Baju Muslimah Kanak-kanak

Kami 3 beranak demam. Bermula dengan anakku dulu. Petang jumaat, masa amik kat Nursery, pengasuh tu cakap Iman muntah & badan dia panas....

Kami 3 beranak demam. Bermula dengan anakku dulu. Petang jumaat, masa amik kat Nursery, pengasuh tu cakap Iman muntah & badan dia panas. Masa aku amik tu dah ok dah. Pagi Sabtu tetiba panas badan dia naik balik. Aku risau betul kalau anakku demam, tak tidor di buatnya. Bagi ubat demam yang bulan February nyer. Ok sket, kurang lah panas nya. Tetiba petang tu panas balik, gi klinik doktor trus bagi ubat ikut montot, panas nak dekat 40. Hari Ahad petang baru ok, kiranya dah kebah sikit lah. Doktor pun cakap musim demam skang ni.

Lepas anakku dah sihat kami suami istri plak demam, serentak plak tu. Aku memang jenis yang jarang demam, tapi skali klo dah demam, tak larat betul rasanya. Dapatlah MC 1 hari. Ini pon rasa tak berapa sihat sangat lagi ni. Tapi ku gagahkan jugak gi kerja.

Pagi ni badan Iman panas balik. Tension plak rasanya, berbalik2 plak demam ni. Dahlah anakku tu susah betul nak bagi dia makan ubat. Klo bagi ubat, dia akan katupkan mulut dia rapat2, klo dah masuk mulut, di luahkan nya balik ubat tu, macam mana nak cepat elok nak ooi. Naik gak temperature aku klo bagi iman makan ubat. Kesian anak ibu. Terpaksa gak hantar gi Nursery pagi ni.

Pap Smear Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemud...

Pap Smear

Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.

2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.

3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.

4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol.
Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi

* Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan

Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1.Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.

2.Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.







Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok

Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear

Aku tak pernah buat pap smear lagi. Anak pon nak masuk 2 thn dah. Patutnya dah lama kena buat ni. Sebenarnya....rasa takut pon ada nak buat. Sebab aku ni memang penakut :). Ish....bilalah nak buat ni.

Hehehe...macam serious jer tajuk nya. Tapi memang serious pon. Bukan krisis rumahtangga, tapi krisis kewangan ku yang semakin meruncing dari...

Hehehe...macam serious jer tajuk nya. Tapi memang serious pon. Bukan krisis rumahtangga, tapi krisis kewangan ku yang semakin meruncing dari hari ke hari. Sedih giler beb bila nengok baki duit dalam bank dah susutttttt......uuwaaaaa....bila duit nak bertambah balik ni :(. Bukan susut sikit, tapi susut banyakkkkkk. Inilah padahnya bila tak pandai nak merancang kewangan. Asyik nak membeli jer, melabur nya tidak. Adakah aku harus mendelete suma online shop yang ada dalam list Favorites? Atau menahan diri dari membeli TR scarf? Atau nak kena start ganti pose? Jimat sket duit makan. Owh....ada sesapa bley bagi pendapat macam mana nak menabung dengan betul?

Ada sumber2 hotfm bergerak kat opis aku mengatakan yang tahun ni tak der bonus, yang sumber2 lain ni plak kata ada, aku pon tak tahu sejauh mana kesahihannya, just wait and see. Uuwwaaa.....ku ingat klo ada bonus bley lah menambah duit dalam account bank ku ittew. Tak sanggup dah ku nak nengok lebihan duit yang tinggal. Salary Increment? Ada salary increment kah untuk tahun ni? Hopefully adalah, sikit pon tak per lah bos, janji naik.

Alhamdulillah....akhirnya kereta hubby iaitu En. Perdana telah selamat di jual pada bulan lepas bersamaan dengan 27 March 2009 setelah di ik...

Alhamdulillah....akhirnya kereta hubby iaitu En. Perdana telah selamat di jual pada bulan lepas bersamaan dengan 27 March 2009 setelah di iklankan didalam MUDAH.COM. Dengan ini, kami 3 beranak terpaksalah merempit buat sementara, sambil menunggu loan utk kereta baru lulus...ngeh...ngeh...ngeh...kereta apakah ittew? Doa2 kan lah loan kami tu lulus yer, amin....

