Baju Muslimah Kanak-kanak

Today is our 4th Anniversary, Alhamdulillah. How time flies kan (^_^) Love is not as simple as candlelight and roses... ...love is day-to-...


Today is our 4th Anniversary, Alhamdulillah. How time flies kan (^_^)

Love is not as simple
as candlelight and roses...
...love is day-to-day living,
taking time, making time to be there,
with open arms and a giving heart...
Love is the special life we share.

An anniversary is a time to celebrate the joys of today,
the memories of yesterday,
and the hopes of tomorrow

Happy 4th Anniversary to us (^_^)




Darinya kita datang kepadanya juga kita di kembalikan. My BIL just call, Aisya telah kembali pada penciptanya tadi. Semoga kakak ku tabah me...

Darinya kita datang kepadanya juga kita di kembalikan. My BIL just call, Aisya telah kembali pada penciptanya tadi. Semoga kakak ku tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah....



Semua orang alami perkara macam ni kan, especially lepas delivery. Makin menjadi² lupanya. Kenapa erk? Orang kata sebab urat dah banyak putu...

Semua orang alami perkara macam ni kan, especially lepas delivery. Makin menjadi² lupanya. Kenapa erk? Orang kata sebab urat dah banyak putus masa delivery. Tak tahu lah sejauh mana kesahihan nya. Penyakit lupa aku ni pon dah melampau² plak. Antaranya...tertinggal HP kat office, betul² atas meja, nasib tak hilang. Lupa nak pakai helmet, dah hantar iman kat nursery baru perasan helmet tak pakai, patutlah rasa ringan jer kepala ni. Lupa letak barang kat mana dan yang paling havoc adalah semalam..aku lupa gosok gigi...(ha, gelaklah tu), nasib tak bau...ahaks...sengal tak sengal pelupanya aku. Pagi ni hubby siap bagi berus & ubat gigi, takut aku lupa lagi. Isshhh...tak bley jadi macam ni. Jom kita selidik apa sebab penyakit lupa ni dan macam mana nak kuatkan daya ingatan.

Penyakit Lupa. Antara penyebabnya adalah:-

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yangseumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkankadar sejenis bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan:-

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan ertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: - 1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. 2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari. Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.


Aku ringkaskan cerita. Keadaan Aisya makin buruk. Bak kata Dr. aisya will getting worst day by day, bukkan makin baik. Sebab ketumbuhan tu ...


Aku ringkaskan cerita. Keadaan Aisya makin buruk. Bak kata Dr. aisya will getting worst day by day, bukkan makin baik. Sebab ketumbuhan tu terjadi pada saraf tunjang. Komplikasi lain pon dah mula menyerang sedikit demi sedikit antaranya jangkitan kuman pada paru². Ya Allah...sedih bila aku tengok keadaan Aisya.

Dr. pon dah diagnosis yang aisya mengidap Medulloblastoma.

"Most brain tumours are named after the type of cells from which they develop. Medulloblastomas are malignant tumours formed from poorly developed cells at a very early stage of their life. They develop in the cerebellum (see diagram below), in a part of the brain called the posterior fossa, but may spread to other parts of the brain.

Very rarely, medulloblastomas may spread to other parts of the body. If they do spread to other parts of the brain, or to the spinal cord, this is usually through the cerebrospinal fluid (CSF). CSF is the fluid that surrounds and protects the brain and the spinal cord.

Medulloblastomas are more common in children, particularly between the ages of three and eight. They make up about one in five (20%) of all childhood brain tumours. The tumour is more common in boys than girls. They can also occur in adults, but this is extremely rare"

Sedikit info dari Google. Sebelum ni aisya masih sedar, cuma pandangan matanya seolah² kosong. Masih boleh memberi tindak balas. Kadang² ada titisan air mata di pipi aisya...mungkin sakit, tapi tak boleh nak berkata² untuk menggambarkan kesakitan tu.

Bersambung...


Bukan untuk menagih simpati, cuma untuk berkongsi cerita. Aisya... anak saudaraku, baru berusia 5 tahun. Seorang budak yang keleteh..macam ...

