Finally...misi nak meng'Cloth Diapering'kan Iman berjaya. Masuk hari ke 5 iman berCD hari ni. Memandangkan stock CD ku baru ada 9 ke...

Finally...misi nak meng'Cloth Diapering'kan Iman berjaya. Masuk hari ke 5 iman berCD hari ni. Memandangkan stock CD ku baru ada 9 keping, aku terpaksa membasuh hari². Penat gak wei. Nampaknya aku perlu menambah sekurang² nya 11 keping CD lagi. At least ada back-up kalau penyakit 'M' ku datang :). Masih banyak selok belok pasal CD ni yang aku belom explore lagi. Bagi aku, rumit juga kalau nak berCD ni. No wonder lah ramai yang prefer DD dari CD. Antara komen yang aku dapat:

- Mahal
- Leceh..nak kena basuh

Ini semua pendapat masing². Yer...aku akui CD memang mahal, tapi for long term investment, apa salahnya melabur sikit kan, untuk permulaan jer. Harga DD pon makin menjadi-jadi mahalnya. Last week aku gi Tesco..harga Diapers RM39.90..*gulp*. Oklah..berbalik kepada our CD journey, berbeza sungguh kalau berCD kat rumah ngan berCD di Nursery, sebab:

Weekend (rumah)

on weekend Iman hanya pakai 4 CD dalam sehari, 3CD with 1 insert untuk siang and 1CD with 2 inserts untuk malam, so far alhamdulillah, tak pernah bocor. Kalau iman po-po atau shi-shi aku terus basuh and sidai, sebab stock CD ku terhad kan.

Weekday (Nursery)

Untuk 1st time, aku bekalkan 4CD + 1 insert, tak cukup, sebab anak aku dipakaikan pampers masa amik ari tu. Aku tak tahu sama ada dorang pakaikan dengan cara yang betul atau tak. Masuk 2nd times, aku bekalkan 5CD + 1 insert, pon sama gak, semua habis. Mungkin sebab banyak main + banyak minum, tu yang cepat basah kot. 3rd times aku bekalkan 4CD + 2 inserts, resaultny...ada balance 1CD.

Agak mencabar juga bila berCD ni yer, especially kalau stock terhad macam aku ni :). Hari² nak kena basuh. Yang tak tahan tu bila bawa balik dari nursery, perghhh....bau dia, tak bley tahan. Kalau basuh plak, bau macam lambat nak hilang & bila po-po pon yang stain tu masih bley nampak, macam mana erk? Ker aku yang silap teknik? Hhhmmm...banyak nak kena belajar ni. Tapi tak per...demi untuk penjimatan dan go green...aku sanggup :)

Setelah hampir 2 minggu aku berpindah randah tempat, akhirnya CPU ku dah di ganti. Tapi kan...habis aku nya document², dah tak dapat di sela...

Setelah hampir 2 minggu aku berpindah randah tempat, akhirnya CPU ku dah di ganti. Tapi kan...habis aku nya document², dah tak dapat di selamatkan...hilang sumanya...gone with da wind...claim bos, segala macam foam, gambar² and aku nya PMS (aku kena fill-in balik...malasnya, nasib baik ada hard copy...huhuhu...dah lah nak kena submit utk mid year nya PMS...adoiiii), mana yang ada dalam back-up server file selamatlah, uuwwaaaa....aku nak kena download balik software² yang dah hilang macam photoscape *wink*. Yang paling sadis...gambar² dalam PC ni, ada yang selamat dan ada yang tak, nasib baik aku tak delete lagi gambar² yang ada dalam camera, klo tak...menangis hokey...

Nampaknya aku kena buat back-up gak...beringat sebelom pisang berbuah banyak kali.

Anda suka menjerit dengan anak anda? Tipulah kalau anda kata anda tak pernah menjerit kalau anak anda buat salah. Saya juga salah seorang ib...

Anda suka menjerit dengan anak anda? Tipulah kalau anda kata anda tak pernah menjerit kalau anak anda buat salah. Saya juga salah seorang ibu yang kuat menjerit bila anak buat salah, tapi jeritan saya jenis yang agak sopan sikit, bukan jeritan yang macam ala ala singa mengaum tu yer...ahaks...Di sini ada tips yang amat berguna untuk ibu bapa & bakal ibu bapa bagaimana cara untuk menangkis tabiat menjerit ni yer. Info ni saya dapat dari http://www.mypositiveparenting.org/

Ya, anak anda kadang-kala menyusahkan, tetapi menjerit pada mereka boleh menyebabkan kemarahan, menghancurkan harga diri dan menjadikan mereka ‘si penjerit’ juga. Disini diterangkan bagaimana anda boleh mengikis tabiat ini.

Anda pening kepala dan anak anda berlari ke sana sini, menjerit sekuat hati. Anda menyuruh mereka supaya senyap sebanyak dua kali; mereka masih tidak menghiraukan anda. Jadi, anda menjerit pada mereka untuk, “Duduk dan senyaplah!!!”

