AFB Feeds

His new activity...ball, buat apa2 mesti nak ada ball, macam dah addicted plak. Kenapa aku cakap mac...

His new activity...ball, buat apa2 mesti nak ada ball, macam dah addicted plak. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, nak makan...ball, mandi...ball, nenen...ball, pergi mall...ball, tidur...ball, di mana ada Iman di situ ada ball :-).

Hangin ada kelakar pon ye gak. Yang hangin tu bila nak mandi pon mesti bawak ball skali, pastu main ball dalam toilet, bley tak mcm tu? Kalau pergi mall plak, aku dah tahu apa umpan nak kasi dia jalan, ball lah jawapannya. Di pegang nya lah ball tu ke hulu ke hilir, tak yah nak dukung2 lagi. Kalau time nenen + nak tidur pon macam tu gak, janganlah amik ball tu klo dia blom tidur lagi, ngamuklah jawabnya. Klo dah tidur baru bley amik. Kat rumah tu dah jadi macam padang bola dah, anak beranak berebut ball.

Anda nampakkan anak bujangku ittew naik apa? Haaa....ni lagi satu hal, kalau gi mall, harus kami somi istri elakkan dari lalu kat tempat mainan bagai ni. Kekadang tak sempat nak elak, terlepas gak lalu kat situ. Kalau Iman dah nampak.....ha....terpaksalah tunaikan hajat dia dulu, kalau tak...menangis tak hingat. Tapi bila dah dapat, asyik nak main lah plak, tak nak turun.




Last week aku call developer tanya pasal progrss rumah. As per our tele-conversation...target siap end of this month. Tunggu CF dalam 2 mont...

Last week aku call developer tanya pasal progrss rumah. As per our tele-conversation...target siap end of this month. Tunggu CF dalam 2 months. Insya'allah bulan August dah dapat kunci. Yeay.....klo betullah seperti yang di rancangkan, boleh lah aku raya kat rumah baru nanti :)

Bersawang ker? hehehehe....dah lama tak update blog. Mood nak update tak datang lagi. Hutang TAG pon banyakkkk. Dah macam kerja sekolah plak...

Bersawang ker? hehehehe....dah lama tak update blog. Mood nak update tak datang lagi. Hutang TAG pon banyakkkk. Dah macam kerja sekolah plak :). Bilalah nak buat ni.

Akhirnya...dapat jugak ku join Gathering & SGM. Kali ni berlangsung di Taman Putra Perdana, Putr...

Akhirnya...dapat jugak ku join Gathering & SGM. Kali ni berlangsung di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Ramai jugak yang hadir. Dapat juga ku bersua muka ngan member2 forum & blog. Acara di mulakan dengan SGM yang terdiri dari 3 kumpulan. Moderator untuk group kami ialah Pn. Rita Rahayu, comel dan lemah lembut jer orangnya dan ahli group plak terdiri daripada Hayatie, Hadira (kawan tha), Ajui75, Herni, Luvhaziq, Mirah, Akma, ecaR @ ibuEiymann, mama-maria, suzana, ita80, yg lagi sorang mommy ni ku lupa lah, maaf yer dan aku lah. Antara info yang aku dapat dari SGM ni as per below:

'Advantages of Breastfeeding - How Breastfeeding Affects Mothering'

1. More Confident
2. Easy - mudah
3. Bonding is better
4. Lebih Caring
5. Responsibility (Lebih alert & lebih concern)
6. Attachment
7. Lebih Knowledgable (Sifat ingin tahu)
8. Always want to improve and enhance
9. Increase Sharing
10.Better Organised (Time Management)

How do you feel when you BF?

1. Best
2. Speechless
3. Full of emotion (syahdu)
4. Kesyukuran (Sentiasa bersyukur sebab dapat memberikan yang terbaik)

When did BF become natural for you?

1. From the beginning
2. Must keep positive mind

What do you hope to gain?

1. Healthy baby
2. Genius
3. Happy mother

Seterusnya...sesi penggulungan dari 3 kumpulan. Selepas sesi SGM tamat, acara mengisi peyot plak, makanan suma sedap2. And last skali briefing on Cloth Diaper, Babywearing and Jualan langsung (faham2 lah barang apa kan)

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Hopefully boleh join next Gathering & SGM.

KUALA LUMPUR: Busy mum Nurul Izzah Anwar insists on breast-feeding her daughter Raja Nur Safiyah and...

KUALA LUMPUR: Busy mum Nurul Izzah Anwar insists on breast-feeding her daughter Raja Nur Safiyah and on days when the Parliament sits, the baby joins her there to be nursed.