Bukan untuk menagih simpati, cuma untuk berkongsi cerita.

Aisya... anak saudaraku, baru berusia 5 tahun. Seorang budak yang keleteh..macam bertih jagung bila bercakap, sebab tu di gelar mek gege (banyak cakap) ^_^. Masa balik raya baru² ni aisya sakit tengkuk, tak boleh nak menoleh ke kiri & ke kanan. Kakak aku citer dekat seminggu gak, mungkin salah bantal, siap gi urut, pastu gi klinik. Dr. cakap mungkin urat tegang. Walaupon sakit tengkuk, aisya tetap lincah. Seminggu beraya di KL, rupa²nya itulah kali terakhir aku akan dengar suara mek gege aisya.

Segala²nya berubah bulan lepas bila aku dapat SMS mengatakan yg aisya admitted due to ketumbuhan kat belakang kepala dan akan di operate. Kakak aku citer, lepas balik dari KL, aisya jadi pendiam/murung, tak bermaya & jalan tak seimbang. Pergi klinik...dr. soh gi spital. Buat scan...ada ketumbuhan. Nampak ketumbuhan tu macam dah lama. Dr interview...tanya sama ada aisya pernah jatuh, kakak aku cakap memang ada jatuh, tapi dah lama. Lepas jatuh tu aisya tak ada plak muntah atau mengadu sakit kepala. Benda dah nak jadi kan.

Peringatan untuk kita...kalau anak jatuh terhentak, tak perlu tunggu anak tu muntah baru nak bawa gi spital. Kalau rasa terhentak tu kuat sangat trus gi spital...buat scan. Pastu dr. cakap klo anak mengadu sakit kepala atau pening, sila ambil perhatian dengan aduan anak anda. Yerlah...klo buadak 3-4 thn cakap 'ibu...pening/sakit kepala' mesti replynya 'aikk...kecik² lagi dah pandai pening/sakit kepala'. Benda² yang berkaitan kepala ni kena amik serius sket. Tak kisahlah klo anak anda mengadu tu baru berumur 2thn ++.

Berbalik kepada cerita, 1st time aku melawat aisya kat spital, aisya ok lagi, baru lepas operate kluarkan air dari kepala. Masuk operation yang kedua...dr. keluarkan ketumbuhan kat belakang kepala. Botak sudah kepala aisya. Keadaan aisya masih ok + stabil. Lepas beberapa kali operation, keadaan makin teruk. Leher terpaksa di tebuk sebab aisya tak bley bernafas sendiri. Dari wad biasa, masuk ICU dan skang......aisya koma. Bergantung pada mesin pernafasan.

Bersambung....


Ahaks...apalah yang setahun sekali tu yer (^_^)... google pic Inilah dia...Prosperity Burger yang di tunggu²


Ahaks...apalah yang setahun sekali tu yer (^_^)...

google pic

Inilah dia...Prosperity Burger yang di tunggu²

Contest lagi...ahaks...lepas join Giveaway aritu, gatal plak tangan nak join contest. Kali ni contest untuk 2009 Cute Baby / Toddler In Sun ...

Contest lagi...ahaks...lepas join Giveaway aritu, gatal plak tangan nak join contest. Kali ni contest untuk 2009 Cute Baby / Toddler In Sun Shade Contest yang di anjurkan oleh nuroll @
http://mummyameer.blogspot.com/ . Gambar yang aku pertaruhkan adalah seperti di bawah ☺☺☺.

Name: Iman Hakimi Bin Husaini
Age: 28 Months
D.O.B: 1 July 2007

Jom beramai² kita join contest ni. Silalah terjah blog nuroll. Antara syarat² nya as per below:
**********************************************************************************
This contest is open to all baby or toddler age 1 day till 4 yrs old.

N will divide this contest into 2 category

Category A - Below 2 Yrs old.
Category B - Age 2 till 4 years old.