Banyak kenangan kami ngan En. Perdana ni. Ada manis dan pahit. Yang manisnya...dengan En. Perdana ni lah dah merata kami pergi, meredah jalan yang kekadang sesak dan kekadang lengang, meredah semak-samun, lumpur dll. Tapi yang pahitnya, dengan En. Perdana nilah duit kami banyak di habiskan untuk kesihatan En. Perdana, sampai satu tahap yang tidak dapat di selamatkan hingga En. Perdana terpaksa di 'Towing' di sebabkan kesihatannya yang begitu tenat dan juga telah menaikkan temperature hubby sebab duitnya banyak habis, tempiasnya kena kat aku gak sebab terpaksa meminjamkan duit ku untuk membaik pulih kesihatan En. Perdana.

Setelah berfikir panjang dan meminta pendapat dengan orang yang lebih arif, feed backnya.....ramai suruh jual daripada duit habis pokai baiki kete sajork. Sebelum En. Perdana di jual, kami telah memastikan En. Perdana berada dalam keadaan yang sangat baik, tip top lah org kata, tayar pon baru tukar. Tak baik tau jual kereta yang tak sihat kat orang...buat inaya orang jer.

Aku tau, hubby berat nak lepaskan En. Perdana dia ni, sayang katanya (lebih syg kat keta dari istri:( ). Hubby ku demam seminggu lepas En. Perdana diserahkan kepada tuannya yang baru. Kebetulan nak demam kot, ker rindu dendam kat En. Perdana? Dah dekat sebulan gak kami merempit. Kesian kat anakku lah. Bila nak merempit kemana2 jer hujan turun, kan musim hujan tak menentu skang ni.


Hhhmmmm....luahan hati di petang hari. Sbenarnya benda ni dari last week lagi. Aku betul2 terasa dan kecik hati, sedih pn ada degan orang ni...

Hhhmmmm....luahan hati di petang hari. Sbenarnya benda ni dari last week lagi. Aku betul2 terasa dan kecik hati, sedih pn ada degan orang ni. Biasalah, masalah pasti akan timbul bila duduk bersama. Mungkin selama ni ada perasaan tak puas hati dari dia dengan kami (aku boleh agaklah). Atau pon aku yang sensitif? Last week, aku dengar dia meluahkan kitidakpuashatian dia tu (bebel sesorang), walaupon dia kat dapur sambil basuh benda dan aku kat luar, tapi aku still boleh dengar lagi apa yg di bebelkan ittew. Tak taulah sama ada dia sengaja cakap kuat2 atau pon dia tak perasan yang aku dengar apa yang dia cakap. Sungguh....aku tak sangka, dalam diam 'laser' gak mulut dia. Pagi tadi pon sama, ada yang dia tak puas hati. Aku dengar lah apa yang ko cakap.

Last week: 'hei...korang ni, dah makan tak reti nak basuh pinggan. Klo dah makan tu, pandai2 lah basuh.
(Aku tahu benda tu ditujukan kat aku sebab aku yg masak)

Pagi tadi: 'Eeeee.....dah tido tak reti nak susun balik' - sambil tendang kusyen letak kat krusi.
(Smalam kitorang baring2 kat ruang tamu, pakai 2 kusyen, tapi tak letak balik)

Hello....klo buat kerja tak ikhlas, tak payah lah buat. Macam lah aku ni pemalas sangat, tak pernah nak basuh pinggan dan tak pernah nak kemas rumah. Klo rasa umah tu bersepah...pejamkanlah mata tu, anggap lah umah tu bersih daripada ko buat tapi hati tak ikhlas buat apa. Kecik betul rasa hatiku. Selama ni aku tak kisah pon buat kerja umah. Kalau tak puas hati, aku bebel sorang2 jer. Tak der nak bebel2 depan korang. Tak der nak bersungut2. Sape lagi nak buat klo aku tak buat? Klo aku penat sangat2, esoknya aku buat, klo aku bertenaga sket, baru aku kemas. Hhhmmmm....rumah...rumah...cepatlah siap, aku dah tak sabo nak pindah. Aku pon dah tak der mood nak cakap ngan dia dah.

BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS (TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN) Our noses have left and right nostri...

BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS (TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN)

Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?
(Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?)

Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold" .
(Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone.
(Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh).

If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily.
(Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin).

Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily.
(Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga cepat sekali marah).

When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly.
(Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat).

You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults.
(Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa).

I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured.
(Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh).

One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me.
(Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi).

This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?.
(Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya?)

Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition.
(Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang).

Practice this way and it will help you...insya'allah.

N3 orang yang dalam kebosanan tahap gaban, layan jerlah :) Liny, Tuck dan Ming-Ming juga Wonderpets datang membantu Apa yang penting....kerj...