Jika anda pernah menjerit pada anak anda, sudah pasti anda tahu sekarang ia tidak berguna lagi. Menjerit tidak akan memperbaiki keadaan; ia hanyalah suara yang kuat. Anak anda mungkin sudah kebal dengan jeritan anda – semakin kuat anda menjerit, mereka semakin tidak menghiraukan anda. Anda hilang suara, tekanan darah anda semakin meningkat dan rumah anda pasti menjadi tempat yang tidak aman lagi.

KEBURUKAN MENJERIT

Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam.

BAGAIMANA CARA BERHENTI MENJERIT

• Apakah pencetus kemarahan anda?

Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda? Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda dengan lebih baik.

• Berlalu dari situasi

Berehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku yang boleh diterima dan tidak diterima.

• Bercakap dengan tenang

Kembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia boleh membetulkan keadaan.

Ini adalah fakta: anak anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima. Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit kepada anda pula. Jadi, kikis tabiat ini sekarang. Tetapi juga bukan semua jeritan itu tidak baik - jika berlaku kecemasan, respon yang terbaik adalah dengan menjerit!

Uuuuwwaaaa....kalau tak der transport org cakap patah kaki, tapi kalau tak der PC? Aci tak kalau patah jari? Aku nya PC kat opis ni tak bley...

Uuuuwwaaaa....kalau tak der transport org cakap patah kaki, tapi kalau tak der PC? Aci tak kalau patah jari? Aku nya PC kat opis ni tak bley beroperasi gara2 CPU problem, dah masuk hari kedua sudah. Aku dah macam cacing kepanasan...tak tau nak buat apa, nak buat kerja lain, semua dah settled. Ni pon aku pinjam kakak tea lady nyer PC sementara dia buat air atau nak gi solat...haa...jangan tak tahu, tea lady kat opis aku ni pon ada PC tau :-)

Dengan ini aktiviti harian saya iaitu lawatan sambil meninggalkan jejak ker blog kawan2 adalah sangat terhad, harap maklum.

Tada Inilah kereta baru Iman, Maclaren Triumph. Akhirnya dapat juga :-). Masa memula tak nak naik, menangis2...tapi aku buat tak tahu jer, p...

Tada
Inilah kereta baru Iman, Maclaren Triumph. Akhirnya dapat juga :-). Masa memula tak nak naik, menangis2...tapi aku buat tak tahu jer, paksa kan jugak, lelama senyap. Yerlah...kalau datang hangin dia tak nak jalan, haaa...tak larat wei aku nak dukung. Bila ada Maclaren ni senang sket, ringan & smooth jer, tak susah nak tolak. Kalau nak turun escalator pon confident jer. Paham2 lah klo nak tunggu lif, dah lah lama, dengan orang yang macam tin sardin dalam tu. Lagi best, tak bulky.

Lately...aku asyik mimpi pasal baby jer. Aku mimpi aku pregnant, delivery and tengah BF baby. Baby Girl plak tu :-). Macam real jer. Ada mak...

Lately...aku asyik mimpi pasal baby jer. Aku mimpi aku pregnant, delivery and tengah BF baby. Baby Girl plak tu :-). Macam real jer. Ada makna kah? Atau sebab aku terlalu memikirkan for da 2nd one, sampai terbawa-bawa dalam mimpi? Orang tua2 kata, klo baby asyik hisap ibu jari kaki, maknanya nak dapat adik. Pastu klo baby tu suka buat aksi 'nonggeng' macam ni

dia nak dapat kawan, orang tua2 kata lagi lah. Iman ada gak buat macam tu dulu, tapi sampai hari ni aku masih belum conceive lagi. Banyak sungguh andaian orang dulu2 kan dan andaian tu suma tak menjadi buatku. Tak betul lah maknanya kan. Last month aku berborak ngan MIL, dia cakap klo nak bagi Iman adik, tunggu umur dia 4-5 tahun. Owh...tak mungkin, aku tak bley nak fikir macam tu, sebab umur aku dah banyak.

Dari segi mental dak fizikal, aku dah bersedia for the 2nd one. Cuma mungkin belum rezeki ku lagi untuk conceive.

Hari ini usiaku bertambah setahun lagi. Alhamdulillah...aku masih lagi bernafas. Doaku...semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki, s...


Hari ini usiaku bertambah setahun lagi. Alhamdulillah...aku masih lagi bernafas. Doaku...semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki, semoga hidup kami sekeluarga di berkati, di lindungi olehNYA dan di beri kebahagiaan dunia dan akhirat...Amin

Ini kisah sabtu lepas, masa nak bayar tol. Ini statement hubby ku yer, bukan sesuka hati ku jer nak kata dia hilang ingatan :-). Kisahnya......