Only 1 photo and one baby / toddler for each contestants - DONE

Please mention the baby/ toddler name , age and bitrhdate together with your entry - DONE

Those who participate must be a mummyameeer follower and list mummyameer in your bloglist - DONE

Participant also must paste the contest badge and link it to the contest - DONE

Once your entry is done, please leave your comments in myshout box and N will leave a comment inside your entry - DONE

My mum Datin Habibah will choose the winner yer....

The price? Will announce once the finalist shortlisted. :)!!

This contest ends on the 23th November 2009

TQ everybody!


google pic. Pagi tadi kena saman ngan abg polis trafik, belok jer simpang traffic light abg polis dah angkat bendera soh ke tepi. Tahulah ...

google pic.

Pagi tadi kena saman ngan abg polis trafik, belok jer simpang traffic light abg polis dah angkat bendera soh ke tepi. Tahulah motor hubby aku nampak dah buruk, tapi kan...abg polis selalunya tahan kenderaan yang macam mana erk...kenderaan yang nampak pelik atau yang mendatangkan syak wasangka atau kenderaan yang dah buruk mcm motor hubby. Kalau memang yang dah sah² buat kesalahan trafik tu haruslah kena tahan kan. Ker dorang suka suki jer nak tahan? Tak pasal² aku sampai office lambat :(

Back to the story (^_^), abg polis tu pon mintak lah IC, lesen memandu & road tax. Hubby hanya bagi IC ngan lesen memandu saja, road tax tak der, alasan yang munasabah...tertinggal kat rumah. Ya ampun, selama ni kami gi kerja tanpa road tax. Makanya...dapatlah surat cinta dari abg polis sebab gagal menunjukkan road tax motokar. Tapi tak per, abg polis ckp bila nak bayar saman nanti tunjukkan road tax, automatik saman tu batal. Lepas dah gerak tu lagi best, hubby cakap apa tau 'abg pon tak tahu road tax motor kat mana'...hohohoho...haruslah malam kang selongkar apa yang patut. Kalau tak jumpa....pandai² abg lah buat apa yang patut (^_^)


Berhati²lah, orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja cara untuk merompak, termasuklah menghantar email scam, especially email scam d...


Berhati²lah, orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja cara untuk merompak, termasuklah menghantar email scam, especially email scam dari M2U. Dah beberapa kali gak aku dpt email mcm tu, tapi aku call maybank dulu untuk pengesahan, memang sah email palsu. One of my blogger friend Qis baru jer kena email scam ni, lesap RM1800...sabo yer qis. Bukan dari M2U jer aku pernah dapat, dari HSBC, AM Bank & RHB pon pernah, pada hal tak der account pon ngan bank² ni. Ni plak taktik terbaru dorang, hopefully uolss berhati².



'Kualiti gambar agak tidah memuaskan, silalah enlargekan yer '



Header blog sudah hilang, daripada last week lagi..huhuhuhu...aku ingat hilang sementara jer, tapi until this week nan ado header nya. Apala...

Header blog sudah hilang, daripada last week lagi..huhuhuhu...aku ingat hilang sementara jer, tapi until this week nan ado header nya. Apalah masalahnya ni. Nampak togel jer T_T.


Info yang sangat menarik untuk di kongsi bersama teman² dari Dr. Fadzilah Kamsah ☺☺ C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Ja...

Info yang sangat menarik untuk di kongsi bersama teman² dari Dr. Fadzilah Kamsah ☺☺

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung²kanlah dan selamat beramal…..


Kelmarin masa aku tengah basuh CD, aku perasan ada satu CD yang luar biasa daripada yang biasa...erk...CD Iman ker ni, rasanya macam bukan ...

Kelmarin masa aku tengah basuh CD, aku perasan ada satu CD yang luar biasa daripada yang biasa...erk...CD Iman ker ni, rasanya macam bukan CD Iman, aku kenal sangat² CD Iman sebab CD yang luar biasa tu dia nyer insert dah kelabu asap pastu kat pocket insert tu kebiru-biruan, macam basuh pakai nila ☺☺☺. Memang sah lah dah tertukar CD. Huhuhu...macam mana lah orang nursery ni bley careless. Tapi aku basuh gaklah walaupon CD luar biasa tu ada meninggalkan sisa² buangan.