N3 orang yang dalam kebosanan tahap gaban, layan jerlah :)
Liny, Tuck dan Ming-Ming juga
Wonderpets datang membantu
Apa yang penting....kerjasama
Apa yang penting....kerjasama
Wonderpets, Wonderpets dah berjaya
Membantu kawan yang dalam kesusahan
Kami tak besar dan kani tak kuat
Bila bekerjasama
Semua jadi mudah
Yeay....Wonderpets
yeay.....woooo....wee.....
Hahahaha.....hafal tu. Kalau anakku, yg dia hafal 'yeay' tu jerlah, sambil angkat tangan. Kowang pon mesti suka nengok citer ni kan? Ngaku jerlah. Kitorang memang layan btul citer ni, set timing, cukup pukul 2.30 pm, mesti tukal TV9, siap nyanyi2 lagi, klo kat karaoke ada lagu ni, harus suamiku pilih ni...kwang...kwang...kwang...sbb sambil drive, mesti nak nyayi lagu ni, cuma dia tak makan daun saderi (btul ker eja ni?), klo tak...dah boleh join jadi wonderpets, hahahaha.....jangan marah yer yang.

Dapat TAG dari maryaaa The Rule: 1) A title of your hobby. 2) A brief story 3) Photos to support of course lah. 4) Tag others which you t...

Dapat TAG dari maryaaa

The Rule:

1) A title of your hobby.
2) A brief story
3) Photos to support of course lah.
4) Tag others which you think might have an interesting hobby to share. Could be juz one person. Enuff.

Tie Rack Scarf

Aku jatuh cinta pandang pertama ngan TR Scarf ni lepas aku Blog-Hopping and terjumpa satu forum yg discuss pasal TR. Mulalah surf internet...nak cari kat mana ada jual. Itulah kisahnya. Aku suka TR Scarf ni sebab design nya cantik, menarik, tertarik and 'da bomb'...hahahaha...Slalunya aku beli online. Butik TR ni yg aku tahu kat KLIA adalah, and takkan lah aku nak gi KLIA semata2 nak beli TR kan....so, the solution is...online lah kan. Ni antara koleksi TR ku:



























Ni yang latest, last week dapat.









Masa Gathering SI (Serious jer muka)

So what's ur hobby? Can i TAG you? Ngeh..ngeh..ngeh....calon2 nya....

1) Herni
2) Mimi (Umi Sufira)
3) Elysuhaili
4) syahadah79
5) nonnie
6) Kak Yong
7) ecaR (IbuEiymann)
8) Kak Ina
9) Nadnye

My new collection of TR Scarf. Santek kan. Ni lah padah nyer klo dah terjebak, mesti nak beli. Duit dah susut dalam bank pon nak rembat gak....

My new collection of TR Scarf. Santek kan. Ni lah padah nyer klo dah terjebak, mesti nak beli. Duit dah susut dalam bank pon nak rembat gak. Rasanya....last month pon aku ada beli...hhmmm. Lepas ni nak kumpul CD (Cloth Diaper) plak. Jimat duit pampers. Boleh guna duit tu utk online shopping ;)

Untuk panduan kita bersama. BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyaka...

Untuk panduan kita bersama.

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.”

Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;
  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallah hu ‘alam

Renung-renungkan dan selamat beramal....

Ni perihal si bujang kenit yg sorang tu lah. Hhhmmmm....klo kitorang gi jenjalan, tak kira lah mana2 pon, klo rasa diri tu penat ker atau ad...

Ni perihal si bujang kenit yg sorang tu lah. Hhhmmmm....klo kitorang gi jenjalan, tak kira lah mana2 pon, klo rasa diri tu penat ker atau ada benda yg dia nak tak dapat, haaaa...mulalah buat perangai, nak tau apa dia?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Anak sape lah ni erk? napelah makpak dia biarkan jer dia terbaring. Hahahah....anak aku lah tu. Inilah ragam nya. Sesuka hati jer dia nak baring, tak kiralah tengah jalan ker, tepi jalan ker, tengah2 orang ramai tu pon dia boleh terbaring klo hangin dia dah datang. Klo korang hangin tak? Aku pon tak boleh nak describe my feelings, hangin ada, malu ada and nak tergelak pon ada. Hhmmmm...iman...iman...


Hehehehe....sila jangan bosan yer, ari ni ku nak langsaikan hutang TAG ni ha, makin lama makin banyak plak. Yang ni dari Maryaa and Herni. ...