Raja Nur Safiyah was only a few months old when Nurul Izzah, 29, won the Lembah Pantai parliamentary seat in the March 8 general election.

Fortunately for the new Member of Parliament (MP), she can breast-feed in privacy using her mother’s former room at the Parliament office tower.

A partition had been created for Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, then the Opposition Leader, to rest and pray.

When her father Datuk Seri Anwar Ibrahim took over from Dr Wan Azizah, Nurul Izzah continued to breast-feed behind the partition.

“I prefer to breast-feed my daughter until she turns two,” said Nurul Izzah.

Chief administrator of Parliament building Datuk Kamaruddin Baria, when asked about a nursing room, said the administration would have to create space if Nurul Izzah requested for it.

Now seven months into her second pregnancy, Nurul Izzah will probably be the first woman to deliver a baby as a serving MP - and she insists on breast-feeding her second child as well.

Asked how she would cope with a newborn, a toddler and her duties as an MP, Nurul Izzah, who is still busy organising functions and activities in her constituency said: “I have no answer for that. It is not an easy task for any other working mother for that matter.”

Nurul Izzah’s husband Raja Ahamad Shahrir is working overseas and only comes home during weekends.

She said motherhood has made her more sensitive to the plight of single mothers and the struggles of women.

“It is tough, tiring but challenging,” she said.





'Ibu..ibu...Engkaulah Ratu Hatiku, bila ku berduka...engkau hiburkan selalu' Kita semua adal...

'Ibu..ibu...Engkaulah Ratu Hatiku, bila ku berduka...engkau hiburkan selalu'
Kita semua adalah anak. Dilahirkan oleh ibu selepas berbulan mengandungkan kita dengan segala susah payah. Sesungguhnya kita sangat terhutang budi dengan bonda yang melahir dan membesarkan kita. Al Quran sendiri menjelaskan betapa tingginya penghormatan dan kebaikan yang wajib dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapanya. Allah berfirman:

“Dan telah kami perintahkan kepadamu, Janganlah sekali-kali menyembah selainku dan berbuat baiklah kamu kepada kedua orang tuamu. Sama ada kedua ibu bapamu atau salah seorang daripada mereka sudah lanjut usia, janganlah kamu mengatakan kepada mereka walaupun pun perkataan ‘uhh’, dan janganlah sekali-kali kamu meninggikan suara kepada mereka, dan bercakaplah dengan mereka dengan ucapan-ucapan yang mulia. Dan Hendaklah kamu sentiasa merendahkan diri di hadapan mereka dan berdoalah: Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-dua mereka sepertimana jerit perih mereka membesarkan kami sedari kecil” (al Isra’: 23-24)

Cinta Tak Berpenghujung

Sungguh jasa bonda tak dapat dibalas. Mengandungkan kita berbulan-bulan lamanya, bertarung antara hidup dan mati ketika melahirkan kita ke dunia. Masih ingatkah kita, bagaimana kesabaran ibu kita melayan karenah dan segala ragam kita sewaktu kecil, bersengkang mata hingga ke pagi ketika kita demam dan sakit, menyedia sarapan untuk kita sebelum ke sekolah… Banyak sungguh jasa ibu… banyak yang sudah kita terlupa… Masih ingatkah kita doa ibu di penghujung solat mendoakan kejayaan kita anak yang dikasihinya, tangis syukur yang tumpah dari kelopak mata ibu sewaktu kita menggenggam ijazah. Ibu kita mungkin buta huruf dan tidak bersekolah tetapi mata hatinya celik, ingin melihat masa depan anaknya cerah, secerah mata hatinya. KASIH IBU SANGAT LUAR BIASA; kasih tanpa syarat, cinta yang tak berpenghujung…

Highway ke Syurga

Rasulullah bersabda: “sangat rugilah, sangat rugilah, sangat rugilah, mereka yang masih memiliki ibu bapa atau salah seorang daripada mereka patah lagi yang sudah lanjut usia, sedangkan anak-anak tersebut dicampakkan ke dalam neraka” (riwayat Muslim).

