat, pastu suka ajuk apa yang orang cakap.

Situasi 1

ibu: Abang...tolong lock pintu tu bang
Iman: Abang...tolong abang

Situasi 2

Abah: Iman...meh kat abah
Iman: jap abah...jap

Situasi 3

Abah: Iman...amik kain tu (kain lampin)...jatuh
Iman: Bukan amik ngan tangan hokey, dia gi kepit kain tu dgn ibu jari kaki sambil angkat kaki (dapat bayangkan tak? ala...kekadang klo kita malas nak amik ngan tgh kita kepit ngan kaki)

Hahahaha...hubby aku gelak jer, dia cakap mesti iman selalu perhati aku buat macam tu. Adoooiiii hai anak bujang ku ini. Lepas ni kalau nak buat apa² tak boleh depan dia. Cakap pon nak kena berlapik. Tahap cemburunya pon bley tahan, marah btul kalau abah dia peluk ibu dia ni, yang abahnya plak kuat mengusik...mengamuk² lah budak tu di kerjakanya. Semua budak macam tu ker? Kalau gegirl...cemburu ngan mak, kalau boboy...cemburu ngan bapak.

Hhmmm...macam² ragam anak² ni kan. Hilang segala stress, penat dan segala macam masalahlah...bila tengok keletah anak ni. Beruntung bagi SAHW...dapat melihat anak membesar depan mata 24/7, bagi yang bekerja ni, hanya tahu perkembangan anak dari pengasuh jer. Perkara baru...perkataan baru...semua yang baru lah...pengasuhlah orang pertama yang tahu, KITA? hanya yang ke dua.

Apalah yang angin tu yer, bukan kepala angin yer, tapi angin yang keluar kat bawah tu, atau dengan nama saintifiknya K.E.N.T.U.T...ahaks...t...

Apalah yang angin tu yer, bukan kepala angin yer, tapi angin yang keluar kat bawah tu, atau dengan nama saintifiknya K.E.N.T.U.T...ahaks...tak senunuh. Ni suma gara² penangan buah mata kucing dan cempedak lah ni. Habis angin satu badan, atas kluar...bawah pon kluar gak. Rasa berpusing² angin dalam perut ni...adoiii...

Huhuhuhu....meroyan aku semalaman semalam. Mana tak nya, internet down sehari suntuk. Satu buldings plak tu. Dah lah last week aku cuti 2 ha...

Huhuhuhu....meroyan aku semalaman semalam. Mana tak nya, internet down sehari suntuk. Satu buldings plak tu. Dah lah last week aku cuti 2 hari, ingatkan smalam bolehlah buat kunjungan ke blog kawan2, aktiviti biasa yang aku selalu buat pagi², tapi sebaliknya pulak. Bosan giler bila tenet down ni kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...