Hehehehe....sila jangan bosan yer, ari ni ku nak langsaikan hutang TAG ni ha, makin lama makin banyak plak. Yang ni dari Maryaa and Herni.

RULES
>Go to your photos folder in your computer.
>Go to the 6th folder of photos.
>Go to the 6th picture in that folder.
>Put the picture on your blog and a description of it.
>Invite six friends to join the challenge.
>Link them in your blog and let them know they have been challenged!

Ok, this is my 6th photo in my folder. Photo my lil' prince Iman Hakimi, masih dalam hari lagi ni.
Biasalahkan, baru start kerja after confinement, mestilah nak nengok gambo anak kan, nak upload bebanyak klo boleh, wallpaper kat pc pon nak letak gambo anak, excited. Si bujang ni pon dah beso dah, kiranya dah boleh tambah sorang lagi ni. Bila tu? hehehehe.....

Aku nak dera 6 orang ni pulak, silalah buat yer (klo dah buat, ignore sajork):
1. Elysuhaili (hehehe...sorry yer ely, asyik bagi keje jer)
2. Nadnye
3. Syahadah79
4. Kak Yong
5. Hayatie
6. Amyatie

Dapat TAG lagi, dari kembar tak seiras Amyatie & Hayatie. 1st, download your favourite photo using effects at http://www.photofunia.co...

Dapat TAG lagi, dari kembar tak seiras Amyatie & Hayatie.

1st, download your favourite photo using effects at
1. Do you think you are HOT?
Hhmmm....i'm cool

2. Why do you like this picture?
Sebab wajahku nampak lagi cumil selepas di touch-up

3. When was the last time you ate pizza?
Last Month, pizza kat belakang JJ Maluri

4. The last song you listen to?
Zikir 99 Asma'ul Husna by Ary Ginanjar Agustian & Haddad Alwi (Best sgt)

5. What are you doing right now besides this?
Update Calendar Meeting utk Bos

6. What name u prefer besides yours?
None

7. People to tag (Even TAG ni dari kembar THU & THA, ignore jer lah, ku terpaksa TAG kowang gak sbb peminats ku tak ramai mcm kowang)
1. Herni
2. Maryaa
3. Elysuhaili
4. Amyatie
5. Hayatie
8. Who is no.1?
Herni-nama anak sama, IMAN
9. No.3 is having relationship with?
Elysuhaili-Her husband and beloved son Sami
10. Say something about no.5?
Hayatie-Pengepam tegar & pandai menjahit
11. How about no.4?
Amyatie-Kembar tak seiras Hayatie
12. Who is no.2?
Maryaa-Online Businesswomen

13. Others
Nadnye-My new bloggers friend
Syahadah79-My new bloggers friend
Nonnie78-Member SI & bloggers friend
14. Pada sesapa yg blom buat tu, silalah yer. Klo dah buat, abaikan sahaja.

Dapat award lagi, kali ni dari Hayatie, tokei satay yang sedap bangat tu. 'I Love your Blog' Award, hehehehe...you love my blog ker...

Dapat award lagi, kali ni dari Hayatie, tokei satay yang sedap bangat tu. 'I Love your Blog' Award, hehehehe...you love my blog ker? ok...ku nak menyerahkan juga award ni pada Herni, Elysuhaili, Amyatie, Maryaa, Nadnye, Kak Yong , Kak Ina & sesapa sajalah. Mungkin ada yg dah dapat award ni, tapi sudi2 lah terima lagi, ikhlas dariku.

Salah satu petua dari orang yg terdahalu...jangan bagi anak makan pulut klo anak tu masih belum boleh bercakap, nanti gagap jadinya. Betul k...

Salah satu petua dari orang yg terdahalu...jangan bagi anak makan pulut klo anak tu masih belum boleh bercakap, nanti gagap jadinya. Betul ker? Mak aku pon ada cakap gak, tapi sejauh mana kesahihannya, aku pon tak tau. Tapi, anak aku dah pon merasa pulut tu, mak mertua aku bagi, siap aku tanya lagi boleh bagi ker ni...tak gagap ker? Risau gak aku. So...tunggu jerlah anakku tu gagap ker tak, hehehehe.....Bagi mencari apa punca gagap ni, aku pon carilah pak cik GOOGLE dan terjumpalah artikel pasa penyakit gagap ni. So...check it out:

Menyanyi kurangkan gagap kanak-kanak
Kelihatan ibunya dengan sabar mendengar sepatah demi sepatah perkataan yang keluar daripada mulut anak kecilnya. Habis sahaja budak tersebut bercakap barulah kedengaran ibunya bersuara. Rasa kasihan timbul melihat kanak-kanak tersebut seperti tercungap-cungap untuk menghabiskan satu ayat yang dituturkan. Kanak-kanak sebegitu diklasifikasikan menghadapi gangguan dalam kelancaran pertuturan atau gagap.