Hadith ini menjelaskan mentaati dan menyantuni ibu bapa apatah lagi yang sudah tua adalah antara jalan yang mudah untuk menikmati syurga. Bahkan ganjaran lebih besar buat anak yang melayani ibu dan bapanya yang sudah tua sehinggakan Rasulullah menyebutkan betapa rugi dan malangnya seorang anak yang masih mempunyai ibu dan ayah sedangkan si anak tersebut tidak memperolehi syurga kerana mengabaikan kedua orang tuanya. Antara tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya termasuklah menyediakan makan dan minum serta kelengkapan hidup mereka sekiranya mereka tidak mampu, taat dan patuh kepada perintah mereka, sentiasa memohon maaf di atas segala kesalahan dan kealpaan dan sentiasa mendoakan keampunan untuk mereka dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Memang kita sibuk, kerja banyak, masa tak cukup dan bermacam-macam lagi alasan, namun sementara mereka masih hidup, janganlah bertangguh untuk mendapat ganjaran besar yang disediakan. Ingatlah, Allah Maha Adil, sekiranya kita menghormati dan mentaati kedua ibubapa, maka kita juga akan dihormati dan di taati oleh anak-anak kita kelak dan begitulah sebaliknya. Kejayaan dan keberkatan hidup banyak bergantung kepada restu ibu dan ayah…

"HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOMMIES"

Aku geram betul ngan anak bujang kenit sorang ni. Macam2 ragam. Tantrum terbaru plak skang ni nak b...

Aku geram betul ngan anak bujang kenit sorang ni. Macam2 ragam. Tantrum terbaru plak skang ni nak berdukung aje, kat umah pon macam tu gak. Kalau pergi mall lagi lah...tak nak jalan, berpaut kat kaki aku minta dukung, klo aku buat tak tau....haa...meniarap lah dia kat situ sambil nangis, hangin nya aku, allah jer lah yang tahu :). Nak merajuk pon ada dibuatnya (ngeee...aci tak? ngan anak pon nak merajuk). Ngan abah nya tak nak plak berdukung, ngan aku jer. Dah lah aku ni keding, tersenget2 badan aku. Macam mana nak buat erk? Aku dah memang geram tahap gaban ni, sampai aku ckp lpas ni tak nak bawak gi memana dah, nak jual suma kasut ngan selipar sebab malas nak jalan, nangis bila aku cakap mcm tu, tapi buat gak.
Kesian anakku smalan, lepas balik dari mall, aku buat tak tau jer, geram punya pasal. Slalunya aku gurau2 & layan iman cakap, tapi sebaliknya malam tadi, iman nangis pon aku tak pujuk, trus sumbat nenen. Ishhh...teruklah aku ni.

'HOME SWEET HOME' Memandangkan 'ke-excited-an' kami dah sampai tahap maksimum, smal...

'HOME SWEET HOME'

Memandangkan 'ke-excited-an' kami dah sampai tahap maksimum, smalam petang, after office hour aku & hubby merempit sampai ke Bangi nak tengok umah. Last aku gi masa bulan February aritu. Inilah hasil tangkapan untuk petang smalam.
Kualiti gambar tak berapa memuaskan sangat, sbb pakai camera phone sajork. Al-maklumlah...tak rancang nak pergi, klo terancang, haruslah aku bawa camera dan tangkap gambar banyak2. Ini pon dapat tangkap 2 keping jer, memori dah full :). Tapi tak bley masuk dalam lagi lah, sbb kat tangga tu masih ditutup, hubby dapat gak lah seludup masuk, ntah ikut celah mana pon aku tak tau, tak ajak aku plak tu :(. Menurut kata developer, dalam bulan July/August dah siap. Klo mcm tu boleh lah beraya kat umah baru :)

Hai lah rumah...cepatlah siap...dah tak sabar nak pindah ni :).

Blog aku ni ada problem ker? Buat masa ni dah 2 org sahabat alam mayaku inform yang dorang tak bley nak view, kosong jer. Apa masalahnya erk...

Blog aku ni ada problem ker? Buat masa ni dah 2 org sahabat alam mayaku inform yang dorang tak bley nak view, kosong jer. Apa masalahnya erk? Buat Nonnie and Nadnye, so sorry klo kowang tak dapat nak view blog ku. Aku fikir, klo dah tukar layout baru tak der problem dah, rupanya ada gak. Yang lain ada masalah tak?

Jenayah ragut semakin menjadi2 dan semakin ganas. Pagi ni dalam paper, 3 nyawa telah diragut oleh peragut yang tak berperikemanusiaan ni. Ya...

Jenayah ragut semakin menjadi2 dan semakin ganas. Pagi ni dalam paper, 3 nyawa telah diragut oleh peragut yang tak berperikemanusiaan ni. Yang 1st, koma 2 hari dan meninggal, yg 2nd, diragut ketika menunggang motosikal lalu terjatuh dan dirempuh plak oleh kereta dan yang 3rd, seorang ibu yang nak menyelamatkan anaknya dari diragut telah ditumbuk oleh peragut. Betapa kasihnya seorang ibu ittew yg sanggup bertarung hingga nyawanya menjadi korban. Dan yang menyedihkan, mangsa ragut yang 1st & 2nd sedang hamil. Kejamnya.