Ini kisah sabtu lepas, masa nak bayar tol. Ini statement hubby ku yer, bukan sesuka hati ku jer nak kata dia hilang ingatan :-). Kisahnya...aku nak jumpa amyatie sebab nak amik barang and janji nak jumpa kat Sunway Piramid. Masa sampai kat tol Pantai ni lah hubby ku kehilangan ingatan nya sekejap. Cuba kalians bayangkan, orang bayar tol dekat lane yang sepatutnya, tapi hubby ku bley plak melencongkan stereng keretanya ke laluan motosikal....dapat bayangkan tak? Kalau aku tak menjerit, aku rasa hubby dah langgar concrete divider kat tepi. Aku tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran hubby ku ittew. Kami bernasib baik sebab:

- Laluan motosikal tu besar sikit (sikit jer erk), sebab kereta pon bley masuk.

- Tak ada motor kat belakang, kalau tak...sah2 kena hentam.

- Sempat break, sebab ingatan dah pulih lepas dengar jeritan si isteri.

- Kereta tak calar cuma terlanggar cone kat concrete divider tu sket.

- Tak perlu keluar duit untuk baiki kereta.

- Kami masih di bawah lindunganNYA :-)

Tak dapat ku bayangkan kalau aku pon sama 'hilang ingatan sekejap' masa tu. Alhamdulillah...syukur. Hubby pon tak tahu macam mana dia bley termasuk kat laluan motosikal tu. Mungkin sebab dah biasa lalu naik motor....sampai bawa kereta pon ingat bawa motor gak...ahakss...Inilah gunanya co-pilot, bertindak dengan cekap dan pantas. Malu?....malu gak ah, driver lori tu siap senyum simpul lagi, yang driver kancil plak siap turunkan cermin and thumb up sambil senyum kat hubby whether hubbyku ok ker tak. Once in a lifetime buat hubbyku....

'Khayalan menjelma, ketika fikiran, melayang menjauh'....berangan yer Yang :-)





Bila dah masuk 2 tahun ni development and vocab Iman pon makin bertambah, tapi still pelat lagi. Antaranya: - Dah boleh count 1-10 (BM &...

Bila dah masuk 2 tahun ni development and vocab Iman pon makin bertambah, tapi still pelat lagi. Antaranya:

- Dah boleh count 1-10 (BM & BI)
- A to E...kena improve lagi
- Alif to ta...ni pon kena improve lagi
- Nak mandi sendiri (with supervision), hehehe...comel jer bila dia cedok air jirus kat kepala.
- Dah boleh pakai baju dan seluar sendiri, klo aku nak pakaikan tak bagi.
- Pandai cakap kalau nak po-po (Dah boleh potty train kah klo mcm ni?)
- Boleh baca doa makan, tapi dengar hujung2 jer, yang paling jelas AMIN.

Inilah sebahagiannya, over plak kalau aku citer lebih2. Yang sadisnya...iman masih panggil aku acik, kekadang jot, susah betol nak dengar dia panggil IBU...huhuhu.


Hari ni genap 2 tahun aku BF Iman. Walaupon tak berjaya nak fully BF, sebab terpaksa top-up dengan FM, tapi aku tetap bersyukur Iman masih d...

Hari ni genap 2 tahun aku BF Iman. Walaupon tak berjaya nak fully BF, sebab terpaksa top-up dengan FM, tapi aku tetap bersyukur Iman masih dapat menikmati khasiat susu ibu hingga hari ini. Biarlah Iman berhenti BF sendiri. Aku tak nak paksa.

Buat mommies2 and mom to be, semoga berjaya BF sehingga 2 tahun.

Allah selamatkan kamu Allah selamatkan kamu Allah selamatkan IMAN HAKIMI Allah selamatkan kamu 2 tahun lalu, pada tarikh 1 July 2007, tepat...

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan IMAN HAKIMI
Allah selamatkan kamu

2 tahun lalu, pada tarikh 1 July 2007, tepat pada pukul 10.53 malam Ahad, dengan berat 3.3 kg, ibu selamat melahirkan Iman Hakimi. Seorang anak yang sempurna dan cukup sifat...alhamdulillah. Tiada kata yang dapat ibu ungkapkan bila mendengar tagisan pertama Iman selain gembira dan bersyukur dengan anugerah allah yang tidak terhingga ini. Hari ini Iman genap 2 tahun, begitu cepat masa berlalu. Masih ibu terbayang detik dan saat iman dilahirkan.

Buat anakku Iman Hakimi, Ibu dan Abah sentiasa berdoa semoga Iman menjadi anak yang soleh, anak yang beriman, taat pada suruhan allah, taat dan hormat pada ibubapa. Semoga iman membesar sebagai anak yang sihat, bertanggungjawab, dapat menjadi contoh yang baik buat adik2 akan datang dan bijaksana.

Ibu halalkan setiap titis susu yang ibu beri pada Iman.

Selamat Hari Lahir yang ke 2 sayang. Ibu dan Abah sayang Iman sangat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...