Hopefully, owner CD luar biasa tu pulangkanlah balik CD Iman tu, dah lah stock CD agak limited (baru ada 10 ☺☺) lagipon aku dah pulangkan balik kat nursery dengan keadaan yang bersih ^_^.

Macam mana uols handle CD ke nursery? Ada buat tanda ker? Huhuhu...janganlah tertukar CD lagi lepas ni.

My 1st time join giveaway, tetiba plak rasa nak join sebab rules nya pon simple jer dan yang paling best ialah dapat free sample Modern Clo...

My 1st time join giveaway, tetiba plak rasa nak join sebab rules nya pon simple jer dan yang paling best ialah dapat free sample Modern Cloth Pad. Memang aku dah lama mengidamkan Cloth Pad ni, lebih² lagi bila baca review dari mereka² yang telah menggunakan CP ni sangatlah menarik...tertarik...da bomb ☺☺☺dan juga sebagai tanda sokongan untuk menghijaukan bumi. Anak dah ber "Cloth Diaper"...ibu pon nak ber "Cloth Pad" juga ^_^. Terima Kasih pada owner http://www.babysnowdrop.com/ kerana menganjurkan Giveaway ini. Kepada suma blogger yang nak join giveaway ini, silalah ke laman web babysnowdrop dan ikut step² yg di berikan. Sekian....

Step 1 - DONE

Copy and paste mana2 code below on your blog. Kire add banner Baby Snowdrop la.



Step 2 - DONE

Become Baby Snowdrop's follower.

Step 4 - DONE

Leave your name, email address and blog/website kat comment in this entry, no comment in entry will be disqualified ye, we dont accept msgs in chatbox. Nanti we will visit each blog and tgk whether qualified tak to get the free sample. (If nak Baby Snowdrop link balik your blog, pls inform k)

Finally, we will list name and blog yg qualified to get free sample, then uolls have to email to me your full name, address and phone number(ni utk nak pos)

NOTE : Anyone yg still publish banner Baby Snowdrop for at least a month, your blog akan qualified to next month lucky draw, we pick one winner randomly. Winner akan qualified to get one piece of Ring Sling from Baby Snowdrop. Lucky Draw ni akan berjalan selama 3 months berturut2 until bulan February.

Huhuhu...dalam di lema aku di buatnya. Tak tahu nak ajar macam mana lagi dah. Anak bertuah ni masih panggil aku jot...'jot, duduk jot.....


Huhuhu...dalam di lema aku di buatnya. Tak tahu nak ajar macam mana lagi dah. Anak bertuah ni masih panggil aku jot...'jot, duduk jot...jot, jom mandi'. Kekadang...'acik, nak nenen, acik, nak makan'. Ya Allah...nak oiii, bila lah kamu nak panggil 'IBU', ini I.B.U...bukan jot, bukan acik. Hangin aku...mana tak nya, klo kat playground tu terjerit²...jottttt...gi mall pon jotttt, pendek kata, di mana² saja pon jottt/acik jugak di panggilnya...suka suki kamu jer nak ooiii, malu wei orang dengar.

Yang lagi best...kekadang di panggilnya wan dia (mak aku ☺) MAK, abah dia plak di panggilnya AYIN (nick name hubby ☺), pengaruh persekitaran ^_^

Aku ingat bila dah pindah ni, anak bertuah ni akan panggil aku IBU sampai bila², sebab pengaruh luar dah tak der ☺☺, yerlah...masa dok ngan mak dulu sepupu sepapat ramai, acik sana...acik sini, jot sana...jot sini (nick name aku kat umah ☺), tu yang anak bertuah ni pon terikut ikut skali. Hhmmm...sangkaan ku meleset. Tak per lah nak, ibu akan tunggu kamu sebut 'I.B.U' secara rasminya dengan penuh sabarrrrr, no JOT...no ACIK ^_^


Annual Leave aku sudah habis rupanya, aku kena un-paid leave untuk 3 hari, inilah padahnya bila apply leave tapi lupa nak check balance lea...