Aku sendiri pernah kena ragut. Masa tu baru 4 bulan lepas habis pantang, tahun 2007. Kat public phone, aku call mak sebab umah berkunci. Masa tgh call tu aku perasan ada soramg mamat ni berdiri sebelah aku, tak expect apa2 sbb aku ingat dia nak pakai phone. Ngam2 aku letak phone, tetiba ada orang sentap handbag aku, sepantas kilat. Yang aku perasan, member dia standby kat motor. Apa lagi...terlentang aku di buatnya, alhamdulillah...kepala aku tak terhentak kat batu. Adalah lebam2, luka & sakit belakang. Memang celaka btol peragut tu. Tapi aku bernasib baik, peragut tu ragut handbag kosong jer, duit ngan ATM card, aku dah kluarkan, sbb lepas kluar duit, aku trus bagi kat hubby soh pegangkan. Yang hilang cuma ING Card, IC ngan handbag Bonia yg kena ragut tu. Padan muka ko, tak dapat hape2 hasil pon. Buat report polis pastu dia bagi surat utk buat medical check-up. Pengalaman pahit aku, slalunya baca kes orang kena ragut, skali aku pon salah sorang mangsa ragut.
Untuk sahabat ku semua, tak kira dimana sahaja anda berada mahu pon di rumah....berhati2lah. Jenayah ragut tak kira mangsa.

Since balik dari cuti ni rasa malas jer nak buat keja. Hutang TAG banyak tak buat lagi ni. Nanti ku buat yer kengkawan bila mood rajin ku da...

Since balik dari cuti ni rasa malas jer nak buat keja. Hutang TAG banyak tak buat lagi ni. Nanti ku buat yer kengkawan bila mood rajin ku datang.....ngeee...bila tu? Keja umah pon malas nak buat, kain sebakul tak lipat lagi, nak basuh baju....adoi...malas sungguh, padahal mesin jer yang basuh cuma masukkan kain jer dalam tu, itu pon malas, nak tido jer rasa. Klo tidokan anak, ngan aku skali tido. Dah lah tu, kat office ni aku kena pindah tempat, kat the other side office, bosan sungguh, pindah2 ni lah yang aku paling menci, barang banyak plak tu, ngan fail yang bertimbun, drawer lagi....argh....malasnya. Kenapa malas sangat ni? Masa aku pregnant dulu, mcm ni lah malasnya, tapi aku tak pregnant pon. Cepatlah mood rajin ni datang.

Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti,...

Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti, ala2 Cuti2 Malaysia gak lah. Pergi Terengganu, umah kakak. Pergi naik bas, kami 3 beranak ngan mak aku skali. Ok gak lah naik bas, Iman pon tak banyak ragam. Perjalanan amik masa dalam 5 jam. Kami bertolak hari Khamis pagi & balik KL hari Sabtu pagi. Dah lama niat nak gi Ganu, since kakak aku pindah sana, tak pernah langsung gi umah dia, adalah dekat 5 tahun. Ada jer halangan nya. Teruk btul kan.

Apa yang menarik? ha....umah kakak aku dekat betul ngan pantai, kiranya belakang umah dia tu dah nampak pantai. Pantai apa? Rasanya pantai kijal kot, sebab umah kakak aku ni kat kijal. Pantai nya memang cantik, airnya hijau kebiruan, tak macam pantai kat PD tu. Klo nak gi Awana Kijal, 10 minit jer dari umah kakak ku. Aku tak sempat pon nak mandi manda, hubby jer yg mandi sebab klo kami mandi sapa nak pegang Iman? Anakku Iman takut nak mandi laut, bertuah nyer budak. Klo kat umah, bukan main suka lagi main air, berendam bagai, tapi bila nampak laut, nangis....takut. Hangin gak haku. Mungkin sebab laut tu luas sgt, tu yg dia takut tu. Best sungguh suasana kampung, tenang jer....dengan bunyi desiran ombak yang memukul pantai, dengan pokok kelapa yang meliuk lentik di tiup angin sepoi2, hahaha...skema sudah ayat dan macam2 lagilah.

Memandangkan kami pergi naik bas, tak dapatlah nak gi tempat2 menarik & shopping keropok. Cuma gi Mesra Mall sajork. Lagipon cuti tak panjang. Next time bley gi Ganu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shoplinks