Pertuturan tersekat, sekali gus mengeluarkan perkataan, bunyi atau suku kata yang berulang-ulang, malah kadang kala berlaku sebutan terhenti dan ayat yang ingin disampaikan tidak dapat dibina.

Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Selangor, Dr. Yasmin Mohd. Yusof berkata, kanak-kanak yang gagap turut mengalami pergerakan luar kawalan pada muka seperti mata berkedip-kedip dan gerakan pada otot pipi atau leher. Menurutnya, pergerakan ini berlaku kerana kanak-kanak itu cuba mengeluarkan sesuatu ayat tetapi terlalu sukar. Dia akan mencuba dengan sepenuh tenaga bagi memaksa perkataan itu keluar sehingga berasa penat.

‘‘Justeru, mereka akan cuba mengelak keadaan-keadaan tertentu seperti memberi ucapan, bercakap melalui telefon serta persembahan di khalayak ramai.‘‘Lebih teruk lagi apabila diketawakan atau diejek, dibuli dan dicela kerana gangguan pertuturan tersebut.‘‘Ini memberi kesan psikologi seperti hilang keyakinan, sering mengasingkan diri dan enggan bergaul dengan kawan,’’ katanya.

Menurut Yasmin, ramai juga beranggapan bahawa orang yang gagap turut menghadapi masalah kekuatan IQ (Intelectual Quotient) terutama dalam pembelajaran.‘‘Itu tidak benar kerana gagap adalah masalah pertuturan dan tidak ada kaitan dengan kecerdasan otak.‘‘Bagaimanapun, gagap boleh menjejaskan kecemerlangan dalam pekerjaan atau pembelajaran. Ini kerana ia berkait rapat dengan ketidakbolehan berkomunikasi dan menyampaikan buah fikiran sehingga gagal menyakinkan orang lain,’’ katanya.

Jelasnya, tanda-tanda gagap biasa boleh dikesan pada masa kanak-kanak mula bercakap iaitu seawal usia setahun setengah hingga dua tahun.‘‘Pada waktu itu kanak-kanak baru belajar menyebut ayat yang pendek.‘‘Sekiranya kanak-kanak tersebut gagap ketika umur dua tahun dan menjadi normal menjelang usia lima tahun, ia dinamakan gagap sementara dan gagap itu akan hilang dengan sendiri.

‘‘Tetapi jika selepas berusia lima tahun masih juga gagap, kemungkinan ia akan kekal dan perlu menjalani terapi profesional,’’ ujarnya. Tambahnya, lebih daripada lima peratus kanak-kanak di bawah usia dua tahun mungkin ada masalah gagap. Sebenarnya, kata Yasmin, punca sebenar gangguan pertuturan sehingga menyebabkan seseorang itu gagap masih tidak diketahui.‘‘Pakar sains berpendapat antara faktor yang berkaitan ialah genetik. Sekiranya salah seorang ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak itu gagap maka anaknya akan gagap juga.

‘‘Ini terbukti dalam sebuah laporan kesihatan bahawa sebanyak 60 peratus daripada kanak-kanak gagap mempunyai ahli keluarga yang juga gagap,’’ katanya.

Genetik:

Selain faktor genetik, jelas pakar kanak-kanak ini, faktor pertuturan dan bahasa seperti gagal mencari perkataan yang betul, menghadapi masalah mengeluarkan bunyi untuk bertutur dan bercakap cepat boleh menyumbang kepada masalah ini. Begitu juga dengan persekitaran seperti di rumah, sekolah, kawan-kawan dan musuh. Sekiranya di rumah atau sekolah, kanak-kanak ini sentiasa dihalang daripada bercakap, masyarakat sekitar sering mengusik kerana kelemahan tersebut, maka bertambahlah masalah pertuturannya.

‘‘Personaliti seperti kerisauan, suka menyendiri atau sensitiviti kepada anggapan orang lain, tekanan masa dan masalah kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang itu gagap,’’ ujarnya.

Tambahnya, gagap berlaku empat kali lebih banyak pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.