Annual Leave aku sudah habis rupanya, aku kena un-paid leave untuk 3 hari, inilah padahnya bila apply leave tapi lupa nak check balance leave. Kesudahanya....aku kena buat memo, lecehnya. Dahlah aku tak boleh lagi apply cuti till end of December. Uuwwaaaaa...next month gaji aku kena tolak untuk 3 hari un-paid leave, rugi..rugi...

Bila dah jadi ibu yang bekerja ni, banyak benda yang unexpected...yerlah, bila anak demam tiba², takkan nak gi keja gak kan, sanggup ker hantar anak kat nursery lagi bila temperature anak dah cecah 38-40'c...Emergency Leave lah kesudahannya, klo demam anak tak kebah 2-3 hari, 2-3 hari gaklah si ibu ni EL ☺☺☺. Kalau anak admitted plak, dapatlah 3 hari Compassionate Leave, tapi kalau admitted sampai 4 hari? terpaksalah tolak Annual Leave 1 hari. Begitulah seterusnya. Inilah lumrah ibu bekerja, AL..EL..MC..☺☺☺


Received email from my colleague. Mungkin ramai yg dah tahu pasal pad berulat ni. Apa perasaan uolls bila tengok gambo ni? meremang bulu ten...

Received email from my colleague. Mungkin ramai yg dah tahu pasal pad berulat ni. Apa perasaan uolls bila tengok gambo ni? meremang bulu tengkuk aku bila nengok ulat tu...geli wei. Ulat kayu kah itu...atau ulat kapas? Ini ada sedikit info.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?
Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.

Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.

Ni yang tak sabar nak bertukar kepada Cloth Pad ASAP.


Genap sudah sebulan kami duduk sendiri @ rumah baru, sekejap jer masa berlalu. Yang bestnya...bill air masih lagi free, sebab tak sampai 20 ...

Genap sudah sebulan kami duduk sendiri @ rumah baru, sekejap jer masa berlalu. Yang bestnya...bill air masih lagi free, sebab tak sampai 20 meter padu lagi. Rutin harian pon banyak berubah.

Pagi: Setiap pagi haruslah bangun pukul 6.00 am. Selesaikan urusan utama dulu, gosok baju, prepare baju & CD iman & prepare breakfast, itupon kalau sempatlah ☺☺. Pukul 7.30 am gerak gi office.

Petang: Balik kerja trus masuk dapur, prepare untuk minum petang. Pastu prepare untuk dinner plak.

Malam: Layan iman jap...main lukis², ajar ABC 123 & colour². Clearkan pinggan mangkuk, basuh baju...mesin yg basuh ☺☺☺, basuh CD iman, sidai baju & lipat baju. Kalau malas nak lipat weekend jer lah aku buat, pejam mata jerlah tengok kain baju bertimbun atas katil tu ^_^.

Weekend: Setiap minggu...kekadang 2 minggu skali berulang ker Pandan, Gombak & Bangi. Kalau tak gi memana, aku masak, kemas rumah & mop lantai dengan pembantu kecik aku tu lah ☺☺☺. Petang plak bawak iman gi playground.

Banyakkan kerja ^_^.


Untuk renungan dan panduan kita bersama, info yang sangat menarik untuk di kongsi ☺☺ Tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 10 August 2009 A...

Untuk renungan dan panduan kita bersama, info yang sangat menarik untuk di kongsi ☺☺


Tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi 10 August 2009

Ah, cinta itu boleh tumbuh, subur dan berbuah. Cinta juga boleh lumpuh, terkubur dan musnah. Ramai pasangan yang berkahwin, tetapi tidak sampai setahun, cintanya patah. Ada juga yang berkahwin, berpura-pura bahagia. Akhirnya kecundang, berpisah di usia senja. Namun lebih ramai yang terus berkahwin, namun rumah tangganya bagai pusara… tidak ada cinta, jauh sekali bahagia.