‘‘Untuk membantu mereka, ibu bapa, keluarga atau orang terdekat perlu membantu sebelum dirujuk kepada terapi profesional.‘‘Ibu bapa perlu memberi peluang kepada kanak-kanak gagap ini untuk menghabiskan sesuatu ayat. Jangan ganggu apabila mereka cuba bercakap

‘‘Jangan betulkan percakapan mereka, begitu juga jangan sesekali menyuruh mereka mengulangi sebutan kerana ia akan bertambah salah.‘‘Ibu bapa perlu bercakap lembut dan perlahan tetapi jelas dan bagi masa kanak-kanak itu untuk menjawab semula,’’ katanya.

Menurut Yasmin, banyak berkomunikasi bersama anak yang gagap ini terutama ketika beriadah, makan dan waktu terluang supaya tahap pertuturan mereka meningkat.

‘‘Begitu juga perlu mengurangkan faktor tekanan di rumah yang boleh membuatkan kanak-kanak itu menjadi lebih gagap,’’ ujarnya.

Yasmin memberitahu, ada kajian yang menyatakan bahawa menyanyi boleh mengurangkan gagap kerana ia suatu terapi yang baik.

‘‘Walaupun gagap dapat dikurangkan tetapi ia mengambil masa. Ada juga yang kembali menjadi gagap selepas menjalani terapi.

‘‘Sehubungan itu, pakar terapi pertuturan akan meneliti punca gagap pada seseorang individu sebelum membuat terapi.‘‘Bahkan ada juga yang mengajar kanak-kanak menggunakan pernafasan untuk mengatasi gagap.

“Oleh itu setiap terapi mungkin menggunakan cara berbeza, bergantung kepada masalah kanak-kanak tersebut,’’ katanya.

Tip tangani gagap:

1. Relaks dan tidak terburu-buru untuk bertutur.
2. Bercakap secara perlahan.
3. Bercakap apa yang anda mahu cakap.
4. Jangan paksa mengeluarkan perkataan kerana ia akan membuat anda susah untuk bertutur.
5. Tidur dengan cukup.

Kesimpulannya...anak anda takkan gagap yer klo makan pulut.

Tips Menangani Anak 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas. 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan da...

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.

" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Tips lagi:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan takakan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapatanda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran andauntuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadinya. Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Hooorayyy...dapat Award lagi. Yang ni dari Kak Yong, Mom Of The Year Award. TQ so much Kak Yong, yg sudi bagi award ni padaku. So...aku nak ...

Hooorayyy...dapat Award lagi. Yang ni dari Kak Yong, Mom Of The Year Award. TQ so much Kak Yong, yg sudi bagi award ni padaku. So...aku nak bagi Award ni pulak pada sahabat kembar tak seiras ku Hayatie & Amyatie, Herni, Elysuhaili, Maryaa, Nadnye, Nonnie, Umi Sufira, Kak Ina & sesapa yg sudi baca blog ni lah.

Happy 21st Months to my lil' prince, Iman Hakimi. Besar dah anak bujangku ini. As at 21st Months ni anakku dah boleh kenal all his body...

Happy 21st Months to my lil' prince, Iman Hakimi. Besar dah anak bujangku ini. As at 21st Months ni anakku dah boleh kenal all his body part, understand instruction, kuat merajuk dan macam2 lagi lah. tapi....masih pelat lagi.

Vocab Iman's:

Abah - abah
Ibu - bu (kekadang dia panggil aku zot, nama timangan aku - sabo jerlah)
Cat - cat
Bird - bird
Cicak - cak (sambil buat bunyi cicak)
Opah - pah
Atuk - atuk
Lori - aoyi
Bas - bas
Motor - otor
Car - car
Aeroplane - plane
Helicopter - ter
Susu - thuthu
Basikal - ikal
Fish - ish
Shoe - cho
Mandi - ndi
Sakit - atet
Tepi sikit - ikit (sambil tolak soh ketepi)

Last night aku tanya si bujang kenit ni:

aku: iman nak adik tak?
anak aku: Geleng kepala sambil buat memek muka
Apa kes?

Hhmmm...dah lama tak 'berblogel'. Actually last week aku attend ESQ Training starting from 25 March 09 till 27 March 08, 8.00 am - 7...

Hhmmm...dah lama tak 'berblogel'. Actually last week aku attend ESQ Training starting from 25 March 09 till 27 March 08, 8.00 am - 7.00 pm at Holiday Villa, Subang Jaya. Apa yang aku boleh katakan about this training? This is the best training that i ever had. I will share my experience, tunggu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...