Jika terdetik sahaja di dalam hati, “Aku tidak berpisah dengannya (pasangan kita) hanya kerana anak-anak…” itu petanda bahaya. Selalu kita diingatkan “hadiah” termahal untuk anak-anak ialah mencintai ayah atau ibunya (isteri atau suami kita). Jadi, jangan sekali-kali kematian cinta. Bina dan binalah lagi walaupun bagaimana perit dan deritanya.

Satu kebaikan perlu dimulakan berkali-kali. Jangan terperangkap dalam ilusi kesempurnaan. Jadi, binalah cinta berkali-kali. Walaupun sukar sungguh mencari ”kerana-kerana”nya lagi, tapi jangan putus asa. Cari dan binalah kerana yang baru. Jangan jemu. Berilah dan teruslah memberi. Insya-Allah, akan terpinggir juga akhirnya rasa benci, jemu dan letih oleh karenah, kekurangan atau “keburukan” pasangan kita.

Ingat selalu, terlalu banyak “sebab” untuk menyintai, berbanding sebab untuk membenci!

Jangan cepat berubah hati. Bila “kerana-kerana” yang lain sudah hilang dan terasa tiada sebab untuknya mencintai lagi, ketahuilah itulah permulaan CINTA sejati. Itulah cinta tanpa syarat yang terlalu mahal harganya. Kata hukama, “di kala manusia hilang segala-galanya, maka ketika itulah dia menemui siapa dirinya yang sebenar.”

Cintailah pasangan kita kerana Allah. Ikhlaslah dalam bercinta. Inilah yang akan mengekalkan rasa cinta selepas perkahwinan. Jangan terikat dengan cinta yang murah – yakni cinta berbentuk “maddiah” (fizikal dan material). Jangan diteladani syaitan yang terlalu materailistik, yang merasakan dirinya yang tercipta daripada api lebih baik dari Adam yang tercipta dari tanah. Syaitan terlalu material. Sebaliknya, mulianya Adam kerana ilmu dan ketaatannya kepada Allah. Cinta kita jangan berpusatkan materail dan fizikal!

Saya pernah terdengar kata yang pesimis, perkahwinan itu adalah pusara cinta. Semakin bertambah usia perkahwinan, kata mereka, semakin tipis rasa cinta. Tidak ada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dirasakan sebelum bernikah dahulu. Segala-galanya menjadi semakin suram dan bungkam… seakan-akan pusara.

Hakikatnya, dakwaan di atas adalah satu bentuk tipuan syaitan untuk menghindarkan manusia daripada perkahwinan. Agar dengan itu, kebanyakan manusia tertipu untuk beranggapan bahawa kemanisan cinta hanya dapat dinikmati dalam lembah dosa pergaulan bebas dan perzinaan.

Namun kita lebih tertarik dengan kata yang optimis – perkahwinan itu adalah kebun cinta. Semakin lama berkahwin, semakin menebal dan mendalam rasa cinta. Akan ada kemanisan, keharmonian dan ketenangan sepanjang kembara mengharungi kehidupan berumah tangga.

Dalam alam rumah tangga, pasti ada kesusahannya tetapi ada juga kesenangannya. Ada kepahitan, namun kemanisan yang seiringannya juga lebih banyak. Susah-susah pun dijanjikan pahala. Inilah janji Islam, yang menegaskan ada “syurga” di dunia. Di mana lagi? Kalau bukan di dalam rumah tangga kita – Baiti Jannati!

Apa yang harus dilakukan untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun cinta bukan pusara? Salah satu caranya ialah dengan menjaga perasaan, sama ada perasaan kita sendiri dan perasan pasangan kita. Cinta itu berkait rapat dengan perasaan. Sering disebut “perasaan” cinta bukan “fikiran” cinta. Maka menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta.

Perasaan adalah bayangan fikiran. Jika fikiran kita positif, perasaan kita akan gembira. Sebaliknya, apabila perasaan kita sedih, marah atau kecewa, fikiran kita juga negatif. Justeru, dengan menjaga perasaan, bererti kita juga menjaga fikiran kita. Perasaan dan fikiran itu saling berkaitan. Perasaan itu umpama nyala api manakala fikiran itu adalah unggunnya.

Dalam sebuah rumah tangga, perasaan suami isteri mesti selalu gembira dan fikiran mesti sentiasa positif. Mengapa ini penting? Jawabnya, fikiran yang positif akan melahirkan tindakan, tingkah laku dan respons yang positif juga. Rumah tangga adalah wadah berlakunya pelbagai keadaan, insiden dan kejadian. Yang pahit dan manis akan datang bersilih ganti. Rumah tangga akan sentiasa teruji.

Bagaimana suami dan isteri bertindak (memberi respons) terhadap rangsangan-rangsangan ini? Ini semua bergantung pada fikiran dan perasaan mereka ketika berdepan dengan rangsangan-rangsangan itu. Satu perkara atau situasi yang sama tetapi dihadapi oleh dua orang yang berbeza akan memberi impak yang berbeza bergantung pada fikiran mereka.

Bila dicaci misalnya, bagi mereka yang berfikiran negatif akan menganggap itu satu penghinaan. Sebaliknya, bagi yang berfikiran positif menganggap itu sebagai cabaran untuk bertindak dengan lebih baik. Kesannya, yang berfikiran negatif bertindak secara destruktif (meruntuh) – menghina balik, berdendam atau susah hati. Manakala yang berfikiran positif akan bertindak konstruktif (membina) – sabar, muhasabah diri dan melupakan. Tindakan-tindakan yang konstruktif akan menyuburkan cinta. Manakala tindakan destruktif akan “menguburkan” cinta.

Jika cinta itu umpama sebuah kebun… maka adalah lebih mudah untuk memiliki sebuah kebun berbanding menjaga kebun itu agar sentiasa subur dan tidak dimusnahkan oleh haiwan perosak. Justeru, amat penting pasangan suami isteri menjaga perasaan masing-masing.

Jagalah perasaan sendiri agar ceria selalu. Insya-Allah keceriaan itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita. Orang yang gembira selalunya dapat menggembirakan orang lain. Hindarilah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa. Tetapi jika kekadang rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama-lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.

Inilah rahsia kesuburan “kebun cinta’. Bila kebun cinta kedua suami-isteri telah subur, insya-Allah seluruh isi rumah (anak-anak, pembantu rumah dan siapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan mereka) akan turut merasa teduh oleh rimbun daun-daunnya dan akan dapat pula merasakan keenakan buah-buahnya. Orang yang penuh dengan rasa cinta umpama bunga yang harum. Ia sentiasa menyebarkan “keharumannya”.

Apakah yang harus dilakukan agar perasaan selalu ceria atau gembira? Mungkin untuk merasa gembira lebih mudah jika memang ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan. Kalau ada suatu insiden atau kejadian yang melucukan… kita tertawa, gembira. Jika ada orang memberikan hadiah, kita gembira.

Namun bagaimana jika semua itu tidak ada? Maksudnya, tidak ada seseorang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Pendek kata, sumber kegembiraan langsung tidak ada. Bagaimana? Jawabnya, jadilah sumber kegembiraan itu sendiri! Maksudnya, jadikanlah diri kita sebab untuk orang lain gembira.

Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan dia. Siapakah dia itu?

Siapa lagi kalau bukan pasangan kita. Sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya-Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula. Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga berkata“what goes around, comes around.”

Ya, hulurkanlah “bunga mawar” kepada pasangan kita, setiap hari, setiap masa. Insya-Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu. Bunga mawar itu simbolik kepada kebaikan. Maksud menghulurkan bunga mawar itu ialah buatlah kebaikan kepada pasangan kita – tidak kira sama ada kecil atau besar. Kebaikan itu umpama baja kepada kebun cinta kita.

Teringat apa yang dikatakan oleh A’id Al Qarni dalam bukunya “La Tahzan”, “orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!” Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang akan menikmati kebaikan itu sebelum orang yang ditujukan akan kebaikan itu merasa gembira. Bukankah sering dipesankan, dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya? Suami yang menggembirakan isterinya akan gembira dan begitulah sebaliknya.

Saya ulangi, langkah paling utama menjaga kesuburan kebun cinta berusahalah selalu menggembirakan pasangan kita. Berbagai-bagai cara, aktiviti, perkara dan usaha boleh dilakukan untuk itu. Jangan kebuntuan jalan. Jangan ketandusan idea. Percayalah, bila hati sudah “mahu” kreativiti dan inovasi akan timbul dengan sendirinya. Jadilah “tukang kebun” cinta yang rajin dan setia.

Kata bijak pandai, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. Orang yang sudah mempunyai tujuan, umpama air yang sedang mengalir, tidak payah ditunjukkan ke arah mana hendak mengalir. Air itu tahu dengan sendirinya! Begitulah juga suami atau isteri, jika mereka memang tukang kebun cinta yang setia, tidak payah diajar untuk mengairi, membajai dan menjaga kebun cintanya.

Kaedah pertama untuk menjaga perasaan ialah dengan memberi senyuman. Berilah senyuman kepada isteri atau suami kita. Senyuman itu ada dua jenis. Pertama, kerana gembira. Kedua, kerana ingin menggembirakan. Kalau senyum kerana gembira, itu biasa-biasa sahaja. Siapa pun akan tersenyum jika ada sesuatu yang lucu atau menyenangkan. Senyuman jenis ini, kurang nilainya.

Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Sungguh pun ada kalanya dalam hati sendiri bergelojak dengan masalah, badan sendiri sedang sakit, diri sedang letih, tetapi demi pasangan di depan mata kita senyumlah jua. Bukan kerana gembira tetapi ingin menggembirakan.

Wah, itu payah. Namun kerana Allah, demi cintakan isteri atau untuk mentaati suami, kita tersenyum juga… Inilah jenis senyuman yang dikaitkan dengan iman, yang disamakan dengan satu sedekah. Rugikah kita dengan senyuman itu? Tidak. Insya-Allah, niat kita untuk menggembirakan pasangan kita akan dibalas oleh Allah dengan kegembiraan yang setara atau yang lebih lagi.

Kedua, berilah salam. Jangan anggap salam itu hanya diberikan ketika hendak memasuki rumah atau ketika hendak bertemu dan berpisah sahaja. Pada hal salam boleh dihulurkan sebaik ingin tidur atau bangun dari tidur. Hulurkan salam dan senyuman waktu pertama kali bertentang mata selepas bangun dari tidur atau sebelum menutup mata untuk tidur. Atau jika bersua semula setelah sudah agak lama berada di tingkat atas (jika rumah dua tingkat) atau di bilik yang lain.

Ketiga, berjabat tangan. Budayakan isteri berjabat dan mencium tangan suami ketika mula bertemu atau hendak berpisah. Begitu juga para suami, jangan sekali-kali kedekut untuk menghulurkan tangan buat bersalaman. Jika terasa bersalah, cepatlah meminta maaf dengan menghulurkan salam. Bila dihulurkan tangan, jangan pula ego untuk tidak menyambutnya. Maafkanlah pasangan kita, bukan dengan hanya dengan kata-kata, tetapi juga dengan perbuatan yakni dengan cara berjabat salam.

Kesimpulannya, ingatlah tiga perkara yang akan menyuburkan kebun cinta kita – mengucapkan salam, memberi senyuman dan sering berjabat tangan. Salam itu umpama “baja”, senyuman itu umpama “air” dan berjabat tangan itu umpama cahaya di kebun cinta kita.

Insya-Allah, jika kebun cinta kita selalu diairi, dibajai dan diberikan cahaya, maka perasaan kita akan selalu gembira, fikiran kita akan positif dan tindakan-tindakan kita akan sentiasa membuahkan kebaikan. Dan itulah antara resipi “baiti jannati”.

Sekiranya, cintamu hampir menjadi pusara… tafakurlah sejenak di atasnya. Cari kembali dirimu dan dirinya. Bermulalah langkah “menghidupkan” semula cinta itu daripada dirimu sendiri. Dalam pencarian itu hendaklah selalu diingat… carilah di tempat dimana kita kehilangannya. Justeru, kita akan hanya menemuinya semula di tempat yang kita kehilangannya!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...